panduanmenjahit_blaus

56
© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my MANUAL Jahitan Blaus

Upload: stemroll

Post on 28-Jun-2015

3.915 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Page 2: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Kandungan Halaman

1

Topik 2 : Peralatan Jahitan

2.1 Objektif Pembelajaran

2.2 Mengukur

2.3 Merajah Pola

2.4 Menggunting Fabrik

2.5 Menanda Basi

2.6 Menjahit

Topik 3 : Bahan Jahitan

3.1 Objektif Pembelajaran

3.2 Jenis Fabrik

3.3 Anggaran Fabrik

3.4 Benang 3.5 Staflex

3.6 Kertas Kuning

3.7 Pola

Topik 1 : Latar Belakang

1.1 Objektif Pembelajaran 1.2 Pengenalan 1.3 Bahagian-bahagian Baju

1.4 Jenis-jenis Kolar

1.5 Jenis-jenis Lengan

1

1

2

2

3

3

3 - 4

4

5

5

6

6

6

7

7

7

7

Page 3: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Kandungan Halaman

Topik 4 : Mengambil Ukuran

4.1 Objektif Pembelajaran

4.2 Mengambil Ukuran Bahagian Baju

4.3 Demo dan Merekod Ukuran

Topik 5 : Merajah dan Menggunting Pola

5.1 Objektif Pembelajaran 5.2 Kolar Sport dan Lengan Panjang

5.3 Kolar Kontinental dan Lengan Pendek

5.4 Menggunting Pola

Topik 6 : Peralatan dan bahan

6.1 Objektif Pembelajaran 6.2 Bahagian Belakang Baju

6.3 Bahagian Hadapan Baju Sport

6.4 Bahagian Hadapan Baju Kontinental

6.5 Lengan Panjang

6.6 Kolar Sport

6.7 Mansit

3.8 Butang

3.9 Interlining

3.10 Gam

8

8

8

9 - 13

14 - 15

9

16 - 20

21 - 26

16

27 - 28

29

30

29

31

32 - 33

33 - 34

32

Page 4: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Kandungan Halaman

6.8 Lengan Pendek

6.9 Kolar Kontinental

Topik 7 : Mencantum dan Menjahit

7.1 Objektif Pembelajaran

7.2 Kemasan Tepi

7.3 Mencantum dan Menjahit:

i. Kolar Sport dan Lengan Panjang

ii. Kolar Kontinental dan Lengan Pendek

34

36

35

46 - 52

38 - 46

36 - 37

Page 5: PanduanMenjahit_blaus

Halaman 1© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 1Latar BelakangObjektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Mengenali blaus. Mengenalpasti bahagian-bahgian blaus. Mengenalpasti jenis-jenis kolar dan lengan.

MANUALJahitan Blaus

1. Pengenalan • Blaus merupakan pakaian yang boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. • Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. • Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.

2. Bahagian-bahagian baju • Blaus terbahagi kepada: - Bahagian hadapan baju. - Bahagian belakang baju. - Kolar. - Lengan. - Mansit.

Page 6: PanduanMenjahit_blaus

Halaman 2© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

3. Jenis-jenis kolar • Kolar Sport/Hawaii • Kolar Kemeja/Kontinental

4. Jenis-jenis lengan • Lengan pendek • Lengan panjang/bishop

Page 7: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 2Peralatan JahitanObjektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Menyenaraikan dan mengenalpasti peralatan jahitan yang digunakan. Mengenalpasti kegunaan dan fungsi peralatan jahitan.

MANUALJahitan Blaus

1. Mengukur

Pita Ukur• Alat yang digunakan

untuk mengambil ukuran badan pemakai

Pen • Alat yang digunakan untuk menulis ukuran ke

dalam buku catatan

Buku Catatan• Alat yang digunakan

untuk merekod ukuran baju yang telah diambil

Halaman 3

2. Merajah Pola

Pembaris• Alat yang digunakan

untuk membuat garis lurus

Pembentuk • Alat yang digunakan

untuk mendapatkan garisan melengkung untuk

bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan

lengan baju

Pembaris Sesiku• Alat yang digunakan untuk membuat ukuran

sudut tepat• Ia juga digunakan untuk

mendapatkan pecahan-pecahan ukuran

tertentu seperti lubang lengan dan leher

Page 8: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 4

Pensel Penanda• Alat yang digunakan

untuk melakar pola di atas kertas kuning

Pemadam • Alat yang digunakan

untuk memadam kesilapan lakaran

3. Menggunting Pola

Kapur Tukang Jahit• Alat yang digunakan

untuk memindah tanda-tanda,

cabang-cabang dan lain-lain ke atas fabrik

Pembentuk • Alat yang digunakan

untuk mendapatkan garisan melengkung untuk

bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan

lengan baju

Pembaris• Alat yang digunakan

untuk membuat garis lurus

Jarum Peniti• Alat yang digunakan untuk menyemat pola

pada fabrik

Gunting • Alat yang digunakan untuk memotong fabrik

2. Merajah Pola

Page 9: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 5

4. Menanda Basi

Kapur Tukang Jahit• Alat yang digunakan untuk

memindah tanda-tanda, cabang-cabang dan lain-lain

ke atas fabrik

Pembentuk • Alat yang digunakan

untuk mendapatkan garisan melengkung untuk

bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan

lengan baju

Pola• Gambarajah

bahagian-bahagian blaus yang telah dilukis di atas

kertas kuning dan digunting mengikut draf pola

Jarum Peniti• Alat yang digunakan untuk menyemat pola

pada fabrik

Pembaris• Alat yang digunakan

untuk membuat garis lurus

5. Menjahit

Jarum Jahit• Alat yang digunakan untuk membuat pelbagai jahitan

kemasan tangan pada bahagian lengan dan

kaki baju

Seterika • Alat yang digunakan

untuk menekan atau menggosok fabrik untuk mendapatkan kemasan

Jarum Peniti• Alat yang digunakan untuk menyemat pola

pada fabrik

Page 10: PanduanMenjahit_blaus

MANUALJahitan Blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 3Bahan JahitanObjektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Menyenaraikan dan mengenalpasti peralatan jahitan yang digunakan. Mengenalpasti kegunaan dan fungsi peralatan jahitan.

1. Jenis Fabrik

Kapas GorgetteChiffon

Halaman 6

2. Anggaran Fabrik

• Jenis fabrik selalu digunakan:

• Anggaran fabrik yang diperlukan:

• Anggaran fabrik adalah mengikut saiz badan pemakai

• 1-1.5 meter untuk kanak-kanak• 2 meter untuk dewasa

Page 11: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 7

3. Benang

• Bahan yang digunakan untuk mencantum dan menyambungkan bahagian-bahagian blaus

4. Staflex

• Bahan yang digunakan sebagai pengalas fabrik bahagian kolar agar kolar lebih mudah dibentuk

5. Kertas Kuning

• Bahan yang digunakan untuk melakar pola

6. Pola

• Gambarajah bahagian-bahagian blaus yang telah dilukis di atas kertas kuning dan digunting mengikut draf pola

*Tips • Benang yang biasa digunakan ialah benang kapas kerana lebih lembut dan sesuai digunakan pada pelbagai jenis fabrik.

Page 12: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 8

7. Butang

• Kancing yang digunkan unutk menutup belahan baju

8. Interlining

• Sejenis kain keras yang berwarna putih sama ada bergam atau tidak• Ia digunakan untuk membentuk bahagian pinggang, kolar atau mansit

9. Gam

• Bahan yang digunakan untuk melekatkan interlining pada kolar atau mansit

Page 13: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 4Mengambil UkuranObjektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Mengukur dengan tepat bahagian-bahagian badan. Mengenalpasti bahagian badan yang perlu diambil ukuran. Menerangkan kaedah mengukur setiap bahagian badan.

MANUALJahitan Blaus

Halaman 9

1. Mengambil Ukuran Bahagian Baju

• Lebar Bahu- Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan

• Labuh Lengan Panjang- Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke pergelangan tangan mengikut labuh lengan yang bersesuaian

*Tips • Tanpa mengalihkan kedudukan pita ukur selepas mengukur lebar bahu, teruskan mengambil ukuran labuh lengan.

Page 14: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 10

• Bukaan Tangan Lengan Panjang- Ukur lilitan hujung pergelangan tangan dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

• Labuh Lengan Pendek- Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke labuh lengan pendek yang bersesuaian

• Bukaan Tangan Lengan Pendek- Ukur lilitan di bahagian lengan dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

*Tips • Tanpa mengalihkan kedudukan pita ukur selepas mengukur lebar bahu, teruskan mengambil ukuran labuh lengan.

*Tips • Ukuran juga boleh dibuat mengikut kehendak atau kesesuaian pemakai.

*Tips • Ukuran juga boleh dibuat mengikut kehendak atau kesesuaian pemakai.

Page 15: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 11

• Keliling Dada- Ukur lilitan di bahagian dada yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

• Keliling Pinggang- Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

• Keliling Pinggul- Ukur lilitan di bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

Page 16: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 12

• Paras Pinggul- Ukuran paras pinggul untuk wanita belum berkahwin adalah 8 inci- Ukuran paras pinggul untuk wanita sudah berkahwin adalah 9 inci

• Labuh Baju- Ukur dari bahu hingga ke paras labuh yang bersesuaian

• Keliling Leher- Ukur lilitan di pangkal leher dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

- Ukuran wanita sudah berkahwin

- Ukuran wanita belum berkahwin

Page 17: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 13

• Bahu Ke Pinggang- Ukur dari pangkal leher belakang hingga ke paras pinggang

Page 18: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 14

2. Demo Mengambil dan Merekod Ukuran

• Pengukur hendaklah berdiri di sebelah kanan model ketika mengambil ukuran

• Pegang pita ukur bermula dari sifar• Ambil ukuran setiap bahagian badan model

Page 19: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 15

2. Demo Mengambil dan Merekod Ukuran

• Catatkan setiap ukuran badan pemakai atau model di dalam buku catatan anda supaya tidak hilang dan mudah dirujuk untuk proses berikutnya

• Anda juga boleh mencatat ukuran yang diambil dengan menaip ukuran tersebut di ruangyang disediakan di skrin

Page 20: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 5Merajah dan Menggunting Pola Objektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Merajah pola mengikut ukuran bahagian-bahagian badan. Mengenalpasti bahagian baju yang memerlukan pola. Menerangkan langkah-langkah merajah pola.

MANUALJahitan Blaus

Halaman 16

1. Kolar Sport dan Lengan Panjang

• Bahagian Belakang Baju- Lakar garis lurus dari A ke B. A ke B = ukuran labuh baju.- Lakar garis lurus dari A ke C. A ke C = ½ ukuran bahu.- Lakar garis lurus dari A ke D. A ke D = ¼ ukuran keliling dada.- Lakar garis dari A ke E. A ke E = ukuran dari bahu ke pinggang.- Lakar garis dari E ke F. E ke F = ukuran paras pinggul.- Lakar garis dari D ke G. D ke G = ukuran ¼ dada + ½ inci.- Lakar dari dari A ke H. A ke H = 1/6 ukuran leher.- Lakar garis dari A ke I. A ke I = ½ inci.

Page 21: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 17

- Lakar garis melengkung dari H ke I dengan sesiku.- Lakar garis lurus dari C ke J. C ke J = A ke D.- Dari J, turunkan ½ inci dan labelkan K.- Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan L.- Lakar garis lurus dari H ke L.- Tandakan titik tengah dari L ke K dan labelkan M. - Dari M, masukkan ½ inci dan labelkan N.- Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan O.- Lakar garis lurus dari L ke N dan garis melengkung dari N ke O.- Lakar garis F ke P. F ke P = ukuran ¼ keliling pinggul + ¾ inci.- Lakar garis B ke Q = garis FP.- Lakar garis lurus dari P ke Q.- Lakar garis lurus dari O ke P dan dari E ke R. E ke R= garisan pinggang.- R ke S = 1 inci.- Lakar O ke S dan ke P menggunakan pembentuk.- Dari Q, naikkan ½ inci dan labelkan Q1.- Dari Q1, lakar garis berbentuk ke B menggunakan pembentuk.

• Bahagian Hadapan Baju- Lakar garis lurus dari A ke 1.- Lakar garis lurus dari D ke 2.- Lakar garis lurus dari E ke 3. - Lakar garis lurus dari F ke 4.- Lakar garis lurus dari B ke 5.- Lakar garis lurus dari 1 ke 5.- Lakar garis dari 1 ke 6. 1 ke 6 = ½ ukuran bahu.

Page 22: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 18

- Lakar garis dari 2 ke 7. 2 ke 7 = ukuran ¼ dada + ¾ inci- Lakar garis dari 1 ke 8. 1 ke 8 = 1/6 ukuran leher.- Lakar garis dari 1 ke 9. 1 ke 9 = 1/6 ukuran leher +1 inci.- Lakar garis dari 9 ke 10. 9 ke 10 = 1/6 ukuran leher.- Lakar garis lurus dari 8 ke 10.- Dari 10, naikkan 1 ¼ inci dan labelkan 10a.- Lakar garis lurus dari 9 ke 10a.- Lakar garis berbentuk dari 8 ke 9 dengan sesiku.- Lakar garis lurus 6 ke 11.- Dari 11, turunkan ½ inci dan labelkan 12.- Dari 7, turunkan ½ inci dan labelkan 13.- Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan 14.- Lakar garis lurus dari 8 ke 14.- Tanda titik tengah garisan 14 ke 12 dan labelkan 15.- Dari 15, masukkan ¾ inci dan labelkan 16.- Lakar garis lurus dari 14 ke 16 dan garis melengkung dari 16 ke 13.- Lakar garis dari 4 ke 17. 4 ke 17 = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.- Dari 5, tandakan 18. 5 ke 18 = 4 ke 17. - Lakar garis lurus dari 18 ke 17. - Dari 13, lakar garis lurus ke 17.- Dari 3, tandakan 19 = garisan pinggang. - Dari 19, masukkan 1 inci dan labelkan 20.- Lakarkan garisan berbentuk dari 13 ke 20 dan dari 20 ke 17 dengan menggunakan pembentuk.- Dari 18, masukkan ½ inci dan labelkan 21.- Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22.- Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23.- Lakar garis lurus dari 22 ke 23.- Dari 22, keluarkan 3 inci dan labelkan 24.- Dari 23, keluarkan 3 inci dan labelkan 26.- Lakar garis lurus dari 24 ke 26.- Dari 23, turunkan ¾ inci dan labelkan 25.- Dari 26, turunkan ¾ inci dan labelkan 27.- Lakar garis berbentuk dari 21 ke 25 dan 27 dengan pembentuk.

Page 23: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 19

- A ke B = ukuran labuh lengan panjang – 1 inci.- A ke C = 1/8 ukuran dada + 1½ inci.- C ke D = bahagian belakang baju dari L ke K.- B ke E = Ukuran bukaan tangan + 2 inci.- Dari D ke E, lakar satu garis berbentuk.- Lakar garis lurus dari A ke D. - Kemudian, bahagi garis lurus AD kepada 3 dan labelkan F dan G- F ke H = 1 inci.- G ke I = ½ inci.- G ke J = ¼ inci.- Bentukkan A, H, I ke D iaitu bahagian lengan belakang.- Bentukkan A, H, J, ke D iaitu bahagian lengan hadapan.

• Bahagian Lengan Panjang

- A ke B = lilitan pergelangan tangan + 1 inci.- A ke C dan B ke D = lebar mansit sebanyak 1 inci.

• Mansit

Page 24: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 20

- Lakar garis lurus dari A ke B. A ke B = 3 inci.- Lakar garis dari A ke C. A ke C = ½ ukuran leher.- Lakar garis dari C ke D.- C ke D = A ke B.- Lakar garis dari B ke D. B ke D = A ke C. - Dari D, naikkan ¼ inci dan labelkan E.- Dari B, naikkan ¼ inci dan labelkan F.- Dari D, tandakan G = 1/6 ukuran leher.- Dari F, lakar garis ke G.- Dari E, lakar garis ke G.- E ke H = 2 inci.- Dari D, turunkan ¼ inci dan labelkan I.- Dari H, turunkan ½ inci dan labelkan J.- Dari C, keluarkan ½ inci dan labelkan K.- Lakar garis lurus dari E ke K.

• Bahagian Kolar Sport/Hawaii

Page 25: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 21

• Bahagian Belakang Baju

2. Kolar Kontinental dan Lengan Pendek

- Lakar garis lurus dari A ke B. A ke B = ukuran labuh baju.- Lakar garis lurus dari A ke C. A ke C = ½ ukuran bahu.- Lakar garis lurus dari A ke D. A ke D = ¼ ukuran keliling dada.- Lakar garis dari A ke E. A ke E = ukuran dari bahu ke pinggang.- Lakar garis dari E ke F. E ke F = ukuran paras pinggul.- Lakar garis dari D ke G. D ke G = ukuran ¼ dada + ½ inci.- Lakar dari dari A ke H. A ke H = 1/6 ukuran leher.- Lakar garis dari A ke I. A ke I = ½ inci.- Lakar garis melengkung dari H ke I dengan sesiku.- Lakar garis lurus dari C ke J. C ke J = A ke D.- Dari J, turunkan ½ inci dan labelkan K.- Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan L.- Lakar garis lurus dari H ke L.- Tandakan titik tengah dari L ke K dan labelkan M. - Dari M, masukkan ½ inci dan labelkan N.- Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan O.

Page 26: PanduanMenjahit_blaus

- Lakar garis lurus dari L ke N dan garis melengkung dari N ke O.- Lakar garis F ke P. F ke P = ukuran ¼ keliling pinggul + ¾ inci.- Lakar garis B ke Q = garis FP.- Lakar garis lurus dari P ke Q.- Lakar garis lurus dari O ke P dan dari E ke R. E ke R= garisan pinggang.- R ke S = 1 inci.- Lakar O ke S dan ke P menggunakan pembentuk.- Dari Q, naikkan ½ inci dan labelkan Q1.- Dari Q1, lakar garis berbentuk ke B menggunakan pembentuk.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 22

• Bahagian Hadapan Baju

- Lakar garis lurus dari A ke 1.- Lakar garis lurus dari D ke 2.- Lakar garis lurus dari E ke 3.- Lakar garis lurus dari F ke 4.- Lakar garis lurus dari B ke 5.- Lakar garis dari 1 ke 6. 1 ke 6 = ½ ukuran bahu.- Lakar garis dari 2 ke 7. 2 ke 7 = ukuran ¼ dada + ¾ inci- Lakar garis dari 1 ke 8. 1 ke 8 = 1/6 ukuran leher.- Lakar garis lurus dari 1 ke 5.- Lakar garis dari 1 ke 9. 1 ke 9 = 1/6 ukuran leher +1 inci.

Page 27: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 23

- Lakar garis dari 9 ke 10. 9 ke 10 = 1/6 ukuran leher.- Lakar garis lurus dari 10 ke 8.- Lakar garis berbentuk dari 8 ke 9 dengan sesiku.- Lakar garis lurus 6 ke 11.- Dari 11, turunkan ½ inci dan labelkan 12.- Dari 7, turunkan ½ inci dan labelkan 13.- Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan 14.- Lakar garis lurus dari 8 ke 14.- Tanda titik tengah garisan 14 ke 12 dan labelkan 15.- Dari 15, masukkan ¾ inci dan labelkan 16.- Lakar garis lurus dari 14 ke 16 dan garis melengkung dari 16 ke 13 dengan sesiku.- Lakar garis dari 4 ke 17. 4 ke 17 = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.- Dari 5, tandakan 18 5 ke 18 = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.- Lakar garis lurus dari 18 ke 17.- Lakar garis lurus dari 13 ke 17.- Dari 3, tandakan 19 = garisan pinggang.- Dari 19, masukkan 1 inci dan labelkan 20.- Lakarkan garisan berbentuk dari 13 ke 20 dan dari 20 ke 17 dengan menggunakan pembentuk.- Dari 18, masukkan ½ inci dan labelkan 21.- Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22.- Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23.- Lakar garis lurus dari 22 ke 23.- Dari 22, keluarkan 1 ½ inci dan labelkan 24.- Dari 23, keluarkan 1 ½ inci dan labelkan 26.- Lakar garis lurus dari 24 ke 26.- Dari 23, turunkan ¾ inci dan labelkan 25.- Dari 26, turunkan ¾ inci dan labelkan 27.- Lakar garis lurus dari 24, 22 ke 1.- Lakar garis berbentuk dari 21 ke 25 dan 27 dengan pembentuk.- Lakar garis lurus dari 25 ke 23 dan dari 27 ke 26.

Page 28: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 24

• Bahagian Lengan Pendek- A ke B = ukuran labuh lengan pendek.- A ke C = 1/8 ukuran dada + 1inci.- C ke D = bahagian belakang baju dari L ke K.- B ke E = ½ bukaan tangan. - Dari D ke E, lakar satu garis berbentuk.- Lakar garis lurus dari A ke D. - Kemudian, bahagi garis lurus AD kepada 3 dan labelkan F dan G.- F ke H = 1 inci.- G ke I = ½ inci.- G ke J = ¼ inci.- Bentukkan A, H, I ke D iaitu bahagian lengan belakang. - Bentukkan A, H, J, ke D iaitu bahagian lengan hadapan.

Page 29: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 25

• Bahagian Kepok/Stand Kolar

- Lakar garis dari 1 ke 2. 1 ke 2 = ½ ukuran leher.- Lakar garis dari 1 ke 3. 1 ke 3 = 1 ¼ inci.- Lakar garis dari 2 ke 4. 2 ke 4 = 1 ¼ inci.- Lakar garis dari 3 ke 4. 3 ke 4 = 1 ke 2 = ½ ukuran leher.- Dari 2, keluarkan 1 inci dan labelkan 5.- Dari 4, keluarkan 1 inci dan labelkan 6.- Lakar garis dari 5 ke 6 = 1 ¼ inci.- Dari 2, turunkan ½ inci dan labelkan 7.- Dari 4, turunkan ½ inci dan labelkan 8.- 7 ke 1, lakar garis berbentuk menggunakan pembentuk.- Lakar garis berbentuk dari 3 ke 8 ke 8a menggunakan pembentuk.- Garis 5 ke 9 = 1/6 leher + 1 inci.- Masukkan 1/8 inci dan labelkan 8b.- Lakar garis dari 5 ke 8b.

Page 30: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 26

• Kolar

Dari 3, naikkan ½ inci dan labelkan 10.Dari 4, naikkan ½ inci dan labelkan 11.Lakar 10 ke 11 = ½ leher.Lakar garis lurus dari 12 ke 13 = ½ ukuran leher.10 ke 12 dan 11 ke 13 = 1 ½ inci.Lakar garisan lurus dari 12 ke 13 = ½ inci ukuran leher.13 ke 14 = ½ inci.Dari 4, lakar garis lurus melalui 14 ke 14a sebanyak 2 ½ inci.Dari 14a, bentukkan terus ke 12.Dari 4 ke 10, lakar garis berbentuk menggunakan pembentuk.

Page 31: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 27

• Menggunting Pola

• Bahagian Badan Belakang • Bahagian Badan Hadapan Kolar Sport

• Bahagian Badan Hadapan Kolar Kontinental

Page 32: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 28

• Menggunting Pola

• Kolar Sport

• Kolar Kontinental

• Kepok

• Mansit

• Lengan Pendek• Lengan Panjang

Page 33: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 6Menanda Basi dan Menggunting Fabrik Objektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Menanda basi pada fabrik. Menerangkan langkah-langkah menanda jahitan pada setiap bahagian baju. Menggunting fabrik mengikut pola yang telah dirajah. Menerangkan langkah-langkah menggunting fabrik mengikut draf pola.

MANUALJahitan Blaus

Halaman 29

1. Bahagian Belakang Baju

• Bentang fabrik dan lipat dua memanjang.

• Letak pola belakang baju

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan bawah

• Tanda basi jahitan dan lipatan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

Bahu = ¾ inci

Lubang leher = ½ inci

Lubang lengan = ¾ inci

Sisi = ¾ inci

Lipatan = 1¼ inci

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

• Ulang proses yang sama untuk pola belakang baju

blaus kontinental

Page 34: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 30

2. Bahagian Hadapan Baju Sport

• Bentang fabrik dan lipat dua memanjang

• Letak pola hadapan baju

• Lipat ke belakang pola.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan bawah.

• Tanda basi jahitan dan lipatan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

• Bahu = ¾ inci

• Lubang leher = ½ inci

• Lubang lengan = ¾ inci

• Sisi = ¾ inci

• Lipatan = 1¼ inci

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

• Hadapan baju yang telah siap ditanda.

Page 35: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 31

3. Bahagian Hadapan Baju Kontinental

• Bentang fabrik dan lipat dua memanjang.

• Letak pola hadapan baju.

• Lipat ke belakang pola.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan bawah

• Tanda basi jahitan dan lipatan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

• Bahu = ¾ inci

• Lubang leher = ½ inci

• Lubang lengan = ¾ inci

• Sisi = ¾ inci

• Lipatan = 1¼ inci

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

• Hadapan baju yang telah siap.

Page 36: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 32

4. Lengan Panjang

• Bentang fabrik secara memanjang dan lipat dua.

• Letak pola bahagian lengan di atas fabrik.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan juga bawah.

• Tanda basi jahitan pada helaian atas dan bawah

seperti berikut:

• Pangkal lengan = ½ inci.

• Sisi = ¾ inci.

• Basi hujung lenagn = ½ inci.

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

5. Kolar Sport

• Bentang interlining.

• Letak pola kolar sport secara menyerong.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola.

• Gunting pola.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

Page 37: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 33

5. Kolar Sport

6. Mansit

• Bentang baki fabrik dan lipat dua.

• Letak interlining kolar sport di atas fabrik.

• Semat dengan jarum peniti.

• Rajah semula kolar sport.

• Tanda basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar.

• Gunting fabrik.

• Tanggalkan jarum peniti.

• Bentang lebihan fabrik dan lipat dua mengikut ukuran

panjang lilitan pergelangan tangan.

• Letak pola mansit.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola.

• Tanda basi jahitan di sekeliling mansit sebanyak ½ inci.

• Gunting fabrik.

• Cabut jarum peniti.

Page 38: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 34

6. Mansit

• Tanggalkan pola.

• Dua keping mansit telah dihasilkan untuk sebelah lengan.

• Ulang proses yang sama untuk menghasilkan dua keping

lagi mansit untuk sebelah lengan lagi.

*Nota • Anda memerlukan dua pasang mansit (4 keping) untuk menghasilkan mansit di setiap lengan.

7. Lengan Pendek

• Bentang fabrik secara memanjang dan lipat dua.

• Letak pola bahagian lengan di atas fabrik.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan juga bawah.

• Tanda basi jahitan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

• Pangkal lengan = ½ inci.

• Sisi = ¾ inci.

• Lipatan = 1 inci.

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

Page 39: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 35

8. Kolar Kontinental

• Bentang interlining bergam.

• Letak pola kepok ( 2 keping) secara menyerong.

• Semat jarum peniti.

• Rajah semula pola.

• Letak pola kolar kontinental ( 2 keping )

secara menyerong.

• Semat jarum peniti .

• Rajah pola pertama kolar kontinental dengan basi.

• Rajah pola kedua tanpa basi.

• Gunting kesemua pola.

• Bentang baki fabrik dan lipat dua.

• Letak pola kolar kontinental dan kepok di atas fabrik.

• Semat dengan jarum peniti.

• Rajah semula kolar kontinental dan kepok.

• Tanda basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar

dan kepok.

• Gunting fabrik.

Page 40: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

Topik 7Mencatum dan Menjahit Objektif pembelajaranPada akhir pembelajaran ini anda akan dapat: Mencantum bahagian-bahagian baju mengikut basi jahitan. Kepentingan menjahit kemasan tepi. Menerangkan langkah-langkah mencantum setiap bahagian baju.

MANUALJahitan Blaus

Halaman 36

1. Kemasan Tepi

• Sebelum mencantum dan menjahit, semua bahagian

baju perlu dijahit tepi terlebih dahulu supaya di bahagian

tepi fabrik tidak berjerumbai.

• Bahagian – bahagian yang perlu dijahit

kemasan tepi ialah:

- Hadapan baju.

Page 41: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 37

1. Kemasan Tepi

- Belakang baju.

- Lengan .

Page 42: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 38

2. Mencantum dan Menjahit

i. Kolar Sport dan Lengan Panjang

• Kolar Sport

- Bentang fabrik kolar sport yang telah digunting. - Ambil interlining bergam yang telah di gunting dan letak di atas fabrik. - Gosok interlining.

- Gunting sedikit di kedua-dua bahagian penjuru bawah kolar. - Calitkan gam kanji di atas basi lipatan di bahagian bawah kolar . - Lipat basi lipatan tersebut di atas interlining bergam . - Gosok lipatan tersebut.

- Jahit mesin selebar ¼ inci di atas basi lipatan yang dilipat tadi. - Bentang fabrik kolar sport kedua. - Temukan sebelah luar fabrik kolar. pertama dengan sebelah luar fabrik kolar kedua.

- Jahit mesin mula dari hujung bawah kiri hingga ke bucu atas. - Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan 2 lembar benang di antara kolar pertama dan kedua di bahagian bucu kolar. - Jahit sebanyak satu mata kia.

- Angkat kolar pertama dan masukkan lebihan benang di dalamnya. - Jahit terus hingga ke bucu satu lagi.

Page 43: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 39

- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan 2 lembar benang di antara kolar pertama dan kedua di bahagian bucu kolar. - Jahit sebanyak satu mata kia.

- Masukkan lebihan benang ke dalam . - Jahit terus hingga ke hujung bawah kanan.

- Gunting basi jahitan di sekeliling kolar sebanyak ¼ inci . - Snap bahagian kolar yang melengkung.

- Terbalikkan kolar dan tarik lebihan benang untuk mendapatkan bucu kolar yang tajam. - Gosok untuk kemasan.

Page 44: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 40

• Bahu

- Temukan luar fabrik hadapan dan belakang bahu. - Semat dengan jarum peniti - Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan. - Cabut jarum peniti.

- Buka kelim dan gosok di bahagian dalam dan luar bahu. - Lipat basi lipatan belahan kiri da kanan ke dalam dan gosok.

• Mencantum Kolar Sport ke Leher Baju

- Di bahagian selisih butang, jahit mesin sebanyak ¾ inci untuk kiri dan kanan. - Gunting sedikit dari leher hingga ke tempat yang dijahit.

- Acukan kolar sport pada leher baju untuk samakan kedudukan. - Tanda basi jahitan sebanyak ¼ inci di bahagian leher baju. - Lipat dua baju tersebut dan snap di bahagian tengah leher.

Page 45: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 41

- Lipat dua kolar sport dan snap di bahagian tengah leher. - Tandakan basi jahitan pada bawah kolar.

- Temukan sebelah luar fabrik bahagian lubang leher dan sebelah luar fabrik kolar. - Jahit kolar dari sebelah kanan dan matikan. - Jahit kolar dari sebelah kiri terus hingga ke kanan. - Snap basi jahitan.

- Masukkan basi jahitan beserta lebihan basi lipatan bahagian baju ke dalam kolar. - Jahit dari sebelah kanan hingga sebelah kiri di tepi kolar. - Gosok dan kemaskan kolar yang telah siap dijahit.

- Jahit mesin sebanyak ¼ inci atau selebar satu tapak mesin di bahagian tepi belahan baju sebelah kanan bahagian hadapan baju terus hingga ke kolar dan berakhir di bahagian tepi belahan baju sebelah kiri.

- Lipat di bahagian berdekatan kolar untuk dijadikan lapel dan gosok untuk kemasan.

Page 46: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 42

• Badan Baju

- Temukan fabrik sebelah luar sisi hadapan dan belakang baju. - Semat dengan jarum peniti - Jahit tepi baju di sebelah kiri mula dari pangkal lubang lengan hingga ke bawah kaki baju.

- Ulang langkah yang sama untuk sebelah kanan. - Cabut jarum peniti. - Buka kelim dan gosok untuk kemasan.

• Lengan Panjang

- Lipat dua bahagian lengan fabrik sebelah luar. - Ukur dan tanda 4 inci dari hujung lengan untuk belahan mansit - Semat jarum peniti. - Jahit mesin mula dari keruk lengan hingga ke tanda belahan mansit. - Cabut jarum peniti. - Buka kelim dan gosok.

- Snap di tengah pangkal lengan bahagian lengan dan juga di tengah pangkal lengan badan baju. - Temukan keruk lubang lengan di badan baju dengan keruk lubang lengan di lengan ½ inci ke depan.

- Jahit keliling lubang lengan. - Ulang proses yang sama untuk sebelah lengan lagi.

Page 47: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 43

• Mansit

- Bentang sekeping fabrik mansit yang telah siap digunting. - Letak stafflex di atas fabrik mansit. - Pastikan mansit diletak 1/2 inci dari bahagian atas fabrik sebagai basi jahitan. - Gosok staflex tersebut. - Calit gam kanji di bahagian atas mansit bahagian basi jahitan tadi.

- Lipat basi jahitan. - Gosok untuk kemasan. - Jahit mesin basi yang dilipat sebanyak ¼ inci atau selebar satu tapak mesin. - Ambil fabrik mansit kedua dan bentang.

- Letak fabrik mansit yang pertama di atas fabrik mansit kedua. - Jahit mesin di tepi stafflex mengelilingi mansit. - Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci. - Snap bahagian basi tersebut.

- Terbalikkan mansit ke bahagian luar. - Gosok untuk kemasan. - Tandakan basi jahitan. - Ulang proses yang sama untuk mansit sebelah lagi.

Page 48: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 44

• Mencantum Mansit ke Lengan

- Bentang bahagian lengan terutama hujung lengan. - Jahit jelujur mesin di basi jahitan hujung lengan sebanyak dua baris. - Tarik lebihan benang jelujur mesin untuk menghasilkan kedut.

- Acukan mansit di bahagian hujung lengan yang telah dikedutkan. - Pastikan tinggalkan basi sebanyak 1 inci di bahagian mansit. - Jahit dari hujung kiri hingga ke kanan.

- Terbalikkan mansit. - Masukkan bahagian basi ke dalam mansit. - Jahit mesin di sekeliling tepi mansit. - Ulang proses yang sama untuk sebelah lengan lagi.

• Lipatan Bawah Kaki Baju

- Gosok bahagian basi lipatan bawah kaki baju. - Jahitan lipatan tersebut menggunakan jahitan silang pangkah.

Page 49: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 45

• Butang untuk Baju

- Dari garisan lapel, turunkan ½ inci untuk tanda butang pertama. - Dari bawah kaki baju, tanda 6 inci untuk butang kedua. - Ukur jarak di antara butang pertama dan kedua.

- Bahagikan ukuran jarak tersebut kepada empat untuk menentukan kedudukan butang ketiga, keempat dan kelima. - Tandakan kedudukan butang di bahagian belahan kanan.

- Jahit lubang butang di bahagian kanan menggunakan mesin jahit lubang butang.

- Jahit butang di bahagian kiri menggunakan jahitan lubang butang.

*Nota • Untuk lelaki, kedudukan selisih butang adalah kiri di atas kanan.

Page 50: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 46

• Butang untuk Mansit

- Tandakan lubang butang di hujung belahan. - Jahit lubang butang menggunakan mesin jahit lubang butang.

- Jahit butang menggunakan jahitan lubang butang di bahagian 1 inci lebihan mansit tersebut.

ii. Kolar Kontinental dan Lengan Pendek

• Kolar Kontinental

- Bentang fabrik kolar kontinental yang telah digunting. - Letak interlining bergam dengan basi di atas fabrik tersebut. - Gosok interlining tersebut.

- Letak interlining bergam tanpa basi di atas interlining dengan basi. - Gosok interlining tersebut.

- Bentang fabrik kolar kontinental yang kedua. - Temukan sebelah luar fabrik kolar pertama dengan sebelah luar fabrik kolar kedua. - Jahit mesin mula dari hujung bawah kiri hingga ke bucu atas.

Page 51: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 47

- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan 2 lembar benang di antara kolar pertama dan kedua di bahagian bucu kolar. - Jahit sebanyak satu mata kia.

- Angkat kolar pertama dan masukkan lebihan benang di dalamnya. - Jahit terus hingga ke bucu satu lagi.

- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan 2 lembar benang di antara kolar pertama dan kedua di bahagian bucu kolar. - Jahit sebanyak satu mata kia.

- Masukkan lebihan benang ke dalam. - Jahit terus hingga ke hujung bawah kanan. - Gunting basi jahitan dan tinggalkan sebanyak ¼ inci. - Snap basi jahitan di tepi dan di bahagian atas kolar.

- Terbalikkan kolar ke bahagian luar . - Tarik lebihan benang yang dijahit tadi untuk mendapatkan bucu kolar yang tajam. - Gosok untuk kemasan.

Page 52: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 48

- Jahit keliling kolar dari sebelah luar fabrik sebanyak ¼ inci atau selebar satu tapak zip. - Jahit jelujur kasar di bahagian basi jahitan kolar. - Gunting lebihan benang di kedua-dua bucu kolar. - Gunting basi jahitan. - Tandakan basi jahitan pada kolar. - Lipat dua kolar dan snap di tengah leher

• Kepok - Bentang fabrik kepok yang telah digunting. - Letak kain interlining bergam ½ inci di atas fabrik. - Gosok interlining tersebut

- Letak kain interlining bergam yang kedua di atas interlining pertama. - Gosok interlining kedua tersebut. - Calitkan gam kanji di atas basi lipatan di bahagianbawah kepok. - Lipat basi lipatan tersebut di atas interlining bergam. - Gosok lipatan tersebut.

- Jahit mesin selebar ¼ inci di atas basi lipatan yang dilipat tadi. - Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci. - Lipat dua kepok yang siap dijahit. - Snap tengah leher sebagai tanda tengah.

Page 53: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 49

• Mencantum Kepok dengan Kolar

- Bentang fabrik kepok kedua ( sebelah luar fabrik). - Letak kolar di atas fabrik kepok kedua. - Letak kepok dengan interlining di atas kolar. - Pastikan ketiga-tiga tanda tengah kepok dan kolar bertemu.

- Jahit mesin mula dari tengah hingga ke tepi kiri dan mulakan semula di tengah hingga ke tepi kanan. - Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci. - Snap bahagian yang melengkung.

- Terbalikkkan kedua-dua kepok dan gosok. - Jahit di atas tepi kolar dari luar fabrik sebanyak ¼ inci atau selebar satu tapak mesin.

• Bahu

- Temukan luar fabrik hadapan dan belakang bahu. - Semat dengan jarum peniti - Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan. - Cabut jarum peniti.

- Buka kelim dan gosok di bahagian dalam dan luar bahu. - Lipat basi lipatan belahan kiri da kanan ke dalam dan gosok.

Page 54: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 50

• Mencantum Kolar Kontinental ke Leher

- Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan kedudukan kolar dan lubang leher. - Tanda basi jahitan sebanyak ¼ inci di bahagian leher baju - Lipat dua baju tersebut dan snap di bahagian tengah leher. - Snap di tengah leher kolar sebagai tanda tengah.

- Temukan sebelah luar fabrik kolar dengan sebelah luar lubang leher di bahagian luar baju. - Semat dengan jarum peniti. - Jahit mesin dari tepi kiri hingga ke kanan. - Gunting bahagian basi jahitan - Snap basi jahitan keliling lubang leher.

- Masukkan basi jahitan ke dalam kolar. - Jahit mesin di atas tepi kolar bermula dari tengah hingga ke hujung kanan dan seterusnya keliling kolar dan berakhir ditengah semula. - Gosok untuk kemasan

Page 55: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.

MANUALJahitan Blaus

Halaman 51

• Badan Baju

- Temukan fabrik sebelah luar sisi hadapan dan belakang baju. - Semat dengan jarum peniti - Jahit tepi baju di sebelah kiri mula dari pangkal lubang lengan hingga ke bawah kaki baju.

- Ulang langkah yang sama untuk sebelah kanan. - Cabut jarum peniti. - Buka kelim dan gosok untuk kemasan.

• Lengan Pendek

- Lipat dua bahagian lengan fabrik sebelah luar. - Semat jarum peniti. - Jahit mesin mula dari keruk lengan hingga ke hujung lengan. - Cabut jarum peniti.

- Buka kelim dan gosok. - Snap di tengah pangkal lengan bahagian lengan dan juga di tengah pangkal lengan badan baju. - Temukan keruk lubang lengan di badan baju dengan keruk lubang lengan di lengan ½ inci ke depan.

- Jahit keliling lubang lengan. - Ulang proses yang sama untuk sebelah lengan lagi.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 51

Page 56: PanduanMenjahit_blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my

MANUALJahitan Blaus

Halaman 52

• Kemasan Lipatan

- Lipatan bawah baju, hujung lengan perlu dijahit silang pangkah untuk kemasan. - Lipat basi lipatan bawah baju dan gosok.

- Jahit silang pangkah bermula dari hujung bawah kaki baju sebelah kiri ke hujung bawah kaki baju sebelah kanan. - Ulang langkah yang sama untuk lipatan hujung lengan.

• Butang Baju

- Tandakan butang pertama pada kepok. - Dari butang pertama, turunkan 3 inci untuk butang kedua. - Dari bawah kaki baju, tandakan 6 inci untuk butang ketiga. - Ambil ukuran jarak dari butang kedua hingga ketiga. - Bahagikan ukuran jarak tadi kepada 4 untuk menentukan kedudukan butang kempat, kelima dan keenam.

- Tandakan kedudukan butang di bahagian belahan kanan. - Jahit lubang butang di bahagian kanan menggunakan mesin jahit lubang butang.

- Jahit butang di bahagian kiri menggunakan jahitan lubang butang