present sejarah bab 1

Upload: la-suerte-aiman

Post on 04-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ass

TRANSCRIPT

1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSR 1.4 bentuk kssr

1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSR1.4 bentuk kssr

Kumpulan 1 : Aiman, Gordon, Izriq & Ramli1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSRDalam merangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah, beberapa teras utama telah dijadikan asas dalam menggubal sebuah kurikulum yang holistik dan mapan.Antara teras-teras utama yang dijadikan asas dalam pembangunan kurikulum di bawah KSSR termasuklah:

Falsafah Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan KebangsaanWawasan 2020Rancangan Jangka PanjangCabaran Abad ke-21Model Baru EkonomiTeori Pembelajaran (terkini)4 Tonggak UNESCOBelajar untuk Mengetahui (Learn to know)Belajar untuk Bertindak (Learn to Do)Belajar untuk Hidup Bersama (Learn to Leaving Together)Belajar untuk Membentuk Peribadi (Learn to Be)Sumber Ilmu yang Muktabar

Selain itu, dalam menggubal KSSR, beberapa prinsip utama turut digunakan dalam menggubal sebuah kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang dan holistik.

Secara prinsipnya juga, KSSR telah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Antara prinsip yang dijadikan asas dalam menggubal KSSR termasuklah:

Pendekatan Bersepadu: Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR: Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu - Pengetahuan:Mengetahui asas sejarah perkembangan negaraKemahiran:Mengaplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)Nilai:Menerapkan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh: KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR: Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan intelek, emosi dan sosial kepada setiap individu murid.Intelek: Memahami dan menilai setiap peristiwa sejarah dan kesinambungannya dalam kehidupan masa kini.Emosi: Mewujudkan keterikatan emosi kepada negara (dimensi ketujuh dalam dimensi kewarganegaraan).Sosial: Mewujudkan persekitaran sosial yang baik di antara masyarakat pelbagai kaum melalui perpaduan nasional.Pendidikan Saksama untuk Semua Murid: KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang.Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR: Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan mata pelajaran teras bagi murid-murid Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh semua individu murid.

Pendidikan Seumur Hidup: KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR: Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu alat berfikir yang mampu diamal dan diaplikasikan sepanjang hayat dalam memahami dan menilai setiap peristiwa bersejarah dalam kehidupan.

1.4 BENTUK KSSRKurikulum Standard Sekolah Rendah menggunapakai konsep tunjang yang merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohami, emosi, jasmani dan sosial.ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah KSSR yang mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

1. Tunjang Komunikasi: Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. 2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

3. Tunjang Kemanusiaan: Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.4. Tunjang Keterampilan Diri: Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

5. Tunjang Sains dan Teknologi: Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik;Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik;Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai: Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.