nota sejarah tingkatan 5bab1

Upload: sean-daniel-david

Post on 07-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Nota Sejarah Tingkatan 5bab1

    1/6

    Nota Sejarah Tingkatan 5 - Bab 1

    1.1 Imperialisme di Asia Tenggara

    1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan

    wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentintgan tertentu.

    1.1.1 Imperialis Barat

    1. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa barat menguasai

    wilayah-wilayah Amerika Latin, Afrika dan Asia.

    2. Di Asia Tenggara antara negara-negara Barat yang terlibat dalam imperialismeialah

    Portugal (Melaka), Sepanyol (Filipina), Belanda (Indonesia), Britain (), dan Amerika

    Syarikat.

    1.1.2 Faktor-faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara

    1. Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten untuk membolehkan mereka

    mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.

    2. Perkembangan sistem pengangkutan dan pehubungan seperti penggunaan

    kapal berkuasa wap membolehkan perjalanan dengan cepat dan muatan yang lebih

    besar. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekan jarak antara Barat

    dan Timur. Penciptaan Telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialis memberikan

    arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan.

    3. Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi membuktikan kekuatan dan kekayaan

    kuasa Barat tersebut apabila semakin bayak negara jajahan yang ditakluk.

    4. Menggunakan slogan beban orang putihuntuk menyatakan bahawa mereka lebih

    maju dan bertamadun.

  • 8/6/2019 Nota Sejarah Tingkatan 5bab1

    2/6

    5. Perkembangan Revolusi Perindustrian, dan pencapaian dalam bidang sains dan

    teknologi mendahului negara-negara lain. Perkembangan ini telah meningkatkan

    keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi kebaian mereka.

    1.2 Perubahan Sistem Politik

    1. Sebelum Kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan

    sistem pemerintahan beraja.

    2. Bagi imperialis Barat, mereka perlu menguasai sistem politik untuk menguasai

    ekonomi negara jajahan bagi mencapai matlmat utama mereka.

    1.2.1 Pengenalan Sistem Sirokrasi Barat

    1. Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang Diperkenalkan di Negara-negara Asia

    Tenggara.

    Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan silayah-wilayah di tanah jajahan.

    Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.

    Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.

    Perlantikan ketua barat sebagai ketua biro.

    Pengenalan undang-undang barat.

    Filipina

    1. Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh

    golongan datu.

    2. Diselatan kepulauan Filipina terdapat kerajaan-kerajaan Isla.

  • 8/6/2019 Nota Sejarah Tingkatan 5bab1

    3/6

    3. Apabila Sepanyol menguasai Filipina, mereka kemudiannya memperkenalkan sistem

    pentadbiran berpusat dengan struktur pemerintahan berikut:

    Gabenor Kecil

    (Pentadbir bandar)

    Gabenor Jeneral

    (pemerintah tertinggi peringkat pusat)

    Ketua Datuk Bandat

    (pentadbir wilayah)

    4. Pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem

    Encomienda yang diketuai oleh Encomiendo dan dibantu oleh Encominda (barangay -

    barangay yang digabungkan)

    5. Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan

    tradisional dan pengaruh golongan datu.

    Indonesia

    1. Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Maratam

    dan kerajaan Bantam di Jawa.

    2. Setiap kerajaan tersebut diterjui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.

  • 8/6/2019 Nota Sejarah Tingkatan 5bab1

    4/6

    3. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah

    aatu bupati (di Jawa).

    4. Setelah Belanda menguasai Indonesia, mereka telah membahagikan pemerintahan

    Indonesia kepada dua:

    Pentadbiran Pusat

    Pentadbiran Tempatan.

    5. Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional

    tempatan di Indonesia.

    Burma

    1. Burma telah

    mengamalkan

    sistem

    pemerintahan

    beraja dibawah

    Dinasti Konbaung.

    Struktur

    pemerintahannya

    seperti di bawah;

    Raja

    Wun

    (Pegawai tinggi kerajaan)

    Hluttaw

    (Majlis diraja)

    Ciri-ciri Perubahan

    Pentadbiran

    PusatDiketuai oleh Gabenor Jeneral

    PentadbiranTempatan

    Dikendalikan oleh pembesar tempatan denganpengawasan pegawai Belanda.

    Penubuhan

    Jabatan Kerajaan

    Antaranya Jabatan Pejalajaran dan Pertanian.

    Penubuhan

    Dewan Tempatan

    Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi

    tiada kuasa perundangan.

    PenubuhanVolsraad

    Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagaisatu langkah ke arah kemerdekaan.

    Penubuhannya akibat desakan Sakerat Islam.

  • 8/6/2019 Nota Sejarah Tingkatan 5bab1

    5/6

    Myothugyi

    (Ketua Bandar)

    Ahm

    udan

    (Pega

    wai diraja)

    Athi

    (Pembesar-pembesar tradisional)

    2. Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British

    menguasai seluruh Burma dan menghapuskan Dinasti Konboung.

    3. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

    4. Sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) dan

    sistem undang-undang Barat diperkenalkan.

    5. Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami

    Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

    6. Beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan

    kesihatan telah ditubuhkan.

  • 8/6/2019 Nota Sejarah Tingkatan 5bab1

    6/6

    IndoChina

    1. Pada awalnya negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh yang mempunyai kuasa mutlak

    yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan tempatan.

    2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipilih melalui

    peperiksaan Bahasa dan kesusasteraan China.

    3. Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang

    Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di

    Paris.

    4. Perancis juga membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union

    Indochinoise. Semua undang undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.

    5. Pentadbiran pemerintahan tempatan didak diganggu oleh pentadbiran pusat tetapi

    perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

    Melaka

    1. Pada awalnya Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat

    Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.

    2. Semasa Pemerinthan Belanda, insitusi raja di Melaka di runtuhkan.

    3.

    Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura

    telah digabungkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)

    4. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor dan Negeri

    Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen.

    5. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu terdiri daripada Kedah,

    Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat.

    6. Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.

    7. Tugas utama residen untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal

    ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

    8. British juga telah menjalankan pelbagai perubahan

    9.