teori organisasi dan tokoh organisasi

22
TEORI-TEORI ORGANISASI DAN TOKOH-TOKOH ORGANISASI TERSOHOR 1. Pengenalan 2.Isi-isi 2.1. Definisi Konsep Teori organisasi 2.2. Kepentingan Teori Organisasi 2.3. Teori-teori Organisasi 2.4. Tokoh-tokoh Tersohor Frederick Winslow Taylor (1856 – 1915) Dianggap sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”. Beliau telah mengutarakan teori tentang produktiviti buruh boleh ditambahbaik melalui amalan pengurusan secara saintifik. Beliau menyarankan kajian terperinci tentang kerja melalui kajian masa dan pembentukan piawaian serta insentif bagi prestasi kerja. Frederick Taylor mengeluarkan prinsip pengurusan saintifik seperti berikut: 1. Penentuan pergerakan: Membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan dengan peratusan atau kadar yang lebih tinggi. 2. Pengkhususan kerja: Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang pakar di setiap bahagian. Misalnya, seorang fomen (sebagai ketua) dikehendaki bertanggungjawab di dalam bahagian pembaikan mesin, seorang di bahagian perjalanan mesin, seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan

Upload: roslan-tuah

Post on 30-Apr-2017

434 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

TEORI-TEORI ORGANISASI DAN TOKOH-TOKOH ORGANISASI TERSOHOR

1. Pengenalan2. Isi-isi 2.1. Definisi Konsep Teori organisasi 2.2. Kepentingan Teori Organisasi 2.3. Teori-teori Organisasi 2.4. Tokoh-tokoh Tersohor

Frederick Winslow Taylor (1856 – 1915)

Dianggap sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”. Beliau telah mengutarakan teori tentang produktiviti buruh boleh ditambahbaik melalui amalan pengurusan secara saintifik. Beliau menyarankan kajian terperinci tentang kerja melalui kajian masa dan pembentukan piawaian serta insentif bagi prestasi kerja.

Frederick Taylor mengeluarkan prinsip pengurusan saintifik seperti berikut:1. Penentuan pergerakan: Membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan dengan peratusan atau kadar yang lebih tinggi.

2. Pengkhususan kerja: Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang pakar di setiap bahagian. Misalnya, seorang fomen (sebagai ketua) dikehendaki bertanggungjawab di dalam bahagian pembaikan mesin, seorang di bahagian perjalanan mesin, seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan cara yang demikian, pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang yang khusus.

3. Perancangan dan penjadualan yang rapi: Perancangan dan penjadualan aktiviti organisasi perlu untuk memastikan penggunaan sumber manusia dan bahan pada tempat dan masa yang sesuai.

Page 2: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

4. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi: Frederick Taylor percaya bahawa pemilihan dan pengambilan kakitangan perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin kakitangan yang diambil itu dapat menjalankan tugas seperti yang dikehendaki. Di dalam proses pengambilan ini, ujian tertentu hendaklah diadakan untuk menguji kebolehan dan keupayaan seseorang itu. Proses pemilihan yang teliti berserta dengan program latihan tertentu dapat menjamin prestasi yang tinggi di dalam menjalankan tugas.

5. Insentif upah: Program upah yang diadakan bertujuan membayar upah mengikut jenis kerja yang dibuat. Ini bermakna program upah itu menyediakan kadar upah mengikut jenis kerja. Bonus melalui skim perangsang juga diberikan kepada pekerja yang dapat menyiapkan kerja lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.Taylor juga merupakan orang pertama yang mencadangkan penggunaan pelan insentif upah berdasarkan kaedah kerja yang dibentuk secara saintifik. Walaupun ianya mendatangkan faedah kepada syarikat tersebut, beliau mendapat tentangan daripada pihak pengurusan, masyarakat tempatan. Mereka menganggap beliau mengeksploitasikan pekerja melalui kaedahnya. Pengurusan saintifik juga menjadikan kerja terlalu khusus, ini menyebabkan pekerja tidak menyukainya, menjadi bosan, kualiti rendah, ketidakhadiran dan pusing ganti (Barton & Martin, 1994).

Frank (1868 – 1924) dan Lilian Gilbreth (1878 – 1972)

Frank menekankan aspek kecekapan dan satu cara paling baik untuk melakukan kerja manakala Lilian pula lebih cenderung kepada aspek manusia dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun, mereka telah mengkaji gerak-geri pekerja semasa menjalankan tugas. Mereka mencari cara terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugas dan akhirnya mencipta micro motion study yang merupakan satu teknik untuk merekpdkan masa dan aktiviti pekerja.

Frank & Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The Psychology of Management’ (1912), Lilian telah

Page 3: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang ‘kelesuan dan gerakan kerja’. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak kondusif.Henry Gantt (1861 – 1919)

Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan dalam memahirkan kakitangan ketika menjalankan tugas.

Max Weber (Organisasi Birokratik)

Teori atau pendekatan kedua dalam perspektif klasikal ini ialah pendekatan organisasi birokratik yang dianjukan oleh seorang ahli sosiologi Jerman iaitu Max Weber (1864-1920). Beliau menyarankan bahawa organisasi boleh diuruskan dengan cekap sekiranya pengurusan bersikap impersonal, rasional dan mengurus mengikut autoriti dan tanggungjawab yang jelas. Mengikut Max Weber organisasi boleh diuruskan dengan cekap jika pengurusan bersikap impersonal, rasional serta mengikut autoriti dan bertanggungjawab.

Pengkhususan kerja Setiap kerja dibahagikan kepada tugas rutin supaya pekerja jelas dengan apa yang patut mereka lakukan.

Hierarki Pejabat dan jawatan disusun mengikut hierarki supaya jelas hubungan melapor, menyelia, tanggungjawab, autoriti dan akauntabaliti.

Page 4: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

meritokrasi Pemilihan dan kenaikan pangkat kakitangan adalah berdasarkan kebolehan dan prestasi.

Peraturan dan prosedur formal

Peraturan dan prosedur bertulis yang menyatakan kelakukan yang dikehendaki dalam organisasi

Impersonal Setiap pekerja adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang seragam dan menerima layanan yang sama.

Prinsip Pentadbiran

Berbeza dengan pengurusan saintifik yang fokusnya kepada kecekapan pekerja dan organisasi birokratik fokusnya kepada kecekapan organisasi, perspektif klasikal ketiga iaitu Prinsip Pentadbiran berfokus kepada cara pengurus mentadbir aktiviti dalaman organisasi dan dipelopori oleh orang tokoh iaitu Henri Fayol dan Chester Barnard

Henri Fayol (1841 – 1925)

Pengurusan saintifik berkait dengan menambah daya pengeluaran perusahaan dan pekerja individu. Cabang lain pengurusan klasik, iaitu teori organisasi klasik, tercipta berdasarkan keperluan untuk mencari garis-garis panduan bagi mengurus organisasi yang kompleks. Fayol sebagai pengasas aliran pemikiran klasik, bukannya kerana beliau merupakan orang yang pertama menyelidik tingkahlaku pengurusan tetapi justeru beliau orang yang pertama mengutarakan sistem bagi aliran pemikiran tersebut. Fayol percaya bahawa amalan pengurusan yang baik terbahagi kepada pola-pola tertentu yang boleh dikenali dan dianalisis. Berdasarkan pengertian ini beliau telah merencanakan satu rangka tindakan doktrin pengurusan yang sepadu dan sehingga ke hari ini masih lagi mengekalkan banyak dari ciri pengaruhnya.

Terlatih sebagai jurutera lombong, Fayol menempa kejayaan sebagai seorang pengusaha syarikat arang batu dan besi Perancis dari gabungan firma Commentry-Fourchambault, dimana beliau menumpukan sepenuh masa kejayanya. Bermula sebagai eksekutif rendah pada tahun

Page 5: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

1860 hinggalah beliau bersara sebagai pengarah syarikat pada tahun 1918. Fayol berpendapat bahawa kejayaannya bukanlah disebabkan dari kebolehannya sebagai pengurus tetapi kerana kaedah-keadah yang beliau gunakan. Dalam erti kata lain dengan ramalan sacara saintifik dan kaedah-keadah pengurus yang betul, hasil yang memuaskan pasti boleh dicapai. Keyakinan beliau bahawa pengurusan bukanlah suatu bakat peribadi tetapi suatu kemahiran ternyata merupakan sumbangan yang besar kepada pemikiran pengurusan. Pada umumnya pengurus dilahirkan bukannya dibentuk dan amalan serta pengalaman hanya berguna bagi mereka yang sedia dilahirkan dengan kualiti-kualiti semulajadi seorang pengurus. Fayol juga berkeyakinan bahawa pengurus adalah suatu ilmu yang boleh diajar iaitu setelah prinsip-prinsip disebaliknya difahami iaitu teori umum pengurusan dirumuskan.

Untuk memajukan sains pengurusan, Fayol membahagikan operasi perniagaan kepada enam aktiviti yang kesemua amat bergantung antara satu sama lain :  

1. Perdagangan Membeli bahan-bahan mentah dan menjual hasil keluaran

2. Kewangan Pendapatan dan menggunakan modal3. Keselamatan Melindungan para pekerja dan harta benda4. Perakaunan Merekod dan mengambil stok tentang kos, untung

dan liabiliti , membuat kunci kira-kira dan menyusun statistik

Tumpuan utama Fayol ialah terhadap pengurusan yang pada pendapat beliau kemahiran-kemahiran pengurusan ternyata paling tidak dititik beratkan. Beliau mentakrifkan pengurusan berdasarkan lima fungsi :  

1. Merancang Merencana jalan tindakan yang membolehkan organisasi memenuhi matlamat-matlamatnya.

2. Mengorganisasi Menggembleng sumber-sumber bahan dan manusia kepunyaan organisasi supaya rancangan dapat dilaksanakan.

Page 6: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

3. Memerintah Menunjukan arah pada para pekerja dan menggerakkan mereka supaya melaksanakan kerja.

4. Menyelaras Memastikan bahawa segala sumber dan aktiviti organisasi bertindak dengan  harmoni untuk mencapai matlamat-matlamatnya yang diingini.

5. Mengawal Mengawas rancangan bagi memastikan ianya dilaksanakan dengan  betul.

Fayol memerhatikan bahawa kebolehan yang diperlukan oleh para pengurus dalam sesebuah organisasi bergantung kepada kedudukan pengurus itu dalam hierarki organisasi. Apabila kita bergerak lebih tinggi dalam hierarki, kebolehan pengurusan adalah lebih penting dari kemahiran teknik. Fayol juga memerhatikan bahawa keperluan terhadap kebolehan pengurusan ini ada kaitannya dengan saiz organisasi. Ketua eksekutif sebuah perniagaan yang besar, misalnya memerlukan lebih banyak kemahiran pengurusan berbanding ketua eksekutif sebuah perniagaan yang kecil.

Beliau juga berpendapat bahawa ilmu pengurusan perlu dijajarkan. Fayol mengesyorkan supaya latihan pengurusan secara formal diperkenalkan di pusat-pusat pengajian daripada bergantung kepada pendekatan ikut nasib yang digunakan pada ketika itu. Lain-lain faedah tambahan mengadakan latihan pengurusan ialah bagi membolehkan manusia berfungsi dengan lebih baik dalam semua bidang kehidupan. Fayol sentiasa berkeyakinan bahawa kebolehan pengurusan boleh digunakan untuk tugas menguruskan rumahtangga, tempat ibadah, bidang ketenteraan, politik dan industri. Secara teliti Fayol memilih untuk menggunakan istilah prinsip pengurusan daripada istilah peraturan atau undang-undang :

14 Prinsip Pengurusan Fayol

1. Pembahagian Buruh

Para pekerja boleh melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap jika bidang kerja mereka dikhususkan. Prinsip

Page 7: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

ini dapat dirumuskan kebenarannya dibarisan pemasangan moden .

2. Autoriti Para pengurus mestilah memberi arahan supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab. Walaupun autoriti yang formal memberimereka hak untuk memrintah , namum para pengurus tidak boleh memaksa para pekerja untuk mematuhi mereka kecuali mereka juga mempunyai autoriti perorangan (seperti  kepakaran yang berkaitan ) .

3. Displin Anggota-anggota sesebuah organisasi perlu menghormati peraturan dan perjanjian  yang menguasi organisasi. Menurut Fayol displin hanya terbentuk hasil dari  pimpinan yang baik di semua tingkat organisasi, perjanjian yang adil dan secara bijaksana menguatkuasakan penalti kerana penyelewengan .

4. Keesaan Pemerintah

Setiap pekerja mestilah menerima arahan tentang sesuatu operasi dari seseorang tertentu sahaja. Fayol percaya bahawa apabila seseorang melaporkan kerjanya lebih dari seorang ketua, pastinya menimbulkan konflik dari segi arahan dan kekeliruan berhubung dengan autoriti .

5. Keesaan Arahan

Mana-mana operasi didalam organisasi yang objektifnya agak sama hendaklah diarahkan oleh seorang pengurus dengan menggunakan satu rancangan sahaja.

6.Imbuhan

Pampasan bagi kerja yang dilakukan hendaklah adil bagi para pekerja dan para majikan .

7. Pemusatan Pemusatan ialah pengurangan pada subordinat dalam hal membuat keputusan; menambahkan peranan mereka disebut pemencaran. Fayol percaya bahawa pengurus hendaklah tanggungjawab sepenuhnya tetapi mereka juga hendaklah menyerahkan autoriti yang mencukupi kepada subordinat mereka supaya dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan sempurna. Masalahnya ialah menentukan had pemusatan yang sebaik-baiknya.

8. Hierarki Laluan autoriti didalam sesebuah organisasi seringkali

Page 8: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

digambarkan hari ini melalui kotak-kotak dan garis-garis bersih carta organisasi mengalir mengikut kedudukan pangkat, dari pihak pengurusan atasan hingga ke peringkat paling rendah .

9. Ketertiban Bahan-bahan dan para pekerja sepatutnya berada pada tempat yang betul. Para pekerja sepatutnya hendaklah diarahkan melakukan tugas atau berada pada kedudukan kerja yang sesuai  dengan kebolehan mereka.

10. Kesaksamaan

Para pengurus hendaklah bersikap adil dan mesra dengan para subordinat .

11. Inisiatif Para subordinat hendaklah diberi kebebasan memikir dan melaksanakan rancangan mereka walaupun kesilapan sedikit sebanyak berlaku.

12. Semangat Kerjasama

Menggalakkan semangat berpasukan akan memberikan organisasi satu rasa paduan. Menurut Fayol, faktor-faktor yang kecil sekali pun dapat membantu menyemaikan semangat ini. Beliau menyarankan, misalnya dimana mungkin komunikasi lisan hendaklah digunakan daripada komunikasi bertulis yang agak formal .

13. Kestabilan Kakitangan

Kadar pusing-ganti pekerja yang tinggi adalah tidak baik bagi perjalanan organisasi yang cekap .

14. Kepentingan pekerja

Dalam apa-apa kerja yang dilakukan,kepentingan terhadap para pekerja tidak sepatutnya melebihi kepentingan terhadap organisasi keseluruhannya.

Chester Barnard (1886 – 1961)

Dalam bukunya “The Functions of the Executive” dalam tahun 1938, Chester Barnard telah menganalisis tugas eksekutif dalam konteks pentadbiran yang efektif. Ini berdasarkan kerjayanya yang cemerlang daripada seorang ahli statistic hinggalah menjadi presiden di salah sebuah syarikat telefon terbesar di Amerika Syarikat. Beliau juga dikenali sebagai pengasas teori penerimaan autoriti. Berbeza dengan pandangan klasik di mana autoriti terletak di atas pemberi arahan (autoriti dari atas ke

Page 9: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

bawah). Seperti yang dipamerkan dalam rajah di bawah, penerima menerima arahan mempunyai pilihan untuk menerima atau tidak menerima arahan tersebut, maka pekerjalah yang menentukan sama ada mereka mematuhi sesuatu arahan dan bukannya penyelia atau ketua. Pematuhan dalam konteks kerja harian adalah kerana “zon puas sama” (zone of indifference) pekerja di mana mereka menerima arahan tanpa mempersoalkannya.

Koontz dan O'Donnel Berpendapat bahawa organisasi adalah pihak yang berkuasa dan

mempunyai hubungan mengorganisasi untuk mencapai koordinasi struktur, sama ada menegak atau mendatar bagi jawatan yang telah diamanahkan dalam tugas-tugas tertentu yang diperlukan untuk mencapai matlamat Syarikat. Maka, organisasi adalah satu struktur hubungan yang mengikat dan menyatukan Syarikat-Syarikat dan rangka asas di mana individu adalah penggeraknya.

Menurut teori ini, fungsi Pengurus adalah termasuk menentukan pengelasan aktiviti-aktiviti yang diperlukan dan bersesuaian dengan Syarikat, setiap aktiviti yang dilakukan akan diketuai oleh seorang pengurus, dimana memerlukan kuasa untuk melaksanakannya.Drs. Sukarno k.

Organisasi sebagai fungsi pengurusan ataupun sebagai sebuah organisasi dinamik iaitu organisasi yang membenarkan pengurusan untuk bergerak dalam sempadan yang tertentu. Organisasi mengikut sukarno juga adalah sesuatu yang dinamik dan mengadakan pembahagian tenaga kerja. Kesimpulannya takrif organisasi adalah menyusun (mengatur), bersifat dinamik yang menjadi alat dan Pengurus pula memastikan agar objektif tercapai.

Griffin Griffin (2003) Griffin membincangkan teori pengurusan klasik yang meletakkan

organisasi mempunyai kuasa pengeluaran, ketepatan dan kecekapan. Bagi prinsip-prinsip pengurusan klasik, teori adalah seperti berikut:

i. Kejelasan arahan — seseorang pekerja hanya menerima arahan dari seorang penyelia

Page 10: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

ii. Rantai scalar - Kuasa ketua yang disalurkan daripada mahkamah-mahkamah atasan yang bergerak dari atas ke bawah bagi sesuatu pertubuhan; rangkaian tersebut yang disebabkan oleh prinsip perpaduan perintah harus digunakan sebagai saluran komunikasi dan membuat keputusan.

iii. Pembahagian kerja - rujukan adalah perlu untuk mencapai pengkhususan pengurusan untuk mencapai objektif-objektif organisasi dengan cara yang cekap.

Luther Gulick Organisasi merupakan unit hubungan kerja yang memberi mereka

kaitan saling memerlukan diantara orang-orang yang ditempatkan di dalam struktur pihak berkuasa; dengan itu kerja dapat diselaraskan oleh ketua kepada kakitangan dalam perintah-perintah bawahan beliau yang menjangkau dari bahagian atas ke bahagian bawah sesebuah organisasi. ( Organization is the means of interrelating the subdivisions of work by allotting them to men who are placed in a structure of authority, so that the work may be coordinated by orders of superiors to sub ordinates, reaching from the top to the bottom of the entire enterprise).

Allen Meyer Organisasi mempunyai tiga komponen utama, iaitu: afektif,

penyambungan, dan normatif. Ketiga-tiga komponen ini mencerminkan sesuatu komitmen organisasi secara lengkap dan juga komponen ini dapat menggambarkan pemboleh ubah sesuatu komitmen. Petunjuk komitmen yang organisasi akan gunakan adalah seperti:

i. mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi ahli organisasi.ii. mempunyai keupayaan untuk memberi usaha sedaya upaya secara

maksima demi kepentingan organisasi.iii. Mempunyai kepercayaan penuh terhadap tujuan dan nilai-nilai

organisasi.

Terdapat tiga jenis komitmen organisasi iaitu: i. Komitmen Afektif. Ianya merupakan komitmen emosi yang

berkaitan dengan emosi seseorang terhadap organisasi. Seseorang yang mempunyai komitmen afektif akan menunjukkan prestasi

Page 11: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

yang lebih baik. Individu yang mempunyai komitmen yang afektif, bermaksud individu yang melakukan amanat serta aktiviti-aktiviti organisasi. Semakin kukuh amanat dilakukan, maka organisasi tersebut akan berkembang dan sewajarnya individu ini akan diberikan intensif diatas kecemerlangan melakukan amanat yang diberikan. Kesan daripada proses itu akan dapat dilihat daripada prestasinya.

ii. Komitmen berterusan – komitmen semacam ini bermakna kemampanan seseorang individu untuk bertahan lama di sesebuah organisasi itu selepas mengambil kira faktor-faktor kerugian dan risiko jika ia meninggalkan organisasi.

iii. Normatif iltizam (komitmen normatif) - dimensi moral yang mengandungi komitmen dan juga berdasarkan kesedaran tentang kewajipan tersebut dilihat sebagai tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang terhadap organisasi. Individu-individu yang boleh menerima nilai-nilai organisasi, akan mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa beliau telah mendapat hak-hak tertentu yang diberikan oleh organisasi.

Carl Weick Proses pengorganisasiaan yang akan mengakibatkan sesebuah

organisasi. Penganjuran sesuatu aktiviti adalah satu proses. Walaupun organisasi mempunyai struktur tetapi bagaimana sesuatu organisasi itu bertindak adalah ditentukan oleh struktur yang ditentukan oleh cara tingkah laku yang tetap dan juga cara berinteraksi. Komunikasilah yang merupakan satu proses yang penting dalam menghasilkan struktur.

8. Stephen w. Littlejohn LittleJohn memberi satu bentuk metafora yang satu lagi likens bahawa organisasi ini adalah sebagai rangkaian (rangkaian organisasi). Rangkaian adalah struktur-struktur sosial yang diwujudkan melalui komunikasi antara individu dan Kumpulan. Orang berkomunikasi dengan orang lain, sebenarnya dia telah membuat hubungan dan corak hubungan dan saluran ini ke dalam instrumen-instrumen dalam semua bentuk Majlis-Majlis sosial, organisasi dan dimasyarakat. Dalam organisasi yang difahami adalah mampu untuk membina realiti sosial. Rangkaian adalah

Page 12: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

saluran yang melalui pengaruh dan kuasa untuk menjalankan, cara yang tidak hanya rasmi oleh pihak pengurusan tetapi juga secara tidak rasmi antara pertubuhan-pertubuhan anggota.

9. James d. Mooney organisasi merupakan sebarang bentuk manusia yang bersatu untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut James, peraturan-peraturan yang diperlukan dalam organisasi pengurusan adalah: a. b. prinsip penyelarasan skala c. fungsi prinsip kakitangan d.

10 prinsip. Luther Gulickmerupakan organisasi sebagai unit saling hubungan kerja yang memberi mereka kepada orang-orang yang ditempatkan di dalam struktur pihak berkuasa; Bilik tidur itu kerja dapat diselaraskan oleh boss di perintah untuk kakitangan bawahan beliau yang menjangkau dari bahagian atas ke bahagian bawah entiti-entiti perniagaan.

11. Dwight Stakes organisasi adalah satu struktur pihak berkuasa-pihak berkuasa dan Kastam dalam hubungan antara orang-orang di dalam sistem pentadbiran.

12. Louis a. Allen adalah proses untuk menentukan organisasi dan Kumpulan kerja yang akan dilakukan, peruntukan dan mewakilkan kuasa dan tanggungjawab, dengan tujuan untuk membolehkan rakyat bekerjasama dengan berkesan dalam mencapai matlamat.

13. E. Daniel Griffths (1959) organisasi adalah orang-orang yang menjalankan fungsi yang berbeza tetapi interrelated dengan perintah yang diselaraskan di bagi tugasan perlu disiapkan.

Dari definisi mudah ini boleh didapati kewujudan pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan organisasi, iaitu orang, kerjasama dan maksud tertentu. Banyak faktor-faktor ini tidak boleh ditukar keluar sendiri, tetapi agak interrelation itu adalah roundness yang. Jadi dalam erti kata bahawa

Page 13: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

organisasi menggunakan sistem tetapi yang bermaksud perpaduan pelbagai faktor yang terikat dengan pelbagai dasar yang khusus.14. Alfred Korzybski organisasi adalah satu proses yang terdiri daripada individu-individu yang mempengaruhi antara satu sama lain untuk pelbagai tujuan. Ciri-ciri teori moden: kadang-kadang dipanggil analisis organisasi sistem, dengan mengambil kira semua unsur, organisasi melihat organisasi sebagai satu sistem diri supaya organisasi, ia boleh bertahan lama dalam hidupnya, pelarasan mesti disesuaikan kepada perubahan di persekitaran mereka, organisasi dan persekitarannya perlu dilihat sebagai sesuatu yang kesalingbergantungan

15. h. Monir Thayeb organisasi boleh dilihat dalam dua cara yang berbeza, iaitu: 1) organisasi sebagai satu sistem terbuka yang terdiri daripada sub sistem saling berkaitan, dan untuk mendapatkan input untuk diproses yang datang dari alam sekitar serta pemprosesan keputusan saluran output persekitaran lagi, dan 2) organisasi sebagai sekumpulan orang yang rakan-rakan untuk mencapai matlamat yang sama. Organisasi boleh ditakrifkan dalam dua jenis, iaitu: 1. statik, dalam erti kata bahawa organisasi sebagai bekas yang di mana aktiviti-aktiviti kerjasama yang dijalankan; 2. dalam pengertian dinamik, iaitu organisasi sebagai satu sistem proses interaksi antara orang-orang yang bekerjasama, sama ada formal atau tidak formal.

16. Herbert. A. Simon organisasi adalah sebagai corak komunikasi yang lengkap dan lain-lain hubungan dalam kumpulan orang-orang yang (organisasi adalah kompleks corak komunikasi dan hubungan lain dalam sekumpulan manusia).

17. Peter Senge"organisasi di mana orang akan secara berterusan membangunkan keupayaan untuk membuat keputusan yang benar-benar diperlukan, di mana baru pemikiran corak dan membangunkan nurtured, di mana cita-cita Kumpulan yang diberi kebebasan, dan di mana orang terus belajar untuk belajar (belajar untuk belajar) sesuatu bersama-sama"

Page 14: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

18. Diana Siregar "organisasi pembelajaran adalah organisasi yang mampu untuk menjalankan proses transformasi ilmu dalam berterusan, menimbulkan penciptaan kitar-dari pekerja pengetahuan hasil daripada kajian bebas ke pengetahuan organisasi hasil daripada organisasi pembelajaran, membangunkan organisasi anda modal menumbuh". Beberapa pemikiran yang penting yang mencirikan pembelajaran organisasi yang utama adalah: • persekitaran luaran • penyesuaian sentiasa meningkatkan keupayaan untuk mengubah • membangunkan keupayaan untuk belajar secara individu dan secara kolektif • penggunaan hasil pembelajaran untuk mencapai hasil yang lebih baik. Pasukan/organisasi pembelajaran akan berkesan jika pekerja tidak dapat melakukan proses kajian yang bebas adalah proses yang dijalankan oleh mana-mana pekerja untuk meningkatkan kualiti kecekapan individualnya- kemudian meneruskan proses transformasi pengetahuan kepada pekerja-pekerja pengetahuan organisasi. Jadi, pada pendapat saya pembelajaran organisasi adalah keupayaan sesebuah organisasi untuk meningkatkan kualiti prestasi ahli-ahlinya untuk terus belajar dan membangunkan potensi di tempat-tempat yang di mana beliau adalah dengan tempat tinggal. dari segi sistematik berfikir (sistem berfikir), peribadi penguasaan (mastery peribadi), mental model (mental model), dan untuk membina visi yang dikongsi (membina visi yang dikongsi) adalah sangat penting dalam organisasi pembelajaran.

19. Drs. h. Melayu s. p. Hasibuan organisasi adalah satu sistem Kesatuan formal, berstruktur dan diselaraskan dari sekumpulan orang yang bekerjasama untuk mencapai matlamat tertentu. Organisasi adalah hanya alat dan kontena.

20. Mac dan Simon's organisasi adalah satu sistem kompleks yang terdiri daripada unsur-unsur psikologi, sosiologi, ekonomi dan teknologi yang dengan sendirinya memerlukan penyiasatan yang intensif.

21. John d. Millet organisasi adalah sebagai rangka kerja di mana kerja beberapa orang yang diadakan bagi merealisasikan matlamat yang sama (organisasi

Page 15: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

adalah rangka struktur yang mana kerja ramai individu dijalankan untuk merealisasikan tujuan yang sama).

2.5. Kekuatan dan Kelemahan Teori

3. Kesimpulan4. Bibliografi

1. Pengertian Organisasi

Secara konseptual, tersedia banyak definisi yang membingkai pengertian

organisasi. Salah satu rumusan teoritis yang sangat komprehenship untuk

mendiskripsikan pengertian organisasi adalah dan Chester I Bernard, yang

menyatakan bahwa organisasi merupakan suatu sistem tentang aktivitas-aktivitas

kerjasama dari dua orang atau lebih, sesuatu yang tak berwujud dan tak bersifat

pribadi, sebagian mengenai hal dan mengenai hubungan-hubungan. Berkaitan

dengan dimensi hubungan dan organisasi, Jhon M. Gaus melihat organisasi

sebagai tata hubungan antara orang-orang untuk dapat memungkinkan

tercapainya tujuan bersama dengan adanya pembagian tugas dan tanggungjawab.

Berpijak pada sejumlah rumusan teoritis organisasi, maka dapat diambil

benang merah pengertian, dimana organisasi secara umum dimaknai sebagai

Page 16: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

wadah serta proses kerja sama sejumah manusia yang terikat dalam hubungan

foimal dalam rangka hierarki untuk mencapaf tujuan yang telah ditentukan.

Unsur-unsur yang melekat dalam suatu organisasi , meliputi: (1) adanya dua

orang atau Iebih sebagai proses interaksi, (2) adanya maksud untuk kerjasama dan

interaksi tersebut sehingga organisasi menjadi wadah serta proses kerjasama

sejumlah manusia yang terikat dalam hubungan formal, (3) adanya pengaturan

hubungan yang dalam organisasi diwujudkan dengan adanya rangkaian heirarki,

yaitu hubungan bahwa dalam sesuatu organisasi selalu terdapat atasan dan

bawahan dan sifat hubungan tersebut adalah dinamis, dalam arti manusia-manusia

yang menduduki jabatan-jabatan tersebut bisa berganti-ganti pada setiap saat

diperbaiki, (4) adanya tujuan yang hendak dicapai, sehingga organisasi bukanlah

tujuan, melainkan hanya alat untuk mencapai tujuan untuk melaksanakan tugas

Page 17: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

pokok.

Pada dasarnya organisasi dipengaruhi oleh dua faktor, yaitu: pertama,

struktur, merupakan suatu cetak biru organisasi yang menunjukkan bagaimana

orang dan pekerjaan dikelompokkan bersama. Struktur ini meliputi desain

pekerjaan (mengacu pada proses yang digunakan para pimpinan organisasi

merinci isi , metode dan hubungan setiap pekerjaan untuk memenuhi tutuntan

organisasi dan individu), dan desain organisasi (menunjukkan dalam struktur

organisasi). Adapun faktor kedua adalah proses, merupakan aktivitas yang memberikan nafas kehidupan bagi organisasi. Dalam kategori umum, proses

meliputi komunikasi (menghubungkan organisasi dengan Iingkungan, termasuk

bagian-bagiannya), evaluasi prestasi kerja (dilakukan oleh pimpmnan organisasi

kepada prestasi indivudu dan kelompok dalam organisasi), pengambilan keputusan

(tergantung pendifinisian yang tepat dan tujuan dan sarana yang digunakan untuk

Page 18: Teori Organisasi Dan Tokoh Organisasi

mencapai tujuan tersebut), sosialisasi (proses penyadaran individu atas tujuan

organisasi), dan pengembangan karier (dimana individu memasuki organisasi

untuk tujuan dan karier pribadi mereka)