pendatang tanpa izin pati

Upload: nurbaiti-hamiza

Post on 04-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 pendatang tanpa izin pati

    1/2

    Pengenalan

    Pendatang asing tanpa izin (PATI) dirujuk sebagai mereka yang masuk dan tinggal di

    Malaysia secara haram atau tanpa mengikut prosedur kemasukan pekerja asing yang

    dijalankan oleh Jabatan Imigresen. Selain itu, PATI juga merupakan mereka yang

    meneruskan untuk tinggal di Malaysia walaupun permit yang sah sudah tamat tempohnya.

    Terdapat juga dalam kalangan mereka tinggal di Malaysia menggunakan permit yang palsu.

    PATI ini juga merupakan mereka yang menyalahgunakan permit untuk masuk dan bekerja di

    Malaysia, contohnya menggunakan permit pelancong atau permit pelajar untuk terus bekerja

    di Malaysia.

    Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing

    dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Program ini mempunyai 6 peringkat iaitu peringkat

    PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN,

    PENGUATKUASAAN, dan PENGUSIRAN. Program 6P dilaksanakan melalui keputusan

    Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin

    pada 22 Jun 2011 dan berkuat kuasa bermula 11 Julai 2011.

    Jumlah tangkapan PATI dalam Operasi Bersepadu 6P 2013.

    Negara 1 September 2013 16 September 2013

    Indonesia 717 1355

    Myammar 555 941

    Bangladesh 387 597

    Nepal 229 322

    Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina,

    Nigeria, Thailand & China

    545 340

    Jumlah 2433 3555

    Statistik menunjukkan berlakunya peningkatan jumlah PATI dari 1 September

    sehingga 16 September 2013 iaitu dari jumlah 2433 orang kepada 3555 orang. Melalui

    operasi ini PATI dari negara Indonesia dan Negara Myammar menunjukkan jumlah

  • 8/13/2019 pendatang tanpa izin pati

    2/2

    1

    tangkapan paling ramai iaitu seramai 2072 dan 1496 orang. Jumlah keseluruhan PATI yang

    berjaya ditangkap dari 1 September hingga 16 September 2013 ialah 5988 orang.