peranan hormon dalam manusia

9
Peranan Hormon dalam Manusia 1. Definisikan hormon 1. Hormon ialah suatu bahan kimia yang dihasilkan di dalam badan dan dirembeskan secara terus ke dalam aliran darah. Kemudian hormon di angkut ke bahagian badan yang lain untuk memberikan kesan kepada sel tisu dan organ sasaran yang khusus. 2. Apakah sistem endokrin 1. Sistem endokrin ialah satu sistem yang terdiri daripada kelenjar-kelenjar endokrin dalam badan. 3. Keperluan sistem endokrin 1. Kelenjar endokrin ialah kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskan hormon-hormon itu secara terus ke dalam aliran darah 2. Darah mengangkut hormon di seluruh badan ke sel sasaran. Maka,hormon dapat mengawal atur aktiviti di dalam tisu dan organ yang terletak dari kelenjar. 3. Gerak balas terhadap hormon adalah perlahan dan berkekalan berbanding dengan gerak balas badan terhadap impuls saraf. 4. Bagaimana sistem endokrin melengkapi sistem saraf 1. Sesetengah proses seperti kitar haid,perkembangan ciri seks sekunder dan pertumbuhan tidak dikawal atur oleh sistem saraf secara langsung . Sistem endokrin melengkapi sistem saraf dengan menjalankan pelbagai proses badan.

Upload: syaheera-my

Post on 03-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bab 3 Biologi Tingkatan 4

TRANSCRIPT

Peranan Hormon dalam Manusia

1. Definisikan hormon

1. Hormon ialah suatu bahan kimia yang dihasilkan di dalam badan dan dirembeskan secara terus ke dalam aliran darah. Kemudian hormon di angkut ke bahagian badan yang lain untuk memberikan kesan kepada sel tisu dan organ sasaran yang khusus.

2. Apakah sistem endokrin

1. Sistem endokrin ialah satu sistem yang terdiri daripada kelenjar-kelenjar endokrin dalam badan.

3. Keperluan sistem endokrin

1. Kelenjar endokrin ialah kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskan hormon-hormon itu secara terus ke dalam aliran darah

2. Darah mengangkut hormon di seluruh badan ke sel sasaran. Maka,hormon dapat mengawal atur aktiviti di dalam tisu dan organ yang terletak dari kelenjar.

3. Gerak balas terhadap hormon adalah perlahan dan berkekalan berbanding dengan gerak balas badan terhadap impuls saraf.

4. Bagaimana sistem endokrin melengkapi sistem saraf

1. Sesetengah proses seperti kitar haid,perkembangan ciri seks sekunder dan pertumbuhan tidak dikawal atur oleh sistem saraf secara langsung . Sistem endokrin melengkapi sistem saraf dengan menjalankan pelbagai proses badan.

Sistem saraf

Sistem endokrin

Terdapat satu rangkaian neuron

Terdapat kelenjar tanpa duktus

Komunikasi berlangsung melalui impuls saraf elektrokimia

Komunikasi berlangsung melalui bahan biokimia atau hormon-hormon

Merangsang pengecutan otot atau rembesan dari kelenjar

Merangsang perubahan dalam metabolisme

Kesan yang dihasilkan adalah dalam beberapa milisaat

Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan kesan. Biasanya beberapa minit dan beberapa jam

Kesan jangka masa pendek

Kesan jangka masa panjang

Kelenjar endokrin

Hormon

Fungsi

Kelenjar pituitari

Hormon antidiuresis

Merangsang ginjal menyerap semula air dari tubul pengumpul

Hormon perangsang folikel

Merangsang penhasilan ovum dan sperma yang matang

Hormon peleutinan

Merangsang pengovulan dan pembentukan korpus luteum pada perempuan dan merangsang penghasilan hormon seks pada lelaki

Hormon perangsang tiroid

Mengawal sintesis dan pembebasan tiroksina daripada kelenjar

Hormon pertumbuhan

Mengawal sintesis protein dan pertumbuhan

Kelenjar tiroid

Tiroksina

Mengawal atur metabolisme badan dan membantu dalam perkembangan fizikal dan mental yang normal

Kelenjar adrenal

Adrenalina

Meningkatkan kadar denyutan jantung,kadar pernafasan,kadar metabolisme,tekanan darah,pengaliran darah ke oto dan aras glukosa.

Aldosteron

Mengawal atur penyerapan semula ion natrium di dalam ginjal

Pankreas

Insulin

Mengawal atur aras gula darah dengan menukarkan glukosa berlebihan kepada glukagon yang di simpan di dalam hati dan sel otot serta menurunkan aras glukosa dalam darah

Glukagon

Mengawal atur aras gula darah dengan merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dan menaikkan aras glukosa dalam darah

Ovari

Estrogen

Merangsang perkembangan ovum ,organ pembiakan perempuan dan ciri-ciri seks sekunder perempuan

Progesteron

Menyediakan uterus untuk penempelan embrio yang berkembang

Testis

Testosteron

Merangsang penghasilan sperma,perkembangan testis dan ciri-ciri seks sekunder lelaki

Terangkan perembesan hormon yang dikawal atur oleh hormon yang lain:

1. Hormon perangsang tiroid mengawal atur pembebasan hormon tiroksina

2. Aras tiroksina yang tinggi merencatkan pembebasan hormon perangsang tiroid dan menghentikan pembebasan tiroksina yang berlebihan

3. Aras tiroksina yang rendah akan merangsang perembesan hormon perangsang tiroid. Hormon ini merangsang tiroid untuk merembeskan tiroksina.

Terangkan perembesan hormon yang dikawal atur oleh aras sesetengah bahan

1. Aras glukosa boleh mengawal perembesan hormon

2. Aras glukosa yang tinggi boleh merangsang pankreas merembeskan insulin. Glukosa yang berlebihan ditukarkan kepada glikogen dan ini mengurangkan aras glukosa dalam darah

3. Aras glukosa yang rendah akan mencetuskan perembesan glukagon di mana glikogen ditukarkan kepada glukosa dan ini akan meningkatkan aras glukosa dalam darah.

Terangkan perembesan hormon yang dikawal oleh sistem saraf.

1. Perembesan hormon boleh di kawal atur melalui mekanisme suap balik negatif

2. Apabila hipotalamus mengesan kekurangan sesetengah hormon dalam darah. Perembesan hormon dari kelenjar pituitari akan dirangsang.

3. Sebaliknya jika aras hormon dalam darah meningkat . Hipotalamus akan bertindak mencetuskan tindakan perencatan terhad kelenjar pituitari

Huraikan secara ringkas koordinasi yang terlibat dalam kedua-dua sistem saraf dan sistem endokrin dalam keadaan lawan atau lari

1. Apabila rangsangan diterima,impuls saraf dihantar dari reseptor ke otak .Maklumat ditafsir dan impuls sara dihantar ke kelenjar adrenal dari otak

2. Kelenjar adrenal di rangsang untuk membebaskan adrenalina yang meningkatkan kadar denyutan jantung,pengaliran darah ke otot,kadar pernafasan dan aras glukosa dalam darah. Kesan-kesan ini meningkatkan tenaga untuk membantu melawan situasi stres.

Konsep Homeostasis Dalam Manusia

Apakah homeostasis

Homeostasis ialah suatu proses di mana faktor-faktor fizikal dan kimia dalam persekitaran dalam badan dikekalkan secara tetap

faktor fizikal yang terlibat dalam homeostasis?

1. suhu dan tekanan darah

faktor kimia yang terlibat dalam homeostasis?

1. tekanan separa oksigen dan karbon dioksida,tekanan osmosis serta aras gula

kepentingan homeostasis

1. untuk mengawal atur dan mengekalkan satu keadaan keseimbangan dinamik yang statik

2. untuk memastikan proses fisiologi dalam badan dapat diteruskan pada kadar yang optimum

3. untuk memastikan organisma dapat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan persekitaran,

Tekanan separa osmosis darah dengan kadar penghasilan oksigen

1. apabila kepekatan air kencing dalam darah menjadi terhad,air kencing menjadi pekat dan tekanan osmosis darah meningkat.Dalam ginjal lebih air diserap semula ke dalam darah dan kuantiti air kencing yang dihasilkan adalah kurang

2. apabila pengambilan air adalah berlebihan,tekanan osmosis darah menjadi rendah. Kandungan air dalam darah adalah tinggi. Jadi,kadar penyerapan air di ginjal adalah sedikit. Maka air kencing yang dihasilkan adalah tinggi dan cair.