sasfbra ra~u~ 24 disembeij saingan' sengit· n mena gl ati...
Post on 10-Jul-2019
216 Views
Preview:
TRANSCRIPT
4 0 BM2 SASfBRA
Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my
Nakah pertimbangan
materialistik mempengaruhi corak penerbitan karya kreatif ter
asuk pemilihanjudul untuk diterbitkan?
Kebimbangan terhadap hal itu dapat dilihat apabila keuntungan dijadikan sandaran utama sedangkan pada masa sarna, trend J;llembaca masyarakat pula lebih menjurus
• kepada bahan bacaan .ringan sehingga karya yang mempunyai nilai tinggi diketepikan.
Nilai kebudayaan, kemasyarakatan dan kenegaraan seolaholah tenggelam dalam karya popular berbanding karya sastera yang kekal menjadi wadah ampuh untuk membawa nilai berkenaan .
. Ia juga menimbulkan tanda tanya beranikah penerbit komersial mengambil risiko menerbitkan naskhah sastera serius yimg dianggap sukar dijual di pasaran, manakala tanggungjawab penerbitan sastera diserahkan sepenuhnya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).·
Pengarah Drusan PTS Media Group Sdn Bhd, Arief Hakim Sani Rahmat, mengakui naskhah yang memiliki nilai sebegitu kuat, sukar terjual di pasaran, malah mengakui berlaku pengurangan dalam penerbitan judul baharu.
Gabungkan nilai komersial, sastera "Kekuatan kami terletak pada buku bukan fiksyen sehingga kurang menerbitkan novel Melayu. Kami tidak boleh menolak nilai komersial yang memainkan peranan penting tetapi cuba menggabungkannya dengan nilai tinggi untuk menjadikannya satu kombinasi lengkap.
"Judul baharu yang menunggu giliran untuk diterbitkan memang banyak, tetapi PTS pada mas a kini lebih selektif untuk memilih karya yang boleh dijual untuk diterbitkan," katanya kepada Sastera BH di Kuala
. Lumpur, baru-baru ini. Arief Hakim Sani berkata,
. statistik Standard Data Pengkatalogan Antarabangsa (ISBN), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan penerbitan lebih daripada 2,000 judul setahun membabitkan karya berbentuk fiksyen dan agama di pasaran menyebabkan persaingan lebih sengit untuk memenangi hati pembaca.
Sementara itu, pemilik Kaki Novel Enterprise (Kaki Novel), Rizal Abdullah, berkata nilai seperti patriotik, kemasyarakatan dan perjuangan masih diselitkan dalam kebanyakan naskhah terbitan mereka, bahkan beliau sengiri menggalakkan
® RA~U~ 24 DISEMBEIJ 2014
Saingan' sengit· pembaca
•
ati mena gl » Nilai komersial sebagai pelaris tidak diketepi dalam penerbitan novel
Trend membaca masa kini khususnya generasi muda memberi kesan kepada pemilihan genre dan judul untuk diterbitkan oleh penerbit swasta. .
tema sedemikian.
Tema sarat nilai, kurang diminati "Pembaca yang meminati tema sarat nilai itu masih rendah, jika dibandingkan dengan novel bersifat popular, tetapi Kaki Novel tidak meminggirkan nilai baik dalam karya yang tetap diselitkan terutarna unsur pengajaranuntuk dihayati masyarakat," katanya.
Bagi Editor Pengurusan Alaf 21, Saadiah Mohamad pula, prinsip penerbitan pihaknya sangat dijaga terutama kawalan kandungan kerana matlamat mereka adalah menerbitkan buku yang sesuai dibaca .oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira had umur.
"Kami tidak hanya mengeluarkan novel bertemakan cinta semata-mata, tetapi membuka peluang kepada penulis mencuba pelbagai genre termasuk thriller, Islamik, kekeluargaan, aksi dan mistik.
"Kami juga mengingatkan penulis supaya menghasilkan karya yang ada teladan dan kebaikan serta mengelakkan daripada menghidangkan cerita yang kurang nilai moral
termasuk adegan terlampau," katanya.
Saadiah berkata, manuskrip yang mempunyai kan!iungan berbaur negatif akan disunting pihak editorial sehingga murni sebelum dipasarkan.
Saranan penerbit, editor Sementara itu, Pengarah Drusan Karyaseni Sdn Bhd (Karyaseni), Datuk Wan Mohd Muzri Ramli berkata, walaupun keba-
. nyakan naskhah terbitannya fokus kepada tern a cinta, kebanyakan penulis bijak menggarap idea dengan m e m a -sukkan unsur patriotik, perjuangan dan perpaduan dalam karya.
" Walaupun mengusahakan penerbitan berbentuk komersial, kami tidak melupakan kepentingan menyampaikan nilai positif kepada masyarakat bahkan editor yang dilan-
tik akan memberi cadangan kepada penulis untuk menyelitkan unsur sedemikian dalam naskhah.
"Contohnya, ada penulis yang memasukkan pantun dalam karya walaupun sumbangannya hanya kecil tetapi ia turut membantu mengingatkan pembaca terhadap prosa puisi tradisional Melayu," katanya.
II Komi tidak bo/eh meno/ak ni/ai komersia/ yang memainkan. peranan penting, tetapi cuba rnenggabungkannya dengan nilai tinggi untuk rnenjadikannya satu kornbinasi /engkap"
AriefHakim Sani Rahmat, Pengarah Urusan PTS Media Group Sdn Bhd
top related