acf422 fasa2 tema pemikiran latar rp js

20
RANCANGAN PENGAJARAN Peringkat/ Jumlah Pelajar Menengah 3 (Ekspres) 12 orang pelajar, (3 HA), (6 MA), (3 LA) Kerencaman dari segi kebolehan menerangkan dan menjelaskan secara lisan. Terdapat pelajar yang baik dalam penulisan dan cekap secara lisan, ada yang lebih baik dari segi penulisan berbanding lisan. Juga kerencaman kemahiran pelbagai. Kebanyakan yang visual dan aural berbanding kinestetik. Fasa/Masa 2/ # 2013, 45 minit (1 masa) Tajuk Pengajaran Pencerakinan Tema, Pemikiran dan Latar Teks Jalan Sempit. Kemahiran (Berfikir) Guru menggunakan penyoalan bercapah dan bertumpu untuk mengalkkan pemikiran pelajar. Contohnya untuk mencerakin tema, guru meminta para pelajar menuliskan reaksi mereka pada dialog atau audio yang dimainkan, apakah kata-kata kunci yang mereka ingin kaitkan dengan tema. Sepanjang pengajaran, guru juga akan menanyakan soalan jika para pelajar mempunyai soalan bukan sahaja untuk memastikan pemahaman pada masa yang sama ingin menggalakkan pemikiran. Renungan kendiri di akhir pembelajaran menggalakkan refleksi dan renungan terhadap keseluruhan pengajaran dengan soalan-soalan bercapah. Memahami: Menjelaskan sesuatu idea/bukti/huraian berkenaan teks yang telah dibaca di rumah dan dari perbincangan yang telah diadakan bersama kumpulan 1

Upload: dramajalansempit

Post on 16-Feb-2017

256 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN

Peringkat/ Jumlah Pelajar Menengah 3 (Ekspres)

12 orang pelajar, (3 HA), (6 MA), (3 LA)Kerencaman dari segi kebolehan menerangkan dan menjelaskan secara lisan. Terdapat pelajar yang baik dalam penulisan dan cekap secara lisan, ada yang lebih baik dari segi penulisan berbanding lisan.Juga kerencaman kemahiran pelbagai. Kebanyakan yang visual dan aural berbanding kinestetik.

Fasa/Masa 2/ # 2013, 45 minit (1 masa)

Tajuk Pengajaran Pencerakinan Tema, Pemikiran dan Latar Teks Jalan Sempit.

Kemahiran (Berfikir) Guru menggunakan penyoalan bercapah dan bertumpu untuk mengalkkan pemikiran pelajar. Contohnya untuk mencerakin tema, guru meminta para pelajar menuliskan reaksi mereka pada dialog atau audio yang dimainkan, apakah kata-kata kunci yang mereka ingin kaitkan dengan tema. Sepanjang pengajaran, guru juga akan menanyakan soalan jika para pelajar mempunyai soalan bukan sahaja untuk memastikan pemahaman pada masa yang sama ingin menggalakkan pemikiran.Renungan kendiri di akhir pembelajaran menggalakkan refleksi dan renungan terhadap keseluruhan pengajaran dengan soalan-soalan bercapah.

1

Memahami: Menjelaskan sesuatu idea/bukti/huraian berkenaan teks yang telah dibaca di rumah dan dari perbincangan yang telah diadakan bersama kumpulan mereka kepada kelas.

Menganalisa: Memecahkan informasi ke bahagian-bahagian kecil atau komponen untuk membina atau mencipta pemahaman dan hubungan iaitu menyatakan tema bagi teks ini dan bukti serta huraian bagi pemikiran teks.

Objektif Pelajaran 1. Pelajar dapat memberi sumbangan bagi mencerakin tema melalui catatan yang telah ditulis.

2. Pelajar dapat membuat aktiviti penyusun grafik pemikiran, bukti dan huraian melalui perbincangan kumpulan.

3. Pelajar dapat menerima dan memberi maklum balas yang membina dengan berhemah dan tenang.

Pengetahuan Sedia Ada (Dimilki/Dikuasai)

1. Telah membaca teks drama Jalan Sempit.

2. Telah melalui pra-aktiviti dan induksi bagi teks ini pada 2 masa sebelum ini.

2

Penilaian Menilai pemahaman teks melalui tema

Bahan Pengajaran 1. Audio petikan-petikan teks 2. Skrip bagi audio petikan-petikan teks3. Lembaran catatan selepas mendengar audio 4. Tiga penyusun grafik kerja kumpulan bersaiz A35. Potongan perkataan yang perlu digunakan pada penyusun grafik6. Nota penyusun grafik individu – tema, pemikiran dan latar7. Blog

Andaian Guru2 pengajaran telah dijalankan berkenaan teks ini sebelum pengajaran hari ini dijalankan untuk mencerakin tema, pemikiran dan latar.

Guru perlu meminta dan menyediakan peralatan ICT seperti komputer riba di dalam kelas sebelum mulanya pengajaran.Jika alat teknologi gagal dihidupkan, guru boleh meminta beberapa pelajar membaca dan melakonkan berdasarkan skrip yang telah sedia dicetak bagi setiap pelajar.

Dengan mengetahui profil pelajar dan pengetahuan sedia ada pelajar, guru boleh menentukan bahan dan aktiviti bagi pengajaran ini.

3

Langkah

Jangkamasa

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan

Set Induksi –Langkah 1

2 minit 1. Guru telah memasang dan menghidupkan keperluan teknologi seperti komputer riba dan projektor dan telah menulis objektif di papan tulis.

2. Guru telah menyusun kerusi dan meja dalam bentuk separuh bulat untuk memudahkan penglihatan dan perhatian ke layar dan interaksi sewaktu pembentangan dan perbincangan.

3. Guru memulakan kelas dengan menyatakan objektif pengajaran hari ini.

4. Guru kemudian mengimbas kembali teks yang sedang dipelajari dan apa

1. Pelajar memberikan perhatian tentang objektif pengajaran hari ini dan arahan pertama.

2. Pelajar memberi respons dengan menyatakan apakah teks yang sedang dipelajari dan apa

Jika terjadinya masalah teknikal, guru boleh memanggil wakil pelajar ICT atau pegawai ICT ataupun tidak menggunakan ICT dan menggantikannya dengan pembacaan dan lakonan skrip oleh beberapa pelajar.

4

yang telah ditimba sepanjang dua pengajaran lalu dengan meminta pelajar memberi respons.

yang telah dipelajari mereka sepanjang dua pengajaran lalu.

Langkah 2Mendengar Audio

5 minit(2 minit)

1. Guru kemudian menyatakan arahan pertama iaitu:

a. Para pelajar diperlukan untuk mendengar audio yang akan didengarkan.

b. Para pelajar akan diberikan skrip bagi audio tersebut.

c. Para pelajar juga diberitahu bahawa mereka yang diberikan suatu lembaran untuk mencatat pandangan mereka sejurus selepas mendengarkan audio.

2. Guru kemudian mengedarkan skrip dan meminta para pelajar segera memberi perhatian pada layar selepas menerima skrip mereka.

3. Guru seterusnya memancarkan dua

1. Pelajar memberi perhatian pada butiran arahan yang diberikan guru agar pengajaran dan pembelajaran hari ini dapat dijayakan bersama.

2. Pelajar mengambil skrip setiap satu dan sejurus itu memberikan perhatian pada

Bahan: 1. Audio petikan-petikan teks 2. Skrip bagi audio petikan-petikan teks

5

perkara yang perlu difikirkan sewaktu dan selepas mendengar audio tersebut.Rasional: Rasional skrip ini dicetak dan diberikan kepada setiap pelajar ialah agar perhatian mereka tertumpu pada apa yang didengar melalui membaca atau melihat skrip. Juga jika mereka terlepas dengar, boleh sahaja dilihat di skrip.Di samping itu, skrip boleh menjadi rujukan sewaktu menuliskan catatan mereka atau juga sewaktu perbincangan.

4. Guru kemudian menanyakan beberapa pelajar berkenaan perkara yang akan dilakukan untuk memastikan pemahaman pelajar terhadap arahan.

5. Guru mengucapkan terima kasih dan memuji jika betul ulangan arahan yang diberikan pelajar kerana memberi perhatian dan jika tidak, meminta pelajar

layar.

3. Pelajar membaca dan mendengar akan dua perkara yang perlu difikirkan sewaktu mendengar audio.

4. Pelajar-pelajar yang dipilih menyatakan arahan mengikut urutan.

6

(3 minit)

lain untuk memberikannya.

6. Guru seterusnya menanyakan kelas jika mereka mempunyai soalan sebelum memulakan audio untuk memastikan tiada pelajar yang kurang jelas atau memerlukan penerangan lanjut.

7.Guru menekankan kepentingkan aktiviti ini dan kerjasama pelajar untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

8. Guru memulakan audio.

5. Pelajar bertanya kepada guru jika terdapat kemusykilan atau memerlukan butiran lanjut.

6. Pelajar memberikan perhatian sepenuhnya pada audio dan skrip.

Langkah 3Catatan

10 minit(2 minit)

1. Guru meminta perhatian pelajar dan mengingatkan dua perkara yang perlu difikirkan sementara tadi sambil

1. Pelajar mendengar dan memberi perhatian kepada

Bahan: 1. Lembaran catatan selepas

7

selepas Audio & Pencerakinan Tema

memancarkan slaid-slaid perkara-perkara tersebut.

2. Guru memberikan arahan seterusnya dengan menyatakan pelajar perlu mengisikan lembaran catatan yang akan diedarkan berdasarkan audio, apa yang difikirkan tadi dan teks yang telah dibaca.

3. Guru juga menyatakan soalan-soalan lembaran akan dibaca bersama sebelum para pelajar boleh mula mengisi lembaran masing-masing agar pelajar memahami kehendak lembaran sebelum mula mengisi.

4. Guru kemudian mengedarkan lembaran catatan kepada para pelajar.

5. Guru seterusnya menerangkan

guru untuk arahan seterusnya.

2. Pelajar mengambil lembaran setiap satu dan memberi perhatian kepada guru.

mendengar audio.

8

(3 minit)

secara ringkas kehendak setiap perkara.

6. Guru juga menanyakan kelas jika mereka mempunyai soalan sebelum memulakan pengisian lembaran untuk memastikan tiada pelajar yang kurang jelas atau memerlukan penerangan lanjut.

7. Guru menyatakan bahawa para pelajar boleh mula mengisi dan menyatakan para pelajar mempunyai 3 minit untuk mengisinya.

8. Guru memantau kelas ketika para pelajar menulis.

9. Guru menjenguk para pelajar LA setiap satu dan mendorong mereka dengan memuji hasil mereka sejauh itu atau menanyakan soalan lanjut untuk mendetikkan idea atau

3. Pelajar bertanya kepada guru jika terdapat kemusykilan atau memerlukan butiran lanjut.

4. Pelajar mula mengisi lembaran dan cuba menyelesaikannya dalam masa 3 minit.

9

(5 minit)

huraian idea atau pilihan bahawa soalan akhir, iaitu pemberian tema teks, itu mereka tidak perlu terlalu khusus atau boleh untuk tidak melakukannya jika tidak cukup masa.Rasional: Langkah menjenguk para pelajar LA ialah sebagai usaha differentiated learning dan membantu membina keyakinan diri mereka dan melanjutkan kebolehan mereka untuk setara dengan teman-teman lain.

10. Di akhir 3 minit, guru meminta pelajar mengakhiri catatan mereka dan meminta perhatian para pelajar dan menyatakan bahawa kini kelas akan diteruskan dengan perbincangan tema hasil dari catatan yang baru dilakukan.

11. Guru memulakan perbincangan dengan meminta para pelajar

5. Pelajar mengakhiri penulisan dan memberikan perhatian kepada guru.

6. Pelajar berkongsi catatan mereka.

Arif Budiman:Guru mengingatkan pelajar untuk memberikan perhatian ketika seseorang berkongsi atau mengajukan

10

berkongsi catatan mereka tentang perkara pertama iaitu perasaan atau pandangan mereka. Jika tiada pelajar yang memulakan perkongsian, guru boleh sahaja memilih satu pelajar LA atau MA untuk berkongsi agar dapat meningkatkan keyakinan mereka dan dengan harapan mereka merasa pendapat mereka dihargai dan tidak hanya pelajar HA pada masa yang sama melatih bertutur dan berkongsi buah fikiran mereka.Guru mengulas atau menanyakan jika para pelajar lain berkongsi pandangan yang sama setelah setiap sumbangan.

12. Guru meneruskan perbincangan pencerakinan tema dengan meminta perkongsian pelajar tentang perkara kedua iaitu kata-kata kunci berkenaan tema.Bagi setiap perkongsian, guru menuliskan di papan tulis atau di

soalan.Jika terdapat ramai pelajar yang ingin menyumbang pada satu-satu masa, guru boleh mengingatkan para pelajar untuk mengangkat tangan atau secara satu persatu. Juga jika tidak setuju akan sesuatu, boleh sahaja memberi pendapat pula dengan sopan dan baik. Ini dapat mendidik

11

slaid agar kelas dapat melihat penggabungan atau pencerakinan tema ini.

13. Setelah guru menganggarkan bahawa sudah cukup untuk membina tema yang sesuai, guru memuji usaha kelas sejauh ini dan meneruskan kepada perkongsian terakhir.

14. Guru menanyakan bahawa dengan perkongsian di papan sejauh ini, siapa yang boleh berkongsi perkara ketiga mereka sebagai saranan tema sepenuhnya.Jika tidak berjaya meraih perkongsian, guru boleh memilih mana-mana pelajar yang dirasakan telah menulis tema yang hampir tepat sewaktu pemerhatian pemantauannya.Ataupun guru boleh memetik atau membulatkan kata-kata kunci yang tepat dan meminta pelajar membina

pelajar untuk berhemah dan hormat menghormati.

12

tema yang sesuai dan sesudah itu menuliskan tema di papan.

15. Guru mengakhiri perbincangan catatan dan tema dan menyatakan aktiviti seterusnya iaitu kerja kumpulan.

Langkah 4Perbincangan

10 minit(2 minit)

1. Guru menyatakan pecahan kumpulan para pelajar. 3 kumpulan terisi 4 ahli setiap satu.Setiap kumpulan terdiri daripada campuran tingkatan kebolehan pelajar dengan sekurang-kurangnya satu pelajar HA dalam setiap kumpulan.Rasional: Langkah ini diambil agar para pelajar tidak merasakan pelajar HA akan berkumpul dalam satu kumpulan dan melakukan hasil yang jauh lebih baik berbanding mereka juga agar terjalinnya perkongsian pandangan yang rencam dari berbagai sudut dan tahap.

13

2. Guru meminta para pelajar bergerak dengan pantas dan senyap dan berkumpul.

3. Guru menyatakan arahan bagi aktiviti ini:a. Setiap kumpulan akan diberikan

satu lembaran kerja kumpulan, bersaiz A3 yang memerlukan bukti dan huraian bagi pemikiran juga latar yang diberikan.

b. Empat potongan kata akan diberikan kepada setiap kumpulan yang perlu digunakan dalam mana-mana ayat lembaran mereka dengan sesuai dan ditampal. Ianya bertujuan sebagai mendetik idea sewaktu perbincangan.

c. Setiap kumpulan akan diberikan pemikiran berbeza-beza.

d. Perbincangan akan dijalankan selama 8 minit.

Bahan: 1. Tiga penyusun grafik kerja kumpulan bersaiz A32. Potongan perkataan yang perlu digunakan pada penyusun grafik

14

(8 minit)

e. Sebelum perbincangan bermula, satu contoh lembaran kerja akan ditunjukkan kepada pelajar untuk diteliti akan harapan hasil kerja kumpulan ini.

f. Dan perkongsian akan dijalankan di akhir perbincangan.

4. Guru mengedarkan bahan-bahan.

5. Guru seterusnya menanyakan kelas jika mereka mempunyai soalan sebelum memulakan pengisian lembaran untuk memastikan tiada pelajar yang kurang jelas atau memerlukan penerangan lanjut.

6. Guru menekankan kepentingan sumbangan semua pihak untuk menjayakan aktiviti ini dan kumpulan boleh menanyakan soalan kepada guru sewaktu perbincangan dijalankan.

1. Kumpulan memulakan perbincangan.

MI:Interpersonal: Pelajar dapat meningkatkan kebolehan Interpersonal

15

7. Guru menyatakan permulaan perbincangan.

8. Guru memantau kumpulan-kumpulan

berbincang.

9. Guru menjenguk setiap kumpulan untuk memastikan perbincangan berjalan dengan lancar, mendorong mereka dengan memuji hasil mereka sejauh itu atau menanyakan soalan lanjut untuk mendetikkan idea atau huraian idea juga untuk mencungkil idea dan sumbangan dari ahli-ahli yang kurang bertutur.

10. 3 minit sebelum berakhirnya penulisan, guru mengingatkan kumpulan-kumpulan tentang masa.

11. Di akhir 8 minit, guru meminta

2. Kumpulan menamatkan perbincangan dan memberi perhatian kepada guru.

sewaktu perbincangan antara ahli-ahli kumpulan.

Taksonomi Bloom:Menganalisa:Pelajar berada pada tahap menganalisa kerana diperlukan untuk memecahkan informasi ke bahagian-bahagian kecil atau komponen untuk membina atau mencipta pemahaman dan hubungan

16

perhatian para pelajar dan menyatakan bahawa kini kelas akan diteruskan dengan perkongsian setiap pemikiran.

teks kepada penyusun grafik yang bakal dikongsikan nanti.

Langkah 5Perkong sian

14 minit(2 minit)

1. Guru meneruskan pengajaran dengan memberikan arahan bagi perkongsian:a. Dua wakil diperlukan untuk

berkongsi.b. Ahli-ahli lain boleh menambah

huraian jika perlu.c. Setiap pelajar diberi lembaran nota

untuk mencatat setelah mendengar perkongsian dan perbincangan.

d. Kumpulan-kumpulan lain serta guru akan mengulas atau menanyakan soalan jika ada yang ingin ditambah atau kurang bersetuju dengan cara yang sopan dan berhemah.

e. Setiap perkongsian dan

Arif Budiman:Guru mengingatkan pelajar untuk memberikan perhatian ketika seseorang membentang, memberi pendapat atau mengajukan soalan.Jika terdapat ramai pelajar yang ingin menyumbang pada satu-satu

17

(12 minit)

perbincangan kumpulan dihadkan kepada 4 minit.

f. Guru meminta para pelajar mencatat nota bagi pemikiran dari contoh slaid guru.

2. Guru seterusnya menanyakan kelas jika mereka mempunyai soalan sebelum memulakan pengisian lembaran untuk memastikan tiada pelajar yang kurang jelas atau memerlukan penerangan lanjut.

3. Guru menekankan kepentingan sumbangan semua pihak untuk menjayakan aktiviti terakhir ini.

4. Guru meminta para pelajar kumpulan pertama memulakan perkongsian.

1. Pelajar bertanya kepada guru jika terdapat kemusykilan atau memerlukan butiran lanjut.

2. Kumpulan memulakan perkongsian.

3. Pelajar yang tidak membentang, mendengar dan mencatat nota pada lembaran kerja.

masa, guru boleh mengingatkan para pelajar untuk mengangkat tangan atau secara satu persatu. Juga jika tidak setuju akan sesuatu, boleh sahaja memberi pendapat pula dengan sopan dan baik. Ini dapat mendidik pelajar untuk berhemah dan hormat menghormati.

Bahan:

18

1. Nota penyusun grafik individu – tema, pemikiran dan latar

Penutup(Pelajar)

2 minit 1. Di akhir perkongsian atau 12 minit, guru secara sepintas lalu merumuskan setiap pemikiran. Jika terdapat isu-isu yang masih belum dapat diterangkan, guru mencatitnya dan menyatakan ia akan diterangkan di blog oleh guru disebabkan kesuntukan masa. Para pelajar boleh menlawati blog dan membacanya selewat-lewatnya esok. Boleh sahaja meninggalkan komen.

2. Guru kemudian meminta para pelajar mengisi lembaran renungan bagi pembelajaran hari ini dan guru menyatakan akan memulangkan semula berserta

1. Pelajar mendengar rumusan guru.

2. Pelajar mengisikan borang renungan dengan jujur.

Borang penilaian kendiri dan renungan dipulangkan supaya para pelajar dapat mengetahui maklum balas guru terhadap renungan mereka dan guru boleh menggalakkan pelajar dalam usahanya atau memberikan pujian agar

19

komen guru terhadap perkongsian pelajar pada renungan.

3. Guru kemudian mengumpul renungan kendiri dan mengakhiri kelas.

pelajar mengetahui kekuatannya. Juga baik bagi guru melihat peningkatan yang diperlukan bagi pengajaran akan datang (Assessment for Learning).

Bahan:Blog

Renungan Guru

Tiga perkara yang perlu diperhatikan atau boleh diperbaiki merupakan penyusunan tempat duduk, masa dan ulasan.

Berkenaan penyusunan tempat duduk, jika terdapat kelas yang berjalan sebelum kelas ini dimulakan dan guru tidak sempat menyusun tempat duduk para pelajar, guru boleh meminta tolong para pelajar untuk menyusunkan bersama.

Masa bagi setiap aktiviti boleh tergegas bergantung dengan soalan atau ulasan yang diberikan pelajar atau guru sendiri. Jika diperpanjangkan atau tidak dijaga masa, aktiviti-aktiviti akan

20

menjadi terlalu tergegas. Pada masa yang sama, jika para pelajar cepat memahami atau sejujurnya tidak mempunyai soalan atau huraian yang diperlukan, guru boleh sahaja berpindah kepada aktiviti seterusnya. Penting bagi guru menjaga masa agar setiap aktiviti dijalankan dan difahami dengan baik dan teratur.

Ulasan pula berkait rapat dengan masa. Jika terdapat banyak ulasan, soalan atau huraian diperlukan, maka terperpanjangkan satu-satu masa aktiviti atau tidak dapat melengkapi semua aktiviti. Maka perlu guru menjaga masa dan mengawasi ulasan atau huraian yang tidak begitu memerlukan perbincangan yang terlalu mendalam dan menumpukan kepada aspek tema, pemikiran dan latar sahaja. Pada masa yang same, jika terjadinya kelebihan masa, blog merupakan wadah yang baik untuk melanjutkan isu-isu penting untuk dileraikan.

Fasa Aktiviti Kaedah Aspek MI Taksonomi CCE

2 – Pengajaran PencerakinanTema, Pemikiran dan Latar, Lembaran Kerja Individu dan Kumpulan

Penaksiran Formatif Formal

Tema, Pemikiran dan Latar

Intepersonal Memahami, Menganalisa

Interpersonal

21