teori2 pembelajaran

Upload: rosdyana-ramli

Post on 18-Jul-2015

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA1.0 PENGENALAN Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan. 2. TEORI PEMODELAN BANDURA Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura. CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA : n Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan n Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan n Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. n Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui

peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajarpelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung. 3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. PEMERHATIAN Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanakkanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. MENGINGAT Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanakkanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. REPRODUKSI Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila

seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkaraperkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. PENEGUHAN/MOTIVASI Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Kata- kata kunci seperti yaqilun, yatafakkarun, yasmaun dan sebagainya yang terdapat dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf AlQardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19). Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. AlQuran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada

banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri. APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH

Guru sebagai role model dan model simbolik. Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya. Modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Peniruan tidak langsung. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak. Contoh dan hasil kerja yang baik. Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerjakerja mereka. Permainan dan simulasi. Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar. Rakan sebaya sebagai model. Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH

Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi. Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih saying. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar. IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN MURIDMURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak lain supaya mereka juga turut melakukannya.

MASALAH PENDENGARAN Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir. MASALAH PEMBELAJARAN bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I) Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah. Posted by AZIZI JAAFAR at 06:41http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teori-pembelajaran-sosial-bandura.html

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGU 4MINGGU 4 TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran Teori Behavioris .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Banding beza ketiga-tiga pandangan ahli teori behavioris tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik. Selepas pembentangan, buat satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan(contoh: kuiz, senarai semak dan ujian) .. ISL Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori pembelajaran behavioris terhadap pengajaran-pembelajaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: Pelajar mengkaji teori behavioris dan menganalisis secara PMI implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. .. RUJUKAN http://www.funderstanding.com/ http://tip.psychology.org/ Cadangan tutorial tambahan: Muat turun video klip berkaitan dengan ujikaji atau kajian teori behavioris. Bincangkan bersama rakan dalam kelas Posted by AZIZI JAAFAR at 21:21 0 comments Reactions:

Thursday, 15 July 2010

TUTORIAL M3 (11 HINGGA 15 JULAI 2010)TOPIK 2. Konsep Pengajaran & Pembelajaran Pengertian pengajaran dan pembelajaran Prinsip-prinsip pembelajaran

Jenis-jenis pembelajaran .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran Ewell yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. .. ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: Pelajar bincang dan banding beza pandangan ahli teori behavioris Watson, Pavlov dan Thorndike berkaitan cara organisma/ manusia belajar. Sediakan satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan. (contoh: kuiz, senarai semak dan ujian) .. Posted by AZIZI JAAFAR at 19:58 0 comments Reactions:

DEMONSTRASI PERMAINAN JALA ITIK

Posted by AZIZI JAAFAR at 10:22 0 comments Reactions:

Monday, 5 July 2010

TOPIK 1 ALAM BELAJAR - BERMAINMain mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995) Kepentingan bermain: Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :

Meluahkan idea, perasaan dan emosi Tenang dan beriadah Menggunakan tenaga yang berlebihan Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek

Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial Membudayakan proses pembelajaran Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni

Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:

Menggerakkan psikomotor Meningkatkan kemahiran fizikal berlari, melompat, memanjat Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, sentuh Meningkatkan kemahiran manipulatif mencantum, melukis, menampal Meningkatkan kemahiran mengimbang renang, kawal pernafasan

Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:

Belajar berinteraksi secara positif Belajar menghormati hak orang lain Menghargai alam sekitar Menghormati nilai budaya

Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:

Mendengar Berbahasa Membaca Berbincang Berlakon

Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :

Belajar konsep Meningkatkan keupayaan kognitif Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan Membantu dalam menyelesaikan masalah Membina kemahiran sosial Memahami dunia sekeliling Mempelajari bahasa Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan

Membina kemahiran kendiri yang positif Memupuk sikap tanggungjawab Mempelajari peranan orang dewasa

Kategori Main: Permainan Sosial:

Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

Permainan Sosial Jenis-jenis :

Main Unoccupied tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan

Main Solitary bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain Main Onlooker memerhati rakan-rakan bermain Main Parallel bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri

Main Associative bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan

Main Cooperative bermain dan bekerjasama dalam kumpulan

Jenis permainan kognitif : Main simbolik - menggunakan imaginasi dan main peranan - gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

Main berfungsi - melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk - menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola - mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan Main konstruktif - melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia - guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti - alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain Main berperaturan - permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan - peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama - peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah - memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb. Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :

Penglibatan aktif Motivasi intrinsik Bebas untuk memilih Menyeronokkan Melibatkan proses penyesuaian Penerokaan Simulasi

Posted by AZIZI JAAFAR at 09:03 0 comments Reactions:

Sunday, 4 July 2010

TUTORIAL MINGGU 2 (4 HINGGA 8 JULAI 2010)

TOPIK Ciri-ciri dan jenis-jenis main .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi cara permainan dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanakkanak. ... ISL Pelajar membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: Melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang prinsip-prinsip pembelajaran Ewell. Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. Sediakan grafik banding-beza dan bentangkan dalam kelas. Rujuk Mildred Parton bagi Kategori dan Jenis Main (http://www.nprrc.ie/documents/play/downloads/playfulworld.pdf. ; www.whatteachersknow.com/blog/tag Posted by AZIZI JAAFAR at 06:34 0 comments Reactions:

Tuesday, 29 June 2010

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGU 1 (29 JUN 2010)TOPIK 1. Alam Belajar Konsep Alam Belajar Pengalaman Belajar Kanak-kanak Peranan & Kepentingan Bermain dalam Proses Pembelajaran TUTORIAL Penjelasan sesi tutorial & ISL.Pembahagian kumpulan dan topik tutorial untuk dibentangkan dalam sesi tutorial (mula minggu 2) .. ISL

Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan/ laman web. Simpan senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan. Persediaan untuk tutorial minggu ke-2: Carian maklumat dari internet atau perpustakaan tentang demonstrasi dan penerangan permainan tradisional untuk kanak-kanak. .. RUJUKAN Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd Posted by AZIZI JAAFAR at 06:05 0 comments Reactions:

Tuesday, 15 June 2010

SELAMAT BERTEMU KEMBALI PADA SESI JUN 2010Posted by AZIZI JAAFAR at 06:26 0 comments Reactions:

Tuesday, 27 October 2009

PEDAGOGI BESTARI1.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakua sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan

kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat. Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal. Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan. Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagi tumbuhan hijau di dunia?

Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang beprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan muridmurid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

2.0 PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran generik amat penting dalam membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru terhadap murid.Pengintegrasian dapat ditakrifkan sebagai pengabungan manakala kemahiran generik pula telah dikupas dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran berfikir,Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Kemahiran Pemudahcaraan. Untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif guru perlu menggabungkan kemahiran generik supaya ia lebih berkesan.Kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Strategi berfikir,kemahiran berfikir dengan kritis dan kreatif serta yang terakhir kemahiran berfikir menaakul.Kemahiran berfikir kritis dapat dihuraikan sebagai kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan ia bersifat evaluatif.Strategi berfikir pula dapat ditakrifkan sebagai proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul dapat didefinisikan sebagai kemahiran berfikir membantu kita sebagai pelincir dalam membuat perkembangan secara rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir secara kritis banyak menggunakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti membandingkan dan membezakan ,mengumpul dan mengelaskan, mencirikan, membuat urutan,

menganalisis, mengesan kecondongan ,menilai serta membuat kesimpulan.Seterusnya kemahiran berfikir kreatif pula banyak mementingkan aspek seperti menjanakan idea ,membuat inferens, membuat hubungkaitan, meramal, membuat hipotesis, mesinfesis, membuat analogi, membuat gambaran mental, merekacipta Strategi berfikir terdiri kemahiran mengkonsepsi, menyelesaikan masalah , membuat keputusan, kemahiran menaakul. Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dapat melatih murid-murid supaya mahir menggunakan teknologi komputer masa kini untuk menguasai mengikut perkembangan konsep world class education.Tujuan kemahiran ini diajar ialah unutk menghasilkan tenaga kerja yang mahir bidang sains dan teknologi serta dipandang tinggi oleh masyrakat serta seluruh dunia. Untuk merealisasikan impian ini pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan agar semua murid tidak ketinggalan mempelajari kemahiran ini.Ketika mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru mesti guna penilaian on-going dan on-line kerana ia lebih mudah dan sistematik serta menunjukkan kecanggihan teknologi maklumat masa kini. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN ini amat penting dalam aktiviti perbincangan dan ia merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan.Dari segi bidang pendidikan ia merupakan satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran murid-murid.Di dalam kaedah ini terdapat seorang pemudahcara yang dipanggil fasilitator.Perkataan facilite juga membawa maksud memudahkan, menyenangkan pelancaran sesuatu proses.Melalui kaedah ini peranan guru dapat dikurang tetapi peranan murid dititikberatkan.Guru menjadi sebagai guide dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat melicinkan segala proses dan aktiviti pengajarn dan pembelajran yang berlaku. Komponen yang terdapat dalam pemudahcaraan ialah menententukan struktur perbincangan seterusnya perlu mengetahui teknik memulakan perbincangan yang baik serta guru perlu bimbing murid buat rumusan dan cadangan pada hujung sesi pemudahcaraan.Kelebihan kemahiran ini dapat dilihat dari segi penglibatan diri murid dengan aktif serta murid lebih bersedia awal untuk mempelajari sesuatu topik.dalam kaedah ini juga terdapat kelemahan yang tidak dapat dielakkan iaitu murid kurang komunikasi dan berinteraksi dengan guru. Posted by AZIZI JAAFAR at 06:53 0 comments Reactions:

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA1.0 PENGENALAN Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah prosesproses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam

teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan. 2. TEORI PEMODELAN BANDURA Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura. CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA : n Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan n Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan n Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. n Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan

mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung. 3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. MENGINGAT

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. REPRODUKSI

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh

menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Kata- kata kunci seperti yaqilun, yatafakkarun, yasmaun dan sebagainya yang terdapat dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19). Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. Al-Quran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi

semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri. APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH

Guru sebagai role model dan model simbolik. Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya. Modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Peniruan tidak langsung. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak. Contoh dan hasil kerja yang baik. Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakanrakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka. Permainan dan simulasi. Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar. Rakan sebaya sebagai model. Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan

tingkah laku model dalam kelas.

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi. Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih saying. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN

Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanakkanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanakkanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak lain supaya mereka juga turut melakukannya. MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir. MASALAH PEMBELAJARAN

bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I) Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.

Posted by AZIZI JAAFAR at 06:41 0 comments Reactions:

TEORI BEHAVIORIS (WATSON)Teori pelaziman klasik Watson

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. - beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan. - Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak kanak tersebut pada tikus putih.

- Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan. - Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan Posted by AZIZI JAAFAR at 06:33 0 comments Reactions:

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN1.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF 1.1 Konsep pendekatam : Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui. Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan. Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. 1.2 Pendekatan induktif Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh contoh khusus yang dikemukakan. Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada pendekatan induktif. 1.3 Jenis-Jenis Pendekatan Induktif : Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar

pelbagai jenis mata pelajaran contohnya : Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah. Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa. Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil tambah sudutsudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.

1.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaitu Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya. Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan pendengaran.

1.5 TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF : Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran : Mata pelajaran : bahasa melayu Tajuk : imbuhan ter

Objektif pelajaran : Menyatakan fungsi imbuhan ter yang membawa maksud tidak sengaja. memberikan beberapa contoh menggunakan imbuhan ter . Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ter.

2.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF 2.1 Konsep Deduktif : Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus. Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

2.2 Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ber mereka disuruh membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ber . Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut tegak. Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah

mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah

2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan. 2.4 Tunjuk Cara Kaedah Deduktif Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat : Mata pelajaran : sains Tajuk : ciri-ciri haiwan Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru berdasarkan generalisasi yang telah diketahui. Generalisasi lama : haiwan yang mempun yai syap boleh terbang Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh terbang. Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai sayap.

3.0 KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI 3.1 Konsep : Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topiktopik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak. Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah. 3.2 Tujuan Kaedah. Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri. Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik.Mementingkan

pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif. 3.3 Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi. Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan. Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif. Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid. Posted by AZIZI JAAFAR at 06:20 0 comments Reactions:

Saturday, 5 September 2009

SOALAN TUTORIAL DAN ISLMINGGU 1 (24-25 JUN 2009) TOPIK 1. Alam Belajar Konsep Alam Belajar Pengalaman Belajar Kanak-kanak Peranan & Kepentingan Bermain dalam Proses Pembelajaran TUTORIAL Penjelasan sesi tutorial & ISL.Pembahagian kumpulan dan topik tutorial untuk dibentangkan dalam sesi tutorial (mula minggu 2) .. ISL Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan/ laman web. Simpan senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan. Persediaan untuk tutorial minggu ke-2: Carian maklumat dari internet atau perpustakaan tentang demonstrasi dan penerangan permainan tradisional untuk kanak-kanak. .. RUJUKAN Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd

... MINGGU 2 (01-02 JULAI 2009) TOPIK Ciri-ciri dan jenis-jenis main .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi cara permainan dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. ... ISL Pelajar membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: Melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang prinsipprinsip pembelajaran Ewell. Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. Sediakan grafik banding-beza dan bentangkan dalam kelas. Rujuk Mildred Parton bagi Kategori dan Jenis Main (http://www.nprrc.ie/documents/play/downloads/playfulworld.pdf. ; www.whatteachersknow.com/blog/tag

.. MINGGU 3 (08-09 JULAI 2009) TOPIK 2. Konsep Pengajaran & Pembelajaran Pengertian pengajaran dan pembelajaran Prinsip-prinsip pembelajaran Jenis-jenis pembelajaran .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran Ewell yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. .. ISL

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: Pelajar bincang dan banding beza pandangan ahli teori behavioris Watson, Pavlov dan Thorndike berkaitan cara organisma/ manusia belajar. Sediakan satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan. (contoh: kuiz, senarai semak dan ujian) .. .. MINGGU 4 (15-16 JULAI 2009) TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran Teori Behavioris .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Banding beza ketiga-tiga pandangan ahli teori behavioris tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik. Selepas pembentangan, buat satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan(contoh: kuiz, senarai semak dan ujian) .. ISL Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori pembelajaran behavioris terhadap pengajaran-pembelajaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: Pelajar mengkaji teori behavioris dan menganalisis secara PMI implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. .. RUJUKAN http://www.funderstanding.com/ http://tip.psychology.org/ Cadangan tutorial tambahan: Muat turun video klip berkaitan dengan ujikaji atau kajian teori behavioris. Bincangkan bersama rakan dalam kelas

.. MINGGU 5 (19-20 JULAI 2009) TOPIK : Teori Behavioris .. TUTORIAL Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain. .. ISL Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain. .. RUJUKAN Sila lihat Lampiran 1(PMI) Woolfolk,A. (2004) Educational Psychology(9th ed) New Jersey: Prentice Hall. . .. MINGGU 6 (29-30 Julai 2009) TOPIK 3. Teori-teori PembelajaranTeori Kognitif & Konstruktivis .. TUTORIAL Pelajar diberi aktiviti menilai tahap daya ingatan kendiri. Contohnya, Analisis Kognitif Kendiri (Ingatan): Pelajar dikehendaki menulis maklumat yang dibaca secara menyeluruh. Pelajar-pelajar menyenaraikan seberapa banyak perkataan yang terdapat dalam petikan. Bincangkan. Pembentangan Tutorial: Pelajar mengenal pasti sebab-sebab lupaan berlaku dan mencadangkan strategi meningkatkan daya ingatan. .. ISL

Persediaan tutorial: Carian maklumat dengan melayari internet dan bahan rujukan(buku, jurnal) serta muat turun maklumat berkaitan Constructivist 5E Model Lesson. Mengaplikasikan prinsip 5E dalam pengajaran pembelajaran . .. MINGGU 7 (5-6 Ogos 2009) TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Sosial & Pendekatan Humanis .. TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Kumpulan pembentang memberi penerangan tentang 5E. Kumpulan lain mencadangkan aplikasi prinsip 5E dalam pengajaran pembelajaran Pengintegrasian ICT digalakkan. Pensyarah memberi taklimat/ penerangan pelaksanaan KKP .. ISL Muat turun maklumat internet mengenai pembelajaran sosial, modeling, dan pembelajaran pemerhatian serta pendekatan humanistik. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik dengan memberi tumpuan kepada rumusan semua teori dan simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial:Pelajar menganalisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan model behavioral dengan menggunakan teknik analisis SWOT. . .. MINGGU 8 (12-13 Ogos 2009) TOPIK : 4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Pengajaran Model-model Pengajaran .. TUTORIAL

Pembentangan tutorial:Analisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan model behavioral dengan menggunakan teknik analisis SWOT. (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats). Bentangkan. .. ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Buat persediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk KKP. .. RUJUKAN Weil, J. (2000) Models Of Teaching (6th edition), Boston:Allyn & Bacon Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd. . .. MINGGU 9 (19-20 Ogos 2009) TOPIK 4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Pengajaran Model-model Pengajaran .. TUTORIAL Persediaan tugasan KKP kolaborasi pelajar dan pensyarah . ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Buat persediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk KKP Persediaan tutorial: Buat rujukan tambahan tentang pendekatan induktif, deduktif, eklektik,tematik dan integratif dalam subjek major anda. .

MINGGU 10 (26-27 Ogos 2009) CUTI PERTENGAHAN SEMESTER . MINGGU 11 (02-03 Sept 2009) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH . . MINGGU 12 (09-10 Sept 2009) TOPIK ;Strategi , kaedah & Teknik . TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Pelajar dikehendaki memberi contoh-contoh pelajaran major yang menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan integratif. . ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Persediaan Tutorial: Membuat rujukan secara kumpulan tentang teknik awan dalam Theory of Constraints untuk diaplikasikan dalam sesuatu masalah/isu yang dikenal pasti. . . MINGGU 13 (16-17 Sept 2009) TOPIK ;Strategi, kaedah & Teknik . TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Pelajar menunjuk cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengaplikasikan Theory of Constraints (teknik awan). . ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan Tutorial: Cari maklumat tentang pedagogi bestari dari Unit Bestari IPG dan lakar peta konsep. Perhatian: Pensyarah major akan fokus dengan lebih mendalam kaedah & teknik mengajar, perancangan pelajaran dan pengajaran mikro/makro Tindakan semua kumpulan. . . MINGGU 14 (23-24 Sept 2009) CUTI HARI RAYA PUASA . . MINGGU 15 (30 SEPT- 01 OKT 2009) TOPIK: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari . TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Pelajar dikehendaki mengenal pasti elemen-elemen pedagogi bestari berdasarkan contoh RPH bestari. . ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Persediaan tutorial: (i) Dengan merujuk kepada kajian kes dalam muka surat 174-175 buku Noriati, Boon & Sharifah (2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd. Buat refleksi dengan menjawab soalan-soalan dalam kajian kes tersebut. (ii) Pelajar membuat pemetaan pengintegrasian Pelbagai Kecerdasan (Lampiran 6) berdasarkan subjek major mereka. . RUJUKAN Contoh RPH Bestari. Rujuk modul/CD Kursus Latihan Guru Bestari.

. . MINGGU 16 (07-08 OKTOBER 2009) TOPIK : 5. Perbezaan Individu & Pembelajaran . TUTORIAL Pembentangan Tutorial: Membentang cadangan mengaplikasikan teori Pelbagai Kecerdasan dalam Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan subjek major dengan menggunakan Lampiran 6 yang dibekalkan. . ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Membuat carian web instrumen-instrumen mengukur bidang EQ (kecerdasan emosi) dan MI (Kecerdasan Pelbagai). . . MINGGU 17 (14-15 OKT. 2009) TOPIK :6. Motivasi dan Pembelajaran . TUTOTIAL Aktiviti berdasarkan pemahaman tentang motivasi. Buat analisis nota-nota kuliah dan bahan rujukan dengan menggunakan format analisis KWL yang disediakan. . ISL Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.Buat bacaan tambahan tentang motivasi dan sediakan borang KWL untuk sesi tutorial yang akan datang. . RUJUKAN

Woolfolk, A.E. (2004), Education Psychology (9th Ed.), Boston. Pearson Allyn & Bacon Eggen,P, & Kauchak,D. (2004) Educational Psychology: Windows to the classroom. NJ:Prentice Hall. . . MINGGU 18 (21-22 OKT 2009) TOPIK : 7. Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif . TUTORIAL Reka bentuk satu pelan persekitaran pembelajaran kondusif dalam bilik darjah dengan menerapkan maklumat dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini. Bentangkan. . ISL Menyediakan pelan persekitaran pembelajaran kondusif. . RUJUKAN Rujuk kepada pelan bilik darjah kondusif dalam buku: Noriati, Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Pembentangan semua kumpulan.

. . JALAN UNTUK MENDAPATKAN MARKAH 90 KE ATAS ****************************************************SETELAH TAMAT PENYEDIAAN TUTORIAL DAN ISL, ANDA DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN SATU PORTFOLIO YANG MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN TUTORIAL DAN ISL MENGIKUT MINGGUAN DAN HANTAR KEPADA SAYA PADA 29 OKTOBER 2009. PORTFOLIO YANG LENGKAP DAN MENARIK AKAN DIBERIKAN MARKAH BONUS. "SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB" "SIAPA CEPAT DIA DAPAT"

"JANGAN TANGGUHKAN KERJA ANDA" Posted by AZIZI JAAFAR at 07:18 0 comments Reactions:

Thursday, 16 July 2009

TEORI BEHAVIORISTeori-teori Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum berkaitan pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran. Teori Pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian iaitu Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Konstruktivis, Teori Sosial dan Teori Humanis. Teori Pembelajaran Behavioris pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watsan. Manakala Teori Pelaziman Operan juga dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner. Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian. Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga hendaklah diketahui dan difahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan. Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu. 2.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER BURRHUS F. SKINNER (1904 - 1990) Burrhus Frederic Skinner dilahirkan di sebuah kota kecil bernama Susquehanna, Pennsylvania, pada tahun 1904 dan wafat pada tahun 1990 setelah diserang penyakit leukemia. Skinner dibesarkan dalam keluarga sederhana, penuh disiplin dan kerja keras. Ayahnya adalah seorang jaksa dan ibunya seorang suri rumah tangga.

Skinner mendapat gelaran Bachelor di Inggeris dan berharap bahawa dirinya dapat menjadi penulis. Semasa bersekolah, memang ia sudah menulis untuk sekolahnya, tetapi ia menempatkan dirinya sebagai outsider (orang luar), menjadi atheist, dan sering mengkritik sekolahnya dan agama yang menjadi anutan sekolah tersebut. Setelah lulus dari sekolah tersebut, ia pindah ke Greenwich Village di New York City dan masih berharap untuk dapat menjadi penulis dan bekerja di sebuah surat khabar. Pada tahun 1931, Sk inner memhabiskan sekolahnya dan memperolehi gelaran sarjana psikologi dari Harvard University. Setahun kemudian, ia juga memperoleh gelaran doktor (Ph.D) untuk bidang yang sama. Pada tahun 1945, ia menjadi ketua fakulti psikologi di Indiana University dan tiga tahun kemudian ia pindah ke Harvard dan mengajar di sana sepanjang kariernya. Meskipun Skinner tidak pernah benar-benar menjadi penulis di surat khabar seperti yang diimpikannya, ia merupakan salah satu ahli psikologi yang paling banyak menerbitkan buku maupun artikel tentang teori perilaku / tingkahlaku, reinforcement dan teori-teori belajar. Skinner adalah salah satu ahli psikologi yang tidak sependapat dengan Freud. Menurut Skinner meneliti ketidaksadaran dan motif tersembunyi adalah suatu hal yang percuma kerana sesuatu yang boleh diteliti dan diselidiki hanya perilaku yang tampak / terlihat. Oleh karena itu, ia juga tidak menerima konsep tentang self-actualization dari Maslow dengan alasan hal tersebut merupakan suatu idea yang abstrak belaka.

Skinner memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan kariernya untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari respond terhadap adanya kejadian eksternal. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana mendapatkan reward dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi Skinner, hal yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui Reward & Punishment. Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti emosi, fikiran dan kebebasan untuk memilih sehingga Skinner menerima banyak kritikan.

3.0 EKSPERIMEN Penemuan dalam pembelajaran yang diperolehi oleh Thorndike telah digunakan oleh seorang ahli psikologi Amerika bernama Burrhus Frederic Skinner dalam kajian sama bidang. Beliau juga bersependapat dengan dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner hanya menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau juga telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatiakan serta direkod. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Antara eksperimen beliau ialah beliau telah membina sebuah kotak khas dimana di dalam kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas makanan yang terlekat pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk. Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-mandir di dalam kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu mendapat makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus ini telah mempelajari satu cara mendapatkan makanan. Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas makanan dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun tuas itu ditekan. Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana ia tahu usahanya itu sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu dalam kotak itu. Apabila lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan terkeluar. Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya akan mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan tikus menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan. Cahaya lampu dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia hanya bertindak sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku itu (menekan tuas) berlaku. Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

4.0 JENIS

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan.

4.1 PENEGUHAN POSITIF

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan satu contoh peneguhan positif. Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar kemukakan soalan dengan baik Guru memuji pelajar Pelajar kemukan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan. 4.2 PENEGUHAN NEGATIF Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif. Tingkah laku Kesan / Akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. Guru menegur pelajar Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

4.3 DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Tingkah laku Kesan / Akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar membuat bising dala kelas. Guru membuat amaran kepada pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran.

4.3.1 DENDAAN PERSEMBAHAN Dendaan persembahan (presentation punishment), berlaku apabila sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem dimerit atau guru memberi kerja tambahan.

4.3.2 DENDAAN PENYINGKIRAN Dendaan penyingkiran (removel punishment), berkaitan dengan penyingkiran ransangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu sebab mereka tidak membuat kerja rumah Sains. Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Seterusnya orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan juga dilakukan atas dasar untuk mengubah kelakuan bukan sebagai balasan perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah tekal iaitu si A kena 3 rotan si B juga kena 3 rotan. Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan emosi serta persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap deraan serta menyebabkan berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri, serta mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

4.4 PRINSIP PREMACK

Prinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang di minati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan, kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran. Sebagai guru, kita boleh menyelangkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.

4.5 PELUPUSAN Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan serta guru perlu sabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

5.0 IMPLIKASI SKINNER

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah. Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berperingkat. Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar. Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak secara berperingkat-peringkat ( seperti burung merpati bermain pingpong ) supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan. Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul. Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B. Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi diskriminasi rangsangan pula, guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsanganrangsangan yang lebih penting dalam proses P&P. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan ) pelajar ber