psv apresiasi seni

4

Click here to load reader

Upload: kiu-boon

Post on 15-Dec-2015

92 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PSV Apresiasi Seni

TRANSCRIPT

Page 1: PSV Apresiasi Seni

77

OUM

TOPIK 7 APRESIASI SENI

TOPIK 7 APRESIASI SENI

PENGENALAN Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni visual. Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni. Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.

OBJEKTIF Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. memahami proses di dalam apresiasi seni kanak-kanak; 2. mengenal pasti kategori-kategori penting di dalam membuat apresiasi seni; dan 3. mampu melakukan apresiasi seni apabila berhadapan dengan karya seni.

7.1 DEFINISI DAN KONSEP

Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah ‘apresiasi seni’?

Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut. Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat

Page 2: PSV Apresiasi Seni

78

OUM

TOPIK 7 APRESIASI SENI

secara langsung. Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid, 2004).

7.2 KATEGORI APRESIASI SENI Terdapat dua pandangan berbeza mengenai apresiasi. Pandangan pertama merupakan pendapat Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa. Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni. Walau bagaimanapun, terdapat banyak persoalan mengapa seseorang perlu melakukan apresiasi terhadap karya seni. Persoalan-persoalan seperti apa yang anda lihat? Apakah pengalaman dan memori yang lalu tentang karya yang dilihat? Sejauh manakah karya tersebut berkesan dari segi penghasilan karya oleh pengkaryanya? Apakah maksud karya tersebut? Bagaimana elemen dan prinsip seni di gunakan? Walau bagaimanapun, menurut Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

7.2.1 Peringkat Analitikal (a) Kenal Pasti (Identification)

Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

7.2.2 Peringkat Penerangan

Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat penerangan literari, penerangan teknikal dan penerangan formal.

Page 3: PSV Apresiasi Seni

79

OUM

TOPIK 7 APRESIASI SENI

(a) Penerangan Literary (Literary Description) Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.

(b) Penerangan Teknikal (Technical Description)

Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.

(c) Penerangan Formal (Formal Description)

Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

7.2.3 Konteks dan Skop Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

7.2.4 Aspek Assosiasi

Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya? Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

7.2.5 Aspek Kritikal Aspek kritikal merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

7.2.6 Aspek Hubungan Baik Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan. Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

Page 4: PSV Apresiasi Seni

80

OUM

TOPIK 7 APRESIASI SENI

Rajah 7.1

Latihan 7.1 1. Nyatakan dengan ringkas beberapa kategori apresiasi seni apabila

anda berhadapan dengan sesebuah karya seni catan. 2. Bagaimana anda menilai sesebuah seni arca taman? 3. Adakah sebuah lukisan kanak-kanak boleh dinilai sama dengan hasil

seni lukis orang dewasa? Bincangkan.

RUMUSAN Di dalam topik ini, anda telah mempelajari peranan apresiasi seni di dalam mata pelajaran seni visual di sekolah. Tanpa apresiasi seni, murid tidak dapat membuat pertimbangan yang penting apabila melihat sesuatu karya seni sama ada seni lukis, seni reka atau bidang seni visual yang lain. Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.

PERINGKAT-PERINGKAT ANALITIKAL

PERINGKAT ANALITIKAL

PERINGKAT PENERANGAN

KONTEKS DAN SKOP

ASPEK ASSOSIASI

ASPEK KRITIKAL

ASPEK HUBUNGAN BAIK