08(a) isi pelajaran_ interaksi 1

Upload: annie-shanthi-noris

Post on 16-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

TAJUK 1PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA

Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan menjelaskan tahap-tahap perkembangan dan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar termasuklah murid normal, murid pendidikan pemulihan, dan murid bermasalah pembelajaran. Selain itu tajuk ini juga akan membincangkan teori-teori pemerolehan bahasa , faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa, dan fungsi alat-alat artikulasi yang terlibat dalam sistem pengujaran. Seterusnya tajuk ini juga akan menjelaskan masalah dalam penguasaan bahasa dan prinsip-prinsip dalam Intervansi Bahasa. Terapi dalam pendidikan Pemulihan akan turut dibincangkan pada bahagian akhir tajuk ini.Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, pelajar akan dapat:

Menjelaskan tahap perkembangan dan penguasaan bahasa, faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dan fungsi alat artikulasi.

Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuh kandungan pengetahuan pedagogi Pendidikan Pemulihan.

Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja terutama dalam perbincangan dan pembentangan hasil tugasan.Kerangka tajuk

PERKEMBANGAN DAN

PENGUASAAN BAHASA

Tahap Teori

Faktor Yang

AlatPerkembangan Pemerolehan Mempengaruhi Artikulasi Bahasa

Bahasa

Masalah Dalam Prinsip-Prinsip

Terapi Dalam Penguasaan Intervensi

Pendidikan Bahasa

Bahasa

Pemulihan1.0 PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA1.1Tahap Perkembangan BahasaTahap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula bahasa. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa dan saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dan penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih baik serta cekap dalam komunikasi seharian mereka.Dalam membincangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak, pelbagai pendapat dan pandangan dikemukakan. Antara tahap perkembangan bahasa yang dikemukakan adalah yang dikemukakan oleh Rodman dan Fromkin (1993) seperti berikut;i. Tahap vokalisasi bunyi (babbling)

ii. Tahap satu kata (holofrasis)

iii. Tahap dua kata

iv. Tahap ujaran telegrafi (telegraphic speech)

I. Tahap Vokalisasi Bunyi (Babbling)Sejak dilahirkan kanak-kanak telah mula mengeluarkan bunyi-bunyi dalam bentuk-bentuk seperti tangisan, rengekan, dengkuran dan sebagainya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan tersebut mirip dangan bunyi-bunyi konsonan dan vokal. Walau bagaimanapun bunyi-bunyi tersebut dikategorikan sebagai bunyi prabahasa (Fromkin dan Rodman, 1993). Setelah mencapai umur kira-kira enam bulan, seseorang bayi mula mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih kerap dan lebih jelas bunyinya sama ada bunyi konsonan ataupun vokal yang biasanya bercampur aduk seperti penghasilan bunyi frikatif dan nasal. Walau bagaimanapun tidak diketahui sama ada bunyi-bunyi yang dihasilkan merujuk kepada objek-objek atau maksud-maksud tertentu. Contohnya bunyi-bunyi seperti:

Papapa..mamamamamam..wawawa..

Sesuai dengan peningkatan pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi, bunyi- bunyi bahasa yan dihasilkan menerusi aktiviti bebelan atau celotehan bebas ini lama-kelamaan akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih jelas kerana pada tahap ini mereka cuba untuk meniru bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh orang dewasa di sekeliling mereka.ii. Tahap Satu Kata (Holofrasis)Tahap ini lazimnya dicapai oleh seseorang kanak-kanak apabila mereka mencapai umur 12 hingga 18 bulan. Pada tahap ini juga ujaran-ujaran yang mereka lakukan mula merujuk pada sesuatu yang mereka peroleh di sekeliling mereka. Sebagai contoh mereka mengucapkan ma yang merujuk kepada mama, yah yang merujuk kepada ayah, mam yang merujuk pada makan dan sebagainya.Menurut pendapat para peneliti bahasa kanak-kanak, kata-kata yang diujarkan pada tahap ini mempunyai 3 fungsi iaitu kata-kata yang dikaitkan dengan perlakuan kanak-kanak itu sendiri, menyatakan perasaan, atau menamakan sesuatu benda. Pada tahap ini juga mereka sudah mula biasa menggunakan huruf-huruf konsonan seperti m,p,s,k dan huruf-hiruf vocal seperti a, e, i, o ,u.iii. Tahap Dua KataTahap ini berlaku ketika kanak-kanak mencapai usia kira-kira 18-20 bulan. Pada tahap ini kanak-kanak mula mengucapkan ujaran-ujaran yang mengandungi dua kata mudah yang signifikan dengan kehidupan mereka. Pada tahap ini juga ujaran-ujaran yang dihasilkan sudah mula merujuk kepada makna-makna tertentu seperti nak mam merujuk hendak makan, mama kut bermaksud mama nak ikut. Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berfikir secara subjek + prediket tetapi aspek-aspek seperti kata ganti nama diri dan kata jamak masih belum dapat digunakan dengan betul.

iv. Ujaran Telegrafis (Telegraphic Speech)Pada usia 2-3 tahun, kanak-kanak mula menghasilkan ujaran kata ganda atau dikenali juga sebagai ujaran telegrafis. Kanak-kanak juga sudah mampu membentuk kata menjadi ayat-ayat mudah yang berurutan dengan betul. Kosa kata mereka juga semakin bertambah dengan pesat hasil peniruan daripada orang dewasa di sekelilingnya dan pengucapan mereka juga semakin mirip orang dewasa. Fromkin dan Rodman (1993) menyatakan bahawa hasil peniruan bahasa kanak-kanak pada usia ini masih belum mencapai tahap yang diinginkan oleh orang dewasa kerana terdapat pengguguran-pengguguran tertentu seperti pengguguran bunyi vokal, konsonan ataupun kata sendi. Contohnya kanak-kanak akan mengujarkan ayat He go out yang merujuk pada He is going out dan yah gi ja yang merujuk pada ayah pergi kerja.Selain tahap tersebut, terdapat juga tahap perkembangan bahasa yang dikemukakan oleh D.C Norton (1985) dalam bukunya The Effective Teaching of Language Arts . Menurut Norton tahap-tahap perkembangan bahasa kanak-kanak adalah seperti berikut;

UmurCiri-ciri Penguasaan Bahasa

3 bulan

Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

12 bulan( 1 tahun )Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.

18 bulan ( 11/2 tahun )Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah

perkataan.

24 bulan - 36 bulan

( 2 tahun - 3 tahun )

Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak- kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.

36 bulan - 48 bulan

( 3 tahun - 4 tahun )Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan - 60 bulan

( 4 tahun - 5 tahun )Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.

5 tahun - 6 tahun

Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8 perkataan. Kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.

6 tahun 7 tahunKanak kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun 10 tahun

Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun 12 tahun

Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan.

1.2Teori Pemerolehan Bahasa1.2.1Teori BehaviourisTeori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield dan dikembangkan oleh Watson, Skinner serta Thorndike menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa sangat berkait rapat dengan aspek rangsangan dan gerak balas ataupun latihan dan pengulangan. Abdul Aziz (2000) berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan ransangan yang sesuai. Perlakuan tersebut akan dapat dikekalkan sekiranya diperkukuh dengan ganjaran. Oleh itu teori behavioris ini turut mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Menurut Skinner(1938), pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Di samping itu guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, berbalas pantun, deklamasi puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan pemenang daripada aktiviti tersebut diberikan ganjaran sebagai peneguhan.

E.L. Thorndike merupakan antara ahli linguistik ulung yang mengemukakan beberapa hukum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme yang boleh diterapkan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa (Abdul Aziz, 2000). Hukum pertama ialah hukum latihan. Mengikut hukum ini, latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, latihan diperlukan dalam bidang lisan seperti sebutan, intonasi dan bacaan nyaring. Hal yang sama juga berlaku dalam aspek-aspek lain pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa, menulis dan mengarang. Hukum kedua ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibentuk akan lebih tekal atau berterusan sekiranya diberikan rangsangan dan ganjaran yang positif. Pemberian ganjaran tersebut juga perlulah diberikan dalam kadar segera selepas sesuatu perlakuan bahasa yang dikehendaki dibentuk oleh kanak-kanak. Pemberian gred atau markah adalah antara kaedah yang paling lazim digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran bahasa. Hukum kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting menentukan kesan ganjaran terhadap respon atau perlakuan yang baik ialah masa. Hal ini bermakna lebih singkat masa antara respon dan anjaran, maka akan lebih kuatlah perkaitan antara kedua-duanya. Hukum ketiga ialah hukum tubi. Menurut hukum ini, ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respon. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Hal ini termasuklah komen positif guru yang membina, ganjaran berbentuk hadiah, gred atau markah dan sebagainya. 1.2.2 Teori Mentalis Teori mentalis dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari apa-apa sahaja jenis bahasa.Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;

ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang mempunyai IQ rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );

iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan

iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;

ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan

iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

1.2.3 Teori KognitifTeori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Dengan menggunakan otak manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara termasuk menguasai bahasa. Hal ini kerana menurut aliran kignitif, pembelajaran merupakan sesuatu proses mentalis dan bukan mekanis. Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan tentang maksud kecerdasan. Kecerdasan merupakan satu bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kognitif bergerak. Piaget seterusnya berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh sesuatu bahasa adalah berdasarkan kognitif dan setiap kanak-kanak akan melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya.

Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan lebih mudah memehami dan mempelajari sesuatu perkara jika mereka diperkenalkan dengan perkara yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti-aktiviti berbentuk hands on memang sesuai dalam mambantu tahap perkembangan kognitif mereka. Peringkat yang terakhir ialah peringkat operasi formal iaitu usia 12 tahun dan ke atas. Pada tahap ini, kematangan kognitif mereka sudah semakin baik dan mula dapat menilai sesuatu yang abstrak. Mereka juga mula cuba untuk menaakul setiap bentuk dan situasi yang berlaku disekeliling mereka.Sinclair dalam Juriah, Raminah dan Sofiah (1993) menerusi kajiannya mendapati bahawa kanak-kanak tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai peringkat perkembangan intelek tertentu. Daripada kajian tersebut juga Sinclair membuat kesimpulan bahawa latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan bahasa seseorang kanak-kanak sebelum mencapai tahap intelek yang tertentu. Sementara itu, ahli kognitif menegaskan bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental dan perkembangan bahasa yang antara satu sama lain sangat berkait rapat. Kanak-kanak akan memperoleh bahasa ketika berada diperingkat deria motor dan konkrit kepada abstrak. Dengan hal yang demikian jelaslah bahawa pemerolehan bahasa adalah bergantung pada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.1.2.4Teori InteraksionalisTokoh-tokoh teori interaksionalis adalah seperti Bloom, Bowennan, dan Cromer. Aliran ini berpendapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan mampu menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak masih perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara makna-makna konitif digambarkan dalam bentuk bahasa dengan tepat. Hasil kajian Snown (1972) dan Ringle (1978) menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak. Juriah Long, Raminah dan Sofia (1993) menjelaskan bahawa pendapat ahli-ahli interaksionalis mendapat sokongan kerana hujah-hujah pemerolehan bahasa mereka mempunyai bukti-bukti kukuh hasil kajian daripada tokoh-tokoh seperti Bloom, Halliday dan Wells. Kajian yang didijalankan oleh Bloom menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat memahami berbagai-bagai kategori semantik. Bowerman pula berpendapat perbezaan ini timbul kerana kedua-dua menggunakan kognitif yang berbeza. Hal ini demikian kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan suatu perkara yang penting dalam teori pemerolehan bahasa.Juriah Long, Raminah dan Sofia (1993) turut memetik pandapat ahli interaksionalis bahawa setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses interaksi bahasa. Halliday turut berpendapat setiap kanak-kanak perlu menguasai bahasa. Hal ini disebabkan setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Kamarudin Husin (1998) dalam bukunya Pedagogi bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diterima, kanak-kanak boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistic yang jelas dan tepat. Teori yang dikemukakan oleh Halliday ini melibatkan pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik haruslah boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama ada dari segi tatabahasa dan makna. 1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa

Rajah 1.1 : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa

1.3.1Faktor Kematangan FisiologikalFaktor kematangan fisiologikal merujuk kepada kematangan fungsi-fungsi otak yang sempurna. Hal ini kerana individu yang mengalami kecederaan pada sel-sel otak akan terjejas pemerolehan bahasanya.

Rajah 1.2 : Bahagian-Bahagian Otak Yang Penting Dalam Pemprosesan Bahasa Bahagian-bahagian otak yang berperanan penting dalam proses pemerolehan bahasa ialah kawasan broca dan kawasan wernicke. Kawasan broca terletak dekat tengah hemisfera cerebral kiri iaitu tempat pertemuan antara frontal, parietal dan temporal lobes. Kawasan ini juga merupakan bahagian otak yang bertangungjawab terhadap pembentukan urutan bahasa. Kecederaan pada kawasan ini boleh mengakibatkan masalah artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek atau tanpa tatabahasa sertakesilapan dalam ejaan. Masalah yang lazim berlaku ialah bahasa ekspresif iaitu pertuturan atau penulisan terjejas (brocas aphasia).Kawasan wernicke pula terletak di bahagian belakang hemisfera cerebral kiri dalam temporal lobe. Kawasan ini merupakan bahagian otak yan bertanggungjawab terhadap kefahaman bahasa. Kecederaan atau kecacatan kawasan ini menjejaskan pemahaman bahasa iaitu bahasa reseptif (wernickes aphasia). Individu yang mengalami kecederaan di kawasan wernicke boleh menyebabkan individu menghasilkan sebutan atau ujaran yang panjang dan bertatabahasa tetapi kurang membawa maksud seperti kata nama dan kata kerja.Kecederaan serius pada kedua-dua kawasan otak tersebut akan mengakibatkan masalah bahasa yang teruk sama ada bahasa reseptif mahupun bahasa ekspresif (global aphasia)

1.3.2Faktor Sosial dan PersekitaranFaktor sosial dan persekitaran merujuk pada bagaimana seseorang kanak-kanak itu berinteraksi dengan dunia persekitarannya. Hal ini kerana mempelajari bahasa adalah proses peniruan oleh seseorang daripada individu di persekitarannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan kes seorang budak perempuan bernama Genie yang ditemui terkurung dalam sebuah bilik untuk satu tempoh masa yang sangat lama. Walaupun dia mempunyai system fisioloikal yang normal namun dia tidak dapat berbahasa dan mengalami masalah kelewatan kognitif kerana pergaulannya dengan manusia dan dunia sekeliling yang sangat terbatas. Kajian-kajian bahasa juga menunjukkan bahawa kualiti dan kuantiti seseorang mempengaruhi perkembangan bahasanya. Pengalaman awal dalam interaksi sosial juga memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan bahasa seseorang individu. Hal ini dapat dibuktikan apabila didapati kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi mempunyai kosa kata yang lebih luas. Selain itu, lebih luas interaksi seseorang kanak-kanak dengan ibu bapa dan orang di sekelilingnya semakin luas jugalah kosa katanya. Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang mendapat bantuan daripada badan-badan kebajikan juga didapati mempunyai kosa kata yang lebih terhad berbanding kanak-kanak yang lebih berada.1.3.3Faktor Kognitif

Faktor kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemerolehan bahasa kerana pemprosesan maklumat berlaku dalam kognitif. Ahli-ahli linguistic telah bersetuju bahawa faktor kognitif memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa. Beberapa pandangan telah dikemukakan untuk untuk menjawab pertikaian tentang hubungkait antara bahasa dengan kognisi. Piaget (1954) menyatakan bahawa kognisi, pengetahuan dan persepsi mendahului proses pemerolehan bahasa seseorang. Menurut beliau lagi bahasa adalah salah satu fungsi simbolik yang berkembang dalam minda kanak-kanak melalui pertumbuhan dan interaksi dengan persekitaran. Beberapa asas pencapaian kognitif seperti distancing dan object permanence perlu berlaku sebelum perkembangan bahasa kerana pada masa ini kanak-kanak mula beralih dari dunia fizikal kepada dunia simbolik.Whorf (1956) pula berpendapat bahawa bahasa mempengaruhi persepsi seseorang terhadap dunia persekitarannya. Sekiranya kita mempunyai bahasa untuk menjelaskan tantang sesuatu perkara kita turut mempunyai persepsi atau kefahaman terhadap perkara tersebut.

Vygotsky (1962) berpendapat bahawa bahasa dan kognisi adalah saling bergantung. Hal ini kerana bahasa dan kognisi merupakan dua sistem yang berkembangan secara berasingan. Pada peringkat awal bahasa berlaku kerana adanya proses interaksi dengan orang lain. Seterusnya bahasa akan mengalami proses internalized iaitu proses bahasa dan pemikiran disealirkan. Proses ini membolehkan kanak-kanak menjalankan pemikiran abstrak dan penaakulan simbolik. Vygotsky juga berpendapat bahawa pemikiran tidak akan berkembang seterusnya tanpa bahasa.Kedua-dua elemen iaitu bahasa dan kognisi bergantung kepada kematangan pemikiran. Hal ini kerana kebolehan berbahasa dan berfikir dalam diri seseorang berkembang seiring dengan perkembangan saraf pusat. Semasa sistem saraf pusat mencapai tahap kematangan tertentu, bahasa dan kognisi juga berkembang dan mungkin perkembangan ini berlaku secara berasingan. Kadang kala terdapat masalah kecelaruan bahasa dalam diri seseorang. Hal ini disebabkan oleh masalah disfungsi fisiologi seperti gangguan saraf dalam otak.1.4Alat-Alat Artikulasi

Rajah 1.4 : Alat-alat Artikulasi1.4.1Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsinya menyekat pengaliran udara yang keluar dari paru-paru. Bibir terdiri dairpada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi di dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p] dan [b] misalnya, udara disekat di bibir1.4.2Lidah

Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif di dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah, hadapan, dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting didalam pengeluaran bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh digerak-gerakkan kemana-mana bahagian mulut untuk menyekat peredaran udara. Jadi, lidah aktif sekali dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan ia disebut sebagai artikulator.1.4.3 Gusi (Alveolar)

Gusi adalah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t] [d] [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

1.4.4 Lelangit (palatal)

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai daerah artikulasi di dalam pengeluaran bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung dan apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Organ ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau.

1.4.5 Anak Tekak

Anak tekak terletak dibahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit

lembut (malah anak tekak terletak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak biasanya berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan, sama ada dinaikkan atau diturunkan.

1.4.6Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan berfungsi sebagai penahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c], [q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah penyebutan.1.4.7Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah 1.3, rongga terbahagin kepada tiga, iaitu rongga mulut, rogga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar-masuk dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diiturunkan.

1.4.8Pita Suara

Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar dari paru-paru? Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara. Membran menyerupai pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 1.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 1.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.1.5Masalah Dalam Penguasaan BahasaDalam usaha menguasai kemahiran membaca, ramai kanak-kanak yan menghadapai pelbagai masalah. Antaranya mengingat kembali perkataan, memehami perkataan pelbagai makna, menyatakan sesuatu yang abstrak, menggunakan ayat yang betul dan lengkap,memberi penjelasan, dan mempelbagaikan gaya komunikasi.

1.5.1Mengingat Kembali PerkataanMasalah mengingat kembali perkataan berlaku apabila seseorang itu sukar memanggil semula perkataan yang telah dipelajarinya dari ingatan jangka panjang. Hal ini mungkin berlaku disebabkan masalah lemah daya ingatan yang kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain.

Dalam konteks pembelajaran, sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula perkataan. Dalam hal ini mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang setelah diajar dalam kelas. Selain itu murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru. Fakta-fakta yang telah didengar oleh murid juga sukar untuk mereka ingat selepas pengajaran. Hal ini demikian kerana murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-fakta tersebut dalam minda. Selain itu murid juga mengalami masalah kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga serta menyenaraikan waktu serta tarikh. Apabila ditanyakan soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu. Bahasa-bahasa yang diajarkan oleh guru juga mudah dilupai oleh murid.

1.5.2Memahami Perkataan Pelbagai MaknaMasalah memahami perkataan pelbagai makna dialami oleh murid yang mempunyai kognitif yang rendah. Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran berbahasa. Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh menggunakan perkataan tersebut dengan betul.1.5.3Menyatakan Sesuatu Yang AbstrakMasalah memahami sesuatu yang abstrak juga merupakan salah satu masalah penguasaan bahasa. Sebagai contoh tidak dapat memahami perasaan seseorang sama ada marah, gembira, dan sebagainya. Hal ini dikatakan termasuk dalam masalah penguasaan bahasa kerana perasaan merupakan aspek para linguistik yang turut berperanan dalam sistem komunikasi. Masalah keliru dan sukar membezakan perkara abstrak juga meliputi ketidakupayaan atau kelemahan murid memahami dan memahami sesuatu peristiwa. Hal ini disebabkan oleh masalah pemprosesan maklumat dalamm otak mereka.1.5.4Menggunakan Ayat Yang Betul Dan LengkapMasalah penguasaan bahasa ini merupakan masalah kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan serta mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Mereka sering ragu-ragu dan tiada keyakinan semasa menyampaikan idea malah sering menggunakan ......apatu.? atau .....err.. dan sebagainya. Selain itu, ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadan terbalik atau sering melakukan kesilapan. Mereka juga sering menterbalikkan ayat. Sebagai contoh, mereka akan mengatakan bapa kasut yang bermaksud kasut bapa serta menambah dan mengurangkan sesuatu perkataan dalam ayat.1.5.5Memberi PenjelasanMasalah penguasaan sesuatu bahasa juga turut melibatkan kesukaran menjelaskan sesuatu menggunakan bahasa. Mereka tidak dapat menggunakan bahasa seperti perkataan dan frasa dengan betul untuk menjelaskan sesuatu konsep atau fakta. Selain itu murid-murid yang mengalami masalah ini juga suka menjawab atau menjelaskan jawapan yang tidak sepadan dengan soalan yang ditanya. Seterusnya mereka tidak boleh memberikan penjelasan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut.1.5.6Mempelbagaikan Gaya KomunikasiSemasa seseorang berkomunikasi, aspek bahasa dan gaya komunikasi atau lebih dikenali sebagai aspek paralinguistik turut penting untuk diberikan perhatian. Hal ini jelas kerana bagi pendengar yang berbeza status sosialnya seperti umur, pangkat panggilan dalam masyarakat dan sebagainya perlu digunakan aspek gaya yang berbeza apabila berkomunikasi dengan mereka. Tujuannya supaya dapat menghasilkan komunikasi yang berkesan di samping mematuhi etika berkomunikasi mengikut norma-norma masyarakat setempat.Dalam aspek gaya berkomunikasi, aspek penggunaan bahasa turut terangkum di dalamnya. Semasa berkomunikasi, seseorang perlu menunjukkan gaya yang bersesuaian dan mengunakan bahasa yang tepat. Sebagai contoh, dalam sesuatu majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya bahasa yang formal dan laras bahasa yang bersesuaian.1.6Prinsip-Prinsip Intervensi Bahasa

Intervensi bahasa merupakan program, strategi atau aktiviti yang menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman bahasa sebenar melalui proses bimbingan dan bantuan supaya mereka berupaya menggunakan bahasa dengan baik tanpa berlaku sebarang gangguan dalam kehidupan seharian. Prinsip-prinsip berikut boleh dilakukan oleh para pembimbing dalam usaha mereka untuk menjalankan intervensi bahasa terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa.

1.6.1Mempelajari Perkara Yang Mudah Kepada SukarProses mengajar dari yang mudah kepada yang sukar bukan sahaja dikemukakan oleh Bloom malah turut dikemukakan oleh Al-Ghazali yang merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang tersohor. Menurut beliau, sesuatu proses pengajaran haruslah dimulai daripada yang mudah ke tahap yang lebih sukar. Sebagai contoh, guru boleh mengajarkan kanak-kanak untuk mengenal huruf terlebih dahulu. Seterusnya mengajarkan suku kata dan seterusnya membatangkan suku kata menjadi perkataan mudah.1.6.2Mengajar Perkataan Asas Kepada Yang KompleksTahap seterusnya ialah guru mengajarkan kanak-kanak tentang pengunaan perkataan asas terlebih dahulu sebelum diikuti dengan perkataan yang lebih kompleks. Perkataan asas di sini bermaksud perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Selepas kanak-kanak berjaya menguasainya barulah guru mengajarkan perkataan yang lebih kompleks dan lebih meluas konteks penggunaannya. Contoh perkataan ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna seperti mangga, lari, cucuk dan sebagainya.1.6.3Menggunakan Kosa Kata Biasa Untuk Pembinaan AyatLangkah seterusnya, guru perlu mengajarkan kosa kata biasa untuk membina ayat-ayat mudah. Ayat-ayat yang diajarkan biasanya merupakan ayat-ayat pendek yang mengandungi beberapa patah perkataan atau lebih dikenali sebagai ayat tunggal. Contohnya Mak, adik nak makan, Mama, nak susu1.6.4Mengajar Ayat Pendek Kepada Ayat Panjang/MajmukSetelah murid-murid dapat menguasai tahap di atas, guru-guru bolehlah mengajarkan ayat majmuk kepada murid-murid. Ayat majmuk yang diajarkan merupakan ayat majmuk mudah yang mengandungi satu subjek dan dua predikat atau dua subjek dengan satu prediket yang dihubungkan menggunakan kata hubung. Contohnya, Amin hendak ikut mak beli mainan di Jusco petang nanti. 1.6.5Menggunakan Pelbagai Bahan Untuk Merangsang MuridPenggunaan bahan rangsangan dapat membantu murid-murid meningkatkan keupayaan mereka membaca. Bahan-bahan seperti gambar tunggal, gambar bersiri, bahan maujud dan sebagainya membantu murid-murid menjana idea yang seterusnya diujarkan dalam bentuk bacaan.1.6.6Menggunakan Perkataan Baharu Dalam Pelbagai SituasiPrinsip intervensi seterusnya ialah guru memperkenalkan perkataan baharu, menghubungkaitkan atau membentuk sekurang-kurangnya dalam 10 konteks yang berbeza. Peringkat ini diunakan oleh guru pada peringkat yang terakhir setelah murid-murid dapat menguasai lima peringkat intervensi yang terawal.1.7Terapi Dalam Pendidikan Pemulihan1.7.1Pengenalan Kepada TerapiPerkataan terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu Therapeia yang bermaksud perkhidmatan. Hal ini begitu sejajar dengan konsep pelaksanaan terapi itu sendiri yang merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit. Secara umum terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah-masalah tubuh badan dan sebagainya.Kamus perubatan Mosby mendefinisikan terapi sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit atau individu yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau masalah perkembangan dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula terapi dapat diertikan sebagai kaedah untuk membantu seseoran individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.1.7.2Kepentingan Terapi Dalam Pemulihan

Antara kepentingan terapi dalam pendidikan pemulihan ialah: Meningkatkan kemahiran pengamatan

Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid

Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi

Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

Merangsang pemikiran dan kreativiti murid

Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan

Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

1.7.3Jenis-Jenis Terapi1.7.3.1Terapi FisioFisio terapi merupakan jenis terapi yang dijalankan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan keupayaan motor kasar mereka. Antara aspek yang termasuk dalam keupayaan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, menari, berlari, mengangkat dan sebagainya. Terapi fisio dapat membantu seseorang kanak-kanak kembali ke tahap fungsi fizikal secara optimum. Agen-agen fizikal yang digunakan digunakan untuk melaksanakan terapi fisio ialah mengurut, memanipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik, dan ransangan menggunakan cahaya. Kesemua kaedah tersebut adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.Terapi fisio lazimnya dilakukan oleh pakar perubatan terlatih dan pelaksanaannya juga bergantung kepada permasalahan psikomotor yang dialami oleh seseorang itu. Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti:

Latihan motor halus

Latihan motor kasar

Latihan imbangan

Latihan koordinasi

memotong

menggunting

mencabut

meramas

menguli

merenyuk

mencubit

memicit

membaling

menolak

memukul

melambung

menyambut

berdiri sebelah kaki

membawa buku di atas kepala

berdiri di atas kerusi menguntai manik melambung dan menyambut bola pelbagai saiz

1.7.3.2Terapi Cara KerjaTerapi cara kerja ialah aktivit-aktiviti latihan yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan terhadap individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umut (Turner, Foster dan Johnson, 2002). Selain itu, terapi cara kerja juga merupakan sejenais pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu pada memperbaik kebolehan seseorang untuk menjalankan aktiviti dalam kehidupan seharian., panjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan dalam aktiviti riadah.Kolej sains dan Teknologi (KIST) menjelaskan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang menumpukan pada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan mental dan fizikal serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti seharian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Antara objektif terapi cara kerja dilakukan ialah: membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik

memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik

membolehkan individu berdikari dalam melakukan sesuatu kerja seharian

meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang untuk bersosial

Antara kepentingan terapi cara kerja dilakukan ialah:

untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik dalam menjalankan sebarang aktiviti.

meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada.

Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.

Aktiviti terapi cara kerja sebaik-baiknya hendaklah dilakukan oleh ahli terapi yang berkemahiran sahaja dan dijalankan di pusat-pusat latihan yang mempunyai kelengkapan. Walau bagaimanapun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan aktiviti terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembe;ajaran di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah: Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup

Latihan pravokasional

Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan

Latihan aktiviti berkaitan kemahiran manipulatif

1.7.3.3Terapi PertuturanKamarudin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (articulator). Pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh dimaksudkan sebagai bercakap, apa yang dituturkan, hasil darpada percakapan, abhasa sesuatu Negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi pertuturan ialah masalah gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Menurut Encyclopedia Britanica, terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaik kecacatan peruturan yang dialami oleh seseorang. Hal ini mungkin berpunca dari otak,, telinga, peti suara yang bermasalah, dan alat-alat artikulasi. Terapi pertuturan lazimnya dijalankan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kelewatan pertuturan, bibir atau lelangit sumbing, kanak-kanak dengan masalah pertuturan khas, gagap atau sengau dan pesakit stroke.

Antara kepentingan pelaksanaan terapi pertuturan ialah:

Melatih murid menguasai kemahiran tertentu

Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan social individu

Meningkatkan tahap keupayaan murid.

Punca-punca masalah peruturan ialah: Masalah pendengaran

Lewat perkembangan

Otot lisan lemah

Kecacatan sewaktu proses kelahiran

Masalah pernafasan

Kecederaan otak

Aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu melakukan terapi pertuturan ialah: Meniup belon

Membunyaikan huruf vocal dengan panjang

Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan

Aktiviti senaman mukas seperti menguap, mengunyah dan membuat pelbagai memek muka

Meniup bola ping pong yang terapung dia atas permukaan air

1.7.3.4Terapi Muzik Dan NyanyianTerapi muzik yang menyelitkan unsur-unsur nyanyian adalah alternatif dalam rawatan moden dan merupakan satu bidang professional yang menggunakan muzik. Terapi ini bertujuan untuk proses pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Antara sebab terapi muzik boleh diaplikasikan dalam pendidikan pemulihan ialah muzik merupakan satu fenomena yang boleh memberikan kesan kepada semua manusia.. Antaranya kesan gerak balas fizikal, kognitif dan emosi di samping perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. Muzik juga memberikan kesan interaksi interpersonal yang boleh mendorong dan menstrukturkan sesuatu aktiviti serta mencetuskan idea. Penggunaan muzik sebagai terapi ini juga mampu menimbulkan keseronokan dan memperkembang estim diri murid-murid di samping mendorong interaksi yang positif. Aktiviti nyanyian yang dilakukan pula dapat melatih dan meningkatkan keupayaan pertuturan murid-murid yang bermasalah pertuturan.Matlamat penggunaan terapi muzik dalam pendidikan pemulihan ialah: memudahkan guru mengawal tingkah laku murid. mengembangkan emosi dan perasaan murid secara positif meningkatkan kemahiran sosial murid meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal meningkatkan keyakinan dan self-esteem murid melancarkan pertuturan membantu meningkatkan pencapaian akademik murid. meningkatkan kemahiran psikomotor muridAntara aktiviti yang boleh dijalankan dalam terapi muzik dan nyanyian ialah: membuat pergerakan mengikut lagu

menulis lirik lagu

amali dan praktikal memainkan alat muzik

aktiviti permainan dan lakonan berlatarkan muzik

mengenali alat muzik

1.7.3.5Terapi air

Terapi air merupakan antara terapi yang sering digunakan oleh guru-guru pendidikan pemulihan. Dalam latihan terapi airi ini, penekanan lebih diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah motor halus seperti masalah menulis dan memegang alat tulis.

Tujuan terapi air ialah:

mengembalikan dan memelihara emosi kanak-kanak

menghilangkan tekanan

membina keyakinan diri

meningkatkan kreativiti kanak-kanak

membina kawalan diri terutamanya kawalan motor halus

meningkatkan tahap penamatan

manipulasi tanganm dan jari-jari

membina daya konsentrasi

melembutkan sendi-sendi tangan

Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru-guru pendidikan pemulihan ialah:

melukis di atas permukaan air

menulis di atas permukaan air

membina buih

membuat pusaran air

menepuk air

1.7.3.6Terapi pergerakan kreatif

Terapi pergerakan kreatif merupakan satu kaedah seseorang kanak-kanak dapat mengintepretasikan idea, perasaan, serta tanggapan deria yang dizahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Elemen-elemen pergerakan tubuh badan, ruang dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi diri seperti kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan.Aspek-aspek yang termasuk dalam pergerakan kreatif ialah lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor meliputi semua pergerakan tubuh yang boleh menyebabkan keseluruhan tubuh berubah Dari dari satu tempat ke tempat lain. Contoh aktiviti lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat dan sebagaimya. Pergerakan bukan lokomotor pula merujuk pergerakan yang tidak menyebabkan perubahan kedudukan tubuh badan. Pergerakan ini juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berlari setempat, membuat imbangan badan, melompat setempat dan sebagainya. Manipulasi alatan pula ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan tertentu untuk membuat sebarang gerakan. Kemahiran ini sebenarnya memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Dalam hal ini koordinasi mata dan tangan serta imbangan badan amat diperlukan untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah melantun bola sambil berjalan, memusingkan gelung mengunakan tangan, dan skipping sambil berjalan.Terapi pergerakan mempunyai pe;lbagai kepentingan khususnya kepada kanak-kanak pemulihan seperti:i. meningkatkan kreativiti

ii. mengasah bakat

iii. meredakan ketegangan perasaan dan dan tekanan jiwa

iv. meningkatkan kemahiran bertutur

v. meningkatkan kecerdasan fikiran

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru-guru untuk melaksanakan terapi ini dan antara aktiviti yang boleh dilaklukan untuk menjalankan terapi pergerakan kreatif ialah :i. tarian moden

ii. tarian tradisional

iii. gimrama

iv. pergerakan berkumpulan dan berpasangan

1.7.3.7Terapi mainKraus (1990) mendefinisikan bermain sebagai apa-apa juga akitiviti yang memberikan kegembiraan, keseronokan dan kepuasan kepada kanak. Pakar-pakar psikologi kanak-kanak umumnya bersetuju bahasa bermain sebenarnya penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat dan kreativiti masing-masing. Dari aspek psikologi, terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak berhubungan secara langsung denmgan situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Terapi in juga membantu murid-murid menunjukkan komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Konsep kepada terapi main ialah melalui bermain kanak-kanak belajar untuk lebih meneroka dan mengenali dunia di sekelilingnya. Selain itu terapi ini juga mengambil kira ruang fizikal yang disediakan untuk kanak-kanak bermain. Ruang yang disediakan haruslah bersesuaian dengan kanak-kanak agar matlamat terapi tercapai. Konsep seterusnya ialah kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identity diri masing-masing. Dengan cara ini juga mereka boleh mengesan bakat dan kebolahan serta kecenderungan mereka.Matlamat terapi main dalam pendidikan pemulihan ialah: mengurangkan maslah tingkah laku murid

meningkatkan kemahiran komunikasi

murid mampu menilai diri mereka sendiri

membentuk sahsiah murid yang lebih positif

member peluang kepada murid untuk belajar membuat pilihan sendiri

murid berpeluang melahirkan masalah

murid mempunyai tempat yang selamat untuk meluahkan emosi dan perasaan

mereka

Dalam melaksanakan terapi main, guru-guru perlu mengambil beberapa kriteria agar matlamat terapi dapat dicapai. Antaranya ialah:

i. Bilik terapi:

Kelengkapan dalam bilik terapi haruslah bersesuaian dengan kanak-kanak

Bilik terapi perlu didilengkapi dengan bahan-bahan sumber, peralatan asas seperti rak buku dan peralatan, cermin, almari dan sebagainya.

i. Kriteria media permainan yang dipilih

ii. Kategori mainan yang sesuai

1.7.3.8Terapi pasir

Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada kanak-kanak khususnya untuk meneroka hal-hal yang berkaitan dengan emosi atau perasaan. Terapi ini secara tidak langsung member peluang kepada individu untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam hati mereka secara suka rela. Pengunaan terapi pasir dikatakan mampu membantu kanak-kanak lebih santai dan relaks. Pergerakan otot-otot yang diselarikan dengan perasaan ketika malakukan terapi ini membolehkan kanak-kanak lebih focus dan akhirnya secara perlahan-lahan segala yang terpendam dalam diri mereka dapat diluahkan. Bagi kanak-kanak pemulihan misalnya, mereka boleh melukiskan gambaran perasaan mereka di atas pasir melalui tulisan atau lukisan. Bagi melaksanakan terapi ini, guru-guru boleh melakukannya di dalam kelas iaitu pasir diletakkan di dalam bekas, di tepi pantai, di kawasan lapang dan sebagainya.Tujuan terapi pasir dilakukan oleh guru terhadap kanak-kanak pemulihan ialah:

Melatih daya kreativiti kanak-kanak

Menghilangkan rasa marah

Meningkatkan keyakinan diri

Mengembangkan daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Kepentingan terapi pasir ialah:

Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi

Merangsang pemikiran kanak-kanak

Mengurangkan tekanan emosi

Membantu meningkatkan kemahiran socialKaedah pelaksanaan terapi pasir antaranya ialah:

Melukis di atas pasir

Menulis di atas pasir

Menggenggam pasir

Meramas pasir

Membina istana pasir1.7.3.9Terapi multisensoryTerapi multisensory merupakan kaedah yang berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Hal ini kerana terapi jenis ini mampu merangsang kelima-lima deria iaitu penlihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rangsangan sendi. Terapi multisensory digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah mental, autism, kecederaan pada otak, down syndrome dan masalah perkembangan fizikal. Pelaksanaan terapi ini dirancang untuk memberikan rangsangan kepada pelbagai jenis pancaindera dengan menggunakan efek lampu, suara, muzik, bau dan sebagainya. Suasana yang diwujudkan untuk terapi ini mestilah kondusif, tenang, rekreasional dan tidak mengancam klien. Hasil daripada terapi ini membantu klien membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa kepercayaan pada diri sendiri dan mengurangkan stress.

Mengumpul Maklumat

Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

Tutorial Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa dan lakukan terapi terhadapnya. Seterusnya cuba lihat perubahan yang berlaku terhadap kebolehan berbahasa murid berkenaan.

Faktor-faktor

Pemerolehan Bahasa

Faktor Sosial dan persekitaran

Faktor kematangan

fisiologikal

Faktor

Kognitif

32