i think dalam pdp

24
TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BAGI TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5 1.0 PENGENALAN : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari dengan penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan idea-idea baru oleh pelajar dapat dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan dengan menerapkan kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan kaedah penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan. Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya iaitu KBKK. Di dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang telah disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. 1

Upload: joshua-newton

Post on 19-Jul-2016

202 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: i Think Dalam Pdp

TAJUK KAJIAN :

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN

TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR

BAGI TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5

1.0 PENGENALAN :

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar

berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari dengan penggubalan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan idea-

idea baru oleh pelajar dapat dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif

dengan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diterapkan

oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan dengan menerapkan

kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan kaedah penyelesaian masalah

serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan.

Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan pandangan.

Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya iaitu KBKK. Di dalam

mata pelajaran Sains Sekolah Rendah, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang telah

disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan

kemahiran berfikir pelajar.

Untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik, para pelajar memerlukan

kemahiran asas secara teori dan praktikal yang diperturunkan oleh para guru mata pelajaran

sains. Proses pengajaran guru mengikut huraian sukatan mata pelajaran sains hendaklah

dilakukan dalam pelbagai bentuk aktiviti dan kerja amali seperti membuat projek, tunjuk cara,

lawatan, main peranan dan sebagainya. Namun, adakah kesemua guru telah diberikan latihan

yang secukupnya dari segi penerapan pengaplikasian KBKK di dalam proses pengajaran mereka.

Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara

maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat

1

Page 2: i Think Dalam Pdp

berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin

keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan

berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti

adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap

objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan.

Peta minda merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang membolehkan kita

merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat

sesuatu persembahan dan sebagainya.  Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran

kreatif. Selain itu, bentuk peta minda juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang

individu tersebut.

Tiga elemen di dalam bidang sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai

murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan sains. Sains adalah satu bidang

ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi menyediakan pelajar memahami

keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan

dan kemahiran sains dengan memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai-nilai murni yang

diterima di persekitaran budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu

mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan

perkembangan dunia sains dan teknologi. Oleh itu, pelajar harus membina pemahaman yang

bermakna terhadap alam sekeliling mereka.

2.0 PENYATAAN MASALAH :

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang

bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan

berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke

arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang

terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan

pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya

setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.

2

Page 3: i Think Dalam Pdp

• Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam pendidikan

sains bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran tradisional chalk and

talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak . Oleh itu,

kajian yang dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan

pembelajaran menggunakan peta pemikiran ‘i THINK’ bagi subjek sains yang bertajuk

‘Bumi dan Alam Semesta’ dalam Sains Tahun 5 KBSR.  Kajian ini menekankan kepada

langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta pemikiran

‘i THINK’ ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan

menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran

dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN :

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai tiga objektif iaitu:

a) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK

berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar.

b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran peta pemikiran i-THINK dalam memupuk

nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran

tradisional.

c) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta pemikiran i-THINK

terhadap peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah

pembelajaran tradisional.

3

Page 4: i Think Dalam Pdp

4.0 PERSOALAN KAJIAN

a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik i-THINK lebih berkesan berbanding

pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar?

b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik i-THINK dapat memupuk sikap dan nilai

positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

c) Adakah pembelajaran menggunakan i-THINK dapat meningkatkan motivasi pelajar

untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

5.0 HIPOTESIS KAJIAN:

Hipotesis Penyelidikan :

• Terdapat perbezaan pencapaian ujian sebelum dan selepas penggunaan ‘Peta Pemikiran

iTHINK’bagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5.

Hipotesis Nul :

• Tidak terdapat perbezaan pencapaian ujian sebelum dan selepas penggunaan ‘Peta

Pemikiran i-THINK’ bagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5.

• Terdapat perbezaan pencapaian ujian sebelum dan selepas penggunaan ‘Peta Pemikiran

i-THINK’ bagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5.

4

Page 5: i Think Dalam Pdp

6.0 LATAR BELAKANG INSTRUMEN

Di dalam kajian ini didapati pembolehubah bersandar adalah penggunaan ‘Peta

Pemikiran iTHINK’bagi topik Bumi dan Alam Semesta Tahun 5 dan pembolehubah yang tidak

bersandar ialah perbezaan pencapaian ujian. Berdasarkan pembolehubah tidak bersandar iaitu

pencapaian ujian bagi murid tahun 5 di dalam tema bumi dan alam semesta, maka satu set ujian

mengikut tema dibina. Tema bumi dan alam semesta mengandungi empat unit yang berbeza

merangkumi buruj, peredaran bumi dan bulan, siang dan malam dan fasa-fasa bulan. Setiap

tema mempunyai pemberatan yang berbeza. Unit peredaran bumi dan bulan dan fasa-fasa bulan

merupakan dua unit yang perlu diberi lebih pemberatan. Ini kerana konsep kedua-dua unit ini

agak sukar diterapkan ke dalam minda pelajar dan ia memerlukan fakta-fakta yang lengkap.

Teknik pengajaran unit ini juga perlu diberi penekanan kepada aktiviti stimulasi supaya

pengukuhan pembinaan konsep di minda pelajar dapat dibina.

6.1 Jadual Penentu Ujian

Jadual Penentu Ujian adalah satu matrik yang menemukan paksi kandungan atau

konteks dengan paksi aras kemahiran dan konstruk. Kandungan dan konteks pula perlu merujuk

kepada tajuk-tajuk dalam huraian sukatan pelajaran. Aras kemahiran atau konstruk pula perlu

merujuk kepada taksonomi bloom. Paksi menegak mengukur kandungan tajuk dan paksi

melintang pula mengukur aras kandungan kognitif atau konstruk. Jadual Penentu Ujian ini

mempunyai kepentingan tersendiri. Dibawah ini disenaraikan kepentingan jadual Penentu Ujian;

a. Menjamin ujian dibina secara tersusun dan berobjektif

b. Menjamin kualiti kertas ujian

c. Menimbulkan rasa pentingnya setiap tajuk kepada guru yang mengajar

mengikut penekanan yang diberi dalam peperiksaan awam.

d. Memastikan terdapatnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk dengan aras

kemahiran.

e. Membiasakan pelajar dengan membentuk dan penekanan tajuk dalam

peperiksaan

f. awam.

g. Menjadi panduan membentuk soalan

5

Page 6: i Think Dalam Pdp

h. Membolehkan ujian dibina oleh guru lain

i. Memudahkan guru membuat analisis jawapan pelajar bagi tujuan pemulihan

setiap

j. kali selepas ujian.

k. Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.

l. Soalan dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran.

6

Page 7: i Think Dalam Pdp

JADUAL PENENTUAN UJIAN

BIL TOPIK PERUNTUKAN MASA (JAM)

1 Buruj 1 Jam

2 Pergerakanbumidanbulan 2. 5 Jam

3 Kejadiansiangdanmalam 1 Jam

4 Fasa – fasabulan 2.5 Jam

JUMLAH MASA 7 jam

Topik

Aras Rendah Aras Sederhana Aras Tinggi Bil

Ite

m

Wajaran

TopikPengetahu

an

Kefahama

n

Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Buruj Q1, Q2 Q3,Q4 Q5,Q6 6 1 Jam

(14 %)

Pergerakanbumidanbulan Q7,Q8,Q9 Q10,Q11

,Q12

Q29,Q14

Q15,Q30

Q17

Q18

Q19

Q20,Q21

Q22,Q23

Q24

18 2.5 Jam

(36 %I)

Kejadiansiangdanmalam Q25, Q26 Q27 Q28 4 1 Jam

( 14 %)

Fasa-fasabulan Q13,Q16 Q31,Q32 Q33 Q34 Q35 7 2.5 Jam

(36 % )

JUMLAH ITEM 8 8 8 3 4 4 35 7 JAM

7

Page 8: i Think Dalam Pdp

Wajaran (%) 23 % 23% 23% 9 % 11 % 11 % 100

8

Page 9: i Think Dalam Pdp

7.0 KANDUNGAN INSTRUMEN

Kandungan instrument ini terdiri daripada 35 soalan aneka pilihan yang meliputi tema

bumi dan alam semesta bagi tahun 5. Di dalam tema ini, dibahagikan kepada 4 unit yang

berasingan iaitu buruj, pergerakan bumi dan bulan, siang dan malam dan fasa-fasa bualn. Item

yang dibina mengikut konstruk utama iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Bagi konstruk

utama pengetahuan dipecahkan kepada fakta, istilah, kaedah, urutan, pengelasan dan prinsip.

Kostruk utama kefahaman pula dipecahkan kepada terjemahan dan tafsiran. Konstruk aplikasi

dibahagikan kepada ekstrapolasi dan aplikasi. Soalan-soalan dibina mengikut konstruk yang

dinyatakan dimana 23 soalan di dalam konstruk pengetahuan. Konstruk kefahaman pula

mengandungi 4 soalan dan 7 soalan konstruk aplikasi. Item ini juga dibina berdasarkan aras

KBAT iaiu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Item mengandungi tiga aras mengikut KBAT iaitu

senang, sederhana dan sukar. Pilihan jawapan yang disediakan adalah empat iaitu a,b,c dan d.

Setiap soalan hanya mengandungi satu jawapan. Format item dirumuskan dengan singkat dan

jelas.

8.0 KAJIAN RINTIS

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis

ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai atau

dikekalkan (Mohamad Najib, 1999).

Kajian rintis dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman

responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping

meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Kesahan didefinisikan

sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan

kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Biasanya bagi

instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion – Related

Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui

sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa orang

pakar untuk mengesahkan instrumen kajian.

9

Page 10: i Think Dalam Pdp

8.1 Kesahan Item Instrumen Melalui Sekumpulan Pakar Rujuk

Bil Konstruk Item Panel Pakar Rujuk / Expert Judgment

1 Pengetahuan 1. Juriah Binti Abdul Wahid

Guru Cemerlang Sains

SK Ayer Putih

Pengalaman mengajar 16 tahun

Jawatan disandang:

a. Panel penggubal buku teks tahun 3

dan tahun 5

b. Jurulatih Utama Negeri KSSR tahun

1-3.

c. SISC Negeri Perak

2. Muhammad Amin Bin Harun.

SK Beng, Lenggong.

Pengalaman mengajar 12 tahun

Jawatan disandang :

a. Jurulatih Utama KSSR Tahun 4

2 Kefahaman 1. Asmawi Bin Alias

SK Pahit, Hulu Perak

Pengalaman mengajar 17 tahun

Jawatan disandang :

a. Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas

UPSR Sains

b. Jurulatih utama Pedagogi 2012

2. Zaitul Hasanah Binti Zainal

SK Sahom, Kampar

Pengalaman mengajar 4 tahun

Jawatan disandar:

10

Page 11: i Think Dalam Pdp

a. Ketua Panitia Sains

3 Aplikasi 1. Norbahiyah Binti Abul Ghani,

SK Lawin Selatan, Hulu Perak

Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Pengalaman mengajar subjek sains 18

Tahun.

Jawatan disandang :

a. Penanda kertas sains UPSR (1998-

2005)

b. Ketua Pasukan penandaan kertas

UPSR sains

c. JU Sains negeri (2012)

2. Khamariah Binti Malek

SK Tan Sri Ghazali Jawi, Hulu Perak

Pengalaman mengajar 20 tahun

Jawatan disandang :

a. Penanda kertas UPSR Sains

(1998-2013)

4 Bahasa 1. Puan Hajah Zaiton Binti Haji Ahmad

Zahari

SMK SACS Kampar

Pengalaman mengajar 25 tahun

Jawatan disandang:

a. Guru Cemerlang Bahasa Melayu

GC54

2. Hajah Zainon Binti Haji Ahmad Zahari

SMK Gopeng

Pengalaman mengajar 25 tahun

Jawatan disandang

Guru pengajian STPM

11

Page 12: i Think Dalam Pdp

Dapatan daripada hasil penilaian panel pakar didapati kebanyakan soalan mempunyai

julat 0.6 dimana ia telah memenuhi kontruk yang ditetapkan. Terdapat satu soalan yang

mempunyai nilai kesahan yang tertinggi iaitu 0.78. Soalan ini dari kontruk aplikasi yang

merupakan soalan aras tinggi. Satu soalan yang mendapat nilai kesahan terendah iaitu 0.48

merupakan soalan kontruk pengetahuan dan berada di aras rendah bagi Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi. Soalan ini perlu dikeluarkan dari instrument kerana kurang diminati dari panel pakar dan

ia kurang sesuai untuk dijawab oleh pelajar.

Menurut Mohd. Majid (1998) dalam Siti Noorshahliza (2002), tiada batasan khusus yang

boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur

tetapi kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan.

Bagi menjalankan kajian rintis, soal selidik ini diedarkan kepada 30 orang pelajar

sebelum soal selidik sebenar diedarkan kepada subjek kajian. Pelajar-pelajar bagi kajian rintis ini

terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan daripada tiga buah

sekolah rendah di sekitar negeri Perak. Set soal selidik diedarkan secara rawak di mana semua

pelajar mempunyai peluang untuk dipilih bagi menjawab set soalan kajian rintis ini. Hasil

daripada kajian rintis yang dijalankan, didapati nilai pekali Cronbach Alpha adalah 0.905 (>

0.60) selepas item 4 dan 19 disingkir yang pada asal nilai pekali alpha adalah 0.898. Nilai item

yang sesuai digunakan adalah 33 soalan daripada 35 soalan. Ini menunjukkan item bagi soal

selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian

yang ingin dijalankan.

9.0 PENSKORAN UJIAN

Penskoran merupakan langkah pertama dalam proses pengolahan hasi lujian. Penskoran adalah

suatu proses perubahan jawapan ujian menjadi angka .Angka hasil penskoran itu kemudian

diubah menjadi nilai melalui proses pengolahan tertentu. Penggunaan symbol untuk menyatakan

nilai itu ada yang dengan angka, sperti angka rentangan 0-10, 0-100 atau 0-4 danada pula yang

menggunakan huruf A,B,C,D dan E. Cara menskor hasil ujian bias any setiap jawapan betul di

beri skor 1 ( satu) dan setiap jawapan yang salah diberi skor 0 ( nule): jumlah skor diperoleh

dengan menjumlahkan skor yang diperoleh dar isemua soalan.

12

Page 13: i Think Dalam Pdp

Untuk penskoran ujian, nilai skor diberikan mengikut bilangan item. Sekiranya murid

menjawab dengan pilihan jawapan yang betul, skor 1 akan diberikan dan sekiranya murid

memilih jawapan yang salah skor 0 akan diberikan.

Sebagai contoh :

Bentuk soalan Jumlah soalan Nombor soalan Skor maksimum Jumlah skor

yang diperoleh

Aneka Pilihan

(Objektif)

35 1 -35 35 30

JUMLAH 35 30

Cara memperolehi skor :

= Jumlahskordiperolehi x 100 % = Skormaksimum

Maksimum:

= 30 X 100 % = 86 %

35

Minimum:

= 10 X 100 % = 29 %

35

Julat : 86 % - 29 % = 57 %

13

Page 14: i Think Dalam Pdp

Apabila kebanyakan murid menghampiri skor maksimum, ini bermakna objektif pembelajaran

tercapai kerana murid dapat menguasai isi pembelajaran dan penggayaan dan pengukuhan perlu

diberi. Manakala, jika kebanyakan murid menghampiri skor minimum ini bermakna objektif

pembelajaran tidak tercapai dan proses pengajaran dan pembelajaran harus diulang untuk

meningkatkan penguasaan murid terhadap isi kandungan pembelajaran.

9.1 Rumusan Frekuensi Item

Berdasarkan nilai frekuensi nilai soalan yang dijawab betul oleh murid adalah

soalan no 10 dengan 70 % ,soalan 19 dengan 73.3% dansoalan 34 dengan 76.7%.

Soalan 10

Adalah konstruk umum pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk

pengelasan. Konstruk ini meminta murid mengenalpasti dan mengumpul dua atau

lebih cirri tertentu mengikut ciri yang serupadinyatakan.

Soalan 19

Adalah konstruk umum pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk

prinsip. Konstruk ini berdasarkan prinsip asas yang terlibat di dalam sesuatu

kejadian dan fenomena atau peristiwa.

Soalan34

Adalah konstruk umum Pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk

prinsip. Konstruk ini berdasarkan prinsip asas yang terlibat di dalam sesuatu

kejadian dan fenomena atau peristiwa.

Hal ini demikian adalah soalan yang dikemukakan adalah konstruk pengetahuan

yang boleh dijawab oleh murid dengan senang.

Manakala soalan yang dijawab salah oleh murid adalah soalan 12 dengan 70%,

soalan 16 dengan 73.3% ,soalan 22 dengan 70%,soalan 23 dengan 70%.

14

Page 15: i Think Dalam Pdp

Soalan 12

Adalah konstruk aplikasi dan secara khususnya adalah konstruk aplikasi tentang

penggunaan pengetahuan atau fakta sains untuk menyelesaikan satu masalah yang

dinyatakan.

Soalan 16

Adalah konstruk pengetahuan dan secara khususnya adalah konstruk prinsip.

Konstruk ini berdasarkan prinsip asas yang terlibat di dalam sesuatu kejadian,

fenomena atau peristiwa.

Soalan 22

Adalah konstruk kefahaman dan secara khususnya adalah kontruk terjemahan.

Konstruk ini tentang pemindahan satu bentuk penerangan kepada bentuk yang

lain dengan mengekalkan maksud dan pengertian iaitu dari bentuk pernyataan

atau jadual kepada bentuk carta bar, gambar atau sebaliknya.

Soalan 23

Adalah konstruk kefahaman dan secara khususnya adalah konstruk tafsiran

tentang kesimpulan atau rumusan daripada gambar.

Secarakeseluruhannya, murid mengalami masalah dalam menjawab soalan aplikasi. Soalan ini

adalah soalan aras sederhana dan tinggi yang mengharapkan murid dapat menggunakan

kebolehan berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh itu, soalan ini masih relevan untuk diguna dalam

ujian.

15

Page 16: i Think Dalam Pdp

10.0 RUMUSAN KAJIAN RINTIS

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan

instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi

menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti. Bagi kesahan muka beberapa panel bahasa

menilai setiap item instrumen dan memberi pandangan tentang penggunaan bahasa yang betul

dan memperbaiki struktur ayat yang dibina. Kesahan kandungan dinilai oleh pakar-pakar dalam

bidang sains sekolah rendah. Didapati satu soalan yang mendapat nilai kesahan yang terendah

iaitu 0.48 adalah tidak sesuai diteruskan kerana ia merupakan soalan yang sering dijumpai di set-

set soalan lain dan ia menjadi terlalu mudah bagi pelajar. Oleh itu, dengan mengambil kira

pendapat guru-guru pakar, item no. 6 dari instrument tersebut digugurkan. Item-item yang lain

mendapat nilai kesahan melebih 0.5 bermakna ia memenuhi konstruk item dan mengikut

Taksonomi Bloom. Instrument kajian bagi penilaian kebolehpercayaan pula diedarkan kepada

30 orang pelajar. Pelajar-pelajar bagi kajian rintis ini terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan

18 orang pelajar perempuan daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar negeri Perak. Didapati

nilai pekali Cronbach Alpha adalah 0.905 (> 0.60) selepas item 4 dan 19 disingkir yang pada

asal nilai pekali alpha adalah 0.898. Soalan item 4 dan 19 layak disingkirkan kerana ia

merupakan soalan kontruk pengetahuan dan item tersebut menilai konsep yang sama iaitu

panjang bayang-bayang pada waktu tengahari. Nilai item yang sesuai digunakan di dalam

instrument kajian ini ialah 32 soalan daripada 35 soalan. Ini menunjukkan instrumen bagi

penilaian pencapaian pelajar mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan

sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan setelah menjalani kajian rintis.

16