sumber pdp

17
PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL ELM 3103 MENGURUS SUMBER DAN BAHAN PENGAJARAN & PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Upload: princessradha

Post on 24-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

MENGURUS SUMBER DAN BAHAN PENGAJARAN & PENGAJARA

PENILAIAN PENDIDIKAN MORALELM 3103MENGURUS SUMBER DAN BAHAN PENGAJARAN & PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL

PENGENALANSumber pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yang memudahkan komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. DEFINISI SUMBERPeralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusof : 1992)

Apa - apa penerbitan, bahan, gambar, perkakas, model, carta, objek alat radas yang berperanan untuk menyebarkan atau meningkatkan proses PDP.

SUMBER & BAHAN PENGAJARANAPA ITU SUMBER PENGAJARAN ??Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti :Buku teksBuku rujukanBuku latihanLampiran notaAlat audio visualLCDKomputerPetaGambarajah danTV

Sumber Bahan Bercetak

Sumber Bahan Pandang Dengar

Contoh Video Interaktif

Sumber Berasaskan Komputer

Buku Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan jelas tentang kepentingan penggunaan sumber atau media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut menjelaskan empat fungsi sumber pengajaran iaitu:

Menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang lain. Membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran. Menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran . Memberi peluang kepada mereka menggunakan satu atau lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah.PEMILIHAN SUMBER DAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARANKandungan bahan atau sumber haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Sumber yang digunakan harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarnaSumber atau bahan pengajaran harus disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Sumber pengajaran patut disediakan dalam saiz yang bersesuaian supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. .Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

CARA PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN P&P DENGAN BERKESANSumber dan bahan pengajaran seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakan sumber tersebut, guru haruslah membimbing murid- murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika sumber atau bahan itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Sebelum sumber dan bahan pengajaran diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

Sebolehnya, sumber pengajaran yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balikdan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

Cara menggunakan sumber pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka.

Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaranhendaklah dirancang.KEPENTINGAN BAHAN SUMBERMengatasi masalah kekurangan masa dan tenaga pengajar.Memperkayakan pengalaman pelajar.Pembelajaran menjadi lebih seronok dan efisyen.Mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru.Memperjelaskan penyampaian mesej bahan pengajaran.Mengatasi batasan ruang waktu dan pancaindera pelajar ( bawa masuk situasi sebenar ke dalam bilik darjah melalui tayangan video dan sebagainya ).Melibatkan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Memperoleh pengalaman dan persepsi yang hampir sama dengan realiti. (cth: penggunaan model)