seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti
DESCRIPTION
seniTRANSCRIPT
Seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti. Ia
menjadi dimensi yang menterjemahkan perusahaan kemanusiaan. Mengambil persektif
subjektif kehidupan di dalam kontras pengajaran dan pembelajaran akan memberi
penghargaan dan fokus kepada aspek objektif. Keduanya sentiasa hadir dan mencipta
dinamik walau apapun yang diambil kira.
Herbert read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada
pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah
mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik.
Seni sebagai perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama.
Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial
kepada masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah
keseluruhan struktur sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran
yang sesuai dan mempunyai hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan
objektif pendidikan seni visual sebagai asas pelajaran.
Teori Pembelajaran Sosial Rotter ( 1971)
Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) untuk memenuhi
keperluan psikologi. Dalam teori pembelajaran sosial, perlakuan manusia ditentukan
oleh matlamat perlakuannya. Dalam diri setiap individu terdapat satu aliran yang
membezakan niat atau keperluan. Aliran berkenaan adalah berbeza-beza dari sangat
khusus kepada sangat umum. Beliau menyatakan kategori perlakuan dan matlamat
adalah termasuk dalam keperluan yang lebih khusus dan berkemungkinan dapat
meramalkan kekuatan seseorang dengan lebih tepat. Manakala niat atau keperluan
yang lebih umum atau luas pula menyebabkan ramalan perlakuan seseorang itu menjadi
kurang tepat.
Daripada pandangan yang dinyatakan terdapat tiga komponen penting iaitu :
• Terdapat aliran tingkah laku yang terarah ke arah matlamat yang sama. Contohnya,
seseorang itu melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan perhatian orang lain agar
mengambil berat terhadap dirinya. Perlakuan berkenaan dikenali sebagai keperluan
berkemungkinan. Istilah ini merujuk kepada kekuatan potensi, oleh itu kemungkinan
mereka akan menggunakannya dalam situasi tertentu.
• Jangkaan perlakuan tertentu akan memandu ke arah kepuasan atau matlamat nilai
seseorang. Individu mungkin belajar banyak cara untuk mendapatkan perhatian orang
lain kepada dirinya. Kanak kanak mungkin mempunyai jangkaan yang kecil bahawa
mereka akan mencapai kearah kepuasan seperti bayi menangis maka ia
diberi perhatian dan pertolongan. Pada keadaan biasa dalam jangkaan perlakuannya
seseorang itu belajar untuk mencapai kepuasan tertentu dan akan memandunya ke arah
mencapai kepuasan yang di kenali sebagai freedom of movement.
• Keperluan nilai yang dihubungkan dengan matlamat dirinya. Oleh itu, peringkat di
mana seseorang individu mengutamakan satu aliran kepuasan kepada sesuatu yang
lain. Contohnya, melakukan sesuatu kerana untuk mendapatkan penghargaan atau
kerana memerlukan cinta dan kasih sayang. Satu aspek lagi yang penting dalam teori
pembelajaran sosial ini ialah pemberatan yang di beri kepada situasi psikologi individu
iaitu dalam memahami dan meramalkan perlakuannya. Reaksi individu terhadap
sesuatu situasi itu berbeza bergantung kepada pengalamannya masa lalu.
Rotter (1971) mengemukakan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran
sosial dalam meramalkan perlakuan individu iaitu :
• Perhargaan – kedudukan ( recognition – status )
Keperluan membuat sesuatu dengan baik untuk menimbangkan kebolehan, baik atau
lebih baik daripada orang lain di sekolah, pekerjaan, profesyen, sukan, kedudukan
sosial, keserlahan fizikal, atau bermain iaitu keperluan untuk mendapat jawatan yang
tinggi dalam nilai sosial yang bersaing.
• Kekuasaan ( dominance)
Keperluan kepada mengawal gerakan orang lain, termasuk keluarga dan rakan rakan.
Memerlukan kepada keadaan berkuasa untuk membolehkan orang lain mengikut idea
dan kehendak seorang.
• Merdeka ( independence)
Keperluan kepada membuat keputusannya seorang, bergantung kepada diri seorang,
mengembangkan kemahiran yang perlu untuk mendapatkan kepuasan dan mencapai
matlamat tanpa bantuan orang lain.
• Perlindungan dari dijajahi ( rotection – dependency)
Keperluan kepada orang lain untuk melindungi kekecewaannya, menyediakan
perlindungan dan keselamatan dan membantu mendapatkan matlamat matlamat lain.
• Cinta dan kasih sayang ( love and affection )
Keperluan bagi dirinya diterima dan disukai oleh orang lain dengan menyampaikan
salamnya yang mesra, minat, perhatian dan doa.
• Keselesaan fizikal ( physical comfort)
Keperluan kepada kepuasan fizikal yang menjadi hubungan dengan keselamatan dan
kebaikan, mengelakkan kesakitan dan perlu kepada keselesaan tubuh badan.
Model pembelajaran sosial mempunyai impak yang mendalam terhadap amalan
pendidikan seni visual. Model ini banyak diaplikasikan oleh para pendidik dalam
membuat kajian dalam bidang pendidikan pelajar. Proses pembelajaran berasaskan
pemikiran juga meliputi proses pembelajaran sosial. model pembelajaran ini membawa
kepada sikap dan persepsi yang positif terhadap pembelajaran pendidikan seni visual.
Melibatkan pembelajaran dalam memperolehi dan menyepadukan ilmu. Melibatkan
pemikiran dalam perluasan dan perhalusan ilmu pendidikan seni visual. Melibatkan
enggunakan ilmu dengan penuh bermakna; dan melahirkan perlakuan minda yang
produktif.
Teori Perkembangan Erikson
Teori perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada setiap
peringkat perkembangan yang tertentu. Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur
positif
dan negatif dalam setiap perkembangan. Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian
psikologikal secara berterusan.
Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat yang tertentu mempunyai ciri-ciri
yang khusus. Teori yang dikemukan oleh Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan
Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi
manusia. Peringkat tersebut bermula pada peringkat bayi hingga peringkat tua.
Peringkat Bayi
Peringkat bayi berlaku dalam lingkungan 0 hingga 1 tahun. Konflik yang berlaku pada
peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kepercayaan Lawan Tidak Kepercayaan. Rasa
kepercayaan mengikut Erikson dibina secara berperingkat-peringkat. Titik
permulaannya adalah pada tahun yang pertama. Apabila sesuatu keperluan seseorang
kanak-kanak itu tidak dipenuhi maka akan berputik rasa ketidakpercayaan. Rasa
ketidakpercayaan akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku yang
negatif.
Peringkat awal kanak-kanak
Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun.
Kanak-kanak yang melalui peringkat ini, berkeinginan mempunyai kuasa membuat
keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan
membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya
usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.
Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu
apabila tidak dibei kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada
diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada disekeliling mereka. Mereka
juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain.
Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Autonomi Lawan
Malu/Ragu.
Peringkat awal kanak-kanak tadika
Peringkat awal kanak-kanak tadika ini berlaku dalam lingkunagn umur 3 hingga 6
tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Inisiatif Lawan
serba salah. Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang ada secara lansung atau tidak
lansung. Oleh itu kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang
tepat atau yang salah.
Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika mereka
melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang. Kesannya,
mereka akan membina dengan sendirinya sikap negative apabila mereka berasa serba
salah.
Peringkat kanak-kanak
Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat
ini keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada
matlamat kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan membuktikan
kejayaan dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya
sudah menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan diri mereka.
Begitu juga kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.
Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif
sebagai peransang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka. Antara bentuk
peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan penghargaan terhadap
tugasan yang sudah disempurnakan.
Apabila mereka dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara
munasabah oleh kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan
mewarnai diri mereka kelak. Konflik emosi pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik
Kerajinan Lawan Rendah Diri.
Peringkat remaja
Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20 tahun.
Konflik emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik identiti lawan
kekeliruan identiti. Sebagai remaja mereka akan sentiasa berusaha memahami dan
menilai diri sendiri. Dalam melalui proses ini, mereka cenderung berdepan dengan
situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya. Kesannya, mereka akan
menghadapi krisis identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu
sensitif dengan perubahan fizikal badan mereka. Tubuh badan mereka adalah
sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk imej kendiri seseorang remaja.
Ditahap ini para remaja akan membentuk konsep kendiri yang positif dan konsep
kendiri yang negatif.
Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi adalah berteraskan konsep kecerdasan sosial. Ia mula dikenal pasti
oleh E.L.Thorndike ( 1920 ). Ahli psikologi ini menghuraikan kecerdasan yang lain dan
mengumpulkan mereka dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan abstrak iaitu kebolehan
memahami dan memanipulasi dengan perkataan dan simbol matematik, kecerdasan
konkrit iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi objek dan kecerdasan sosial iaitu
kebolehan memahami dan mengaitkan dengan orang lain.
Thorndike (1920) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai kebolehan memahami dan
mengurus orang lain sama ada dewasa ataupun kanak kanak supaya berperanan
dengan baik dalam perhubungan sesama manusia. Dalam kajian Gardner (1983) beliau
memasukkan unsur unsur kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dalam teori
pelbagai kecerdasannya.kedua dua kecerdasan terkandung di bawah kecerdasan sosial.
Beliau mendefinisikan kedua duanya sebagai kecerdasan interpersonal. Kecerdasan
interpersonal adalah kemampuan memahami orang lain.
Antara persoalan yang berkaitan adalah apa yang memotivasikan mereka, bagaimana
mereka berkerja dan bagaimana hendak berkerjasama dengan mereka.jurujual, ahli
politik, guru, pegawai pegawai kesihatan dan ketua ketua agama yang berjaya,
semuanya ini adalah individu yang mempunyai tahap kecerdasan interpersonal yang
tinggi. Kecerdasan intrapersonal pula berkaitan dengan kemampuan dalaman. Ia adalah
keupayaan membina dan membentuk model kendiri yang jelas dan menggunakannya
bagi menjalani kehidupan yang berkesan. Kecerdasan emosi menggolongkan
kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal Gardner (1983) ke dalam lima
domain utama iaitu :
a. mengenali emosi sendiri melalui kesedaran kendiri, seseorang mengetahui dan
memahami emosinya, sedar emosi apa yang sedang merayap di minda akibat sesuatu
rangsangan dan cuba kuasai emosi tersebut.
b. Mengurus emosi sendiri. Mengambil peluang mengawal emosi yang sedang
menguasai diri. Emosi datang tanpa di undang, tetapi kita yang menentukan berapa
lama emosi itu menguasai diri kita.
c. Memotivasikan emosi negatif. Jadikan emosi sebagai alat meningkatkan keupayaan
berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah.
d. Mengenali emosi orang lain. Penting bagi kita kenali perasaan sendiri dahulu
kemudian baru cuba menjelajahi dan memasuki emosi orang lain (empati). Ini bagi
menggelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila orang lain (pelanggan)
mencurahkan emosi mereka.
e. Mengendali perhubungan. Selepas mengenali emosi orang lain dan kita berupaya
mengurus diri sendiri serta berempati, maka perhubungan yang positif dan akrab dapat
di bentuk.
Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient adalah penting, terutamanya bagi kita yang
sentiasa berurusan dengan pelanggan. Kita tidak boleh membenarkan diri terperangkap
dengan emosi negative seperti marah, benci, sedih, takut akan perubahan, iri hati dan
lain lain.
Goleman (1995) menegaskan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan
kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih
penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi
kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta
hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian
meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk
aspek kesihatan dan sosial.
Kejayaan diri dalam pekerjaan perlu juga diimbangi dengan aspek emosi. Seterusnya
beliau mengatakan setiap individu perlu meningkatkan kemahiran emosi dan
menyatakan terdapat ramai individu yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang
tinggi tidak berjaya kerana mereka mempunyai masalah kemahiran berhubung dengan
orang lain.dalam kajiannya, beliau mendapati kekurangan kecerdasan emosi mendorong
kepada perhubungan perkahwinan yang lemah dan perhubungan kerja yang tidak
produktif.
Perbezaan antara EQ dan IQ
IQ adalah jenis kecerdasan yang dipercayai wujud daripada faktor keturunan atau
baka.manakala EQ pula adalah jenis kecerdasan yang boleh dipelajari. EQ juga boleh di
lihat daripada aspek keturunan juga faktor lain yang menyumbang perkembangan EQ
seperti pendidikan, keluarga dan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi EQ
seseorang. kecerdasan ini sangat berpengaruh terhadap reaksi seseorang apabila
menghadapi masalah dan cabaran dalam kehidupan.
Kepentingan EQ
EQ adalah kecerdasan sosial yang amat penting bagi mendidik manusia menjadi insan
yang seimbang.melalui kecerdasan emosi seseorang itu akan menjadi lebih berjaya
dalam hidupnya berbanding individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ hanya alat
mengukur kecerdasan kognitif manusia sahaja.EQ pula dapat menjana proses
pendidikan yang sempurna bagi kanak kanak sehingga mereka mencapai usia 18 tahun
bagi membentuk insan yang lebih berjaya kerana kecerdasan emosi merangkumi lima
domain yang saling berhubung kait, seperti mengenali emosi sendiri, mengurus emosi
sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendalikan
hubungan.
EQ memberi ruang kepada individu meneroka potensi diri sendiri di samping memberi
peluang kepada individu menyesuaikan diri dengan emosi diri dan membentuk emosi
yang sesuai demi kepentingan diri dan orang lain.individu yang mempunyai kecerdasan
emosi yang tinggi dapat mengendalikan emosi yang menguasai dirinya.individu yang
mempunyai IQ yang tinggi sahaja gagal membendung emosi yang menguasai dirinya
dan menyebabkan individu tersebut mudah mendapat tekanan. EQ bukan sekadar emosi
yang dididik oleh kognisi tetapi juga diperkaya dengan unsur kerohanianyang mampu
mendidik manusia menjadi insan yang lebih seimbang.EQ dapat menyumbang ke arah
pendidikan yang lebih sempurna, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Kajian kajian lepas berkaitan kecerdasan emosi
Penyelidik penyelidik sudah mengkaji dimensi kecerdasan emosi dengan mengukur
konsepnya.contohnya kemahiran sosial, kebolehan interpersonal, kematangan
psikologikal dan kesedaran emosi lama dahulu sebelum istilah kecerdasan emosi
digunakan.Antara kajian kajian yang mempunyai perkaitan antara kecerdasan emosi
dengan fenomena lain adalah seperti kajian yang dilakukan mengenai
kepimpinan,pencapaian kumpulan, pencapaian individu, perubahan sosial atau
interpersonal serta perubahan pengurusan.
Pendapat Mayer & Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan
kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi
kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan
mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan
memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan
fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk
mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ’.
Menurut Goleman (1994) kecerdasan emosi adalah kemahiran yang membantu
masyarakat hidup berharmoni adalah semakin dihargai sebagai suatu asset di tempat
kerja.Ini kerana kecerdasan emosi ini akan dapat membentuk perhubungan secara
berkesan, empati dan menghormati perasaan dan pandangan orang lain, pencapaian
penilaian kendiri dan perhubungan yang jelas dan menguruskan konflik dengan kaedah
mendengar yang aktif dan empati.
Carso, S.M. (2000) mengkaji perhubungan antara kecerdasan emosi dan kebolehan
istimewa remaja. Kajian di buat terhadap 100 orang pelajar berumur antara 12 hingga
16 tahun. Keputusan menunjukkan remaja yang cerdik mencapai skor yang lebih tinggi
berbanding pelajar yang tidak cemerlang yang sama umur pada skor EQ, kebolehsuaian
dan pengurusan tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi kanak
kanak mempengaruhi tahap sosial mereka.
Barling,J. dan rakan rakan (2000) menyelidiki perhubungan antara kecerdasan emosi
dan perubahan kepimpinan. Ditunjukkan kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan 3
aspek perubahan kepiminan iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi dan pertimbangan
individu serta ganjaran kontinjen. Pengurusan yang aktif dan pasif dikecualikan dan
pengurusan bebas atau laissez faire tidak dikaitkan dengan kecerdasan emosi.
Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan
deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi
kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan
dan pentafsiran.
Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang
pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik
minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif,
aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap.
Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka
dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.
Kategori stail belajar Gregore (1979)
1) pelajar concrete sequential
pelajar kategori ini suka kepada kerja kerja praktikal di dalam kelas. Mereka lebih
berkebolehan menggunakan kemahiran tangan dalam mendapatkan pengalaman
belajar. Mereka juga menyukai lawatan dan kerja kerja projek dan suka untuk melihat
hasil kejayaan atas usaha mereka. Oleh kerana mereka mengambil berat terhadap tugas
dan tanggungjawab, mereka berkebolehan dalam kerja berbentuk struktur misalnya
menyusun jadual dengan kemas.
Bagi kumpulan ini, guru perlu merancang lebih banyak latihan amali, projek yang
memerlukan penyelidikan luar, lawatan dan aktiviti aktiviti lain yang memberi peluang
kepada pelajar untuk ‘ belajar dan mengalami ‘ . Guru boleh juga mengarahkan pelajar
merancang sendiri program mereka serta menyusun jadual untuk seluruh kursus.
2) Pelajar abstract sequential
Pelajar kategori ini suka kepada penggunaan simbol, idea dan konsep dalam
pembelajaran. Mereka berkebolehan menganalisis, menilai dan memberikan bukti bukti
yang bernas dalam jawapan mereka. Berkebolehan membuat penyelidikan sendiri
melalui pembacaan persekitaran.
Teknik penyampaian yang sesuai ialah dengan memberikan soalan soalan yang
mencabar pemikiran mereka. Perbanyakkan latihan latihan penyelidikan melalui
pembacaan dan perpustakaan. Biasanya pelajar kategori ini mempunyai pengetahuan
am yang luas. Oleh itu, beri mereka rangsangan melalui aktiviti debat dan
perbincangan.
3) Pelajar abstract random
Pelajar kategori ini suka kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan aktiviti kumpulan.
Mereka juga suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dalam kelas dan membantu
guru serta kawan kawan. Sesuai dengan kehalusan jiwa yang mereka perolehi, oleh itu
mereka berkebolehan dalam bidang seni dan hal hal kemanusiaan.
Gerakerja kumpulan sangat sesuai untuk pelajar dalam kategori ini. Guru mungkin
boleh memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan bukan sahaja untuk kerja kerja
dalam bilik engajaran dengan bantuan video , pita rakaman, gambar gambar dan carta.
4) Pelajar concrete random
Pelajar dalam kategori ini bersifat praktikal dan realistik tetapi menggambarkan dalam
bentuk kreatif. Mereka adalah pelajar yang aktif dan mempunyai daya penarik,
menyenangkan dan bersifat terbuka. Berkebolehan menyelesaikan masalah dan
berminat membuat percubaan baru serta selalu bertanya ‘ mengapa ‘?
Latihan amali dan penyelidikan luar bilik darjah merupakan aktiviti aktiviti yang sesuai
untuk kategori ini. Pelbagai teknik mengajar, penggunaan alat alat bantu mengajar dan
hidupkan suasana kelas dengan hubungan yang mesra. Oleh kerana pelajar dalam
kategori ini suka membuat satu satu percubaan baru, guru boleh memperbanyakkan
tugasan untuk mereka.
Kesimpulan
Kesemua teori-teori seperti di atas ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah
dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni. Teori pembelajaran sosial telah dimajukan
oleh Rotter (1971) menjelaskan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran
sosial dalam meramalkan perlakuan individu sebagai persediaan pendekatan guru di
dalam kelas. Erikson pula memperkenalkan Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson.
Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Teori ini
menolong guru membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan untuk
membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia
wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat
mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan
emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam
pewujudan penghasilan sesebuah karya”. Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku
dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan,
berintelek dan memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita. Kategori stail
belajar Gregore (1979) mengenal pasti pelajar dan membolehkan guru mengatur
strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan minat pelajar. Kekuatan
pendekatan dan amalan stail pembelajaran Gregore ialah guru sentiasa peka dengan
kebolehan pelajar. Pelajar pula dapat mempamerkan jati diri. Pengawalan dan
pengawasan tingkah laku di kala proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan
berkesan.
Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman yang baik di
antara guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan
bertambah baik hubungan mereka. Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai
pendidik, pembimbing dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru
tidak terlintas difikiran mereka, malahan akan sentiasa membantu dan bekerjasama
dalam sebarang permasalahan. Ini dibuktikan dengan kerajinan, membuat tugasan
mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa bekerjasama dan sentiasa menjaga tatasusila.
Pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia lebih merupakan
tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami
bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan
kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui
teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya
luas, aktivitinya bebas tetapi terancang.
Bibliografi
• Abd. Fatah Hasan, “ Falsafah Pendidikan” PTS publication & Distribution, 2001.
• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .
• Herbert Read, ‘Education through Art’ Faber and faber, 1956
• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan
Kesenian, UPSI, 2000.
• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.
• Sharifah Md Nor, “Keberkesanan sekolah, satu perspektif sosiologi’ UPM, 2000.
• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.
P O S T E D B Y L . Y . A T 3 : 3 0 A M 3 C O M M E N T S :
T H U R S D A Y , J A N U A R Y 2 2 , 2 0 0 9
P&P
Masa : 320 minit
Empat kali P&P
Sasaran : Tingkatan Dua
Matapelajaran : Pendidikan seni visual
Topik : Rupa
Subtopik : figura (kadar banding)
Kecerdasan
Diharapkan : Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Kinestatik
KecerdasanVisual/Spatial
Kecerdasan Logik- Mate
Dimensi
Pembelajaran
Sikap dan pengertian tentang pembelajaran
Menerokai ilmu pengetahuan formalistik dan kadar banding.
Menimba ilmu pengetahuan anatomi dan persekitaran dengan pemerhatian, taakulan,
kiraan, ketekunan serta pemahaman secara mendalam
Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dalam hidup
Aktiviti : Minggu Pertama
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bilik Alat Pandang Dengar (APD).
Pelajar menonton rakaman permainan bola sepak dan Iklan
Hari Merdeka tajaan Petronas.
(10 minit)
Pelajar mengulas media, warna, gerakan aksi, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri,
kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu yang didapati hari itu.
Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.
(10 minit)
Guru mengulas dan menerangkan rupa figura dan kadar banding manusia kepada
pelajar. Guru mengambil contoh model benar dan ilusi. Pelajar mendengar dengan teliti
dan menggabung jalinkan kaedah kadar banding manusia kemudian berinteraksi
mengenai aksi-aksi pergerakan dalam sukan dan babak-babak yang terdapat di dalam
Iklan.
(20 minit)
Guru memberi gambar rajah kadar banding untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa,
kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai aksi.
Pelajar menyalin nota.
(20 minit)
Pelajar melakonkan semula aksi aksi pergerakan. Guru merakam pergerakan pelajar
dengan kamera digital.
Soalan soalan berbentuk pemahaman diajukan kepada pelajar sebagai penilaian asas.
(20 minit)
Aktiviti : Minggu Kedua.
Guru menyiarkan semula cetakan rakaman kamera minggu lepas dan memetik
pandangan pelajar hari itu tentang figura dan kadar banding.
Guru mengulangkaji pelajaran minggu lepas, memberi pelajar soalan-soalan informal
dan bemberi pengayaan.
(10 minit)
Pelajar mengeluarkan majalah, memilih figura yang kadarbanding yang betul mengikut
apa yang telah dipelajari. Pelajar menggunting figura dengan pelbagai aksi-aksi
pergerakan. Pelajar diminta berhati hati dan teliti. Sekurang-kurangnya tiga bentuk
figura pelbagai aksi ini di tampal di kertas lukisan.
(15 minit)
Figura figura ini dibuat rangkanya menggunakan marker pen atau garisan yang tebal
pelbagai warna yang kontras. Menggunakan garisan melintang sebagai panduan,
Rangka-rangka dipindahkan sebanyak tiga kali untuk satu figura tanpa kesilapan kadar
banding.
(40 minit)
Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh.
Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.
(15 minit)
Aktiviti : Minggu Ketiga
Hasil minggu lepas dipamerkan. Guru menerangkan aspek-aspek biologi, kesihatan dan
kegiatan seharian yang sehat kepada pelajar. Guru memberi contoh contoh karya tokoh
tokoh pelukis di dalam dan di luar negeri sebagai sejarah dan penghargaan. Aspek
aspek formal dalam lukisan ditekankan.
(15 minit)
Pelajar menggunting enam (6) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%.
Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri.
Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah
pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua
bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini salinan
semula berbentuk rupa.
(50 minit)
Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh.
Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.
(15 minit)
Aktiviti : Minggu Keempat
Rakaman sukan dan iklan ditayangkan lagi kepada pelajar. Guru menerangkan aspek
budaya dan sosial di Malaysia kepada pelajar sambil mengambil contoh contoh karya-
karya pelukis yang berilhamkan budaya dan sosial. Aspek-aspek formal dan kadar
banding diberi penekanan.
(15minit)
Pelajar menggunting dua (2) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%.
Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri.
Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah
pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua
bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini figura
dilukis secara terperinci dengan melukis semula pancaindera dan jari. Figura mesti
berpakaian.
(30 minit)
Pelajar mewarnakan figura mengikut warna asal pada gambar. Pelajar harus teliti dan
penuh kesabaran sambil menjaga kebersihan.
(20 minit)
Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh.
Penilaian guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai, warna yang
berpadanan.
(15 minit)
Tamat
P O S T E D B Y L . Y . A T 5 : 2 0 P M N O C O M M E N T S :
M O N D A Y , D E C E M B E R 8 , 2 0 0 8
Bagaimana Dapat Meningkatkan Lagi Inovasi Di dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Pengajaran Secara Individu Dan Berkumpulan.
Mengikut Warner (1981 ) dan Fullan ( 1982 ), “ realiti di sekolah dan bilik darjah
memerlukan pendekatan yang lebih terbuka terhadap konsep implementasi sebagai
proses perubahan dan bukan perubahan semata-mata” Pendapat ini selari dengan arus
globalisasi dan desakan keperluan negara, untuk melahirkan pelajar yang kendiri dan
kreatif memerlukan paradigma baru kurikulum sesuai dengan keadaan semasa.
Sharifah Md.Nor ( 2002 ), menyatakan “ Matlamat pembelajaran sekolah bestari, ialah
supaya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari bukan sahaja
sekadar mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam perancangan sekolah bestari,
kurikulum menekankan penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk pengalaman
dan proses pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar bekerjasama antara
satu sama lain “.
Oleh itu kurikulum, guru dan pelajar harus bersedia menongkah cabaran baru ini.
Budaya sentiasa belajar menjadi teras di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sesuai dengan saranan penulis, pengulas mendapati ianya menuju kepada kurikulum
bestari.
Sama ada secara individu atau kumpulan, telah dikenalpasti sebagai antara faktor-
faktor yang dapat menguruskan penyelesaian masalah atau kreativiti personal dengan
cara yang tersendiri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini meliputi tahap kualiti
sesuatu kumpulan, kreativiti yang dibantu, sifat tingkah laku individu, kebolehan
kognitif yang istimewa, motivasi kendiri, orientasi terhadap kemungkinan, kepelbagaian
pengetahuan, pakar di dalam sesuatu bidang, kemahiran sosial, bijaksana dan kejahilan.
(Theresa Amabile 1988)
Walaupun faktor individu dan ikhtiar adalah penting kepada pelajar, persekitaran sosial
juga memainkan peranan dalam meninggikan nilai inovasi terhadap proses
kreativitinya. Persekitaran yang menggalakkan kreativiti di dalam menjana inovasi
kepada para pelajar antaranya ialah pemberian kebebasan, pengurusan tugasan yang
baik, sumber yang mencukupi, galakan, masa yang mencukupi, karektor organisasi
yang khusus, pengiktirafan, keperluan cabaran dan tekanan.
Pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu mekanisme untuk mempertimbangkan
idea idea baru seperti iklim di bilik darjah menerusi kerjasama dan usahasama daripada
semua peringkat dan bahagian, di mana setiap hasil inovasi ini akan dihargai dan
kegagalan bukan suatu takdir . Kualiti persekitaran tidak akan menyumbangkan kepada
proses inovasi apabila ia terlalu banyak karektoristik , sekatan , desakan , kurang
minat , kelemahan pengurusan tugas , penilaian , kekurangan sumber , iklim bilik
darjah yang kurang mendapat kerjasama dan usahasama dari semua peringkat dan
bahagian , dan terlalu memberi penekanan terhadap status quo .
Di dalam aspek persekitaran, faktor sosial lebih memainkan peranan daripada
karetoristik personal yang dipengaruhi oleh guru yang kebiasaannya menentukan
karektor organisasi secara individu atau berkumpulan . Brown (1989) dan Harington
(1990) berpendapat organisasi kreativiti sebagai kombinasi proses kreativiti , produk
kreatif , individu kreatif , suasana kreatif dan bagaimana komponen komponen ini
berhubung antara satu sama lain . Kreativiti individu berkait rapat dengan fungsi
sesuatu keadaan yang sebelumnya (contohnya peneguhan sejarah biografi yang
berubah ) gaya kognitif dan kebolehan (pemikiran yang bercapah , pengaliran idea yang
berterusan ) faktor personaliti (kepuasan diri, pengawalan yang tepat), pengetahuan
yang relevan, motivasi, pengaruh sosial ( fasiliti sosial , ganjaran sosial ) dan pengaruh
keadaan ( persekitaran fizikal , desakan tugas dan masa ) .
Ini bermaksud bahawa guru dan pentadbir yang ingin menggalakkan inovasi tidak boleh
menafikan pengalaman , gaya kognitif , kebolehan atau personaliti pelajar tetapi boleh
mempengaruhi pengetahuan motivasi dan sosial . Pendidik seni perlu memikirkan dan
memilih pelajar yang mempunyai latar belakang tertentu , kognitif , kebolehan dan
profil personaliti mengikut kecenderungan masing masing .
Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi,
Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global.
Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi
dalaman pada seseorang audien.
Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima
kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan
tekun kepada gurunya. Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya
bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar
asas, prinsip dan elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh
bertindak mengukur diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan.
Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini
menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap
yang dipelajari berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu
kajian
kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif,
pemikir dan
menjadi inovator.
King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci .
Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama ,
perpaduan , ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan
keahlian daripada pelbagai bidang atau latar belakang .
Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini
menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik
berkumpulan seperti ‘brainstorming’ dan ‘mind mapping’.
Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit
di dalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan
kumpulan menurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan
penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah
ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu
tentang kemahiran penyelesaian masalah.
Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkan
penyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ).
Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukaf idea, pengesahan pertentangan,
simulasi penyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran
ekstrinsik.
Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat
apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu
kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal. Para
sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan
kemahiran berfikir berdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari
segi kualiti dan kuantiti ‘output’ kreatif.
Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah
individu yang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi
pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan,
karaktoristik dan proses.
Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran
yang relevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau
menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan
kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi.
Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar
dan inovasi berkumpulan. Seseorang guru perlu mencari kemahiran dalam tugas,
kemahiran kreativiti dan motivasi intrinsik di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Faktor persekitaran dapat menyokong pelajar menjadi lebih inovatif.
Nonaka (1991) memberikan 4 asas mencipta pengetahuan : menukarkan pengetahuan
‘tacit’ kepada pengetahuan’tacit’(sosialisasi) , eksplisit kepada eksplisit (kombinasi) ,
‘tacit’ kepada eksplisit (luaran) dan eksplisit kepada ‘tacit’ (dalaman).
Proses mencipta bermula dengan menyatukan perkara yang kontra dan idea melalui
metafora . Kemudian menyelesaikan kontra ini melalui analogi . Akhirnya mengilap
konsep penciptaan membentuknya sebagai model yang menjadikan pengetahuan
diwujudkan .
Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan
ilmu . Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama
seperti kreativiti. Pengetahuan ‘tacit’ bersifat personal , sukar di’formal’kan , subjektif ,
ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan
emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.
Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi
inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang
memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan . Guru sebagai
penyalur maklumat kurikulum memalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan
pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang
dan kemahiran .
Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan
membawa pelajar Pendidikan Seni merentasi disiplin lain. Pendekatan yamg pelbagai
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. Guru
pula menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi
kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif .
Dengan cara ini, pelajar, secara individu atau berkumpulan akan mempunyai fungsi dan
proses tersendiri di dalam menjana inovasi . Dengan ini dapat dinyatakan bahawa wujud
kebarangkalian untuk mereka bentuk (design) struktur individu atau berkumpulan
bersama prosesnya dalam menjana dan meningkatkan inovatif .
Rujukan
Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors, 2001
Amabile , Teresa M 1988. “A Model o Creativity and Innovation in Organizations,”
Research in organizational Behavior , Vol. 10:
Basadur, M., G.B. Graen and T.A.Scandura. 1986. “Training effects on Attitudes Toward
Divergent Thinking among Manufacturing Engineers.” Journal of Applied Psychology .
Vol.71(4):
Brown , R.T. 1989. “ Creativity : What Are We to Measure?” In J.A.Glover, R.R.Ronning ,
C.R.Reynolds,eds,Handbook of Creativity. New York :
Plenum Press . \
Cummings, L .1965. “Organizational Climates for Creativity.”Journal of the Academy of
Management. 8\
Nonaka, I. 1991. “ The Knowledge – Creating Company ,” HBR,Nov-Dec:
Sharifah Md. Nor, ( 2000 ) “ Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi “
Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan
Kesenian, UPSI, 2000.
P O S T E D B Y L . Y . A T 6 : 5 5 P M N O C O M M E N T S :
Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnya memfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagi membina integrasi antara r
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu
alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar
Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah
kaedah berikut ;-
1. Kurikulum yang sama
Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan
perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum
yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa
mengira bahasa pengantarnya.
Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata
pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada
Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat
toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang
bersatu padu.
2. Peperiksaan yang seragam
Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk
membentuk satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid
murid tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun
1956. seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi
semua murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.
3. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama
Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di
semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat
peringkat di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil
telah diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan
dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan
seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
4. Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan
Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah.
Kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit
beruniform dan sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di
dalam kegiatan ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan
generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatupadu.
P O S T E D B Y L . Y . A T 6 : 4 9 P M N O C O M M E N T S :
S A T U R D A Y , J U N E 7 , 2 0 0 8
Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Pengenalan
Tahun 2003 telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia di mana terdapat dua
puluh orang pelajar senior telah membelasah seorang pelajar junior sehingga
merosakkan buah pinggangnya. Tidak lama kemudian lima orang pelajar dari sekolah
berasrama penuh cuba mencederakan guru mereka dengan senjata yang berbahaya.
Tanpa kita sedari, ini hanya secubit cerita benar yang mendapat paparan umum,
sedangkan banyak lagi permasalahan yang tidak terungkai atau disembunyikan dari
pihak berkuasa kerana ingin menjaga nama baik sesebuah sekolah. Apa yang menjadi
tanda tanya ialah pelajar-pelajar semakin bersikap liar, keras kepala, biadap sedangkan
mereka di dalam sempadan sekolah. Di manakah kerapuhan pendidkan yang telah kita
bina kini? Adalah tidak adil sekiranya kepincangan ini kita letak di bahu kurikulum,
guru atau mahupun pelajar sendiri. Walaubagaimanapun, kita mesti mencari penawar
demi menyelesaikan masalah sebelum memusnahkan nilai hidup generasi akan datang.
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita harus meneliti kurikulum kita yang
mana lebih mementingkan kecerdasan IQ. Keputusan kecerdasan inilah yang diambil
kira dalam mengukur dan menilai seseorang. Pelajar hanya dilihat dari sudut
kepintaran sahaja, sedangkan kepintaran itu boleh diasah. Jika diberi latihan dan
praktikal yang banyak seperti latih tubi serta pendekatan penghafalan pelajar pasti
mampu mendapat pencapaian yang baik.
Howard Gardner di dalam temubualnya dengan NEAtoday Online ( 1999 ) berpendapat
bahawa taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan mempunyai nilai sekiranya ia tidak
membawa kepada sumbangan terhadap masyarakat dan budayanya. Kini sampai
masanya kita harus menekankan lagi aspek aspek kepercayaan, keluhuran, kesetian dan
nilai-nilai yang baik seperti yang diikrarkan dalam Rukun Negara..
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia...”
Emosi ternyata berdiri sama tinggi dengan intelek ( meliputi hampir kesemua displin),
rohani (keagamaan, moral dan falsafah), jasmani ( sukan, riadah dan ilmu kesihatan).
Ini bermakna domain emosi harus diberi pemberatan yang sama seperti intelek, rohani
dan jasmani.
Hampir semua sekolah-sekolah kini mempunyai kaunselor sendiri. Tetapi, kaunselor
hanya merupakan pihak yang bertanggung jawab menolong pelajar-pelajar
menyelesaikan masalah sedangkan pelajar-pelajar sendiri tidak mengenal pasti masalah
mereka sendiri. Dari aspek psikologi, emosi dapat memainkan peranan yang penting
kerana emosi jualah yang selalu menjadi punca apabila tingkahlaku menjadi tidak
terkawal.
Definisi Kurikulum.
Menurut kamus Oxford Advance Learners “ also called curricula : The subject included
in a course of study or taught at a particular school, college...
Kamus Times pula yang diterjemahkan oleh Awang Sudjai Hairul ; Kurikulum
merupakan susunan matapelajaran.
Menurut pendapat Abd. Fatah Hasan (2001) “ Kurikulum berhubung dengan nature
manusia yang berkerohanian, maka kurikulum mestilah bercorak membebaskan akal
dan
membolehkan seseorang mencapai keperingkat penghabisannya. Perancang kurikulum
mesti memilih pelajaran yang akan melatih akal seperti membaca, menulis dan mengira.
Kurikulum juga mestilah termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik
“.
Kumpulan realist memberi pandangan bahawa kurikulum mestilah sesuatu yang boleh
diubah-ubah dan bukannya sesuatu yang tetap. Perbezaan individu mestilah ditegaskan,
bukannya kepuasan yang sama bagi semua murid.
Psikologi.
Psikologi diistilahkan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan perkatan
Greek iaitu Psiko dan Logi.
Menurut kamus oxford ; psikologi merupakan sains atau kajian terhadap minda dan
bagaimana ia berfungsi dan melaksanakan tugas. Nota : Psikologi ialah kajian terhadap
tabiat minda, manusia dan haiwan.
Kecerdasan Emosi.
Mengikut Mayer & Salovey (1997), “ Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan
untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan
menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan
dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk
memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai
penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek “. Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer &
Salovey sejak tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh
Goleman (1995).
Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan
deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi
kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan
dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan, 2000 )
Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan pengertian emosi di
dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati dan keterbukaan perasaan. Penuh
pemusatan – perbezaan dalam mengesahkan apa yang dibina.
Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi mempunyai
kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi diperkawal sebelum emosi
yang mengawal diri pelajar.
Matlamat Sukatan Pelajaran 970 STPM Seni Visual.
Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan
dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka
(a) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di institusi pengajian
tinggi,
(b) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang
kerjaya.
Berpandukan matlamat yang kedua, emosi bersamaan dengan pendapat Mayer &
Salovey (1997), ‘emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual
dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti,
melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta
meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan
perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan
pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan
dan pertumbuhan intelek ’.
Di dalam sukatan pelajaran ini terdapat lapan objektif yang begitu menekankan aspek
emosi ini untuk mencapai matlamat Seni Visual antaranya ialah ;
1. (a) memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual dalam
pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang
berkesan ;
2. (b) memahami akan kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang
merangkumi aspek estetik dan fungsi , khususnya dalam peningkatan mutu barangan ,
industri dan kualiti kehidupan secara menyeluruh ;
3. (d) meneroka dan memahami pengaruh teknologi terhadap seni visual ;
4. (e) memahami bahawa seni visual adalah satu bentuk komunikasi dan meneliti secara
kritis pelbagai karya seni yang berbentuk komunikasi non –verbal ;
5. (h) menggunakan portfolio bagi merekod idea dan maklumat ;
6. (i) menguji idea dan bahan , menyelesaikan masalah , membuat pilihan , mengambil
risiko dan mencuba pelbagai cara untuk berkarya ;
7. (j) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat , bahan dan teknologi
serta kaedah seni dalam penyataan seni visual ;
8. (k) menguasai kemahiran melukis dan menggunakan dalam penghasilan lukisan serta
karya seni visual yang lain ;
Namun di dalam kandungan sukatan pelajaran 970, kewibawaan emosi tidak dihuraikan
terperinci dan dicabar. Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi Seni Visual (m/s 3 Seni
Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di dalam 216 waktu, hanya 28 waktu
untuk bahagian ini dan emosi berkongsi masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti
dan ekspresi.
Emosi diharap dapat dipertimbangkan di bawah topik Terapi Seni , sesuai dengan
kajian psikologi dan pendekatannya merentasi disiplin Pendidikan seni visual yang lain.
Seperhubungan ini emosi dapat dijadikan kajian menyeluruh di samping menampung
kekurangan modul-modul disiplin lain dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi
akan datang.
Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) “ Cetusan
emosi boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam
pewujudan penghasilan sesebuah karya”.
Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi
khazanah peradaban negara kita.
Emosi Dalam Pendidikan Seni Visual.
Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan
masalah dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap,
nilai, tabiat keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti
kecenderungan dan kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir
secara kritis ; Mereka dan menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang
dan menimbulkan, mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan
individu di dalam kumpulan dan masyarakat.
Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap
perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga
enam tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ;
Pada tahap ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya
tampak yang tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang
berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat
warna sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.
Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering
berbeza pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai
cita rasa yang sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti
ketika berada di tasik yang tenang di waktu senja yang sepi..
Judith Peck (2003) ‘ Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam
memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang
keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di
dalam menambahkan kualiti kehidupan ‘.
Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang
pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik
minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif,
aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap.
Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka
dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.
Latarbelakang Terapi Seni.
Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi
dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great
Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari
di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi
karier kategori profesional.
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan
psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan
dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan
yang amat
berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru
lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya
dilantik
sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai
kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran
mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital
hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf
Siswazah menjawat
perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari
ini.
Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-
kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak
yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang
tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih
pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen
Seld
mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.
Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni
dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.
Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa
menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau
menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual
merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi
pemangkin sahsiah manusia.
Matlamat Terapi Seni
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru
dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist
within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts,
while facililitating their ability to implement change.
Objektif Terapi Seni
Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan
kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan,
gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat
membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap
orang yang memerlukan pertolongan.
Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas
yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau
kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.
Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi
batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual
pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan
emosi
dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan
pembelajaran tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian
lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian
yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan
pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan,
mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan
yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza
samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama
menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut
daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan
pembangunan negara
kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya
cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap
di samping kestabilan emosi.
Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan
nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan sahsiah pelajar.
Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan
datang. Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan insan kamil yang
berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik lebih
mementingkan hasil kedua-duanya teori dan praktikal. Terapi seni yang sistematik
dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi
emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan
tersirat.
Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi
ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia
sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan
menakutkannya.
Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderongan melukis
dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’. Ini adalah kerana emosi insan
yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja
mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka,
dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.
Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di atas
mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas
kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum
Pendidikan seni Visual.
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan ini akan menjadikan peranan para
pendidik lebih berkesan dan efisyen dalam menyalurkan kurikulum bersepadu bagi
melahirkan masyarakat madani di samping memartabatkan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual itu sendiri. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan yang besar
terhadap sistem pendidikan di negara kita apabila bermula di sekolah-sekolah.
Pendekatan Terapi seni Dalam Pendidikan Seni Visual
Rajah A : Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pendekatan Nilai Terapeutik.
Rajah ini dapat dijelaskan dengan beberapa aspek yang melibatkan hubungan pelajar
dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan perkara-perkara berikut;
i. Pelajar dan Nilai Terapeutik
ii. Guru dan Pelajar
iii. Perubahan sikap pelajar kesan Nilai Terapeutik
iv. Pengurusan Kurikulum
v. Model Terapi Seni dalam perancangan
vi. Aplikasi Terapi seni dalam perancangan dan pengawalan
Dalam konteks membangunkan model Kurkulum Bestari Pendidikan Seni Visual,
beberapa keperluan asas perlu diperolehi. Antaranya ialah maklumat berhubung
rancangan pelajaran dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, soalselidik
berhubung maklumat murid, persepsi guru dan penggubal kurikulum dalam Pendidikan
Seni Visual serta pemerhatian terhadap aktiviti seni yang dijalankan di dalam bilik
darjah.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi nanti, satu model yang menggabungjalinkan
Pendidikan Seni Visual akan dibentuk, seterusnya diaplikasi dalam bentuk perancangan
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Satu indikator untuk melihat perubahan sikap
dalam penerimaan dan pemahaman kepentingan Terapi Seni dibentuk.
Cadangan ini dijangkakan akan dapat meningkatkan pengalaman estetika guru-guru
melalui, kesedaran terhadap perlunya pengetahuan Terapi Seni dalam membentuk
kemantapan sahsiah pelajar. Ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan murid-
murid tersebut dan meningkatkan kepercayan kendiri di samping sebagai panduan bagi
pembentukan kurikulum yang lestari. Keseluruhan cadangan pendekatan ini
ditunjukkan dalam Rajah B.
(sori, memerlukan bantuan untuk upload gambarrajah)
Rajah B : Cadangan Pendekatan
Ia dijangka akan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Pendidikan
Seni Visual di negara kita dari segi kestabilan sahsiah. Di samping itu, cadangan ini
akan terus memelihara dan mengekalkan kualiti kurikulum Pendidikan Seni Visual yang
sedia ada. Atas alasan ini, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dipilih secara
khususnya kerana kekuatan seni itu sendiri sebagai alat komunikasi akan dapat
memberikan suatu pengalaman estetika yang sangat berguna kepada murid-muirid
dalam mewarnakan masa depan negara yang bersatupadu, harmonis dan progresif.
Cadangan ini juga diharapkan dapat merintis jalan bagi pembentukan kurikulum
Pendidikan Seni Visual yang mapan dan dapat diterapkan di kalangan murid-murid
sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.
Rajah di atas diharap dapat menyarankan pernyataan masaalah yang utama berkaitan
dengan :
i. Kaedah yang bagaimanakah yang akan digunakan untuk mengenalpasti kesedaran
nilai terapeutik dikalangan murid, guru dengan penggubal kurikulum.
ii. Terapi Seni yang bagaimanakah sessuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual terhadap murid-murid?.
iii. Sejauh manakah amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam menerapkan
kesedaran nilai terapeutik murid-murid sekolah rendah.
iv. Tahap kemampuan guru-guru untuk memberikan pengalaman estetika yang
bermakna dalam melaksanakan Terapi Seni.
Dalam setiap pernyataan masalah tadi, penggubal kurikulum dapat melihat sejauhmana
keberkesanan pelaksanaan nilai terpeutik dan bagaimanakah ia dapat dilakukan.
Bentuk perancangan pengawalan unsur-unsur yang boleh dan patut diterapkan oleh
guru juga perlu ditinjau sama ada mereka mempunyai satu mekanisme yang mapan.
Dari situ, penggubal kurikulum akan mengutarakan kaedah melalui pendekatan Nilai
Terapeutik sebagai langkah untuk membantu memantau
perjalanan aktiviti yang dirancang agar selari dengan objektif Pendidikan seni Visual
ini.
Pembangunan kurikulum Pendidikan Seni Visual tanpa perancangan yang baik akan
mendatangkan kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelbagai
masalah akan timbul berkaitan dengan kemantapan sahsiah rakyatnya. Semuanya
memerlukan perancangan yang rapi bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang
mampan.
Penekanan nilai terapeutik ialah membentuk satu kaedah yang melibatkan setiap
komponen yang berkaitan dengan akivititi-aktiviti yang dijalankan oleh guru sama ada
di dalam ataupun luar bilik darjah. Ini digambarkan dalam rajah ( guru-murid
kurikulum/guru-aktiviti-perkembangan murid-impak-sistem pendidikan-pengawalan-
murid ) yang jelas terarah.
Cadangan ini diharap dapat menambah pengetahuan guru-guru Pendidikan Seni Visual
di sekolah mengenai terapi seni serta di kalangan murid murid melalui aktiviti seni yang
dijalankan. Memandangkan Terapi Seni merupakan satu instrumen mengkaji dan
mempunyai relatif untuk menyelesaikan permasalahan murid, adalah bertepatan Terapi
Seni ini menjadi salah satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menekankan J.E.R.I. atau Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek sebagai suatu keutamaan. Dengan itu terapi seni merupakan
satu keperluan dalam kurikulum Seni Pendidikan Visual yang dapat membantu demi
mencapaikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.
Disiplin baru ini menekankan kepentingan seni sebagai satu maksud membantu pelajar
untuk menambah atau menyembuhkan kecerdasan intelektual, emosi yang jelas
dan stabil serta pemantapan sahsiah. Terapi seni dapat memainkan peranan dalam
membantu pelajar yang mempunyai masalah emosi dan sahsiah. Pelajar yang
bermasalah dari segi psikologi ini juga dapat dikesan sebelum terlambat .
Keberkesanan Terapi Seni sebagai Pemangkin Emosi dan Sahsiah Pelajar
Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa
mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal
keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan
untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka
di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru
yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )
“Art products produced by a student during treatment can be used in much the same
manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the
primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form
an attachment in the context of the therapeutic relationship”. ( Robins, 1987 ).
( Eve C .Jarboe, 2002 )
Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan dan
memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan, cerdas,
bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan
kesedaran pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau
kenyataan kendiri. Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah
pelajar dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar.
Kesimpulan
Sekolah kini bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berilmu, intelek dan
pelajar kreatif yang berjaya. Malahan berkeupayaan menjadi tempat yang paling
selamat.
Pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah sering kali menjadi rendah diri atau
pengacau. Mereka tidak diterima oleh rakan sebaya atau mungkin oleh keluarga
sendiri.
Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan terapi seni
semakin tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau hanya berada di
dalam kelas. Penambahan Terapi Seni di dalam sistem sekolah lebih menguntungkan
dari mengeluarkan belanja dari menyediakan pusat-pusat pemulihan khas.
Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output
tanpa melihat kepentingan Terapi seni. Hakikatnya untuk mendidik dan
memperkembangkan diri pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang merawat sebarang
permasalahan khususnya dalam emosi. Terapi Seni akan menjadi satu cabang disiplin
yang bernilai kepada negara dalam melahirkan insan insan yang bersahsiah tinggi.
Bibliografi
• Ainon dan Abd Hassan, “ Mendorong Diri Sendiri “, PTS Pub & Distributors, 2002.
• Deborah D.West, “ Edicational Horizon ”, Summer, 2000 .
• Eve C. Jarboe, “ Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings” New
Horizons for Learning, 2002.
• Hj. Abd. Fatah Hasan, “ Pengenalan Falsafah Pendidikan “, PTS Pub & Distributors,
2001
• Howard Gardner, “Interview with Howard Gardner”, NEA Today Online, March 1999.
• Judith Peck, “ Art As Therapy “, Http://orion.ramapo.edu
• Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, “ Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan “,
“ Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik”, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan
Kesenian, UPSI, 2000.
• Robert J.Sternberg, “Human abilities Annual Review of Psychology”. Annual, 1998.
• “ Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh ” Majlis Peperiksaan Malaysia,
2002.
• Temu bual bersama En. Mohd. Nasir Hj Ibrahim. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan
Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
• Thomas Armstrong, “ Sparkling Creativity in Your Child “ Meredith Corp, 1993.
• Thomas Armstrong, “ Little geniuses “ Meredith Corp, 1993.
• Viktor Lowenfeld , “ Creative and Mental Growth “, Macmillan Co New York ,1947.
Lampiran
Pada hari ini , generasi muda merupakan kumpulan yang akan meneruskan cita cita dan
wawasan yang diasaskan ataupun dicetuskan oleh para pemimpin masa lalu , serta yang
terkini. Manifestasi cita cita , dan wawasan ini ialah untuk memastikan agenda
pembangunan serta kestabilan negara akan mempunyai kelangsungan dangan
menjanjikan kemewahan terhadap negara dalam pelbagai aspek . Generasi muda juga
adalah aset negara yang memerlukan kekuatan rohani, dan jasmani untuk menjadi ahli
masyarakat yang bermaruah , berbudi bahasa serta mempunyai ketrampilan tersendiri.
Kedua dua aspek iaitu pembangunan negara dan kekuatan rohani yang bersepadu
haruslah seiring rentak dangan tarinya dalam usaha mencapai cita cita sebuah negara
maju seperti yang digarapkan melalui wawasan 2020.Adalah menjadi satu tragedi
apabila masyarakat mencapai kemewahan namun hilang sopan santun , dan nilai nilai
kemanusiaan yang murni. Di sinilah akan lahir masyarakat yang pincang , dan
menyumbang ke arah kemunduran sesebuah negara.
“ kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri . Malaysia tidaklah
harus menjadi negara maju dari segi ekonominya semata mata . Negara kita mestilah
menjadi negara maju dari segala seginya. Kita hendaklah mencapai kemajuan
sepenuhnya dari segi perpaduan negara , dan kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi ,
keadilan sosial , kestabilan politik , sistem pemerintahan , kualiti kehidupan , nilai nilai
sosial dan kerohanian , selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa
sendiri.”
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, “ Malaysia Melangkah Ke Hadapan “
KL:DBP & ISIS. 1991. Hal. 2
P O S T E D B Y L . Y . A T 8 : 1 7 A M N O C O M M E N T S :
Permasalahan Dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Satu Kajian Analisis Permasalahan; Dan Cadangan Kepada Perlaksanaan Penyelesaian Masalah.
1. Pengenalan
Bunyi loceng, menandakan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual
baru sahaja tamat. Tajuk hari itu ialah kajian menghasilkan corak dari pelbagai garisan
dan warna menggunakan grid tidak formal. Objektif pengajaran berteraskan sukatan
pelajaran, manakala aktiviti pembelajarannya sistematik serta melibatkan pelajar dalam
perancangan pelajaran.
2. Pengajaran dan Pembelajaran
Di akhir pengajaran, lapan pelajar menyiapkan tugasan garisan dan mewarna dengan
berjaya. Enam pelajar pula, sudah hampir 80 peratus siap dengan menggunakan
kombinasi warna yang halus dan pemilihan garisan yang sesuai. Sepuluh lagi pelajar
berusaha menyiapkan tugasan hari itu dengan memilih garisan dan warna asas,
menggolongkan mereka di Peringkat Skematik oleh Victor Lowenfeld (1947) di dalam
teorinya skema perkembangan tampak kanak-kanak atau peringkat perkembangam
artistik. Sebelas pelajar merasakan tugasan itu perlu diselesaikan dan ‘asal siap’.
Manakala pelajar yang selebihnya dari empat puluh orang ini, terkial-kial dan mencari-
cari ‘ilham mewarna’ atau ‘jalan mudah’ menyelesaikan tugasan mewarna hari itu.
Catatan: 87.5% pelajar dapat menyiapkan tugasan.
12.5% lagi diharap dapat menyiapkankan tugasan
dan menghantarnya esok.
Kaedah begini suatu klise dan memerlukan satu suntikan demi mengatasi kekangan
yang dihadapi baik kepada guru atau pelajar, sepanjang berlakunya proses P&P.
3. Permasalahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Pendidik Seni Visual kelas Tingkatan Satu ini, tersuratnya telah berjaya dalam P&P hari
itu. Tetapi, sebenarnya hanya lapan pelajar sahaja yang mendapat ilmu dengan
berkesan. Selebihnya merupakan pelajar pelajar yang tidak efektif, lambat menerima
maklumat dan perlukan lagi ransangan. Sebagai penyalur maklumat, tugas pendidik
bukan setakat mengajar, tetapi sebagai agen sosial intelektual yang inovatif.
Apabila kita mengajar teori warna ia merupakan suatu penggabung jalinan pendidikan
dengan kehidupan seharian pelajar sepanjang hayat. Pendidikan seni
memperkembangkan kreativiti, tanggapan, penterjemahan dan kecerdasan analitik
insan. Mengajar pendidikan seni adalah lebih daripada mengajar pelajar melukis dan
mewarna pemandangan yang indah atau melahirkan kemerduan dari bunyian. (Deborah
D. West,2000, pg.176-178).
Pelajar seharusnya bergembira melalui proses kemahiran dan dapat menceritakan pula
yang tersirat dan tersurat di dalam karyanya seperti menurut Panofsky dalam History of
Tradition; Terdapat tiga tahap kupasan boleh mencari makna dalam sesuatu karya.
1. Pertama ‘Primary atau natural subject matter’ yang mengajak kita mengenal rupa
dan bentuk di atas permukaan karya serta mampu menamakannya.
2. Kedua ‘Secondary’ atau conventional subject matter’ yang membuat kita berusaha
mengenal apakah sesuatu perbuatan dan maksudnya, perbuatan atau ekspresi menerusi
objek dan acara yang mendukung tema, konsep dan cerita..
3. Ketiga ‘Intrinsic meaning’ yang lebih dekat makna-makna dalaman, misalnya aspek
simbolik keagamaan dan kebudayaan.
(Mohd. Zaihidee Hj Arshad, 2000)
Seharusnya, walaupun pelajar hanya menghasilkan corak, tdak salah menguatkan lagi
aspek formal dan ikonografi di dalam karya tersebut. Pelajar akan lebih matang, kreatif,
tekun, mempunyai tanggapan kendiri, dapat menterjemahkan karya dengan bahasa
naluri tersendiri sekaligus menggalakkan proses kecerdasan yang berterusan.
Kesan pendidikan berlaku sebaik sahaja permulaan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran era terkini perlukan
pembaharuan; iaitu satu langkah inovasi lahir dari fikiran yang kreatif . “To explain
innovation, we need a new theory of organizational knowledge creation... the
cornerstone of our epistemology is the distinction between tacit and explicit
knowledge... the key to knowledge creation lies in the mobilization and conversion of
tacit knowledge.” Ikujiro Nonaka and Hirotaka Takeuchi(1995)
Inovasi menjadi pemangkin kepada cabaran baru di dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran pendidikan seni. Mengikut Edment Felment “seni
berkaitan dengan sosio politik. Bunyi dan visual digunakan masyarakat
dunia(universal).Ia merupakan paduan isi dan bentuk”. Mc Luhen and Fiore “Seni
tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia dihasilkan dari nurani dan naluri
sehalusnya.
“Seni Nilai Asas perasaan manusia”manakala manusia ialah objek seni. Mengikut
persepsi warna warna asas ada tiga tetapi menjadi beribu warna bila dicampur. Aluyah
Al Sagof.
Bygots menyatakan setiap warna mengandungi pengaruh berbeza antara manusia.
Contohnya Biru memberi kesan tenang. Kuning memberi kesan gembira. Merah
membawa kesan Tidak tenang.Warna boleh berperanan sebagai imej simbol dalam
menyokong dan menguatkan isi sesuatu isi. Garisan pula boleh berperanan seperti yang
dijumpai Reed pada 1984- Sistem tampak manusia menyebabkan objek yang dilihat
dekat terbayang besar dari objek yang dilihat lebih jauh. Kualiti garisan memberi kesan
ilusi dalam seni tampak dan memberi impak yang hebat. Kepelbagaian jenis garisan
juga hasil dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan warna boleh dijadikan ikon
komunikasi yang cekap dan bermesej.
Inovasi menjadi keperluan atas desakan 3 aspek ini;
1. Keperluan disebabkan pengajaran
2. Persekitaran dalam pembelajaran
3. Pelajar.
Aspek aspek ini menolong para pendidik membuat penilaian bagaimana harus memilih
inovasi yang berasaskan tajuk, persekitaran pelajar dan latarbelakang pelajar itu
sendiri. Pelajar merupakan klien utama dan setiap proses P & P seharusnya
berpandukan informasi kecerdasan pelajar.
“Saya tidak menyokong ujian yang direka untuk mengukur kecerdasan manusia, kerana
secara berterus terang saya tidak kisah kecerdasan apa atau taraf kecerdasan manusia.
Saya mengambil berat tentang mereka boleh menyumbangkan perkara yang bernilai
dalam budaya kita... (Howard Gardner, pg 2)
Teori kecerdasan pelbagai diperkenalkan Howard Gardner ( 1983 ) mempunyai lapan
kecerdasan yang perlu diperkembangakan di kalangan pelajar.
1. Bahasa
2. Logik-Matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestatik
6. Interpersonal
7. Intrapersonal
8. Naturalis
4. Cadangan Perlaksanaan Penyelesaian.
Sebelum memulakan proses inovasi dalam pengajajaran pendidik harus
menerokai idea P&P berdasarkan tajuk yang sesuai bagi pembelajaran pelajar.
Mengikut James Webb Young, “Idea adalah lebih kurang satu kombinasi elemen baru
dan lama. Oleh itu kaedah yang lama masih boleh dipraktikkan sesuai dengan
pengenalan kombinasi kaedah P&P yang baru.
Kombinasi baru dan lama ini menjadikan satu pertemuan yang lebih meyakinkan
sepertimana pendapat Robert Frost: “Apakah idea? Jikalau anda mengingati, hanya satu
ingin saya sampaikan. Ingatlah! idea ialah satu pencapaian hebat sebuah persatuan.”
Proses P&P akan menjadi lebih bertenaga dan mencabar apabila idea baru ini
diperkenalkan.
Untuk menghasilkan satu inovasi baru, perlukah dilakukan secara bersendirian atau
berkumpulan? Menurut Edward de Bono (Article: Serious Creativity, Pg 1)
“Brainstorming diasaskan oleh Alex Osborne... kumpulan ini sentiasa mencari jalan
keluar, idea yang aneh dan sering kali tertinggal idea yang mudah dan praktikal di
depan mata... saya juga ingin memberi pandangan bahawa kreativiti tidak semestinya
berlaku dalam aktiviti berkumpulan. Teknik kreativiti boleh dikuasai oleh individu
dengan bertindak bersendirian.”
5. Aspek Berfikir dan Penyelesaian Masalah.
Metakognitif ( Monitoring Own Thinking)
Bagaimanapun menjadi suatu yang relevan mengambil kira kecekapan inovasi yang
ingin kita capai berpandukan teknik teknik penyelesaian masalah.
Menurut Brown(1978) kemahiran metakognitif merupakan kemahiran eksekutif
digunakan untuk mengawal proses pengetahuan sesaorang. Brown mengenalpasti lima
proses metakognitif:
1. Merancang pergerakan melaksanakan strategi
2. Mengawasi keberkesanan setiap langkah langkah dalam suatu strategi
3. Menguji strategi semasa melaksanakannya
4. Menyemak semula strategi mengikut keperluan
5. Menilai semula strategi bagi memutuskan keberkesanannya.
Manakala Bransford dan Stein (1984) mengenalpasti lima komponen mewakili akronim
IDEAL
1. Identify
2. Define
3. Explore
4. Act
5. Look and Learn
Geoffrey Petty menyenaraikan enam fasa proses memaksimakan kreativiti:
1. Inspiration
2. Clarification
3. Distillation
4. Perspiration
5. Evaluation
6. Incubation
Teknik teknik ini diharap dapat membantu proses perkembangan inovasi berasaskan
kreativiti, menghasilkan refleksi, pengayaan dan kesesuaian dalam proses P & P.
Pendidik berusaha meneroka kreativiti yang membawanya melihat sesuatu itu dari
pelbagai sudut yang berbeza, mencabar yang lazim, mencari penyelesaian yang baik
sehingga dapat membuat percubaan yang menyakinkan.
6. Kriteria Untuk Mencapai Matlamat Inovasi.
1. Matlamat yang jelas.
Mencapai matlamat dan objektif .
2. Mengenalpasti Jurang halangan.
Mampu mengatasi kekangan dan halangan.
3. Keutamaan.
Menyedari keutamaan mengikut kepentingannya. Hasilnya mestilah bernilai dan
bersifat mulia untuk pelajar dan masyarakat.
4. Keperluan.
Hasilnya mestilah melibatkan proses intelektual, kemahiran interpersonal
Atau kemahiran intrapersonal.
7. Cadangan inovasi.
Kelip Kelip di Inderaloka.
Masa : 80 minit
(Dua kali pengajaran dan pembelajaran)
Sasaran : Tingkatan Satu
Matapelajaran : Pendidikan seni visual
Topik : Warna
Subtopik : Corak grid tidak formal
Kecerdasan
Diharapkan : Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Kinestatik
Kecerdasan Visual/Spatial
Dimensi
Pembelajaran : Sikap dan pengertian tentang pembelajaran
Memperolehi cantuman ilmu pengetahuan
Menambah ilmu pengetahuan dengan mendalam
Makna ilmu pengetahuan dalam hidup
Aktiviti : Minggu Pertama
Pelajar diperkenalkan dengan konsep “Pop art”
dan seni abstrak. Guru memberi contoh karya karya
pelukis menekankan falsafah dan tema konsep itu.
Pelajar diminta membawa lampu suluh dan plastik warna yang pelbagai.Di dalam bilik
gelap, dua jenis irama muzik perlahan dan moderate diperdengakkan satu persatu.
Pelajar mereka tarian dalam kumpulan masing masing. Semasa menari lampu suluh
dinyalakan dan mengikut rentak tarian seluruh kelas menjadi warna warni. Kumpulan
lain mengumpul data warna dan gerakan lampu.
Lampu suluh dinyalakan dan dimatikan mengikut nada muzik.
Pelajar diminta mengulas media, warna, gerakan tarian,
muzik, tema, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri, kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu
yang didapati hari itu.
Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.
Minggu Kedua.
Guru menyiarkan semula tayangan rakaman minggu lepas dan memetik pandangan
pelajar hari itu.
Guru menerangkan aspek warna dan grid tidak formal.
Pelajar diminta membuat analogi hasil dari minggu lepas untuk mereka corak yang
sesuai mengikut tema. Sessi ‘brain storming’ diadakan.
Di dalam kumpulan pelajar dalam proses ‘incubation’ menggunakan kaedah ‘mind
mapping’ berbincang tentang tema, motif dan prinsip rekaan. Muzik minggu lepas
dimainkan semula sebagai inspirasi dan motivasi.
Pada proses ‘illumination’, guru membantu dan menggalakkan pelajar dan sentiasa
mengimbas hasil pengetahuan minggu lepas.
Proses ‘verification’ meminta pelajar membuat keputan sendiri. Dari gerak kerja
kumpulan ini, dibahagikan kepada individu untuk memperkembangkannya sebagai hasil
kerja akhir dan menghasilkan karya.
8. Kesimpulan.
Robert Mac Pherson Pelukis berdasarkan installation, terpengaruh dengan buku Rene
Bloks Biennale “Art is Easy” dan pencipta lagu Giuseppe Chiari’s L’arte dere diventare
facile dengan statemen “All music is the same’. “Pejamkan mata dan berfikir. Biar
fikiran berturutan pada yang lain, pejamkan mata dan dengarlah suara, perbualan yang
menunjukkan memori tampak”.
Dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan corak garisan dan warna, pendidik
tidak seharusnya terikat dengan cara konvensional. Seandainya Edward de Bono
mempunyai ikon topi yang berwarna warni, guru pendidikan seni visual sepatutnya
lebih berani memperkenalkan inovasi pengajaran dengan elemen baru.
Kandisky Wassily percaya bahawa catan boleh membina tenaga yang sama seperti
muzik lalu ia melukis catan “Improrisation No 13” di mana bentuknya dapat dilihat dan
seperti mimpi dan warnanya bergetar mempunyai efek kepada penghayat sama seperti
muzik kepada pendengar. Beliau mengenalkan skima pengasingan warna yang mudah
dan memberikan warna proses kualiti kerohanian.
Daripada dua orang cendiakawan yang berbeza bidang ini berjaya menyampaikan
matlamat mereka. Walaupun matlamat mereka berbeza, tetapi sasaran dan instrumen
mereka sama. Sasaran mereka manusia yang pelbagai kecerdasannya dan instrumen
mereka ialah warna.
Sebagai seorang pendidik seni visual kita mempunyai kelebihan. Pengajaran mencorak
dari pelbagai jenis garisan dan warna boleh berdasarkan audio. Pemilihan warna
mengikut not-not lagu dan pemilihan garisan mengikut haluan persembahan lagu. P & P
ini bukan sahaja mendidik tetapi mengaktifkan tindak balas hemisfera kanan dan kiri
pelajar.
Inovasi mengajar kita berfikir secara kreatif, menjana idea, mencipta analogi
memperkembangkan kecerdasan, kemahiran dan minat. Diharap dengan cadangan ini
dapat memberi laluan dan penerokaan sebuah pengajaran yang bukan hanya terletak di
bahu pemahaman. Satu harapan saya ialah guru dan pelajar dapat bersama belajar
menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yang sedar atau tidak
dijangka daripada cuma menghafal fakta.
P O S T E D B Y L . Y . A T 8 : 1 3 A M N O C O M M E N T S :
Ulasan
Pengenalan
Persoalan utama penulis, merujuk kepada kerisauan perkembangan tanggapan
masyarakat terhadap pendidikan seni iaitu ;
1. Adakah pendidikan seni penting untuk kanak-kanak?
Agak mendukacitakan penulis meneliti senario yang tidak kunjung padam, walaupun
berada di negara maju pada era mellinium, tanggapan negatif ini masih lagi jadi igauan.
1. Pendidikan seni dapat menjanakan lagi disiplin pendidikan yang lain. Bermaksud
Pendidikan seni merentasi kurikulum.
2. Guru seni mesti mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran ini menjadi
kemestian sebagai model yang berjaya.
3. Penilaian dalam Pendidikan seni penting bagi mengukur pencapaian pelajar.
Kepentingan dan kelebihan disiplin Pendidikan Seni mengatasi aspek aspek formaliti
disiplin pendidikan lain yang terdapat dalam kurikulum. Rangkuman ini adalah
kesepaduan yang juga tidak terdapat di dalam disiplin pendidikan yang lain.
Kesepaduan ini memberi tenaga kepada para pelajar menggabungjalinkanya di dalam
kehidupan seharian;
1. Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni menggunakan pelbagai
peralatan dan bahan yang berbeza yang tidak sama dengan disiplin lain.
2. Pendididkan Seni mengajar asas, prinsip, apresiasi, sejarah dan produksi suatu karya.
3. Tiga dalam satu iaitu; mengajar pendidikan seni, cara-cara berfikir dan inovasi.
4. Menggalakkan dan meningkatkan dengan optimum sekurang kurangnya tiga ciri
kepelbagaian kecerdasan kepada pelajar melalui pendidikan seni dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi,
Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global.
Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi
dalaman pada seseorang audien. Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan
futuristik adalah tanda terima kasih pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan tekun kepada gurunya.Apabila seorang guru itu
mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk menyediakan seorang pelajar itu
menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan elemen seni lukis serta
pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur diri sendiri dalam
menilai dan membuat keputusan. Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang
bersifat persekitaran. Ini menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan
sehariannya apabila setiap yang dipelajarai berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan
seharian secara berterusan.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu
kajian
kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif,
pemikir dan
menjadi inovator.
Pelajar pendidikan seni mempelajari sejarah dan penghargaan, mengenali tokoh tokoh
karyawan dalam usaha mencantumkan kepercayaan dan idea dalam memahami asas
kebudayaan manusia.
Melahirkan ramai siswazah yang kreatif dan pelajar berpandangan jauh. Kreativiti
mereka tidak terhad dan bersifat kontemporari. Mereka memahami keperluan hari ini
dan masa hadapan. Bersedia memikul tanggung jawab sebagai agen sosial.
Mempelajari, mengetahui dan menganalisis bahawa lukisan dan catan adalah produk
seni melalui kesatuan berfikir, kreativiti dan inovasi.
Proses kreativiti mengubah masa depan berfikir,belajar dan kemahiran penyelesaian
masalah. Ini menjadikan pelajar dapat memilih keperluan, mengetahui kehendak dan
menilai kepentingan serta mengatasi permasalahan dalam kehiduan seharian yang
berterusan. Kekuatan manusia bukan sahaja terletak kepada fizikal, tetapi kepada
optimal mindanya. Inovasi dalam artikel ini menekankan aspek kepentingan kemahiran
berfikir pelajar yang dididik untuk berfikir. Mereka akan menjadi lebih berjaya daripada
pelajar yang mementingkan IQ yang tinggi.
Guru pendidik seni mempunyai keistimewaan dan kekuatan melahirkan pelajar
berpotensi menjadi seorang yang berilmu , sensitif , kreatif dan berjaya pada masa
depannya.Wujudnya masyarakat yang berjaya pada masa hadapan bergantung kepada
sumbangan mereka dan bukan kepada pengetahuan mereka. Perantara inilah yang
terdapat di dalam kurikulum disiplin Pendidikan seni.Penulis begitu yakin dan
bergantung harap kepada guru-guru untuk bersedia menambah ilmu demi
merealisasikan objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Inovasi begini
menjadi keperluan dan komponen dalam membina intelektual dan keseluruhan
perkembangan kanak-kanak.
http://sabtuyangindah.blogspot.my/
by. L.Y
Sihat Dengan Terapi SeniSENI tidak harus selalu dikaitkan dengan seniman seperti penari, pelukis, atau penyanyi. Seni bersifat universal dan boleh digunakan oleh siapa saja termasuk Anda. Tidak hanya untuk memuaskan mata dan menyenangkan telinga, seni juga bisa menjadi ubat. Terapi seni atau yang dikenal dengan art therapy, boleh membantu Anda mengatasi trauma serta masalah tekanan mental lainnya. Seni merupakan hal yang menyenangkan dan menenangkan dan merupakan pereda stres yang hebat.Jika Anda menderita trauma mental atau gangguan emosi, terapi seni ini bisa menjadi pilihan Anda. Terapi ini didasarkan pada keyakinan bahwa proses kreatif seperti menggambar, melukis, atau membuat kerajian lainnya bersifat menyembuhkan dan menguatkan kehidupan. Bagi beberapa orang, trauma psikologis boleh sangat sulit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kerana itu, terapi seni bisa menjadi sarana untuk menggambarkan emosi dan perasaan tersakiti yang terlalu menyakitkan jika diungkapkan dengan kata-kata.
Dengan mengikuti terapi ini, Anda akan diminta menggambarkan dan mengeluarkan fikiran dan emosi Anda melalui karya seni. Gambaran ini bisa dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat atau kreasi karya seni dari tanah liat. Selanjutnya, terapis akan mengajak Anda untuk mendiskusikan karya ciptaan Anda. Melalui proses ini, Anda akan diajak terbuka mengenai segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam Anda. Melalui analisis ini, Anda bisa menggali perasaan dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang membangun dan tidak menakutkan bagi Anda.
Manfaat terapi ini sendiri telah dibuktikan secara ilmiah. Sebuah studi dari University of Granada di Spanyol membuktikan kalau terapi ini bisa membantu mengatasi gangguan mental. Elizaberta Perez, salah seorang peneliti, mengikuti perkembangan 20 pesakit penderita gangguan mental akut dari Therapeutic Community of the Northern Area of the Virgen de las Nieves Hospital of Granada selama lebih dari 1 tahun. Pasien tersebut secara sukarela mengikuti terapi seni selama 2 hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, Edvard Munch, Vincent Van Gogh, serta menambah pandangan mereka juga.
Para pesakit menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan, serta emosi dari hati dan pikiran mereka. Selama proses ini, menurut Perez, para pasien bisa mengungkapkan perasaan dan emosi-emosi mereka. Dengan begitu, mereka bisa menghilangkan perasaan yang tidak mereka inginkan dan menyesuaikan dengan apa yang sebenarnya mereka inginkan.
Berikut beberapa manfaat positif dari terapi seni:Penyembuhan peribadi. Terapi seni bisa membantu Anda memahami perasaan pribadi Anda dengan mengenali dan mengatasi kemarahan, kekesalan dan emosi-emosi lainnya. Ini khususnya akan sangat membantu selama atau setelah mengalami insiden atau penyakit yang meninggalkan trauma. Terapi ini boleh membantu Anda menyegarkan kembali semangat Anda.
Pencapaian peribadi. Menciptakan sebuah karya seni boleh membangun rasa percaya diri dan memelihara rasa cinta dan menghargai diri sendiri.
Menguatkan. Terapi seni bisa membantu Anda menggambarkan emosi dan ketakutan yang tidak bisa Anda ungkapkan dengan kata-kata. Dengan cara ini, Anda lebih mampu mengawal perasaan-perasaan Anda.
Menenangkan dan meredakan stres. Stres kronik boleh membahayakan baik tubuh mahupun fikiran. Terapi seni bisa digunakan sebagai penanganan tunggal atau dipadukan dengan teknik penenang lainnya untuk meredakan stres dan kecemasan.Meredakan sakit. Terapi seni juga bisa membantu Anda mengatasi rasa sakit. Terapi ini bisa digunakan sebagai terapi pelengkap untuk mengubati pesakit.
Terapi seni untuk anakTidak hanya membantu masalah mental orang dewasa, terapi ini juga bisa membantu anak-anak yang kekurangan kata untuk mengekspresikan diri mereka sepenuhnya. Anak-anak pada dasarnya sangat kreatif dan artistik. Mereka bisa dengan mudah menggambarkan perasaan dan emosi mereka melalui kreasi karya seni.
Dalam hal ini, terapi seni bisa digunakan sebagai alat komunikasi, lebih dari sekedar berbicara verbal. Anak-anak juga lebih mudah mengekspresikan kejadian-kejadian yang meninggalkan trauma melalui kreatif seni daripada menggunakan kata-kata. Melalui seni, kejadian traumatik yang sudah tersimpan di alam bawah sadar juga bisa kembali terangkat ke permukaan. Jika emosi sudah dilepaskan, maka proses pemulihan akan lebih cepat.
Terapi pasir atasi murungKehalusan pasir yang mempunyai tekstur yang semula jadi dapat memberi inspirasi kepada remaja untuk meluahkan perasaan.
TERAPI pasir merupakan pendekatan berkesan bagi melakar emosi remaja.
MASALAH remaja yang gemar menyembunyikan dirinya di dalam bilik atau murung akibat ditinggalkan kekasih, gagal dalam peperiksaan, dirogol, didera ataupun dianiaya golongan yang tidak berperikemanusiaan boleh diatasi menerusi kaedah terapi pasir semula jadi.Menariknya, remaja berkenaan akan ditempatkan di sebuah bilik Terapi Permainan Pasir dengan dikelilingi pelbagai miniatur mainan.Antaranya ialah patung manusia yang sedang beraksi, binatang, replika bangunan, hidupan laut, tumbuh-tumbuhan, kartun, batu dan sebagainya.Sama ada ditinggalkan berseorangan ataupun ditemani seorang kaunselor, remaja tersebut akan menyusun ke semua barangan mainan yang dipilihnya itu di atas sedulang pasir laut.
Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan mereka ketika itu. Kebiasaannya, mereka lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil.Seperti kembali ke zaman kanak-kanak, bermain pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.Kehalusan pasir daripada hasil bumi yang semula jadi memberi inspirasi sebenar kepada remaja untuk meluahkan perasaan. Biarpun malu untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa, rakan-rakan mahupun orang yang paling dekat dengan mereka, pasir adalah tempat sesuai untuk mereka melukis segala perasaan yang terbuku di dalam hati selama ini.Menurut kaunselor P.S The Children, Maznah Ibrahim, terapi ini dapat meluahkan emosi yang terpendam, tingkah laku, pemikiran dan keinginan yang masih terkubur menerusi aplikasi susunan mainan.P.S The Children adalah sebuah Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur.Maznah berkata, pusat tersebut mula memperkenalkan terapi mainan sejak beberapa
tahun lalu.Dengan kaedah yang diperkenalkan itu, mereka mendapati terapi pasir adalah sebahagian daripada medium perantaraan individu bermasalah dan kaunselor."Menariknya mengenai terapi mainan ini, ia menggunakan satu bentuk komunikasi yang pelbagai, kreatif dan berunsur seni untuk mengesan dan merawat masalah psikologi serta emosi dalam kalangan remaja."Apabila mereka enggan atau menghadapi kesukaran untuk mengekspresi dan mengenali potensi diri, kaedah ini dapat membantu melegakan apa yang dirasai."Memandangkan remaja begitu payah meluahkan perasaan mereka, kaedah ini diharap dapat membantu mereka memahami diri masing-masing dengan lebih jelas dan mula meletakkan kepercayaan kepada pendengarnya iaitu kaunselor," ujarnya. Medium yang digunakan ini adalah perkataan yang membawa erti yang tersirat sekali gus memberi kesan kepada perspekstif emosi remaja tersebut.
Kata Maznah lagi, patung-patung yang disusun di atas rak telah dibahagikan mengikut fungsi masing-masing dan boleh mewakili perasaan dalam dan luaran serta menjadi simbol keperibadian mereka.
Selain terapi mainan seperti boneka, tanah liat, muzik, lukisan dan pergerakan, terapi pasir juga berkesan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa sama ada di sekolah, hospital, agensi-agensi kebajikan mahupun diamalkan dalam kaunseling peribadi. Menjelaskan keberkesanan terapi pasir katanya, terapi ini sesuai diaplikasikan kepada remaja bermasalah di peringkat awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih kompleks. Ditanya apakah prosedur permulaan sesi terapi pasir terhadap seorang remaja, Maznah menjelaskan, beberapa kertas soalan atau Strenghts & Difficulties Questionnaire (SDQ) akan diberikan kepada ibu bapa, remaja dan guru-guru."Mereka ditugaskan menilai tingkah laku, emosi, hubungan, dan perwatakan remaja tersebut.
Kemudian, berdasarkan pernilaian yang dibuat, ia akan menentukan sama ada remaja tersebut harus mengikuti sesi terapi ataupun tidak. "Sekiranya masalah yang dihadapi itu serius, dia perlu menjalani terapi pasir oleh seorang kaunselor."Setiap satu sesi mengambil masa selama 45 minit, bergantung pada kemahuan dan perubahan yang ditonjolkan remaja berkenaan," jelasnya.Menurutnya, setiap remaja mempunyai kemampuan memperbaiki diri mereka sendiri dan kita perlu memberi peluang kepada mereka untuk berubah. Tanpa bantuan dan sokongan yang diberikan, maka musnahlah kehidupan remaja tersebut.
Permainan pasir bantu kanak-kanak luahkan perasaan marah
SETIAP patung yang dipilih remaja
menghuraikan maklumat yang tersirat.
“ENTAHLAH doktor. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Fariz tu. Asyik nak meradang sejak saya kahwin lagi. Bila tanya, senyap pula. Tak tahu dengan siapa yang dia marah. Saya ataupun ibu barunya tu,” adu Amir mengenai anaknya yang berumur tujuh tahun itu.
Mungkin ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Kebanyakan penyelesaian yang diambil ialah memarahi, menghukum atau lebih teruk, memukul tanpa mengetahui punca kemarahan si anak.
Tidak dinafikan, kanak-kanak, tanpa mengira usia dan jantina, turut dihimpit dengan perasaan marah dan mengalami ketegangan jiwa seperti yang dihadapi oleh golongan dewasa. Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul dan memilih ‘membuat perangai’ atau marah kepada ibu bapa mereka akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya dibawa ke alam dewasa.
Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Mark Pearson, kaedah permainan mampu membantu kanak-kanak pemarah ini meluahkan perasaan mereka.
“Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan,” ujar beliau.
Ujar Pearson, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran apa yang dirasakan oleh mereka.
“Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka sedang meluahkan perasaan. Di akhir setiap sesi, jiwa mereka menjadi lebih rileks,” katanya. Justeru pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi
PASIR merupakan elemen semula jadi yang menenangkan. – Gambar hiasan
simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
Secara teori, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.
“Melalui cara tersebut, kaunselor dapat mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu ibu bapa mengenai cara mengatasi kemarahan kanak-kanak tersebut,” katanya.
Lebih menakjubkan, selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka. Tambah Pearson, teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri kepada kanak-kanak untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.
“Bukan saja ciptaan yang mereka bina di dalam kotak pasir itu meredakan kemarahan, kepuasan tersebut membuatkan wujudnya rasa percaya terhadap kebolehan mencipta dalam diri mereka,” katanya. Tidak sekadar itu, pakar juga mendapati daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak ini turut berkembang dan adakalanya melepasi jangkaan.
Di samping itu, kaedah ini mampu mencapai objektif kerana teknik melukis yang selalu digunakan sering gagal disebabkan kanak-kanak merasakan mereka tidak pandai melukis. “Lukisan saya buruk menjadi antara faktor terapi melukiskerapkali gagal namun dengan permainan pasir ini, kanak-kanak tidak terikat dengan buruk atau cantik sesuatu ciptaan,” ujarnya. Dalam pada itu, terapi ini bukan saja membantu kanak-kanak pemarah malah dalam satu aspek lain, ia turut menolong orang dewasa membuat keputusan.
“Apabila kita rileks, kadar penumpuan kita akan menjadi lebih tinggi dan ini akan membawa kepada pusat permasalahan yang utama,” jelasnya. – SHANIKA ABDULLATIBPosted by bimbingan&kaunselingsklereh at 11:06
http://terapikaunselingsklereh.blogspot.my/2011_08_01_archive.html
SATURDAY 72 /8 /2011
PEMILIHAN barang permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir dapat
menggambarkan perasaan mereka.