apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

17

Click here to load reader

Upload: khalid5986

Post on 12-Aug-2015

420 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

kritikan secara ilmiah

TRANSCRIPT

Page 1: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

keamanan dan kedamaian ‘peace’ II 2010 acrylic on canvas 244 x 366 cm

Saya mengkaji karya yang dihasilkan oleh zulkifli yusoff yang bertajuk keamanan dan

kedamaian ‘peace’ II 2010 acrylic on canvas 244 x 366 cm. Menurut zulkifli yusoff

peperangan atau pergaduhan tidak memberi faedah akan pembangunan Negara. Untuk Negara,

keamanan dan kedamaian harus dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia di

Malaysia. Lantas zulkifli yusoff tampil dengan karya bersiri ‘peace’ yang mengingatkan semua

akan kewujudan simbol ‘peace’ dan ‘hippies’ yang benar-benar menolak peperangan dan

mahukan kedamaian. Karya ‘peace’ ini juga lahir akibat peristiwa-peristiwa hitam yang pernah

berlaku di Malaysia pada zaman kanak-kanaknya. Dalam karya yang dihasilkan oleh Zulkifli

Page 2: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

Yusoff ini terdapat pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan yang dapat kita lihat. Salah satunya

ialah unsur garisan. Garisan ini merupakan unsur seni yang utama. Unsur garisan ini terdapat

pada sebarang lukisan atau contengan. Dalam karya Zulkifli Yusoff ini dapat dilihat dalam

penghasikan logo ‘peace’ atau keamanan, penghasilan daun dan lain-lain. Terdapat juga

pelbagai jenis garisan dalam karya ini iaitu garisan tebal, garisan nipis, menegak, melintang,

beralun, putus-putus, dan banyak lagi. Dalam karya ini kita dapati garisan melintang, ini

bermaksud sesuatu keadaan yang tenang terdapat pada gambaran tersebut. Selain itu, garisan

menegak. Posisi ini dapat ditafsirkan sebagai teguh, mantap, berkeyakinan dan sebagainya.

Hal yang demikian, karya ini menyampaikan bahawa menginginkan keamanan dan kedamaian

itu harus dikekalkan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia dan benar-benar

menolak peperangan. Disamping itu, unsur seni yang dapat kita lihat ialah bentuk. Bentuk

mempunyai sifat yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran, ketebalan dan jisim serta

lebih dari satu permukaan. Dalam karya ini,kita dapat kesan bentuk figura manusia. Terdapat

berbilang kaum yang digambarkan dalam karya ini iaitu kaum melayu, cina, dan india tidak kira

tua, dewasa, remaja, mahupun kanak-kanak. Menurut karya ini mereka inginkan keamanan

disertakan dengan mengangkat tangan yang menunjukkan simbol keamanan dan kedamaian.

Selain itu, dalam karya ini juga terdapat unsur jalinan. Jalinan ialah kesan yang terdapat

pada permukaan benda atau objek. Semua objek sama ada objek semula jadi atau buatan

manusia yang mempunyai kesan jalinan pada permukaannya. Secara keseluruhannya jika kita

lihat karya ini memang menimbulkan kesan jalinan. Contohnya, pada daun-daun yang

dihasilkan yang membentuk jari figura manusia. Seterusnya, unsur ruang. Ruang

sememangnya wujud di sekililing kita. Ia di mana-mana sahaja seperti dikawasan padang,

almari, dewan, bilik darjah, kolam mandi, bas, cawan, kertas lukisan dan lain-lain. Semua objek

wujud dalam sesuatu ruang. Dalam karya Zulkifli Yusoff (peace II) terdapat pelbagai jenis

ruang yang dapat kita kesan. Salah satunya ialah ruang cetek, jika kita lihat karya ini ia dapat

dilihat dengan satu pandangan yang terhad sahaja dan tidak mengunakan ruang itu secara

maksimum.

Page 3: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

Bayu Utomo, Mangsa Dera, cetakan sutera saring, Koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara

Karya ini memaparkan penggunaan unsure seni iaitu ruang.Ruang merupakan aspek

penting dalam karya ini kerana,ruang menjadikan karya ini lebih dramatic dengan keadaan dan

suasana pada karya tersebut.Selain itu,penggunaan unsur garisan turut ditampakkan pada latar

belakang karya.manakala,dari aspek prinsip rekaan pula,keseimbangan merupakan transisi

kepada karya ini lebih menonjol dengan keadaan figura kanak-kanak yang seakan-akan terawang

awangan di udara.secara diskripsi pula,pengkarya cuba menyampaikan propaganda mengenai isu

penderaan yang berlaku pada ketika itu.kesimpulannya,karya ini Berjaya menyampaikan hasrat

dan subjek utama pada karya yang menjadi lebih menarik.

MOHD FAUZI SEDON @ M.DOM

Free Zone Digital print, screen printing on plastic film

Page 4: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

14.5x14.5 cm 2007

Karya ini memaparkan tentang penggunaan mukataip dlam mempersembahkan

karyanya.Unsur seni dalam karya ini adalah seperti penggunaan unsure ruang depan dan

belakang sehingga menjadi deep space.Selain itu juga,penggunaan warna juga memainkan

peranan penting dalam karya ini sehingga

menimbulkan kesan kontra dalam karya tersebut.

"Fuji Merah" karya Hokusai

Melihat dari sudut pencahayaan berdasarkan karya

cetakan di atas, saya mendapati cahaya yang cuba

ditonjolkan di dalam karya cetakan tersebut, cahaya

yang terang datang dari sudut kiri di bahagian belakang. Manakala, warna yang digunakan pula

ialah warna yang agak gelap seperti biru gelap dan hitam bagi memberikan kesan gelap pada

karya tersebut. Namun terdapat juga warna yang terang untuk mendapatkan kesan yang kontra.

Contohya, seperti gunung yang berwarna merah kejinggaan dan awan yang berwarna putih. Jika

dilihat dari sudut reka letaknya, komposisi gambaran Gunung yang dilukis dan dicetak

diletakkan di bahagian kanan karya dan Gunung tersebut adalah penegasan dalam karya ini.

Karya ini mempunyai keseimbangan dari segi imej yang diletakkan di sebelah kanan (Gunung)

dan menonjolkan ruang di sebelah kiri dangan memperlihatkan awan yang berarak.

"Edo no hana" wanita pemain Jōruri karya Kitagawa Utamaro

Page 5: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

Karya cetakan ini memperlihatkan seorang wanita yang bermain alat muzik iaitu Joruri

dan imej wanita tersebut adalah penegasan pada karya ini. Warna yang di gunakan pada karya

cetakan ini adalah penggunaan warna-warna lembut seperti merah jambu dan putih dengan

sedikit warna kontra seperti hitam dan merah. Jika dilihat penggunaan warna latar belakang dan

imej yang cuba ditonjolkan, kita akan mendapati warna tersebut hampir sama tetapi penggunaan

warna yang diketengahkan ini tampak sesuai dengan karya cetakan ini yang mengetengahkan

imej wanita yang bermain alat muzik dan warna ini sesuai dengan jiwa wanita yang lembut dan

sopan santun. Manakala, sudut reka letaknya pula ialah nampak seimbang kerana imej wanita

tersebut diletakkan di tengah karya. Di dalam karya cetakan ini pengcahayaan tidak ditonjolkan

tetapi dapat kita ketahui cahaya tersebut datang dari hadapan

imej.

Lukisan potret Ichikawa Omezō karya Tōshūsai Sharaku

Karya cetakan ini adalah lukisan potret seorang pahlawan Jepun

iaitu Ichikawa Omezo. Karya cetakan ini menggunakan warna

gelap sebagai latar belakang dan imej seorang lelaki memegang

pedang samurai yang diketengahkan bagi penegasan pada karya

cetakan ini. Penggunaan warna yang terdapat di dalam karya ini

ialah hitam, jingga dan putih. Karya ini mempunyai

keseimbangannya, kerana sudut reka letaknya menonjolkan imej yang di hasilkan di bahagian

tengah karya. Manakala, pengcahayaan yang dapat kita lihat ialah cahaya datang dari sebelah

kiri karya.

Salju di Kambara, karya Hiroshige

Page 6: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

Karya cetakan ini sangat unik kerana memperlihatkan gambaran landskap ketika musim salji.

Pengcahayaan yang dapat dilihat melalui karya ini, cahayanya datang dari kanan karya. Karya

ini tampak tenang kerana hampir keseluruhan karya ini menggunakan warna yang cerah dan

bersih seperti putih. Penggunaan warna gelap di beri penekanan terhadap objek yang lebih jauh

seperti rumah dan gunung. Karya ini tidak menegaskan terhadap sesuatu imej sahaja tetapi

memfokuskan keseluruhan permandangan yang dirakamkan. Sudut reka letaknya dapat

memberikan keseimbangan pada karya dengan merakamkan dua figura di bahagian kiri dan

kanan.

Pegulat sumo Onogawa Kisaburo, karya Tsukioka

Yoshitoshi

Karya ini banyak menggunakan warna-warna yang agak

terang sperti merah, kuning, biru, putih dan juga hijau. Selain

itu bagi menimbulkan kontra dan tona gelap pengkarya juga

menggunakan warna sperti hitam dan coklat gelap. Karya ini

menegaskan imej seorang sumo sedang menghisap cerut

(rokok) dengan seekor naga. Komposisi atau sudut reka

letak imej di dalam karya cetakan ini adalah seimbang kerana

imej diletakkan di bahagian tengah karya. Manakala

pengcahayaan yang terdapat di dalam karya ini, cahaya datang dari sebelah kiri karya bagi

menerangi imej sumo tersebut.

Di Bawah Ombak Raksasa di Hempas Pantai di

Kanagawa Karya Hokusai

Karya Hokusai yang bertajuk Ombak Raksasa ini

memang sangat terkenal di merata dunia kerana karya

ini telah di cetak dengan begitu teliti dan memerlukan

kemahiran yang tinggi juga bagi memperlihatkan hasil

Page 7: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

karya seumpama ini. Di dalam karya ini teknik pengcahayaan dapat dilihat cahaya datang dari

sebelah kiri karya. Manakala warna yang digunakan dalam karya ini banyak penggunaan warna-

warna terang seperti biru dan putih. Manakala bagi memperlihatkan warna yang kontra di dalam

karya cetakan ini, pangkarya menggunakan warna jingga bagi memperlihatkan latar belakang.

Pengkarya menegaskan imej ombak yang sangat besar sehingga melebihi ketinggian gunung

fuji yang telah ditonjolkan di bahagian kiri karya. Pandangan sudut reka letaknya pula adalah

tidak seimbang kerana ombak yang sangat besar di letakan di bahagian kiri sahaja tanpa ada imej

lain yang boleh mengimbanginya

di bahagian kanan karya.

Menyeberangi Sungai Oi karya Hokusai

Karya cetakan ini memperlihatkan landskap di Sungai Oi. Karya ini banyak menggunakan warna yang lembut seperti biru, putih dan hijau. Pengcahayaan yang ditonjolkan dalam karya ini adalah menyeluruh. Di dalam karya cetakan ini, pengkarya menegaskan Sungai Oi sebagai subjek matter. Manakala, prinsip reka letaknya pula tampak seimbang dengan kedudukan sungai tersebut.

Naga Asap yang Sedang Lolos Dari Gunung Fuji karya Hokusai

Karya cetakan ini memperlihatkan Gunung

Fuji yang mengeluarkan asap yang berbentuk Naga.

Page 8: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

Prinsip reka letaknya adalah seimbang kerana gunung dan asap tersebut diletakkan di bahagian

tengah. Warna yang dugunakan dalam karya cetakan ini banyak menggunakan warna jingga

kekuningan yang memperlihatkan imej dan latar belakang yang menggunakan warna yang agak

sekata. Namun masih menggunakan warna yang berlainan dan kontra bagi memperlihatkan

gunung serta asap tersebut. Manakala pencahayaan yang dapat dilihat dalam karya ini ialah

cahaya datang dari depan karya yang memperlihatkan Gunung Fuji dengan jelas.

Patrick Lasak, Kerbau Oh Kerbau...Dimananya Engkau, 2009/2010, Oil On Liner, 200 x 2010 cm

Merujuk kepada karya oleh Patrick Lasak yang menggunakan media Oil on liner.

Pelbagai kritikan dapat dihuraikan. Seperti yang kita ketahui, Patrick Lasak merupakan seorang

pelukis yang menggunakan konsep atau alirannya yang tersendiri dan, konsep itu dapat dilihat

dalam karya ini. Karya tersebut mempunyai beberapa unsur-unsur prinsip rekaan. Namun begitu,

dalam aktiviti berkarya, prinsip rekaan perlu digunakan untuk mengolah unsur-unsur seni supaya

menjadi suatu gubahan yang menarik. Prinsip-prinsip ini merupakan tatacara yang penting untuk

menyesuaikan unsur-unsur seni supaya menjadi suatu hasil karya yang bermutu. Terdapat tujuh

prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni, seimbang, pergerakan, kesatuan, kepelbagaian, kontra dan

penegasan. Dalam karya ini jelas skali kita dapat lihat dari segi keseimbangan. Keseimbangan

ialah keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu

imbangan simetri dan tidak simetri. Imbangan simetri boleh ditentukan dengan melukis satu

garisan lurus di bahagian tengah reka bentuk itu sama maka ia dikenali sebagai imbangan

simetri. Jika kedua bahagian reka bentuk itu adalah berlainan maka ia dikenali sebagai

imbangan tidak simetri. Jika kita lihat pada karya ini kerbau hanya terdapat di bahagian kiri

Page 9: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

sahaja, maka karya ini adalah imbangan tidak simetri. Selain itu, daripada karya ini, kita dapat

menghuraikan tentang prinsip pergerakan. Prinsip pergerakan merupakan susunan unsur seni

secara berulang-ulang atau berlapis-lapis. Susunan ini menimbulkan irama atau ilusi pergerakan

dalam gubahan tersebut. Kesan pergerakan juga boleh dihasilkan oleh unsur garisan, jalinan,

rupa dan bentuk. Ia terhasil apabila terdapat kesinambungan dari satu unsur kepada satu unsur

yang lain. Dalam karya yang dihasilkan oleh Patrick Lasak itu, dapat kita lihat garisan-garisan

yang terdapat pada kerbau itu dan menampakkan kerbau itu berpaling. Hal ini akan mewujudkan

unsur pergerakan.

Patrick Lasak, Cinta Satay,

2009/2010, Mixed Media, 150 x

150 cm

Karya yang dihasilkan oleh Patrick Lasak yang

bertajuk Cinta Satay. Beliau telah menggunakan

mixed media. Melalui karya ini, kita dapat

menghuraikan banyak benda melalui prinsip-

prinsip rekaan. Karya tersebut mempunyai

beberapa unsur-unsur prinsip rekaan. Namun begitu, dalam aktiviti berkarya, prinsip rekaan

perlu digunakan untuk mengolah unsur-unsur seni supaya menjadi suatu gubahan yang menarik.

Prinsip-prinsip ini merupakan tatacara yang penting untuk menyesuaikan unsur-unsur seni

supaya menjadi suatu hasil karya yang bermutu. Terdapat tujuh prinsip-prinsip rekaan iaitu

harmoni, seimbang, pergerakan, kesatuan, kepelbagaian, kontra dan penegasan. Selain itu, dalam

karya ini juga terdapat unsur jalinan. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan benda

atau objek. Semua objek sama ada objek semula jadi atau buatan manusia yang mempunyai

kesan jalinan pada permukaannya. Secara keseluruhannya jika kita lihat karya ini memang

menimbulkan kesan jalinan. Contohnya, pada bentuk satay yang dihasilkan. Seterusnya, unsur

ruang. Ruang sememangnya wujud di sekililing kita. Ia di mana-mana sahaja seperti dikawasan

padang, almari, dewan, bilik darjah, kolam mandi, bas, cawan, kertas lukisan dan lain-lain.

Semua objek wujud dalam sesuatu ruang. Dalam karya Patrick Lasak ini, terdapat pelbagai jenis

Page 10: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

ruang yang dapat kita kesan. Salah satunya ialah ruang cetek, jika kita lihat karya ini ia dapat

dilihat dengan satu pandangan yang terhad sahaja dan tidak mengunakan ruang itu secara

maksimum. Terdapat juga unsure prinsip rakaan iaitu kontra dan penegasan. Kita dapat melihat

dalam karya ini dari segi penggunaan warna. Karya ini berlatar belakang dengan warna yang

gelap iaitu warna hitam dan dilapiskan dengan warna merah yang menampakkan seperti api.

Patrick Lasak menggunakan warna kuning pada satay supaya Nampak lebik timbul dan

menyerlah.

nelayan,mohd hossein enas

Dalam penghasilan karya, Hossein Enas banyak

menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej-mesej

budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial

masyarakat. Beliau dikenali sebagai pelukis realistik dan

naturalistik. Dalam karya Nelayan, ianya boleh diolah

bagaimana cara figura berdiri. Pelukis melukis potret ini

berdasarkan anatomi yang jelas dapat dilihat terutamanya

pada wajah nelayan. Figura manusia (nelayan) dilukis dengan kepalanya mendongak sedikit ke

atas. Ini jelas menggambarkan watak nelayan yang berdiri. Apabila berdiri, maka kepalanya

boleh mendongak sedikit ke atas. Dalam maksud yang tersirat, watak ini memperlihatkan

nelayan seakan gagah berdiri melihat ke hadapan. Nelayan melihat ke hadapan menggambarkan

bahawa ia memikirkan mengenai masa depan sebagai seorang nelayan. Pahit maung kehidupan

nelayan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang diselitkan dalam karya ini

disebalik berdirinya watak nelayan mendongak ke atas. Watak nelayan yang berdiri juga

menggambarkan bahawa nelayan tua masih gagah untuk mencari rezeki biarpun penat.

Kepenatannya tergambar melalui urat-urat tua dan mimik mukanya. Berdirinya watak ini juga

memperlihatkan nelayan yang bersedia untuk turun ke laut untuk mencari rezeki. Dalam karya

Hoessein Enas ini, pakaian diolah bersesuaian dengan latar belakang seorang nelayan tua. Watak

nelayan tua dilukis tanpa berbaju. Nelayan yang dilukis hanya meletakkan “kain lepas” di atas

bahu. Cara pemakain ini amat bersesuaian dengan kehidupan nelayan yang biasa dapat dilihat

Page 11: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

sehingga ke hari ini. Watak nelayan tua yang tidak memakai baju menggambarkan mengenai

personaliti nelayan yang tergolong dalam golongan sederhana. Ia juga menggambarkan bahawa

nelayan telah biasa dengan pemakaian sebegitu. Hoessein Enas pandai bermain dengan keadaan

latar, nelayan yang dilukis tidak berbaju menunjukkan bahawa nelayan tidak berbaju semasa

turun ke laut bagi menghilangkan panas. Figura nelayan diwarnakan dengan warna gelap bagi

menampakkan watak nelayan yang sudah biasa terdedah dengan panas terik mentari di tengah

lautan. Kain lepas di atas bahu yang turut dipotretkan menunjukkan bahawa ianya diperlukan

oleh nelayan kerana ia amat berguna.

Nelayan biasanya ke laut dengan membawa “kain lepas” untuk mengelap peluh. Huraian wajah

dalam karya ini dapat memperjelaskan watak nelayan tua yang kelihatan yakin dalam

menghadapi rintangan hidup yang mencabar. Ekspresi pada wajah dengan hujung bibirnya

sedikit ke bawah dapat memperlihatkan keyakinannya. Keyakinannya turut ditambah dengan

kedudukan kepalanya yang mendongak ke atas. Semasa memerhatikan karya ini kita dapat

melihat watak nelayan begitu yakin dan bersedia untuk mencari rezeki di laut. Wajahnya

kelihatan redha dengan kerjaya sebagai seorang nelayan. Watak nelayan kelihatan sudah biasa

dengan kehidupannya dan keyakinanya membuatkan dia tidak takut untuk menghadapi sebarang

halangan. Wajahnya seakan seorang yang berserah kepada kehendak Tuhan. Dengan meletakkan

“kain lepas” di bahu sambil sebelah tanganya memegang kain itu, nelayan itu kelihatan yakin

untuk meneruskan hidup. Karya “Nelayan” (1966) yang dihasilkan oleh Hoessein Enas

mengandungi banyak nilai-nilai estetika baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Kelebihan ini

menyebabkan saya agak tertarik dengan karya ini. Mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis

ialah keperitan dan usaha seorang nelayan tua yang berpenat lelah tanpa mengira kesusahan

dalam usahanya mencari rezeki sebagai seorang nelayan. Dalam catan “Nelayan”, Hossein Anas

menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Beliau menggunakan warna-warna panas dan

gelap untuk mesej yang ingin disampaikannya. Karya Nelayan , Hossein Enas menyampaikan

kekuatan dalaman dan kearifan warga tua yang telah lama bergantung hidup kepada laut.

Hossein Enas menggunakan sapuan cat minyak atas kanvas bagi menggambarkan kulit muka

nelayan dibakar cahaya matahari. Ianya dapat dilihat melalui penggunaan warna gelap seperti

campuran warna kuning dan coklat bagi menunjukkan kulit nelayan tua ini. Latar catan

menggunakan warna panas iaitu kuning bagi menunjukkan suasana panas terik ataupun cahaya

mentari yang terpaksa dihadapi setiap hari oleh nelayan tersebut. Unsur seni reka garisan dan

Page 12: apresiasi kritikan karya cetakan, seni halus

jalinan digunakan untuk memastikan efek yang wujud lebih realistik. Jalinan yang digunakan

pada wajah dan badan nelayan ini menunjukkan kulit nelayan ini kasar kerana terdedah kepada

cahaya panas. Unsur seni ruang dapat dilihat melalui penggunaan warna. Latar kuning yang

cerah menunjukkan ruang belakang manakala fokus kepada penceritaan catan ini berada pada

ruang hadapan yang menjadi penegasan kepada karya.