sejarah essay print

27
Manusia memang mementingkan sejarah dan tidak berupaya untuk melupakannya. Sebelum isu ini dikupas dengan lebih mendalam, maka perlulah kita mengetahui pengertian sejarah itu sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘sejarah’ membawa maksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh. (Sidang Editor Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, 1411-1412). Pengkaji telah memilih Lembah Lenggong yang terletak di Lenggong, Hulu Perak, Malaysia sebagai tajuk kajian pengkaji. Lembah ini merupakan kawasan yang disaliri oleh Sungai Lenggong dan ranting sungainya. Lenggong adalah sebuah Bandar di bahagian utara Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, 1

Upload: qim-sv

Post on 08-Apr-2016

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

what is sejarah?

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Essay Print

Manusia memang mementingkan sejarah dan tidak berupaya untuk

melupakannya. Sebelum isu ini dikupas dengan lebih mendalam, maka perlulah

kita mengetahui pengertian sejarah itu sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat, ‘sejarah’ membawa maksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa

yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, kajian

atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh.

(Sidang Editor Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Kamus

Dewan Edisi Keempat,

2005, 1411-1412).

Pengkaji telah memilih Lembah Lenggong yang terletak di Lenggong,

Hulu Perak, Malaysia sebagai tajuk kajian pengkaji. Lembah ini merupakan

kawasan yang disaliri oleh Sungai Lenggong dan ranting sungainya. Lenggong

adalah sebuah Bandar di bahagian utara Perak, Malaysia yang terletak 100

kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan

Temenggor, Lawin, Kota Tampan, Banding dan lain-lain. Bandar Lenggong boleh

dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar

berdekatan. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselaputi oleh ladang sawit dan

hutan rimba. Banyak lembu dan kerbau sering kelihatan di sepanjang jalan

menuju ke Lembah Lenggong.

Mungkin tidak ramai yang mengenali kawasan Hulu Perak secara dekat

kerana kedudukannya yang agak jauh dari Kuala Lumpur kecuali kepada

pengunjung-pengunjung Taman Negeri Diraja Belum ataupun yang memandu

1

Page 2: Sejarah Essay Print

dari Kelantan ke Baling atau Pulau Pinang. Hulu Perak secara amnya mempunyai

tiga daerah, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu dan terbahagi kepada beberapa

mukim. Pendapatan utama penduduk di sini ialah pertanian, peladangan,

perikanan dan juga menjual hasil-hasil hutan.

Lenggong terkenal dengan ikan pekasam, Tasik Raban, teh Lenggong,

tapak-tapak arkeologi (perak man) dan juga gua-gua yang unik. Dengan keluasan

113,725 hektar dan anggaran bilangan penduduk sebanyak 22,161 orang, daerah

Lenggong terbahagi kepada 3 mukim, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit.

Pendapatan utama penduduk kawasan ini adalah pertanian dan perikanan.

Lenggong terkenal dengan Pusat Ikan Pekasam negara yang terletak di Tasik

Raban.

(“Google Privacy

Policy,” http://belumoutdoor.wordpress.com/northernperak-

interesting places/ )

2

Page 3: Sejarah Essay Print

Pengkaji telah memilih Lembah Lenggong di Hulu Perak kerana terdapat

keunikannya yang tersendiri. Mengikut maklumat yang diperolehi oleh pengkaji

melalui laman web rasmi Majlis Pelancongan Komuniti Lenggong, pengkaji

mendapati Lembah Lenggong mempunyai cerita disebalik pemberian nama

kawasan tersebut.

(Google.“Google Privacy Policy,” last modified Pelancongan

Lenggong 2012, http://pelanconganlenggong.my/sejarah-

lenggong/)

Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang

Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok

itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya

berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula

membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).

Dengan bersusah payah dia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi

malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang

lain yang terkecil sedikit daripadanya. Pokok yang kecil itu patah dan

menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang

terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya.

3

Page 4: Sejarah Essay Print

Akhirnya tempat itu dinamakan “Langgong”. Lama kelamaan nama

“Langgong” itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi “Lenggong”, kekal nama

itu hingga sekarang ini.

Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana

keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan

banjaran gunung. Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama “Lengkong”.

Akhirnya berubah pula sebutan “Lengkong” itu menjadi “Lenggong”.

Pengkaji mendapati Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologi

dimana wujudnya buki-bukti petempatan manusia semenjak tempoh Paleolitik

telah ditemui. Penemuan arkeologi paling terkenal di Lenggong adalah Orang

Perak, rangka peninggalan berusia 11000 tahun yang ditemui pada tahun 1990.

Peralatan batu berusia 100000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan

Kampung Temelong.

(Google.“Google Privacy Policy,” last modified CariGold

Forum, 30.1.2009,http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/

t69867.html)

Di samping itu, butterland (pada 30 Januari 2009) telah menyatakan

bahawa sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak

kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di

jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Antara penemuan terbesar yang

pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka

manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak

4

Page 5: Sejarah Essay Print

Man”.

(Butterland, 30 January 2009 (11:14AM),

http://www.chicagomanualofstyle.org/tools_citationguide.html)

Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan

peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan

manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

Selain itu, Harian Metro yang bertarikh 8 Januari 2009 iaitu bersamaan

dengan hari Khamis telah memberi maklumat kepada pengkaji. Pengkaji

mendapati Lembah Lenggong di Hulu Perak menjadi tapak arkeologi yang

penting di Semenanjung Malaysia. Lembah Lenggong di Hulu Perak memiliki 20

gua purba. Antaranya adalah Gua Gunung Runtuh, Gua Puteri, Gua Kajang, Gua

Asar, Gua Gelap, Gua Harimau, Gua Ngaum, Gua Dayak, Gua Tarzan, Gua

Memerang, Gua Batu Tukang, Gua Batu Dinding, Gua Ular, Gua Mesin, Gua

Teluk Batu, Gua Degiring, Gua Badak, Gua Teluk Melaka, Gua Gelok dan Gua

Teluk Kelawar.

(D J Dolasoh, “Lokasi Manusia

Terawal,” Harian Metro 8

Januari 2009)

Terdapat lapan gua yang terkenal di kawasan Lembah Lenggong. Pertama

adalah Gua Teluk Kelawar terletak di Bukit Kepala Gajah, kira-kira 1 kilometer

dari pekan Lenggong, Perak. Kajian arkeologi di Gua Teluk Kelawar oleh Pusat

5

Page 6: Sejarah Essay Print

Penyelidikan Arkeologi Malaysia telah dimulakan semenjak 1990 hingga kini.

Pelindung gua batu kapur ini telah digunakan oleh manusia seawal 10,000 tahun

dahulu sebagai kem persinggahan. Ekskavasi arkeologi di Gua Teluk Kelawar

telah menemui banyak alat batu, sisa-sisa makanan yang terdiri daripada tulang

haiwan, cengkerang dan kepingan tembikar.

Alat batu yang ditemui termasuk alat pebel unifas dan bifas, batu

pemukul, batu pelandas, batu teras dan sisa serpihan. Alat-alat batu ini

mempunyai persamaan teknologi penghasilan dengan alat batu Kota Tampan dan

Gua Gunung Runtuh. Ekskavasi arkeologi di Gua Teluk Kelawar juga menemui

serpihan tembikar bertanda tali yang awal, sekitar 6,000 tahun dahulu. Sisa-sisa

fauna tulang dan cengkerang yang dikenalpasti termasuk cengekerang sungai

jenis spesis Brotia costula dan Brotia spinosa dan haiwan seperti monyet

(Macaca sp.), kijang (Muntiacus munjak), babi hutan (Sus sp.), dan reptilian.

Gua yang kedua adalah Gua Harimau yang terletak di kompleks batu

kapur, Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak. Ekskavasi dalam tahun 1987, 1988

dan 1999 telah menemukan tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 – 5,000

tahun dahulu. Sebanyak 11 rangka manusia telah ditemui dengan barang kiriman

yang terdiri daripada bekas tembikar, alat batu, kapak gangsa, perhiasan badan

dan sisa makanan.

Gua Harimau merupakan tapak arkeologi yang penting kerana telah

mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik-Logam dengan acuan dan

kapak gangsanya yang terawal sekitar 4,000 tahun dahulu. Penemuan alat gangsa

6

Page 7: Sejarah Essay Print

dan acuannya menggambarkan penghasilan alat gangsa di kawasan Lenggong

telah membuktikan bahawa kawasan pembuatan gangsa tidak hanya terhad di

kawasan utara dan tengah Thailand sahaja.

Gua yang ketiga adalah Gua Ngaum yang terletak dalam kompleks batu

kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5’07.46′ utara

dan longitud 100′ 58.72′ timur, dengan ketinggian 89 meter dia atas aras laut. Gua

ini telah ditemui oleh USM pada tahun 1990, dan dinamakan ‘ngaum’ kerana

semasa penemuan gua ini telah keluar seekor harimau kumbang yang mengaum

daripada mulut gua. Kajian arkeologi di gua ini telah mendedahkan bukti ia

digunakan pada sekitar 7,000 – 6,000 tahun dahulu dalam bentuk sisa makanan,

alat batu dan juga pecahan tembikar.

Gua yang keempat adalah Gua Puteri yang terletak dalam kompleks batu

kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5’07.56 utara

dan longitud 100′ 58.89′ timur, dengan ketinggian 94 meter di atas aras laut. Gua

ini mendedahkan struktur formasi gua yang menarik. Terdapat pelbagai bentuk

stalaktit dan stalagmit yang pernah direkodkan seperti bentuk peta Malaysia,

katak, orang bersanding, kepala gajah, kelambu dan sebagainya sehingga timbul

cerita kononnya akibat terkena sumpahan Sang Kelembai. Sebenarnya ia adalah

proses semulajadi stalaktit dan stalagmit mengikut peluang dan ruang yang ada

semasa pembentukkannya.

7

Page 8: Sejarah Essay Print

Gua Puteri merupakan terowong semulajadi di dalam formasi Bukit

Kepala Gajah. Lukisan gua oleh puak Negrito dijumpai disini tetapi bukannya

pra-sejarah kerana berusia kira-kira 100 tahun. Tiada sebarang penemuan

arkeologi ditemui disini tetapi gua ini terkenal dengan lagendanya. Dua stalagmit

disini dipercayai merupakan puteri dan putera penjaga gua. Orang tempatan

mengatakan jika stalagmit ini dipanjat, mereka akan jatuh sakit. Sehingga kini,

pelbagai formasi batu boleh dijumpai di dalam gua puteri antaranya pasangan

pengantin yang dipercayai disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai dan juga

katak.Gua ini antara gua yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong di

Lenggong. Gua ini boleh dikunjungi dengan mudah melalui platform yang

disediakan oleh Jabatan Warisan Negara.

Gua yang kelima adalah Gua Asar yang terletak dalam kompleks batu

kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5′ 07.53′ utara

dan longitud 100′ 58.82′ timur, dengan ketinggian 78 meter di atas aras laut. Gua

ini terletak berhampiran dengan Gua Kajang, mendedahkan formasi gua batu

kapur yang masih belum dijalankan kajian arkeologi secara terperinci. Menurut

cerita orang tempatan, Gua Asar dinamakan sempena kejadian ketika pertama kali

dijumpai azan Asar berkumandang.

Gua yang keenam adalah Gua Badak yang terletak di formasi Bukit kapur

Gua Badak. Lukisan gua yang dilukis dengan arang dan juga digores oleh

masyarakat Negrito yang mendiami gua ini merupakan daya tarikannya. I.H.N

Evans telah melaporkan penemuan lukisan ini dalam tahun 1924. Selain itu

8

Page 9: Sejarah Essay Print

Callenfels dan Evans telah membuat ekskavasi dalam tahun 1926 dan menemukan

tembikar serta alat batu bergilap zaman Neolitik. Sebahagian gua ini telah musnah

akibat kerja-kerja kuari pada awal tahun 1980. Antara motif lukisan ialah aktiviti

berburu menggunakan panah, membawa buah kelapa, menunggang kuda dan

gajah. Selain itu terdapat imej haiwan seperti beruk, ayam, tenggiling, biawak,

kuda disamping pelbagai motif abstrak yang sukar dimengertikan maknanya serta

motif geometri yang mempunyai hubungan dengan pandangan mereka terhadap

alam semesta.

(“Google Privacy Policy,” last modified 19

March 2013,

http://en.wikipedia.org/wiki/I._H._N._Evans)

Gua yang ketujuh adalah Gua Kajang yang terletak dalam kompleks batu

kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5′ 07.57′ utara

dan longitud 100′ 58.87′ timur, dengan ketinggian 76 meter di atas aras laut. Pada

masa ini, sebahagian besar lantai gua telah termusnah akibat aktiviti pengambilan

baja guano dan banyak dinding gua yang diconteng dengan lukisan baru. Gua ini

adalah gua yang pertama dijalankan ekskavasi di negara ini, iaitu pada tahun 1917

oleh Evans. Kajian pertama ini menemui pecahan tembikar, alat batu, sisa

makanan dan juga tinggalan rangka manusia. Kajian lanjutan oleh USM telah

menemui bukti Gua Kajang telah digunakan sejak 11,000 hingga 5,000 tahun

dahulu.

9

Page 10: Sejarah Essay Print

Berdasarkan kajian, gua ini dihuni dan dijadikan kawasan pengebumian

yang melibatkan dua budaya iaitu Paleolitik dan Neolitik. Pengebumian Paleolitik

mendedahkan rangka manusia yang bertarikh 10,820 +/- 60BP, dikebumikan

dalam keadaan terlipat bersama kiriman pengebumian sisa makanan, alat batu

unifas dan bifas. Pada perbezaan 20 sentimeter kedalaman, pada jarak satu meter

ke tenggara, ditemui pengebumian Neolitik (GK2) yang bertarikh 7,890 +/- 80BP,

dikebumikan dalam keadaan memanjang bersama sisa makanan, alat batu dan

tembikar.

Data ini mendedahkan dua perkara penting, iaitu merupakan usia tertua

tembikar Negara dan berlaku keterusan budaya Paleolitik sehingga awal Holosen.

Selain bukti arkeologi, Gua Kajang juga mendedahkan formasi gua yang menarik,

berbentuk terowong dan banyak stalaktit dan stalagmit.

Gua yang kelapan adalah gua yang menjumpai penemuan Perak Man iaitu

Gua Gunung Runtuh. Gua Gunung Runtuh terletak pada latitud 5° 7′ 3″ Utara dan

longtitud 100° 58′ 3″ Timur di bukit Kepala Gajah serta berada kira-kira 105

meter pada aras laut. Perjalanan ke Gua Gunung Runtuh memakan masa selama

45 minit menerusi Kampung Ulu Jepai berdekatan Kampung Gelok, Lenggong.

Penyelidikan di Gua Gunung Runtuh telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan

Arkeologi Malaysia USM dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam

tahun 1990. Penemuan terpenting di gua ini ialah rangka manusia yang

dinamakan Perak Man oleh Prof. Emiritius Dato’ Zuraina Majid.

(“Google Privacy Policy,” last modified July

10

Page 11: Sejarah Essay Print

10, 2012, http://pelanconganlenggong.my/sejarah-

lenggong/ )

Lembah Lenggong di Hulu Perak adalah merupakan lembah prasejarah

yang mengandungi tapak-tapak arkeologi termasuk tapak Paleolitik terbuka.

Sehingga kini, lebih daripada enam tapak Paleolitik terbuka telah dikenal pasti

berfungsi sebagi bengkel pembuatan alat batu. Kajian-kajian yang pernah

dilakukan oleh Coolings pada tahun 1938 dan diikuti oleh Ann sieveking pada

tahun 1954 menjelaskan bahawa Lembah Lenggong sebagai “Lembah Warisan”

yang mana merupakan salah satu kawasan yang penting dalam mendedahkan

bukti pra sejarah Negara. Salah satu daripada tapak terbuka daripada enam tapak

Paleolitik terbuka adalah Bukit Bunuh yang banyak memberikan sumbangan

kepada arkeologi dan geologi Negara.

(Sangtawal Sakranta, Januari 31 2010, 03:19

PM, http://sangtawal.blogspot.com/2010/01/mengapa-10-kotak-tulang-rangka-

orang.html)

Pengkaji mendapati usaha kajian terhadap Lembah Lenggong diteruskan

lagi oleh Mokhtar. Beliau mengkaji beberapa tapak Paleolitik di Lembah

Lenggong iaitu di Kampung Temelog (Mokhtar 1997) dan Lawin (Mokhtar

1997). Daripada hasil kajian yang telah dilakukan oleh Coolings, Ann sieveking

dan Mokhtar, ini jelas dapat menunjukkan Lembah Lenggong di Hulu Perak telah

menjadi tumpuan masyarakat Paleolitik. Sumber dan persekitaran yang sesuai

telah menyebabkan Lembah Lenggong dipilih sebagai tumpuan masyarakat

11

Page 12: Sejarah Essay Print

Paleolitik.

( Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian

Serupa, 17 Julai 2012,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Kain_Hitam )

Pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah

melakukan kajian ke atas kawasan Lembah Lenggong. Melalui kajian yang telah

dilakukan oleh mereka, didapati penemuan arkeologi paling terkenal di Lenggong

adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11000 tahun yang ditemui pada

tahun 1990. Peralatan batu berusia 100000 tahun telah digali dekat Kampung

Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau

yang terdapat di Lembah Lenggong merupakan tapak penghasilan peralatan

gangsa semasa Zaman Gangsa.

Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam negeri

Perak di Semenanjung Malaysia. Lokasinya yang tepat adalah di Gua Gunung

Runtuh sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit

Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Hulu Perak. Rangka tersebut merupakan

seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 157 sentimeter. Rangka tersebut

dianggarkan berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada tahun 1991 dan rangka

tersebut telah dikenal tarikh sebagai rangka yang berusia sekitar 11000 tahun.

Kajian ini telah dilakukan oleh Penerokaan Jabatan Muzium dan Ankuiti serta

Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) pada

tahun 1987.

12

Page 13: Sejarah Essay Print

Menurut beberapa ahli arkeologi berkata kerangka Perak Man yang

ditemui semasa ekskavasi di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 adalah satu

daripada kerangka purba yang paling lengkap pernah ditemui. Menurut mereka

“Perak Man adalah rangka seorang lelaki dengan ketinggian 154 sentimeter. Ia

ditemui ditanam dalam keadaan kedua-dua kakinya dilipatkan ke dada dan

bersamanya ditemui 2878 siput sedut yang telah siap dipotong muncungnya dan

sedia untuk dimakan. Mereka juga turut menyambung dan menyatakan bahawa

“turut ditemui bersama kerangka itu adalah cebisan tulang daripada pelbagai

spesies haiwan yang telah dibakar serta perkakas batu,”. Kajian lanjut

menunjukkan Perak Man mempunyai kecacaan genetik. Cara pengkebumiannya

yang penuh adat menunjukkan beliau mempunyai peranan penting dalam

masyarakat purba itu. Ia juga secara langsung menunjukkan masyarakat primitif

Lembah Lenggong mempunyai peradaban yang agak maju.

Sungguhpun terdapat bukti Paleolitik di Lembah Lenggong, tetapi terdapat

beberpa isu yang masih kurang menyakinkan misalnya dari segi teknologi litik

iaitu teknologi pembuatan alat batu. Selain itu, pentarikhan mutlak untuk tapak

terbuka di Lembah Lenggong juga masih kurang. Setakat ini hanya di Bukit

Bunuh dan Kota Tampan sahaja yang mempunyai pentarikhan kaedah pender

13

Page 14: Sejarah Essay Print

kilau ransangan optil (OSL).

(Brian Pks, February 23, 2013 (10:55 PM)comment on Semangkuk Cawan

Blog, http://semangkukcawan.blogspot.com/2012/11/lembah-lenggong.html )

Di lembah ini juga terdapat begitu banyak gunung batu kapur yang

menyembunyikan sebuah lagi rahsia iaitu gua. Gua ini pula kemungkinan

dijadikan sebagai penempatan manusia prasejarah beribu-ribu tahun lalu dan ia

amat penting sebagai rujukan pengkaji sejarah selain beberapa barangan purba

turut ditemui. Di sinilah tersimpannya habitat tertua manusia di semenanjung

selain membongkar keindahan kawasan perkampungan penduduk dengan

kewujudan desa-desa, dusun buah-buahan dan rimbunan pepohon yang meliputi

kawasan ini.

Terdapat dua tapak bagi zaman Paleolitik atau Zaman Batu ditemui dan

berada di Lembah Lenggong. Tapak yang dikenali sebagai Kota Tampan dan

Bukit Jawa ini berhasil memberikan fakta sejarah berusia 75,000 tahun. Di sebalik

dua tapak terbuka ini, Kota Tampan dipercayai menjadi salah satu daripada

penempatan awal manusia dan ia juga membuktikan bahawa tempat ini pernah

menjadi kawasan pengeluar peralatan yang dihasilkan daripada batu.

Meskipun terdapat beribu-ribu peralatan ditemui batu ditemui, namun

kawasan ini sudah menjadi kawasan pertanian lereng bukit dan dipercayai pernah

dihuni oleh mereka yang tinggal di pinggir tasik. Lebih banyak lagi lokasi-lokasi

14

Page 15: Sejarah Essay Print

tersembunyi yang ditemui di Bukit Jawa berjaya membuktikan banyak tinggalan

sejarah berusia lebih 200,000 tahun lalu menjadi idaman pencinta sejarah.

Penerokaan Lembah Lenggong pula penting kepada pengkaji sejarah yang

mahu membongkar bukti-bukti sahih penempatan awal manusia sebagaimana

rangka manusia pertama, Perak Man. Mereka menemui rangka-rangka dan

tengkorak manusia berusia 11,000 tahun pada 1991.

Di samping itu, hasil penemuan peralatan batu berusia 100,000 tahun di

Kampung Geluk dan Kampung Temelong, menambah keyakinan bahawa tapak

ini adalah lokasi penghasilan gangsa ketika Zaman Gangsa. Sungguhpun beberapa

penemuan di Lenggong berusia seiring dengan Zaman Batu, namun ia juga

dikenal pasti sebagai tapak yang dimiliki oleh manusia di Zaman Batu Baru yang

mula menjalankan kerja-kerja memburu dan berhimpun membuat kerja

perladangan malahan menghasilkan tembikar.

( “Google Privacy Policy,” last modified

2012, http://pelanconganlenggong.my/lembah-lenggong-warisan-

dunia/ )

15

Page 16: Sejarah Essay Print

Kesimpulannya, sejarah kawasan Lembah Lenggong merupakan satu

sejarah kawasan yang perlu dijaga oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana kawasan

Lembah Lenggong di Hulu Perak mempunyai pelbagai keunikan sejarah yang

tersendiri dan ternilai. Pengkaji-pengkaji dari barat dan tempatan bertungkus

lumus melakukan kajian sejak tahun 1990 bagi mendapatkan maklumat mengenai

sejarah kawasan Lembah Lenggong di Hulu Perak.

Penemuan-penemuan seperti tembikar, manik, alat perhiasan dan banyak

lagi di kawasan Lembah Lenggong membuktikan pra sejarah kehidupan manusia

bermula di Malaysia iaitu di Lembah Lenggong di Hulu Perak. Penemuan terbesar

rangka manusia “Perak Man” mengejutkan semua pengkaji dan penemuan

tersebut menjadi satu penemuan yang paling bernilai. Banyak pengkaji barat turun

ke Lembah Lenggong bagi melihat penemuan rangka “Perak Man”.

16

Page 17: Sejarah Essay Print

17

Page 18: Sejarah Essay Print

18