maqasid syari

Upload: pittman-hassan

Post on 03-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    1/25

    Maqasid syari'ah

    PENGERTIAN, MAQASID DAN SKOP SYARIAH

    Objektif tajuk

    Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar akan dapat:1. Menyatakan maksud, maqasid dan keistimewaan syariah Islam.

    2. Menjelaskan perlaksanaan syariah berasaskan prinsip pertanggung jawaban yang

    dipertanggungjawabkan ke atas individu dan pihak tertentu.

    3. Mengaplikasikan tuntutan syariah dalam kehidupan seharian.

    PENDAHULUAN

    Telah menjadi satu teori yang dipersetujui oleh semua ahli sosiologi dan pengkaji masyarakat

    bahawa setiap individu memerlukan kepada satu kehidupan bermasyarakat. Keadaan ini

    terjadi disebabkan secara fitrahnya akan berlaku pergaulan dan kontrak sosial di antara

    individu atau pihak yang tertentu dalam sesuatu masyarakat kerana manusia akan sentiasa

    memerlukan di antara satu sama lain bagi memenuhi segala keperluan dalam kehidupan

    seharian mereka.

    Menyedari keadaan di atas, keperluan manusia kepada undang-undang atau peraturan yang

    tertentu adalah tidak dapat dinafikan. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kepada

    kepelbagaian transaksi di antara pelbagai pihak yang akan menghasilkan pula kepelbagaian

    perhubungan. Ada kalanya perhubungan ini akan mewujudkan pertikaian dan perbalahan.

    Justeru itu, kewujudan sesuatu undang-undang bagi memperuntukkan hak dan

    tanggungjawab individu serta bagi menjelaskan kaedah-kaedah penyelesaian apa-apa

    pertikaian dalam sesuatu masyarakat adalah semakin jelas.

    Dalam hal ini, Artikel 1 Majallah al-Ahkam al-Adliyyah memperuntukkan: "In view of the

    fact that man is social by nature, he cannot live in solitude like the other animals, but is in

    need of co-operation with his fellow men in order to promote an urban society, Every person,

    however, seeks the things which suit him and is vexed by an competition. As a result, it has

    been necessary to establish laws to maintain order and justice".

    Dalam hal ini, Ibn Khaldun, salah seorang pengkaji masyarakat yang terkenal dalam bukunya

    al-Muqaddimah telah menjelaskan bahawa setiaprf individu akan sedaya upaya memenuhi

    keperluan kehidupannya dengan berinteraksi dengan individu yang lain. Dalam keadaan ini,

    kemungkinan untuk berlakunya ketidakadilan adalah tidak dapat dinafikan. Justeru itu,

    menurut beliau, adalah amat mustahil untuk membiarkan ketidakadilan terus berlaku tanpadiwujudkan satu undang-undang bagi mengadili ketidakadilan ini.

    Menyedari hakikat di atas, sejarah telah memaparkan bahawa undang-undang yang berfungsi

    sebagai asas dan neraca keadilan telah wujud seiring dengan kewujudan sesuatu masyarakat.

    Kewujudan dan pemakaian undang-undang ini kadangkala dipengaruhi oleh sentimen dan

    pemahaman, adat istiadat setempat, ugama, budaya dan lain-lain lagi. lanya bermula dalam

    bentuk yang agak mudah dan seterusnya berkembang dalam bentuk yang begitu kompleks.

    Penguatkuasaannya pula samada didasarkan kepada institusi, pihak, ketua atau pemimpin

    masyarakat yang berpengaruh serta berotoriti. Berasaskan kepada situasi inilah undang-

    undang pemah diterimapakai misalnya dalam masyarakat purba India, Greek, Roman dan

    lain-lain lagi. Merujuk kepada Islam, undang-undang yang diterimapakai dikenali scbagaiSyariat atau Syariah Islam.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    2/25

    PENGERT1AN SYARIAH

    Terminologi syariah atau syariat yang biasa diungkap dalam Bahasa Malaysia sebenarnya

    berasal daripada Bahasa Arab. Secara literalnya perkataan syariah membawa dua maksud

    yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang sal ing berkait di antara satu sama lain.

    Pertamanya, ia membawa maksud sumber air dan keduanya bererti pembawaan atau jalanyang jelas dan lurus.

    Pengertian pertama diasaskan kepada kebiasaan ungkapan orang Arab manakala pengertian

    yang kedua merujuk kepada maksud ayat ke 18 dalam Surah al-jathiyah: "Kesudahannya,

    Kami jadikan engkau [wahai Muhammad dan utuskan engkau] menjalankan satu syariah

    [yang cukup lurus dan lengkap] dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariah itu, dan

    janganlah engkau menurut hawa nafsu orang- orang yang tidak mengetahui [perkara yang

    benar]. "

    Dari segi istilah atau teknikalnya[Badran Abul Ainin Badran, hal. 27-28] frasa syariah

    membawa maksud segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNyamelalui perantaraan para RasulNya. Dinamakan hukum-hakam ini dengan syariah kerana

    ianya adalah lurus tanpa ada kepalsuan [simpang-siur] dari jalan yang benar. Syariah juga

    membawa pengertian mengenai segala perintah Allah ke atas hambaNya yang terdiri

    daripada seluruh hukum-hakam yang diperturunkan melalui para RasulNya samada perintah

    tersebut berkaitan dengan perbuatan amali atau iktikadi.

    Syariah juga membawa maksud "al-din"[pergantungan] danjuga "al- millah"[kecenderungan].

    Perkataan syariah dan pccahannya disebut di dalam al-Quran sebanyak empat kali. Perkataan-

    perkataan tersebut tertera dalam ayat-ayat berikut. Antaranya dalam surah As Syura ayat 13

    dan 21, surah aI-Maidah ayat 48 dan surah al-jaathiah ayat 18 (Maznah Daud, 1997, hal. 6-7).

    Menurut huraian lain oleh para ulama dan sarjana Islam, perkataan syariah yang terdapat

    dalam al-Quran itu mempunyai dua makna iaitu pengertian yang khusus dan pengertian yang

    umum. Bagi pengertian yang khusus, syariah dimaksudkan dengan segala hukum yang telah

    diperundangkan oleh Allah s.w.t. untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia.

    Manakala bagi pengertian yang umum pula, syariah diertikan sebagai Din atau millah

    yangjuga bermaksud agama. Lantaran itu, ia juga merujuk kepada mana-mana sistem hidup

    sama ada yang digubal oleh manusia atau yang diwahyukan dari langit. Namun, hanya

    apabila ianya diturunkan secara wahyu oleh Allah s.w.t. kepada para Rasul Nya, ia

    disebutkan sebagai syariah Islam. Misalnya disebut sebagai syariath Nabi Ibrahim A. S.,

    syariah Nabi Musa A. S., syariah Nabi Isa A. S. dan syariah Nabi Muhammad s.a.w. . Segalasyariah nabi-nabi terdahulu dengan sendiriya telah tidak terpakai lagi selepas syariah nabi

    Muhammad s.a.w. penutup segala nabi. (Mahmood Zuhdi Abdul Majid (Prof. DatoDr. ),

    1992, hal. l)

    Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa syariah ialah segala perintah Allah s.w.t.

    dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas

    bidangkuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah yang diwahyukan

    samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di

    dalamnya terdapat aspek-aspek itiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan

    akidah dan keimanan), amaliyyah (hal- hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat,

    munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuanlahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah s.w.t., sesama

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    3/25

    manusia, dan alam lain) danjuga aspek akhlakiyyah (yang membahaskan mengenai budi

    pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bemegara).

    Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi, syariah bersifat muqaddas iaitu

    sangat mumi serta terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun kekurangan.

    Kebenarannya pula bersifat mutlak. Lantaran itu, orang-orang kafir yang cuba mencabamyatidak pemah berjaya. Cakupannya pula bersifat syumul dan komprehensif, kuatkuasanya

    bersifat universal dan ia dijamin kekal terpelihara hingga ke hari kiamat. (Mahmood Zuhdi

    Abdul Majid, 1997, hal. 4). Meneliti kupasan syariah secara literal dan teknikalnyajuga

    menjelaskan bahawa keperluan manusia kepadanya adalah tidak dapat dinafikan sama sekali

    bersesuaiar. dengan sifatnya sebagai sumber air untuk kelangsungan kehidupan manusia dan

    kebenaran atau kejelasannya daripada sebarang kepalsuan dan kebatilan. Disamping itu,

    terdapat juga perkataan-perkataan lain yang mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan

    perkataan syariah ini. Di antara perkataan-perkataan tersebut ialah:

    1- Fiqh atau Fikah yang bermaksud keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hakam

    syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalil-dalllnya yang terperinci. Fiqh inisebagai satu displin ilmu telah dibahaskan dalam empat hidang yang besar iaitu Fiqh Ibadat,

    Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh jenayah. Fiqh ialah satu pecahan daripada syariah

    yang luas. Secara umum ia membawa makna kefahaman tentang sesuatu. Sebagai satu istilah

    akademik, ia bermaksud pemahaman secara mendalam. Pada zaman awal Islam, fiqh

    diertikan sebagai memahami apa saja ajaran Islam sama ada yang bersifat amali atau itiqadi.

    Imam Abu Hanifah pemah menulis tentang ilmu tauhid dan kitab tersebut diberi nama al-

    Fiqh al-Akbar (Fiqh Yang Agung). (Mahmood Zuhdi Abdul Majid (Dr. ), 1992, Hal. 2)

    Kesimpulannya fiqh merupakan satu disiplin ilmu untuk memahami isi-isi syariat itu sendiri.

    la diperolehi melalui usaha-usaha akal yang tajam oleh para fuqahak atau ulamak terhadap

    nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Sunnah. Lapangan fiqh merupakan lapangan

    ijtihadi. la terdedah kepada unsur-unsur penggunaan akal serta ijtihad para mujtahid alam

    mencari ketentuan hukum syarak untuk diamalkan oleh masyarakat yang berbza dan pada

    zaman yang berlainan, atas landasan syariat yang tetap dan tidak berubah-ubah. Fokus kepada

    perbahasan fiqh ialah mencari ketentuan hukum syarak bagi perbuatan mukallaf sama ada

    harus, wajib, sunat, makruh, haram, sah, batal dan sebagainya. (Muhammad YusufMusa,

    1996, hal. ll)

    2- Hukum. Fuqahak mentakrifkan hukum sebagai "khitab" atau mesej Allah yang berkaitan

    dengan perbuatan "mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu

    (terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah). Nampaknya aspek hukum dan bidang fiqhmempunyai kaitan yang rapat. Segala perintah atau mesej yang hendak disampaikan oleh

    Allah mungkin sukar dihayati melainkan sctelah dapat difahami dengan baik oleh manusia.

    (Mahmood Zuhdi AbdulMajid(Dr. ). I997, hal. 3)

    Lantaran itu juga hukum-hukum Allah hanya ditujukan kepada golongan mukallaf. Pengkaji

    kepada hukum-hakam ini digelar sebagai "faqih" dalam kata mufrad (singular) dan "fuqaha"

    dalam kata jarnak (plural). Maksudnya ialah seorang yang ainat memahami. Dalam konteks

    ini ia ditujukan kepada seseorang yang boleh memahami secara halusi dan terperinci tentang

    hukurn syarak. Usaha-usaha untuk memahami ini perlu kepada pengkajian yang mendalam

    dan terperinci. Oleh itu, Allah s.w.t. walaupun bersifat amat memahami segala sesuatu tidak

    disebut faqih kerana pemahaman Allah mengenai sesuatu tidak memerlukan kepadapengkajian.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    4/25

    3 - Undang-undang. Merupakan norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan oleh

    Badan-badan Perundangan tertentu serta menerusi proses-proses tertentu. Merujuk kepada

    undang-undang Islam, ia bermaksud ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses

    ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu

    undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan. (Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid(Dr. ), 1992, hal. 7)

    Melalui proses perundangan ini, barulah segala hukum iaitu syariah Islam yang datang

    daripada Allah s.w.t. dapat direalisasikan dalam kehidupan masyarakat sebagai sistem hidup

    yang lengkap. la juga merupakan terjemahan hakiki kepada ungkapan "al-Quran dan al-

    Sunnah sebagai panduan hidup manusia".

    3- Nas atau dalil syariah. la membawa maksud ayat al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w.

    yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum.

    4 - Masadir atau sumber syariah iaitulah al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qiyas.

    MAQASID SYARIAH

    Bersesuaian dengan sifatnya yang benar, lurus dan menjadi tumpuan semua manusia, syariah

    Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. tanpa mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menjamin

    kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan pada masa yang sama

    menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa mereka. Inilah fokus

    utama maqasid atau tujuan syariah. Apabila manusia menerima pakai syariah Islam sebagai

    dasar perundangan samada bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab sesama mereka atau

    sebagai kaedah penyelesaian pertikaian di antara pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan

    utama atau maqasid syariah ini akan dapat direalisasikan. Kebaikan dan penghindaran

    daripada kemudharatan yang datang seiring dapat dilihat dan dimanifestasikan dalam

    sekurang-kurangnya lima [5] maqasid syariah iaitu:

    1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama. Merupakan perkara utama yang

    ditegaskan menurut susunan atau hierarki maqasid syariah. Islam datang untuk membebaskan

    minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan

    kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Satu dan Esa iaitu Allah

    s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya [rukun iman] serta menjauhi anasir-

    anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan unluk melaksanakan ketaatan kepada

    Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-lkhlas ayat 1-3: "Katakanlah wahai

    Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan [memintaj. Dia tidak beranak dan tidakdiperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya". Pada masa yang sama,

    Allah s.w.t telah mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan yang afirmatif untuk

    kelangsungan pemeliharaan kesucian dan kepercayaan terhadap agama Islam. Firman Allah

    s.w.t. dalam Surah All Imran ayat 10: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk

    manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan

    kamu beriman kepada Allah. . . ".

    2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Syariah Islam juga

    datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Justeru itu,

    Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan

    pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boieh mengancam keselamatan nyawadiri sendiri atau orang lain. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 32: "Dan sesiapa

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    5/25

    yang memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara

    manusia semuanya. . . " Firman Allah s.w.t. lagi dalam Surah al-Anam ayat 151:

    "Danjanganlah kamu membunuhjiwa yang diharamkan oleh Allah [meinbunuhnya]

    melainkan dengan sesuatu [sebab] yang benar. . . ".

    3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal. Salah satu keistimewaan yangdianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia dan tidak dianugerahkan kepada

    makhlukNya yang lain ialah akal dan kekuatan berfikir. Melalui keistimewaan inilah manusia

    diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan

    dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam

    untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi

    dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut

    dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al- Alaq ayat 1-2:

    "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . . ". Dalam Surah al-Mujadalah ayat

    11, Allah s.w.t. menegaskan: "Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu

    dan orang-orang yang diberi ilinu dengan beberapa darjat. . . ". Akal akan bertindakbalas

    melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau ininda manusia tidak dusi dengan ilmupengetahuan, ianya akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir. Jika ini terjadi,

    manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka

    akan menjadi rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup

    untuk rnakan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja. Firman Allah s.w.t. dalam Surah

    al-Arafayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk [isi neraka jahanam] kebanyakan

    dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk

    memahami[ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk

    melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah]. . . ". Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin

    kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh

    untuk menjejaskan fungsi akal. Lantaran itu Allah s.w.t. mengharamkan arak dan sesuatu

    yang memabukkan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 90: "Wahai orang-orang

    yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan

    bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-

    perbuatan itu. . . ".

    4. Menjamin kehormatan dan maruah diri. Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat

    penting dalam kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah

    diri. Lantaran itulah syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Malah Islam sendiri,

    antaranya dibina di atas akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. pemah bersabda yang

    bennaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia". jika

    diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya bertujuansemata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhonnat. Lihatlah kepada

    kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-

    lain lagi. Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat

    membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak.

    Pada masa yang sama, jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai

    tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.

    Perhatikanlah kesan pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain

    lagi. Lantaran ituiah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Misalnya,

    dalam soal pengharaman zina, Allah s.w.t. telah berfirman dalam Surah al-Isra ayat 32 yang

    bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya ia adalahperbuatan keji danjalan yang salah". Dalam soal pengharaman judi dan meminum arak, Allah

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    6/25

    s.w.t, berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang

    beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung

    nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan

    itu. . . ". Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t. dapat dikaitkan dengan

    kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.

    5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta. Tidak dapat dinafikan bahawa

    kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan

    dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan

    peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya

    dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali

    sebagai Fiqh Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu

    bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.

    Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat

    dan anugerah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:

    "Dari carilah dengan apa yang dikumiakan oleh Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari

    Akhirat danjanganlah engkau lupa akan bahagianmu di dunia. . . ". Pemilikan harta hendaklahdiusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah

    Islam telah mengharuskanjual beli dan telah mengharamkan riba. Firman Allah s.w.t. dalam

    Surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: ". . . Dan Allah telah menghalalkanjual beli dan

    mengharamkan riba. . . ". Di samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada

    riba, syariah Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan

    atau penipuan dalam timbangan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Mutaffifm ayat 1- 5

    yang bermaksud: "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang [dalam timbangan dan

    sukatan]. laitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya

    dengan cukup. Dan [sebaliknya] apabila mereka menyukat dan menimbang untuk orang lain,

    mereka menguranginya. . . . ".

    Syariah Islam juga telah menetapkan cara dan kaedah yang tertentu bagi membdanjakan

    harta. Di antaranya syariah Islam telah mewajibkan zakat kepada harta-harta yang tertentu

    dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah dalam keadaan-keadaan tertentu.

    Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: "Hendaklah kamu

    membelanjakan harta kamu padajalan Allah danjanganlah kamu mencampakkan diri kamu ke

    dalam kebinasaan. . . " Kesimpulannya inilah lima perkara yang dimaksudkan dengan

    maqasid syariah. Syariah Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjamin bahawa

    kelima-lima perkara di atas direalisasikan dalam kehidupan semua manusia. Malah, kelima-

    lima perkara di atas dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri setiap individu

    yang tidak dapat tidak mesti dipenuhi. Namun begitu, bagi menentukan bahawa kehidupansemua individu adalah seimbang, syariah Islam juga telah menetapkan bahawa semua

    keperluan ini perlu diberikan penarafan melalui apa yang disebutkan sebagai:

    1 - Maslahat Dharuriyyah

    2- Maslahat Haj iyyah

    3- Maslahat Tahsiniyyah atau Kamaliyyah.

    SKOP SYARIAH

    Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga

    kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah

    Islam menaungi perkara-perkara berikut:

    1- Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. dan alam ghaib yang lain.2- Hubungan antara manusia sesama manusia.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    7/25

    3- Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada

    haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.

    Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah s.w.t. pula, syariah Islam

    terbahagi kepada tiga iaitu :

    Pertama: Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di

    peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu

    terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan PenciptaNya

    iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain.

    Kedua: Perintah di mana perlaksanaannya dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau

    berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan

    sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah seperti perintah

    melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar serta tuntutan-

    tuntutan fardhu kifayah yang lain.

    Ketiga: Perintah yang tidak mampu atau boleh dilaksanakan di peringkat individu mahupun

    kolektif tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini selalunya

    bersangkutan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan

    takzir. Jelas sekali pembahagian ini menunjukkan tanggungjawab serta peranan yang harus

    dimainkan oleh setiap muslim sama ada individu, masyarakat dan negara. Sekaligus ia

    menggarnbarkan kesyumulan Islam itu sendiri. (Muhammad Yusuf Musa (Dr. ), 1961, hal

    113).

    CIRI-C1RI PERUNDANGAN ISLAM

    Sebagai satu sistem ciptaan Ilahi, syariah Islam mempunyai ciri-ciri khusus yang

    membezakannya daripada sistem perundangan ciptaan manusia. Antara ciri-ciri tersebut ialah

    :

    1 - Berorientasikan wahyu la adalah syarat rabbani kerana sumber utama syariah ialah wahyu

    Allah s.w.t. . Wahyu ini diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan dua pendekatan.

    Pertama, wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran dan kedua, wahyu dalam

    bentuk makna sahaja iaitu al-Sunnah. Atas faktor ini syariat Islam lebih istimewa berbanding

    undang-undang ciptaan manusia dari beberapa sudut antaranya:

    a. Scgala prinsip dan hukum hakamnya tcrpclihara daripada kelemahan, kesilapan dan

    kekurangan. la didorong oleh sifat penciptaNya yang suci dari sebarang kelemahan.

    Manakala undang-undang ciptaan manusia tidak sunyi dari sebarang silap atau kelemahankerana ia lahir dari pemikiran insan yang sudah diakui umum sebagai tidak terlepas dari

    kesilapan dan lupa. (Abdul Karim Zaidan, (Dr. ), 1969, hal. 40)

    b. la bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan

    hukum Allah s.w.t. . Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 3 yang bermasud ; "Wahai

    manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu berbilang bangsa dan berpuak-puak

    supaya kamu saling berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia

    antara kamu ialah yang paling bertaqwa kepadaNya" Prinsip persamaan dan keadilan antara

    semua manusia sememangnya terjamin dalam syariah Islam kerana ia dicipta oleh Allah

    s.w.t. yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi. Perkara sebaliknya berlaku dalam

    undang-undang ciptaan manusia kerana ia dicipta oleh manusia yang mempunyaikecenderungan- kecenderungan serta kepentingan yang tertentu. Lantaran itu keadilan

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    8/25

    sebenar sukar ditemui. (Abdul Karim Zaidan, (Dr. ), 1984, hal. 61) Segala hukum-hakamnya

    mempunyai roh keagamaan yang bersifat muqaddas melahirkan rasa taqwa, patuh dan normal

    pada diri orang-orang yang dikenakan peraturan itu sendiri. Bertitik tolak daripada keimanan

    kepada Allah, maka syariah Islam akan terus ditaati tanpa dingkari sama ada semasa

    berseorangan atau berjamaah. Berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang tiada

    roh agama. la hanya dipatuhi kerana takutkan hukuman atau denda, bukannya dosa. Jadi bilaada peluang sahaja undang-undang itu akan dilanggar dan tidak dipatuhi lagi. (Sulayman al-

    Asyqar, 1991, hal. 36)

    Ganjaran Bersifat Duniawi Dan Ukhrawi

    Syariah Islam memperuntukkan ganjaran serta balasan yang bersifat duniawi dan ukhrawi

    kepada manusia. Dalam hal ini, ganjaran ukhrawilah merupakan yang utama. Manakala

    hukuman di dunia bersifat menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat di dunia ini.

    Pembalasan serta ganjaran dalam syariah bukan sahaja bagi perbuatan zahir manusia bahkan

    juga perbuatan hati manusia. Segala kesalahan manusia dalam kehidupan ini tidak akan

    terlepas begitu sahaja walaupun telah dikenakan hukuman di dunia sekiranya tidak bertaubat

    kepada Allah s.w.t. .

    Pembalasan pula dari sekecil-kecil perbuatan hinggalah kepad kesalahan yang besar. Firman

    Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 : "Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,

    nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

    Bersifat Universal

    Syariat Islam bersifat universal. Ertinya ia meliputi semua tempat dan masa. Tiada batas

    geografi yang dapat mengasingkan syariah daripada manusia walau di mana mereka berada.

    Firman Allah dalam surah al-Arafayat 158 : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai

    sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya. . "

    Atas sifat universal ini, maka syariah Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta

    segala keperluan mereka sepanjang masa. Beberapa faktor yang menyokong keuniversalan

    syariah ialah :

    i. la menjamin kemaslahatan manusia dulu, kini dan akan datang.

    ii. Syariat memberikan kelonggaran atau rukhsah dalam perlaksanaan hukum apabila ada

    kesukaran atau dharurat.

    iii. Dari segi kategori ayat-ayat hukum, nas-nas al-Quran terbahagi kepada beberapa jenis.

    Ada yang bersifat terperinci (tafsili) dan ada juga yang didatangkan dalam bentuk prinsip

    menyeluruh (kulli). Itu boleh membuka satu ruang penafsiran yang lebih bersifat semasa sertasesuai dengan keadaan selagi tidak bertentangan degan nas.

    iv. Ciri keuniversalan atau alami inijuga dapat dilihat melalui sumber-sumber perundangan

    Islam itu sendiri. Selain daripada dua sumber asas, ia juga menerima ijma, qiyas dan lain-lain

    sebagai rujukan hukum menjadikan ia lebih bersifat alami, ideal dan juga realistik. Berbeza

    sekali dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat teritory tertentu, masa tertentu

    serta kelompok atau bangsa tertentu. (Umar Sulaiman al-Asyqar, 199S, hal. 49)

    Syumul Dan Lengkap

    Maksud kesyumulan syariah ialah ia merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi

    segala kepentingan mereka sama ada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat.

    la juga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya sama adadengan Allah, sesama manusia serta alam sekeliling mereka. Manakala undang-undang

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    9/25

    ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana undang-undang tersebut tidak menentukan

    peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak walaupun banyak

    menyentuh aspek lain. (Dr. Abdul Karim Zaidan, 1969, hal. 59)

    Kesempumaan syariat Islam sudah dijamin oleh Allah s.w.t. . Jaminan itu tertera dalam surah

    al-Maidah 5:3 yang bermaksud : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamakamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah edakan Islam itu

    menjadi agama untuk kamu".

    Sepadu Dan Seimbang

    Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan diatas dasar sepadu. Setiap satu

    bahagian daripada bahagian yang lain saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, syariat

    ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukan sebahagian yang tertentu

    sahaja. Apabila manusia hanya rnengambil bahagian tertentu dan meninggalkan perintah

    yang lain akan cacatlah Islam mereka serta pincanglah kehidupan masyarakat itu. Firman

    Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 208 bermaksud : "Wahai orang-orang yang

    beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan: sesungguhnya Syaitan itu

    musuh bagi kamu yang terang nyata".

    Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum- hakam

    bahkanjuga dalam segala ciptaan Allah termasuk penciptaan langit dan bumi serta peredaran

    bulan bintang dan matahari. Semuanya bersifat sepadu dan seimbang.

    Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbanganjuga dapat dilihat

    dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Begitu juga dalam aspek peraturan dan

    undang-undang. la tidak mengatur kehidupan masyarakat dengan kekuatan undang-undang

    semata-mata dan juga tidak membiarkan ia disusun mengikut pemikran individu sahaja.

    Sebaliknya Islam menggabungkan antara kedua-duanya iaitu individu yang cintakan

    keharmonian dan undang-undang yang menjamin hak setiap orang tidak dizalimi. (Maznah

    Daud, 1997, hal. 19).

    Islam juga menjamin keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat supaya tidak

    ada satu hak pun yng teraniaya ds antara kedua-duanya.

    Tetap dan anjal

    Ciri ini membawa maksud bahawa segala prinsip dan dasar syariah Islam yang telah

    ditentukan oleh Allah s.w.t. adalah bersifat tetap dan tidak boleh serta tidak akan berubahdisebabkan oleh desakan atau sentunen mana-mana individu. Anjal atau fleksibel pula dilihat

    dari sudut perlaksanaan kepada ketentuan syariah tersebut berasaskan kepada justifikasi yang

    juga ditentukan oleh syariah seperti keterlupaan, kesakitan yang melarat, kejahilan,

    keterpaksaan dan kemudharatan.

    KES1MPULAN

    Syariah Islam merupakan satu dokumen perundangan yang lengkap, adil incnyeluruh dan

    merangkumi seluruh aspek yang bersangkutan dengan kepentingan manusia. Syariah Islam

    yang bercirikan rabbani ini sudah semestinya akan dapat menegakkan keadilan dalam

    sebarang pertikaian di antara sesama manusia di samping ianya sudah pasti dapat

    mengimbangi seluruh keperluan dan kepentingan manusia. Kepatuhan dan ketaatan kepada

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    10/25

    syariah Islam sudah tentu akan membawa kehidupan manusia kepada kebahagiaan bukan

    sahaja di dunia bahkan akan berpanjangan di alam akhirat.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    11/25

    Tuesday, 29 May 2007

    MAQASID SYARIAH

    1.0 PENGENALAN

    Allah menurunkan syariat-Nya untuk umat manusia dengan beberapa tujuan, objektif,

    matlamat, keperluan dan hikmah. Semuanya ini merangkumi di bawah satu istilah, iaitu

    maqasid syariah.

    2.0 DEFINISI MAQASID AL-SYARIAH

    Maqasid syariah, maqasid syar'i dan al-maqasid al-syar'iyyah adalah istilah-istilah yang

    memberi maksud yang sama.[1] Para ulama mutaqaddimin tidak membahaskan definisi

    maqasid syariah secara jelas dan terperinci. Malahan, perbahasan dari segi maksud istilahi

    ini banyak dipelopori pada ulama pada zaman ini.

    Sheikh Muhammad al-Tahir bin 'Asyur:

    Maqasid syariah ialah makna dan hikmah yang menjadi perhatian syarak dalam semua

    keadaan pensyariatan atau dalam sebahagian besar pensyariatannya.[2]`Ilal al-Faasi:

    Maqasid Syariah ialah malamat syariah dan rahsia yang diletakkan oleh syarak pada setiap

    hukum.[3]

    http://1.bp.blogspot.com/_xRLB0HS-AvE/Rlu22qRFSMI/AAAAAAAAAAM/Lut8afkf-RY/s1600-h/268072-001.jpg
  • 7/28/2019 Maqasid syari

    12/25

    Dr. Yusuf al-'Alim:

    Maqasid syariah ialah kebaikan yang kembali kepada hamba di dunia atau akhirat samada

    dengan cara mendatangkan kebaikan atau menjauhkan kemudaratan.[4]

    al-Raisuni:Maqasid syariah ialah matlamat yang ditentukan oleh syarak untuk dilaksanakan bagi

    memberi kebaikan hambanya.[5]al-Husni:

    Matlamat yang memberikan kebaikan yang dikehendaki oleh hukum-hukum syarak dan

    makna yang dikehendaki oleh perintah Allah.[6]Ibn Taimiyyah:

    Sesiapa yang mengingkari kandungan syariah iaitu kebaikan dan keindahan kepada hamba

    di dunia dan akhirat, sesungguhnya dia adalah seorang yang salah dan sesat.[7]Secara pastinya, syariah yang dibawa oleh Muhammad r telah merangkumi kesemua

    kebaikan dunia dan akhirat.[8]Dr. Yusuf Ahmad al-Badwi, telah menganalisa daripada pelbagai karya Ibn Taimiyyah dan

    menyimpulkan maksud maqasid syariah pada pandangan beliau sebagaimana berikut:

    a. Akibat, matlamat, kebaikan, objektif, hikmah, kehendak, keperluan dan kecantikan

    adalah mempunyai maksud yang sama.

    b. Allah mempunyai matlamat dan kehendak dalam penciptaan dan perintah-Nya.

    c. Matlamat-matlamat tersebut merupakan kehendak Allah dalam syarak-Nya dan disukaioleh Allah kerana ia mencerminkan perhambaan kepada-Nya dan Dia memberikan kebaikan

    kepada hamba-Nya di dunia dan akhirat. [9]

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    13/25

    Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapat difahami bahawa setiap peraturan

    ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada

    manusia atau menjauhkan mereka daripada keburukan. Maqasid syariah ialah perkara yang

    memberikan kebaikan kepada manusia yang menjadi objektif syariah dalam peraturan

    ajaran Islam. Oleh itu, maslahah dan kebaikan adalah perkataan yang sama maksudobjektif syariah.[10]

    Hakikat mengenai objektif syariah ini telah diperakui oleh keseluruhan ulama Islam.[11]

    Pertikaian ulama kalam terhadap hakikat objektif syariah menurut al-Raisuni hanya

    berlaku setelah terjadinya ijma' ulama mengenai persoalan ini.[12]

    3.0 KEDUDUKAN MAQASID SYARIAH PADA ZAMAN SALAF AL-SOLEH

    Para sahabat merupakan manusia yang paling memahami tentang maqasid syariah,

    matlamat agama, objektif al-Quran dan al-Sunnah, kerana mereka mendengar al-Quran

    secara langsung daripada Rasulullah r dan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan

    petunjuk Rasulullah s.a.w. Apabila mereka menghadapi sesuatu persoalan setelah

    kematian Rasulullah s.a.w, mereka akan mencari hukumnya di dalam al-Quran. Apabila

    didapati, mereka terus melaksanakannya. Jika tiada mereka akan mencari dalam sunnah

    Rasulullah s.a.w, mereka akan bertanya-tanya siapakah yang menghafaz sebarang hadith

    atau hukum daripada Rasulullah s.a.w berkaitan persoalan ini. Jika didapati, mereka akan

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    14/25

    berpegang kepada hukum tersebut. Jika tiada, mereka akan berijtihad berpandukan

    kepada al-Kitab serta al-Sunnah dan pemahaman mereka terhadap kaedah-kaedah umum,

    rahsia dan matlamat syariat yang mereka fahami daripada keduanya.

    Sebagai contoh, para sahabat telah bersepakat untuk membuat salinan rasmi al-Quran bagi

    menjaga agama, mereka juga bersepakat untuk menghukum qisas sekumpulan pembunuhyang membunuh seseorang yang tidak berdosa. Umar al-Faruq r.a. telah menghukum Nasr

    bin Hajjaj dengan membuang daerah kerana ketampanan beliau ke Iraq sehingga

    mempesonakan wanita-wanita di Madinah bagi menjaga keturunan dan maruah. Selain itu,

    Umar r.a. telah menyekat pemberian zakat terhadap golongan muallaf.[13] Umar t

    berkata:

    Sesungguhnya Allah telah memuliakan umat Islam, dan pada hari ini, tiada lagi golongan

    muallaf.[14]Sa`id bin Musaiyyib rhm.a. mengharuskan kawalan harga dilakukan jika ia mendatangkan

    kebaikan kepada masyarakat Islam. Walaupun terdapat riwayat yang menyatakan Sahabat

    r.a. telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, harga barang telah naik,

    maka tetapkanlah harga bagi kami. Sabda Rasulullah s.a.w, Allahlah yang menetapkan

    rezeki, yang menyekat dan meluaskan rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk berjumpa

    dengan Allah Taala tanpa menzalimi seseorang terhadap darah dan hartanya. [15]Daripada contoh-contoh yang telah diberikan, menunjukkan bahawa maqasid syariah

    adalah suatu perkara yang sangat penting yang perlu diberi perhatian. Para Salaf al-Soleh

    memberikan contoh yang terbaik dalam aspek memahami maqasid syariah dan

    pelaksanaannya.

    4.0 KEPENTINGAN ILMU MAQASID SYARIAH

    Maqasid syariah itu adalah kiblat kepada semua peraturan syariah dan kiblat kepada

    mukallaf dalam setiap taklif yang dilaksanakan. Ia jug merupakan penghubung di antara

    hukum-hukum syariah dan mencerminkan keistimewaan dan kecantikan agama. Ia juga

    menunjukkan berpegang kepada maqasid adalah perhambaan kepada Allah. Kepentingan

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    15/25

    terbahagi kepada dua golongan:

    4.1 Muslim Secara Am[16]1. Menambahkan iman kepada Allah dan mengukuhkan akidah Islam di hatinya dan

    memberinya kecukupan pada agamanya dan ini akan mendorongnya untuk berpegangteguh dengan peraturan dan menjauhi daripada sebarang larangan, menambah

    kecintaanya pada syariat, memberinya ketetapan untuk berada di atas syariat dan

    menunjukkan rasa kemegahan terhadap agamanya.

    2. Memberi atau mewujudkan pertahanan dalaman terhadap serangan fikiran dan akidah,

    dan slogan-slogan yang memperdaya serta tohmahan terhadap Islam.

    3. Wajib bagi setiap muslim untuk memastikan niat dan kehendaknya bertepatan dengan

    kehendak syarak. Ini kerana bertentangan dengan kehendak syarak akan memberi akibat

    yang buruk sama ada di dunia mahupun di akhirat.

    4. Dapat memastikan perhambaan yang dikehendaki oleh Allah terlaksana dengan

    sempurna.5. Para pendakwah mesti menerangkan kepada manusia mengenai objektif syariah secara

    berterusan bagi memberi kepuasan hati terhadap agama Allah. Dan juga menggalakkan

    manusia untuk beramal dengan syariat-Nya. Ini kerana tabiat manusia suka kepada apa

    yang bermanfaat. Selain itu pengetahuan seorang daie terhadap maqasid syariah

    membolehkannya untuk menyusun keutamaan dalam kerja-kerja berdasarkan realiti

    semasa.

    4.2 Bagi Mujtahid

    Kebanyakan ulama telah mensyaratkan seseorang mujtahid mengetahui dengan mendalamterhadap maqasid syariah sebelum beliau boleh mengeluarkan sebarang fatwa.

    Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie rhm.a. dalam kenyataannya, yang

    dinukilkan oleh Imam al-Juwaini rhm.a.:

    Apabila berlaku satu persoalan dan seorang mujtahid itu perlu untuk memberikan hukum,

    maka perkara pertama yang perlu dibuat ialah melihat kepada nas-nas al-Quran. Jika dia

    dapati padanya hukum, maka itulah hukum yang sepatutnya. Sekiranya tidak didapati,

    maka dia perlu melihat kepada hadith-hadith yang mutawatir. Jika tiada, hendaklah dia

    melihat kepada hadith-hadith ahad... Jika pada tahap ini masih tiada hukum didapati,

    janganlah dia menggunakan kaedah qiyas lagi, tetapi dia perlu melihat kepada kulliyahsyara (fokus syarak maqasid) dan mashalih al-Ammah (kebaikan syarak yang umum).[17]Menurut Imam al-Ghazali rhm.a., maqasid syariah merupakan kiblat bagi para mujtahidin.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    16/25

    Barangsiapa yang menuju kepadanya maka dia telah memperolehi kebenaran.[18]

    Imam Izz al-Din bin Abd Salam rhm.a. menyatakan: Barangsiapa yang mengikuti kehendak

    syarak dalam memberi kebaikan dan menjauhi keburukan, maka dia akan memperolehi

    keyakinan dan pengetahuan daripada himpunan-himpunan tersebut bahawa maslahah ini

    tidak wajar diabaikan dan mafsadah ini tidak wajar didekati walaupun di sana tiada ijmakatau nas atau qiyas khusus. [19]Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rhm.a.: Sehingga saat ini, aku tidak mengetahui pandangan

    yang dikemukakan oleh sahabat yang disepakati oleh mereka kecuali bertepatan dengan

    qiyas. Tetapi, ilmu mengenai qiyas yang betul dan qiyas yang salah merupakan ilmu yang

    sangat bermanfaat. Tidak mengetahui yang demikian itu kecuali orang yang mahir

    mengenai rahsia-rahsia syarak dan maqasidnya dan apa yang terkandung dalam syariat

    Islam ini daripada aspek maslahah. [20]

    Beliau berkata lagi; Barangsiapa memahami hikmat syariah, maka dialah sebenar-benarnya seorang faqih.[21]

    ______________________________Nota Kaki:

    [1] al-Raisuni (1995), Nazhariayah al-Maqasid Inda Imam al-Shatibi, hlm. 17.

    [2] Ibn Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah., hlm. 251.

    [3] Ilal al-Faasi, Maqasid Syariah, hlm. 3.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    17/25

    [4] al-Alim, Yusuf Hamid (1997), al-Maqasid al-Ammah Li al-Syariah al-Islamiah, c. 3, al-Khartum:

    al-Dar al-Sudaniyyah, hlm. 79.

    [5] Al-Raisuni (1995), op. cit., hlm. 19.

    [6] Al-Husni, Nazariyah al-Maqasid, hlm. 119.

    [7] Ibn Taimiyyah, Majmuk Fatawa, jil. 8, hlm. 179.

    [8] Ibn Taimiyyah, Majmuk Fatawa, jil. 19, hlm. 134.[9] Al-Badwi, Yusuf Ahmad Muhammad (2000), Maqasid al-Syari'ah 'Inda Ibn Taimiyyah, Amman: Dar

    al-Nafais, hlm. 52.

    [10] Ibid. hlm. 60.

    [11] Al-Syatibi (1999), op. cit., jil. 1 hlm. 121. al-Amidi, op. cit., jil. 2 hlm. 250.

    [12] Al-Raisuni (1995), op. cit., hlm. 226.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    18/25

    [13] Muallaf mempunyai dua kategori:

    a. Orang Islam

    b. Orang Bukan Islam iaitu

    (i) Orang kafir yang diharapkan untuk memeluk Islam.

    (ii) Orang kafir yang ditakuti keburukan dan kejahatan mereka mengancam keselamatan umat

    Islam.(Ibn Qudamah, al-Mughni, jil. 9, hlm. 317)

    Contohnya, pada Fath Makkah, Nabi telah memberi keamanan kepada Sufyan bin Ummaiyah selama

    4 bulan. Apabila Rasulullah s.a.w. memberinya harta pada peperangan Hunain sebanyak satu wadi

    yang dipenuhi dengan unta, dia telah memeluk Islam. Sufyan berkata; Inilah pemberian yang tidak

    takut kepada kemiskinan. (Sahih Muslim, jil. 4, hlm. 1806)

    Selain itu, satu kaum telah diberi oleh Rasulullah r, mereka telah memuji-muji Islam dan jika tidak

    diberi mereka akan mengeji Islam. (Irwa al-Ghalil, jil. 3, hlm. 369)

    [14] Ibn Jarir al-Tabari, Jami al-Bayan, jil. 14, hlm. 315.[15] Riwayat Abu Daud, Jil. 3, No. 731, dan Tirmizi, Jil. 3, hlm. 597.

    [16] Al-Badwi, Yusuf Ahmad Muhammad (2000), Maqasid al-Syaricah Inda Ibn Taimiyyah, Amman:

    Dar al-Nafais, hlm. 103-105.

    [17] Al-Juwaini, al-Burhan, jil. 2, hlm. 874.

    [18] Al-Suyuti, al-Raddu `ala Man Akhlada ila al-Ardh, hlm. 182.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    19/25

    Tuesday, 29 May 2007

    MAQASID SYARIAH

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    20/25

    1.0 PENGENALAN

    Allah menurunkan syariat-Nya untuk umat manusia dengan beberapa tujuan, objektif,

    matlamat, keperluan dan hikmah. Semuanya ini merangkumi di bawah satu istilah, iaitu

    maqasid syariah.

    2.0 DEFINISI MAQASID AL-SYARIAH

    Maqasid syariah, maqasid syar'i dan al-maqasid al-syar'iyyah adalah istilah-istilah yang

    memberi maksud yang sama.[1] Para ulama mutaqaddimin tidak membahaskan definisi

    maqasid syariah secara jelas dan terperinci. Malahan, perbahasan dari segi maksud istilahi

    ini banyak dipelopori pada ulama pada zaman ini.

    Sheikh Muhammad al-Tahir bin 'Asyur:

    Maqasid syariah ialah makna dan hikmah yang menjadi perhatian syarak dalam semua

    keadaan pensyariatan atau dalam sebahagian besar pensyariatannya.[2]`Ilal al-Faasi:

    Maqasid Syariah ialah malamat syariah dan rahsia yang diletakkan oleh syarak pada setiap

    hukum.[3]Dr. Yusuf al-'Alim:

    Maqasid syariah ialah kebaikan yang kembali kepada hamba di dunia atau akhirat samada

    dengan cara mendatangkan kebaikan atau menjauhkan kemudaratan.[4]

    al-Raisuni:

    Maqasid syariah ialah matlamat yang ditentukan oleh syarak untuk dilaksanakan bagi

    memberi kebaikan hambanya.[5]al-Husni:

    Matlamat yang memberikan kebaikan yang dikehendaki oleh hukum-hukum syarak dan

    makna yang dikehendaki oleh perintah Allah.[6]Ibn Taimiyyah:

    Sesiapa yang mengingkari kandungan syariah iaitu kebaikan dan keindahan kepada hamba

    di dunia dan akhirat, sesungguhnya dia adalah seorang yang salah dan sesat.[7]

    http://1.bp.blogspot.com/_xRLB0HS-AvE/Rlu22qRFSMI/AAAAAAAAAAM/Lut8afkf-RY/s1600-h/268072-001.jpg
  • 7/28/2019 Maqasid syari

    21/25

    Secara pastinya, syariah yang dibawa oleh Muhammad r telah merangkumi kesemua

    kebaikan dunia dan akhirat.[8]

    Dr. Yusuf Ahmad al-Badwi, telah menganalisa daripada pelbagai karya Ibn Taimiyyah danmenyimpulkan maksud maqasid syariah pada pandangan beliau sebagaimana berikut:

    a. Akibat, matlamat, kebaikan, objektif, hikmah, kehendak, keperluan dan kecantikan

    adalah mempunyai maksud yang sama.

    b. Allah mempunyai matlamat dan kehendak dalam penciptaan dan perintah-Nya.

    c. Matlamat-matlamat tersebut merupakan kehendak Allah dalam syarak-Nya dan disukai

    oleh Allah kerana ia mencerminkan perhambaan kepada-Nya dan Dia memberikan kebaikan

    kepada hamba-Nya di dunia dan akhirat. [9]Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapat difahami bahawa setiap peraturan

    ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada

    manusia atau menjauhkan mereka daripada keburukan. Maqasid syariah ialah perkara yang

    memberikan kebaikan kepada manusia yang menjadi objektif syariah dalam peraturan

    ajaran Islam. Oleh itu, maslahah dan kebaikan adalah perkataan yang sama maksud

    objektif syariah.[10]

    Hakikat mengenai objektif syariah ini telah diperakui oleh keseluruhan ulama Islam.[11]

    Pertikaian ulama kalam terhadap hakikat objektif syariah menurut al-Raisuni hanya

    berlaku setelah terjadinya ijma' ulama mengenai persoalan ini.[12]

    3.0 KEDUDUKAN MAQASID SYARIAH PADA ZAMAN SALAF AL-SOLEH

    Para sahabat merupakan manusia yang paling memahami tentang maqasid syariah,

    matlamat agama, objektif al-Quran dan al-Sunnah, kerana mereka mendengar al-Quran

    secara langsung daripada Rasulullah r dan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan

    petunjuk Rasulullah s.a.w. Apabila mereka menghadapi sesuatu persoalan setelah

    kematian Rasulullah s.a.w, mereka akan mencari hukumnya di dalam al-Quran. Apabila

    didapati, mereka terus melaksanakannya. Jika tiada mereka akan mencari dalam sunnah

    Rasulullah s.a.w, mereka akan bertanya-tanya siapakah yang menghafaz sebarang hadith

    atau hukum daripada Rasulullah s.a.w berkaitan persoalan ini. Jika didapati, mereka akanberpegang kepada hukum tersebut. Jika tiada, mereka akan berijtihad berpandukan

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    22/25

    kepada al-Kitab serta al-Sunnah dan pemahaman mereka terhadap kaedah-kaedah umum,

    rahsia dan matlamat syariat yang mereka fahami daripada keduanya.

    Sebagai contoh, para sahabat telah bersepakat untuk membuat salinan rasmi al-Quran bagi

    menjaga agama, mereka juga bersepakat untuk menghukum qisas sekumpulan pembunuh

    yang membunuh seseorang yang tidak berdosa. Umar al-Faruq r.a. telah menghukum Nasr

    bin Hajjaj dengan membuang daerah kerana ketampanan beliau ke Iraq sehingga

    mempesonakan wanita-wanita di Madinah bagi menjaga keturunan dan maruah. Selain itu,

    Umar r.a. telah menyekat pemberian zakat terhadap golongan muallaf.[13] Umar t

    berkata:

    Sesungguhnya Allah telah memuliakan umat Islam, dan pada hari ini, tiada lagi golonganmuallaf.[14]Sa`id bin Musaiyyib rhm.a. mengharuskan kawalan harga dilakukan jika ia mendatangkan

    kebaikan kepada masyarakat Islam. Walaupun terdapat riwayat yang menyatakan Sahabat

    r.a. telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, harga barang telah naik,

    maka tetapkanlah harga bagi kami. Sabda Rasulullah s.a.w, Allahlah yang menetapkan

    rezeki, yang menyekat dan meluaskan rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk berjumpa

    dengan Allah Taala tanpa menzalimi seseorang terhadap darah dan hartanya. [15]Daripada contoh-contoh yang telah diberikan, menunjukkan bahawa maqasid syariah

    adalah suatu perkara yang sangat penting yang perlu diberi perhatian. Para Salaf al-Soleh

    memberikan contoh yang terbaik dalam aspek memahami maqasid syariah dan

    pelaksanaannya.

    4.0 KEPENTINGAN ILMU MAQASID SYARIAH

    Maqasid syariah itu adalah kiblat kepada semua peraturan syariah dan kiblat kepada

    mukallaf dalam setiap taklif yang dilaksanakan. Ia jug merupakan penghubung di antara

    hukum-hukum syariah dan mencerminkan keistimewaan dan kecantikan agama. Ia juga

    menunjukkan berpegang kepada maqasid adalah perhambaan kepada Allah. Kepentingan

    terbahagi kepada dua golongan:

    4.1 Muslim Secara Am[16]1. Menambahkan iman kepada Allah dan mengukuhkan akidah Islam di hatinya dan

    memberinya kecukupan pada agamanya dan ini akan mendorongnya untuk berpegang

    teguh dengan peraturan dan menjauhi daripada sebarang larangan, menambah

    kecintaanya pada syariat, memberinya ketetapan untuk berada di atas syariat dan

    menunjukkan rasa kemegahan terhadap agamanya.

    2. Memberi atau mewujudkan pertahanan dalaman terhadap serangan fikiran dan akidah,

    dan slogan-slogan yang memperdaya serta tohmahan terhadap Islam.3. Wajib bagi setiap muslim untuk memastikan niat dan kehendaknya bertepatan dengan

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    23/25

    kehendak syarak. Ini kerana bertentangan dengan kehendak syarak akan memberi akibat

    yang buruk sama ada di dunia mahupun di akhirat.

    4. Dapat memastikan perhambaan yang dikehendaki oleh Allah terlaksana dengan

    sempurna.

    5. Para pendakwah mesti menerangkan kepada manusia mengenai objektif syariah secaraberterusan bagi memberi kepuasan hati terhadap agama Allah. Dan juga menggalakkan

    manusia untuk beramal dengan syariat-Nya. Ini kerana tabiat manusia suka kepada apa

    yang bermanfaat. Selain itu pengetahuan seorang daie terhadap maqasid syariah

    membolehkannya untuk menyusun keutamaan dalam kerja-kerja berdasarkan realiti

    semasa.

    4.2 Bagi Mujtahid

    Kebanyakan ulama telah mensyaratkan seseorang mujtahid mengetahui dengan mendalam

    terhadap maqasid syariah sebelum beliau boleh mengeluarkan sebarang fatwa.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie rhm.a. dalam kenyataannya, yang

    dinukilkan oleh Imam al-Juwaini rhm.a.:

    Apabila berlaku satu persoalan dan seorang mujtahid itu perlu untuk memberikan hukum,

    maka perkara pertama yang perlu dibuat ialah melihat kepada nas-nas al-Quran. Jika dia

    dapati padanya hukum, maka itulah hukum yang sepatutnya. Sekiranya tidak didapati,

    maka dia perlu melihat kepada hadith-hadith yang mutawatir. Jika tiada, hendaklah dia

    melihat kepada hadith-hadith ahad... Jika pada tahap ini masih tiada hukum didapati,

    janganlah dia menggunakan kaedah qiyas lagi, tetapi dia perlu melihat kepada kulliyah

    syara (fokus syarak maqasid) dan mashalih al-Ammah (kebaikan syarak yang umum).[17]Menurut Imam al-Ghazali rhm.a., maqasid syariah merupakan kiblat bagi para mujtahidin.

    Barangsiapa yang menuju kepadanya maka dia telah memperolehi kebenaran.[18]

    Imam Izz al-Din bin Abd Salam rhm.a. menyatakan: Barangsiapa yang mengikuti kehendak

    syarak dalam memberi kebaikan dan menjauhi keburukan, maka dia akan memperolehi

    keyakinan dan pengetahuan daripada himpunan-himpunan tersebut bahawa maslahah ini

    tidak wajar diabaikan dan mafsadah ini tidak wajar didekati walaupun di sana tiada ijmak

    atau nas atau qiyas khusus. [19]Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rhm.a.: Sehingga saat ini, aku tidak mengetahui pandangan

    yang dikemukakan oleh sahabat yang disepakati oleh mereka kecuali bertepatan dengan

    qiyas. Tetapi, ilmu mengenai qiyas yang betul dan qiyas yang salah merupakan ilmu yang

    sangat bermanfaat. Tidak mengetahui yang demikian itu kecuali orang yang mahir

    mengenai rahsia-rahsia syarak dan maqasidnya dan apa yang terkandung dalam syariat

    Islam ini daripada aspek maslahah. [20]

    Beliau berkata lagi; Barangsiapa memahami hikmat syariah, maka dialah sebenar-

    benarnya seorang faqih.[21]

    ______________________________

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    24/25

    [19] Izz al-din Abd alSalam, Qawaid al-Ahkam, jil. 2, hlm. 160.

    [20] Ibn Taimiyyah, Majmuk Fatawa, jil. 20, hlm. 583.

    [21] Ibn Taimiyyah, Bayan al-Dalil, hlm. 351.

    Nota Kaki:

    [1] al-Raisuni (1995), Nazhariayah al-Maqasid Inda Imam al-Shatibi, hlm. 17.

    [2] Ibn Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah., hlm. 251.

    [3] Ilal al-Faasi, Maqasid Syariah, hlm. 3.

    [4] al-Alim, Yusuf Hamid (1997), al-Maqasid al-Ammah Li al-Syariah al-Islamiah, c. 3, al-Khartum:

    al-Dar al-Sudaniyyah, hlm. 79.

    [5] Al-Raisuni (1995), op. cit., hlm. 19.

    [6] Al-Husni, Nazariyah al-Maqasid, hlm. 119.

    [7] Ibn Taimiyyah, Majmuk Fatawa, jil. 8, hlm. 179.

    [8] Ibn Taimiyyah, Majmuk Fatawa, jil. 19, hlm. 134.

    [9] Al-Badwi, Yusuf Ahmad Muhammad (2000), Maqasid al-Syari'ah 'Inda Ibn Taimiyyah, Amman: Dar

    al-Nafais, hlm. 52.

    [10] Ibid. hlm. 60.

    [11] Al-Syatibi (1999), op. cit., jil. 1 hlm. 121. al-Amidi, op. cit., jil. 2 hlm. 250.

    [12] Al-Raisuni (1995), op. cit., hlm. 226.

    [13] Muallaf mempunyai dua kategori:

    a. Orang Islam

    b. Orang Bukan Islam iaitu

    (i) Orang kafir yang diharapkan untuk memeluk Islam.

    (ii) Orang kafir yang ditakuti keburukan dan kejahatan mereka mengancam keselamatan umat

    Islam.

    (Ibn Qudamah, al-Mughni, jil. 9, hlm. 317)

    Contohnya, pada Fath Makkah, Nabi telah memberi keamanan kepada Sufyan bin Ummaiyah selama

    4 bulan. Apabila Rasulullah s.a.w. memberinya harta pada peperangan Hunain sebanyak satu wadi

    yang dipenuhi dengan unta, dia telah memeluk Islam. Sufyan berkata; Inilah pemberian yang tidak

    takut kepada kemiskinan. (Sahih Muslim, jil. 4, hlm. 1806)

    Selain itu, satu kaum telah diberi oleh Rasulullah r, mereka telah memuji-muji Islam dan jika tidak

    diberi mereka akan mengeji Islam. (Irwa al-Ghalil, jil. 3, hlm. 369)

    [14] Ibn Jarir al-Tabari, Jami al-Bayan, jil. 14, hlm. 315.

    [15] Riwayat Abu Daud, Jil. 3, No. 731, dan Tirmizi, Jil. 3, hlm. 597.[16] Al-Badwi, Yusuf Ahmad Muhammad (2000), Maqasid al-Syaricah Inda Ibn Taimiyyah, Amman:

    Dar al-Nafais, hlm. 103-105.

    [17] Al-Juwaini, al-Burhan, jil. 2, hlm. 874.

    [18] Al-Suyuti, al-Raddu `ala Man Akhlada ila al-Ardh, hlm. 182.

    [19] Izz al-din Abd alSalam, Qawaid al-Ahkam, jil. 2, hlm. 160.

    [20] Ibn Taimiyyah, Majmuk Fatawa, jil. 20, hlm. 583.

    [21] Ibn Taimiyyah, Bayan al-Dalil, hlm. 351.

  • 7/28/2019 Maqasid syari

    25/25