sejarah tingkaan 3
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
1/22
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
2/22
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara
1 Tajuk kajian
2 Senarai kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
6.1. Maklumat Asas Produk
6.2. Latar Belakang
6.3.Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
6.4. Prospek
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
3/22
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang , Encik Masri bin Abdullah kerana
sokongan dan galakan yang diberikan sepanjang saya melakukan kerja kursus ini.
Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ayahanda En Roslee bin Shafie dan bonda
Pn Haslina bt Harun yang amat saya hormati dan kasihi. Mereka sentiasa memberi
dorongan,sokongan,galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerja kursus ini
sehinggalah selesai. Di samping itu,sekalung penghargaan juga diberikan kepada kepada guru
Sejarah saya iaitu Pn Rajesvary A/P Ramaya kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya semasa saya membuat kerja kursus ini.
Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya,
Badrul Amin bin Ismail dan Muhamad Izan bin Muhammad yang sudi membantu saya semasa
saya mengalami masalah dalam prosess menyipakan kerja kursus ini. Akhir sekali ,
pengharagaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami
dan memberi banyak maklumat kepada kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
4/22
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidaklangsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan
satu kajian yang bersifat ilmiah.
2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketikamenjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat
untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat
dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yanglain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran
tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
5/22
Kaedah Kajian
Terdapat 5 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja
Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah.
Majalah ilmiah.
Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan, membaca beberapa majalah ilmiah seperti
Majalah Wanita dan Muslimah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu
beberapa keratan akhbar berkaitan tajuk kajian seperti Harian Metro dan Berita Harian.
Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari
laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat
sebagai rujukan.
Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat kilang perusahaan pengeluaran bahulu tersebut iaitu Wawasan Ilham
Enterprise untuk mengkaji sejarah institusi berkenaan .Saya juga membuat lawatan ke
permis yang memasarkan bahulu ini iaitui Zana Baulu iaitu pada 7 April 2013 pada
pukul 6.00 petang. Banyak maklumat berguna dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian
saya di sini.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
6/22
Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual En Zahari bin Md Akhir dari Zana
Baulu untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari Pendaftaran Perniagaan (SSM) dan proposal
syarikat terlibat untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan
kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
7/22
HASIL KAJIAN
1. Maklumat asas
a) Nama / jenis kegiatan ekonomi
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu baulu. Pengusaha ini
mengeluarkan baulu cermai, ikan emas kecil dan besar.
b) Sejarah /asal usul kegiatan ekonomi
Asalnya diusahakan dalam skala keci-kecilan di rumah oleh arwah bapa mertua En Zahari iaitu
Hj. Mohamaed Noor dan ibu mertuanya Hjh. Che Som bt Man. Modal permulaanya hanyalah
RM12.00 dan cara pembuatannya menggunakan kaedah tradisional iaitu telur dipukul dengan
penumbuk tangan dan dibakar dengan sabut. Hasil baulu tersebut dipasarkan di kedai-kedai kopi
dan kedai runcit sekitar kampung berhampiran. Selepas itu,dalam beberapa jangka masa ,
sambutan daripada pelanggan agak menggalakkan dan pasaran dikembangkan di merata tempat.
Bagi menampung permintaan yang kian meningkat, kaedah peralatan pemprosesan yang lebih
moden digunakan. Mulanya oven yang kecil digunakan dan jumlahnya ditambah secara
berperingkat. Setelah kematian bapa mertua beliau, En Zahari telah mengambil alih sepenuhnya
tanggungjawab sebagai pengurus pengeluaran baulu tersebut.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
8/22
c) Lokasi/tempat kajian
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 2007, Mukim 19 Mengkuang
Titi, Bukit Mertajam Puau Pinang . Ianya terletak kira-kira 9 kilometer daripada Bandar Bukit
Mertajam . Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di kawasan luar bandar. Premis
jualan hasil produk pengusaha iaitu Zana Baulu pula terletak di kawasan perumahan Taman Seri
Mengkuang.
d) Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan
Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh En Zahari bin Md Akhir. Beliau
menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 1985 sehingga sekarang.
Perusahaan beliau telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Perniagaan pada 27
Julai 2011 di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Perniagaan yang dijalankan adalah atas nama
Wawasan Ilham Enterprise dengan Nombor Pendaftaran PG0083920-P. (Rujuk Lampiran).
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
9/22
2. Latar Belakang
a) Tujuan dijalankan
Bahulu ini dijual oleh En. Azahari di beberapa kawasan di sekitar daerah Seberang Perai dan
Pulau Pinang. Perusahaan baulu ini dengan jenama Zana(Rujuk laporan akhbar Berita Harian
Selasa 9 Ogos 2003) terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa di mana Kampung
Mengkuang merupakan tumpuan pelancong asing yang sering ke kampung itu yang turut
terkenal dengan Program Inap Desa.. Beliau juga telah membuka kedai sendiri untuk menjual
baulu keluaran perusahaannya disamping makanan tradisional yang lain seperti kuih kapit, putu
kacang dan sebagainya. Nama kedai tersebut ialah Zana Baulu Enterprise sempena jenama baulu
keluaran beliau. Kedai tersebut terletak di deretan permis perniagaan di Taman Sri Mengkuang.
Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 6000 biji dalam sehari dan meningkat hingga
ke 35000 biji pada musim perayaan. Satu kotak bahulu cermai dijual dengan harga RM10.00
dan baulu ikan emas pula RM11.00 sekotak. Terdapat juga permintaan daripada penduduk
setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan terutamanya
baulu ikan emas besar. Selain itu biasanya ia dijadikan juga sebagai cenderamata semasa majlis
perkahwinan.
b) Proses / cara pelaksanaan
Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Hal
ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran
pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap
kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji dan
telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
10/22
kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin
khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa
minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas,
letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian,
masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.
Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi
mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi
ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak .
c) Peralatan/kaedah yang digunakan
Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
a) Pemanas tepungb) Pengayak tepungc) Mesin pemukul telur (mixer)d) Ketuhar (oven )e) Acuan bahulu
Ketuhar dan acuan baulu
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
11/22
d) Kos Pengendalian
En. Zahari menggunakan modal sendiri untuk membeli peralatan memproses baulu seperti
ketuhar dan pemukul telur serta bahan-bahan membuat baulu. Beliau juga ada menerima bantuan
peralatan seperti oven dan mixer sebagai penambahan. Antara agensi kerajaan yang
menyumbang kearah perkembangan perusahaannya ialah seperti Pejabat Daerah, Perda dan
Jabatan Pertanian. Pihak Perda ada menyumbang berbentuk kewangan lebih kurang RM30,000
untuk mengubahsuaikan bengkelnya agar lebih sesuai dan kondusif.
3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat.
a) Hubungan kemasyarakatan
Perlaksanaan perundustrian yang diusahakan oleh En. Azahari serta keluarga telah memberi
impak yang positif kepada masyarakat sekeliling. Hubungan kemasyarakatan sekeliling nampak
lebih harmoni dimana mereka akan saling membantu apabila menerima kunjungan dari pihak
luar seperti pelancong asing dan orang-orang kenamaan yang datang melawat ke bengkel En.
Azahari. Masyarakat kampung akan bergotong royong menyediakan makanan bagi meraikan
tetamu yang hadir. Jika terdapat ekspo seperti Ekspo Usahawan Bumuputera Pulau Pinang, pihak
masyarakat akan memberi sokongan penuh atas penglibatan En Azahari seperti memberi
kemudahan pengangkutan untuk mengangkut peralatan kecil memproses baulu serta tenaga kerja
secara sukarela. Secara tidak langsung ianya telah mendidik masyarakat setempat menyemai
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
12/22
nilai-nilai murni seperti menghormati dan menyanyangi orang lain, saling membantu dan
sentiasa menjaga keharmonian setempat.
b) Prasarana/rangkaian perniagaan
Keluarga EN Zahari pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan daripada
kawan-kawan saja dan sebagai sumber pendapatan sampingan. Beliau juga pada awalnya hanya
menghantar produk beliau di kedai runcit dam kedai kopi sekitar Mengkuang TiTi sahaja dalam
kuantiti yang sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan
daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Banyak promosi
telah dibuat, termasuk kunjungan orang kenamaan dari Jabatan Kementerian Luar Bandar.
Pengiktiran SDSI oleh pihak Perda juga telah menaikkan nama Zana Baulu. Maka dengan itu
produk beliau telah tersebar di merata tempat terutama kawasan utara dan Pulau Pinangj Dengan
jumlah jualan yang mula bertambah kepada ribuan biji sehari menyebabkan pendapatan bulanan
beliau semakin bertambah hingga mampu mencecah hingga RM2000 sehari dan RM9000 pada
hari perayaan.
c) Pelancongan
Kampung Mengkuang merupakan salah sebuah kampung yang diangkat martabatnya sebagai
Kampung Perlancongan Desa iaitu melalui Program Inap Desa. Maka dengan itu ramai
pelancong datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Singapura, Jepun dan sebagainya
datang berkunjung di kampung tersebut. Secara tidak langsung bengkel perusahaan baulu En
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
13/22
Zahari menjadi salah satu lokasi utama singgahan para pelancong yang hadir. Kebanyakan
pengunjung yang datang ke bengkel pasti akan tertarik dengan aroma dan merasai keenakan
baulu panas yang baru dihasilkan dan yang pergi pasti akan kembali semula untuk menikmati
keenakkan baulu Zana Mengkuang Titi.
d) Peluang Pekerjaan
En Zahari bin Md Akhir menjalankan perniagaan ini bersama isterinya iaitu Norhana bt Mohd
Noor setelah kematian bapa mertuanya iaitu Hj. Mohamaed Noor. Beliau mempunyai tenaga
pekerja seramai 6 hingga 8 orang pada hari biasa dan bertambah 11 orang pada hari perayaan
serta cuti persekolahan. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja
mengikut permintaan pelanggan produk mereka. Pekerja dikedai pula ialah seramai 2 orang dan
waktu operasi ialah dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kesemua pekerja adalah terdiri
daripada penduduk setempat. Secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat terutama golongan muda atau penganggur kawasan setempat.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
14/22
4. Prospek
a) Cabaran / kekangan yang dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti
masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha tidak
boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur
dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang .
Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut. Selain itu, apabila oven besar telah dibeli
mereka terpaksa mencari sendiri manual penggunaannya kerana tiada pihak berkemahiran dapat
membantu. Pada awal penggunaan penghasilan buah baulu kurang memuaskan sehingga
membawa kepada kerugian. Berkat kesabaran akhirnya masalah tersebut dapat diatasi dan
penggunaanya berjalan dengan lancar sehingga sekarang.
b) Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta
Kunjungan beberapa pihak agensi kerajaan membuktikan sokongan mereka terhadap
perindustrian kampung ini. Contohnya bantuan berupa peralatan pembuatan yang lebih moden
telah disumbangkan oleh pihak PERDA seperti ketuhar dan bahan pembungkusan baulu yang
bernilai RM65,230. Selain itu pihak Jabatan Pertanian juga ada menyumbang peralatan
berbentuk ketuhar kepada pengusaha.
c) Reaksi/penerimaan masyarakat
Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran En. Zahari sangat berpotensi untuk dimajukan
dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau sering mendapat permintaan yang
memberangsangkan dari masyarakat setempat dan luar. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
15/22
perkahwinan. Ini membuktikan bahawa sokongan dan penerimaan masyarakat setempat
berkaitan perusahaan baulu beliau amat baik. Di tambah pula peluang pekerjaan yang dibuka
sekurang-kurang dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat. Promosi dari
masyarakat setempat kepada orang luar atau saudara luar mereka tentang keenakan baulu
keluaran Zana Baulu. Ini membuktikan bahawa penerimaan positif masyarakat setempat
terhadap produk keuaran En. Zahari.
d) Saranan dan harapan
En Azahari bersama isteri, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat.
Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka
juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka
betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli. Selain itu promosi
besar besaran akan dibuat dimana sebelum ini perusahaan mereka banyak disiarkan di dada
akhbar seperti Harian Metro, Berita Harian dan The New Straits Time. Melalui jalur lebar
promosi akan dibuat menerusi facebook, blog dan sebagainya. Harapan En Azahari ialah agar
suatu hari nanti perusahaan baulu kaluaran Zana ini dapat menembusi pasaran luar negara.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
16/22
Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai
perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan
bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Hasil kajian yang dilakukan ini juga telah
menemukan saya beberapa unsur patriotisme di dalamnya. Melalui kajian yang saya lakukan ,
telah melahirkan satu perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur
kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai dan pesat membangun. Ini dapat
dibuktikan dengan perkembangan yang ditunjukkan dalam Kampung Mengkuang Titi, salah satu
daerah Bukit Mertajam iaitu kawasan kajian penulis. Walaupun merupakan sebuah kawasan
yang terpecil atau jauh daripada kesibukan kota , tetapi kerajaan sentiasa berusaha membantu
memajukan ekonomi rakyat . Berdasarkan pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor
yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-
nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus , penyelia
, staf sokongan dan juga para pekerja. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu,
bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan
dan perkara. Sikap mementingkan diri boleh dikatakan tiada dalam diri setiap mereka. Ia
melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka. Pihak pengurusan yang
penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat
diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya
memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan . Akhir
kata, Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa
berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang
menuntut kesabaran dan kegigihan.
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
17/22
http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=0&subcat_id=0&sid=720
http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=0&subcat_id=0&sid=720http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=0&subcat_id=0&sid=720http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=0&subcat_id=0&sid=720 -
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
18/22
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
19/22
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
20/22
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
21/22
-
7/28/2019 sejarah tingkaan 3
22/22