murid & alam belajar

12
TUGASAN TUTORIAL (KUMPULAN 3) Soalan: Dalam kumpulan pelajar dikehendaki melaksanakan analisis PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang teori pembelajaran sosial dan laporkan kepada kelas.

Upload: nandy-krishnan

Post on 20-Jul-2015

53 views

Category:

Presentations & Public Speaking


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Murid & alam belajar

TUGASAN TUTORIAL (KUMPULAN 3)

Soalan: Dalam kumpulan pelajar dikehendaki

melaksanakan analisis PMI (Plus, Minus,

Interesting) tentang teori pembelajaran

sosial dan laporkan kepada kelas.

Page 2: Murid & alam belajar

Pelaziman Klasik

Ivan Pavlov

J.B Watson

Pelaziman Operan

B.F. Skinner

E.L.Thorndike

Piaget

Wertheimer

Koffka & Kohler

Atkinson & Shriffin

Albert Bandura

Abraham Maslow

Carl Rogers

Teori-Teori Pembelajaran dan Tokoh-Tokohnya

Behavioris

Kognitif

Sosial

Konstruktivis

Humanis

Piaget

Vygotsky

Page 3: Murid & alam belajar

Apakah Teori Pembelajaran?

Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang

cara manusia dan haiwan belajar dan memberi

cadangan cara menyelesaikan masalah

pembelajaran

(Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Page 4: Murid & alam belajar

Teori PembelajaranSosial

Page 5: Murid & alam belajar

Teori ini menekankan pembelajaran berdasarkan faktor

sosial.

Prinsip asas teori pembelajaran sosial adalah berdasarkan

kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses

kognitif dan afektif berdasarkan pemerhatian tingkah

laku orang lain (model) dan meniru tingkah laku yang

boleh memberi manfaat kepadanya.

Pemerolehan pengetahuan dan gerak balas merupakan

dua perkara yang berbeza. Bandura menamakan ini

sebagai pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran

melalui model.

Page 6: Murid & alam belajar

Empat langkah pembelajaran peniruan:

Tumpuan Perhatian

Penyimpanan dalam Ingatan

Pengeluaran

Motivasi dan Peneguhan

Page 7: Murid & alam belajar

Tumpuan Perhatian :

Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan

perlakuan model berulang kali.

Penyimpanan dalam Ingatan:

Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam

ingatan oleh pelajar. Pemerhatian perlu disimpan dan

dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses

mengenkod, menyimpan dan mendekod.

Page 8: Murid & alam belajar

Pengeluaran

Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan

dikeluarkan dalam bentuk perlakuan.Kecekapan ini

bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan

motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

Motivasi dan Peneguhan

Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan

daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan

dikukuhkan

Page 9: Murid & alam belajar

PLUS• teori sosial ini merupakan salah satu teori yang mana

pembelajaran melalui peniruan tingkah laku seseorangberlaku.

• Terdapat komunikasi antara guru dan murid.• pengajaran nilai murni dan watak bersejarah dengan

teknik main peranan dan simulasi• Sekiranya perbuatan positif yang ditiru oleh murid,

maka murid tersebut akan mendapat hasil yang positif.• Murid dapat berkongsi idea, pengalaman bersama

rakan tentang sesuatu perkara yang diperhatikan.

Page 10: Murid & alam belajar

MINUS• Peniruan hanya akan berlaku sekiranya adanya ganjaran.

• Murid mudah terpengaruh dengan tingkah laku orang disekeliling mereka terutama guru, rakan dan ibu bapa.

• Kanak-kanak menjadi agresif setelah mereka meyaksikansuatu perbuatan agresif atau ganas begitu juga sebaliknya.

• Murid akan berkecil hati apabila guru sering kali menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagaimodel untuk ditiru.

Page 11: Murid & alam belajar

INTERESTING

• Pembelajaran yang menyeronokkan

• Murid-murid peka dengan persekitaran mereka

• Penggunaan bahan maujud

Page 12: Murid & alam belajar

TERIMA KASIH