folio sejarah tingkatan 2

18
Dol Said Pahlawan Naning Latar Belakang Dol Said: Dol Said atau nama sebenarnya Dato Abdul Said dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan

Upload: ammar-lutfi

Post on 10-Jul-2016

1.056 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah Tingkatan 2

Dol Said

Pahlawan Naning

Page 2: Folio Sejarah Tingkatan 2

Latar Belakang Dol Said:Dol Said atau nama sebenarnya Dato’Abdul Said dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun.

Faktor Penentangan Dol Said:

Pada tahun 1824 , British dan Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda . Menurut perjanjian ini , Melaka di serahkan kepada British . British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka . Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning .Selain itu, Melalui undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil setelah pertanian mendapati British hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.Seterusnya,British juga memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat kuasa Dol Said. Peraturan Penghulu ini melarang kepada Dol Said untuk membicarakan kes jenayah. Pada tahun 1828, Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning. Beliau juga akan diugut dilucutkan jawatan jika Tidak Mematuhi Arahan British.

Kesan Penentangan Dol Said:Taboh iaitu pusat pentadbiran Naning telah ditawan dan rumah penduduk Naning telah dibakar,British dapat menyatukan Naning

Page 3: Folio Sejarah Tingkatan 2

dengan Melaka.Dol Said telah diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka.Walaupun British berjaya mengalahkan Naning,pihak British telah kerugian sebanyak 100 000 paun sterling.

Rentap Wira Sarawak

Page 4: Folio Sejarah Tingkatan 2

“Agi Idup,Agi Ngelaban”

Latar Belakang Rentap:Rentap adalah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asal Rentap ialah Libau yang membawa maksud “penggoncang dunia”. Rentap juga digelar Raja Darat. Dia merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

Page 5: Folio Sejarah Tingkatan 2

Faktor Penentangan Rentap:

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana mereka menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke yang ingin menghapuskan penempatan orang Iban telah mencetus kebangkitan Rentap.Pemerintahan Brooke juga mahu menghapuskan sebuah amalan iaitu mengayau atau perburuan kepala. Rentap juga mempertahankan hak mengutip cukai oleh ketua-ketua tempatan, Brooke merancang untuk membanteras hak mengutip cukai oleh ketua-ketua tempatan sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.

Kesan Penentangan Rentap:Kebangkitan Rentap dan pengikutnya telah membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.Selain itu, semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap. Seterusnya, Makam Pahlawan Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan Sarawak bagi mengenang jasanya.Akhir sekali, Lumbong Rentap yang diperbuat daripada kayu belian yang hampir reput telah dibuat semula dengan bertutupkan cermin supaya orang ramai boleh melihat tulang rangka Rentap.

Page 6: Folio Sejarah Tingkatan 2

Dato’ Maharaja Lela

Page 7: Folio Sejarah Tingkatan 2

Pejuang Kebanggaan Perak

Latar Belakang Dato’ Maharaja Lela:

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya.Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak. Beliau

Page 8: Folio Sejarah Tingkatan 2

berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Faktor Penentangan Dato’ Maharaja Lela:

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.Selain itu, Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

Kesan Penentangan Dato’Maharaja Lela

Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di

Page 9: Folio Sejarah Tingkatan 2

Lautan Hindi. Raja Ismail pula dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

Dato’ Bahaman

Page 10: Folio Sejarah Tingkatan 2

Pahlawan Pahang

Latar Belakang Dato’Bahaman:Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, Pahang. Dato 'Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera. Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan setelah menunjukkan kegagahan dan keberanian dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang.Beliau Dilantik sebagai pembesar Temerloh stelah kematian Orang Kaya indera Segara. dengan pangkat yang diberikan kepadanya oleh Sultan, Dato 'Bahaman telah mendapat kedudukan sebagai Orang Besar Berempat dan sentiasa dipanggil ke istana untuk memberikan nasihat kepada Sultan Ahmad.

Faktor Penentangan Dato’ Bahaman:

Dato Bahaman menentang dengan sekeras-kerasnya tindakan British yang sesuka hati melantik E.A.Wise sebagai pegawai majistret pemungut hasil di

Page 11: Folio Sejarah Tingkatan 2

daerah Temerloh, Pahang. Dato Bahaman juga dilarang mengutip cukai di daearah kekuasaannya iaitu Temerloh.Selain itu, pegawai British itu juga mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman. Hal ini menyebabkan konflik di antara dua pihak ini menjadi semakin serius dan berlaku banyak perselisihan faham antara mereka. Selain itu, Dato Bahaman juga menganggap tindakan British agak kurang ajar kerana menceroboh kawasan pegangannya tanpa berunding sama sekali dengan beliau. Tindakan tersebut juga menyebabkan kedudukannya beliau agak terancam.Pihak British memaksa Sultan Ahmad untu melucutkan gelaran “Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Hugh Clifford iaitu salah seorang wakil British memberikan alasan bahawa Dato Bahaman ialah seorang penderhaka. Akan tetapi, kenyatan yang sebenarnya berkaitan perlucutan itu ialah kerana Dato Bahaman enggan mematuhi arahan British. Tindakan British itu memalukan beliau dan Dato Bahaman bersumpah akan menghalau British dari Pahang.

Kesan Penentangan Dato’ Bahaman:Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang british.Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang.Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894.Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British menanggung hutang yang banyak.Sultan Wan Ahamad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir.Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka

Page 12: Folio Sejarah Tingkatan 2

Tok Janggut

Page 13: Folio Sejarah Tingkatan 2

Pejuang Jihad

Latar Belakang:Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada. Beliau seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu.Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan, Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Beliau menetap di Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan peniaga.

Faktor Penentangan Tok Janggut:

Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British campur tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina sebuah pondok

Page 14: Folio Sejarah Tingkatan 2

polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut cukai’ sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan supaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.Selain itu, Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada cukai.Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda.Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya diwujudkan di

Page 15: Folio Sejarah Tingkatan 2

daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.Seterusnya, sikap pegawai British daerah jajahan Pasir Putih telah juga telah mencetuskan penentangan.Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.

Page 16: Folio Sejarah Tingkatan 2

Kesan Penentangan Tok Janggut:British telah menyerang Tok Janggut dan berkubu di Kampung Dalam Pupuh,Saring.Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut.Mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di Padang Balai Besar,Kota Bharu dalam keadaan kepala ke bawah selama empat jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.

Page 17: Folio Sejarah Tingkatan 2
Page 18: Folio Sejarah Tingkatan 2

RujukanBuku1.Masariah Binti Mispari,Johara Binti Abdul Wahab,Ridzuan Bin Hasan,2007.Sejarah Tingkatan 2.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.2.Yew Chee Wai,2009.Xpress Vista SPM Sejarah.Petaling Jaya.Sasbadi Sdn.Bhd3.Nur Hidayatie Murni,Rofidah Ahmad Badri,Eramaann,2009.WHIZZ THRU SPM Sejarah.Shah Alam.Oxford Fajar Sdn.Bhd

Internet

1. https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/2. https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/

3. http://noratifahayu94.blogspot.my/

4. http://muhamadfaqih96.blogspot.my/2015/03/muhamadfaqih-bin-romeli-abdullahhamdi.html

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap

6. https://neilandsyud.wordpress.com/