maqasid syariah tgha

Upload: alizman

Post on 07-Apr-2018

310 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    1/22

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    2/22

    MAQASID SYAR I'AHTUA N G UR U H AJI A BD UL H AD I AWA NG

    (Presiden PAS)

    DEWAN U LAMAK P AS PUS AT

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    3/22

    MAQAS ID S YA R I'A H KANDUNGAN

    Ceta ka n P erta ma M e i 2 01 1 Muqaddimah 1Takrif 6Konsep 7Objektif 10Pembahagian Maslahah 16Pelaksanaan Maqasid Syari'ah 2 5Peranan Kerajaan Islam 29Sikap Terhadap Maqasid Syari'ah 31Penutup 33

    Dewan Ulamak PAS Pusat 2011Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetakmana-mana bahagian rencana dan isi kandungan buku inidalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun samadasecara elekt ronik, fotokopi , rakaman, atau cara lain sebelummendapat izin bertulis dari DEWAN ULAM AK PAS PUSAT.

    Diterbitkan oleh:Dewan Utamak PAS PusatPejabat Agung PASTingkat 2318-A, Jalan Raja Laut50350 Kuala LumpurNo. TelNo. F a xE-mailLaman Web

    : 03-2692 5000: 03-2693 7227: [email protected]: http://ulamak.pas.org.my

    mailto:[email protected]://ulamak.pas.org.my/http://ulamak.pas.org.my/mailto:[email protected]
  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    4/22

    MA QA SID S YA RI' A H

    o~lj .G:-y . t J ~ , ~j yL6Jl O J . ! - J . > - JJ; '-$.lJl .( u ~1~~ij . t J T ~j ,~W J ~) ~y.:.Jl . ( u \ J~) . j . - ~~\j

    ,~j '0:'. . u \ ~y, . J l ~ ~ )Lw ,yjMUQADD I MAH

    Ilmu Maqasid Syari'ah atau Feqh Al-Maqasid adalah keperluanterkini, kerana menjadi sebahagian terpenting daripadasyari'at Islam. Wajib dibawa mesejnya bag; memahamisyari'at Islam dan pelaksanaannya yang menjadi penyelamatmanusia terkini, setelah ternyata kelemahan agama-agamayang lain dan kegagalan ideologi ciptaan manusia, yang tidakmemenuhi segala aspek fitrah manusia dan kewajipannyamenjadi harnba Allah S.W.T dan peranannya di alarn duniamengikut ketetapan daripada Allah S.W.T, mengapa merekadicipta dan tugasnya memakmurkan dunia dengan amanah,seterusnyadilakukan muhasabahpada hari akhirat.

    Maksudnya: "Maka adakab patut kamu menyangka bahawa kamihanya menciptakan kamu (dart t iada kepada ada) sahaja dengantiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (mcnyangka pula)tidak.akan dikembalikan kepada kami?"

    [Al-Mukminun: 115]

    1

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    5/22

    Islam adalah agama Allah S.W.T yang dibawa oleh para Rasulyang dilantik Allah S.W.T, di zaman masing-masing kepadakalangan bangsa masing-masing, bagi memimpin manusia,masyarakat dan negara, supaya melaksanakan tugas dengantepat.

    dan tetap mencapai matlamat peranan mereka, membawakebaikan kepada dunia sejagat dan kebahagiaan sehingga kehar: akhirat.

    Para Rasul bukan sahaja berdakwah mentashihkan aqidahrakyat, dalam masa yang sama mengislahkan cara hidupmanusia dalam segala aspek. Islam yang dinyatakan itumengandungi perkara dasar yang tidak berubah (Thawabit),perkara fitrah yang tidak berbeza dan memimpin cara hidupyang betul dalam perkara yang berlaku perubahan(Mutaghayyirat), kerana keadaan yang berbeza mengikutperedaran zaman dan perkembangan kehidupan yangberlainan, tetapi dasar dan rukunnya tetap sarna, khususnyadalam bidang aqidah dan prinsip syari' ah serta matlamatnya.Di sana terdapat perbezaan dalam hukum dan amalan syari 'atdi kalangan para Rasul itu, mengikut keadaan bangsa, masadan tempat.

    Ilmu Maqasid Syari'ah menjelaskan bagaimana hukum syari'ahitu dilaksanakan dan bahawa syari' ah Allah S.W.T seluruhnyamembawa kebaikan kepada manusia sejagat dan juga alamsekelilingnya, sarna ada diketahui secara saintifik denganhanya menggunakan akal, pengalaman dan kaj ian yang terhaddengan kelemahan makhluk, sama ada menepati adapersamaannya dengan syarak atau yang bercanggah dengannyaatau yang masih tidak ada penemuannya, namun yang benaradalah ketetapan Allah S.W.T yang Maha Mengetahui,Bi jaksana, Adil dan Rahmat kepada seluruh alamo

    lslam yang dibawa oleh rasul akhir zaman Muhammad 5.A.W.yang diutuskan kepada seluruh manusia dan sepanjang zamanselepasnya, dikurniakan mukjizat ilmu daripada Al-Quran,menjadi petunjuk kepada seluruh dunia, semua bangsa disepa,hlang masa yang tidak putus dengan kewafatan RasulullahS.A.W,'

    Ternyata juga dengan jelas kebaikannya dalam perkara yangbelum dicapai oleh kemampuan manusia dan tidak mungkindicapai. Kini terserlah semua perkara yang wajib dan halalmembawa kebaikan dan perkara yang haram membawamudharat kepada jasad atau roh dan akal atau jatidiri ataukepada semua.

    Maka. semua perkara yang terkandung dalam ajaran Islam,adalah sempurna merangkumi segala aspek fitrah dan tugasrnanusla di sepanjang wawasan mereka yang ditetapkan olehAllah S.W.T, daripada dunia sehingga akhirat. Maka syari'ahAllah ,S.W.T tetap adil, membawa kebaikan bagi menusiaseturuhriya, tidak ada keburukan dan kelemahan sedikit pun,

    Maqasid Syari'ah menjelaskan cara dan hala tuju yang sebenardari pada pelaksanaan syari' at dengan mengambil ki ra aspekumum, khusus dan juzuk, sehingga ternyata dapat memenuhikeperluan manusia, menyelesaikan semua masalah danmembawa kebaikan, sama ada mengambil manfa'at ataumenolak mudharat, daripada pelaksanaan perkara thawabityang dinaskan daripada sumber asasi hukum syarak atau dalamperkara mutaghayyirat dan ijtihadiyat.Dalam perkara thawabit menjadi landasan yang kukuh,terdapat keanjalan (murunah) dan tidak terputus dengan

    2 3

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    6/22

    perkara yang memerlukan perubahan dan perbezaan(mutaghayyirat), seterusnya mencetuskan feqh auraq yangditulis dan yang tersirat daripadanya, feqh haraki, feqhaulawiyyat, muwazanat dan waqie' , sehingga ternyatakesempurnaan Islam dan menjadikan syari 'at Islam bolehdilaksanakan di sepanjang zaman dan mampu menghadapimasyrakat majmuk, masa yang berlainan dan situasi yangberubah.Di zaman generasi awal Islam, semua ajaran Islam dinamakanFeqh secara sekali gus, tanpa membahagikan i lmu Islammengikut bidangnya. Namun semuanya terkandung dalam Al-Quran serta ditafsirkan secara amali oleh Sunnah RasulullahS.A.W. dan Ijtihad para sahabat, sama ada dijelaskan olehasbab nuzul atau sebab berlakunya hadith atau ijtihad dalamperkara umum dan tidak ada nas.Kemudian Ilmu Islam dibahagikan kepada aqidah, syari'ah danakhlak atau tasawwuf. Selepasitu dihasilkan ilmu usul feqhbagi membantu kajian dan pelaksanaan ilmu feqh. IlmuMaqasid Syari 'ah pula dicabut daripada ilmu usul feqh yangboleh dicari dalam sumber yang berselerak.Padaawalnya Maqasidsyari'ah termasuk dalam pengajian UsulFeqh dan Siyasah Syariah. Kemudiannya dipelajari secarakhusus, kerana melihat keperluannya yang tersendiri.Tujuannya supaya ilmu Islam dipelajari secara feqh (faham),bukan secara ilmu tanpa feqh.Ada kalangan yang hanya berilmu tetapi t idak faqih. Maka disinilah RasulullahS.A.W. bersabda:

    4

    -

    Maksudnya:Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadartyamaka dijadikannya Feqh (faham) dalam perkara agama,sesungguhnya aku hanya ditugaskan untuk membahagikan dan Allahyang memberi kurnia, sebenarnya urusan umat ini sentiasa istiqamah(betul) sehingga berlakunya hari Qiamat atau datangnya urusanAllah. [Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]Kebanyakan pelaksanaan Maqasid Syari'ah berlaku di zamanKhalifah Umar bin Al Khattab R.A. yang memerintah negarayang lebih besar dan paling majmuk masyarakatnya, danberlakunya perkara yang tidak ada sebelumnya secara nasserta sebab yang berbeza dalam perkara yang berkait dengansebab yang khusus daripada nas Al-Quran dan SunnahRasulullahS.A.W.Generasi awal para ulamak, menjadikan Maqasid Syari'ahsebahagian daripada ilmu Usul Feqh. Imam As-Syafe'i adalahpeneroka pertama dalam bidang ini secara lebih terperincidengan kefahaman yang tajam dalam mengasaskanilmu UsulFiqh, kemudian diikuti oleh Imam Al-Haramian Al-Juwaini danmuridnya ImamAl-Ghazali.Seterusnya ilmu ini berkembang dalam mazhab yang lain dikalangan Ahli Al-Sunnah dan feqh dalam mazhab SyiahZaidiyyah, Ja'fariyyah dan Khawarij Ibadiyyah. Sehinggailmuin; kaya dengansumber rujukannya.

    5

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    7/22

    Seterusnya Maqasid Syari'ah dibincangkan secara berasingan.Sebelumnya terdapat penulisan berkenaan maqasid syari'aholeh generasi yang lebih awal, seperti Al-Hakim Al-T irmizidengan kitabnya Maqasid Al-Solah, tetapi lebih tertumpukepada aspek Tasawwuf, begitu juga Imam Al-Maturidi yangbermazhab Hanafi pelopar madrasah Ilmu Al-Kalam yang lebihlebih penekanan secara falsafah, tidak juga mencakup segalaaspek menyeluruh.D i zaman mutakhir muncul kalangan para ulamak yangmenghidupkan bidang Maqasid Syari' ah dengan lebihterperinci, di antara mereka ialah Imam Al-Syathibi, danpaling mutaakhir ialah At-Sheikh Muhammad Tahir bin 'Aasyur,Al-Sheikh 'Allal At-Fast, Al-Habib bin Al-Khojah dan lain-lain.Terkini menjadikannya lebih hangat dibincangkan bersamakebangkitan Islam yang menjadi cabaran baru kepada paraulamak, umarak dan pendakwah yang wajib menyatakan Islamdengan tajuk dan matlamatnya yang sebenar.

    TAKRIFPerkataan Maqasid pada bahasa; iaitu daripada perkataanQasad atau Maqsid atau Maqsad yang bermakna tujuan,menuju ke arah sesuatu, jalan yang betul, adi l, pergantungan,'illah (sebab) Tawaasut (menyelesaikan pertelingkahan),hikmah.Adapun maknanya pada istilah para ulamak feqh; ialahmencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syari'ah danmendapat hikmahnya dengan pelaksanaannya yang tepat.

    6

    KONSEP MAQAS ID SYAR I' A HSyari'ah adalah petunjuk Allah S.W.T, cara makhluk manusiamencapai maslahah yang menjadi tujuan hukum Allah S.W.Tyang Maha Adit dan RahmatNya yang melimpah terhadapmakhluknya, samada membawa kebaikan atau menolakmudharat dan menghilangkan masyaqqah (kepayahanj, 'bagimencapai t iga matlamat mereka diciptakan, iaitu:

    1. Ibadah2. Khilafah3. Amanah

    1. Matlamat Ibadah dinyatakan oleh firman Allah S.W.T :

    Maksudnya: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin danmanusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadatkepadalsu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezekipemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supayamereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lalisahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukblya, danDia lah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga,lagi yang Maha kuat kukuh. kekuasaanblya,

    [Az-Zaariyat: 56-58]Ibadat yang bermaksud memperhambakan diri denganmelakukan perkara yang dikenali dengan amalan ibadatseperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain,termasuk juga percaya dan menerima syari'ah Allah S.W.T

    7

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    8/22

    dalam dalam semua urusan yang ditetapkan kepadamereka secara mutlak sama ada mengetahui hikmahnyaatau tidak dengan penuh keimanan bahawa Allah S.W. Twajib berlaku Adil dan Rahmat terhadap hambanya.

    2. Matlamat Khilafah dinyatakan oleh firman Allah S.W.T :

    Maksudnya: dan (ingatlah] ketika Tuhanmu berfirman kepadaMalaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorangkhalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapanTuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuatbencana dan menumpahkan daran (berbunuh-bunuhan), padahalKami sentiasa bcrtasbili dengan memujiMu dan mensucikanlvlu?".Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yangkamu tidak mengetahuinya".

    [Al-Baqarah: 30]Khalifah itu ditafsirkan oleh para Ulamak dengan maksud:Menegakkan Al-Din (Islam) dan siyasah (mentadbir danmemimpin) urusan dunia dengannya.

    3. Matlamat Amanah dinyatakan oleh firman Allah S.W.T:

    8

    Maksudnya: telah kemukakanesungguhnya Karnitanggungjawab amanali (Kami) kepada langit dan burn! sertagunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka engganmemikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang adapadanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiatkebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan sukapula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan,

    [A l-A hz ab : 7 2 ]Para ulamak menafsirkan amanah yang besar denganperanan urusan pelaksanaan keseluruhan perintah AllahS.W.T yang ditaklifkan kepada manusia sama ada suruhanatau larangan dan perkara yang diharuskan.

    Firman Allah S.W.T :q"G Jl ~ ~ 1~~ ~l J ! - ? U L 4 ~ 1 lj~ffi ' ~l~~~ill1 ~~ly '~~ ~ ~ t S " i l l I~!~~ ~ i l l , ~ ~ y . : v J ~ \ ~ ~l

    (01\ )Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supayamenyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhakmenerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antaramanusia, (Allah menyuruh.) kamu menghukum dengan adi!.Sesungguhnya Allah dengan (suruhanbiya) itu memberipengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. SesungguhnyaAllah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat,

    [A n-N isa ': 5 8]

    9

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    9/22

    Maqasid syari' ah berkonsepkan maslahah daripadamelaksanakan tiga peranan tersebut, dengan bertujuanmencapai kejayaan dunia dan akhirat secara umum, yangtercakup daripada keseluruhan ajaran Islam, dalammelaksanakan matlamat ciptaan manusia, sama ada matlamatmendapat faedah atau menolak mudharat.Digariskan juga secara khusus dalam aspek ibadat, keluarga,masyarakat dari segi politik, ekonomi dan lain-lain, dan secarajuzuk melibatkan bidang tertentu dalam perkara khusus itu,seperti syura, ketaatan dalam aspek politik, jual beli dansyarikat dalam aspek ekonomi dan seterusnya. Menghuraikansyari'at dan cara pelaksanaannya, selaras dengan keperluanmanusia mengikut fitrah (naluri), kerana syari'ah merupakanpetunjuk Allah S.W.T bagi menjaga secara saksama, perkarayang menjadi rukun hidup yang menjamin kebaikan roh danjasad, individu dan masyarakat manusia seluruhnya, danmakhluk yang berkaitan dengan urusan mereka beribadat danmemakmurkan bumi berpandukan syari'ah Allah S.W.T yangdiamanahkan.

    O B JE KT IF M AQ A SID S Y AR I'A HPerbincanganMaqasidSyari'ah, bertujuan supaya pelaksanaanhukum Islam mencapai matlamat dan tujuannya yang sebenar,membawa maslahah (kebaikan) dan kemudahan, dan menolakmafsadah (keburukan), dan masyaqqah (kepayahan),membawa kebaikan dunia dan akhirat, kepada manusia danmakhluk yang lain, dengan mendapat keredhaan Allah S.W.T .Pelaksanaannyameliputi perkara yang dinaskan atau tidakdinaskan.

    10

    Allah S.W.T menegaskan bahawa Islam yang dibawa olehRasulullahS.A.W. membawa rahmat:

    Maksudnya: dan tiadalan Kami mengutuskan Engkau (WahaiMuhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alamo

    [Al-Anbia': 107]

    Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datangkepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit basin yangada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayan petunjuk untukkeselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yangberiman,

    [Yunus: 57]Ayat-ayat tersebut menegaskan maqasid umum daripadakerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dengan Al-Quran yangdiwahyukan, iaitu membawa rahmat kepada seluruh alam danmenyelesaikan masalah kepada umat yang menerima danberamal dengannya.Mengikut Islam semua amalan mempunyai matlamat maslahahkebaikan dunia dan akhirat, serta perhitungan dosa danpahala. Pelaksanaannyasecara pengabdian diri kepada AllahS.W.T (tujuan ibadah) dalam urusan agama dan carakehidupan, yang dinyatakan oleh firman Allah S.W.T:

    11

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    10/22

    I;~j ~~I IMJ ~ 1 l : J . . .)till :J ~ illI IJ~~")lIJ~tL4j.. . . 0 - .. .. .. . . .. . . ~(0) ~ ~ . . a J 1 d . . ? ~~j o \ S } 1

    Maksudnya: pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supayamenyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagitetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikansembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah. ugamayang benar,

    [Al-Baiyinah: 5J

    Solat dalam aspek ibadat jasad dan roh. Zakat dalam aspekekonomi dan kemasyarakatan dan Al-Din merangkumi seluruhcara hidup.Sabda Rasulullah S.A.W.:

    r ; ; i c : ; ~ " , . " . . ...;::i ~ r (J ~ .llll ~ : i l l I J~) ~ :JLi ~ WI c . i f ' ) ~1.k,;T J1 ~ #-. . . q $ y L4t . f ; 1 ~ W ! j ~ ~ ~ j~~l W l j _ , . i j ~j ~

    [~j ~).~.)l~~JMaksudnya: Sesungguhnya segala amalan itu hendaklah dengan niatdan sesusungguhnya bagi setiap orang. mendapat kelebihan mengikutapa yang dia niat.

    [Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]Ayat tersebut kebiasaannya hanya dikaitkan dengan ibadat dansebab hadith ini diucapkan berkait dengan hijrah. Para Ulamakmenjadikannya dalil wajib niat dalam amal ibadat dan syaratmendapat pahala dalam semua kegiatan hidup, matlamat jugadicapai daripada perkara adat yang tidak mewajibkan niat.

    12

    Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya: Maka tiadalah seseorang muslim yang menanam pokoklalu dimakan hasilnya oleh manus-fa, binatang dan burung melainkandiberi kepadanya pahala sedekah.

    [Hadith riwayat Muslim]Mafhumnya merangkumi hasil yang lain daripada industri,perniagaan dan lain-lain.Daripadanya para ulamak menyebut kaedah usul yang terkenalyang menentukan hukum:

    Ertinya: Semua perkara mengikut tujuan-tujuan atau matlamatnya.Contohnya hukum Luqtoh (barang tercicir), seseorang yangmemungut barang berharga yang tercicir, sekirariya diamemungut mengikut hukum agama yang dinamakan luqtoh,dengan tujuan menjaga dan mencari tuannya dalam tempuhmasa yang ditetapkan dengan amanah, tiba-tiba barang iturosak dalarn jagaannya maka tidak wajib diganti. Adapunsekiranya bertujuan untuk mengambilnya bag; dirinya tanpaamanah maka wajib diganti sekiranya berlaku kerosakan.Bahkan nas-nas yang soreh perlu difahami maksudnya dalamBahasa Arab mengikut Hmu bahasanya kerana Al-Quran

    13

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    11/22

    diturunkan dalam BahasaArab, contohnya perlu memahamimaksudfirman Allah S.W.T :

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamumakan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, danhendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

    [Ali-lmran:130]Maksud daripada makan riba di sim meliputi seluruhpenggunaan harta riba dan pengurusannya, bukan hanyasekadar dengan makna makan yang difahami secara zahirmenggunakanmulut dan mengisi perut.Firman Allah S.W.T :

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepadakamu memakan bangkai , dan darah, dan daging babi , dan binatang-binatang yang disembelil i t idak kerana Allah maka sesiapa terpaksa(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dantidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu),maka tidaklali ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

    [Al-Baqarah: 173]

    14

    Di sini terdapat perbezaan sebab diharamkan makanan yangtersebut dalam ayat kerana kekejian dan najls pada zat dansifat makanan tersebut, berbeza dengan diharamkan ribakerana keji dari segi muamalat walau pun zat duit dan barangyang digunakan untuk makan, pakai dan berbelanja suei padazahirnya.Kaedahyang terkenal dalam urusanmuamalat:

    Ertinya: Perhitungan dalam semua aqad perjanjian hendaklah dilihatdari segi maksud dan makna, bukan sahaja lafa: ucapan dan ayat-ayat yang dikarang ,Aqad yang diueap dan ditulis kadang-kadang perlu dilihatmaksudyang tersirat, seperti seorang yang melafazkan: "Akuberikan kepada mu barang ini dengan awak membayarharganya". Yang dimaksudkan member; di sim bukanbermakna hibah (pemberian )tetapi bermakna menjual bell.Atau sebutan: "Gunalah barang ini dalam tempoh dua bulan,kemudian kembalikan semula". Yang dimaksudkan di sini ialahmenyewa.Ke semua nas tersebut menjelaskan perlunya dilihat tujuansesuatu amalan dan muamalat yang dinamakan MaqasidSyari'ah.

    15

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    12/22

    P EMB A H AGIA N M A S LA H A HPerkara yang penting dalam perbincangan maqasid syari'ahialah maslahah maka perlu difahami takri f maslahah.Maslahah ialah membawa manfaat dan menolak mudharat.Syariat Islam yang menetapkan tiga peranan manusia di atasbermatlamat maslahah (kebaikan) dunia dan akhirat, samaada mendatangkan faedah atau menolak mudharat, termasukjuga penyelesaian menghadapi kesukaran bagi mencapaitujuannya.Para ulamak membahagikan perkara ini kepada tigakedudukan:1. Maslahah Muktabarah

    Perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T secara nas,tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat, iaitu perkarayang wajib ditunaikan, sama ada diketahui hikmatnya ataupun tidak, kerana Allah S.W.T itu Maha Mengetahui, Adildan Penyayang kepada hambanya, seperti kewajipanberibadat, berdakwah, menyuruh kepada yang baik danmencegah kemungkaran, berjihad, perkara yang wajib,sunat, makruh dan harus, halal dan hararn, hukum syari'ahyang dinyatakan secara nas, seperti dihalalkan berjualbeli, diharamkan riba, undang-undang hudud dan qisasyang dinaskan. Sudah ternyata dengan jelas meninggalkanperintah Allah S.W. T dalam perkara-perkara terse butmenyebabkan kerosakan kehidupan beragama danbermasyarakat.

    16

    2. Maslahah MulghahPerkara yang dibatalkan maslahahnya, iaitu perkaramendatangkan faedah daripada yang diharamkan, keranamudharatnya lebih besar dan menghapuskan kebaikannyaatau caranya salah kerana memberi mudharat dalam aspekyang lain, seperti manfaat judi, mendapat harta denganrasuah kerana menunaikan haji , merompak kerana mencarinafkah dan sebagainya.Wajib menerima hakikat bahawa Allah S.W.T yang MahaMengetahui lagi Bi jaksana menentukan yang haram dalarnapa-apa benda, perkara dan tindakan yang mendatangkanmudharat, sama ada dicapai oleh akal manusia atau tidak.

    3. Masol ih MursalahPerkara yang tidak dinyatakan oleh syarak di mana bidangdan ruangnya terlalu luas dalam semua perkara yangmembawa kebaikan dunia dan akhirat.

    Para ilmuan kemanusiaan membahagikan perkara-perkara yangada dalam kehidupan manusia bagi mencapai tujuan maslahahmengikut hukum syarak dan adat kepada tiga bahagian:

    1) DhoruriyyatPerkara yang menjadi keperluan asasi dan rukun dalamkehidupan manusia yang mesti wujud mengikutfitrahnya, ketiadaannya bagi kehidupan tidak bolehmencapai matlamatnya, iaitu:

    17

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    13/22

    i. Al-Din (Agama)ii. Al-Nafs (Nyawa)

    iii. Akaliv. Keturunanv . Harta

    Ada kalangan ilmuan Islam menambah yang keenamiaitu maruah diri.Agama dan akal menjadi keperluan rohani yangmenjadi aspek fitrah manusia. Keperluan asasi bagi rohdan akal ialah iman, ilmu dan akhlak.Manusia hidup berjasad yang bergerak hidupmenggunakan anggota dan perasaan, nyawa adalahpenggerak jasad sehingga berfungsi menggunakananggota dengan baik, keperluannya makan minum,pakaian, tempat tinggal, menjaga kesihatan dankeselamatan.Keturunan adalah asas keluarga dan masyarakat yangmenjadi fitrah manusia yang berperanan secaraberbeza dengan makhluk yang lain, keperluannya ialahhubungan mulia secara perkahwinan bagi mewujudkankeluarga dan tanggungjawab berkeluarga.Harta adalah keperluan kebendaan bagi melaksanarukun-rukun yang lain.Maruah adalah martabat manusia yang member;kelebihan harga diri manusia daripada makhluk yanglain.

    18

    _ -.

    2) HaajiyyatPerkara-perkara yang dihajati bag; kemudahanmelaksanakan urusandhoruriyyat dalam segalaaspek,tanpanya boleh juga dilakukan, tetapi menjadikepayahan dan tidak sempurna, iaitu perkara yangmemberi rukhsoh (kemudahan) dalam urusan agamadan mengendalikan urusan kehidupan samadafardu ainatau fardu kifayah, seperti kemudahan beribadatmendirikan masjid, pasar dan bahan bagi muamalatdan kemudahanapabila menghadapi kesukaran, sepertiqasar dan jamak sembahyang ketika musafir danmasyaqqah, mengizinkan jamak kerana hujan dansebagainya, kemudahan industri keperluan hidup,pertanian, perdagangandan sebagainyadan persediaanpertahanan dan keselamatan negarasecara umum.

    3) TahsiniyyatPerkara menambah kebaikan dan keselesaan kepadakeperluan di atas, bagi melaksanakan urusan agamadan mengurus cara hidup dengan agama, seperttpersediaan alat yang lebih canggih dan termoden bagiurusan ibadat, keperluan hidup yang lebih selesa bagikeselamatan diri, dan menghasilkan bahan keperluanitu dengan lebih baik. Kadang-kadang menjadi wajibapabila berdepan dengan perubahan zaman dancabaran terkini.

    Pelaksanaan Maqasid Syari 'ah perlu dil ihat dengan tepatmengikut pertimbangan syari'ah dan kebijaksanaan bagimenentukan maslahah dan mafsadah, apabila menentu dan

    19

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    14/22

    . .,. ,

    mengurus perkara-perkara tersebut. Sama ada melaksanakanperkara nas atau perkara ijtihad.Di sana terdapat beberapa kaedah bagi menilai dalam perkaramaslahah yang perlu diambil kira bagi pelaksanaan maqasidsyari'ah di antaranya ialah mengikut tertib yang terdahulu darisegi:

    Maksudnya: .. . maka sesiapa terpaksa (memakannya keranadarurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampauibatas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah faberdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani,

    1. Keperluan Dhoruriyyat, Haajiyyat dan Tahsiniyyat, denganmengutamakan perkara dhoruriyat, selepasnya haajiyyatdan dikuti dengan tahsiniyyat.

    [Al-Baqarah: 173]Daripada nas ini para ulamak menetapkan kaedah:

    Dalam mencapai tujuannya Allah S.W. T mentaklifkansyari'ah mengikut kemampuan manusia, firman AllahS.W.T: Ertinya: Perkara-perkara terdesak mengharuskan perkara-

    perkara yang diharamkan,

    Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apayang terdaya olehnya.

    [Al-Baqarah: 286JErtinya: Perkara-perkara terdesak itu diukur mengikut kadarnyayang perlu,

    Firman Allah S.W.T :

    (VA) ... [ _f- ~ ~lJl JP~Gj ...~ Seperti di izinkan makanan haram dalam keadaan dharuratkerana memelihara nyawa, f irman Allah S.W.T:Maksudnya: ... dan fa tidak menjadikan kamu menanggungsesuatu keheratan dan susah payali dalam perkara ugama, ... .

    [Al-Haj: 78] Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepadakamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, danbinatang-binatang yang disembelili tidak kerana Allah makasesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang fa tidak

    Apabila berlaku halangan hukum agama yang dinaskan bagimelaksanakan keselamatan perkara dhoruriyyat maka AllahS.W.T member; kelonggaran dengan firmannya:

    20 21

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    15/22

    -----_---,-- ---- _ _mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadarbenda yang dimakan itu), maka tidaklan fa berdosa.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [Al-Baqarah: 173JDalam masayang sama perlu difahami bahawa diharuskanmengikut keperluan jangan sampai mengambil peluangsecara melampau keperluan daripada keadaan dhorurat.Seterusnyadihuraikan lagi dengankaedah yang berikut:

    2. Keperluan umum dan khusus, mudharat umum dan khusus:

    Ertinya: Perkara yang dihajati keperluannya seperti dhoruratjuga mengikut kedudukan kepentingan umum atau khusus.Contohnya seperti mengambil tanah kepunyaan individukerana keperluan jalan raya, hospital dan sebagainyadengangantian yang adiL

    Ertinya: Ditanggung kemudharatan khusus bagi menolakkemudharatan umum,Contohnya seperti memotong anggota pesakit keranamenyelamatkan nyawa atau anggota-anggota yang lainlebih penting daripadanya.

    22

    3. Apakah tindakan sekiranya bercampur maslahah danmafsadah dalam satu perkara, maka menolak mafsadahlebih utama daripada maslahah.

    Ertinya: Menolak keburukkan atau punca keburukkandidahulukan daripada mendapat kebaikan atau faedah,Melarang penanaman pokok ganja yang dihalalkantujuan perubatan apabila diketahui tujuannyamerosakkanmasyarakat.

    untukbagi

    Apakah tindakan menyebabkan berbilang mafsadah, makadiambil mafsadahyang lebih ringan.

    Ertinya: Apabila bertembung dua perkara yang membawakeburukan atau dua keburukan maka diambil kim yang lebilibesar mudharat dengan melakukan yang lebin ringan,Contohnya seperti berkhidmat dengan pemerintah bukanIslam atau zalim dengan tujuan untuk membelamasyarakat dengan melepaskan daripada kezaliman ataumemil ih hukuman yang lebih ringan apabila terpaksa,bukan bertujuan mengambil kesempatan hidup bagikepentingan diri sendiri sahaja.Semua kaedah yang dHahirkan daripada urusan tersebutadalah jaminan Allah S.W.T supaya pelaksanaan syari'atitu juga bergantung dengan sifat manusia yang mempunyaikelemahan, supaya pelaksananya dapat melakukannya

    23

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    16/22

    mengikut keupayaan taklif, kerana matlamat tidak dicapaidi luar batas kemampuan manusia. Perkara in; dinyatakanoleh Allah S.W.T :

    C:../.I L O [;;'\;0/ ~ L O [A t ':1 ~ -. ' ~I l:.,jj WI ~ ~. ~j. ~ -e--'j e ..(rAi)

    Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apayang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yangdiusahakannya, dan fa juga menanggung dosa kejahatan yangdiusahakannya ..... [A l-B aq ara h: 2 86 ]FirmanAllah S.W.T:

    Maksudnya: ... Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggungsesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendakmembersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempumakannikmatblya kepada kamu, supaya kamu bersyukur,

    [A l-M a id ah : 6 ]Ke semua huraian di atas menunjukkan kesempurnaanmenjaga maslahah manusia mengikut fitrahnyamenyeluruh, roh, jasad, individu dan masyarakat.

    Islamyang

    Ke sempurnaan ini tidak ada dalam ajaran yang lainhanya menyentuh sebahagian sahaja. Ada agamameletakkan aspek kerohanian sahaja tanpa jasad, ada

    yangyangteori

    24

    _

    yang menolak aspek roh, hanya jasad sahaja, ada yangmenjaga keperluan umum atau masyarakat tanpa individu danada yang melupai kewajipan bermasyarakat.

    P EL A KS ANA AN MAQ A S ID S Y A RI'A HBagi mencapai tujuannya, maka pelaksanaannyadikaji secaraFeqh (Faham), dengan memahami secara mendalam, bukansahaja berilmu bahkan juga faham cara beramal dengannya,ada orang yang hanya berilmu tetapi tidak ada feqhnya(faham). Ilmu Islam hendaklah difahami secarafeqhnya:

    1. Feqh AuroqFeqh yang ditulis oleh para ulamak semua mazhab yangterkenal dan tidak terkenal di zaman masing-masing. Merekamenulis hukum daripada perkara yang berlaku di tempat,masa dan situasi di zaman masing-masing, bahkan ada yangmelangkau sehingga kepada perkara yang belum berlaku dantidak berlaku. Ada perkara yang disebut oleh mazhab yangtidak dibincang oleh mazhab yang lain kerana masa dantempat yang berbeza.Ada kalangan ulamak yang berijtihad berbeza denganpandangan gurunya sendiri, seperti perbezaan di antara ImamSyafei' dan gurunya Imam Malik dan Imam Ahmad yangberbeza pendapat dengan gurunya Imam Syafei'. Perbezaanjuga berlaku dalam satu mazhab seperti Imam An-Nawawidalam mazhab Syafei', Imam Abu Yusuf dalam mazhab Hanafidan Imam Ibnu Taimiyyah dalam mazhab Hambali.

    25

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    17/22

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    18/22

    , -- - - - - - - ~ - . - - - - . . - - . . . - - - - . . - - - - . . - . . - . . - . . . . - - - . . . .-

    ~ " " / 1 0 fi'{ .;.J~~ ~j.Axll i ) , . l . 1 }

    Ertinya: Ditolak hukuman Hudud dengan adanya perkara-perkarayang meragukan,

    5. Feqh MuwazanatPertimbangan secara terperinci perkara yang berlaku bagimenentukan tahap hukum dan pelaksanaannya yang saksamadengan membuat pertimbangan keputusanyang tepat.Contohnya apabila berlaku pertembungan manfaat ataumudharat maka dipil ih yang lebih besar manfaat dan lebihkecil mudharat. Seperti fatwa Ibnu Taimiyyah melarangmenganggu orang Tatar di Baghdadyang meminum arak bag;menghalang mereka membunuh dan merompak kalau tidakmabuk.

    6. Feqh AulawiyyatMemahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan keeilbagi menyatakan hukum dan melaksanakannya mengikutkeperluan maslahahdan mafsadahyang tersebut di atas.Mendahulukan dakwah kepada Islam secara umum sebelummenjelaskan hukum wajib, halal dan haram.Seperti tidak mencegah kemungkaran yang berlaku sekiranyaberlaku kemungkaran yang lebih besar dan lebih merbahayakepada umat.

    28

    PERANAN KERAJAAN IS LAM{~lJ .1"-:/ Lo~1 J~}, y . . o ~ , J~

    Ertinya: Budi bicara pemimpin bertujuan membawa maslahah,Kerajaan Islam wajib melaksanakan hukum Islam secaramenyeluruh, bukan sebahagian sahaja. Diwajibkan kepadakerajaan juga menguatkuasasyari'at yang dinaskan dan ijtihadbag; memelihara maqasid syari'ah mengikut prinsip dankonsepnyayang membawa maslahah kepada rakyat mengikutkaedah dan siyasah syar'iyyah yang tepat, istiqamah dan adil,bagi memelihara agama, nyawa, akal, maruah, keturunan danharta.Merancang dengan baik melaksanakannya mengikut siyasahsyar'iyyah dan ditugaskan kepada kakitangan yang mampumenjadi jentera kerajaan yang berHmu, adil dan berjayamembawa maslahah dunia dan akhirat serta menolakkecelakaan dan bencana dunia dan akhirat.Banyak teladan dan eontoh pelaksanaan syari'at berasaskanMaqasid, daripada Asbab Nuzul ayat-ayat, sebab hadith danperistiwa daripada Sirah Nabawiyyah dan sejarah zamanKhulafa Ar-Rasyidin dan selepasnya khususnya pemerintahanKhalifah Abu Bakar R.A. dan Umar Al-Khattab R.A. setelahIslam memerintah negarayang besar.Tindakan Khalifah Abu Bakar R.A. memerangi mereka yangtidak membayar zakat sarna seperti memerangi kumpulanrnurtad, kerana menafikan mana-mana hukum Islam adalahmurtad dan mereka telah memberontak terhadap kerajaanIslam yangadil.

    29

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    19/22

    Pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A. banyakcontoh yang menunjukkan kemampuan Syari'at Islammentadbir negara masyarakat majmuk dalam wilayah yangluas, setelah Islam menjatuhkan dua kuasa besar dunia Romdan Farsi dan pengaruh Islam memasuki negara yangberikutnya, maka berlakulah pertembungan tamadun manusiadengan mengambil ilmu yang memberi manfaat dan menolakkemungkaran ilmu, sehingga menghasilkan tamadun Islam yangunggul berasaskan i lmu wahyu dan ilmu akal.Khal ifah Umar bin Al-Khattab R.A. bepegang teguh dengan nasdan bijak memahaminya serta berijtihad mentadbir rakyat danmengurus wilayah bekas dua kuasa besar yang di perintah olehIslam, menjadikan masyarakat lebih majmuk, timbulnyaperkara baru yang tidak ada di zaman Rasulullah S.A.W. danKhalifah Abu Bakar, dalam wilayah yang luas tanpa alatpehubungan canggih.Oi antara contohnya mewujudkan sistem pentadbiran,kehakiman dan kewangan dengan ijtihad melaksanakan nassecara Maqasid Syari'ah dan berijtihad dalam perkara yangtidak ada nas daripada Al-Quran dan hadith rasulullah S.A.W.Oi antara contohnya dalam perkara ibadat menganjurkansembahayang tarawih berjemaah, menambah sumberkewangan negara dengan mengambil Kharaj dan Usyur,seterusnya melaksanakan Taqsim Al-Ato' (sistem imbuhan ataugaji) yang tidak diamalkan di zaman Rasulullah S.A.W. danzaman Khalifah Abu Bakar R.A.Khalifah Osman bin 'Affan R.A. menganjurkan azan dua kalipada hari jumaat kerana menghadapi kelekaan umat Islam dizamannya sehingga lewat datang ke masjid. Begitu jugatindakan supaya mengambil unta yang kehilangan tidak

    30

    menyanggah hadith yang melarangnya kerana kekuranganamanah di zamannya berbeza dengan zaman sebelumnya.Amir Al-Mukmnin Ali R.A. bertindak menjatuhkan hukumanmembakar gulungan sesat di zamannya apabila merekamempersendakan hukuman bunuh secara biasa dilakukan,adalah kerana siyasah syar'iyyah bagi mencapai maqasidsyari'ah mencegah kemungkaran yang besar.Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula melaksanakan konsep adilbagi menangani masalah ekonomi bukan dengan menaikkancukai, beri jt ihad setelah lapan bahagian zakat disempurnakansedangkan harta zakat masih banyak, mengambil khumusdaripada hasillaut.Oalam masyarakat Islam lahirnya para ulamak mujtahidin yangterbilang, membawa mazhab masing-masing tanpa perpecahanumat, melahirkan juga para mujtahid mazhab. Merekamenghasilkan karya yang bernilai bag; memperkayakan ilmuIslam, semuanya menjadi rujukan yang berfaedah kepadagenerasi umat seterusnya.

    S IK AP T ER H A DA P MAQ AS ID S YA R I'A H

    Di kalangan umat Islam ada tiga pandangan terhadap maqasidsyari'ah:1. Mereka yang menolak Maqasid Syari'ah bahkan menolak

    Qias dan lain-lain sumber hukum melainkan Al-Quran danHadith sahaja, kerana berpegang dengan zahir nas Al-Quran dan Hadith semata-mata.

    31

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    20/22

    Mereka ialah pendukung Mazhab al-Zohiriyyah. Fahamanini bercanggah dengan hakikat hukum syarak danpengamalnya sejak zaman Rasulullah S.A.W. para sahabatdan tabi'ien yang muktabar. Kumpulan ini tidak mampumenterjemahkan Islam kepada perlaksanaannya yangsebenar dan boleh merosakkan imej Islam kerana tidakmampu menyelesaikan masalah semasa yang tidak adadalam nas, tidak mempu melaksanakan nas kepadamatlamat syari'at Allah S.W.T yang adil dan membawarahmat sejagat.

    2. Meraka yang beramal dengan Maqasid Syari 'ah semata-mata dengan huraian akal dan memilih cara mudah tanpaistiqamah dengan Islam sehingga meninggalkan nas yangsoreh daripada Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias yangnyata.Mereka ialah golongan sekularisme di kalangan umat Islamyang terpengaruh dengannya, golongan ini cuba berdaliht idak beramal dengan hukum syari'ah sepenuhnya danmelaksanakan Islam secara terpilih berasaskan keperluanduniawi tanpa akhirat, serta mempertahankan pengaruhbarat dalam masyarakat Islam dengan dali l yang tidaktepat, seperti Khalifah Umar meninggalkan hukum Hududtanpa melihat sebabnya kerana tidak mencukupi syarat.Kalangan in; ada yang membatalkan hukum ibadat yangwajib kerana sudah baik tanpanya. Kumpulan ini menjadipenyebab umat Islam terus dijajah, kerana mengekalkanagendapenjajahan pemikiran yang menyesatkan.

    3. Mereka yang berpegang teguh dengan Syariat Allah S.W.Tyang dinaskan dan menghayati Maqasid Syari'ah denganmengetahui hikmat di sebalik hukum syari'at Allah S.W.T

    32

    dan cara pelaksanaan dan pengurusannya yang meliputiperkara yang tidak ada nas, tetapi tetap berada di bawahbidang kuasasyari'at Allah S.W.Tyang maha Luasllmunya,maha Adil dan Bijaksana, serta menterjemahkanpelaksanaannya yang mencapai matlamat dan hikmatmencapai kebaikan dunia dan akhirat.Inilah pendekatan yang benar dan istiqamah melakukanIslah dan tajdid, memimpin manusia dengan Islam dengankemampuan menyambung ajaran Islam yang berkekalandan menghayati mukjizat Al-Quran yang berterusan.

    PENUTUP

    Syari'at Islam yang dilaksanakan dengan tepat di zaman Islam,bukan sahaja berjaya menglslamkan manusia, dalam masayang sama menglslam ilmu daripada berbagai-bagai tamadun,apabila dilaksanakan dengan betul.I lmu Maqasid Syari 'ah adalah kebijaksanaan yang tersiratdaripada ajaran Islam yang sempurna berasaskan aqidahtauhid menegakkan kepercayaan kepada Allah S.W.T danmenolak yang lain daripadanya. Menyerlahkan kesempurnaanIslam merangkumi segalaaspek, memandu kehidupan manusiatanpa sempadanbangsa,agama, tempat dan masa.Inilah perjuangan para Rasul A.S. di zaman masing-masing,sehingga kebenaran daripada Allah S.W.T dapat ditegakkan,akal dapat dimanfaatkan kebijaksanaannya yang sebenardenganpetunjuk Allah S.W.T dan jahiliyah dapat dikalahkan.

    33

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    21/22

  • 8/4/2019 maqasid syariah TGHA

    22/22