pldo bab 07

14
 Pengurusan Latihan dalam Organisasi  139 BAB 7 PENILAIAN PROGRAM LATIHAN OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti babini, anda seharusnya dapat: 1. Memahami  apa itu penilaian latihan 2. Memahami  tujuan penilaian latihan dilakukan. 3. Memahami apakah perkara-perkara yang menentukan kejayaan sesuatu program latihan 4. Melakukan penilaian terhadap sesuatu program latihan dalam aspek-aspek reaksi peserta, tahap pembelajaran, perubahan tingkahlaku dan kesan konkrit terhadap organisasi. 7.1 PENGENALAN Penilaian merupakan langkah keempat atau yang terakhir dalam lingkaran latihan. Walaupun penilaian merupakan satu perkara yang amat diperlukan dalam proses latihan, namun ia sering diabaikan oleh kebanyakan jurulatih dan juga pengurus latihan. Ramai orang beranggapan bahawa sesuatu program latihan itu tamat pada hari t erakhir program latihan tersebut. Apa-apa yang berlaku selepas itu tidak lagi menjadi bahan persoalan samada kepada jurulatih, pengurusan organisasi dan juga peserta-peserta.  Amalan seumpama ini boleh menyebabkan timbulnya anggapan bahawa latihan bukannya satu pelaburan. Latihan lebih dilihat sebagai perbelanjaan yang tidak membawa banyak faedah kepada organisasi dan juga pekerja-pekerjanya.

Upload: azreen-king

Post on 13-Jan-2016

3 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PLDO Bab 07

TRANSCRIPT

Page 1: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 1/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

139

BAB 7

PENILAIAN PROGRAM LATIHAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti babini, anda seharusnya dapat:1.  Memahami apa itu penilaian latihan2.

 

Memahami tujuan penilaian latihan dilakukan.3.  Memahami apakah perkara-perkara yang menentukan kejayaan

sesuatu program latihan4.  Melakukan  penilaian terhadap sesuatu program latihan dalam

aspek-aspek reaksi peserta, tahap pembelajaran, perubahantingkahlaku dan kesan konkrit terhadap organisasi.

7.1  PENGENALAN

Penilaian merupakan langkah keempat atau yang terakhir dalam lingkaranlatihan. Walaupun penilaian merupakan satu perkara yang amatdiperlukan dalam proses latihan, namun ia sering diabaikan olehkebanyakan jurulatih dan juga pengurus latihan. Ramai orangberanggapan bahawa sesuatu program latihan itu tamat pada hari terakhirprogram latihan tersebut. Apa-apa yang berlaku selepas itu tidak lagimenjadi bahan persoalan samada kepada jurulatih, pengurusan organisasidan juga peserta-peserta.

 Amalan seumpama ini boleh menyebabkan timbulnya anggapan bahawalatihan bukannya satu pelaburan. Latihan lebih dilihat sebagaiperbelanjaan yang tidak membawa banyak faedah kepada organisasi danjuga pekerja-pekerjanya.

Page 2: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 2/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

140

Oleh yang demikian, penilaian yang sistematik perlu dilakukan, bukansahaja untuk melengkapkan kitaran latihan, tetapi yang lebih pentinguntuk melihat impak yang diberikan oleh latihan kepada peserta dan jugaorganisasi. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila nanti kitamendengar berita tentang beberapa organisasi akhirnya mengurangkanperuntukan belanjawan terhadap latihan lantaran merasakan bahawaprogram-program latihan yang dijalankan selama ini merupakanpembaziran semata-mata.

Bab ini akan menerangkan tentang tujuan-tujuan penilaian latihandilakukan. Seterusnya akan dibincangkan tentang teknik-teknik untuk

melakukan penilaian dengan berkesan bagi mengenalpasti reaksi pesertalatihan, tahap pembelajaran yang dicapai oleh peserta, perubahan-perubahan tingkahlaku peserta setelah mengikuti program latihan dankesan latihan terhadap organisasi.

7.2 

 TUJUAN PENILAIAN

Harris (1997) menyatakan terdapat beberapa tujuan mengapa penilaianlatihan dilakukan. Antaranya ialah

7.2.1  Menjustifikasikan Perbelanjaan

Latihan merupakan salah satu aktiviti utama dalam mengurusan sumbermanusia aeaebuah organisasi. Setiap aktiviti pengurusan sumber manusiamemerlukan perbelanjaan yang agak besar. Bermula dari prosespengambilan perkerja-pekerja baru, memberi latihan dan pembangunankepada pekerja, membayar upah serta faedah-faedah, kebajikan dansebagainya, yang mana semuanya melibatkan perbelanjaan yang besar.Oleh yang demikian penilaian terhadap keberkesanan sesuatu programlatihan perlu dijalankan bagi memberi justifikasi serta sebab-sebab yangmunasabah terhadap perbelanjaan yang telah dilaburkan. Sekiranyafaedah dan kesan latihan tidak setimpal dengan sumber masa, wang sertatenaga yang telah dilaburkan, sesuatu tindakan atau keputusan akan

diambil untuk mengatasinya.

Page 3: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 3/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

141

7.2.2  Merancang Program-Program Masa Depan

Penilaian juga dapat membantu organisasi untuk membuat keputusanterhadap sesuatu program latihan itu samada perlu diulang semulasekiranya didapati memberi kesan yang positif, ataupun dihentikan dandigantikan dengan program-program lain sekiranya tidak membawasebarang kesan positif. Penilaian juga berperanan untuk mengenalpastiapakah program-program lain selain dari program latihan yang akandijalankaan pada masa hadapan bagi mengatasi masalah-masalah yangterdapat dalam organisasi (Suckett dan Mullen, 1993).

7.2.3 

Membuat Keputusan Tentang Individu Peserta

 Terdapat juga program-program latihan yang bertujuan menilai peserta-pesertanya. Para peserta dikehendaki mengambil ujian atau peperiksaanyang akan menentukan samada beliau berjaya atau sebaliknya. Kelulusandalam ujian atau peperiksaan ini mungkin bagi menentukan kenaikanpangkat, perubahan tangga gaji dan sebagainya. Oleh yang demikianpenilaian yang dilakukan dapat membantu pihak pengurusan organisasimemutuskan sesuatu tentang pekerjanya (Suckett dan Mullen, 1993)..

SOALAN DALAM TEKS 7.1

1.  Bagaimanakah penilaian terhadap program-programlatihan dapat membantu organisasi membuatkeputusan terhadap individu serta dasar latihannya?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 4: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 4/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

142

7.3  PROSES PENILAIAN KEJAYAAN PROGRAMLATIHAN

Kejayaan sesuatu program latihan dinilai dari empat aspek iaitu (1) reaksiatau tindak balas peserta, (2) tahap atau kadar pembelajaran yang telahdicapai oleh peserta, (3) perubahan yang berlaku dalam tingkahlaku ataugelagat pekerja, dan (4) kesan jangkapanjang terhadap organisasi.

7.3.1  Reaksi atau Tindak Balas Peserta

Reaksi atau tindak balas bermaksudkan dengan sejauhmanakah peserta-

peserta yang mengikuti sesuatu program latihan itu berpuas hati terhadapprogram tersebut. Penilaian reaksi ialah mengukur dan menilai perasaanpeserta-peserta. Ia merupakan cara yang paling mudah dan cepat dalammembuat penilaian. Adalah amat penting untuk mengetahui apakahperasaan peserta-peserta yang mengikuti sesuatu program latihan.

 Terdapat beberapa tujuan menilai reaksi atau tindak balas pesertaprogram latihan. Pertama, untuk membuktikan populariti sesuatuprogram latihan sekiranya nanti ada pihak yang cuba mempertikaikannya.Kedua, reaksi peserta boleh dijadikan asas untuk mengubah suai ataumenokok tambah mana-mana bahagian yang perlu dalam latihantersebut. Ketiga, dengan cara meminta peserta memberi reaksi mereka

terhadap sesuatu program latihan, peserta akan merasakan yang merekajuga terlibat memberi input terhadap program berkenaan.

Untuk menilai reaksi peserta program latihan, Kirkpatrick (1987) telahmenggariskan lima langkah iaitu

(i) 

 Tentukan apakah perkara-perkara yang ingin dinilai.(ii)

 

Senaraikan semua perkara di item i di atas.(iii)  Sediakan borang soal selidik dengan memasukkan semua

perkara di atas.(iv)  Dapatkan reaksi dari peserta secara jujur.(v)  Galakkan peserta memberi komen tambahan selain dari

yang disentuh di dalam borang.

Page 5: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 5/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

143

Contoh borang seperti di bawah boleh digunakan untuk mendapatkanreaksi dari peserta-peserta program latihan. Borang ini direka khususuntuk mendapatkan reaksi peserta terhadap subjek, teknik atau kaedah(syarahan lawan perbincangan), dan prestasi fasilitator. Peserta dimintauntuk menanda pada mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Leader ___________________________ Subject _________________

Date _____________________________

1. Was the subject pertinent to your needs and interests?

 No  To some extent   Very much so

2. How was the ratio of lecture to discussion:

 Too much lecture  O.K.   Too much discussion

3. Rate the leader on the following

Excellent Verygood

Good Fair Poor

 A. Clarifying objectives

B. Keeping the sessionalive andinteresting

C. Using audiovisualaids

Page 6: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 6/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

144

D. Maintaining afriendly and helpfulmanner

E. Illustrating andclarifying points

F. Summarizing

 What is your overall rating of the leader?

 Excellent  Very good  Good  Fair

 Poor

4. What would have made the session more effective? _____________________________________________________  _______________ _____________________________________________________  _______________ _____________________________________________________  _______________ _____________________________________________________  _______________

 _____________________________Signature

(optional)

Selain dari reaksi peserta, penyelaras latihan juga boleh berperanan untukmenilai fasilitator. Penyelaras ialah seorang yang bertanggungjawabterhadap program tersebut dan beliau akan berada sepanjang latihanberlangsung bersama-sama peserta. Borang di bawah merupakan contohyang baik boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

Page 7: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 7/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

145

COORDINATOR’S RATING OF LEADER

Name of leader ___________________________ Subject __________________

Date ____________________

 Very muchso

 To someextent

No

 A.  PREPARATION1. How well prepared?

2. Preparation geared to group?

B. 

CONDUCTING1. Held interest of group?

2. Was enthusiastic?

3. Used audiovisual aids?

4. Presented material clearly?

5. Helped the group apply the material?

6. Adequately covered subject?

7. Involved the group?

8. Summarized during and at end?

C. CONSCRUCTIVE COMMENTS What would you suggest to improve future sessions? ______________________

 ________________________________________________________________

 ________________________________________________________________

D. ADDITIONAL COMMENTS

 ________________________________________________________________

 ________________________________________________________________

Page 8: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 8/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

146

Bagaimanapun, reaksi peserta semata-mata tidak boleh dijadikan ukurandalam menilai kejayaan sesuatu program latihan. Ini adalahberkemungkinan peserta mememberi reaksi positif terhadap sesutuprogram latihan tersebut bukan kerana mereka telah berjaya mempelajarisesuatu, sebaliknya kerana ada faktor-faktor lain yang tidak berkaitan.

7.3.2  Pencapaian Pembelajaran

 Aspek kedua dalam penilaian latihan ialah untuk mengetahui apakah ilmupengetahuan, prinsip-prinsip, fakta-fakta, kemahiran-kemahiran dan jugateknik-teknik tentang sesuatu perkara yang telah dipelajari oleh peserta-

peserta dari program latihan yang diikuti. Penilaian juga untukmengenalpasti apakah sikap yang telah berubah melalui program latihantersebut. Ini dikaitkan dengan KSA sewaktu membuat analisis keperluanlatihan sebelum ini. Perlu diambil perhatian bahawa sesuatu programlatihan yang mana peserta-pesertanya memberi reaksi yang positif tidaksemestinya berjaya mempelajari pengajaran yang berkesan.

Kirkpatrick (1987) menggariskan empat cara bagaimana tahappembelajaran yang telah dicapai oleh peserta-peserta melalui sesuatuprogram latihan itu dinilai.

(i) 

 Tahap pembelajaran peserta dinilai secara kuantitatif.(ii)  Melakukan penilaian sebelum dan selepas latihan.

(iii) 

Menggunakan kumpulan kawalan (sekumpulankakitangan yang tidak mengikuti latihan) danmembandingkan pencapaian mereka dengan kakitanganyang mengikuti program latihan.

(iv) 

Hasil penilaian dianalisis menggunakan kaedah saintifik.

 Terdapat empat cara yang boleh dilakukan untuk menilai tahappembelajaran seseorang peserta latihan.

a.  Prestasi sewaktu latihan

Cara pertama untuk menilai keberkesanan program latihan ialah dengan

mengukur prestasi peserta sepanjang program latihan berlangsung.Pengukuran boleh dilakukan terhadap aspek-aspek seperti tumpuan yang

Page 9: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 9/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

147

diberikan oleh peserta terhadap subjek yang disampaikan sepanjanglatihan, penglibatan peserta dalam aktiviti-aktiviti latihan seperti role play ,kajian kes, perbincangan dan sebagainya yang mana menunjukkanbahawa peserta berminat serta faham terhadap kandungan latihan.

 Jurulatih juga boleh mengemukakan soalan-soalan secara lisan danbertulis setiap sesi untuk menguji kefahaman serta pencapaian peserta.Di samping itu maklum balas peserta seperti soalan-soalan yang merekakemukakan kepada jurulatih juga boleh menjadi kayu ukur terhadappencapaian mereka.

b. 

Ujian atau peperiksaan

Melakukan ujian atau peperiksaan juga merupakan cara yang sesuai untukmenilai pencapaian peserta dalam sesuatu program latihan. Soalan-soalanyang ditanya adalah berdasarkan kepada isi kandungan latihan yangdiberikan. Ujian atau peperiksaan boleh dilaksanakan pada penghujungsetiap sesi, atau setiap hari ataupun sekali dipenghujung programtersebut. Ujian atau peperiksaan sepatutnya dilakukan secara bertulis bagimembolehkan ukuran bersifat kuantitatif dibuat.

c. 

Ujian sebelum dan selepas

Selain dari cara-cara di atas, penilaian boleh juga dilakukan denganmenjalankan ujian kepada peserta-peserta tentang kandungan kursussebelum mereka mengikuti program latihan berkenaan. Kemudiannya,sekali lagi ujian dilakukan setelah mereka selesai mengikuti programlatihan dengan menggunakan soalan-soalan yang sama seperti sebelumlatihan. Perbezaan pencapaian antara kedua-dua ujian sebelum danselepas latihan itu akan menerangkan tentang keberkesanan programlatihan berkenaan.

d.  Kumpulan kawalan

Cara yang berikutnya dalam membuat penilaian ialah dengan melakukan

ujian ke atas dua kumpulan kakitangan yang berbeza. Kumpulan pertamaialah kakitangan yang tidak mengikuti program latihan. Manakala

Page 10: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 10/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

148

kumpulan kedua ialah kakitangan yang mengikuti program latihan.Perbezaan pencapaian antara kedua-dua kumpulan akan menjelaskantentang sejauhmana keberkesanan program latihan berkenaan.

SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. 

Bagaimanakah cara melakukan penilaian terhadaptahap pembelajaran peserta-peserta sesebuahprogram latihan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.3.3  Perubahan Tingkahlaku

Reaksi yang ditunjukkan oleh peserta terhadap sesuatu program latihandan juga prestasi yang dicapai oleh peserta masih tidak mancukupi untukmenilai sesuatu program latihan. Seseorang peserta yang menunjukkanminat yang tinggi terhadap program latihan yang diikutinya dan juga

menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian-ujian yang dijalankanmasih belum dikira berjaya sekiranya beliau tidak menunjukkanperubahan-perubahan dalam tingkahlakunya.

Sebagai contoh, program latihan yang bertujuan untuk memberikemahiran kepada pesertanya untuk berkomunkasi dengan berkesanmasih dikira tidak berjaya sekiranya peserta tidak mampu untukberkomunikasi dengan berkesan apabila mereka kembali ke tempat kerjamasing-masing. Program latihan tersebut dianggap gagal sekiranyapeserta masih mengulangi tingkahlaku yang serupa seperti sebelummengikuti latihan walaupun sepanjang latihan mereka menunjukkanminat yang tinggi serta membuktikan bahawa mereka mempelajari segala

teori, prinsip serta teknik untuk berkomunikasi dengan baik melaluiujian-ujian yang dijalankan.

Page 11: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 11/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

149

Kirikpatrick (1987) menggariskan lima syarat untuk membolehkantingkahlaku seseorang diubah.

(i)   Terdapat keinginan yang kuat untuk berubah.(ii)

 

Mengetahui apa yang hendak dilakukan dan jugabagaimana melakukannya.

(iii)  Berada dalam persekitaran yang sesuai.(iv)

 

 Terdapat bantuan dalam melaksanakan apa-apa yangdipelajari sepanjang latihan.

(v)   Terdapat ganjaran terhadap perubahan tingkahlaku.

Untuk menilai perubahan tingkahlaku seseorang peserta, pertama sekali

perlu dilakukan penilaian secara sistematik terhadap prestasi kerja beliaupada masa sebelum dan selepas mengikuti program latihan. Penilaiansistematik tersebut perlu dilakukan oleh beberapa pihak termasukkakitangan yang mengikuti latihan, penyelia-penyelia beliau, rakan sekerjabeliau, kakitangan di bawah seliaan beliau dan pelanggan beliau. Semakinramai terlibat dalam membuat penilaian maka hasilnya semakin baik.

Setelah itu, hasil kajian itu dianalisis secara saintifik untuk melihatperbezaan prestasi sewaktu sebelum latihan dan selepas latihan. Ujianselepas latihan sepatutnya dijalankan selepas tiga bulan beliau mengikutiprogram latihan bagi memberi peluang kepadanya mempraktikkan apa-apa yang dipelajari dalam tempoh latihan.

7.3.4  Kesan yang Konkrit

 Aspek penilaian yang keempat ialah menilai kesan-kesan yang dapatdilihat dan diukur yang berlaku terhadap organisasi seperti peningkatankualiti, kadar untung, pengurangan kos, pengurangan kadar kemalangan,pengurangan konflik, peningkatan moral pekerja, peningkatan semangatkerja berpasukan dan sebagainya.

Penilaian aspek ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah dasar-dasar serta falsafah organisasi terhadap latihan memberi kesan yangpositif atau sebaliknya.

Page 12: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 12/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

150

 Terdapat dua cara untuk menilai kesan latihan terhadap sesebuahorganisasi.

1.   Temuduga dengan peserta

Menemuduga peserta untuk mengetahui samada mereka berjayamelakukan sesuatu yang positif atau negatif kesan dari latihan yangmereka ikuti sebelum ini. Sebagai contoh, menemuduga peserta untukmengetahui samada mereka berjaya mengurangkan kos, meningkatkankualiti dan produktiviti dan sebagainya. Bagaimana merekamelakukannya? Berapakah anggaran penjimatan dan pertambahan

tersebut?

2.   Temuduga dengan pengurusan

Selain itu, temuduga juga perlu dilakukan terhadap pihak pengurusanuntuk mendapatkan gambaran serta fakta sebenar yang dicapai olehorganisasi kesan dari program latihan yang diikuti oleh kakitangannya.

7.4  RUMUSAN

Menilai program latihan merupakan suatu perkara yang rumit tetapi ia

amat diperlukan bagi melihat keberkesanan program-program latihanyang dijalankan selama ini. Latihan merupakan pelaburan. Setiap aktivitipelaburan perlu dinilai bagi melihat kesan jangka pendek serta kesanjangka panjang. Penilaian bertujuan untuk mengetahui apakah pandanganserta perasaan peserta terhadap latihan yang telah diikutinya. Penilaianjuga penting bagi membuat keputusan serta perancangan selanjutnyaterhadap program-program latihan di masa-masa depan. Penilaian jugaakan menentukan tentang kedudukan serta keadaan kakitangan yangtelah mengikuti program tersebut.

Page 13: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 13/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

151

 

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. 

Nyatakan sebab-sebab serta tujuan penilaian program latihandilakukan dalam sesebuah organisasi.

2. 

Bincangkan cara melakukan penilaian untuk mengetahui reaksipeserta terhadap sebarang program latihan yang mereka ikuti.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

 JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 7.1

1. Ada juga program-program latihan yang dirancang dengan tujuan

untuk menilai kakitangan sesebuah organisasi bagi membolehkankeputusan-keputusan terhadap kakitangan berkenaan diambil,seperti menentukan kenaikan pangkat, perubahan tangga gaji dansebagainya. Peserta-peserta yang lulus ujian atau peperiksaansetelah mengikuti program latihan berkenaan akan menerimasesuatu faedah yang ditetapkan. Manakala yang sebaliknya tidakakan menerima faedah-faedah tersebut. Berkemungkinan jugamereka akan menerima sebarang hukuman.

Selain itu, penilaian juga dapat membantu organisasi untukmenentukan dasar-dasar latihannya. Sekiranya setelah dinilai,didapati program-program latihan yang dijalankan selama ini

tidak memberi sebarang faedah kepada organisasi, kemungkinanbesar organisasi akan mengubah dasar latihannya. Begitu juga

Page 14: PLDO Bab 07

7/18/2019 PLDO Bab 07

http://slidepdf.com/reader/full/pldo-bab-07 14/14

Pengurusan Latihan dalam Organisasi 

152

sebaliknya, apabila program-program latihan memberi faedahkepada organisasi, maka organisasi akan mengekalkan ataupunmemantapkan dasar latihannya dimasa-masa depan.

SDT 7.2

1. Penilaian terhadap tahap pembelajaran peserta-peserta sesebuahprogram latihan dilakukan dengan cara;(i)  Menilai tahap pembelajaran peserta secara kuantitatif.(ii)

 

Melakukan penilaian sebelum dan selepas latihan.(iii)  Menggunakan kumpulan kawalan dan membandingkan

pencapaian mereka dengan kakitangan yang mengikutiprogram latihan.

(iv) 

Hasil penilaian dianalisis secara saintifik.