[2]diskusi pertama
TRANSCRIPT
-
8/10/2019 [2]DISKUSI PERTAMA
1/6
Muslim Yang Mukmin
Buku Rujukan Silibus Smart Group| Mentor
MENTOR
COUNCILSILIBUSSMARTGROUPTAHUN2
-
8/10/2019 [2]DISKUSI PERTAMA
2/6
1
-
8/10/2019 [2]DISKUSI PERTAMA
3/6
2
SILIBUS SMART GROUP MPMMJ
CETAKAN PERTAMA 2012
Izin terbit :
Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan
HAKCIPTA TERPELIHARA 2012
Tidak dibenarkan menerbit semula mana-mana bahagian, artikel, ilutrasi, isi kandungan buku ini
dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, gambar, rakaman dan
sebagainya sebelum mendapat keizinan bertulis dari MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
MALAYSIA JORDAN
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN
( Malaysian Students Representative Council Of Jordan )
Malaysian Student Department Jordan,
Embassy Of Malaysia,
No.24, Mohd Bassem Al-Khammash St, Sweifieh,
P.O Box 143310
Amman, 11185, The Hashimate Kingdom Of Jordan.
-
8/10/2019 [2]DISKUSI PERTAMA
4/6
3
DISKUSI PERTAMA : AL-AHAD
(SURAH AL-IKHLAS)
OBJEKTIF
i.
Mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran dan memahami isi-isi kandungannya.
ii. Mempelajari dan memantapkan hukum tajwid dalam membaca al-Quran.
iii. Melahirkan insan yang beramal dengan ajaran al-Quran.
1.0 MUQADDIMAH
Surah ini menerangkan berkaitan dengan memurnikan keEsaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, Dialah
tempat meminta sesuatu hajat ataupun permohonan. Di samping itu, Allah turut menegaskanbahawa Dialah satu-satunya tuhan yang wajib disembah dan ditaati tanpa ada syak wasangka dan
berbelah bahagi.
2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
3.0 PENGENALAN SURAH AL-IKHLAS
Merupakan surah yang ke-112 daripada 114.
Tergolong dalam surah Makiyyah.
Mengandungi 4 ayat.
-
8/10/2019 [2]DISKUSI PERTAMA
5/6
4
4.0 SEBAB DITURUNKAN
Surah Al-Ikhlas menceritakan berkaitan dengan kemurnian mengEsakan Allah S.W.T. Pada waktu itu
Rasulullah S.A.W telah menerima banyak tentangan daripada kafir Quraisy termasuklah ancaman
bunuh. Ancaman bunuh tersebut masih lagi berterusan ketika Rasulullah berjaya keluar dari Mekah
dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah.
Kaum kafir Quraisy mengadakan pertemuan di Dar ad-Dakwah untuk menangkap Rasulullah dan
membawa ke hadapan kaumnya. Lalu mereka bersepakat sekiranya sesiapa yang berhasil
menangkap Rasulullah samaada hidup ataupun mati, maka mereka akan diberikan hadiah 100 orang
hamba dari Rum, 100 ekor unta dan 100 ekor kuda Arab.
Lalu seorang lelaki bernama Suroqoh tampil dan menyatakan hasratnya untuk mencari dan
membunuh Rasulullah. Tanpa membuang masa, Suroqoh dengan menaiki kudanya berjaya mengejar
Rasulullah yang dalam perjalanan ke Madinah. Pada ketika itu, Malaikat Jibril telah turun dan berkata
kepada Rasulullah,Wahai Rasulullah, Allah telah menundukkan bumi ini untuk mentaati
perintahmu.
Ketika Suroqoh betul-betul berada di belakang Rasulullah sambil menghunus pedangnya, tiba-tiba
dia terjatuh dan terperosok ke dalam tanah. Pada ketika itu, Rasulullah berpura-pura tidak tahu dan
meneruskan perjalanan. Lalu Suroqoh memanggil, Wahai Muhammad, tolonglah aku. Aku tidak
akan membunuhmu. Marilah kita berdamai.
Rasulullah menolong Suroqoh. Namun setelah selamat, Suroqoh malah kembali menghunuskan
pedangnya dan hendak menikam Rasulullah. Ketika hujung pedang Suroqoh hampir mengenai kulit
Rasulullah, tiba-tiba Suroqoh kembali terperosok ke dalam tanah buat kali kedua.
Suroqoh kembali berteriak meminta pertolongan daripada Rasulullah dan Rasulullah pun
menolongnya lagi. Setelah selamat, Suroqoh pun menghampiri dan manyimpuh di hadapan unta
yang ditunggangi Rasulullah, lalu berkata, Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang
Tuhanmu. Sekiranya Dia memiliki kekuasaan sehebat itu, apakah Tuhanmu itu diperbuat daripada
emas atau perak?
Rasulullah menundukkan kepalanya. Dan Malaikat Jibril datang membawa wahyu, yakni Surat Al-
Ikhlassebagai jawaban atas pertanyaan Suroqoh.
Katakanlah (wahai Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada
seorangpun yang setara dengan Dia.
(Al Ikhlas:1-4)
-
8/10/2019 [2]DISKUSI PERTAMA
6/6
5
5.0 NILAI DAN PENGAJARAN
1.
Allah itu Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagiNya.
2. Sebarang hajat atau keinginan kita pohonlah kepada Allah yang Esa dan janganlah kita meminta
atau memohon selain dariNya.
3.
Memohon dengan ikhlas dan permohon yang berupa kebaikan InsyaAllah pasti akan dikabulkanoleh Allah.
4. Allah itu tiada keturunan dan jangan sesekali kita mengakui selain dariNya.
5. Jangan sesekali kita mensyirikkan Allah kerana ia adalah dosa besar.
RUJUKAN
1. Tafsir Munir Fil Aqidah, Syariat Dan Manhaj, oleh Al-Ustaz Doktor Wahbah Az Zuhaili , Jilid 17, Juz 29-30
2.
Al-Qurannul Karim dan Terjemahan
3. Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb