peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah bab 1 5 assignment

61
GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH 1 BAB 1 PENGENALAN Pendahuluan Golongan pendidik merupakan golongan yang bertanggungjawab melahirkan murid yang menepati keperluan negara serta seiring dengan falsafah pendidikan negara. Para guru khususnya Guru Pendidikan Islam memegang amanah yang berat dapat merealisasikan falsafah pendidikan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mendidik tetapi guru juga berperanan sebagai pembimbing para pelajar. Untuk merealisasikan peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah, para guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap pengajaran mata pelajaran pendidikan islam. Semangat dan komitmen yang tinggi guru pendidikan islam merupakan kayu ukur untuk meyakinkan para pelajar tentang keupayaan dan kepakaran guru pendidikan islam terhadap bidang di ajar. Guru pendidikan islam juga hendaklah sentiasa menjaga kualiti penyampaian pengajaran di dalam kelas. Peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing pelajar tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan kerjasama dari pelajar, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Guru pendidikan islam boleh melaksanakan peranan sebagai pembimbing dengan menggunakan beberapa kaedah berikut iaitu : a) Guru pendidikan islam perlu berusaha merapatkan jurang diantara guru dengan pelajar dengan membina hubungan silaturrahim yang lebih erat. Guru disarankan agar mengambil berat latar belakang keluarga pelajar agar guru dapat mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah atau sebaliknya. b) Guru pendidikan islam menjaga teknik komunikasi ketika berhadapan dengan pelajar. Kata-kata guru mestilah sopan, teratur, tidak mengguriskan hati pelajar serta tidak menyebabkan pelajar hilang keyakinan untuk berkomunikasi dengan guru kerana sikap guru yang sombong dan tutur kata yang tidak sopan. c) Guru pendidikan islam hendaklah berusaha menjawab persoalan pelajar dengan penuh hikmah dan bersifat ilmiah walaupun soalan itu telah ditanya berulang kali

Upload: norzamzila-baba

Post on 28-May-2015

1.731 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

peranan guru sebagai pembimbing

TRANSCRIPT

Page 1: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

1

BAB 1

PENGENALAN

Pendahuluan

Golongan pendidik merupakan golongan yang bertanggungjawab melahirkan murid yang

menepati keperluan negara serta seiring dengan falsafah pendidikan negara. Para guru

khususnya Guru Pendidikan Islam memegang amanah yang berat dapat merealisasikan

falsafah pendidikan negara.

Tugas guru bukanlah sekadar mendidik tetapi guru juga berperanan sebagai

pembimbing para pelajar. Untuk merealisasikan peranan guru pendidikan islam sebagai

pembimbing di sekolah, para guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap

pengajaran mata pelajaran pendidikan islam.

Semangat dan komitmen yang tinggi guru pendidikan islam merupakan kayu ukur

untuk meyakinkan para pelajar tentang keupayaan dan kepakaran guru pendidikan islam

terhadap bidang di ajar. Guru pendidikan islam juga hendaklah sentiasa menjaga kualiti

penyampaian pengajaran di dalam kelas.

Peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing pelajar tidak dapat

dilaksanakan tanpa sokongan dan kerjasama dari pelajar, pihak pengurusan sekolah, ibu

bapa dan masyarakat. Guru pendidikan islam boleh melaksanakan peranan sebagai

pembimbing dengan menggunakan beberapa kaedah berikut iaitu :

a) Guru pendidikan islam perlu berusaha merapatkan jurang diantara guru dengan

pelajar dengan membina hubungan silaturrahim yang lebih erat. Guru disarankan

agar mengambil berat latar belakang keluarga pelajar agar guru dapat

mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah atau sebaliknya.

b) Guru pendidikan islam menjaga teknik komunikasi ketika berhadapan dengan

pelajar. Kata-kata guru mestilah sopan, teratur, tidak mengguriskan hati pelajar serta

tidak menyebabkan pelajar hilang keyakinan untuk berkomunikasi dengan guru

kerana sikap guru yang sombong dan tutur kata yang tidak sopan.

c) Guru pendidikan islam hendaklah berusaha menjawab persoalan pelajar dengan

penuh hikmah dan bersifat ilmiah walaupun soalan itu telah ditanya berulang kali

Page 2: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

2

oleh pelajar yang lain.

d) Selain itu, guru pendidikan islam perlu memberi perhatian kepada pelajar dengan

berusaha mengingati nama-nama pelajar dan memanggil nama pelajar dengan

penuh hikmah.

e) Apabila pelajar dapat menjawab soalan dan dapat melontarkan pandangan juga

idea, guru perlu menunjukkan minat dan kesungguhan serta mengucapkan ucapan

terima kasih.

Pernyataan Masalah Kajian

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan

sesebuah Negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu usaha

membangunkan generasi muda sekarang supaya menjadi rakyat yang berkualiti dan bermutu

tinggi yang akan menjadi aset kepada negara di masa hadapan.

Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus

hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang

diterima (Ross dan Wu, 1996). Tugas yang amat berat ini dipikul oleh golongan pendidik bagi

mencorakkan bakal pemimpin negara di masa akan datang. Selain meyampaikan ilmu,

segala tingkah laku serta tutur kata guru akan dicontohi oleh murid.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) dan Institut

Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF),

personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi

pelajar ponteng sekolah. Berdasarkan rekod kementerian, pada tahun 2010, menunjukkan

seramai 111,484 murid terbabit dalam pelbagai masalah disiplin, dan untuk kes ponteng

sekolah adalah sebanyak 19,545 kes.

Adakah golongan pendidik atau guru di Malaysia ini sudah bersedia fizikal dan

mental bagi membimbing anak bangsa? Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara

tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iatu mewujudkan

sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai-

nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur

(Becker, 2003). Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang

berlanjutan, tersusun dan sistematik. Tujuannya adalah untuk membantu murid melalui daya

usahanya mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak

Page 3: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

3

masyarakat. Di samping mampu menolong murid memahami diri dan dunia mereka yang

berasal dari pelbagai latar belakang, yang mempunyai bermacam kebolehan. Pendekatan

setiap individu adalah berlainan bagi memastikan perjalanan sistem pendidikan berjalan

lancar.

Oleh itu, seorang guru wajarlah mempunyai kualiti peribadi, profesional dan sosial

yang baik yang boleh diteladani oleh anak didiknya. Peranan guru sebagai pembimbing yang

berkesan haruslah diambil berat oleh setiap warga pendidik di Malaysia. Pendekatan setiap

individu adalah berlainan bagi memastikan perjalanan sistem pendidikan berjalan lancar. Oleh

itu, seorang guru wajarlah mempunyai kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik yang

boleh diteladani oleh anak didiknya. Peranan guru sebagai pembimbing yang berkesan

haruslah diambil berat oleh setiap warga pendidik di Malaysia.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Mengetahui tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di

sekolah.

2. Mengetahui bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam sebagai

pembimbing di sekolah.

3. Mengetahui ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di

sekolah.

Soalan Kajian

1. Sejauhmana tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di

sekolah ?

2. Apakah bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah ?

3. Apakah ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di

sekolah?

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan kerana pengkaji merasakan peranan guru pendidikan islam khususnya

bukan sahaja sebagai pendidik bahkan lebih daripada itu. Guru pendidikan islam juga

berperanan sebagai pembimbing di sekolah terutamanya pembimbing kepada pelajar. Hasil

Page 4: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

4

dapatan kajian diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar, golongan pendidik,

pihak pengurusan, ibu bapa dan masyarakat.

Kepentingan kepada pelajar

Kajian ini diharap dapat membuka minda pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah

menengah agar memahami peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah.

Mereka boleh merujuk kepada guru pendidikan islam apabila terdapat persoalan agama,

akademik, masalah kekeluargaan dan lain-lain. Pelajar memebri kepercayaan kepada guru

pendidikan islam untuk membantu menyelesaikan masalah mereka hadapi. Lantaran itu,

secara tidak langsung hubungan guru pendidikan islam dengan pelajar dapat dieratkan.

Kepentingan kepada golongan pendidik

Pengkaji berharap hasil dapatan dari kajian ini dapat membantu golongan pendidik

khususnya kepada guru Pendidikan Islam agar menjadikan dirinya lebih bersedia untuk

menjadi pembimbing kepada pelajar malah pembimbing kepada rakan sekerja. Di harapkan

juga guru pendidikan islam dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada pelajar

dan menjadi role model kepada pelajar dalam meneruskan kehidupan seharian

Selain itu, di harapkan juga melalui kajian ini dapat mendorong pendidik sentiasa

bersikap terbuka dalam menerima kritikan, sentiasa bermuhasabah diri dengan menyedari

setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan, serta berusaha menimba ilmu pengetahuan

dengan memperbanyakkan aktiviti membaca, menelaah, menghadirkan diri ke majlis-majlis

ilmu, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, bijak menguruskan masa,

emosi dan tekanan kerja.

Kajian ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada guru pendidikan islam dalam

membina keyakinan diri dengan mempercayai kebolehan dan kelebihan diri. Guru perlu

sentiasa berfikiran positif, memberi perhatian kepada pelajar, menghormati pandangan atau

idea yang diberikan oleh pelajar dan memberikan bimbingan dan bantuan kepada pelajar

yang memerlukan.

Kepentingan kepada pihak pengurusan

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan sekolah dalam

Page 5: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

5

menyedari tugas dan peranan seorang guru khususnya guru pendidikan islam sebagai

seorang pembimbing adalah sangat berat dalam merealisasikan pembentukan akhlak mulia

dalam kalangan pelajar sekolah serta dalam membina dan menjaga hubungan sesama guru

serta kakitangan sekolah.

Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu memberi idea bernas

kepada pihak pengurusan sekolah agar dapat meneydiakan kelas bimbingan bagi pelajar

yang bermasalah akhlak, akidah, ibadah atau lain-lain hal berkaitan agama islam. Ia dapat

memudahkan guru pendidikan islam menjalankan peranan mereka sebagai pembimbing.

Kepentingan kepada ibu bapa

Pengkaji berharap hasil dapatan kajian ini dapat membuka minda dan mengubah persepsi

negatif ibu bapa terhadap para guru khususnya guru pendidikan islam yang segelintir ibu

bapa menyalahkan guru apabila anak-anak mereka gagal mendapatkan keputusan yang

baik atau anak-anak mereka terjebak ke dalam gejala sosial.

Ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan kepada guru pendidikan islam agar

mereka dapat memberi bimbingan dan dorongan kepada pembentukan akhlak mulia dan

pemantapan akidah para pelajar ke arah jalan hidup yang diredhai Allah serta mendapat

kejayaan dalam bidang akademik. Ibu bapa adalah disaran agar dapat bekerjasama dengan

para guru dalam merealisasikan para pelajar yang mantap pembentukan sahsiahnya.

Kepentingan kepada masyarakat

Pengkaji juga berharap hasil dapatan kajian ini dapat membantu mengubah cara berfikir

masyarakat terhadap tugas dan peranan guru yang semakin mencabar di era

perkembangan teknonolgi komunikasi dan era globalisasi ini. Masyarakat perlu memahami

peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah adalah untuk melahirkan

pelajar yang cemerlang akademik disamping akidah dan pegangan agama yang kuat.

Masyarakat seharusnya menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh guru

pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah. Tidak seharusnya masyarakat bertindak

menuding jari kepada guru pendidikan islam apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak

diingini terhadap golongan pelajar. Kepekaan masyarakat terhadap peranan guru

pendidikan islam sebagai pembimbing dapat membantu memudahkan guru menjalankan

Page 6: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

6

tanggungjawab mereka.

Limitasi Kajian

a) Batasan tajuk

Kajian ini membincangkan kepada peranan guru Pendidikan Islam sebagai

pembimbing di sekolah. Peranan guru sebagai pembimbing sangat luas dan pengkaji

telah memfokuskan kepada tiga aspek sahaja untuk kajian ini iaitu pembimbing ke

arah pembentukan sahsiah murid, pembimbing ke arah pembentukan emosi yang

stabil dan pembimbing ke arah cintakan agama. Aspek-aspek bimbingan yang

lainnya tidak diambil kira.

b) Batasan lokasi kajian

Kajian ini hanya melibatkan sekolah-sekolah rendah yang berada dalam pentadbiran

Pejabat Pelajaran Klang sahaja. Kajian ini juga hanya melibatkan empat buah

sekolah sahaja. Empat sekolah yang dipilih itu adalah bagi mewakili kawasan luar

bandar dan bandar dalam daerah Klang. Maka dapatan kajian ini boleh

digeneralisasikan untuk mendapat gambaran sebenar populasi di daerah Klang.

Manakala sekolah-sekolah rendah yang dimaksudkan juga hanya melibatkan

sekolah kebangsaan dan tidak termasuk dalam kajian ini mana-mana sekolah jenis

kebangsaan sama ada sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil.

Definisi Operasional

Peranan.

Peranan merujuk kepada pelaku kepada sesuatu situasi atau tugas (Kamus Dewan, 1996).

Abdul Rauf Dalip (1985), menyenaraikan empat peranan guru agama seperti berikut :

a) Menyedari bahawa mereka sebagai ikutan dan teladan kepada pelajar dalam segala

hal.

b) Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah dalam hati para pelajar.

c) Mendedahkan kepada pelajar kepada pelbagai bentuk ibadat yang wajib dikerjakan

Page 7: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

7

dan cara melakukannya.

d) Menimbulkan semangat dan minat pelajar untuk mempraktikkan ajaran agama.

Guru Pendidikan Islam.

Guru membawa maksud orang yang mengajar, mendidik dan membimbing (Kamus Dewan,

1996). Guru pendidkan Islam dalam kajian ini membawa maksud guru yang mengajar mata

pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Abdul Halim el-Muhammadi (1991), menyatakan guru Pendidikan Islam perlulah

mempunyai sifat-sifat berikut :

a) Zuhud (mencari ilmu kerana mencari keredhaan Allah).

b) Bersih jiwa.

c) Menjaga kehebatan dan kehormatan diri.

d) Memahami tabiat murid.

e) Mengasihi dan memahami murid sebagai seorang ibu / bapa.

Faktor peribadi guru, keilmuan dan kemahirannya menarik minat murid amat penting

untuk merealisasikan matlamat pendidikan dalam membentuk generasi baru yang

berwibawa.

Abdullah Kipli (1994) menyenaraikan antara kriteria yang harus dimiliki oleh seorang

guru yang baik adalah :

a) Bersemangat dan berkeyakinan

Ia melibatkan gerak geri yang menarik perhatian murid kepada sesuatu perkara yang

ingin disampaikan kepada semua muridnya sama ada dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran formal atau tidak formal melibatkan tingkah laku, emosi dan

sebagainya.

b) Bersifat cemerlang

Guru perlu sentiasa cemerlang dalam semua aspek supaya ia dapat menjadi contoh

ikutan kepada semua murid. Guru perlulah cemerlang dalam ilmu pengetahuan,

kemahiran teknologi, pengajaran, penampilan diri, akhlak, pertuturan dan

keagamaan.

Page 8: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

8

c) Berkeupayaan memimpin/membimbing

Kepimpinan ialah sifat yang dinamis dalam diri seorang individu yang sentiasa

mahukan perubahan dan kemajuan. Kepimpinan amat penting kepada para guru.

Seorang guru perlu menunjukkan kebolehan dan kemampuannya sebagai pemimpin

dan pembimbing untuk mengawal sesuatu situasi. Ini termasuklah kebolehan untuk

membimbing murid dengan penuh sabar dan tabah.

d) Peka

Guru juga perlu sentiasa peka terhadap semua murid. Guru yang peka ialah guru

yang memahami dan menghayati keseluruhan proses pembelajaran di dalam

mahupun di luar kelas.

Pembimbing

Pembimbing merupakan orang yang membimbing atau memimpin (Kamus Dewan, 1996).

Pembimbing dirujuk sebagai pelaksana kepada proses membantu seseorang individu

membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan

berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai

dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik.

Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan beberapa perkara yang memberi

pengenalan awal bagi tajuk yang dikaji iaitu mengetahui peranan Guru Pendidikan Islam

sebagai pembimbing di sekolah.

Jika dilihat, tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Guru Pendidikan Islam

adalah sama dengan guru-guru lain termasuklah guru bimbingan dan kaunseling iaitu

bertujuan untuk memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada murid-murid.

Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan tiga objektif utama iaitu mengetahui

adakah Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing, mengetahui bentuk-bentuk

bimbingan dan juga ciri-ciri mereka sebagai pembimbing di sekolah. Ketiga-tiga objektif ini

dirasakan paling bersesuaian untuk dikaji bagi mengetahui peranan Guru Pendidikan Islam

sebagai pembimbing di sekolah.

Page 9: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

9

Kesimpulannya, hasil daripada bab 1 ini adalah pengkaji ingin mengupas peranan

yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah sama ada mereka bertindak sebagai

pembimbing atau tidak sepanjang menjalankan tanggungjawab mendidik dan mengajar

murid-murid di sekolah.

Page 10: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan

membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan Elo, 1996). Tunjang kepada

pendidikan berkualiti adalah guru yang berkualiti yang mampu membimbing anak didiknya

berjaya. Personaliti guru yang peramah dan mudah mesra akan menzahirkan pandangan

pertama yang baik sebagai seorang pembimbing yang berkesan. Manakala anak didiknya

pula mempunyai seribu macam ragam yang perlu difahami. Bimbingan yang berterusan

boleh mendatangkan hasil yang diidamkan.

Bentuk bimbingan yang perlu diterapkan perlulah bersesuaian dengan murid itu

sendiri. Setiap murid memerlukan pendekatan berbeza yang harus difikirkan oleh para

pembimbing yang bijak. Seorang pembimbing atau guru itu sendiri perlu memastikan

muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam

hidupnya. Sekiranya murid tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah

peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru, guru haruslah

berperanan sebagai pembimbing kepada murid dalam pembelajaran mereka dan masalah

kehidupan harian yang dihadapi.

Pendidikan Islam di Malaysia

Pendidikan islam di malaysia dapat dijelaskan kepada beberapa aspek iaitu definisi

pendidikan islam, matlamat pendidikan islam dan bidang pendidikan islam.

Definisi Pendidikan Islam.

Pendidikan Islam mengikut takrifan Abdul Halim El- Muhammady (1993) adalah proses

mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu,

Page 11: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

11

al-quran dan as-sunnah, pengalaman salaf al-salih serta ilmuan muktabar. Proses tersebut

bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh serta mampu untuk memikul tanggungjawab

sebagai khalifah seperti mana yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya

manusia mengimarahkan alam ini demi kebahagiaan hidupnya di dunia mahupun di akhirat.

Pandangan Abd Halim Mat Diah 1989 pula menyatakan pendidikan islam adalah

proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh

pendidik untuk membentuk manusia muslim berdasarkan ajaran agama Islam. Pendidikan

Islam juga adalah bertujuan untuk mendidik murid agar berakhlak mulia, mendidik roh (jiwa)

manusia supaya sempurna, mengasuh murid dan membiasakan murid dengan adab-adab

yang mulia, menjaga kebersihan, kesucian, keihklasan serta mengamalkan amalan mulia.

Matlamat Pendidikan Islam.

Pendidikan Islam mempunyai dua matlamat utama, pertamanya adalah untuk membentuk

serta memperkembangkan insan agar dapat menjadi muslim yang mempunyai ilmu,

beriman, beramal soleh serta berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta

bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.

Matlamat yang kedua pula adalah melahirkan insan yang taat kepada Allah, hidup

dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredhaan

dan kesejahteraan di akhirat.

Bidang Pendidikan Islam

Pendidikan Islam terbahagi kepada beberapa bidang yang meliputi aspek serta memenuhi

segala keperluan hidup manusia. Bahagian tersebut adalah pendidikan al-Quran,

pendidikan akidah, pendidikan fekah, pendidikan sirah, pendidikan tasawwur islam dan

pendidikan akhlak.

Pendidikan al-Quran menerapkan kemahiran serta nilai membaca ayat al-Quran

dengan betul dan fasih. Selain itu, mempelajari memahami terjemahan al-quran serta dapat

mengambil pengajaran atau iktibar dari peristiwa-peristiwa yang telah diceritakan di dalam

al-Quran.

Pendidikan akidah pula menanamkan mengenai perkara iman, islam dan ihsan serta

Page 12: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

12

menghubungkaitkannya dengan realiti keperluan hidup manusia yang memerlukan asas

akidah yang mantap, agar manusia muslim dapat mengharungi cabaran sekularisme yang

semakin meluas.

Pendidikan fekah pula menyentuh kepada persoalan ibadat iaitu ibadat khusus serta

ibadat umum yang menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk menunaikannya.

Lebih mudah lagi dikategorikan kepada ibadah fardhu ain dan ibadah fardhu kifayah.

Pendidikan tasawwur islam pula menjelaskan tentang konsep agama islam itu

sendiri, keistimewaan agama islam, islam sebagai cara hidup individu muslim (ad-din), seta

dasar-dasar asas cara hidup muslim.

Pendidikan akhlak pula menerangkan perkara berkaitan konsep akhlak seperti

pengertian akhlak, akhalk kepada agama, kepentingan akhlak, unsur-unsur akhlak islam

serta matlamat pengaplikasian akhlak dalam kehidupan.

Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia.

Sebelum kemerdekaan.

Sejarah awal pendidikan islam di Malaysia yang dahulunya dikenali dengan Tanah Melayu

bermula semenjak terdirinya kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 masihi. Pada ketika

ini tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru agama yang merupakan golongan

pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera yang berketurunan sayid

dan syeikh. Mereka ini ada yang berasal dari Mesir, China, India, Jawa dan Parsi. Ilmu yang

dipelajari adalah berkaitan ilmu fiqh dan ilmu pengajaran al-Quran.

Penyebaran agama islam ke Tanah Melayu mendorong kepada perkembangan

pendidikan islam, ianya bermula dari istana, para sultan atau raja belajar dengan syeikh-

syeikh seterusnya berkembang kepada golongan pembesar-pembesar istana dan

seterusnya kepada orang awam.

Pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah tidak

teratur dan tidak bersifat kebangsaan. Terdapat pelbagai jenis sistem persekolahan

antaranya sekolah Inggeris yang menggunakan pendekatan sistem gramar di England.

Corak persekolahan pada zaman penjajahan tidak ada integrasi malah saling berpecah

Page 13: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

13

belah antara pendidikan missionary dengan sekolah agama termasuklah sekolah pondok.

Lebih dari itu wujud pula sistem persekolahan bangsa iaitu cina dan tamil. British

telah menggunakan dasar “pecah dan perintah” dan telah berjaya mengasingkan proses

pendidikan mengikut kaum. Penjajahan dari Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun telah

member kesan kepada corak pendidikan islam di Tanah Melayu.

Penang Free School telah ditubuhkan pada 1816, Raffle Institution pada 1823,

Malaka Free School 1878 telah memberi kesan dan persaingan kepada perkembangan

institusi pendidikan islam di Tanah Melayu. Pihak penjajajah juga telah memperkembangkan

sistem pendidikan aliran mereka dengan memberikan bantuan seperti menyediakan

infrastruktur, pentadbiran dan bantuan buku-buku. Pada ketika itu, perkembangan dan

bantuan kepada sekolah agama diserahkan kepada rakyat. Malah, lulusan dari sekolah

agama tidak akan diiktiraf oleh penjajah.

Selepas kemerdekaan.

Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, sistem persekolahan di Tanah Melayu di

bina semula agar sistem lebih tersusun. Revolusi pendidikan berlaku dengan terbentuknya

satu pendidikan kebangsaan. Berdasarkan sistem ini semua pelajar tanpa mengira kaum,

akan mempelajari dan akan menggunakan kurikulum serta bahasa yang sama.

Sistem pendidikan kebangsaan ini bertujuan untuk membentuk rakyat yang setia

dan bersatu padu. Kesan dari sistem pendidikan kebangsaan ini telah mendorong kepada

terbentuknya pelbagai laporan, penyata, ordinan, akta serta jawatankuasa pelajaran untuk

melahirkan rakyat yang setia dan bersatu padu. Sistem pendidikan di Tanah Melayu boleh

dilihat berdasarkan kronologi pada era di pendidikan Malaysia pada zaman selepas

kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1988.

Antaranya ialah Jawatankuasa Barnes dan Fenn Wu, Penyata Razak pada tahun

1956, di susuli dengan Ordinan Pelajaran pada tahun 1957, Penyata Rahman Talib pada

tahun 1960, Akta pelajaran pada tahun 1961, penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) pada tahun 1980 dan dilaksanakan pada tahun 1982 dan pelaksanaan Kurikulum

Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988.

Laporan Penyata Razak pada tahun 1956 adalah merupakan asas kepada sistem

Page 14: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

14

dan dasar pendidikan yang telah mencadangkan agar sistem pendidikan di Tanah Melayu

haruslah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan menjadikan bahasa melayu

sebagai bahasa kebangsaan. Ia bertujuan untuk mewujudkan penyatuan pendidikan di

Tanah Melayu.

Berdasarkan Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957 dan Penyata Rahman

Talib 1960 telah meletakkan pendidikan islam ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Seterusnya di dalam Akta Pelajaran 1961 telah menjadikan pendidikan islam sebagai mata

pelajaran yang dimasukkan ke dalam jadual waktu serta diperuntukkan masa belajar

sebanyalk 120 minit seminggu.

Pada penghujung tahun 1970 an dan awal tahun 1980 an telah tertubuhnya Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 1979, manakala pada tahun yang sama

juga telah tertubuhnya Fakulti Pengajian Islam di UKM dan Maktab Perguruan Islam telah

ditubuhkan pada tahun 1975.

Guru Pendidikan Islam di Malaysia

Pada masa kini para guru khususnya guru Pendidikan Islam menghadapi cabaran yang

hebat kesan daripada kepesatan dan pembangunan negara serta perkembangan era

globalisasi. Hal ini telah memberi impak kepada sistem pendidikan khususnya mata

pelajaran pendidikan islam. Tugas sebagai seorang pendidik yang mencorak generasi

muda yang akan menerajui masa depan negara semakin mencabar. Cabaran inilah yang

akan mementukan kematangan dan kebijaksanaan para guru khususnya guru pendidikan

islam dalam menyampaikan ilmu dengan teknik dan kaedah yang sesuai dengan

perkembangan zaman.

Guru-guru pendidikan islam mestilah mempunyai beberapa ciri dalam meningkatkan

kemahiran serta menjadikan guru sebagai pendidik yang cemerlang. Ciri utama ialah

seorang guru hendaklah mempunyai pegangan agama yang kuat. Mohammad Shatar

(2006) pendidik yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa memastikan

setiap tugasnya serta segala tanggungjawabnya yang diamanahkan keatasnya dilakukan

dengan penuh komitmen dan tanpa ada perasaan menyesal, mengeluh dan membebankan.

Selain itu, guru pendidikan islam perlu bersikap pemurah dalam menyampaikan ilmu

kepada para pelajar. Perkongsian ilmu diantara guru dan pelajar dapat meningkatkan

Page 15: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

15

kemahiran berfikir pelajar serta menambah ilmu pengetahuan sedia ada pelajar. Guru juga

berperanan untuk merangsang daya pemikiran pelajar agar pelajar dapat mengeluarkan

idea serta mengubah gaya berfikir pelajar melalui pendekatan pemikiran di luar kotak.

Guru pendidikan islam haruslah menjaga penampilan dirinya seperti sentiasa

berpakaian kemas, sentiasa menjaga kebersihan diri, sentiasa melemparkan senyuman

kepada pelajar, mencerminkan sahsiah yang baik serta menjadi contoh tauladan kepada

pelajar. Dengan menjaga penampilan diri bukan sahaja memberi keselesaan kepada guru

sendiri bahkan ia boleh menjadi galakkan dan dorongan kepada pelajar disamping menarik

minat pelajar ketika berada di dalam kelas.

Guru pendidikan islam perlu menghargai masa serta menepati masa yang telah

diperuntukkan kepadanya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

sama ada secara formal atau tidak formal. Mereka perlu bijak didalam menguruskan masa

yang amat mengharga dengan merancang dan mengatur masa dengan bijak mengikut

keutamaan dan kepentingan. Mohammad Shatar (2006) antara tips yang boleh diaplikasikan

oleh pendidik dalam menguruskan masa ialah :

a) Mendisiplinkan pelajar tentang kepentingan menjaga, menghargai dan menepati

masa.

b) Tiba lebih awal dari masa yang telah dijadualkan.

c) Membuat jadual kerja yang lebih efektif.

d) Menggunakan masa dengan baik.

e) Jangan bersikap bertangguh kerja.

f) Menyusun perkara mengikut keutamaan.

Guru pendidikan islam perlu lebih kreatif dalam usaha mempelbagaikan teknik

penyampaian dan proses perpindahan maklumat supaya pelajar lebih bersedia menerima

sesuatu maklumat. Lantaran itu, para guru umumnya perlu bijak merancang pengajaran

berdasarkan sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh pihak berwajib agar proses

pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat dan falsafah pendidikan yang telah

ditetapkan.

Selain itu, guru pendidikan islam juga berperanan sebagai pembimbing kepada

pelajar. Mereka perlu sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada pelajar-

pelajar yang memerlukan khidmat atau bantuan darinya serta sentiasa berasa simpati dan

Page 16: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

16

belas kasihan kepada pelajar yang memerlukan dan pelajar yang kurang bernasib baik.

Penguasaan guru pendidikan islam terhadap ilmu yang berkaitan psikologi, personaliti,

motivasi, komunikasi dapat membantu guru pendidikan islam menjalankan peranannya

sebagai pembimbing di sekolah.

Guru pendidikan islam juga berperanan sebagai pembimbing di dalam pembentukan

akhlak dan sahsiah diri pelajar. Oleh itu, guru hendaklah memastikan dirinya memahami dan

dapat menguasai teknik asas kaunseling dan sentiasa bersabar dengan karenah pelajar.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya konflik diantara sesama guru

antaranya ialah komunikasi, penampilan diri dan emosi. Zanariah (2009) dapatan kajiannya

menunjukkan dengan min 3.03 bahawa faktor komunikasi merupakan salah satu dari

penyebab berlakunya konflik diantara guru-guru pendidikan islam.

Peranan Guru Menurut Perspektif Islam

Dalam konteks pendidikan, istilah guru juga dikenali sebagai istilah pendidik. Pendidik

bertugas sebagaimana tugas yang dilaksanakan oleh guru. Guru sebagai model teladan

bagi anak didiknya di sekolah sehingga mereka menjadikan guru sebagai cerminan yang

harus ditiru dan dicontohi segala sikap dan perilakunya. Sedangkan pendidik adalah orang

dewasa yang bertanggung jawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didiknya

dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu

melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah, khalifah di muka bumi, sebagai makhluk

sosial dan sebagai individu yang sanggup berdiri sendiri (Nur Ubiyati, 1997). Justeru,

pendidik merupakan stilah lain yang digunakan untuk mengambarkan makna guru.

Dalam konteks pendidikan Islam, banyak istilah yang digunakan untuk menunjukkan

makna guru. Terdapat enam istilah dalam Islam yang mempunyai makna yang sama

dengan guru. Muhaimin (2003) menyatakan enam istilah tersebut adalah :

1. Ustadz

Ustadz adalah kata pinjaman daripada bahasa Arab yang mempunyai maksud di

dalam bahasa Melayu sebagai tuan atau guru agama ( lelaki ). Dalam masyarakat

Melayu, ustadz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran

agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya.

2. Mu’allim

Page 17: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

17

Mu’allim menurut bahasa berasal dari allama yang mempunyai makna ja’alahu

ya’lamuha ( Louis Ma’luf, 1986 ). Istilah ini berasal dari allama merupakan fi’il mazid

dari alima yang bermakna arafahu au tayaqqona ( mengetahui dan meyakininya ).

Maka mu’allim bererti orang yang mengajarkan. Muallim juga dikenali sebagai ahli

agama, atau guru agama, juga diertikan sebagai penunjuk jalan. Dua makna tersebut

apabila digabungkan mengandungi makna bahwa mu’allim adalah seorang ahli

agama, guru agama yang berfungsi menunjukkan jalan kehidupan duniawi ini.

3. Murabbi

Murabbi berasal daripada kalimah raba’ nasya’a yang bermaksud tumbuh atau

berkembang ( Louis Ma’luf, 1986 ). Istilah ini berasal dari rabbai merupakan fi’il

mazid dari raba yang bererti tumbuh, berkembang. Maka murabbi bermaksud orang

yang menumbuhkan atau mengembangkan.

4. Mursyid

Mursyid juga merupakan salah satu istilah yang digunakan untuk menggelarkan guru

dalam pendidikan Islam. Istilah ini lebih banyak digunakan dalam dunia thariqat.

Mursyid merupakan isim fa’il dari arsyada yang mempunyai makna memberi

petunjuk ( Louis Ma’luf, 1986 ). Arsyada merupakan fi’il mazid dari rasyada dengan

tambahan hamzah di depan yang bererti memberi petunjuk, nasihat. Maka mursyid

adalah orang yang memberikan petunjuk atau nasihat.

5. Mudarris

Mudarris berasal dari kata darasa. Bermaksud pengajar yang selari dengan

perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran

dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal

yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri

memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

6. Mu’addib.

Mu’addib berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga

membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk

adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi

membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat

melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada

masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi

Page 18: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

18

mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang

tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Guru dalam konteks pendidikan Islam sebenarnya adalah seseorang yang

bertanggunggjawab terhadap perkembangan anak didiknya, sebagaimana pendidikan pada

umumnya. Dalam Islam orang yang paling bertanggungjawab terhadap perkembangan anak

didiknya adalah orang tua iaitu ibu dan bapa. Nabi Muhammad saw pernah bersabda dalam

haditnya tentang pentingnya pendidikan terhadap anak sebagaimana berikut :

Mafhumnya: “ Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah maka kedua orang tuanyalah

yang menjadikannya Yahudi atau nasroni atau majusi ”

(al Hadis).

Terdapat tiga peranan penting guru yang profesional menurut perspektif Islam yang

tidak dapat diabaikan. Pertama, sebagai pendidik, secara implisit guru telah mengorbankan

dirinya menerima dan memikul sebahagian tanggungjawab pendidikan yang dipikul oleh

orang tua. Dengan penuh kepercayaan, orang tua menyerahkan anaknya kepada guru

untuk menjalani proses pendidikan. Oleh karena itu tentunya seorang guru memiliki syarat-

syarat tertentu yang melayakkannya menjadi seorang pendidik. Guru yang layak sebagai

pendidik mestilah bertaqwa, berilmu, dan berakhlak mulia. Di samping itu, tentunya dapat

menjadi suri teladan (model) dan pembimbing yang sabar dalam menghadapi karenah anak

murid sepanjang proses pembelajaan.

Kedua, guru sebagai psikolog. Dalam pendidikan Islam, aspek rohani tidak dapat

diabaikan. Oleh itu, hubungan guru dengan anak murid tidak sekadar hubungan antara

pengajar dengan yang diajar, tetapi menjalinkan hubungan kasih sayang, sehingga

terjalinnya jambatan hati antara guru dengan murid.

Ketiga, sebagai da’i. Dalam dunia pendidikan moden telah banyak melahirkan

murid yang cerdas inteklektual tetapi tidak memiliki kecerdasan spritual. Padahal, untuk

mewujudkan pendidikan yang berkualiti, perlu ada kecerdasan spiritual, emosional, dan

sosial. Ada murid yang pintar dalam ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi gagal dalam

spiritual, emosional dan sosial. Oleh itu, peranan guru sebagai da’i dapat menumbuhkan

kekuatan dalaman pada diri murid secara terus menerus sesuai dengan perkembangan

kognitifnya.

Page 19: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

19

Konsep pembimbing di sekolah

Terdapat beberapa pandangan berkaitan istilah bimbingan. Menurut Year Book of Education

(1955) menyatakan bahawa “guidance is a process of helping individual through their own

ffort to discover d develop their potentialisties both for personal happiness and social

usefulness. Definisi yang diungkapkan oleh Miller dalam Jones ( 1987 ) pula mengatakan

bahawa bimbingan adalah proses bantuan terhadap individu untuk mencapai pemahan diri

dan pengarahan diri yang diperlukankan untuk melakukan penyesuaian diri secara

maksimum kepada sekolah, keluarga, serta masyarakat. Daripada definisi-definisi di atas,

dapatlah disimpulkan bahawa sebenarnya bimbingan itu adalah :

a) Bantuan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukannya.

Perkataan membantu bererti dalam bimbingan tidak ada paksaan, tetapi lebih

menekankan kepada pemberian peranan individu kearah tujuan yang sesuai dengan

potensinya. Jadi dalam hal ini, pembimbing sama sekali tidak berhak menentukan

pilihan atau keputusan dari orang yang dibimbingnya. Yang menentukan pilihan atau

keputusan adalah individu itu sendiri.

b) Bantuan ( bimbingan ) tersebut diberikan kepada setiap orang, namun keutamaan

diberikan kepada individu-individu yang memerlukan atau benar-benar harus

dibantu. Pada hakikatnya bantuan itu adalah untuk semua orang.

c) Bimbingan atau bantuan diberikan agar individu dapat mengembangkan dirinya

semaksima mungkin. Bimbingan diberikan agar individu dapat lebih mengenal dirinya

sendiri ( kekuatan dan kelemahannya ), menerima keadaan dirinya dan dapat

mengarahkan dirinya sesuai dengan kemampuannya.

d) Bimbingan diberikan agar individu dapat menyesuaikan diri secara harmonis dengan

lingkungannya, baik lingkungan keluarga, sekolah dan masyarakat.

Ciri-ciri pembimbing yang berkesan

Menurut Holland (1997), personaliti dapat mempengaruhi prestasi kerja seseorang.

Terdapat enam jenis personaliti, iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan

konvensional. Antara keenam-enam jenis personaliti tersebut, terdapat dua jenis personaliti

yang paling berkait rapat dengan guru sebagai pembimbing. Yang pertama adalah sosial.

Pembimbing yang berkesan perlu mempunyai minat mendalam bagi mendorong murid dan

membantu dalam bentuk kebajikan. Sifat-sifat ini ditonjolkan melalui kebijaksanaan

berkomunikasi dengan murid dan mereka yang terlibat disekitarnya. Manakala sifat yang

Page 20: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

20

kedua adalah artistik, yang mana memerlukan daya kereativiti yang tinggi terutama dalam

memahami masalah murid yang kompleks. Ciri-ciri kreatif ini perlu dalam mengaplikasi

kemahiran mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat

beberapa lagi ciri-ciri yang perlu ada sebagai pembimbing.

1. Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi ini terbahagi kepada dua iaitu komunikasi lisan dan bukan

lisan. Komunikasi lisan adalah dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah

difahami oleh orang yang dibimbing. Maklumat yang disampaikan perlulah jelas dan

tepat. Manakala komunikasi bukan lisan memerlukan penggunaan kontak mata yang

sesuai serta menggambarkan perhatian terhadap orang yang dibimbing. Gerak geri

badan harus menunjukkan bahawa anda ikhlas dalam memberikan pertolongan.

2. Kemahiran mendengar

Seseorang pembimbing perlu menunjukkan kesungguhan dalam memahami

perasaan, pandangan atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh orang yang

dibimbing sama ada secara lisan atau bukan lisan. Murid yang meluahkan

perasaannya akan rasa dihargai apabila guru mendengarnya dengan penuh minat.

3. Kebolehan menyimpan rahsia

Kerahsiaan merupakan aspek yang amat penting dan memerlukan perhatian yang

serius. Kepercayaan yang diberikan oleh orang lain tidak seharusnya disia-siakan.

Guru haruslah amanah dalam menyimpan rahsia-rahsia peribadi murid yang telah

diketahuinya.

4. Empati

Empati bermaksud seseorang itu benar benar memahami situasi yang dialami oleh

orang yang dibimbing seolah-olah dia sendiri yang mengalami perkara tersebut. Ia

juga bermaksud seseorang itu cuba meletakkan dirinya pada permasalahan yang

dihadapi oleh orang yang dibimbing.

5. Berfikiran terbuka

Berfikiran terbuka bererti dapat menerima orang lain tanpa sebarang syarat

walaupun perkara yang akan diperkatakan adalah diluar jangkaan.

Page 21: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

21

6. Yakin dan bersedia

Sifat yakin menyebabkan orang lain akan lebih menghormati diri kita. Sentiasa

bersedia untuk memberikan pertolongan terhadap orang lain tanpa mengira bangsa

dan agama.

7. Ikhlas dan jujur

Sebagai seorang pembimbing kita hendaklah sentiasa ikhlas dalam memberi

bimbingan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sentiasa jujur dalam

memberikan pertolongan tanpa ada niat lain disebalik pertolongan yang diberikan.

8. Non-judgemental

Tidak mudah membuat tanggapan terhadap seseorang terutama pada pertemuan

yang pertama. Contohnya, murid yang miskin janganlah dinilai lemah fikirannya.

Mungkin dengan bimbingan dari guru dia juga berpotensi untuk menyerlah.

9. Humor

Sifat semula jadi pembimbing yang sentiasa mesra dan boleh menimbulkan suasana

ceria dapat membantu meningkatkan hubungan yang berkualiti.

10. Bertanggungjawab

Memberikan bimbingan dan pertolongan kepada orang lain adalah satu amanah

yang harus dipikul dengan penuh kesungguhan dan rasa tanggugjawab.

Kaedah bimbingan

Crow dan crow (1983), menyatakan bimbingan merujuk kepada bantuan atau pertolongan

yang diberikan oleh murid untuk membantunya menyelesaikan masalah. Shertzer dan Stine

(1971,) menjelaskan bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya

dan alam sekelilingnya. Prosesnya pula bukan sahaja menjadi tanggungjawab guru, malah

ibu bapa turut berperanan dalam membimbing anak mereka. Perkara pertama yang perlu

dalam melaksana proses bimbingan ini adalah melakukan kajian terhadap perbezaan

individu. Melalui perbezaan individu inilah guru boleh memahami perlakuan murid, minat

mereka serta mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dengan

menggunakan cara penyelesaian yang sesuai. Ramalah jantan dan Mahami Razali (2002)

telah membahagi aspek –aspek perbezaan individu kepada sebelas aspek, iaitu fizikal.

Emosi, kecerdasan, sosial, budaya, personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain.

Page 22: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

22

Maka, sebagai guru kita perlulah memberi perhatian kepada perbezaan-perbezaan di atas

yang akan mempengaruhi corak bimbingan kita terhadap murid yang akan dikendalikan.

Menurut Abraham Maslow (1970), seorang individu akan memenuhi keperluan asas

terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder. Beliau menyusun keperluan manusia

dalam lima peringkat di dalam hierarki di bawah.

Rajah 2.1 : Teori Keperluan Maslow

Keperluan asas, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri murid

hendaklah dipenuhi sebelum pergi ke kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Sebagai

guru pembimbing yang bijak kita seharusnya medekati dan menyelami murid kita

berdasarkan hierarki seperti yang telah disebutkan barulah murid terasa disayangi dan

mampu dipupuk nilai yang baik ke dalam diri mereka. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama

jadi bukit. Murid yang liar perlu dijinakkan dahulu, agar senang dia menerima teguran dan

nasihat daripada guru.

Kaedah seterusnya adalah melalui komunikasi dan hubungan intrapersonal.

Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan. Di dalam proses

interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalin melalui komunikasi. Tujuan utama

komunikasi antara orang ialah menyampai khabar, berita pendapat kepada pendengar. Oleh

itu, sebagai guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu bertutur

dengan jelas, tepat serta menunjukkan simpati kepada keadaan yang memerlukan.

Page 23: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

23

Komunikasi secara lisan iaitu melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea

secara lisan daripada seorang individu kepada seorang individu atau berkumpulan.

Manakala komunikasi secara bukan lisan ialah melalui penyampaian mesej melalui gerak

isyarat seperti gerak kepala, mendiamkan diri, mengangguk kepala, menggeleng kepala dan

lain-lain. Sebagai contohnya; mengangguk kepala boleh diertikan sebagai tanda persetujuan

dan menggeleng kepala boleh diertikan sebagai tidak mahu menerima.

Kemahiran penyelesaian masalah murid amat penting untuk seorang guru. Dengan

penguasaan kemahiran ini guru akan dapat mengenal pasti punca masalah setelah murid

meluahkan atau menceritakan sesuatu. Kemudian, guru akan membantu murid mencari

alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Jadi dari situ, kita dapat nampak kemahiran

komunikasi amat penting untuk seorang guru.

Teori yang boleh diguna pakai juga adalah teori kecerdasan emosi. Teori ini amat

penting untuk guru membantu murid menyelesaikan masalah mereka. Emosi seseorang

akan berlaku dalam 3 faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisiologikan dan proses

kognitif. Menurut S. Schacter&J. Singer ( 1962 )emosi dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

a) Sitimuli – timbul perubahan kognitif dan fisiologikal seseorang individu

b) Pentafsiran individu – perubahan perasaan diri

Melalui pemahaman teori ini maka sebagai guru bimbingan atau guru kaunselling ia

dapat membantu dalam aspek memahami emosi murid-murid, kebolehan mengurus emosi,

kebolehan memotivasi, mengurus perhubungan dan lain-lain. Kesemua ini amat berguna

untuk seorang guru. Dalam pengalaman harian terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi

seperti, peperiksaan,pencapaian, keluaraga yang porak keranda dan lain-lain maka kesemu

cabaran dan tekanan ini akan menyebabkan seseorang berasa kekecewaan, konflik,

tekanan, kesedihan dan lain-lain.

Jadi sebagai seorang guru, untuk membantu murid dalam mengurus emosi diri dia

harus berbuat demikian iaitu;

Mengelolakan aktiviti kumpulan

Menggunakan percakapan yg sesuai

Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik

sikap penyayang

Page 24: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

24

galakan & motivasi pembelajaran

Peranan guru sebagai pembimbing

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran

mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru

perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang

mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya murid tidak tahu cara menangani masalah

emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru

dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada murid,

bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran

dan masalah harian yang dihadapinya.

Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan peranan guru sebagai pembimbing dalam

aspek berikut :

a) Pembimbing ke arah pembentukan sahsiah murid

Menurut Dr. Halim el-Muhammady (1993), guru adalah ejen kepada keberkesanan

pendidikan. Sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan

tercapai sekiranya ejen yang menyampaikannya tidak berkesan.

Dalam dunia pendidikan kini, guru lebih dilihat sebagai pemudahcara atau fasilitator

yang fungsi utamanya bagi menyalurkan maklumat dan kemahiran kepada pelajar. Kejayaan

seseorang guru itu lebih diukur berdasarkan pencapaian muridnya dalam bidang akademik.

Penekanan ini tidaklah salah sama sekali, tetapi tentulah agak kurang tepat terutamanya

dalam konteks pendidikan sebagai satu proses membina manusia ke arah insan yang

sempurna. Jika fungsi guru hanya berfokuskan kepada usaha menyalurkan maklumat dan

kemahiran, bagaimana pula dengan peranan mereka sebagai pembentuk sahsiah?

Peranan yang pertama mungkin membantu guru membangunkan aspek intelektual

dan jasmani murid, tetapi persoalan yang timbul ialah tentang peranan untuk membimbing

ke arah pembentukan sahsiah murid. Sebagai golongan yang hampir dan berpengaruh

Page 25: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

25

dalam kehidupan murid, apa juga bentuk perlakuan, pertuturan, penampilan mereka akan

mudah diikuti dan ditiru.

Islam sejak awal lagi telah menekankan guru sebagai pembentuk sahsiah melalui

teladan atau role model ini. Metodologi Islam dalam aspek pembentukan akhlah dan sahsiah

ini adalah berinspirasikan sifat peribadi atau pekerti mulia yang terdapat pada Rasulullah

s.a.w yang telah disebut dalam sebuah hadis,

“Bahawasanya aku diutuskan Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak (budi

pekerti).”

(Riwayat Muslim)

Dalam aspek pendidikan, Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bertindak sebagai

penyampai ilmu atau dikenali sebagai mu’allim, bahkan Baginda Rasulullah s.a.w. juga

berperanan sebagai murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling

sebagai metod dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah

ketika zaman itu khususnya ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Kamarul Aazmi 2010). Ini

bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan

yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan

(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-

banyak (dalam masa susah dan senang).

Surah al-Ahzab (33: 21)

Peranan guru amat berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Islam yang bersifat

bersepadu dan seimbang. Jika matlamat pendidikan Islam adalah bagi membentuk

kesempurnaan pembinaan insan, maka tentulah peranan guru juga bersifat bersepadu. Di

samping berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan, mereka juga mesti memiliki akhlak

terpuji bagi menjadi contoh teladan kepada murid dalam usaha membentuk sahsiah diri

murid. Selain itu, Islam menganggap guru memikul amanah Allah s..w.t kerana tugas

mendidik generasi adalah tugas para nabi.

Menurut Ibn Khaldun dalam Ghazali Daruslam (2001), guru hendaklah menjadi

teladan utama dan contoh yang baik. Ini kerana kanak-kanak suka meniru ibu bapanya,

meneladani guru dan orang yang lebih tua, baik disedari atau tidak. Oleh itu, guru hendaklah

Page 26: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

26

menjadi teladan yang baik dan contoh utama dalam segala aspek. Golongan guru

hendaklah terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah mulia untuk dicontohi oleh murid.

Para guru perlu sedar, faktor pendidikan itu besar pengaruhnya terhadap

keperibadian seseorang murid. Menurut Prof.H.Mukhtar Yahaya, seorang anak yang

mewarisi sifat-sifat yang baik belum tentu menjadi seoarang yang baik tanpa mendapat

pendidikan yang baik. Ibarat biji tanaman yang baik, jika ditanam di tanah yang subur akan

tumbuh dengan subur dan berbuah, tetapi kalau ditanam di tanah yang tandus, maka

matilah ia dan tidak mengeluarkan buah yang baik. Demikian juga sebaliknya, jika anak

mewarisi sifat tidak baik, maka tidak mustahil akan menjadi baik apabila dididik untuk

menjadi baik.

Rozana Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa masalah sosial yang berleluasa

pada masa kini menunjukkan keruntuhan akhlak dalam diri anak-anak. Para sarjana dan ahli

fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun

manusia. Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan

hidup, sebaliknya akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang

meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia. Menurut Rozana juga, sifat-sifat

luhur serta kesantunan budi bahasa yang menjadi kebanggaan serta identiti dan jati diri

masyarakat Malaysia semakin terhakis. Ungkapan daripada YAB Dato’ Seri Abdullah bin Hj

Ahmad Badawi (2005), “first class infrastructure, but third class mentality” begitu bertepatan

dalam menggambarkan keadaan masyarakat pada masa kini.

Oleh itu, setiap guru wajib menyiapkan diri dengan sebaiknya bagi memastikan

murid-muridnya mendapat pendidikan yang sebaiknya, terutamanya terhadap pembelajaran

tidak langsung seperti pembentukan sahsiah sebagai kurikulum tersembunyi agar dapat

melahirkan pelajar sebagai individu yang baik, seterusnya melahirkan warganegara yang

beriman, berakhlak mulia dan beramal soleh.

b) Pembimbing ke arah pembentukan emosi yang stabil

Emosi merupakan faktor utama dalam perkembangan psikologi seseorang manusia. Dalam

proses perkembangan manusia, pasti akan berlaku pergelokan emosi dalam diri manusia.

Kegagalan mengawal emosi tersebut pasti akan mengundang sesuatu perkara yang tidak

baik seperti berlakunya pergaduhan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Page 27: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

27

Perkembangan sosio emosi adalah sesuatu perkembangan yang perlu mendapat

perhatian dalam pendidikan sekolah rendah lagi. Ini kerana pada tahap ini murid mula

membina perhubungan sosial yang lebih luas. Sebelum memasuki alam persekolahan

perhubungan sosial mereka hanya terbatas kepada ahli keluarga dan jiran tetangga. Namun

di peringkat sekolah, perhubungan sosial mereka diperluaskan dengan warga sekolah

termasuk guru, staf sekolah dan rakan sebaya.

Kecerdasan emosi yang baik akan menjadikan murid seorang individu yang dapat

bergaul mesra dengan semua warga sekolah, dapat mengawal emosi dalam semua

keadaan, menghargai pendapat orang lain dan dapat menerima perbezaan yang wujud.

Dalam kajian Hamidah Sulaiman, Zawawi Ismail & Rorlinda Yusof (2013) mendapati remaja

perempuan dilihat lebih bijak mengurus emosi berbanding remaja lelaki, manakala dari

sudut lokasi tempat tinggal remaja di kawasan luar bandar dilihat lebih baik dalam mengurus

emosi berbanding remaja di kawasan bandar.

Malah banyak kajian membuktikan sesorang murid yang mempunyai kecerdasan

emosi yang tinggi akan lebih berjaya berbanding murid yang mempunyai kecerdasan IQ

yang tinggi. Ini membuktikan betapa pentingnya membentuk emosi yang stabil dan membina

kecerdasan emosi yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Kecerdasan sosio emosi sangat berkait rapat dengan kesabaran. Murid yang

mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan dapat bersabar dalam menangani sesuatu

masalah atau situasi. Guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing untuk melatih

murid membina emosi yang stabil. Antara cara yang paling efektif untuk membentuk emosi

yang stabil adalah dengan melatih murid mengekspresikan perasaan mereka dengan baik

dan guru cuba memahami perasaan yang ditunjukkan itu. Oleh itu, murid akan sentiasa rasa

dihargai dan diberi perhatian. Dengan itu, murid akan berasa selesa dan ceria seterusnya

dapat memberi kerjasama yang baik kepada guru dan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

c) Pembimbing ke arah cintakan agama

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, peranan guru-guru bukan setakat menyampaikan

ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan (Ahmad Mohd Salleh, 2011) tetapi harus

berperanan untuk membimbing murid ke arah cintakan agama. Ini bagi menjamin murid

untuk mengamalkan agama dalam kehidupan seharian mereka seterusnya menjadi seorang

Page 28: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

28

Islam yang kamil dari semua aspek iaitu dari segi ketakwaan, pemikiran, sikap, akhlak, cara

hidup dan perhubungan sesama manusia dan makhluk Ilahi yang lainnya.

Dengan perasaan cintakan agama, murid-murid akan mengamalkan semua tuntutan

agama dengan ikhlas dan rela hati bukan dengan paksaan. Ini dapat menghindarkan segala

perilaku yang tidak baik kerana tiada satu agama pun di atas muka bumi ini yang menyuruh

penganutnya melakukan kemungkaran, kerosakan dan kemusnahan dalam perhubungan

sesama manusia dan makhluk lainnya.

Wan Bakar Wan Dagang (1991), telah menyenaraikan beberapa tanggungjawab

yang perlu guru laksanakan dalam membimbing murid ke arah cintakan agama. Antara

tanggungjawab tersebut ialah :

1) Menanamkan asas yang kukuh dalam diri murid.

2) Menanamkan minat beragama dan sensitif kepada agama.

3) Menggerakkan emosi murid supaya kasihkan agama.

4) Melahirkan jailul Quran (generasi cintakan al-Quran) dalam kalangan murid.

5) Meningkatkan cara hidup Islam dalam kalangan murid.

6) Membentuk iklim sekolah dengan nilai-nilai Islam.

Demi memenuhi hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berfikiran kelas

pertama memerlukan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,

strategi tertentu dan penambahan pengisian kerohania perlu dipergiatkan bagi

meningkatkan kerohanian dan nilai keagamaan murid sekolah. Justeru, adalah menjadi

tanggungjawab bersama kepada guru-guru dan pihak pentadbir sekolah meningkatkan

kerohanian murid adar seimbang dengan jasmani, emosi dan intelek. Gandingan ibu bapa

dan pihak sekolah juga akan melahirkan remaja yang teguh imannya, manis tutur kata, elok

tingkah laku dan akhlaknya (Hamidah Sulaiman, Zawawi Ismail & Rorlinda Yusof, 2013).

Soroton kajian lepas

Guru pendidikan islam memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada pelajar,

mereka perlu menerapkan eleman amalan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mereka. Dapatan kajian Fathiyah (2013) menyatakan guru-guru perlu menerapkan elemen

amalan dengan penekanan kepada aspek teori dan praktikal melalui teknik tunjuk cara,

pembiasan amalan, pengawasan dan teguran serta menumpukan kepada aspek

Page 29: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

29

kekhusyukkan di dalam melaksanakan ibadah solat.

Guru pendidikan islam hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu untuk memainkan

peranannya sebagai pembimbing di sekolah seperti komited, jujur dan bertanggungjawab

memikul segala amanah. Hal ini disokong dengan dapatan kajain Azhar Muhammad (2010)

secara keseluruhan dapatan kajiannya bahawa guru pendidikan islam sentiasa memberi

komitmen terhadap profesion dengan sifat dedikasi, bekerjasama, tanggungjawab, jujur,

berdisiplin, daya inovasi, cintakan ilmu serta berkasih sayang.

Syed Najmuddin (2009) kajiannya terhadap pandangan pelajar terhadap guru

pendidikan islam MRSM, hasil dapatannya adalah pelajar berpuashati dengan keprihatinan

guru pendidikan islam MRSM dengan jumlah skor imej guru pendidikan islam (4.3068). Hal

ini menyokong bahawa guru pendidikan islam wajar menjaga menampilan, imej dan

menunjukkan keprihatinan kepada pelajar selaku pembimbing di sekolah. Nazri (2000)

mendapati persepsi terhadap pengajaran guru pendidikan islam mempengaruhi sikap

pelajar terhadap matapelajaran pendidikan islam itu sendiri, dan hanya 5.0% responden

yang menyatakan mata pelajaran pendidikan islam adalah mata pelajarn yang paling

diminati manakala 95% responden lagi menyatakan sebaliknya.

Menurut hasil dapatan kajian Noor Ruziana (2004), beliau mendapati pendekatan

pengajaran guru memberi kesan kepada pelajar kerana 84.6% responden bersetuju bahawa

kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran adalah seronok dan berkesan. Selain itu,

kajiannya juga menemui keprihatinan guru pendidikan islam terhadap pelajar mendorong

kepada masalah disiplin, dengan 81% responden bersetuju guru pendidikan islam tidak

bersikap prihatin kepada masalah mereka.

Amalan dan teknik kepimpinan guru adalah berperanan di dalam menangani masalah

disiplin dan sebagai pendorong kepada kepimpinan peranan guru pendidikan islam sebagai

pembimbing di sekolah. Rosnita (2009) mendapati amalan kepimpinan guru di dalam bilik

darjah mempengaruhi tahap disiplin murid di dalam bilik darjah. Ia juga disokong dengan

kajian Rafizah (2011) yang mendapati beberapa item yang perlu ada di dalam aspek

penyampaian isi pelajaran oleh guru pendidikan islam adalah meliputi memberikan contoh

yang banyak, pandai menjaga masa, penyampaian menarik, menggunakan Bahan Bantu

Mengajar, memiliki ilmu serta bersikap berdikari. Maka, amalan kepimpinan guru khususnya

guru pendidikan islam yang baik akan mendorong kepada pembentukan sahsiah murid.

Page 30: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

30

GURU GPI

MURID

Kerangka Konseptual Kajian

Bagi memperlihatkan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah bersandar dan tidak

bersandar dan seterusnya memperlihatkan bagaimana kajian ini akan dijalankan, pengkaji

telah menetapkan kerangka konseptual berikut :

Rajah 2.2 : Kerangka Konseptual Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing

Kerangka konseptual di atas menjelaskan bahawa berlakunya proses bimbingan

yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam terhadap murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Proses bimbingan yang diberikan oleh guru

Pendidikan Islam berupaya mempengaruhi perubahan pembentukan sahsiah, pembentukan

emosi stabil dan pembentukan cintakan agama murid.

Rumusan

Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran

hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan

sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan.

Penyelidikan yang berterusan terhadap isu ini telah menjadi agenda penting sebagai salah

satu cabang tugas guru di sekolah.

PEMBENTUKAN

EMOSI STABIL

PEMBENTUKAN

CINTAKAN AGAMA

PdP PENDIDIKAN ISLAM

PROSES

BIMBINGAN

PEMBENTUKAN

SAHSIAH

Page 31: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

31

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan bagi memperolehi

data. Bab ini juga menjelaskan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,

persampelan, lokasi kajian dan instrumen kajian. Di samping itu, bab ini turut menghuraikan

pentadbiran instrumen yang merangkumi kebolehpercayaan dan kesahan instrumen, kajian

rintis, prosedur pengumpulan data serta prosedur penganalisisan data.

Reka bentuk Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan bertujuan untuk

meninjau sejauhmana personaliti Guru Pendidikan Islam (GPI), bentuk bimbingan dan

kaedah penyelesaian masalah oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam peranannya

sebagai pembimbing disekolah rendah.

Pengkaji telah menggunakan instrumen kajian berupa satu set soalan soal selidik. Soal

selidik telah dibina oleh pengkaji dengan menggunakan skala likert. Skala likert yang

menggunakan adalah seperti berikut iaitu skala 1 hingga skala 5. Skala-skala ini mewakili

1 : sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 kurang setuju, 4 setuju dan 5 sangat setuju.

Soal selidik tersebut telah dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A merupakan

latar belakang responden kajian dan bahagian B pula merangkumi aspek penilaian

personaliti Guru Pendidikan Islam, bentuk bimbingan dan kaedah penyelesaian masalah

oleh Guru Pendidikan Islam. Instrumen soal selidik ini mengandungi 40 item soalan soalan

dalam meninjau aspek penilaian personaliti Guru Pendidikan Islam, bentuk bimbingan dan

kaedah penyelesaian masalah oleh Guru Pendidikan Islam.

Populasi Kajian

Menurut Majid Konting (1998), mengenal pasti sesebuah populasi kajian dalam

sesuatu kajian adalah amat penting untuk menentukan sejauh mana dan sebanyak mana

maklumat yang perlu dikumpul dan dianalisis bagi menjawab persoalan kajian.

Page 32: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

32

Dalam kajian ini, pengkaji memilih guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Pendidikan Islam Sekolah Rendah di daerah Klang sebagai populasi kajian. Sampel kajian

yang diambil daripada populasi melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah

kebangsaan di kawasan luar bandar dan bandar dalam daerah Klang.

Menurut Cohen (1977), penentuan bilangan sampel adalah berdasarkan aras

kesignifikan p<0.05 dan ralat persampelan. Memilih satu sampel yang mewakili populasi

adalah lebih baik daripada memilih satu sampel besar tetapi ‘bias’ kerana akan menjurus

kepada mendapat keputusan yang tidak benar.

Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam yang diambil

daripada populasi kajian dalam daerah Klang, Selangor. Empat buah sekolah telah dipilih

dalam daerah tersebut. Rasional pemilihan sekolah tersebut adalah kerana ia dapat

mewakili kawasan bandar dan luar bandar.

Persampelan

Persampelan merupakan proses memilih sebahagian subjek daripada sesuatu populasi

untuk dijadikan responden kajian (Azizi Yahaya et al., 2006). Dalam kajian ini, pengkaji akan

menggunakan gabungan prosedur persampelan rawak berlapis (stratified random sampling)

dan persampelan rawak mudah (random sampling) dalam pelaksanaan kajian.

Rasional pemilihan prosedur persampelan rawak berlapis adalah kerana rangka

persampelan dalam kajian ini adalah heterogen iaitu mempunyai sub sampel berbeza. Ini

bagi memastikan setiap sub sampel dalam kajian ini mempunyai peluang yang sama untuk

dipilih sebagai sampel kajian (Chua Yan Piaw, 2006). Melalui prosedur persampelan rawak

berlapis, guru-guru pendidikan Islam dilapiskan mengikut lokasi sekolah agar dapat mewakili

bilangan yang seimbang dari segi lokasi sekolah bandar dan luar bandar. Seterusnya

pemilihan sampel dalam lokasi sekolah berkenaan dijalankan mengikut persampelan rawak

mudah. Rajah 3.1 menerangkan kaedah persampelan yang dijalankan oleh pengkaji.

Page 33: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

33

Rajah 3.1 : Prosedur Persampelan Kelompok Rawak

Sumber : Creswell, 2008, hal.154; Chua Yan Piaw, 2006, hal.194

58 buah sekolah dalam

daerah Klang

Persampelan Berlapis

(Mengikut Lokasi Sekolah)

Lokasi Luar Bandar Lokasi Bandar

16 buah sekolah

42 buah sekolah

Persampelan Rawak Mudah Persampelan Rawak Mudah

SK

1

SK

2

SK

1

SK

2

8 orang GPI 7 orang GPI

8 orang GPI

7 orang GPI

Page 34: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

34

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang bertujuan untuk

mengumpul data secara formal dan sistematik. Soal selidik merupakan satu cara paling

mudah untuk memperolehi maklumat (Van Ddelen, 1993 dalam Nor Fadila, 2010). Pemilihan

instrumen ini bertepatan dengan pandangan Colombo Plan, (1984) dalam Nor Fadila (2010),

yang mengatakan bahawa borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering

digunakan oleh pengkaji dalam kajian deskriptif. Penggunaan soal selidik dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana

ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji.

Set soal selidik yang digunakan ini mengandungi dua bahagian iaitu, bahagian A

adalah berkaitan dengan demografi responden seperti jantina, umur, kelayakan akademik,

kelayakan perguruan/pendidikan, pengalaman mengajar Pendidikan Islam, kategori sekolah,

tahun paling banyak mengajar Pendidikan Islam dan pencapaian murid kelas Pendidikan

Islam. Responden hanya perlu menandakan (√) dan mengisi pada ruang yang disediakan.

Dalam bahagian B, terdapat 39 item soalan yang telah disediakan di dalam soal

selidik tersebut. Kesemua soalan adalah berbentuk soalan tertutup yang mana pilihan

jawapan telah diberikan untuk dipilih sendiri oleh responden berdasarkan pandangan

peribadi mereka. Item-item ini dibahagikan kepada tiga konstruk iaitu personaliti guru,

bentuk bimbingan dan juga ciri guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing. Soal selidik

yang disediakan ini menggunakan skala pengukuran berbentuk skala likert. Skala ini

mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Pengkaji memilih untuk

menggunakan bentuk asal skala ini yang mempunyai 5 tahap iaitu :

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua

aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatannya.

Page 35: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

35

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Instrumen yang digunakan untuk mengumpulakan data kajian ialah satu set soal selidik

yang telah dibina oleh pengkaji secara berkumpulan. Selain itu, set soal selidik tersebut

telah diuji kesahannya oleh beberapa orang pakar dan diuji kebolehpercayaannya oleh

pengkaji di dalam kajian rintis.

Kesahan adalah berkaitan dengan soal ketepatan sesuatu deskripsi, kesimpulan,

penerangan, interpretasi atau lain-lain bentuk pernyataan atau kaporan (Maxwell 1996).

Manakala menurut Hammersley (1987) kesahan adalah pernyataan atau penjelasan yang

sah atau benar sekiranya ia mewakili secara tepat terhadap ciri-ciri fenomena yang cuba

dijelaskan atau diteorikan.

Kriteria kesahan mengikut Anderson dan Herr (2005) ada lima iaitu penjanaan pengetahuan

baru, pencapaian hasil berasaskan tindakan, pendidikan kedua-dua penyelidik dan

responden, hasil yang relevan kepada latar setempat dan metodologi penyelidikan yang

baik dan sesuai.

Item soal selidik yang dibina dapat mengukur dan menjawab persoalan kajian iaitu

sejauhmana tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di sekolah,

bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah dan ciri-ciri Guru

Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah. Selain itu jumlah item

soal selidik adalah bersesuai, menggunakan bahasa yang mudah difahami tanpa soalan

yang mengelirukan responden kajian.

Kajian Rintis

Pengkaji telah menjalankan kajian rintis untuk mendapatkan maklumbalas awal tentang

kesesuaian instrumen kajian iaitu satu set soal selidik yang akan digunakan di dalam kajian

ini. Jika terdapat item soalan yang tidak bersesuaian atau item soalan yang boleh

mengelirukan responden kajian maka proses pemurnian item dan pengubahsuaian item

akan dilakukan.

Satu kajian rintis telah dilakukan oleh pengkaji di sebuah sekolah di daerah Petaling,

Selangor untuk menguji tahap kesesuaian item soalan yang dibina, menguji kefahaman

responden dalam menjawab item soalan serta menguji kebolehpercayaan item soalan yang

Page 36: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

36

dibina. Bilangan responden kajian yang digunakan di dalam kajian rintis tersebut adalah

seramai 32 orang guru pendidikan islam.

Hasil dapatan daripada kajian rintis tersebut kesemua responden yang terlibat dapat

memahami arahan yang diberikan dan item-item di dalam soal selidik sangat bersesuaian

dan mudah difahami oleh responden serta item soalan bersesuaian dengan maklumat yang

hendak dicari bagi menjawab persoalan kajian dan objektif kajian yang telah ditetapkan oleh

pengkaji.

Prosedur Kajian

Kajian ini telah dijalankan pada 25 Oktober, 01 November, 08 November 2013 dan 15

November 2013. Langkah pertama yang dijalankan adalah meminta kebenaran daripada

Pejabat Pelajaran Daerah Klang melalui penyelia unit agama untuk menjalankan kajian di

sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Selepas mendapat

kebenaran tersebut, pengkaji memulakan proses mengumpul data.

Sebelum pengkaji menyerahkan borang selidik kepada guru pendidikan Islam,

pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada guru besar di setiap sekolah

yang terlibat. Pengkaji memberi sedikit penerangan mengenai kajian yang sedang

dilaksanakan. Pihak sekolah telah memberikan kebenaran dan reaksi positif terhadap

pengkaji.

Selepas mendapat kebenaran tersebut, pengkaji telah berjumpa dengan ketua

panitia Pendidikan Islam seterusnya mengadakan pertemuan ringkas dengan semua guru

Pendidikan Islam, membuat sedikit penerangan dan mengedarkan borang soal selidik.

Pengkaji melakukan perkara di semua sekolah yang terlibat.

Setelah semua data dikumpul, pengkaji memulakan proses penganalisisan data

sebelum membuat laporan kajian.

Data Analisis

Data yang diperolehi daripada responden melalui borang soal selidik, akan dianalisa dengan

menggunakan perisian komputer “The Statistical Package For Social Scienc” (SPSS) versi

18.0. Pengkaji menggunakan analisa statistik deskriptif untuk menganalisa data-data

Page 37: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

37

tersebut. Statistik yang digunakan adalah relevan dengan objektif dan persoalan kajian yang

dikemukakan. Aras signifikan yang ditetapkan adalah .05.

Menurut Azizi Yahya et al., (2007), statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan

atau membuat ringkasan dat dari populasi atau sampel. Ia mengandungi carta, graf, jadual

dan sebagainya untuk meringkaskan kuantiti data yang besar supaya lebih mudah difahami.

Statistik deskriptif digunakan untuk menyusun data dalam bentuk yang lebih mudah difahami

seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi maklumat yang diperolehi melalui

item yang dibina.

Rumusan

Metodologi kajian seperti yang telah dibincangkan di dalam bab ini merupakan proses yang

dilakukan oleh pengkaji untuk mencapai matlamat kajian. Ia juga menunjukkan kaedah yang

telah digunakan dalam proses menganalisis data yang dilakukan dalam bab 4. Data-data

yang akan diperolehi akan digunakan untuk dianalisis bagi mendapatkan dapatan kajian.

Seterusnya data ini akan ditunjukkan dalam bentuk jadual serta keterangan yang mudah

difahami.

Page 38: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

38

BAB 4

ANALISIS DATA

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang diperolehi daripada

soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang guru Pendidikan Islam dari empat buah

sekolah terpilih mewakili kawasan luar bandar dan bandar dalam daerah Klang. Soal selidik

yang dilakukan berkisar kepada kajian terhadap peranan Guru Pendididkan Islam (GPI)

sebagai pembimbing. Jumlah item yang diselidiki adalah 39 bagi menjawab persoalan kajian

yang diutarakan.

Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science

( SPSS ) Version 18.0 dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratus serta min.

Dapatan analisis menggambarkan kajian yang dilakukan. Ianya dikelaskan kepada dua

bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan analisis mengenai soal selidik yang

bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif kajian.

Didapati instrumen soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu

nilai alpha cronbach 0.863 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.1 di bawah.

Jadual 4.1 : Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

.863 39

Bahagian A : Analisis Deskriptif Latar belakang Responden

Jantina

Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus responden

berdasarkan jantina iaitu lebih ramai golongan guru Pendidikan Islam perempuan

berbanding guru lelaki yang menjawab soal selidik yang diberikan.

Page 39: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

39

Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

Lelaki 10 33.3

Perempuan 20 66.7

Jumlah 30 100.0

Umur

Manakala peringkat umur respondan yang mendominasi kajian ini adalah dalam

lingkungan 20-29 tahun yang mewakili 60% dari keseluruhannya.

Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Umur

Umur Kekerapan (f) Peratus (%)

20-29 tahun 18 60.0

30-39 tahun 10 33.3

40-49 tahun 2 6.7

Jumlah 30 100.0

Kelayakan akademik dan Perguruan

Kesemua responden yang terlibat mempunyai kelayakan akademik yang setara, iaitu

Sarjana Muda melainkan ikhtisas perguruan mereka yang berlainan. Lebih dari separuh

Guru Pendidikan Islam di dalam kajian ini mendapatkan Diploma Perguruan untuk mengajar

dan hanya 12 orang sahaja yang mewakili 40% dari jumlah keseluruhan yang mempunyai

Sarjana Muda dalam bidang Perguruan.

Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Kelayakan

Akademik

Kelayakan Akademik Kekerapan (f) Peratus (%)

Sarjana Muda 30 100.0

Jumlah 30 100.0

Page 40: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

40

Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Kelayakan

Perguruan

Kelayakan Perguruan Kekerapan (f) Peratus (%)

Diploma 18 60.0

Sarjana Muda 12 40.0

Jumlah 30 100.0

Pengalaman Mengajar

Berdasarkan jadual, responden adalah golongan yang baru menceburkan diri dalam bidang

perguruan. Terdapat 16 orang GPI dari 30 orang kesemunya yang berpengalaman mengajar

sekitar satu ke tiga tahun dan hanya 2 orang sahaja yang mempunyai pengalaman

mengajar lebih dari sepuluh tahun.

Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar

Pengalaman Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%)

1-3 tahun 16 53.3

4-6 tahun 8 26.7

7-9 tahun 4 13.3

10 tahun ke atas 2 6.7

Jumlah 30 100.0

Kategori Sekolah

Respondan sedang berkhidmat di dua kategori sekolah iaitu bandar dan luar bandar.

Kekerapan menunjukkan jumlah yang seimbang iaitu 15 orang responden adalah dari

sekolah kategori bandar dan 15 orang dari kategori sekolah luar bandar. Peratusnya

mencatatkan jumlah sama di antara kedua-dua kategori sekolah yang dibincangkan.

Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Kategori Sekolah

Kategori Sekolah Kekerapan (f) Peratus (%)

Bandar 15 50.0

Luar Bandar 15 50.0

Jumlah 30 100.0

Page 41: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

41

Tahun mengajar

Item yang seterusnya adalah melihat di kelas tahun berapa respondan mengajar dan

analisis memperlihatkan mereka memperuntukkan masa yang hampir sama di antara semua

tahun 2 hingga tahun 6. Tahun 1 merupakan tahun yang paling kurang dibimbing oleh

respondan. Keterangannya adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Tahun Mengajar

Tahun Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%)

Tahun 1 2 6.7

Tahun 2 6 20.0

Tahun 3 6 20.0

Tahun 4 8 26.7

Tahun 5 4 13.3

Tahun 6 4 13.3

Jumlah 30 100.0

Tahap pencapaian

Tahap pencapaian murid berdasarkan intelektual adalah 66.7 % ditahap yang sederhana.

Ia telah mendominasi keseluruhan tahap pencapaian.

Jadual 4.9 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar

Pengalaman Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%)

Cemerlang 4 13.3

Sederhana 20 66.7

Kurang Baik 2 6.7

Pelbagai 4 13.3

Jumlah 30 100.0

Page 42: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

42

Bahagian B : Peranan, Bentuk Bimbingan dan Ciri Guru Pendidikan Islam Sebagai

Pembimbing

1. Peranan Guru Pendidikan Islam GPI sebagai pembimbing

Data yang dianalisis di dalam bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang

pertama iaitu sejauhmana peranan guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah.

Data dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min (purata).

Jadual 4.10 : Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Peranan GPI Sebagai Pembimbing

Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus Min

1 2 3 4 5

1 Saya seorang yang

peramah dan mudah

didekati

18

(60%)

12

(40%)

4.40

2 Menggunakan tutur

kata yang baik ketika

berkomunikasi

22

(73.3%)

8

(26.7%)

4.27

3 Keterampilan menutup

aurat, sopan, kemas

dan bersih

2

(6.7%)

8

(26.7%)

20

(66.7%)

4.60

4 Kehadiran saya

menimbulkan suasana

ceria

6

(20%)

18

(60%)

6

(20%)

4.00

5 Seorang yang mudah

mesra dengan semua

orang

4

(13.3%)

18

(60.0%)

8

(26.7%)

4.13

7 Menyayangi murid

seperti anak sendiri

4

(13.3%)

18

(60%)

8

(26.7%)

4.13

8 Bertanggungjawab

membimbing murid

yang memerlukan

pertolongan

18

(60%)

12

(40%)

4.40

n = 30

Page 43: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

43

Merujuk kepada Jadual 4.10, terdapat tujuh pernyataan yang diklasifikasi sebagai item

yang menjawab persoalan kajian yang pertama. Ia menjelaskan bahawa Guru Pendidikan

Islam (GPI) berperanan sebagai pembimbing. 100% respondan berpendapat mereka

berperanan sebagai pembimbing berdasarkan pernyataan di PI, P2 dan P8. Manakala

hampir semua respondan bersetuju dengan pernyataan di P3, P4, P5 dan P7. Pernyataan

di P1 mencatat nilai min 4.40, iaitu sebuah nilai skor min yang tinggi. Ia disokong oleh enam

lagi pernyataan yang masing-masing mencatatkan skor min lebih dari 4.0. Ini membawa

makna kesemua bilangan respondan bersetuju mereka berperanan sebagai pembimbing

kepada murid di sekolah. Jadual di bawah adalah interpretasi kepada skor min.

Jadual 4.11 : Skor Min

Skor Min Interpretasi

4.01 – 5.00 Tinggi

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

1.01 – 2.00 Rendah

Sumber : Norasmah, (2002) dan Azhar, (2005)

Pada pernyataan P1 personaliti GPI sebagai pembimbing terlihat dalam sifat

peramah dan sifat yang mudah didekati. Murid akan senang berurusan dengan GPI dalam

proses bimbingan. Kesemua respondan bersetuju bahawa mereka seorang yang peramah

dan mudah didekati. Ia telah mencatat peratusan 60% adalah bersetuju dan 40% adalah

sangat bersetuju.

Item yang dilabel sebagai P2 telah menunjukkan bimbingan dari GPI secara tidak

langsung. 100% respondan bersetuju dengan kaedah bimbingan melalui penggunaan tutur

kata yang baik kepada murid. Dari jumlah itu 40% sangat bersetuju dengan pernyataan

tersebut. Apabila GPI berkomunikasi dengan murid menggunakan tutur kata yang baik,

secara tidak langsung murid akan terdorong meneladani cara GPI berkomunikasi. Mereka

akan turut bergaul dan bertutur dengan perkataan yang baik bersama rakan dan ibu bapa.

Ini adalah satu bentuk bimbingan yang tidak formal, yang boleh diamalkan oleh para

pendidik.

Melalui pernyataan di P3 pula bimbingan merujuk kepada cara penampilan.

20 orang respondan sangat bersetuju bahawa penampilan mereka adalah menutup aurat,

Page 44: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

44

sopan, kemas dan bersih. Secara tidak langsung murid belajar sesuatu dari GPI mengenai

cara penampilan yang seharusnya dipertontonkan di khalayak ramai. 8 orang respondan

masih bersetuju dan 2 orang kurang bersetuju. Mungkin 2 respondan tersebut merasakan

penampilan bukan segalanya seperti pepatah Inggeris mengatakan, “don’t judge a book by

its cover.

Pernyataan kehadiran saya menimbulkan suasana ceria mengundang undian dari 24

orang respondan yang bersetuju, dengan 6 orang daripadanya adalah sangat bersetuju.

Manakala 6 lagi kurang bersetuju.

Personaliti GPI dapat dilihat dalam pernyataan di P5, iaitu mudah mesra dengan

semua orang dan 86.7% bersetuju bahawa mereka mempunyai sifat yang sedemikian.

Manakala bakinya kurang bersetuju.

Bimbingan secara langsung pula dapat dilihat pada pernyataan di P7 iaitu GPI

menyayangi murid seperti anak sendiri. Bayangkan apabila kita membimbing anak sendiri,

seharusnya kita mahu yang terbaik buat si anak. Begitu juga apabila respondan yang telah

mencatatkan peratusan sebanyak 86.7% sebagai bersetuju manakala 13.3 kurang bersetuju

dengan pernyataan di P7.

“Saya bertanggungjawab membimbing murid yang memerlukan pertolongan”.

Pernyataan tersebut merupakan pernyataan di P8 dimana kesemua 30 respondan bersetuju

dengannya dengan catatan peratusnya 100%. Ini menunjukkan mereka sentiasa

berperanan sebagai pembimbing di sekolah masing-masing.

2. Bentuk Bimbingan Yang Diberikan Oleh Guru Pendidikan Islam

Seterusnya analisis dapatan data bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Ia

merangkumi bentuk bimbingan dari aspek bacaan al-Quran, bacaan di dalam solat, proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP), pemberian nasihat serta galakan.

Page 45: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

45

Jadual 4.12 : Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Bentuk Bimbingan Yang

Diberikan Oleh Guru Pendidikan Islam

Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus Min

1 2 3 4 5

9 Saya berusaha

membimbing murid

yang membaca iqra’

agar mampu membaca

al-Quran.

16

(53.3%)

14

(46.7%)

4.47

10 Saya menunjukan

kesungguhan dalam

membimbing murid

membaca al-Quran.

14

(46.7%)

16

(53.3%)

4.53

11

membimbing murid

lemah secara individu

4

(13.3%)

20

(66.7%)

6

(20.0%)

4.07

12 mewujudkan kelas

mengaji al-Quran

dirumah

2

(6.7)

4

(13.3%)

8

(26.7%)

8

(26.7%)

3.53

14 sering meminta murid

menghafaz bacaan di

dalam solat

18

(60%)

12

(40%)

4.40

15

menggunakan

pendekatan didik hibur

ketika membimbing

murid menghafaz

bacaan di dalam solat.

2

(6.7%)

4

(13.3%)

14

(46.7%)

10

(33.3%)

4.07

Page 46: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

46

n = 30

Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus Min

1 2 3 4 5

16 menggunakan alat

permainan yang

disediakan bagi

membantu murid

menguasai pelajaran

jawi

4

(13.3%)

4

(13.3%)

18

(60%)

4

(13.3%)

3.73

17 mengambil peluang

ketika sesi tazkirah pagi

di sekolah bagi

memberi peringatan

kepada murid

6

(20%)

4

(13.3%)

16

(53.3%)

4

(13.3%)

3.60

18

mewujudkan

persaingan sihat dalam

kalangan murid bagi

meminati mata

pelajaran Pendidikan

Islam.

22

(73.3%)

8

(26.7%)

4.27

19 Penyediaan hadiah

kepada murid adalah

sebagai galakan buat

mereka.

2

(6.7%)

18

(60%)

10

(33.3%)

4.27

33 Saya mengambil berat

akan tingkah laku dan

akhlak murid

16

(53.3%)

14

(46.7%)

4.47

34

Saya sering menasihati

murid agar

menghormati guru dan

orang yang lebih tua

20

(66.7%)

10

(33.3%)

4.33

37 Saya menggunakan

teknik yang berbeza

kepada kelompok murid

yang berbeza

2

(6.7%)

24

(80%)

4

(13.3)

4.07

Page 47: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

47

Berdasarkan jadual 4.12, skor min yang direkodkan adalah tinggi dan hanya tiga

pernyataan sahaja yang mencatatkan nilai skor min di tahap yang sederhana tinggi. Bentuk

bimbingan yang diberikan oleh GPI menepati peranan mereka sebagai pembimbing di

sekolah. Boleh dirumuskan bahawa pendekatan atau bentuk bimbingan yang digunakan

oleh GPI adalah berbeza-beza. Ia boleh dilihat dari taburan jawapan respondan mengikut

skala yang diberikan namun ia masih berada di landasan yang benar, iaitu memainkan

peranan mereka sebagai pembimbing. Nilai skor yang boleh didapati di Jadual 4.12

merekodkan bacaan 4.0 dan keatas bagi kesemua pernyataan kecuali di P12, P16 dan P17.

Namun, catatannya masih boleh digunapakai sebagai nilai skor min yang sederhana tinggi

dengan bacaan 3.53, 3.73 dan 3.60. Berikut adalah data kekerapan dan peratus bagi setiap

pernyataan bentuk bimbingan dari tiga aspek yang telah dinyatakan.

Merujuk kepada P9, P10 dan P14 respondan bersetuju 100% bahawa mereka

membimbing murid dalam aspek bacaan al-Quran dan bacaan di dalam solat. Perkara ini

adalah keutamaan bagi Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam memastikan murid menguasai

al-Quran.

Kaedah bimbingan ini mendapat undian di tiga skala, iaitu kurang bersetuju dengan

13.3% dan 88.7% bersetuju dengan 20% adalah sangat bersetuju. Ini menunjukkan 6 orang

GPI memberi bimbingan eksklusif kepada murid mereka.

Pernyataan di atas mengundang undian di kesemua skala. Catatan peratus yang

paling rendah adalah 6.7%. Ini membawa maksud 2 orang respondan tidak melaksanakan

kelas mengaji di rumah mereka.

Guru Pendidikan Islam juga turut berperanan sebagai pembimbing di dalam kelas.

Respondan menunjukkan pendekatan yang berbeza-beza. Ia jelas kelihatan apabila dalam

pernyataan di P15 dan P16 respondan mengundi di empat jenis skala. Hanya terdapat 2

orang respondan menyatakan tidak setuju di P15 dan 4 orang di P16. Mungkin mereka

menggunakan alternatif lain bagi memastikan murid menguasai sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Pernyataan di P18 sebulat suara disepakati oleh respondan dengan mencatatkan

jumlah peratusan 100% bersetuju dengan 26.7% daripadanya adalah sangat bersetuju.Ini

bermakna kesemua guru Pendidikan Islam akan mewujudkan persaingan yang sihat ketika

melaksanakan sesi pengajaan dan pembelajaran.

Page 48: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

48

Merujuk kepada pernyataan di P19 dan P37, masing-masing mencatatkan jumlah

respondan yang kurang bersetuju seramai 2 orang. Ini menunjukkan tidak semestinya

galakan untuk belajar perlukan hadiah dan dengan teknik yang sama murid masih boleh

memahami sesi pdp dengan baik. Semuanya harus bergantung kepada usaha dan daya

kreativiti GPI dalam mengemudi kelasnya

Bimbingan dan nasihat guru turut diberikan penekanan oleh guru ketika membimbing

murid. 4 orang GPI sering memberi tazkirah di sekolah mereka. Ia mewakili 13.3% dari

peratusan respondan yang sangat bersetuju pada pernyataan di P17. Manakala 20% yang

tidak bersetuju mungkin tidak menggunakan sesi tazkirah di perhimpunan sebagai medium

memberi peringatan, sebaliknya memberi peringatan di kelas dan sebagainya. Walaupun

begitu, 100% guru bersetuju bahawa mereka sering mengambil berat tingkah laku murid

mereka disamping sering memberikan nasihat. Perkara ini dibuktikan dengan dapatan item

P33 dan P34.

3. Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing

Persoalan kajian yang ketiga telah terjawab berpandukan nilai skor min di Jadual 13. Nilai

skor min yang dicatatkan adalah tinggi dengan bacaan 4.0 dan ke atas di semua pernyataan

di P20, P24, P26, P27 dan P28. Ia berkenaan dengan ciri-ciri GPI sebagai pembimbing. Tiga

ciri digariskan dalam instrumen soal selidik iaitu mempunyai komunikasi yang baik, tidak

membuat tanggapan yang salah (non-judgemental), dan berfikiran terbuka.

Jadual 4.13 : Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam

Sebagai Pembimbing

Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus Min

1 2 3 4 5

20 Penerangan tentang

tanggungjawab sebagai

murid mendorong murid

belajar

2

(6.7%)

16

(53.3%)

40

(40%)

4.33

Page 49: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

49

24 Saya menjelaskan

kepada murid alasan

saya menghukum

mereka

4

(13.3%)

16

(53.3%)

10

(33.3%)

4.20

26

Saya memberi peluang

kepada murid untuk

berubah

18

(60%)

12

(40.0%)

4.40

27 Murid bermasalah

perlukan pertolongan

dan bimbingan

2

(6.7%)

10

(33.3%)

18

(60%)

4.53

28 sering meminta murid

menghafaz bacaan di

dalam solat

4

(13.3%)

20

(66.7%)

6

(20%)

4.07

n = 30

Berdasarkan pernyataan di atas, tiga ciri guru Pendidikan Islam yang paling dominan telah

dikenalpasti iaitu komunikasi yang baik, tidak membuat tanggapan yang salah (non-

judgemental), dan berfikiran terbuka. Ciri komunikasi yang baik ini dibuktikan dengan

dapatan item P20 yang menunjukkan 93.3% respondan bersetuju, GPI yang mempunyai

komunikasi yang baik dapat membimbing murid memahami tanggungjawab mereka untuk

belajar. Bayangkan guru yang memberi penerangan tanpa ada komunikasi dua hala dengan

murid, penerangan tersebut pasti gagal difahami oleh murid. Oleh itu, komunikasi yang baik

dituntut dalam memastikan GPI mampu membimbing murid-murid seperti di pernyataan

P24. 86.6% respondan bersetuju bahawa mereka perlu menjelaskan kepada murid alasan

mereka menghukum murid.

Guru juga tidak seharusnya membuat tanggapan yang salah terhadap murid. Ciri

non-judgemental ini perlu ada pada seorang pembimbing yang baik dan ianya dipersetujui

oleh respondan apabila 26 daripada 30 orang bersetuju dengan pernyataan ini. Jumlah itu

mewakili peratusan sebanyak 86.7%.

Ciri yang ketiga ini dapat diperhalusi menerusi pernyataan di P26 dan P27 iaitu

berfikiran terbuka. Respondan bersetuju 100% menyatakan murid harus diberi peluang

untuk berubah. Sememangya semua respondan adalah mereka yang berfikiran terbuka.

Terdapat 2 orang respondan kurang bersetuju dengan pernyataan di P27. Namun, ia masih

Page 50: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

50

belum mampu menggugat peratusan di tahap yang bersetuju iaitu sebanyak 93.3%.

Rumusan

Kesimpulannya, dapatan yang diperolehi telah menjawab persoalan kajian. Hasilnya

menunjukkan Guru Pendidikan Islam (GPI) berperanan sebagai pembimbing berdasarkan

bentuk bimbingan dan ciri-ciri yang telah dinyatakan. Walaupun begitu, terdapat cabaran

dalam menangani dan mengaplikasi bentuk bimbingan yang disepakati. Cabaran tersebutlah

yang akan menjadikan GPI sebagai pembimbing yang mampu membimbing murid di

sekolah rendah dengan sabar. Kualiti pembimbing yang baik telah ditonjolkan oleh GPI bagi

mengenal pasti peranan mereka di sekolah. Penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi

memurnikan tanggungjawab membimbing anak bangsa. Insyaallah.

Page 51: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

51

BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

PENGENALAN

Bab ini mengandungi lima bahagian iaitu rumusan keseluruhan kajian, perbincangan

dapatan kajian, implikasi kajian, cadangan lanjutan dan kesimpulan.

RUMUSAN KESELURUHAN KAJIAN

Kajian ini telah meninjau peranan Guru Pendididkan Islam (GPI) sebagai pembimbing.

Kajian yang dijalankan di daerah Klang, Selangor ini telah meninjau guru-guru

pendidikan Islam di kawasan bandar dan luar bandar dalam daerah ini berperanan sebagai

pembimbing di sekolah, mengetahui bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan

Islam sebagai pembimbing di sekolah dan mengetahui ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang

berperanan sebagai pembimbing di sekolah.

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga persoalan kajian berikut :

1. Sejauhmana tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di

sekolah ?

2. Apakah bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah ?

3. Apakah ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di

sekolah?

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan hasil dapatan kajian ini akan dibincangkan dengan mengikut objektif kajian

serta menjawab persoalan kajian iaitu (i) tahap Guru Pendidikan Islam berperanan

sebagai pembimbing di sekolah, (ii) bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru

Pendidikan Islam di sekolah dan (iii) ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan

sebagai pembimbing di sekolah.

Page 52: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

52

(i) Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah.

Dapatan kajian terhadap aspek personaliti Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai

pembimbing terlihat dalam sifat peramah dan sifat yang mudah didekati. Murid akan mudah

berurusan dengan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam proses bimbingan. Kesemua

responden (100%) bersetuju bahawa mereka seorang yang peramah dan mudah didekati. Ia

telah mencatat peratusan 60% adalah bersetuju dan 40% adalah sangat bersetuju.

Manakala aspek personaliti Guru Pendidikan Islam (GPI) iaitu mudah mesra dengan semua

orang dan 86.7% bersetuju bahawa mereka mempunyai sifat yang sedemikian. Manakala

bakinya kurang bersetuju.

Hal ini membuktikan bahawa setiap guru pendidikan islam dapat memahami

pentingnya sikap peramah dan sifat mudah didekati terhadap peranan mereka sebagai

pembimbing di sekolah. Secara tidak langsung sikap peramah dan mudah didekati dapat

membuka ruang berkasih sayang diantara guru dan pelajar serta ia akan memudahkan guru

memainkan perannannya sebagai seorang pembimbing di sekolah.

Namun, sikap ini perlu diterapkan di dalam diri setiap guru dan diamalkan setiap hari

dan sepanjang masa sama ada semasa berada di sekolah atau di luar kawasan sekolah.

Dapatan kajian ini disokong dengan dapatan kajian Azhar Muhammad (2010) bahawa guru

pendidikan islam sentiasa memberi komitmen terhadap profesion dengan sifat dedikasi,

bekerjasama, tanggungjawab, jujur, berdisiplin, daya inovasi, cintakan ilmu serta berkasih

sayang. Jelaslah sikap peramah dan mudah didekati sangat penting di dalam

merealisasikan peranan guru sebagai pembimbing murid di sekolah.

Dapatan juga menunjukkan bimbingan dari Guru Pendidikan Islam (GPI) secara tidak

langsung. 100% respondan bersetuju dengan kaedah bimbingan melalui penggunaan tutur

kata yang baik kepada murid. Dari jumlah itu 40% sangat bersetuju dengan pernyataan

tersebut. Dapatan ini menjelaskan bahawa setiap Guru Pendidikan Islam (GPI)

berkomunikasi dengan murid menggunakan tutur kata yang baik, secara tidak langsung

murid akan terdorong meneladani cara guru berkomunikasi. Mereka akan turut bergaul dan

bertutur dengan perkataan yang baik bersama rakan dan ibu bapa. Hal ini adalah satu

bentuk bimbingan yang tidak formal, yang boleh diamalkan oleh para pendidik.

Dapatan kajian ini disokong dengan dapatan kajian Syed Najmuddin (2009) di dalam

kajiannya terhadap pandangan pelajar terhadap guru pendidikan islam MRSM, hasil

Page 53: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

53

dapatannya adalah pelajar berpuashati dengan keprihatinan guru pendidikan islam MRSM

dengan jumlah skor imej guru pendidikan islam (4.3068). Hal ini menyokong bahawa guru

pendidikan islam wajar menjaga menampilan, imej dan menunjukkan keprihatinan kepada

pelajar selaku pembimbing di sekolah.

Selain itu, bimbingan juga merujuk kepada cara penampilan. dapatan kajian seramai

20 orang respondan sangat bersetuju bahawa penampilan mereka adalah menutup aurat,

sopan, kemas dan bersih. Secara tidak langsung murid belajar sesuatu dari Guru

Pendidikan Islam (GPI) mengenai cara penampilan yang seharusnya dipertontonkan di

khalayak ramai. Kehadiran Guru Pendidikan Islam (GPI) dapat menimbulkan suasana ceria

mengundang undian dari 24 orang respondan yang bersetuju, dengan 6 orang daripadanya

adalah sangat bersetuju. Manakala 6 lagi kurang bersetuju. Guru yang mampu menceriakan

suasana bilik darjah akan mendorong murid meminati matapelajaran pendidikan islam.

Dengan kehadiran guru yang ceria, mudah mesra, peramah, menjaga penampilan

akan membawa kepada persepsi positif murid terhadap guru pendidikan islam tersebut.

Persepsi murid terbentuk berdasarkan apa yang mereka lihat dan alami sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Persepsi murid yang akan menentukan mereka meminati

matapelajaran pendidikan islam atau sebaliknya. Sikap guru juga mempengaruhi persepsi

murid terhadap mereka. Kebiasaannya murid lebih mudah mempercayai guru yang dapat

memahami diri mereka.

Dapatan daripada kajian Nazri (2000), mendapati persepsi terhadap pengajaran guru

pendidikan islam mempengaruhi sikap pelajar terhadap matapelajaran pendidikan islam itu

sendiri, dan hanya 5.0% responden yang menyatakan mata pelajaran pendidikan islam

adalah mata pelajaran yang paling diminati manakala 95% responden lagi menyatakan

sebaliknya. Oleh itu, guru pendidikan islam mestilah bijak di dalam membina persepsi positif

murid terhadap matapelajaran pendidikan islam dengan sikap guru itu sendiri yang peramah

dan mudah didekati.

Dapatan kajian juga menjelaskan bimbingan secara langsung dengan menyayangi

murid seperti anak sendiri mencatatkan peratusan sebanyak 86.7% sebagai bersetuju

manakala 13.3 kurang bersetuju. Manakala resposden juga menyatakan mereka

bertanggungjawab membimbing murid yang memerlukan pertolongan dari mereka

dengannya dengan catatan peratusnya 100%. Ini menunjukkan mereka sentiasa

berperanan sebagai pembimbing di sekolah masing-masing. Dapatan ini menjelaskan guru

Page 54: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

54

telah mempunyai kesedaran bahawa mereka perlu memberikan pertolongan kepada murid

yang memerlukan.

(ii) Bentuk Bimbingan Guru Pendidikan Islam Di Sekolah.

Seterusnya analisis dapatan data bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Ia

merangkumi bentuk bimbingan dari aspek bacaan al-Quran, bacaan di dalam solat, proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pemberian nasihat serta galakan.

Skor min yang direkodkan adalah tinggi dan hanya tiga pernyataan sahaja yang

mencatatkan nilai skor min di tahap yang sederhana tinggi. Bentuk bimbingan yang

diberikan oleh guru pendidikan Islam menepati peranan mereka sebagai pembimbing di

sekolah. Boleh dirumuskan bahawa pendekatan atau bentuk bimbingan yang digunakan

oleh guru pendidikan islam adalah berbeza-beza. Respondan bersetuju 100% bahawa

mereka membimbing murid dalam aspek bacaan al-Quran dan bacaan di dalam solat.

Perkara ini adalah keutamaan bagi Guru Pendidikan Islam dalam memastikan murid

menguasai al-Quran. Kaedah bimbingan ini mendapat undian kurang bersetuju dengan

13.3% dan 88.7% bersetuju dengan 20% adalah sangat bersetuju. Ini menunjukkan 6 orang

GPI memberi bimbingan eksklusif kepada murid mereka. Catatan peratus yang paling

rendah adalah 6.7%. Ini membawa maksud 2 orang respondan tidak melaksanakan kelas

mengaji di rumah mereka.

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa guru pendidikan Islam memainkan peranan

penting sebagai pembimbing kepada murid, oleh itu mereka perlu menerapkan amalan-

amalan tingkahlaku di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini selari dengan

dapatan kajian Fathiyah (2013), menyatakan guru-guru perlu menerapkan elemen amalan

dengan penekanan kepada aspek teori dan praktikal melalui teknik tunjuk cara, pembiasan

amalan, pengawasan dan teguran serta menumpukan kepada aspek kekhusyukkan di

dalam melaksanakan ibadah solat. Maka, kaedah bimbingan yang digunakan oleh guru

pendidikan Islam mestilah tepat dan bersesuaian dengan murid.

Guru Pendidikan Islam juga turut berperanan sebagai pembimbing di dalam kelas.

Respondan menunjukkan pendekatan yang berbeza-beza. Ia jelas kelihatan apabila dalam

pernyataan di P15 dan P16. Hanya terdapat 2 orang respondan menyatakan tidak setuju di

P15 dan 4 orang di P16. Mungkin mereka menggunakan alternatif lain bagi memastikan

murid menguasai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Respondan telah

Page 55: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

55

bersetuju dengan mencatatkan jumlah peratusan 100% bersetuju dengan 26.7%

daripadanya adalah sangat bersetuju terhadap amalan guru dalam mewujudkan persaingan

sihat antara murid dalam usaha menambah minat murid terhadap mata pelajaran pendidikan

Islam. Ini bermakna kesemua guru Pendidikan Islam mempunyai kesedaran serta telah

mengamalkan persaingan yang sihat di antara murid ketika melaksanakan sesi pengajaan

dan pembelajaran. Namun, responden berpendapat bahawa tidak semestinya untuk

memberikan galakan kepada murid supaya mempelajari mata pelajaran pendidikan islam

atau galakan agar murid belajar memerlukan hadiah.

Pernyataan ini disokong dengan kajian Rafizah (2011), yang mendapati beberapa

item yang perlu ada di dalam aspek penyampaian isi pelajaran oleh guru pendidikan Islam

adalah meliputi memberikan contoh yang banyak, pandai menjaga masa, penyampaian

menarik, menggunakan Bahan Bantu Mengajar, memiliki ilmu serta bersikap berdikari.

Maka, amalan kepimpinan guru khususnya guru pendidikan islam yang baik akan

mendorong kepada pembentukan sahsiah murid. Maka wajarlah teknik pemberian hadiah

bukanlah satu cara utama atau berkesan dalam mendorong minat murid. Guru pendidikan

islam boleh menggunakan teknik-teknik yang lain seperti memberikan contoh isu semasa,

bahan bantu mengajar berbantukan komputer, mempertingkatkan pengurusan masa supaya

sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan menarik minat murid terhadap

matapelajaran pendidikan islam.

Menurut hasil dapatan kajian Noor Ruziana (2004), beliau mendapati pendekatan

pengajaran guru memberi kesan kepada pelajar kerana 84.6% responden bersetuju bahawa

kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran adalah seronok dan berkesan. Selain itu,

kajiannya juga menemui keprihatinan guru pendidikan islam terhadap pelajar mendorong

kepada masalah disiplin, dengan 81% responden bersetuju guru pendidikan islam tidak

bersikap prihatin kepada masalah mereka.

Walaubagaimanapun, bimbingan dan nasihat guru turut diberikan penekanan oleh

guru ketika membimbing murid. 4 orang GPI sering memberi tazkirah di sekolah mereka. Ia

mewakili 13.3% dari peratusan respondan yang sangat bersetuju bahawa mereka

menggunakan peluang pada sesi tazkirah pagi di sekolah untuk memberi nasihat dan

bimbingan kepada murid. Manakala 20% yang tidak bersetuju mungkin tidak menggunakan

sesi tazkirah di perhimpunan sebagai medium memberi peringatan, sebaliknya memberi

peringatan di kelas dan sebagainya. Walaupun begitu, 100% guru bersetuju bahawa mereka

sering mengambil berat tingkah laku murid mereka disamping sering memberikan nasihat.

Page 56: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

56

(iii) Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing

Tiga ciri guru Pendidikan Islam yang paling utama dan mempengaruhi murid di dalam

peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing telah dikenalpasti oleh pengkaji

berdasarkan dapatan kajian iaitu pada item yang menjelaskan aspek komunikasi yang baik,

sikap guru yang tidak membuat tanggapan yang salah (non-judgemental), dan amalan guru

yang berfikiran terbuka.

Ciri komunikasi yang baik ini telah dibuktikan dengan dapatan kajian yang

menunjukkan 93.3% respondan bersetuju, guru pendidikan islam (GPI) yang mempunyai

komunikasi yang baik dapat membimbing murid memahami tanggungjawab mereka untuk

mempelajari dan memanfaatkan ilmu pengetahuan di dalam kehidupan mereka. Guru yang

memberi penerangan tanpa ada komunikasi dua hala yang berkesan dengan murid,

penerangan tersebut pasti gagal difahami oleh murid. Hal ini kerana dengan komunikasi

yang betul dapat membina hubungan silaturrahim antara guru pendidikan islam dengan

murid sekaligus memudahkan guru pendidikan islam memainkan peranan mereka sebagai

pembimbing murid di dalam pembentukan sahsiah, intelek dan jasmani. Ia disokong dengan

pandangan Rozana Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa masalah sosial yang

berleluasa pada masa kini menunjukkan keruntuhan akhlak dalam diri anak-anak. Wajarlah

guru pendidikan islam memainkan peranan mereka sebagai pembimbing murid di sekolah

dalam usaha memantapkan sahsiah murid agar tidak berlakunya keruntuhan akhlak

dikalangan murid.

Oleh itu, komunikasi yang baik amat dituntut di dalam memastikan peranan guru

pendidikan islam (GPI) sebagai pembimbing di sekolah mampu dilaksanakan dalam usaha

membimbing murid-murid seperti di pernyataan P24. 86.6% respondan bersetuju bahawa

mereka perlu menjelaskan kepada murid alasan mereka menghukum murid. Amalan dan

teknik kepimpinan guru adalah berperanan di dalam menangani masalah disiplin dan

sebagai pendorong kepada kepimpinan peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing

di sekolah. Murid yang bermasalah disekolah memerlukan perhatian yang lebih dari guru

terutamanya guru pendidikan islam yang dapat membentuk sahsiah diri murid sejajar

dengan ajaran agama Islam. Rosnita (2009) mendapati amalan kepimpinan guru di dalam

bilik darjah mempengaruhi tahap disiplin murid di dalam bilik darjah.

Guru pendidikan islam juga tidak seharusnya membuat tanggapan yang salah

Page 57: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

57

terhadap murid. Ciri non-judgemental ini perlu ada pada seorang pembimbing yang baik dan

ianya dipersetujui oleh respondan apabila 26 daripada 30 responden bersetuju dengan

pernyataan ini. Jumlah itu mewakili peratusan sebanyak 86.7%. Respondan bersetuju 100%

menyatakan murid harus diberi peluang untuk berubah. Sememangya semua respondan

adalah mereka yang berfikiran terbuka. Dapatan kajian ini menjelaskan guru pendidikan

islam sudah mempunyai fikiran yang terbuka dalam melayani karenah murid dan sebagai

pembimbing kepada murid di sekolah.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi dapatan kajian akan dibincangkan dari aspek kepentingan kajian seperti yang

dijelaskan dalam Bab 1 iaitu kepada pelajar, golongan pendidik, pihak pengurusan, ibu

bapa dan masyarakat.

Kepentingan kepada pelajar

Kajian ini akan dapat membuka minda pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah

menengah agar memahami peranan guru pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah.

Mereka boleh merujuk kepada guru pendidikan Islam apabila terdapat persoalan agama,

akademik, masalah kekeluargaan dan lain-lain. Pelajar memberi kepercayaan kepada guru

pendidikan Islam untuk membantu menyelesaikan masalah mereka hadapi. Lantaran itu,

secara tidak langsung hubungan guru pendidikan Islam dengan pelajar dapat dieratkan.

Implikasi kepada golongan pendidik

Dapatan dari kajian ini dapat membantu golongan pendidik khususnya kepada guru

pendidikan Islam agar dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan

menjadi role model kepada pelajar dalam meneruskan kehidupan seharian

Kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada guru pendidikan Islam dalam

membina keyakinan diri dengan mempercayai kebolehan dan kelebihan diri. Guru perlu

sentiasa berfikiran positif, memberi perhatian kepada pelajar, menghormati pandangan atau

idea yang diberikan oleh pelajar dan memberikan bimbingan dan bantuan kepada pelajar

yang memerlukan.

Page 58: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

58

Implikasi kepada pihak pengurusan sekolah

Kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan sekolah dalam menyedari

tugas dan peranan seorang guru khususnya guru pendidikan Islam sebagai seorang

pembimbing dalam merealisasikan pembentukan akhlak mulia dalam kalangan pelajar

sekolah serta dalam membina dan menjaga hubungan sesama guru serta kakitangan

sekolah.

Implikasi kepada ibu bapa

Hasil dapatan kajian ini dapat membuka minda dan mengubah persepsi negatif ibu

bapa terhadap para guru khususnya guru pendidikan islam yang segelintir ibu bapa

menyalahkan guru apabila anak-anak mereka gagal mendapatkan keputusan yang baik

atau anak-anak mereka terjebak ke dalam gejala sosial. Ibu bapa adalah disaran agar dapat

bekerjasama dengan para guru dalam merealisasikan para pelajar yang mantap

pembentukan sahsiahnya.

Implikasi kepada masyarakat

Dapatan kajian ini dapat membantu mengubah cara berfikir masyarakat terhadap

tugas dan peranan guru. Masyarakat perlu memahami peranan guru pendidikan Islam

sebagai pembimbing di sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik

disamping akidah dan pegangan agama yang kuat. Kepekaan masyarakat terhadap

peranan guru pendidikan Islam sebagai pembimbing dapat membantu memudahkan guru

menjalankan tanggungjawab mereka.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini merupakan kajian tempatan dan sampel yang digunakan juga hanya terbatas

kepada 30 responden sahaja. Ia hanya dijalankan di sebuah daerah di negeri Selangor.

Oleh itu, kajian ini hanya dapat digeneralisasikan di daerah tersebut tanpa dapat

digeneralisasikan ke seluruh negeri Selangor mahupun ke peringkat negara Malaysia.

Dengan itu adalah dicadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan, iaitu ;

1. Kajian ini boleh dijalankan kepada guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan di

Page 59: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

59

sekolah menengah di sebuah negeri yang lain atau pada peringkat zon atau seluruh

negara Malaysia supaya ia dapat digeneralisasikan dalam ruang yang lebih luas dan

mengambil pandangan lebih ramai responden dan melibatkan populasi yang lebih luas.

2. Kajian lanjutan juga boleh dibuat secara perbandingan peranan guru Pendidikan Islam

sebagai pembimbing dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam sekolah

rendah dan sekolah menengah. Aspek yang dinilai juga boleh diperluaskan seperti

menyentuh persoalan konflik atau kekangan yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam

yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah.

3. Kajian lanjutan juga boleh dibuat untuk melihat kesan daripada aplikasi peranan guru

sebagai pembimbing terhadap minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran

pendidikan Islam.

4. Kajian lanjutan juga boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk

memperolehi maklumat yang lebih mendalam.

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa sebuah sekolah itu boleh

dimajukan dengan guru memainkan peranan sebagai pembimbing bukan sekadar mengajar

mengikut sukatan mata pelajaran semata-mata. Pengurusan disiplin yang teratur akan

memperkukuhkan lagi iklim dan budaya sekolah. Semua guru di sekolah harus berperanan

sebagai pembimbing untuk memantapkan sahsiah murid, pencapaian akademik, cintakan

agama dan negara serta disiplin sekolah. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan

dan panduan kepada pengkaji lain tentang peri pentingnya mengaplikasikan peranan

sebagai pembimbing dalam pengajaran.

Page 60: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

60

RUJUKAN

Nur Ubiyati, 1997, Ilmu Pendidikan, Pustaka Setia, Bandung

Muhaimin. 2002, Paradigma Pendidikan Agama Islam, Remaja Rosda Karya, Bandung

Louis Ma’luf, 1986. Al Munjid fi al Lughat wal Ilm, Darul Masyriq, Beirut.

Robert King Hall, 1955, The Yearbook Of Education 1955, Evans Brothers Limited.

Nor Fadila Mohd Amin & Chiew Kai Wan, 2010, Persepsi Guru Terhadap Penggunaan

Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

Noor Ruziana Ismail (2004) Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam dalam Menangani

Masalah Disiplin dikalangan Pelajar, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Rosnita Muda (2009) Kepimpinan Guru Pendidikan Islam dalam Menangani Masalah

Disiplin Pelajar, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Zanariah Marthan (2009) Pengurusan Konflik Sosial Dalam Kalangan Guru Pendidikan

Islam, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Rafizah Mohamed Salleh (2011) Model Guru Contoh Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya Kuala Lumpur

Nazri Hamid (2000) Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Di Dua Buah

Sekolah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Azhar Muhammad & Nor Syakirah Binti Samsuni (2010) Persepsi Guru Pendidikan Islam

Terhadap Tanggungjawab Pelaksanaan Etika Profesion Perguruan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

Choong Lean Keow (2008) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd. Kuala Lumpur

Mohamad Shatar Sabran, Jasni Sabri, Azali Mohamed (2006) Tip Pendidik Cemerlang,

Page 61: peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH

61

Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1992) Guru dan Perguruan, Dewan Bahasa

dan Pustaka Kuala Lumpur

Shamsudin Othman (2010) Kerjaya Mulia Nama Jadi Sanjungan: tips motivasi guru, Casa

Delima Sdn. Bhd Kuala Lumpur

Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar (2006) Kerjaya Sebagai Guru, PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd

Fathiyah Mohd Fakhruddin, Nor Hayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd. Mutalib (2013)

Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan Dalam

Pengajaran. The Online Journal of Islamic Education January 2013, Vol. 1 Issue 1

Nur Hanani Hussin, Mohd Aderi Che Noh, Ab. Halim Tamuri (2013) Elemen Mengenali

Murid dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam The Online Journal of Islamic

Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

Hamdi Ishak, Ab Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid, Safani Bari (2012) Amalan

Pengajaran Guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah

Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran), Journal of Islamic and Arabic

Education 4(2), 2012 11 24

Syed Najmuddin Syed hassan, ab halim tamuri, Isahak Othaman, Mohd Sabri Mamat (2009)

kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru pendidikan islam MRSM

Journal of Islamic and Arabic Education 1(2), 2009 31 50

Ahmad Mohd Salleh. 2011. Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam.

Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafur. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris. (2010).Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill