unit 10 modul 1 pendekatan inkuiri v2

20
UNIT 10 PENDEKATAN INKUIRI HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud am pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 2. Membincangkan beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 3. Merancang aktiviti pembelajaran inkuiri deduktif dan induktif PENGENALAN Rajah 10.1 Kesan yang mungkin timbul akibat interaksi satu hala antara guru dengan murid Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam Rajah 10.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah satu perkara penting yang mampu mengubah kualiti interaksi antara guru dengan murid? dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah stail pengajaran guru? Menyedari stail pengajaran pilihan sendiri boleh membantu guru memahami dengan lebih baik tentang diri mereka sendiri dan bagaimana stail pengajaran mereka dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambah baik interaksi mereka dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pembelajaran murid. Ini kerana, stail pengajaran anda sedikit sebanyak menentukan pendekatan atau strategi pengajaran anda. A Pendekatan Inkuiri / 155

Upload: -

Post on 27-Jun-2015

6.153 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

UNIT 10

PENDEKATAN INKUIRI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan maksud am pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.

2. Membincangkan beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 3. Merancang aktiviti pembelajaran inkuiri deduktif dan induktif

PENGENALAN

Rajah 10.1 Kesan yang mungkin timbul akibat interaksi satu hala antara guru dengan murid

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam Rajah 10.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah satu perkara penting yang mampu mengubah kualiti interaksi antara guru dengan murid?

dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah stail pengajaran guru? Menyedari stail pengajaran pilihan sendiri boleh membantu guru memahami dengan lebih baik tentang diri mereka sendiri dan bagaimana stail

pengajaran mereka dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambah baik interaksi mereka dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pembelajaran murid. Ini kerana, stail pengajaran anda sedikit sebanyak menentukan pendekatan atau strategi pengajaran anda.

A

Pendekatan Inkuiri / 155

Page 2: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Mari kita tentukan apakah stail pengajaran pilihan anda! Kenal pasti stail pengajaran pilihan anda dengan menggunakan soal-selidik Grasha-Riechmann dengan melawati laman web di alamat http://www.longleaf.net/teachingstyle.html. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut: • Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri?

Adakah skor anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan sebagai seorang pendidik professional?

• Adakah stail pengajaran pilihan anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar? Adakah ia sejajar dengan tabii disiplin tersebut? Stail pengajaran manakah pada pendapat anda sejajar dengan falsafah pengajaran disiplin tumpuan anda? Bagaimana?

ISI KANDUNGAN

Apa itu pendekatan atau strategi pembelajaran inkuiri?

elepas lebih menyedari stail pengajaran dan mungkin juga falsafah pengajaran anda, bagaimana sebenarnya kelakuan atau aksi pengajaran anda di bilik darjah? Rajah 10.1 dan 10.2 menunjukkan beberapa senario bilik darjah.

Rajah 10.2 Senario di bilik darjah yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan

Bolehkah anda mengenal pasti apakah perbezaan antara senario bilik darjah dalam Rajah 10.1 dengan Rajah 10.2? Rajah manakah merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah pada hari ini? Pada pendapat anda, apakah strategi dan kaedah pengajaran yang boleh membantu murid lebih melibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah?

Salah satu strategi tersebut ialah pengajaran dan pembelajaran inkuiri. Inilah konsep utama yang kita akan bincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman mengajar, ‘strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri’ pastinya merupakan sesuatu yang agak biasa anda dengar.

S

156 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 3: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Idea utama tentang strategi pembelajaran inkuiri (kita akan gugurkan perkataan ‘pengajaran’ selepas ini bagi memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran murid berbanding pengajaran guru) adalah ia merupakan satu pendekatan atau strategi yang berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain. Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang murid melakukan eksperimen, maka anda telah menyempitkan konsep itu kepada aktiviti di mana murid hanya menjalankan eksperimen dan tidak memasukkan konsep menjalankan penyiasatan yang lebih luas. Terdapat juga salah faham yang menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan satu kaedah yang melibatkan banyak penyoalan guru. Perkara ini tidak semestinya berlaku. Sudah tentu soalan diperlukan untuk membimbing murid berfikir, tetapi kekerapan penyoalan banyak juga bergantung kepada faktor kebolehan murid dan tajuk yang hendak diajar. Apa yang penting pembelajaran inkuiri mesti melibatkan proses mencari jawapan atau penyelesaian kepada satu atau dua persoalan atau masalah utama. Perkataan inkuiri itu sendiri merujuk kepada: • Proses mencari kebenaran/maklumat. • Proces mencari maklumat melalui penyoalan. • Proses yang bermula dengan menggunakan deria seperti melihat, mendengar, merasa,

memhidu (iaitu mempunyai ciri empirikal) namun kerap juga melalui intuisi dan imaginasi, untuk mengumpul maklumat dan data.

Oleh itu, pengaplikasian konsep inkuiri kepada pengajaran dan pembelajaran menghasilkan satu strategi pembelajaran yang mesti melibatkan penyoalan, mencari maklumat, merancang dan menjalankan penyiasatan. Berdasarkan konsep ini pendekatan inkuiri merupakan pendekatan pembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana keserasiannya dengan tabii sains itu sendiri (iaitu bersifat empirikal, tentatif dan memerlukan ulasan kritikal pihak luar). Namun pendekatan inkuiri juga sesuai diaplikasi kepada pembelajaran selain bidang sains. Dalam satu-satu pembelajaran tidak semestinya semua aktiviti inkuiri di atas akan dilibatkan. Misalnya, murid mungkin hanya dilibatkan dengan proses membentuk persoalan, mencari, menyusun,

Pendekatan Inkuiri / 157

Page 4: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

mensintesis serta menilai maklumat tanpa melibatkan eksperimen. Di bilik darjah, inkuiri bermula apabila murid berhadapan dengan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perlu diselesaikan, atau suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan (Bateman, 1990). Dengan lain perkataan, pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli aktiviti meneroka, menganalisis, mensintesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan berakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain.

Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas proses pembelajaran inkuiri.

Rajah 10.3 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri

Apakah aktiviti inkuiri yang boleh dijalankan di bilik darjah?

ktiviti inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi membantu murid membina pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan. Aktiviti meneroka yang melibatkan murid secara aktif sebaiknya dilakukan dalam kumpulan (walaupun ada masanya

murid perlu bertindak secara individu) kerana ini menyerupai aktiviti di tempat kerja kelak di mana kebanyakan kerja dijalankan dalam pasukan. Aktiviti meneroka menyediakan peluang dan ruang kepada murid membuat penyiasatan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Ini bermakna pembelajaran inkuiri menitikberatkan bukti sebagai asas kepada apa-apa penjelasan atau kesimpulan yang dibuat. Ini juga bermakna pembelajaran inkuiri bukan hanya memberi penekanan kepada hasil pembelajaran bahkan juga proses bagaimana hasil pembelajaran itu dicapai. Persoalan seperti “Apakah isi kandungan yang telah dipelajari?” sama pentingnya dengan persoalan “Bagaimanakah kita tahu sesuatu itu benar?” Namun pembelajaran inkuiri perlu mempunyai matlamat yang lebih luas daripada hanya memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta proses yang berkaitan dengan sesuatu disiplin. Dalam bidang sains misalnya, matlamat utama seharusnya adalah mencapai kebolehan

A

A

158 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 5: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian yang akan membolehkan murid menjalani kehidupan dengan bahagia dan berjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara apabila mereka menamatkan pengajian formal mereka kelak. Berikut merupakan sebahagian aktiviti murid yang jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik mampu mengekalkan minat murid sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri: • Merancang dan menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas secara berkumpulan atau individu • Merancang dan menjalankan eksperimen penuh yang melibatkan pengumpulan data

menggunakan alat pengukur yang sesuai, mentafsir data, melukis graf, dan menulis laporan. • Mengumpul maklumat dengan membaca buku, dan sumber lain untuk mengetahui apa yang

telah didokumenkan tentang persoalan yang hendak dikaji dan kemudian mensintesis hasil dapatan.

• Membuat perbincangan dalam kumpulan di samping merujuk kepada sumber lain yang terdapat di dalam dan/atau di luar bilik darjah.

• Menyebarluaskan dapatan melalui persembahan di dalam dan/atau di luar bilik darjah dengan kehadiran pihak luar seperti murid dan guru dari kelas yang berbeza, ibu bapa dan masyarakat setempat.

• Melibatkan diri secara aktif semasa guru menerang dengan bertanya dan menjawab soalan. • Melibatkan diri secara aktif semasa guru melakukan demonstrasi dengan membuat ramalan,

memerhati, dan menerangkan pemerhatian.

Bolehkah anda fikirkan apakah aktiviti inkuiri lain yang sesuai dijalankan dengan murid anda? Adakah aktiviti yang anda fikirkan itu mampu menarik minat dan mengekalkan perhatian murid sepanjang pengajaran berlangsung? Bagaimana?

Mengapa inkuiri diperlukan di bilik darjah?

agi mencapai matlamat yang murni ini salah satu keperluan utama adalah pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan lain perkataan, murid yang melalui proses inkuiri sains di bilik darjah, misalnya, bukan sahaja diharapkan memperolehi pengetahuan dan kefahaman

yang mendalam tentang fakta, konsep, hukum, dan teori sains tetapi juga kemahiran dan sikap saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran metakognitif serta kemahiran-kemahiran insaniah antaranya seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kesemua harapan ini disandarkan kepada proses inkuiri yang mementingkan penerokaan idea lebih daripada hafalan dan mengingat kembali fakta serta penglibatan aktif murid sama ada secara individu atau berkumpulan.

Untuk mencapai matlamat ini, suasana bilik darjah yang menggalakkan penglibatan aktif murid dari segi kognitif, psikomotor, dan emosi sangat diperlukan. Murid juga digalakkan memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap pembelajaran mereka masing-masing dengan tidak terlalu bergantung kepada guru untuk memberikan segala keperluan pembelajaran mereka. Hal ini kerana pembelajaran

B

Pendekatan Inkuiri / 159

Page 6: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

berasaskan inkuiri memberi peluang dan ruang kepada murid untuk bertanya soalan berasaskan pengalaman dalam kehidupan seharian, menyiasat, dan membuat refleksi ke atas segala pengalaman pembelajaran yang mereka lalui. Peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan murid membina pengetahuan yang lebih bermakna kepada diri mereka selaras dengan premis utama teori pembelajaran konstruktivisme yang menyatakan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri dengan mengkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Proses ini juga memupuk kesedaran bukan sahaja kepada kepentingan ilmu tetapi juga proses memperolehi ilmu itu sehingga berkeupayaan membina kebolehan belajar sepanjang hayat. Ini bermakna guru perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan bahawa murid berupaya belajar tanpa guru ‘mencurahkan’ secara terus ilmu di dada guru ke dalam minda murid seperti mencurahkan air ke dalam tong kosong.

Adakah anda bersetuju dengan hujah kelebihan pembelajaran inkuiri ini? Mengapa? Apakah jenis-jenis strategi pembelajaran inkuiri?

Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bolehkah anda namakan beberapa jenis strategi atau kaedah pengajaran yang boleh dikategorikan sebagai pembelajaran inkuiri?

nda mungkin telah menulis istilah seperti kaedah inkuiri-penemuan, inkuiri terbimbing, inkuiri bebas, inkuiri deduktif dan induktif, pembelajaran berasaskan masalah, dan sebagainya. Kesemuanya merupakan jawapan yang boleh diterima. Tetapi anda juga mungkin telah menulis

perkataan ‘konstruktivisme’. Jikalau benar, ini tidaklah begitu tepat. Konstruktivisme boleh dilihat sebagai satu teori pembelajaran dan mungkin juga suatu falsafah (maksudnya yang lebih luas). Ia tidak merujuk kepada satu kaedah pengajaran tertentu. Namun, pembelajaran inkuiri menyokong sepenuhnya premis asas konstruktivisme.

Jikalau anda telah lupa apakah premis asas konstruktivisme tersebut, rujuk semula Unit 9, atau layari Internet sekarang. Ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik perbincangan kita selepas ini. Mari kita bincang lebih lanjut pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri. Secara kasarnya, kita boleh mengkategorikan strategi pembelajaran inkuiri kepada inkuiri induktif dan deduktif atau inkuiri terbimbing dan terbuka/bebas. Walaupun labelnya berbeza, tidak semestinya keempat-empat kategori di atas berbeza sama sekali. Rajah 10.4 di bawah menunjukkan pembahagian strategi pembelajaran inkuiri mengikut kategorinya.

A

160 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 7: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Rajah 10.4 Pembahagian pembelajaran inkuiri mengikut kategori tertentu

Apakah perbezaan antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif?

• Inkuiri dikatakan deduktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada generalisasi seperti teori, hukum, atau prinsip kepada situasi atau contoh yang lebih spesifik dengan tujuan mengesahkan generalisasi tersebut

• Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada abstrak (am) kepada konkrit (spesifik)

• Inkuiri dikatakan induktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada situasi atau contoh spesifik kepada membuat generalisasi dan dalam proses itu menyebabkan murid ‘menemui’ prinsip, hukum, atau teori.

• Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada konkrit kepada abstrak.

Untuk lebih memahami kedua-dua jenis inkuiri ini, analisis dialog antara guru dengan murid di bawah ini dan kemudian huraikan bagaimana aktiviti pembelajaran ini boleh dikatakan aktiviti pembelajaran inkuiri induktif. Dengan lain perkataan, apakah ciri yang ada pada aktiviti tersebut yang selari dengan ciri aktiviti inkuiri induktif? Catatkan jawapan anda pada

ruangan yang disediakan bersebelahan dialog tersebut.

!

$%&(5!

Pendekatan/Strategi

arah penaakulan yangterlibat

darjah pemusatanmurid

Pembelajaran Inkuiri

Inkuiriterbimbing

Lebih rendah Lebih tinggi Am kepada spesifik Spesifik kepada am

Inkuiri bebas/terbuka

Inkuirideduktif

Inkuiriinduktif

boleh dikategorikan berdasarkan

B

Pendekatan Inkuiri / 161

Page 8: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Guru:Apakahyangmenyebabkanbolapingpongtimbulmanakalagulitenggelam?

Murid:Guliberat,bolapingpongringan

Guru:Adakahsebuahkapalyangberat,yangsedangbelayardikatakanterapung?

Murid:Yacikgu!

Guru:Bagaimanakapalyangberatbolehterapungsedangkanguliyanglebihringantenggelam?Ahmad?Siti,apapendapatkamu?

Ahmad:Mungkinsebabkapaladaudara…

Siti:Airlautmasincikgu…

Guru:Baiklahmurid‐murid.Hariinikitaakansama‐samamenyiasatapakahfaktoryangmenentukantenggelamatauterapungnyasesuatuobjekitu.Cubaberikancikgusatufaktoryangbolehmempengaruhitenggelamatautimbulnyasesuatuobjek,yangkitabolehsiasat.

Murid1:Bentukobjekcikgu

Murid2:Saizobjek

Murid3:Jenisair

Guru:Jadikitaadatigafaktoryangakankitakaji.Bincangdalamkumpulanbagaimanacaranyakitahendakmengkajiketiga‐tigafaktortersebut.Bincangkanjugapembolehubahyangterlibat.Cikguberimasa5minit.Pastikansemuabekerjasamasupayakamudapatmanfaatkanmasa5minitsepenuhnya.

Masaperbincangantamat.

Guru:Dahbersediasemuauntukperbincangan?Nyatakandahuluapakahpersoalanutamayangkitahendakkajihariini?Kumpulan2?

Murid:Apakahfaktor‐faktoryangmenentukantenggelamatautimbulnyasesuatuobjekdalamair?

Guru:Bagus.Catatkanpersoalaninidalambukurekodamalikamusemua.Jelaskanpulabagaimanakamubolehmenjawabpersoalanini?Kumpulan1?

Murid:Kitaubahsatufaktor,misalnyajenisair,danpadamasayangsamamenetapkanfaktoryangdualagi,iaitusaizdanbentukobjek.Kemudianmasukkan,misalnyaseketulplastisinyangmempunyaisaizdanbentukyangsamainikedalamsekurang‐kurangnyaduajenisair,iaituairbiasadanairgaram,Kitaperhatikansamaadaplastisintenggelamatautimbuldalamairyangberlainaninicikgu.Begitulahseterusnyadenganfaktorsaizdanbentuk.

Guru:Sangatbagusperancangankamuituya.Bagaimanadengankumpulan3?

Murid:Perancangankamijugasepertikumpulan1cikgu.

Guru:Baiklah,bagusjikabegitu.Sekarangkamubolehlaksanakanperancangankamuitu.

162 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 9: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Dialog di atas merupakan bahagian awal aktiviti inkuiri dalam mata pelajaran sains tajuk keapungan. Selepas murid selesai menjalankan penyiasatan mereka apakah yang sepatutnya berlaku?

Sekarang giliran anda untuk memberi satu contoh spesifik aktiviti pembelajaran inkuiri induktif yang boleh dijalankan bagi mata pelajaran tumpuan anda. Anda boleh menggunakan format dialog di atas atau menghuraikan secara terus aktiviti inkuiri tersebut.

Apakah perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri bebas/terbuka?

• Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau murid diberi kebebasan mengenal pasti dan memilih persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka bentuk dan melaksanakan pelan penyiasatan mereka.

• Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama murid merancang penyiasatan sebelum murid melaksanakan perancangan itu.

• Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang biasanya dijalankan murid di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah bimbingan yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai aktiviti inkuiri kerana murid hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan perbezaan antara amali inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005).

Jadual 10.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri

• Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu kontinuum

pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam Rajah 10.5.

Amali berasaskan resipi Amali inkuiri Dipacu langkah-langkah terperinci yang hanya memerlukan kemahiran berfikir aras rendah

Dipacu soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi secara berterusan

Biasanya menumpu kepada aktiviti mengesahkan maklumat yang telah dipersembahkan dalam perjumpaan terdahulu iaitu menggunakan proses deduktif

Biasanya menumpu kepada aktiviti murid mengumpul dan mentafsir data untuk menemui konsep, hukum, teori iaitu menggunakan proses induktif

Mengandaikan murid mempelajari tabii inkuiri saintifik melalui pengalaman secara implicit: murid melaksana reka bentuk yang ditetapkan

Memerlukan murid mencipta reka bentuk eksperimen terkawal serta mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah secara sendiri

Jarang memberi peluang murid menangani kesilapan, ketakpastian, dan miskonsepsi serta membiarkan murid melakukan kesilapan

Kerap membenarkan murid melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan tersebut. Cara ini lebih konsisten dengan amalan saintifik yang autentik

C

Pendekatan Inkuiri / 163

Page 10: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Inkuiri terbimbing Inkuiri terbuka Rendah Kecanggihan intelektual murid Tinggi Guru Pusat kawalan Murid

Rajah 10.5 Kontinuum pendekatan inkuiri berdasarkan darjah bimbingan guru

Bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri menggunakan model pengajaran yang berasaskan pendekatan konstruktivisme?

erikut ialah huraian bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri yang sesuai dengan konteks sekolah sekarang dengan penerangan ringkas perbezaan dalam melaksanakan setiap kategori am inkuiri yang dinyatakan (di mana perlu). Huraian langkah-langkah ini juga memasukkan

unsur-unsur pendekatan konstruktivisme di mana sesuai (misalnya aktiviti mencungkil idea yang dijalankan pada langkah pertama). Tiada perbezaan antara semua kategori inkuiri bagi langkah 1, 7 dan 8. Rajah 10.2 menunjukkan gambar rajah kitar lengkap pembelajaran inkuiri. Langkah 1: Gunakan 5-10 minit peringkat permulaan pengajaran untuk memperkenalkan tajuk dan menerangkan hasil pembelajaran (ini merupakan ciri pendekatan Masteri) serta mencungkil idea sedia ada murid tentang tajuk atau konsep yang hendak diajar. Terdapat pelbagai cara mencungkil idea seperti penyoalan lisan keseluruhan kelas, perbincangan kumpulan, membuat demonstrasi menggunakan teknik Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE), menjalankan kuiz pendek atau ujian diagnostik, penggunaan Kartun Konsep, Peta Konsep, dan Peristiwa Bercanggah (Discrepant events). Lihat Unit 5, Modul 1 untuk huraian beberapa cara mencungkil idea. Kaitkan tajuk atau konsep yang hendak diajar dengan fenomena harian, sebaiknya yang ada kaitan rapat dengan murid serta rangsang sifat ingin tahu murid sehingga mampu menimbulkan persoalan dalam minda murid.

Langkah 2: Mulakan dengan persoalan utama yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan. Jikalau persoalan utama dijana guru, maka pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya, jika persoalan utama dijana atau datang daripada murid sendiri maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Tiada perbezaan antara inkuiri deduktif dan induktif pada langkah ini. Langkah 3: Beri masa murid memikir dan menjana hipotesis. Senaraikan semua hipotesis yang diberi murid. Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid menjana hipotesis. Lebih banyak guru membantu, pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya jikalau murid lebih banyak berdikari dalam menjana hipotesis, maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Langkah seperti di atas ini juga dijalankan bagi pembelajaran inkuiri induktif. Sebaliknya bagi inkuiri deduktif, guru akan terus menerangkan jawapan kepada persoalan utama tersebut, iaitu menyatakan generalisasi.

B

164 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 11: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Langkah 4: Miinta murid mereka bentuk aktiviti meneroka (contohnya menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas, mengeksperimen, perbincangan, atau mencari dan mensintesis maklumat). Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid mereka bentuk aktiviti meneroka. Darjah bimbingan sebenarnya banyak bergantung kepada faktor murid, kemudahan yang ada, persekitaran, tajuk, masa pembelajaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, jikalau guru mempunyai masa yang terhad tetapi menginginkan murid menjalankan eksperimen, guru akan menyediakan langkah-langkah secara terperinci tanpa banyak berbincang dengan murid tentang apa yang harus mereka lakukan. Namun, perlu diingat, seperti yang dibincangkan sebelum ini, ada pihak yang berpendapat aktiviti seperti ini bukanlah aktiviti inkuiri (Wenning, 2005a). Tiada perbezaan besar antara aktiviti inkuiri deduktif dengan induktif pada langkah ini. Perbezaan lebih kepada tujuan aktiviti meneroka dijalankan, di mana aktiviti meneroka yang lebih kepada menjelas dan mengesahkan generalisasi atau konsep merupakan aktiviti inkuiri deduktif manakala aktiviti meneroka bagi tujuan menemui sesuatu konsep atau generalisasi merupakan aktiviti inkuiri induktif. Langkah 5: Beri masa murid menjalankan aktiviti meneroka yang telah dibincangkan bersama (inkuiri terbimbing) atau dijana sepenuhnya oleh murid (inkuiri terbuka), sebaiknya dalam kumpulan. Guru bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membantu, menyoal, mencabar, dan menaksir (proses inkuiri dan kefahaman murid). Aktiviti boleh dijalankan di dalam atau luar bilik darjah. Aktiviti meneroka melibatkan murid membuat pencarian, pemerhatian, mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data, dan akhirnya membuat kesimpulan dan menjawab persoalan dalam kumpulan. Langkah 6: Beri masa murid membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan dan hujah masing-masing. Guru menggalakkan murid lain bertanya dan berbincang. Proses membuat kesimpulan lebih mencabar jikalau inkuiri induktif dilaksanakan tetapi lebih berkesan dalam membantu murid membina dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi. Satu siri penyoalan mungkin diperlukan bagi membantu murid menemui konsep atau generalisasi yang dikehendaki. Guru kemudian melabelkannya menggunakan istilah teknikal (di mana perlu) dan membuat peneguhan dengan sedikit penerangan. Sebaliknya proses membuat kesimpulan adalah jauh lebih mudah jikalau inkuiri deduktif dijalankan kerana konsep atau generalisasi telah didedahkan pada peringkat awal langkah 3. Usaha akan lebih banyak ditumpukan bagi mengaitkan bukti-bukti kepada generalisasi tersebut. Langkah 7: Wujudkan situasi atau konteks baru yang berkait dengan kehidupan seharian dan beri peluang murid mengaplikasi konsep atau generalisasi yang telah dibina dengan meminta murid menyelesaikan masalah dalam situasi atau konteks baru tersebut. Langkah 8: Tutup pembelajaran dengan meminta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka telah pelajari, bagaimana mereka berjaya membuat kesimpulan tersebut, dan membandingkannya dengan idea asal yang mereka beri di peringkat awal pembelajaran. Taksir kefahaman murid melalui aktiviti seperti kuiz pendek, soalan lisan, membina peta konsep atau peta minda, dan sebagainya. Kaitkan dengan tajuk akan datang dan beri murid tugasan lanjutan atau kerja rumah.

Pendekatan Inkuiri / 165

Page 12: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Rajah 10.6 Kitar lengkap pembelajaran inkuiri berdasarkan pendekatan konstruktivisme

Rancang langkah 2 hingga langkah 6 bagi satu tajuk tertentu dalam mata pelajaran tumpuan anda menggunakan pendekatan inkuiri induktif atau deduktif. Kenal pasti sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kemudian, bagi setiap langkah,

huraikan dengan terperinci aktiviti guru dan murid yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Gunakan Jadual 10.2 untuk mencatat rancangan anda.

2. Kenal pasti/jana

persoalan utama

3. Jana hipotesis

4. Rancang dan reka

bentuk aktiviti meneroka

5. Jalankan aktiviti,

analisis data, dan buat

kesimpulan

6. Bentang dapatan dan kesimpulan

7. Aplikasi kesimpulan

dalam situasi baru

8. Buat refleksi

1. Cungkil idea dan

rangsang sifat ingin tahu

166 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 13: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Jadual 10.2 Rancangan aktiviti pembelajaran inkuiri

Adakah pembelajaran inkuiri sesuai dijalankan dalam semua keadaan?

esesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan murid, kelengkapan makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model,

Internet dan sebagainya). Ada pendapat yang mengatakan kaedah ini tidak sesuai dijalankan dengan murid yang lambat atau kurang cerdas. Ini tidak benar sama sekali. Ini kerana pembelajaran inkuiri boleh disesuaikan dengan kebolehan murid dengan mengubah-ubah darjah bimbingan guru. Dengan lain perkataan, murid yang lambat mungkin perlu darjah bimbingan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini sesuai digunakan apabila; • proses pembelajaran sama pentingya dengan hasil pembelajaran • kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah

merupakan sebahagian daripada hasil pembelajaran yang diinginkan • kefahaman konsep dan generalisasi (misalnya hukum dan teori) secara mendalam dan tahan

lama merupakan penekanan • motivasi intrinsik ditekankan di mana sifat ingin tahu murid dikekal serta ditingkatkan • ada masalah yang perlu diselesaikan yang mungkin melibatkan lebih daripada satu

penyelesaian • kebolehan belajar sepanjang hayat diinginkan

Hasil Pembelajaran: 1. 2. Langkah Aktiviti guru Aktiviti murid

2

3

4

5

6

K

Pendekatan Inkuiri / 167

Page 14: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Kaedah ini tidak sesuai digunakan apabila;

• maklumat terperinci yang banyak perlu disampaikan • pembinaan kemahiran mengikut langkah-langkah tertentu diinginkan misalnya membina

kemahiran mengukur menggunakan alat-alat pengukuran, melukis gambarajah sinar, melukis gambarajah litar, membaca, mengira, dan sebagainya

• penghafalan dan ingat kembali yang pantas diperlukan

Apakah antara cabaran melaksanakan pembelajaran inkuiri dan bagaimana cara mengatasinya?

idak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri di bilik darjah.Terdapat beberapa faktor yang mampu menggagalkan usaha menjalankan pembelajaran inkuiri jikalau tidak dijajarkan dengan hasil pembelajaran yang diharapkan.

Setelah anda melalui perbincangan di atas dan diharap lebih memahami konsep pembelajaran inkuiri, bolehkah anda dengan yakin mengatakan anda sudahpun melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten di bilik darjah anda? Mengapa? Salah satu sebab yang biasa disuarakan guru yang tidak atau kurang melaksanakan pembelajaran inkuiri adalah masa yang tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Adakah ini benar bagi diri anda? Cabaran ini sebenarnya berkait rapat dengan isu penaksiran murid yang merupakan cabaran yang besar kepada pelaksanaan pembelajaran inkuiri. Hal ini kerana dalam konteks penaksiran yang diamalkan di Malaysia sekarang, penaksiran memberi penekanan yang tidak seimbang antara penguasaan isi kandungan dengan proses mencapai penguasaan isi kandungan tersebut. Kita tidak boleh menafikan bahawa apa yang ditaksir merupakan petunjuk penting kepada apa dan bagaimana ia diajar dan dipelajari. Sistem penaksiran yang lebih mementingkan penguasaan isi kandungan akan memberi petunjuk kepada guru, murid, dan semua yang ada kepentingan dalam pendidikan menitikberatkan pencapaian kognitif sahaja serta meminggirkan pembinaan kemahiran, sikap, dan nilai tertentu. Oleh itu masa pembelajaran murid banyak difokuskan kepada mendengar penerangan guru supaya silibus dapat dihabiskan dengan pantas bagi memberi lebih masa untuk latih tubi. Perkara ini sebenarnya disedari pelbagai pihak dan terkini beberapa perbincangan dilaksanakan untuk melihat semula sistem penaksiran kebangsaan supaya lebih terarah kepada konsep pembelajaran untuk membantu murid mencapai ketiga-tiga komponen hasil pembelajaran (kognitif, kemahiran, dan afektif termasuk kerohanian) bagi pembentukan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara melalui sistem penaksiran berasaskan sekolah. Sistem penaksiran baharu ini memerlukan penaksiran dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah yang dikendalikan guru masing-masing. Keadaan ini merupakan satu lagi cabaran baharu yang memerlukan komitmen dan kefahaman mendalam setiap warga pendidik terhadap hasrat yang ingin dicapai melalui sistem

T

168 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 15: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

penaksiran berasaskan sekolah ini. Usaha berterusan diperlukan bagi membantu guru menyesuaikan diri dan seterusnya dapat menerima dengan hati yang terbuka cara baharu menaksir murid ini. Satu sebab lain yang mungkin jarang atau tidak disuarakan guru adalah kurangnya kemahiran guru sendiri dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri. Kebanyakan guru dan tenaga pengajar masih ragu-ragu dalam melaksanakan pengajaran menggunakan strategi inkuiri kerana mereka biasanya tidak belajar cara begini semasa di sekolah atau semasa menjalani persediaan mengajar di universiti. Wenning (2005) berpendapat pendedahan tentang strategi pembelajaran inkuiri semasa latihan guru di institusi pendidikan tinggi yang lebih banyak disampaikan melalui syarahan berbanding cara lain yang melibatkan murid secara aktif tidak banyak membantu bakal guru mahir dalam menjalankan pengajaran berciri inkuiri. Masalah ini dapat ditangani jikalau pihak tenaga pengajar di institusi yang melatih guru mengubah atau sekurang-kurangnya meminimumkan cara pengajaran terus kepada pengajaran yang memodelkan pembelajaran inkuiri dengan cara menggunakan strategi tersebut semasa pengajaran kedua-dua jenis kursus iaitu kursus yang menekankan penguasaan isi kandungan bidang pengkhususan dan kursus pendidikan terutama kursus kaedah mengajar.

Kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan belajar serta sumber lain sangat penting dalam menjayakan pembelajaran inkuiri. Ini kerana pembelajaran inkuiri menitikberatkan penglibatan aktif murid memanipulasi peralatan dan bahan dalam meneroka sesuatu konsep atau generalisasi supaya proses pembinaan kefahaman berlaku secara bermakna dengan adanya bukti secara langsung. Oleh itu, kekurangan kemudahan juga mampu menjadi penyebab kepada kurangnya usaha guru melaksanakan pembelajaran inkuiri. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka tentang keperluan ini dengan merancang awal dan mengambil tindakan yang sesuai sebelum sesi persekolahan bermula untuk memastikan kemudahan ini ada dan mencukupi apabila diperlukan dan kemudahan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Ini juga terpakai bagi institusi pendidikan lain yang melaksanakan pembelajaran inkuiri.

Anda mungkin mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak cenderung melaksanakan pembelajaran inkuiri yang tidak dibincangkan di atas (jika ada) atau pernah mendengar sebab-sebab tertentu daripada rakan sekerja. Mampukah anda memikirkan cara mengatasinya?

Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan cadangan lebih lanjut bagaimana menghadapi cabaran tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Pendekatan Inkuiri / 169

Page 16: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

RUMUSAN 1. Pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang

berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain.

2. Pembelajaran inkuiri menekankan kedua-dua hasil dan proses pembelajaran. Oleh itu, strategi

ini mempunyai kelebihan membantu murid bukan sahaja mendapat pengetahuan dalam sesuatu disiplin ilmu bahkan juga membina dan meningkatkan kemahiran, sikap, dan nilai yang dihargai dalam disiplin tersebut dan juga kemahiran insaniah yang merentas disiplin.

3. Strategi pembelajaran inkuiri boleh dikategorikan kepada inkuiri deduktif dan inkuiri induktif

atau inkuiri terbuka/bebas dan inkuiri terbimbing. 4. Pembelajaran inkuiri deduktif melibatkan proses penaakulan dari sesuatu generalisasi kepada

contoh yang lebih spesifik atau konkrit, bertujuan mengesahkan generalisasi tersebut manakala pembelajaran inkuiri induktif adalah sebaliknya iaitu melibatkan proses penaakulan dari contoh-contoh spesifik atau konkrit kepada penemuan sesuatu generalisasi (contohnya teori, prinsip, dan hukum).

5. Inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka/bebas merupakan penghujung satu kontinuum

pembelajaran inkuiri dari sudut darjah pemusatan murid/guru dan kecanggihan intelek murid di mana inkuiri terbuka/bebas mempunyai darjah pemusatan murid dan keperluan intektual murid yang lebih tinggi berbanding inkuiri terbimbing.

6. Langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri adalah:

a. Mengenal pasti satu persoalan atau masalah utama yang perlu dijawab atau diselesaikan b. Merancang dan melaksanakan aktiviti penerokaan dan penyiasatan c. Membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah d. Menyampaikan dapatan kepada pihak lain

7. Pelaksanaan pembelajaran inkuiri di sekolah dan di institusi pendidikan lain menghadapi banyak

cabaran, antaranya sistem penaksiran yang mementingkan aspek kognitif dengan meminggirkan aspek kemahiran dan nilai, kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri secara berkesan, dan kemudahan serta peralatan yang tidak dapat memenuhi keperluan semua murid.

170 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 17: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

PETA KONSEP Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta Konsep di bawah.

bolehdikategorikanmengikut

Strategipembelajaraninkuiri

Inkuriterbimbing InkuirideduktifInkuiriterbuka/bebas Inkuiriinduktif

dilaksanakanmengikut4langkahutamaiaitupertama,mengenalpasti

________________________________________________________________

Bimbinganguru

memerlukanlebih

______ _______

kedua,merancangdanmelaksanakan

ketiga,membuat

dankeempat,menyampaikan

melibatkanpenaakulandari

kepada

D

Pendekatan Inkuiri / 171

Page 18: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

KATA KUNCI 1. Strategi pembelajaran inkuiri 6. Persoalan utama 2. Inkuiri terbimbing 7. Merancang 3. Inkuiri terbuka 8. Meneroka 4. Inkuiri deduktif 9.Membuat kesimpulan 5. Inkuiri induktif 10.Menyampaikan dapatan

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan strategi pembelajaran inkuiri?

2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan sebagai

pembelajaran inkuiri. 3. Apakah perbezaan utama antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? Bagaimana pula

perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri terbuka/bebas? 4. Apakah yang membezakan antara pembelajaran inkuiri dengan pengajaran terus melalui

penerangan guru? 5. Adakah kebaikan pembelajaran inkuiri dapat memotivasikan anda untuk secara konsisten

melaksanakannya di bilik darjah anda? Jika ya, bagaimanakah anda akan memanfaatkan kelebihannya dan pada masa yang sama cuba mengatasi cabaran yang datang bersama pelaksanaan kaedah tersebut? Jika tidak, apakah faktor yang menghalang keinginan anda daripada melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten? Bagaimanakah kemungkinan cara mengatasinya?

RUJUKAN Bateman, W. L. (1990). Open to questions: The art of teaching and learning by inquiry. San Francisco:

Jossey-Bass.

Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available: http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/

Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

172 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Page 19: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru dan/atau murid sendiri. Pendekatan inkuiri yang lebih terbuka memberi peluang kepada murid menjana persoalan dan merancang penyiasatan sendiri.

Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu ‘apakah faktor yang menentukan tenggelam atau timbulnya sesuatu objek?’ Kemudian murid diberi peluang menjana hipotesis, merancang aktiviti penyiasatan, mengawal pemboleh ubah serta melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka.

Murid melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Aktiviti termasuklah mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas.

Mengenalpas9persoalan/

masalahutama

Merancangdanmelaksanakan

aktvi9meneroka

Menjawabpersoalan

danmembuatkesimpulan

Menyampaikandapatan

A

B

C

Pendekatan Inkuiri / 173

Page 20: Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2

Lawati MyGuru2 untuk mengambil Ujian 1 dalam talian.

D

bolehdikategorikanmengikut

Strategipembelajaraninkuiri

Inkuriterbimbing InkuirideduktifInkuiriterbuka/bebas Inkuiriinduktif

dilaksanakanmengikut4langkahutamaiaitupertama,mengenalpasti

arahpenaakulanyangterlibatsebagaidarjahbimbingangurusebagai

Persoalanutama

Aktivitimeneroka

Kesimpulan

Dapatan

Bimbinganguru

memerlukanlebih

tinggi rendah

kedua,merancangdanmelaksanakan

ketiga,membuat

dankeempat,menyampaikan

ContohspesifikGeneralisasi

melibatkanpenaakulandari

kepada

174 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2