apresiasi seni....membuat parang

Click here to load reader

Post on 13-Oct-2015

507 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

http://rahmanomar.blogspot.com/2009_09_01_archive.htmlUKIRAN HALUS PARANG BAJAU SAMA

Ukiran halus Parang Bajau Sama Kota Belud merupakan harta tinggalan nenek moyang suku kaum Bajau yang tidak terhingga nilainya. Nilai Estetika pada motif dan ukiran yang ditunjukkan pada sarung dan hulu parang menunjukkan betapa suku kaum Bajau Kota Belud mempunyai nilai cara hidup yang penuh dengan kesenian dan estetika peradaban pada masa dahulu. Namun kini, nilai dan seni yang ditinggalkan dijadikan sumber bagi generasi pelapis yang baru dalam penghasilan produk kraftangan berasaskan senjata yang tinggi nilai kualiti dan harganya.

Produk krafttangan Parang Bajau Sama merupakan produk kraf warisan yang sememangnya mendapat sambutan yang amat baik bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah di peringkat nasional dan antarabangsa. Setiap produk Parang yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan ukiran tersendiri. Setiap ukiran melambangkan budaya dan corak kehidupan suku kaum Bajau Sama contohnya motif Serimpak pada hujung Sarung Parang dan pada hulu parang.

Serimpak merupakan alat perhiasan kepala yang dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis persandingan diadakan di setiap majlis perkahwinan suku kaum bajauSelain itu terdapat banyak motif dan ciri-ciri pada ukiran Parang Bajau melambangkan kepelbagaian dan keunikan suku kaum Bajau Sama. Motif alam semulajadi seperti buah Cili bagi produk Parang Bajau Lada-Lada dan selain itu terdapat unsur-unsur alam lain yang digunakan.

Terdapat pelbagai jenis parang Bajau sama yang dihasilkan dan masih terdapat pada masa sekarang termasuklah Parang Bajau Barung, Pidah, Lada-lada, Pedang Bajau, Gayang, Kegayaan, Sabit Bajau, Beladau, Pais dan Pedang samurai dan Keris motif Bajau Sama.Penghasilan sarung dan hulu kayu sering menggunakan beberapa jenis kayu. Bergantung kepada permintaan pasaran. Kayu Malam dan Rengas merupakan bahan kayu yang sering mendapat permintahan tinggi dan menonjol penghasilanya. Selain itu kayu Nangka, Akasia, Nyire (Kayu Tambu-Tambu) dan beberapa jenis kayu lain turut digunakan. Manakalah besi spring kereta digunakan dalam penghasilan mata dan badan parang Bajau Sama.

Setiap Parang Bajau yang dihasilkan mempunyai kegunaan masing-masing. Parang Bajau jenis Lada-Lada, Beladau dan [email protected] Barung contohnya digunakan untuk aktiviti penyembelihan binatang korban seperti lembu, kerbau, kambing, ayam dan sebagainya. Badi Rumput pula digunakan untuk aktiviti membersihkan kawasan berumput,, Badi Guuk selalunya digunakan bagi kerja-kerja yang memotong tulang binatang, kayu keras dan ikan. Parang Bajau seperti Beladau, Gayang, Pedang dan Kegayaan digunakan pada zaman dahulu sebagai alat untuk mempertahankan diri selain sebagai lambang kekuatan si pemakainya. Keris pula digunakan untuk majlis-majlis rasmi seperti majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan untuk tujuan perawatan bagi pesakit yang dikatakan terkena penyakit sihir, ilmu hitam, jin dan syaitan.

Taburan pengusaha yang membuat produk ukiran halus parang Bajau Sama pula lebih ramai di kawasan pinggir bandar Kota Belud iaitu di Kampung Siasai Jaya, Siasai Tamu, Siasai Kompang dan Siasai Dundau. Dianggarkan terdapat seramai 50 hingga 80 orang pengusaha Parang Bajau sepenuh masa di kawasan ini.

Tuan Haji Ebin Bin Adim (69 Tahun) dari Kampung Siasai Kompang telah berkecimpung dengan perusahaan pembuatan Parang sejak berumur 16 tahun dan menjalankan perusahaan ini sejak 53 tahun yang lepas sehingga sekarang. Beliau merupakan salah seorang tokoh kraf Parang Bajau yang mewarisi ilmu tersebut daripada bapanya dan sekarang diturunkan kepada anak dan cucu.Dicatat olehAMANdi10:08 PTGTiada ulasan:Pautan pada catatan ini

http://9w6mrh.blogspot.com/2009/04/bengkel-parang.htmlThursday, April 30, 2009

Bengkel Parang

Buatan Kg Bariawa Sarung Kayu Rengas . Sejenis kayu yang sangat gatal .

Buatan Saudara Rohizam dari tambunan uniknya gabungan dua jenis kayu

Buatan Pak Ujob Lingkudau . Ukiran menarik dan hasil pertukangan yang kemas.

Di Keningau terdapat banyak tukang-tukang yang mahir dalam seni kraftangan membuat parang dan pisau. Antaranya ialah Pak Ujub ( Lingkudau ) , Pak Sapinin @KR06( Kg Panagatan ) dan ramai lagi .Mengikut pemerhatian saya dibandingkan dengan parang Kota Belud dengan Keningau adalah lebih baik.Dari segi besi yang paling tahan digunakan ialah spring land rover.Masalahnya susah mau dapat spring land rover . Tidak mustahil suatu hari nanti keningau akan dikenali sebagai tempat yang terkenal dengan seni membuat parang.Gambar hasil kerja mereka akan dipaparkan nanti.Posted by9w6mrhat12:37 AM2 comments:

abangdametsaid...

Salam... nampaknya parang buatan Keningau cantik dn unik bentuknya. Kalau boleh paparkan gambar parang yang dikeluarkan dari sarung. Nak tengok juga bentuk bilah parang-parang yg ada...

Boleh tahu anggaran harganya...? Kalau ada yg minat mcm mna nak dapatkan? Siapa org boleh dihubungi..?

May 19, 2009 at 12:59 AM

9w6mrhsaid...

Salam , kalau berminat datang saja ke Keningau dan saya boleh bawa ke tempat tukang tersebut. Harga anda rundinglah dengan pembuatnya . call saya 0198612781 rahimi

May 19, 2009 at 10:43 AMPost a Commenthttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htmDimensi baru parang Kota Belud

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

PELBAGAI jenis parang dengan rekaan menarikdi jual dalam lingkungan harga RM200 hingga RM250.

DALAM usaha menjadikan kerja-kerja harian lebih mudah, masyarakat zaman dahulu telah mencipta pelbagai jenis peralatan berasaskan besi.

Peralatan tersebut amat berguna ketika melakukan aktiviti seperti memburu binatang, memotong kayu dan tidak kurang juga dijadikan sebagai senjata mempertahankan diri.

Uniknya, kesemua peralatan besi berkenaan dihasilkan sendiri mengikut kreativiti mereka tanpa bantuan sebarang mesin atau peralatan canggih.

Bertitik tolak daripada situ, masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman telah mula mempelajari dan memperbaiki teknik pembuatan alat tersebut sedikit demi sedikit.

Sehingga kini, pelbagai peralatan berasaskan besi seperti keris, parang dan pedang telah dihasilkan secara tradisional di beberapa daerah di negara ini.

Antara tempat yang paling popular adalah di daerah Kota Belud, Sabah, di mana kawasan tersebut terkenal sebagai tempat pembuatan peralatan besi terutamanya parang secara turun-temurun sejak lebih 30 tahun lalu.

Malah komuniti di sana juga dilihat mampu menghasilkan parang yang sangat berkualiti sehingga telah dijadikan sebagai identiti kraf tangan untuk negeri Sabah.

Secara asasnya terdapat beberapa jenis parang yang dihasilkan di daerah itu seperti parang kayu, parang beladau, parang berkembar, parang pida, keris dan pedang samurai, selain parut kelapa dan kacip pinang.

Menurut Ketua Komuniti Bengkel Pembuatan Parang Kampung Siasai Jaya, Ramlan Salon, pembuatan parang sebenarnya melibatkan banyak kaedah dan proses serta memerlukan ketelitian dalam pelbagai aspek.

"Kebiasaannya, reka bentuk parang akan ditentukan sendiri mengikut kreativiti pengusaha seperti bentuk dan saiznya selain motif pada sarung serta hulunya.

"Parang di daerah Siasai Jaya ini dikenali kerana kualitinya di mana memiliki mata parang yang tajam serta corak yang unik dan menarik,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Peningkatan Keupayaan Industri Pembuatan Parang di Kota Belud, baru-baru ini.

Menceritakan proses pembuatan parang, pada peringkat awal, bahan metal atau keluli yang telah dipilih akan melalui proses pemanasan secara manual menggunakan bahan pemanas khas yang dikenali sebagaiblower.

Besi yang masih panas itu kemudiannya akan diketuk dengan tukul bagi mendapatkan bentuk parang sebelum permukaannya diratakan menggunakan alat yang dinamakangrinder.

Bagi menghasilkan sarung dan hulu parang pula, pengusaha akan memilih dan menggunakan kayu yang berkualiti seperti kayu agasia, kayu agatis, kayu malam dan kayu berlian yang bekalannya diambil dari kilang berhampiran.

"Kayu-kayu ini akan dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.

"Setelah itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif tertentu sebelum digosok dengan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat,'' jelasnya.

Proses berikutnya, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah atau batu sungai sehingga tajam.

Menurut beliau yang berketurunan Bajau, parang dan keris yang telah siap akan dijual di pasar berdekatan atau lebih dikenali sebagai Tamu dalam lingkungan harga RM200 hingga RM250.

Kebiasaannya, pengusaha parang mampu memperoleh pendapatan sehingga RM500 seminggu dan ada kalanya lebih sedikit kerana permintaan terhadapnya adalah bermusim.

Ada ketikanya juga, terdapat individu yang datang ke bengkel pembuatan untuk menempah parang mengikut kehendak mereka sendiri.

"Bagi melihat teknik pembuatan parang secara lebih dekat pula, ada juga orang luar seperti pelajar universiti dan kakitangan organisasi tertentu membuat lawatan ke bengkel ini di samping membeli parang yang telah siap sebagai cenderahati,'' katanya.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih 30 puluh individu berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun di daerah tersebut yang mempunyai kemahiran membuat parang secara tradisional.

Apa yang menarik, selain lelaki, golongan wanita juga tidak ketinggalan terlibat melakukan kerja-kerja tersebut sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan, pihak Sirim Berhad bersama-sama agensi kerajaan seperti Kementer