pembelajaran sepanjang hayat

Upload: mohammad-hasrul-hafiz-bin-hamzah

Post on 14-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PERBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYATPERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUKONSEPBasil Yeaxlee dan Edward Lindman ( 1926 ) menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia.Pembelajaran sepanjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan ataupun profesional.PELAN PEMBELAJARAN PERIBADISuatu amalan sangat tepat dan para guru perlu mengamalkannya dalam kehidupan mereka.Guru adalah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan oleh guru sendiri.Contoh Pelan Pembelajaran perbadiPembelajaran di rumahPembelajaran tidak formalDikendalikan oleh ibu bapa / tutorPenggunaan kurikulum yang diluluskan.Pembelajaran dalam talian atau online learning ( OLL ).Pembelajaran berbantukan modul.Pendidikan Dewasa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa melalui kursus-kursus atau program-program pengajian lanjutan.Peluag meningkatkan ilmu berlaku di tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai Latihan Pembangunan Staf ( LPS ) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya masing-masing.

Pendidikan BerterusanUsaha seseorag untuk menyambung pengajian untuk memperolehi sijil/ diploma/ ijazah dan lain-lain secara sepenuh masa atau secara sambilan.Dijalankan sama ada dalam bilik kuliah atau makmal.Paling popular adalah pembelajaran jarak jauh ( PJJ ).

Pembelajaran PekerjaFokus kepada peningkatan profesional dan latihan kerjaya.Seseorang guru perlu menerokai bidang kerjaya yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi, kandungan mata pelajaran, psikologi murid dan perkara-perkara yang melibatkan pegurusan bilik darjah.Persekitaran Pembelajaran Kendiri ( PPK )Sistem pembelajaran memerlukan pelajar mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri.Pengalaman belajar secara formal dan tidak formal merupakan gabungan yang menyempurnakan sesuatu persekitaran pembelajaran kendiri.BUDAYA MEMBACAPerdana Menteri ( Y.A.B Dato Seri Dr Mahathir Mohamed ) menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka memandangkan peranan mereka sebagai pendidik dan rol model kepada murid di sekolah.Guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.Panduan Tidak Mengabaikan Amalan MembacaPastikan membawa buku ke mana-mana sahajaKurangkan aktiviti yang sia-sia dan isikan masa dengan aktiviti berfaedah seperti membaca.Peruntukkan masa pada setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit pada satu-satu waktu.4 ) Dapatkan suatu ruang yang sunyi dan tidak diganggu ketika membaca.

5 ) sediakan senarai bahan bacaan yang telah anda kenal pasti dan buat catatan untuk mendapatkannya.

6) Kunjungi pameran buku dan kedai buku untuk memupuk minat membaca.

BUDAYA MENYELIDIKSatu usaha kearah menggalakkan para pendidik mengamalkan budayailmu melalui aktiviti penyelidikan.Apabila amalan ini dapat dilaksanakan,maka para pendidik dapat menjadikan penyelidikan sebagai satu cara bagi tujuan mempertingkatkan profesionalisme mereka.

Pendidik adalah individu yang sentiasa peka kepada isu-isu pendidikan dan menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk membaiki keupayaannya dalam menjalankan tugas dengan berkesan dan seterusnya mengatasi isu-isu yang dihadapi secara profesional.Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman,melalui punca-punca yang berwibawa dengan penakulan induktif dan deduktif,melalui intuitif,melalui pendekatan saintifik dan wahyu.

KEPENTINGAN Secara umum dapatan kajian berkaitan dengan pengajaran guru dapat;Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pendidikan.Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Meningkatkan tahap profesionalisme guru.Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami,mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.Dapat menyediakan guru,sebagai penyelidik yang kritikal,kaya dengan idea baru,sanggup menerima perubahandan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.AMALAN/BUDAYA REFLEKTIFRefleksi merujuk kepada gambar atau bayangan dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.Diketengahkan oleh Donald Schon (1993), melalui bukunya The Reflective Practitioner , amalan refektif merupakan proses berterusan melibatkan pertimbangan terhadap sesuatu peristiwa atau pengalaman yag kritkal.PROSES PEMIKIRAN REFLEKTIF ( RICHARD,J.C )

KEPENTINGAN AMALAN REFLEKTIF DALAM BIDANG KEGURUANSesuai kepada guru pelatih untuk mengimbangi antara pengalaman mereka sendiri dengan kejayaan golongan yang terdahulu.Sebahagian daripada penyelidikan tindakan ( PT ) dalam membangunkan kurikulum yang mendorong kepada dapatan atau maklum balas yang berterusan berkaitan dengan sesuatu isu yang timbul.Pensyarah boleh membimbing dan melatih guru pelatih dalam pelaksanaan P&P dengan berkesan melalui penulisan refleksi, penulisan jurnal, catatan peribadi dan perbincangan kumpulan.Merupakan pembelajaran kendiri dalam kalangan guru dalam perkhidmatan iaitu sentiasa menilai dan menyemak amalan dan tanggapan mereka terhadap P&P.JENIS-JENIS AMALAN REFLEKTIFAmalan Semasa Tindakan ( Reflection In- Action )Berlaku semasa bertindakTindakan yang mendatangkan kesa yang tidak dijangka dan bukan sebahagian daripada tindakan yag dirancang.Kritikal dalam mempengaruhi cara menilai, berfikir dan menstruktur semula strategi, menghasilkan kefahaman baharu dan cara baharu untuk melihat masalah.Amalan Reflektif Ke Atas Tindakan ( Reflection-on- Action )Sesuatu tindakan diambil dan boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan.Bersifat tetrospektif dan dapat membantu guru utntuk cepat sedar terhadap peristiwa yang berlaku di dalam bilik darjah.Amalan Reflektif Untuk Tindakan ( Reflection-For- Action )Berlaku selepas sesuatu tindakan diambil da membantu guru memperoleh cara baharu dalam melaksanakan sesuatu kerja, mempelajari pengetahuan baharu dan membina teori.Satu tindakan sistematik dan yang disengajakan untuk menganalisis, membina dan membentuk semula situasi P&P supaya dapat menerokai rancangan baharu untuk kegunaan seterusnya.PROSES PENGAJARAN REFLEKTIF

Bey (1987) mencadangkan soalan-soalan berikut bagi memupuk Pemikiran Reflektif dan Metakognitif.What am I doing?(Apa yang saya lakukan ?)Why am I doing it?( Mengapa saya lakukannya? ) What do I feel?(Apa yang saya rasa ? )What did I learn?( Apa yang saya pelajari?) What other way can I do it ? ( Apakah ada cara lain boleh saya lakukan? )What will I do?(Apa yang akan saya lakukan )**(Format ini sesuai untuk dijadikan catatan jurnal refleksi selepas setiap P&p )KONSEPSatu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.Aktiviti ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk memaham itentang sebab sesuatu tindakan/pilihan dibuat.PROSES REFELKSI ( Bruce & Rose, 1995, hal.334 )

Proses Refleksi dan Tindakan yang Diambil

Pengurusan PortfolioApa itu portfolio?Merupakan satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang di dokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. Portfolio bukan sekadar rekod perkhidmatan (shulman,1992)Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu.Koleksi termasuk penglihatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar (Arter & Paulson, 1990)Pengenalan portfolioPengurusan portfolio menjadi satu alat untuk menggalakkan pelajar menjana pengetahuan dan kemahiran serta merangsang pemikiran terhadap tugas mereka dalam pengajaran.

Tujuan portfolioMemberikan peluang guru pelatih mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis secara sistematik tentang strategi pembelajaran mereka.Memberi maklum balas tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum.Meningkatkan kreativiti dalam menyediakan tugasan.

Ciri-ciri portfolioHasil akhir pelajar terlibat dengan reflektif kendiri.Matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Portfolio perlu dikemas kini setiap masa.Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan perkembangan dalam sesuatu perkara.Jenis portfolioPortfolio kerjaKoleksi hasil kerja harian pelakar sendiriCatatan, lakaran, draf awal, hasil akhir.Milik pelajar sendiri.Penilaian formatif dan bersifat diagnostik.Portfolio dokumentariKoleksi hasil kerja khusus untuk penilaianBukti-bukti proses yang dijalankan bagi menghasilkan sesuatu tugas.Bahan yang menggambarkan pencapaian pelajar.Portfolio hasil Koleksi dipilih khas menggambarkan hasil terbaik pelajar.Mengandungi hasil kerja sahaja.Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran sesuatu pembelajaran.Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar.Penilaian sumatif untuk menentukan sijil, gred, penempatan dan lain-lain.Pengurusan Portfolio Adaptasi Daripada Model Penaakulan Pedagogi Dan Tindakan ShulmanKefahamanPelajar menerima input yang terdiri daripada pengetahuan kandungan yang baharu melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman pihak lain.Pelajar mengumpul bahan bukti melalui proses pengajaran yang dilakukan dan merangka idea baru.Idea yang dirangka dibincangkan dengan rakan-rakan.InteraksiDalam peringkat interaksi akan berlakunya satu proses inkuiri penemuan penyelesaian masalah yang timbul.Proses analisis dan penilaian menghasilkan satu idea yang lebih berkualiti.

Aplikasi Idea yang telah diperkemaskan semasa peringkat interaksi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Refleksi Setelah idea yang digunakan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar melakukan satu proses menilai semula tindakan mereka.Dalam peringkat ini pelajar mengimbas semula pengalaman yang telah dilalui bagi membina kefahaman yang baharu dan mula mencari alternatif dalam menambah baik kelemahan.

Mengapa portfolio dimestikan kepada pelajar?Memberi gambaran menyeluruh tentang tahap profesionalisme seseorang pelajar.Koleksi pencapaian pelajarKekuatan yang ada dapat dikenal pasti dan diperkembangkan.Alat yang melihat semula kemajuan dan menentukan sasaran baru yang perlu diusahakan setiap kali portfolio dikemas kini. Struktur kandungan portfolioDitentukan oleh pensyarah dan pelajar atau pelajar sendiri.Memberi gambaran yang tepat tentang pencapaian prestasi dan perkembangan pelajar.Pemilihan bahanDibuat mengikut kronologi masa.Dibuat mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.Susunan aktiviti dari mudah kepada yang susahAmalan yang berlakuHimpunan bahan-bahan yang di fotostat.Sejarah sekolahCarta organisasiTakwim sekolahLain-lain