work out

Upload: wan2share

Post on 12-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

WO

TRANSCRIPT

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nama: HOO PIK LONG, TAN CHEE YEW, NG ERIC, OON SING SHANUnit : PISMP-PC-G4

ISL Minggu 1Anda diminta membuat rujukan di pusat sumber tentang Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran.

1.8 Peranan dan Kepentingan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran1.8.1 Pembelajaran KendiriDalam sesuatu proses pembelajaran, kehadiran guru sekurang-kurangnya adalah untuk memberikan arahan kepada pelajar untuk melaksanakan pembelajaran mereka. Namun, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru. Penggunaan pelbagai jenis teknologi dalam pembelajaran melatih pelajar agar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan prestasi akademik mereka tanpa bergantung pada guru. Contohnya, melalui tugasan yang disediakan kepada pelajar berserta arahan yang lengkap, pelajar boleh mencari dan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki dan seterusnya menyediakan peta minda dan bahan grafik yang lain untuk memindahkan bahan yang diperoleh kepada satu bentuk yang mudah difahami.

1.8.2 Meningkatkan Keberkesanan PembelajaranTeknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran. Penerangan dan penjelasan guru tentang sesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru. Contohnya, dalam tajuk Pencemaran Alam Sekitar Berpunca daripada Sikap Manusia, guru boleh menggunakan pelbagai slaid atau video untuk menunjukkan bagaimana perlakuan manusia telah mencemarkan alam sekitar. Bahan visual yang menarik dan konkrit itu bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar terhadap tajuk tersebut, bahkan mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar.

1.8.3 Peluang Belajar kepada SemuaTeknologi dalam pengajaran dan pembelajaran membuka peluang belajar kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa sekolah atau guru. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah mengubah sistem dan proses pembelajaran yang konvensional kepada sesuatu sistem yang lebih terbuka dan bebas. Melalui teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh belajar dengan cara jarak jauh dan ini menjadikan proses pembelajaran lebih terbuka dan bebas.Selain itu, teknologi dalam pengajaran juga telah mengubah sistem pengajaran dan pembelajaran apabila pelajar mampu belajar menguasai sebarang ilmu dan kemahiran melalui komputer. Penyusunan jadual waktu kepada pelajar mudah disusun dan disesuaikan dengan kehendak pelajar dan pelajar dapat belajar pada waktu pilihan mereka. Bagi pelajar dewasa yang mempunyai kerjaya dan belajar secara separuh masa, teknologi dalam pengajaran membuka peluang kepada mereka untuk meneruskan pengajian.

Rujukan :1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai topik Peranan dan kepentingan model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE serta maksud dan aplikasi Reka Bentuk Mesej.

2.3 Peranan dan Kepentingan Model-model Reka Bentuk PengajaranPerancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasikan reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya jelas dan berkesan.Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus.Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut : Meningkatkan pencapaian pelajar. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur. Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai. Membantu dalam proses membuat keputusan. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

2.4 Reka Bentuk MesejDalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam penyampaian mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Heinich et. Al. (2002), melihat media sebagai alat yang membantu proses komunikasi. Reiser dan Gagn (1983), menganggap media sebagai sebarang cara fizikal yang memungkinkan mesej disampaikan. Mesej di sini membawa maksud penyampaian pengajaran-pembelajaran. Justeru, sebarang alat media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau bahasa dan suara guru sendiri ialah media atau saluran komunikasi yang memungkinkan mesej diterima.Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen, iaitu mesej, bentuk mesej, dan saluran mesej.1. Mesej ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan. Mesej boleh dalam bentuk makluman, motivasi peringatan dan sebagainya.2. Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.3. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Antara alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projektor overhed, LCD, projektor filem dan sebagainya.Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang bertindak saling. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya, pemahaman tentang proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian pengajaran pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Penerima maklumatInterpretasi maklumatSumber maklumatSumber maklumatInterpretasi maklumatPenerima maklumat

Media / mesej

Media / mesej

Rajah 2.2 Proses penyampaian mesej antara penyampai dengan penerima maklumat

Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkah laku, dan respons pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya. Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia memastikan mesej difahami. Penerimaan dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepat dan memudahkan penyampaian mesej. Media yang sesuai digunakan bermula daripada pengalaman langsung hingga kepada penerangan verbal, iaitu penyusunan berstruktur daripada pengalaman konkrit kepada pemikiran abstrak. Penggunaan media seperti objek sebenar, model, gambar filem, gambar slaid, gambar statik, peta, dan diagram dapat menjimatkan masa, proses penerangan serta membantu dalam pembelajaran.Menurut Edgar Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. Berikut ialah paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969).

BahasaSimbol visualGambar statik, rakaman audioGambar bergerak / televisyenPameranKajian lapanganTunjuk caraPengalaman lakonanPengalaman tiruanPengalaman langsung

Rajah 2.3 Kon pengalaman Edgar Dale (1969)

Gagn dan Briggs (1974) mengemukakan enam kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media berkenaan. Pemilihan media yang sesuai bagi menyampaikan maklumat / mesej bergantung pada objektif dan jenis pembelajaran yang dirancang. Enam kategori media tersebut ialah :1. Perkataan / struktur bahasa.2. Bentuk bunyi bukan bahasa.3. Perkataan bercetak.4. Gambar statik.5. Gambar bergerak.6. Sampel sebenar.Pemilihan satu media atau gabungan pelbagai media bergantung pada bentuk mesej dan objektif pengajaran-pembelajaran yang hendak dicapai.

Rujukan :2. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.