1 2 bab 4 faedah pembelajaran kandungan menurut perspektif islam adalah sifat, ... menuntut ilmu...

10
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM (I) CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat 1 4.1 Keilmuan dan pendidikan 4.2 Politik dan pemerintahan 4.3 Sosial 4.4 Ekonomi 2 PENDAHULUAN Menjelaskan keilmuan dna pendidikan Islam Menjelaskan politik dan pemerintahan secara Islam FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN 3 4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN KONSEP ILMU HIERARKI ILMU MENURUT ISLAM KLASIFIKASI ILMU PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH 4 Ilmu merupakan kayu ukur membezakan antara individu dengan individu lain. Firman Allah S.W.T. yg bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui” (al-Zumar: 9) Ilmu juga merupakan asas mencapai tahap keimanan dan ketakwaan. Allah meletakkan orang yang beriman dan berilmu pada tahap yang tinggi. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu beberapa darjat” (al-Mujadalah: 11) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang berilmu lebih takutkan Allah daripada kalangan hamba-Nya.” (al-Fathir: 28) 4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN Dari Bahasa Arab, ‘alima’ yang bermaksud mengetahui. Segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasul-Nya 5 BAHASA ISTILAH 4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN PENGERTIAN ILMU Ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. ISLAM Islam menyatukan agama dan ilmu. Agama itu sendiri adalah ilmu – tiada pertentangan. Ilmu menurut perspektif Islam adalah sifat, proses, dan hasil. Ilmu merangkumi Al-Quran, Sunnah, Syariah, Iman, Pemikiran, Sains, Pendidikan dsb. Penekanan terhadap ilmu jelas di dalam Al- Quran. Wahyu pertama menekankan kepentingan ilmu. 6 PERBEZAAN PENGERTIAN ILMU 4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Upload: lamkhue

Post on 03-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 1

BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM (I)

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat

1

4.1 Keilmuan dan

pendidikan

4.2 Politik dan

pemerintahan

4.3 Sosial

4.4 Ekonomi

2

PENDAHULUAN

Menjelaskan keilmuan

dna pendidikan Islam

Menjelaskan politik

dan pemerintahan

secara Islam

FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN

3

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

KONSEP ILMU HIERARKI ILMU

MENURUT ISLAM

KLASIFIKASI ILMU

PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT

RASULULLAH

4

Ilmu merupakan kayu ukur membezakan antara individu dengan

individu lain. Firman Allah S.W.T. yg bermaksud: “Katakanlah

(wahai Muhammad) adakah sama orang yang mengetahui dengan

orang yang tidak mengetahui” (al-Zumar: 9) Ilmu juga merupakan asas mencapai tahap keimanan dan

ketakwaan. Allah meletakkan orang yang beriman dan berilmu

pada tahap yang tinggi. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan

orang yang diberikan ilmu beberapa darjat” (al-Mujadalah: 11) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan

seseorang itu bertakwa dan cintakan Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang berilmu lebih

takutkan Allah daripada kalangan hamba-Nya.” (al-Fathir: 28)

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Pat

Dari Bahasa Arab,

‘alima’ yang

bermaksud

mengetahui.

Segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasul-Nya

5

BAHASA ISTILAH

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

PENGERTIAN ILMU

Ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu

bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan

metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan

sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

ISLAM

Islam menyatukan agama dan ilmu. Agama itu sendiri adalah ilmu – tiada pertentangan.

Ilmu menurut perspektif Islam adalah sifat, proses, dan hasil.

Ilmu merangkumi Al-Quran, Sunnah, Syariah, Iman, Pemikiran, Sains, Pendidikan dsb.

Penekanan terhadap ilmu jelas di dalam Al-Quran.

Wahyu pertama menekankan kepentingan ilmu.

6

PERBEZAAN PENGERTIAN ILMU

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Page 2: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 2

7

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

BARAT

Ilmu hanya merujuk kepada sesuatu fakta.

Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara

yang boleh dilihat dengan pancaindera dan

boleh dibuat uji kaji.

Kewujukan perkara yang di luar pancaindera

bukan dianggap ilmu.

Oleh itu ajaran agama dianggap bukan bidang

ilmu, tetapi dianggap kepercayaan semata-mata.

PERBEZAAN PENGERTIAN ILMU

8

Penghayatan terhadap Hadis Rasulullah SAW mengenai ilmu:

4. Keluar pada waktu pagi belajar satu bab ilmu lebih baik dari solat 100 rakaat.

3. Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim.

2. Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China.

1. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

9

Antara matlamat ilmu Islam ialah:

Ilmu sebagai pelita yang mampu memberi cahaya kepada

manusia dalam kehidupan mereka. Ilmu dalam Islam

hendaklah digunakan hanya untuk mencari keredaan Allah

dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan

kepentingan masyarakat manusia dan alam seluruhnya.

Untuk melahirkan insan yang kamil (insan yang baik lagi

sempurna) yang dapat mempertahankan kedudukan sebagai

manusia yang sebenarnya menurut ajaran Islam.

Melahirkan insan yang bertakwa (takut kepada Allah).

Untuk memenuhi kemaslahatan manusia, seperti ilmu-ilmu fardu

kifayah.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

10

Pembahagian Ilmu

Fardu Ain Fardu Kifayah

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

• Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap

individu muslim yang telah akil baligh untuk

mempelajari dan mengamalkannya, spt:

ilmu akidah; solat, puasa dsb, ilmu akhlak;

adab dengan ibu bapa dsb.

• Untuk pembentukan peribadi muslim.

• Merangkumi akidah, syariah, dan akhlak.

• Ilmu-ilmu yang dipelajari oleh masyarakat

secara kolektif, kecuali sekiranya hanya

seorang sahaja yang mahir dalam bidang

itu ia akan menjadi Fardu Ain.

• Diperlukan untuk kepentingan kehidupan

masyarakat Islam untuk mencapai

keselesaan, kestabilan dan keamanan

dalam masyarakat, contohnya seperti ilmu

perubatan, ilmu matematik dsb.

11

ILMU FARDU ‘AIN ILMU FARDU KIFAYAH

SUMBER

Sumber utama: al-Quran & al-

Sunnah

Sumber kedua: ijmak ulama’ &

qias

Al-Quran & al-Sunnah sebagai

dasar

Akal, pancaindera, pengkajian,

eksperimen dan sebagainya

KEWAJIPAN

MEMPELAJARI

Wajib ke atas setiap individu

yang mukallaf memahami dan

mengamalkannya.

Mesti dipelajari dari peringkat

kanak-kanak hinggalah

dewasa mengikut tahap yang

sesuai.

Wajib ke atas anggota

masyarakat secara kolektif

Penglibatan sebahagian dari

anggota masyarakat dalam

sesuatu bidang ilmu fardu

kifayah mewakili keseluruhan

anggota yang lain dalam

aspek tersebut.

Sekiranya semua anggota

masyarakat melepaskan

tanggungjawab ini, semuanya

menanggung dosa.

12

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

SUMBER

ILMU

Page 3: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 3

13

AL-QURAN (WAHYU)

Merupakan sumber utama dalam ilmu.

Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi yang perlu diterokai. Ia juga sumber rujukan dan panduan di samping sumber pelbagai ilmu. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. (al-Kahfi: 109)

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

14

AL-SUNNAH (WAHYU)

Sumber ilmu kedua selepas Al-Quran.

Al-Sunnah: segala apa yang disandarkan kepada

Rasulullah berkaitan dengan perbuatan, perkataan

dan pengakuan serta perjalanan hidupnya sama ada

sebelum atau selepas menjadi rasul.

Al-sunnah melengkapi Al-Quran dengan 3 cara:

Menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam Al-

Quran

Menjelaskan apa yang tidak diperincikan dalam Al-Quran

Menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

15

AKAL

Manusia dikurniakan akal membolehkan manusia

memegang amanah dan tanggungjawab.

Dengan akal manusia boleh memahami, meneliti

dan mengkaji. Namun akal tidak boleh menjawab

segala persoalan alam ghaib melainkan

memerlukan kepada dalil naqli (wahyu).

Justeru, akal perlu digabungkan dengan naqli

kerana ilmu-ilmu aqli seumpama makanan dan

ilmu naqli umpama ubat kepada diri manusia.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

16

PANCAINDERA

Pancaindera (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan pendegaran) merupakan deria yang penting kepada manusia.

Dengan akal dan pancaindera, manusia boleh berfikir, merancang, mengkaji dan membezakan antara yang baik dan buruk.

Islam mengiktiraf akal berdasarkan kebenaran mengambil hukum melalui ijtihad, ijmak dan qiyas.

Penggunaan akal dan pancaindera semata-mata tidak mampu untuk menemui kebenaran mutlak melainkan perlu berpandukan wahyu Allah S.W.T.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

17

INTUISI

Intuisi atau ilham merupakan sumber

pengetahuan manusia yang amat berguna.

Ia merupakan pengatahuan yang diperoleh

tanpa berfikir dengan panjang.

Ia datang secara tiba-tiba untuk menyelesaikan

sesuatu masalah.

Ia disebut juga sebagai firasat.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

18

PENGALAMAN

Pengalaman merupakan asam garam kehidupan

yang diperolehi oleh manusia sepanjang

kehidupan mereka.

Ilmu berbentuk pengalaman amat berguna

kerana ia merupakan ilmu yang manusia dapat

melalui pengamatan, pemerhatian serta tinjauan

mereka terhadap rahmat, nikmat dan kebesaran

Allah S.W.T. di muka bumi

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Page 4: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 4

19

PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah mengajar para sahabat berdasarkan wahyu yang

diturunkan oleh Allah. Firman Allah S.W.T. maksudnya:

“Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan

pendapatnya sendiri, melainkan apa yang telah diwahyukan”.

[al-Najm (53): 3-4]

Rasulullah tidak menokok tambah apa yang diwahyukan oleh

Allah kepada baginda dalam menyampaikan dan mendidik

ajaran Islam.

Proses pendidikan di zaman Rasulullah s.a.w:

Pembangunan rohani di Mekah

Pembangunan rohani dan fizikal di Madinah

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

20

PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH S.A.W.

Manusia diingatkan agar menuntut ilmu dari buaian sehingga

ke liang lahad – pembelajaran sepanjang hayat.

Rasulullah mewajibkan umatnya menuntut ilmu dan

menyampaikannya.

Orang yang berilmu diberi kedudukan yang tinggi dalam

kalangan manusia dan diberi kedudukan istimewa sesudah

nabi.

Para ulama adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan

dinar dan dirham. Tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa

yang mengambilnya, ia telah mendapat habuan yang

menguntungkannya

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

21

Orang yang memiliki ilmu akan

menjadi seorang yang berguna

kepada agama, masyarakat dan

negara. Sabda Rasululullah s.a.w.

yang bermaksud:

“Sesiapa mahukan dunia, mestilah

dengan ilmu, sesiapa yang

mahukan akhirat, dengan ilmu.

Dan sesiapa mahukan keduanya

mestilah dengan ilmu”.

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

22

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

IBNU SINA

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina (980-1037M), atau dikenali sebagai ‘Avicenna’ di Barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran.

Bukunya Al-Qanun fi al-Tib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.

23

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu

telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17,

buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan

asas di universiti-universiti Itali dan Perancis.

Banyak mengadaptasi falsafah Yunani.

Buku-buku lain:

al-Adwiyat al-Qalbiyyah (‘The Remedies of the Heart’)

yang mengandungi sajak-sajak perubatan.

Kitab al-Syifa yang memuatkan penulisan berkaitan

sains dan falsafah.

al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.

24

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan (Ibn Khaldun)

Lahir di Tunis dan hidup 1332-1406 M.

Berasal dari keturunan Arab Hadhramaut (Yaman), dan pernah menetap di Seville, Itali dan Afrika Utara.

Mendapat pendidikan dalam Al-Quran, Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Lebih dikenali sebagai ahli sosiologi dan ahli falsafah tamadun.

Page 5: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 5

25

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Ibn Khaldun lebih terkenal sebagai tokoh tamadun

islam dengan penghasilan bukunya Kitabu l-’ibar wa

Diwanu l-Mubtada' wa l-Khabar fi tarikhi l-’arab wa l-

Barbar wa man Asarahum min Dhawi Ash-Sha'n l-Akbar.

Antara jilidnya ialah al-Mukaddimah yang

membicarakan tentang falsafah tamadun.

Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya

masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip

dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al-adl), kerja

keras, kerjasama, dan kesederhanaan (moderation).

26

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Berhubung dengan keadilan (justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.

Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

27

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Uzlaq al-Farabi.

Dibarat dikenali sebagai Alpharabius.

Dilahirkan di Transoxia di Turki pada 874 M.

Mendapat pendidikan di Baghdad. Pernah ke Damsyik dan berkhudmar di Istana Saif al-Daulah dengan gaji 4 dirham sehari.

Beliau hidup dalam keadaan miskin hinggalah kematiannya pada 950 M.

28

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Al-Farabi memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam

dalam bidang falsafah, perubatan, sains, matematik,

dan sejarah.

Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup

terkenal pada zamannya. Al-Farabi boleh menguasai

banyak bahasa.

Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Lagu yang

dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung

kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan

untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu

jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

29

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Bagi al-Farabi ilmu adalah segala-galanya dan ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam pemerintahan negara.

Dalam politik – akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen berkenaan akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat kucar-kacir.

Antara karya al-Farabi yang terkenal ialah al-Madinah al-Fadhilah (tentang falsafah politik) dan al-Musiqa al-Kabir (tentang muzik Islam.

30

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Ibn Rushd (Averroes) (1126-1198 M)

Idea falsafah Ibn Rushd telah

mempengaruhi ahli falsafah Eropah

sejak abad ke-12M lagi.

Pada abad ke-16M, falsafah Ibn

Rushd, telah diamalkan secara rasmi

oleh golongan terpelajar di Itali.

Dengan pengajian falsafah ini,

perubahan sikap orang Eropah

terhadap kehidupan di dunia.

Page 6: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 6

31

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Bagi Barat, kehidupan di dunia bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna.

Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai fahaman Humanisme pada abad ke-13 M.

Humanisme ialah falsafah dan perspektif etika yang menekankan nilai dan peranan manusia, individu dan masyarakat yang berdasarkan akal manusia semata-mata dengan bukti dan eksperimen.

32

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Abu Raihan Al-Biruni (Alberonius)

(973 - 1048 M) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Parsi.

33

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.

Beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian.

34

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Al-Kindi (801-873 M)

Beliau merupakan pakar dalam muzik,

falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan

matematik.

merangkum penulisan Aristotelian dan

(terutama) Plato baru (neo Plato).

memperkenalkan dan mempopularkan

falsafah Yunani dalam kalangan cendikiawan

Muslim.

ahli farmakologi pertama untuk menentukan

dan menggunakan dos ubat yang betul.

35

4.1 KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Falsafah al-Kindi

Beliau menyumbangkan sepenuh tenaganya untuk

menyatukan antara falsafah Yunani dan Islam. Bolehlah

dikatakan sesungguhnya beliau telah mencorak

falsafah yang berbagai-bagai dengan corak Islam.

Beliau seorang yang cukup cintakan falsafah tetapi

kuat berpegang dengan agama Islam.

merupakan antara yang pertama menyatukan antara

wahyu dan akal juga membezakan pemikiran golongan

awam dan ulama.

36

Pemikiran Politik Islam

Politik bermaksud ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan), ilmu siasah atau ilmu kenegaraan.

Ia juga bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain (Kamus Dewan, 2005).

Politik dalam Islam menjurus kepada kegiatan ummah kepada usaha mendokong dan melaksanan syariat melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 7: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 7

37

Keperluan kepada Pemerintahan

Walaupun manusia dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang paling sempurna, tetapi disertakan dengan pelbagai kelemahan. Tiada seorang manusia dapat berdikari untuk memenuhi segala keperluan psikologi dan fizikalnya.

Dari segi psikologi – tiada manusia yang hidup tanpa berinteraksi dengan manusia lain.

Dari segi fizikal – tiada seorang yang dapat menyempurnakan hidupnya tanpa bantuan orang lain.

Antara cara menyempurnakan keperluan manusia – pembentukan institusi pemerintahan.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

38

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

• manusia merupakan makhluk bermasyarakat, berakal, berseni, berekonomi, berpolitik dan sebagainya. Negara ibarat sebuah keluarga besar. Bapa sebagai ketua keluarga, begitu halnya dengan negara memerlukan seorang ketua untuk memimpin rakyat.

Ibn Khaldun

• pemerintahan diperlukan oleh manusia untuk memastikan kebebasan manusia diabadikan iaitu terlaksana undang-undang yang dapat mengawal individu daripada merampas hak orang lain.

Muhammad Asad

39

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

• pemerintahan diperlukan kerana ia menentukan nasib seseorang. Kebajikan seseorang terjamin hanya setelah wujudnya pemerintahan. Tanpa pemerintahan manusia terdedah kepada pelbagai kezaliman dan perampasan hak.

• Antara peranan manusia – amar makruf dan nahi mungkar. Ia dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan wujudnya kekuasaan yang hanya wujud dalam pemerintahan.

James Killer

• pemerintahan diperlukan bagi mewujudkan kebahagian, menegakkan keadilan dan kebenaran.

Jamaludin Kafie

40

Tujuan Politik Menurut Islam

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

• Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam.

• Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Dar al-Islam.

• Dengan adanya pemerintahan yang mendokong syariah, akan tertegaklah al-din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan al-din tersebut.

41

Asas Politik Islam

Hakimiyah Ilahiyah

Risalah Khilafah

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

42

HAKIMIYYAH ILAHIYYAH

Teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid

kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“ Dan Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, bagi-

Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-

Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah

kamu dikembalikan.”

[al-Qasas (28):70]

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 8: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 8

43

Ia membawa pengertian:

Memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum

tertinggi dalam sistem politik Islam hanya hak mutlak

Allah SWT.

Allah SWT adalah pemilik dan pemelihara alam serta

segala isinya termasuklah manusia

Kuasa dan hak menghakimi dan mengadili tidak

dimiliki oleh sesiapa melainkan Allah SWT.

Allah SWT sahaja yang memiliki hak untuk

mengeluarkan hukum.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

44

Iaitu pemilihan dan penetapan beberapa orang lelaki dalam kalangan manusia sebagai rasul sejak Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad s.a.w. adalah suatu asas yang penting dalam sistem politik Islam.

Para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

Para rasul bertindak sebagai menyampaikan, mentafsir dan menterjemah segala wahyu Allah. Segala perlakuan dan pengakuan rasul-rasul menjadi ikutan manusia semua.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Risalah (Utusan)

45

Khalifah bererti perwakilan - kedudukan manusia sebagai wakil

Allah SWT.

Kekuasaan yang diamanahkan oleh Allah SWT - maka manusia

dikehendaki melaksanakan undnag-undang Allah SWT dalam batas-batas yang

ditetapkan.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Khilafah Keadilan

(al-Adalah)

Musyawarah

Kebebasan (al-Hurriyah)

Persamaan

(Musawah)

Rabbaniyah

Amanah

46

Prinsip-prinsip

Utama dalam

Sistem Politik

Islam

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

47

RABBANIYAH / ILAHIYAH

Mengakui tiada benda lain, kuasa lain, sama ada

manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada

Allah SWT yang layak untuk dijadikan Rab dan Ilah.

Mengesakan Allah dengan beribadah kepadaNya

kerana tujuan manusia diciptakan adalah untuk

mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah S.W.T. sebagai matlamat pengabdian, sebagai

pelindung, sebagai tumpuan kecintaan, sebagai

pemberi rezeki dan sebagai sumber perundangan.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

48

AL-AMANAH [Amanah]

Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.

Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 9: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 9

49

Cabang-cabang Amanah

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

50

Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan

fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah

satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan

agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan

dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil

lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan

amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firman-Nya yang

bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah)

Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-

amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya)”. [Al-Anfal

(8): 27]

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

51

Amanah Terhadap Diri Sendiri

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan, kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

52

KEADILAN [AL-ADALAH]

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”. [Al-Nahl (16): 90]

Pemerintah wajib berlaku adil dan rakyat wajib mematuhinya. Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam menjalankan keadilan terhadap rakyat

Dalam Islam, tidak ada keistimewaan kepada seseorang. Undang-undang tidak akan terlepas kepada sesiapa pun sama ada rakyat atau pemerintah

Orang yang adil adalah antara tujuh golongan yang akan memperoleh perlindungan di hari akhirat kelak

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

53

AL-MUSAWAH [Persamaan]

Bermaksud persamaan dalam mendapat dan

menuntut hak dalam sebuah negara. Misalnya,

persamaan dari segi undang-undang di mana

tiada pengecualian disebabkan pangkat, warna

kulit, agama dan sebagainya

Pemimpin tidak boleh mengamalkan diskriminasi

terhadap rakyat. Rakyat perlu diberikan hak

sewajarnya

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

54

AL-MUSYAWARAH [Syura/Mesyuarat]

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“…. dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya”. [Ali Imran (3): 159]

Peranan syura:

Untuk memilih pemimpin dan penjawat utama dalam pentadbiran negara

Memberi nasihat dan pandangan kepada pemimpin

Menentukan cara pelaksanaan undang-undang yang termaktub dalam Al-Quran dan al-Sunnah

Sebagai jalan bagi menentukan perkara-perkara baru yang timbul dalam kalangan ummah melalui proses ijtihad.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 10: 1 2 BAB 4 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN menurut perspektif Islam adalah sifat, ... Menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap muslim. . ... memerlukan kepada dalil naqli

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 15/07/2013

Maruwiah Ahmat 10

55

AL-HURRIYYAH [KEBEBASAN] Kebebasan dalam sistem politik Islam ialah kebebasan

berteraskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah tujuan

terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta

menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan

negara Islam Ciri-ciri Kebebasan:

Kebebasan adalah anugerah Allah S.W.T. kepada makhluknya

Syumul dan umum iaitu semua bangsa bebas beragama

(berakidah) Sempurna iaitu kebebasan yang sempurna Tidak mutlak iaitu terikat dengan konsep tidak memudharatkan

kepentingan masyarakat

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

56

AL-MAS’ULIYYAH [BERTANGGUNGJAWAB / AKAUNTABILITI]

Bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya di hadapan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“…. dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya”. [Al-An’am (6): 164]

Manusia perlu bertanggungjawab dalam beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

Allah S.W.T. akan menilai perbuatan manusia. Anggota manusia akan menjadi saksi di hadapan Allah S.W.T.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

57

HUBUNGAN AL-MAS’ULIYYAH DENGAN SISTEM

PEMERINTAHAN

Hubungan yang baik dengan rakyat

Menghayati konsep adalah, syura dan ihsan

Pemerintah yang tawadhu’ dan belas kasihan

Menerima dan menghormati pandangan orang lain

Menyelesaikan sebarang pertikaian selari dengan

Al-Quran dan al-Sunnah.

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

58

Mentaati pemimpin yang

taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Berjihad jika keselamatan

negara terancam

Bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

Mengelakkan sebarang bentuk kekacauan atau

huru-hara

Tidak melakukan hasutan yang

boleh menggugat perpaduan

TANGGUNGJAWAB RAKYAT KEPADA NEGARA

4.2 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

59

Aktiviti Bertulis 7

Berpandukan nota kuliah di

atas, jawab soalan-soalan

yang diberi.

Tengok nota bukan

tengok jawapan

kawan.