2.0 sejarah trigonometri terbaru

Post on 17-Oct-2015

47 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Asal usul trigonometri boleh dikesani dari tamadun Mesir kuno, Mesopotamia dan Lembah Indus melebihi 4,000 tahun dahulu. Ahli matematik India merupakan perintis algebra terhadap pengiraan pemboleh ubahan untuk kegunaan pengiraan astronomi dengan menggunakan kaedah trigonometri yang pertama. Menurut sejarah penggunaan konsep Trigonometri, maka diketahui bahawa Lagadha (k.k. 1350-1200 SM) ialah ahli matematik pertama yang menggunakan geometri dan trigonometri untuk pengiraan astronomi. Kebanyakan karyanya telah dimusnahkan oleh penjelajah asing ketika tercetusnya peperangan di negara India. Selain itu, penggunaan petua sinus yang terawal muncul dalam kitab Sulba yang ditulis di India antara 800 SM dan 500 SM, yang dapat mengira dengan tepat menggunakan petua sinus untuk QUOTE bersamaan sudut 45 sebagai QUOTE dalam prosedur mencipta bulatan yang luasnya sama dengan sesuatu segi empat ataupun berlawanan untuk mencipta segi empat yang luasnya sama dengan sesuatu bulatan.

Pada kira-kira tahun 150 SM, Hipparchus iaitu salah seorang daripada ahli matematik Yunani telah mewujudkan sebuah jadual untuk menyelesaikan masalah segi tiga. Ptolemy, salah seorang ahli matematik Mesir keyunanian telah memperkembangkan lagi pengiraan trigonometri di Mesir sehingga lebih kurang 100 tahun dari sekarang.

Pada tahun 499 SM, Aryabhata, ahli matematik India telah mencipta jadual-jadual separuh perentas yang kini dikenali sebagai jadual sinus, bersama-sama dengan jadual kosinus. Beliau menggunakan zya untuk sinus, kotizya untuk kosinus, dan otkram zya untuk sinus songsang, dan juga memperkenalkan versinus. Pada tahun 628, lagi seorang ahli matematik India, Manakala seorang alhi matematik lagi yang bernama Brahmagupta, telah menggunakan formula interpolasi untuk menghitung nilai sinus sehingga peringkat kedua bagi formula interpolasi Newton-Stirling.

Ahli matematik Parsi, iaitu Omar Khayyam (1048-1131) telah menggabungkan trigonometri dan teori penghampiran untuk menyelesaikan persamaan algebra melalui min geometri. Khayyam telah menyelesaikan persamaan kuasa tiga, dan mendapat punca positif untuk kuasa tiga x+200x=20x+2000 melalui persilangan hiperbola segi empat tepat dan bulatan. Penyelesaian angka berhampiran kemudian didapat melalui formula interpolasi dalam jadual-jadual trigonometri.

2.0 Sejarah Trigonometri

3

Kaedah-kaedah terperinci untuk membina jadual sinus bagi mana-mana satu sudut telah diberikan oleh ahli matematik India iaitu Bhaskara pada tahun 1150 bersama-sama dengan sesetengah formula sinus dan kosinus. Bhaskara juga memperkembangkan trigonometri sfera. Dalam karyanya, karangan mengenai bentuk bersisi empat merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang berbeza untuk segi tiga bersudut tegak dalam trigonometri sfera. Nasir al-Din Tusi, ahli matematik Parsi bersama-sama dengan Bhaskara, mungkin merupakan orang-orang pertama yang mengolahkan trigonometri sebagai satu disiplin matematik yang berlainan.

Pada abad ke-14, al-Kashi, seorang ahli matematik Parsi, dan Ulugh Beg (cucu lelaki Timur), seorang ahli matematik Timurid, telah menghasilkan jadual-jadual fungsi trigonometri sebagai sebahagian daripada kajian astronomi mereka. Bartholemaeus Pitiscus, ahli matematik Silesia telah menerbitkan karya trigonometri yang berpengaruh tinggi pada tahun 1595 dan menerjemahkan perkataan "trigonometri" kepada bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

top related