unit 9 modul 1 konstruktivisme v2

19
UNIT 9 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. 2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis. PENGENALAN Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang ditunjukkan pada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah peranan guru dalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini? Pendekatan Konstruktivisme / 135

Upload: -

Post on 21-May-2015

4.495 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

UNIT 9

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme.

2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis.

PENGENALAN

Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran

Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang ditunjukkan pada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah peranan guru dalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini?

Pendekatan Konstruktivisme / 135

ISI KANDUNGAN

Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara konstruktivis?

ecara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat semula

(membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam usaha ini, kita mungkin menerima idea baru ini dan membuang idea lama atau membuang idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita. Dalam apa situasi pun, kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita. Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru dibina sendiri setelah murid menyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas konstruktivisme adalah:

• Murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran • Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia ada mereka

dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterima semasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang merangsang murid melalui teknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi sebenar dan membolehkan murid memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang diajar. Apa itu Teori Pembelajaran Konstruktivisme?

ebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang pengajaran dan pembelajaran berasaskan paradigma konstruktivis, idea-idea teoris utama tentang konstruktivisme dibincangkan terlebih dahulu untuk memudahkan kita memahami konstruktivisme, unit ini akan

membincangkan idea teoris utama paradigma ini.

Jean Piaget (1896 – 1980)

Piaget mengutarakan perkembangan kognitif sebagai satu proses perkembangan biologi. Teori perkembangan kognitif Piaget adalah satu teori konstruktivis kerana beliau melihat perkembangan pemikiran manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai

S

S

136 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

pengalaman. Menurut Piaget, pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui berinteraksi secara aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman tersebut. Penglibatan aktif ini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu. Kanak-kanak dibekalkan dengan struktur biologi seperti sistem saraf untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Struktur ini menyediakan penyesuaian kepada persekitaran mereka ketika melalui proses pembelajaran. Menurut Piaget perkembangan mental kanak-kanak melalui empat peringkat penting iaitu sensorimotor, pra-operasi, konkrit dan operasi formal. Peralihan perkembangan kognitif dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi memerlukan kematangan, pengalaman fizikal, interaksi sosial dan keseimbangan kognitif. Kematangan dan keseimbangan kognitif adalah faktor dalaman yang tidak boleh dikawal, sementara pengalaman fizikal dan interaksi sosial adalah situasi luaran yang boleh diwujudkan dan distruktur melalui sistem persekolahan (Wadsworth, 1971). Menurut Piaget lagi, pengetahuan dan struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran dalam usaha untuk mencari makna. Kanak-kanak seterusnya membina pengetahuan dalam struktur kognitif mereka melalui gambaran dan interpretasi yang mereka lakukan. Struktur kognitif kanak-kanak dikatakan mempunyai skemata yang sentiasa mengalami perubahan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan sebab itu, pemahaman konsep hanya boleh diperolehi melalui penemuan dan pembinaan semula idea secara aktif. Apabila kanak-kanak mencapai umur 11-15 tahun mereka akan beralih ke era operasi formal. Pada peringkat ini mereka boleh berfikir secara logik, boleh menyelesaikan masalah hipotetikal dan verbal serta boleh berhujah secara saintifik. Modifikasi terhadap struktur kognitif kanak-kanak berlaku secara berterusan melalui proses asimilasi dan akomodasi dan keseimbangan (equilibration). Ketiga-tiga proses ini adalah penting dalam menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan ia berlaku melalui proses pembelajaran. Assimilasi adalah proses dimana individu menggunakan skema sedia ada untuk menerima maklumat baru. Melalui proses ini individu belajar dengan mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah sedia diketahui dan mengintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada. Proses akomodasi pula adalah proses dimana skema sedia ada individu berubah akibat penerimaan pengetahuan baru. Jika pengetahuan baru yang diterima tidak serasi atau tidak bertepatan dengan skema asal, perubahan akan dilakukan dan modifikasi skema terjadi. Keseimbangan merujuk kepada kawalan kendiri secara dalaman iaitu mengimbangkan apa yang berlaku di antara proses asimilasi dan akomodasi. Apabila pengetahuan baru tidak bertepatan dengan skema sedia ada, maka berlaku ketidakseimbangan atau disonans kognitif. Proses kawalan kendiri secara dalaman akan mencari keseimbangan baru supaya maklumat baru yang diterima berpadanan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya. Dua asas penting dalam konstruktivisme Piaget ialah pembelajaran adalah aktif dan autentik. Melalui pengalaman individu mencari makna menggunakan skema kognitif, mengasimilasikan maklumat dan mengakomodasikannya ke dalam skema kognitif mereka. Kefahaman yang dibina akan seterusnya memandu kelangsungan penerokaan pengetahuan di dalam persekitaran yang berkaitan. Kerangka kognitif berkaitan kefahaman yang terbentuk ini sering kali dikenali sebagai skema. Asas ini mencadangkan dua prinsip pengajaran yang utama iaitu pemahaman hanya berlaku melalui interaksi

Pendekatan Konstruktivisme / 137

bersama persekitaran dan konflik kognitif yang berlaku merupakan stimulus kepada pembelajaran (Elliot, et al., 2000).

Apakah implikasi Teori Perkembangan Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah?

Daripada penerangan di atas senaraikan lima fakta asas tentang Teori Piaget.

Lev Vygotsky (1896-1934)

Lev Vygotsky (1896-1934), menumpukan kajiannya terhadap psikologi pendidikan dan perkembangan serta psikopatologi. Hasil kajiannya mempengaruhi kefahaman pendidik berkaitan perkembangan kognitif dan berbahasa. Tiga konsep asas yang dikemukakan oleh Vygotsky, yang mempunyai implikasi secara langsung terhadap pembelajaran, adalah zon perkembangan terdekat (zone of proximal development atau ZPD), perancah (scafolding) dan konteks sosio-budaya pengetahuan (Elliot, 2000). Vygotsky (1978) percaya bahawa pembelajaran pada kanak-kanak berlaku di dalam satu zon perantara ZPD ini iaitu satu ‘kawasan’ di antara aras perkembangan sebenar kanak-kanak yang diukur berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara bersendirian dengan aras potensi perkembangan yang diboleh dicapai berdasarkan penyelesaian masalah berbantukan orang dewasa mahupun rakan sebaya. Konsep Vygotsky berkaitan ZPD adalah sangat penting kerana ia membantu guru membuat keputusan tentang apa yang berupaya dilakukan murid pada peringkat tertentu dan juga mengenalpasti ‘zon’ di mana murid akan berupaya menguasai bahan baru. Beliau berpendapat bahawa pengajaran harus meliputi aktiviti pada aras perkembangan mental yang lebih tinggi sedikit daripada yang dipunyai oleh murid sebagai rangsangan kepada murid untuk bertindak mencapai aras tersebut. Kajian Lawson (1985), menyokong pendirian Vygotsky melalui kajiannya yang mendapati bahawa faktor-faktor yang menghalang perkembangan kemahiran penaakulan adalah disebabkan oleh persekitaran sosial yang tidak mencabar intelek, murid bersifat menyendiri, keupayaan mental yang rendah dan stail peribadi yang impulsif.

138 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Vygotsky juga mencadangkan konsep perancah (scafolding) di mana ZPD individu yang belum mencapai keupayaan mental aras tinggi akan mendapat sokongan keupayaan mental seseorang yang lebih berkemampuan. Sokongan ini akan berkurangan setelah individu berjaya melakukannya sendiri dan mengambilalih tanggungjawab pembelajarannya (Elliot, 2000). Sokongan boleh diberikan dalam bentuk gerakerja kolaboratif bersama rakan sebaya, persekitaran pembelajaran yang berstruktur atau strategi yang membantu murid mengorganisasikan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Vygotsky menekankan bahawa sokong mereka yang lebih dewasa seperti guru dan bantuan rakan sebaya boleh membantu murid menguasai konsep-konsep yang sukar dikuasai secara bersendirian. Implikasi pengajaran berkaitan perencahan adalah menyediakan sokongan dalam menyelesaikan masalah dan boleh dilakukan melalui Penyusun Awal atau Advance Organizer, pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Selain itu Vygotsky juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalam menentukan bagaimana murid berfikir dan belajar. Menurut beliau pembelajaran merupakan konstruk sosial yang diolah melalui penggunaan bahasa. Pembelajaran adalah satu proses mengintepretasi apa yang boleh dipindahkan dan dikawal sendiri oleh murid berkenaan. Ia berlaku secara berterusan melalui pembinaan, pentafsiran dan pengubahsuaian terhadap apa yang diperhatikan. Konteks dan persekitaran di mana pembelajaran berlaku menentukan bagaimana pengetahuan digunakan, bagaimana ia diaplikasikan dan oleh siapa ia digunakan. Kumpulan individu yang lebih heterogenous akan melebarkan ZPD kerana lebih banyak perspektif dan hubungan pengetahuan dapat digunakan dalam penyelesaian masalah. Oleh itu pembelajaran haruslah dijalankan sebagai satu proses sosial di mana pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan pengetahuan ke situasi baru. Perkongsian makna berlaku melalui interaksi membina ini menuju ke arah pembentukan pengetahuan umum untuk semua.

Bagaimana anda boleh menggunakan kefahaman anda tentang ZPD Vykotsky untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?

Dari penerangan tentang teori Vygotsky, senaraikan tiga fakta penting dalam rajah yang diberikan.

Pendekatan Konstruktivisme / 139

John Dewey (1859 – 1952) John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi yang berkait rapat. Menurut Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat utama iaitu kepada masyarakat dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya mempunyai matlamat sosial yang lebih meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif. Beliau menentang corak pendidikan sehala atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh menjadi model pendidikan yang baik untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik. Beliau menekankan bahawa kualiti pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk jangka masa yang pendek atau panjang. Dengan itu, pendidik bertanggungjawab untuk menyediakan pengalaman yang berguna untuk membolehkan murid menyumbang kepada masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi pengalaman manusia. Seorang pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang individu adalah berbeza dari segi genetik dan pengalaman lampau. Walaupun kurikulum yang disediakan adalah standard bagi semua, setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza apabila melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina mestilah mengambil kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu. Berlandaskan pemikiran beliau, Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman timbul akibat interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk kepada keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama ada baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh, pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran subjek yang serupa.

Adakah pembelajaran subjek matematik yang anda lalui ketika anda berada di sekolah rendah mempengaruhi pembelajaran anda semasa anda berada di sekolah menengah? Mengapa? Menurut Dewey lagi, nilai sesuatu pengalaman berbeza untuk setiap individu. Pengalaman yang mendatangkan faedah kepada seseorang individu mungkin tidak berfaedah kepada individu lain. Individu menggunakan pengalaman lampau samada positif atau negatif untuk mengatur strategi supaya bejaya dalam hidup. Oleh yang demikian pengalaman merupakan sesuatu yang kaya dengan kebenaran dan pengetahuan. Apabila seseorang mempelajari sesuatu, kefahaman yang dibina daripada peristiwa pembelajaran itu bersifat peribadi kerana ia merupakan hasil interaksi antara pengalaman murid dengan peristiwa pembelajaran tersebut. Memandangkan setiap murid membawa pengalaman lampau yang berbeza, setiap peristiwa pembelajaran akan menghasilkan pengalaman baru yang berbeza kepada setiap murid. Oleh yang demikian nilai sesuatu pengalaman harus dilihat

140 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

dari segi sejauh mana pengalaman tersebut membawa kebaikan kepada situasi terkini individu, masa depannya dan bagaimana pengalaman tersebut boleh diguna untuk menyumbang kepada masyarakat. Apabila kita memahami teori tentang pengalaman, kita sebagai pendidik boleh merangka pengajaran sesuatu subjek secara progresif dengan mengambil kira pengalaman lampau murid yang dapat mengembangkan lagi pengalamannya dan meningkatkan keupayaannya untuk menyumbang kepada masyarakat. Dewey amat menekankan tentang kualiti pengalaman yang dilalui oleh murid semasa pembelajaran dan keperluan seseorang pendidik untuk memahami pengalaman lampau untuk membolehkannya merekabentuk pengajaran yang berkesan. Pengalaman pembelajaran yang diperolehi daripada pengajaran ini seharusnya membolehkan individu menggunakan potensinya untuk kesejahteraan masyarakat. Jerome Bruner (1915)

Idea Bruner tentang teori pendidikan adalah berlandaskan pemikiran Piaget dan Vygotsky dengan memberi penekanan terhadap perolehan dan penggunaan pengetahuan. Menurut teori Bruner (1966) kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod perwakilan yang selaras dengan tahap perkembangan iaitu persembahan (1) enaktif - di mana dunia kanak-kanak diwakili melalui objek (2) ikonik - melibatkan penggunaan imej mental yang mewakili objek atau peristiwa tertentu dan (3) simbolik – keupayaan mengubah tingkah laku dan imej ke dalam sistem simbol untuk mengkod pengetahuan. Asas utama di dalam kerangka teori pembelajaran Bruner adalah melihat murid sebagai individu yang aktif membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan terkini dan sedia ada mereka. Menurut pandangan beliau, murid memilih dan mentransformasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan berpandukan kerangka kognitif mereka. Kerangka kognitif inilah yang memberikan makna dan mengorganisasikan pengalaman serta membolehkan individu melampaui maklumat yang diberi (go beyond the information given). Pandangan Bruner berbeza dengan Piaget, dari sudut sokongan Bruner terhadap intervensi guru. Bruner berpendapat guru boleh mendorong murid untuk mengambil peranan aktif di dalam proses pembelajaran. Penglibatan guru yang menggalakkan penerokaan membolehkan murid mencari beberapa alternatif serta mengenali hubungan antara alternatif-alternatif tersebut (Roblyer, Edwards & Havriluk, 1997). Bruner (1990) menyatakan bahawa tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh usaha-usaha sosial untuk memberi makna kepada persekitarannya. Beliau menerangkan bahawa soalan-soalan lampau seperti perkaitan antara minda dengan proses; bagaimana kita membina kefahaman dan kebenaran; bagaimana minda dibentuk oleh sejarah dan budaya adalah relevan pada masa sekarang. Implikasi teori pembelajaran Bruner terhadap pengajaran adalah guru perlu menggalakkan murid mencari atau membina pengetahuan sendiri dan proses ini memerlukan dialog secara aktif antara guru dengan murid (pembelajaran sokratik). Tugas utama guru lebih dilihat sebagai menterjemah maklumat yang akan dipelajari ke dalam kerangka yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. Kurikulum

Pendekatan Konstruktivisme / 141

juga perlu dibina dalam bentuk berpilin supaya murid dapat membina pengetahuan secara berterusan dengan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang telah terdahulu dibina.

Kenal pasti perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional. Isikan pandangan anda pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 9.1

Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional

Elemen Pengajaran dan pembelajaran konstruktivis

Pengajaran dan pembelajaran tradisional

Strategi/aktiviti pengajaran

Peranan Murid

Peranan Guru

Penilaian/ penaksiran

Apakah prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme?

elepas kita membincangkan dengan terperinci idea daripada teoris yang banyak mempengaruhi pembelajaran melalui pendekatan ini, mari kita lihat pula huraian prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme:

Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana murid menggunakan input sensorinya dan membina pengetahuan melaluinya. Untuk membolehkan proses ini berlaku, murid memerlukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka membina pengetahuan. Ini bermaksud murid bukanlah individu pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja. Individu belajar bagaimana untuk belajar ketika melalui proses pembelajaran. Pembelajaran bukan hanya melibatkan pembinaan pengetahuan tetapi juga pembinaan sistem pembelajaran di mana makna yang dibina untuk sesuatu konstruk membolehkan kita memberi makna kepada perkara lain yang berkaitan. Sebagai contoh, apabila kita mempelajari jujukan peristiwa sejarah berdasarkan tarikh ia berlaku, pada masa yang sama kita memahami maksud istilah kronologi.

S

A

142 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Pembinaan makna melibatkan aktiviti mental. Untuk menyokong proses mental ini, murid harus menjalani pembelajaran secara aktif melalui aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on. Dewey merujuk aktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti reflektif. Pembelajaran melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa yang kita gunakan mempengaruhi pembelajaran. Kajian empirikal menunjukkan bahawa individu bercakap dengan diri sendiri ketika belajar. Peranan bahasa dalam pembelajaran amat ditekankan oleh Vygotsky dalam teori sosial konstruktivisnya. Misalnya, pengajaran menggunakan bahasa ibunda lebih banyak membantu pembelajaran berbanding bahasa asing.

Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Pembelajaran kita amat berkait rapat dengan persekitaran sosial dimana kita berada. Pembelajaran dipengarauhi oleh individu lain disekeliling kita seperti guru, rakan, ibu bapa dan keluarga. Pengajaran secara tradisional lebih terarah kepada mengasingkan individu sewaktu pembelajaran. Ini amat ketara jika kita memerhatikan kedudukan murid di bilik darjah. Guru yang dilihat sebagai autoriti akan memastikan murid berada di tempat masing-masing dan tidak berinteraksi dengan murid lain sewaktu pengajaran berjalan. Keadaan ini mungkin dapat mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah namun ia tidak membantu proses pembelajaran murid. Sebagai perbandingan, pendekatan konstruktivis menitik beratkan interaksi sosial di antara guru dan murid atau sesama murid dalam mencari makna dalam membina pengetahuan. Pembelajaran berlaku dalam sesuatu konteks. Kita tidak belajar fakta atau teori secara terasing dan yang tidak berkait dengan kehidupan sebenar. Apa yang kita pelajari berkait rapat dengan apa yang kita tahu, apa yang kita lalui, apa yang kita suka atau tidak suka. Kita tidak boleh pisahkan apa yang kita belajar dan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana pembelajaran adalah satu aktiviti sosial dan interaktif. Manusia memerlukan pengetahuan untuk belajar. Asimilasi pengetahuan tidak akan berlaku jika kita tidak mempunyai sesuatu kerangka awal pengetahuan yang boleh dijadikan pautan untuk pengetahuan baru. Lebih banyak pengetahuan yang kita miliki lebih banyak yang kita boleh belajar. Dengan itu adalah sangat penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran baru dapat diasimilasi secara bermakna dengan pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran memerlukan masa. Untuk pembelajaran yang signifikan, idea baru yang diterima perlu dilihat kembali, diuji dan digunakan. Proses ini tidak boleh berlaku dalam jangka waktu 10 atau 15 minit. Menyedari perkara ini penting kerana guru akan bersifat lebih terbuka dengan kadar penerimaan murid yang berbeza-beza. Motivasi ialah salah satu kunci pembelajaran. Elemen motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Salah satu aspek motivasi adalah menyedari kegunaan pengetahuan yang dipelajari. Jika murid merasakan sesuatu pengetahuan itu adalah relevan kepada kehidupannya, ia mempunyai nilai yang tinggi dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya.

Pendekatan Konstruktivisme / 143

Apakah elemen persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivis?

etelah mendalami prinsip-prinsip asas konstruktivisme, bagaimanakah anda boleh menterjemahkan prinsip ini ke dalam bilik darjah? Salah satu aspek adalah membentuk persekitaran pembelajaran yang menyokong paradigma konstruktivisme. Menurut Wilson (1996)

persekitaran pembelajaran konstruktivis merupakan tempat di mana murid bekerja bersama dan menyokong antara satu dengan yang lain dan menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi mencapai matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah. Beliau lebih menekankan persekitaran pembelajaran dan bukan persekitaran pengajaran untuk mengetengahkan idea terhadap pembelajaran yang lebih fleksibel di mana penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti autentik dan bermakna untuk membantu murid membina pemahaman dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Antara elemen yang perlu ada dalam persekitaran konstruktivis adalah: Pengetahuan dibina

Seperti yang telah disebut, murid tidak datang ke bilik darjah dengan pemikiran yang kosong. Setiap murid mempunyai satu set pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang unik dan kompleks. Elemen-elemen ini akan menjadi asas kepada apa yang akan mereka pelajari.

Contoh: Seorang guru yang ingin mengajar konsep ukuran panjang tidak akan terus memberikan muridnya satu pembaris. Guru tersebut seharusnya membenarkan muridnya meneroka cara mengukur sesuatu benda mengikut cara yang boleh difikirkan oleh murid. Murid akan mencari idea bagaimana untuk mengukur benda-benda yang diberikan. Apa yang penting adalah guru menyediakan beberapa ‘tools’ yang boleh dijadikan alat mengukur seperti klip kertas, pensil, pencungkil gigi atau mancis. Pada akhir aktiviti ini murid akan sedar bahawa ukuran panjang boleh dinyatakan dalam bentuk unit-unit tertentu seperti ‘panjang sebatang pensil adalah 6 unit klip kertas’ dan sebaginya. Berasaskan pengalaman ini guru boleh membina pengetahuan murid dengan pengajaran tentang unit-unit ukuran yang standard seperti millimeter, sentimeter dan sebagainya. Pembinaan makna akan berlaku dengan lebih berkesan kerana murid telah meneroka makna panjang atau pendek berdasarkan pengalaman pembelajaran yang diberikan oleh guru.

Sediakan satu aktiviti bagaimana anda dapat menyediakan pengalaman pembelajaran murid sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Nyatakan konsep apa yang ingin anda ajar dan perincikan pengalaman pembelajaran yang anda ingin murid anda lalui. Pembelajaran berlaku secara aktif

Menggunakan senario pembelajaran di atas, adalah jelas bahawa murid diberi peluang belajar secara aktif. Murid mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk mereka menentukan panjang setiap barang yang diberi guru. Dalam situasi pembelajaran ini murid mengeksperimen secara hands-on dan minds-on dengan peralatan yang diberikan untuk mendapatkan ukuran paling tepat untuk menerangkan panjang sesuatu benda. Interaksi murid dengan peralatan dan rakan semasa proses

S

144 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

penerokaan ini menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan bagi menwujudkan suasana hearts-on.

Untuk aktiviti yang telah anda bina kenalpasti apakah aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on yang anda ingin murid anda jalankan.

Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektif

Murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri secara menjalankan refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sama ada melalui fasa penerokaan atau pengajaran guru. Langkah ini akan memahirkan mereka belajar. Guru boleh membantu proses ini dengan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan tentang sebarang keraguan tentang pembelajaran. Langkah ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Guru juga perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang dilalui dan kaitannya dengan pengalaman lampau atau pengetahuan sedia ada murid.

Contoh: Guru meminta murid menyediakan buku log di mana murid boleh merekod bagaimana perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.

Bina dua soalan berbentuk reflektif yang boleh anda berikan kepada murid setelah mereka selesai menjalankan aktiviti pembelajaran yang anda sediakan.

Pembelajaran berlaku secara kolaboratif

Apabila guru memberikan aktiviti penerokaan, langkah awal yang perlu guru jalankan adalah meminta murid untuk berbincang dalam kumpulan untuk menentukan bagaimana mereka ingin meneroka konsep yang diberikan. Aktiviti secara kolaboratif ialah satu aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis. Melalui aktiviti ini murid hanya belajar secara sendiri tetapi mereka juga belajar daripada rakan-rakan sekumpulan. Untuk contoh yang diberikan di atas, interaksi sesama sendiri membolehkan murid ‘merunding makna’ (negotiate meaning) panjang dan bagaimana ukuran boleh dilakukan. Apabila murid melihat kembali dan membuat refleksi secara berkumpulan, mereka boleh mempelajari strategi atau kaedah pembelajaran daripada rakan-rakan.

Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa anda menjalankan aktiviti pengajaran secara kolaboratif? Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mempastikan keberkesanan pembelajaran secara kolaboratif? Pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penemuan

Contoh yang diberikan di atas jelas menunjukkan aktiviti penemuan yang dijalankan. Semasa murid meneroka konsep panjang, mereka cuba mencari penyelesaian untuk mengukur panjang sesuatu benda. Aktiviti penemuan yang dijalankan memberi andaian bahawa benda boleh diukur dengan peralatan yang mempunyai panjang tetap yang boleh digunakan berulang kali untuk mendapatkan

Pendekatan Konstruktivisme / 145

ukuran panjang. Kebanyakan aktiviti pembelajaran konstruktivis adalah berasaskan penyelesaian masalah. Murid akan menggunakan proses inkuiri untuk bertanya soalan, menjalankan kajian, menggunakan sumber yang ada untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi. Contoh: Sekumpulan murid tingkatan empat diberikan aktiviti untuk menyiasat bagaimana menulenkan air. Penerokaan pelajaran menghasilkan beberapa contoh kaedah yang boleh dijalankan seperti menggunakan alat penuras, proses sulingan, menggunakan arang dan mencipta formula berasaskan struktur molekul air dan sebagainya. Guru seharusnya merangsang murid memikirkan penyelesaian sama ada di peringkat konkrit atau pun abstrak.

Ciptakan satu aktiviti penemuan untuk murid anda. Nyatakan kemungkinan penyelesaian yang dicadangkan murid. Pembelajaran sentiasa berkembang

Penerokaan yang berterusan akan menimbulkan lebih banyak soalan pada murid. Murid mempunyai idea yang mungkin mereka dapati tidak benar, salah atau tidak mencukupi untuk menerangkan penegtahuan baru yang mereka tempohi. Idea-idea ini wujud secara sementara sehingga penyepaduan pengetahuan berlaku.

Contoh: Seorang murid beranggapan bahawa hanya tumbuhan hijau sahaja yang menjalankan proses fotosintesis sehinggalah beliau menguji kehadiran kanji pada tumbuhan yang berdaun merah. Dapatan ujian ini akan mengubah kerangka pengetahuan beliau untuk menyepadukan konsep bahawa tumbuhan berdaun merah juga mampu menjalankan proses fotosintesis. Apakah yang akan berlaku apabila murid mempelajari sesuatu konsep baru? Menurut pandangan konstruktivis, murid itu akan membandingkan maklumat baru diterima dengan pengetahuan dan kefahaman sedia ada beliau. Semasa proses ini berlaku, salah satu perkara berikut mungkin terjadi:

• Maklumat baru yang diterima adalah sepadan atau konsonan dengan pengetahuan sedia ada membuatkan ia mudah diterima sebagai kefahaman barunya.

• Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau berusaha menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat yang baru diterima.

• Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau menolak maklumat baru ini. Maklumat yang ditolak tidak akan tersemat pada mana-mana kerangka pengetahuan murid dan ‘terapung’ di dalam minda sehingga murid berkenaan dapat membina makna terhadap maklumat ini.

Anda telah mempelajari teori-teori yang mendasari pendekatan konstruktivisme. Anda juga telah diberi penerangan tentang persekitaran konstruktivis yang boleh dijalankan di bilik darjah. Berdasarkan kefahaman dan contoh-contoh yang telah diberikan kenalpasti ciri yang

diberikan dalam Jadual 9.2 dengan menandakan / (Ada) atau X (Tiada) pada kotak yang berkaitan.

146 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Jadual 9.2 Ciri persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis

No Ciri / X 1 Memanjangkan tanggung jawab pembelajaran ke atas murid 2 Memberi peluang murid menentukan apa yang perlu mereka pelajari 3 Membantu murid mengurus aktiviti pembelajaran 4 Membantu murid menyumbang ke arah pembelajaran bersama 5 Mewujudkan persekitaran pembelajaran ‘tanpa ancaman’ (non-

threatening)

6 Membantu murid mengembangkan kesedaran metakognitif mereka 7 Membentuk pembelajaran bermakna 8 Menggunakan pengetahuan sedia ada secara maksima 9 Mengukuhkan pengajaran dalam situasi realistik 10 Mengadakan pelbagai cara mempelajari bahan 11 Merangsang pembinaan pengetahuan secara aktif 12 Menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti untuk merangsang aras

pemikiran tinggi

13 Menggalakkan tinjauan dari pelbagai perspektif 14 Menggalakkan cara penyelesaian masalah yang kreatif dan luwes 15 Menyediakan mekanisme untuk murid mempersembahkan hasil

pembelajaran mereka

Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis?

enurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan sebagai sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman murid dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha mewujudkan

pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan. Jonassen (1999) mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong proses pembelajaran konstruktivis: Guru bertindak sebagai model peranan (role model)

Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk memperagakan situasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal seperti demonstrasi kerja amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan diskusi atau memainkan rakaman dialog dengan pakar dalam bidang berkenaan. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkil keluar untuk dimanfaatkan murid.

Guru berperanan sebagai jurulatih.

Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah; menganalisis dan memantau

M

Pendekatan Konstruktivisme / 147

perkembangan murid dari segi perolehan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru juga memandu murid melalui maklum balas serta nasihat berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi atau menimbulkan pemikiran refleksi murid terhadap apa yang telah dibelajar. Di samping itu guru berperanan sebagai jurulatih dalam membetulkan andaian salah.

Guru berperanan sebagai perancah.

Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan masalah, murid-murid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah memerlukan guru kadang kala mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu masalah supaya proses pembelajaran yang tergendala dapat diteruskan. Antara usaha guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalah menyesuaikan darjah kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaian alternatif.

Selain tiga peranan yang diberikan di atas, bolehkah anda memikirkan peranan lain yang boleh dimainkan oleh guru dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis?

Adakah anda seorang guru konstruktivis? Lawati URL ini: http://surveylearning.moodle.com/cles/papers/CLES_AERA94_Award.htm

dan baca artikel ‘CLES: An instrument for monitoring the development of constructivist learning environments’ Muat turun soal selidik CLES dari MyGuru2 dan perbanyakkan. Tadbir soal selidik ini di kelas yang anda ajar. Tulis sebuah laporan berdasarkan dapatan anda. Apakah ciri murid yang dihasilkan melalui pendekatan konstruktivis?

Pelajar yang melibatkan diri secara bermakna dalam proses pembelajaran dilihat sebagai mereka yang:

• bertanggung jawab ke atas pembelajaran mereka sendiri • mempunyai kawalan kendiri dan menentukan matlamat pembelajaran mereka • berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri • berupaya menyelesaikan masalah • tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi baru • belajar di antara satu dengan yang lain secara kolaboratif dan berinteraksi secara generatif

dengan guru. Model pengajaran konstruktivisme

erdapat beberapa jenis model pengajaran yang mengambil kira pendekatan konstruktivis. Antaranya ialah model 5E (Engagement, Exploration, Explanation, Enhancement, Evaluation) dan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Rajah 9.2 menunjukkan Model Kitar Pembelajaran 4-

Fasa.

T

148 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Rajah 9.2 Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa

Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa ini sangat mudah diikuti dan diaplikasi kerana model ini menunjukkan urutan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas tanpa ada pertindanan antara satu fasa dengan satu fasa yang berikutnya. Penaksiran dan penilaian pembelajaran tidak dijadikan sebagai satu fasa terasing kerana kedua-dua proses ini berlaku dalam setiap fasa pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan huraian setiap fasa pengajaran:

Fasa 1: Permulaan/Mencungkil Idea

• Guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru • Guru mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang mempersembahkan dan menyatakan

idea dan pengetahuan sedia ada mereka • Langkah pertama ke arah memurni, menyusun semula, dan/atau mengatasi miskonsepsi jika

ada • Menyediakan murid dan guru untuk berinteraksi dengan idea murid secara bermakna ke arah

pembinaan pengetahuan baru • Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar murid

Fasa 2: Menstruktur/Menstruktur semula idea

• Membina idea dan kefahaman baru • Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid supaya lebih

bertepatan dengan idea/kefahaman yang hendak dibina • Menyelesaikan masalah miskonsepsi murid • Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman murid • Menaksir kefahaman murid secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran)

Pendekatan Konstruktivisme / 149

Fasa 3: Aplikasi idea

• Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan • Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid • Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif • Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi, menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan • Melakukan penaksiran untuk pembelajaran

Fasa 4: Refleksi/Penutup

• Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi murid dengan pengetahuan baru yang dibina • Meringkaskan apa yang telah dipelajari • Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil pembelajaran

tersebut • Meminta murid membuat kesimpulan dan membuat refleksi keseluruhan pengalaman

pembelajaran mereka • Mengaitkan dengan pelajaran akan datang

RUMUSAN

onassen (1994) membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran konstruktivis kepada beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui pengajaran boleh dilakukan. Beliau menyarankan persembahan keadaan sebenar dipelbagaikan dan

keadaan ini boleh mewakili kerencaman semula jadi dunia sebenar. Fokus pengajaran haruslah kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya hasil pembelajaran. Pengajaran juga harus tertumpu kepada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran pembelajaran berasaskan kes di mana murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka. Selain itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan pembelajaran, membolehkan pembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke atas pembinaan pengetahuan secara kolaboratif.

J

150 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

PETA MINDA

KATA KUNCI

1. Pendekatan Konsruktivisme 6. Mencungkil idea 2. Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa 7. Menstruktur idea 3. Reflektif 8. Mengaplikasi idea 4. Kolaboratif 9. Autentik 5. Pengetahuan sedia ada 10. Hands-on, minds-on, hearts-on

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah kelebihan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivis? 2. Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh murid dan guru yang mengadaptasikan pendekatan

konstruktivis? 3. Terangkan perbezaan diantara idea pengajaran secara tradisional dan konstruktivis. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘membina pengetahuan’ atau ‘membina kefahaman’? 5. Terangkan bagaimana pendekatan konstruktivisme mengembangkan kemahiran berfikir murid. 6. Adakah pendekatan konstruktivisme mempunyai impak terhadap kemahiran komunikasi dan

sosial murid? Bincangkan.

Pendekatan Konstruktivisme / 151

7. Reka bentuk satu rancangan mengajar berteraskan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. 8. Pendekatan konstruktivis memberi focus terhadap penglibatan aktif murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan beberapa aktiviti yang bersifat konstruktivis dan mampu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

9. Bincangkan bagaimana teknologi boleh meningkatkan keberkesanan pendekatan

konstruktivisme. RUJUKAN Abruscato, J. & DeRosa, A. A. (2010). Teaching children science. (7th Ed.). New York: Pearson

International Edition. Bass, J. E., Contant, T, L. & Carin, A. A. (2009). Teaching science as inquiry. (11th Ed.) New York:

Pearson International Edition. Elliot, S., Kratochill, T., Littlefield, J., Cook, J., dan Travers, J. (2000). Educational Psychology: Effective

Teaching, Effective Learning. (3rd Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill. Jonassen, D. H. (1999). Designing constructivist learning environments. Dalam C. M. Reigeluth (ed.)

Instructional design teories & models. A new paradigm of instructional theory. Vol II. Mahwah, NJ: LEA Publishers.

Jonassen, D.H. (1994). Thinking Technology: toward a constructivist design model. Educational

Technology. 34-37. Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026

Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

Vygotsky, L. S. (1978). Minds in society. MA: Harvard University Press. Wardsworth, B. J. (1971). Piaget’s theory of cognitive development. New York: Longman.

152 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional

Elemen Pengajaran dan pembelajaran konstruktivis

Pengajaran dan pembelajaran tradisional

Strategi/aktiviti pengajaran

Berpusatkan pelajar

Berpusatkan guru

Peranan Pelajar Pembina pengetahuan

Penerima pengetahuan

Peranan Guru Pemuda cara pembelajaran

Pemberi maklumat

Penilaian/ pentaksiran

Penilaian berterusan, secara holistik dan autentik

Penilaian tradisional melalui ujian dan peperiksaan (pensil dan kertas) setelah pengajaran dan pembelajaran.

A

Pendekatan Konstruktivisme / 153