manusia dalam alpendahuluan - maruwiah ahmat · pdf filemenunjukkan nama jenis keturunan adam...
TRANSCRIPT
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 1
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM Maruwiah Ahmat
PENGENALAN
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan Islam sebagai al-din
• Menghayati dan berpegang teguh kepada akidah sebagai teras kehidupan
• Mengaplikasi tuntutan ibadah, syariah & akhlak dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.
2
ISI KANDUNGAN
• Manusia dan agama
• Pengertian Islam
• Skop ajaran Islam
• Sumber-sumber ajaran Islam
• Keistimewaan Islam
PENDAHULUAN 3
Manusia adalah makhluk hidup ciptaan tuhan dengan segala fungsi dan potensinya yang tunduk kepada aturan hukum alam, mengalami kelahiran, pertumbuhan, perkembangan, mati, dan seterusnya, serta berinteraksi dengan alam dan lingkungannya dalam sebuah hubungan timbal balik positif mahupun negatif.
4
MANUSIA DALAM AL-QURAN
AL-BASYAR – terdapat di 36 tempat dalam Al-Quran
Diertikan dengan anak Adam (manusia) yang memiliki tabiat semula
jadi seperti makan, berjalan dsb
AL-NAS – terdapat lebih 240 tempat dalam al-Quran
Menunjukkan nama jenis keturunan Adam
AL-INS – terdapat pada 18 ayat di dalam al-Quran
Bererti jinak
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 5
1) TANAH (TURAB)
3) TANAH MELEKAT (TIN AL-LAZIB)
2) SARIPATI TANAH (TIN)
4) TANAH BERBAU (HAMA’
MASNUN)
5) TANAH KERAS
(SALSAL)
6) PENIUPAN
ROH (NAFKH AL-
RUH)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 6
NUTFAH (MANI) ‘ALAQAH
(SEGUMPAL DARAH)
MUDGHAH (SEKETUL DAGING)
IZAM (TULANG)
IZAM LAHM (TULANG
MEMBALUTI DAGING)
PENIUPAN ROH (NAFKH AL-RUH)
MANUSIA
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 2
7
Penciptaan Nabi Adam (AS)
1. Turab
Turab bermaksud tanah bumi berdebu.
Allah mengumpulkan turab.
“…Allah menciptakan Adam daripada turab kemudian Allah berfirman kepadanya: Jadilah (seorang manusia) maka jadilah dia.”
(Surah Ali Imran: 59):
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 8
2. Tin
Bermaksud tanah liat
Allah menyaring turab untuk mendapatkan saripati dan memilih yang benar-benar suci dan bersih dan seterusnya dicampur dengan air untuk menjadi tin.
“Dialah yang menciptakan kamu daripada tin.”
(Surah al-An’am: 2)
Allah membentuk lembaga manusia
“Dan apabila Aku jadikan bentuk rupanya …”
(Surah al-Hijr: 29)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
9
3. Hama’ masnun
• Bermaksud tanah yang berbau
• Allah membiarkan lembaga sehingga menjadi
tanah yang berbau.
• “ …sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering dari hama’ masnun.”
(Surah al-Hijr: 28)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 10
4. Salsal
Bermaksud tanah keras seperti tembikar.
Allah membiarkan lembaga sehingga keras.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada salsal kal fakhar.”
(Surah al-Rahman: 14)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
11
5. Nafkh al-ruh
Bermaksud ditiupkan roh
Allah meniupkan roh ke dalam lembaga Adam dan
setiap organ dan anggota Adam mula berfungsi.
“… serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku)
…” (Surah al-Hijr: 29)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 12
PENCIPTAAN HAWA – DARIPADA TULANG RUSUK KIRI ADAM A.S.
1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang
membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang
ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan
menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Firman Allah S.W.T.:
An-Nisa (4): 1
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 3
13
Penciptaan zuriat Nabi Adam (AS)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
[Surah al-Mukminun (23):12-14]
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 14
Zuriat Nabi Adam (AS)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
15
1. Nutfah
Peringkat pertama - bermula selepas persenyawaan/ minggu pertama.
Nutfah – benih lelaki + perempuan
Amsyaj - percampuran/persenyawaan
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari
air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta
Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami
jadikan Dia berkeadaan Mendengar dan Melihat. (Surah al-Insan: 2)
Nutfah lelaki – saraf dan tulang
Nutfah perempuan - darah dan daging
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 16
2. ‘Alaqah
Bermula pada hujung minggu pertama/ hari ke tujuh hingga minggu ke tiga
Benih yang telah disenyawakan akan tertanam di dinding rahim (qarar makin)
Al-Quran(al-Mukminun: 14)
Al-Quran(al-’Alaq: 2)
‘Alaqah - sesuatu yang bergantung/ satu ketulan darah/pacat atau lintah
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
17
3. Mudghah
Berlaku pada minggu ke empat
Mudghah - seketul daging yang dikunyah/digigit
Al-Quran(al-Mukminun:14)
Mudghah -a) mukhallaqah dan b) ghair mukhallaqah
Pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain, sistem pernafasan berfungsi, saluran darah dan jantung mula berdegup.
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 18
4. ‘Izam dan lahm
Berlaku pada minggu ke lima hingga ke tujuh
Pembentukan tulang dan otot
Al-Quran (al-Mukminun: 14)
RasulullahSAW bersabda: “Apabila kandungan itu berlalu empat puluh dua malam, Allah mengutuskan malaikat untuk membentuk rupa paras sambil menyempurnakan kejadian telinga, mata, kulit, daging dan tulang-tulangnya.”
Akhir minggu ke tujuh, pembentukan sistem yang kompleks - perut, usus, seluruh sistem saraf, otak, tulang belakang, sistem dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan paru-paru, organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing, kaki dan tangan, mata, telinga dan mulut semakin sempurna.
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 4
19
5. Khalqan Akhar
Berlaku pada akhir minggu ke lapan
Sudah berbentuk janin
Bulan ke tiga - tulang janin terbentuk dan kuku mula tumbuh
Bulan ke empat - uri sempurna
Bulan seterusnya, perubahan berlaku dalam bentuk ukuran bayi
Al-Quran (al-Mukminun:14)
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 20
6. Nafkh al-ruh
Ulama’ bersepakat perniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuk organ tubuh termasuk organ seks
Roh:
a) dilihat dari segi jasmani
b) dilihat sebagai urusan Allah SWT
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
MANUSIA MENURUT TEORI SAINS BARAT
21
1. Alam terbentuk secara kebetulan dan dengan sendiri.
Teori ini menafikan kewujudan Allah
2. Manusia
Mereka menyamakan manusia dengan binatang kerana:
Manusia melalui proses evolusi sel purba (monyet)
Manusia mempunyai sifat-sifat kebinatangan seperti kasar dan agresif
Manusia bergerak secara automatik seperti mesin (tiada jiwa) / digerakkan oleh naluri biologi
Teori ini menafikan kewujudan Allah dan penciptaan Adam sebagai manusia yang pertama
Manusia Menurut Teori Sains Barat 22
3. Rasional saintis
Tidak percaya kewujudan Maha Pencipta
Tidak mempercayai ajaran para Rasul dan Kitab-Kitab
Allah yang menjelaskan proses kejadian manusia
Teori berpandukan akal sahaja yang mengkaji melalui
kacamata serbabenda (materialis), sedangkan akal
mempunyai keupayaan yang terbatas seperti mereka
tidak dapat memberi penjelasan tentang roh dan
nyawa.
Menurut mereka kesedaran diri, kebebasan kehendak
dan roh adalah khayalan yang dicipta oleh manusia
MANUSIA MENURUT TEORI SAINS BARAT
23
(“Dan apabila Aku jadikan rupa
bentuknya dan Aku tiupkan padanya
roh (ciptaanKu).” (Surah al-Hijr: 29)
Unsur rohani mempunyai
keperluan sesuai dengan sifat
kerohanian.
Manusia bertanggungjawab
memenuhi tuntutan, mengindahkan
dan menyempurnakan unsur
kerohaniannya.
Contoh – melaksanakan perintah
dan meninggalkan larangan Allah,
beramal soleh, berakhlak mulia
dan sentiasa mendekatkan diri
dengan Allah.
Asas unsur jasmani manusia
terdiri daripada tanah dan air.
Unsur jasmani juga mempunyai
keperluan yang sesuai.
Manusia mesti menyempurnakan
keperluan tersebut untuk
memastikan kesempurnaan dan
keindahan penciptaan mereka.
Contoh – memiliki
makanan/minuman, pakaian dan
tempat tinggal, memelihara
kesihatan yang baik serta
memperolehi pendidikan.
ROHANI JASMANI
UNSUR KEJADIAN MANUSIA 24
Sebaik-baik ciptaan
Mempunyai akal
Mempunyai ilmu pengetahuan
Mempunyai agama
Mendapat bimbingan rasul & kitab
KEISTIMEWAAN MANUSIA
”Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk kejadian
yang paling indah”-Al-Tin: 4.
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 5
Keistimewaan Manusia 25
1. Sebaik-baik ciptaan
Al-Quran (al-Tin: 4)
Dua unsur - rohani dan jasmani
Al-Quran (al-’Araf: 172-173)
Sewaktu ditiupkan roh, manusia berjanji tiada
tuhan melainkan Allah SWT
Unsur yang membuktikan perjanjian itu: rasa
takut, rasa harap dan rasa beragama
KEISTIMEWAAN MANUSIA Keistimewaan Manusia 26
2. Akal
Akal dapat membezakan yang baik dan buruk, merangcang, menyelidik,menilai dsb
Allah memerintahkan manusia menggunakan akal untuk melihat, berfikir, memerhati dsb(al-Quran, Ali Imran: 190-191)
Akal manusia dipandu oleh wahyu Ilahi (al-Quran, al-A’raf: 179)
Ada dua jenis akal: akal juz’i dan akal kulli
KEISTIMEWAAN MANUSIA
Keistimewaan Manusia 27
3. Ilmu Pengetahuan
Diberikan kepada Adam AS dgn perlantikan baginda sebagai khalifah(al-Quran, al-Baqarah: 31)
Dua bentuk ilmu: ilmu alam tabii dan ilmu alam ghaib(kecuali alam ruh)
Amalan tanpa ilmu adalah sia-sia
Ilmu memerlukan: pencarian, pengamatan dan penyelidikan
KEISTIMEWAAN MANUSIA Keistimewaan Manusia 28
4. Kemudahan Alam
Alam diciptakan untuk kemanfaatan manusia
(al-Quran, Ibrahim: 32)
Manusia diberi kuasa dan kemampuan
(berbanding makhluk lain) untuk mengambil
manfaat - kemajuan sains dan teknologi
Pengolahan manfaat ini berpandukan syariat
Ilahi
KEISTIMEWAAN MANUSIA
29
5. Beragama
Allah SWT telah menetapkan fitrah bagi setiap kejadian dan fitrah manusia adalah beragama(al-Quran, al-Rum: 30)
Fitrah ini membentuk manusia yang patuh kepada syariat Allah SWT
Agama yang diredhai ialah Islam(al-Quran, Ali Imran: 19) dan selain daripadanya tidak diterima(al-Quran, Ali Imran: 85)
KEISTIMEWAAN MANUSIA 30
6. Diutus Rasul Dan Kitab
Manusia adalah makhluk pelupa/lalai (nasiya), oleh itu mereka memerlukan sesuatu/seseorang untuk memberi peringatan
Kitab-kitab AllahSWT mengandungi ilmu, undang-undang, peraturan dan panduan yang mesti diikuti
Rasul diutus untuk membantu manusia mengolah apa yang ada di dalam Kitab
(al-Quran,al-Ahzab:21&72 dan al-Najm:3&4)
KEISTIMEWAAN MANUSIA
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 6
Matlamat Kejadian Manusia 31
Hamba Allah
Mentad-bir muka
bumi
MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA Matlamat Kejadian manusia sebagai
hamba 32
Matlamat manusia:
Pengabdian total kepada
Allah SWT dengan ikhlas hati
1. Al-Quran (al-An’am: 79)
2. Al-Quran (al-Baqarah: 38)
3. Al-Quran (al-Dzariyat: 56)
Allah SWT memberi amaran
keras supaya manusia tidak
menyembah syaitan
1. Al-Quran (Yasin: 60-61)
MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA
33
Maksud ibadah
Bahasa: merendah diri, tunduk patuh dan taat
Istilah:
1. Taat dan tunduk merendah diri sepenuhnya kepada Allah
SWT
2. Khusyuk dan tetap hati merendah diri kepada Allah SWT
3. Keyakinan, sikap, amalan dan keadaan yang memenuhi
makna taat, rendah diri dan khusyuk dalam hubungan
manusia dengan Allah
MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA 34
MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA
Menjadi khalifah di bumi
Mengabdikan dirinya kepada yang Maha Esa.
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
mengabdikan diri (terhadap –Ku)” (Surah al-Zariyat: 56)
“Dan kenangilah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku akan mengadakan khalifah di bumi ini.
“(Surah al-Baqarah: 30)
DEFINISI AGAMA
PENDAPAT PERTAMA:
“a” + “gama”
a: tidak + gama: kacau
= tidak kacau
AGAMA – peraturan, jalan, haluan, kepercayaan
PENDAPAT KEDUA:
“a” + “gam” + “a”
a: tidak + gam: pergi atau berjalan + a: kata sifat
menguatkan kekal
= tidak pergi atau berjalan
AGAMA – pedoman hidup yang kekal
BAHASA (SANSKRIT)
35
DEFINISI AGAMA 36
DEFINISI AGAMA
DEFINISI AGAMA
1. RELEGERE
= mengumpulkan – cara-cara mengabdikan diri kepada Tuhan melalui kitab suci yang dibaca
2. RELIGARE
= mengikat – ajaran-ajaran yang mengikat penganut dengan
Tuhannya
BAHASA (LATIN)
(RELIGION)
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 7
DEFINISI AGAMA
Cara hidup yang telah ditentukan oleh
Allah SWT.
BAHASA ARAB
AD-DIN
37
Menguasai
Menundukkan
Patuh
Hutang
Balasan
Adat kebiasaan.
DEFINISI AGAMA 38
DEFINISI AGAMA (ISTILAH)
Kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya; kepercayaan kepada Yang Maha Kuasa
Drs Sidi Gazalba: kepercayaan dan hubungan manusia dengan Yang Kudus dihayati sebagai hakikat yang ghaib
Dr. Haron Din: sesuatu yang berhubung dengan Yang Kudus – mengandungi 3 ciri: 1. kepercayaan kepada Yang Kudus; 2. hubungan dengan Yang Kudus melalui upacara, penyembahan dan permohonan; 3. ajaran yang mengajar tentang kepercayaan
DEFINISI AGAMA
Ciri-ciri Agama 39
CIRI-CIRI AGAMA Ciri-ciri Agama yang Benar 40
Ciri-ciri agama dalam Islam
1. Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak
2. Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang
mutlak
3. Sistem yang berbentuk teori dan amali yang digubal
oleh kekuasaan dan kehakiman yang tinggi
4. Pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan
yang tinggi
Surah Yasin: ayat 18
DEFINISI AGAMA YANG BENAR
41
Al-Din sebagai cara hidup, sikap hati
dan fikiran, tingkah laku dan tindakan
yang diamal atau diikuti oleh
seseorang atau suatu masyarakat. Ia
merangkumi keseluruhan hidup umat
manusia di semua zaman.
CIRI-CIRI AGAMA YANG BENAR
Abu ‘Ala al-Maududi mengatakan:
Kelemahan akal manusia untuk mentafsir kewujudan makhluk di sebalik alam ini – akal fikiran manusia terbatas
Agama jaminan keselamatan dan perlindungan – memberi petunjuk ke jalan yang benar
Agama asas kebajikan dan kekuatan – menenangkan jiwa, cekal menghadapi ujian dan sentiasa bekerja untuk mencapai kebajikan
Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki naluri beragama. Nabi Muhammad bersabda:
“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (Islam)……………”
Kejahilan manusia mengenai kehidupan selepas kematian – persoalan kematian hanya boleh dijawab oleh agama
Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan – tanpa agama, dunia akan huru-hara, kejahatan bermaharajalela
42
MANUSIA MEMERLUKAN AGAMA
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 8
Akibat Tidak Beragama 43
AKIBAT TIDAK BERAGAMA
Kehidupan tidak seimbang (antara keperluan
fizikal dan spiritual)
Tiada hala tuju dan matlamat hidup
Kegersangan dan ketandusan jiwa
Pengabaian terhadap aspek akhlak dan moral
Bertambahnya krisis nilai dalam masyarakat
44
Berasal dari bahasa Arab daripada perkataan aslama,
bermaksud:
PENGERTIAN ISLAM
iii. Ketaatan dan penyerahan
i. Ketulenan dan kesucian
ii. Damai, aman atau sejahtera
Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan pengakuan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan & mengerjakan haji di Baitullah – berdasarkan jawapan Nabi Muhammad kepada Jibril tentang Islam
Kepatuhan, ketundukan, ketaatan & penyerahan diri dengan ikhlas (tiada paksaan) kepada Allah – merangkumi seluruh kehidupan (Ali Imran (3): 83)
Jawapan kepada 3 persoalan penting yang dihadapi oleh manusia; Dari mana manusia datang? Mengapa manusia diciptakan? Ke mana kesudahan manusia? (al-Hajj (22): 5
45
PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH 46
Ruh hakiki, cahaya petunjuk abadi dalam kehidupan, ubat paling mujarab bagi penyakit
& jalan lurus paling selamat bagi manusia yang melaluinya (al-
Isra’ (17): 82)
Peraturan hidup (way of life) yang mengatur
kehidupan manusia, menjadi dasar akhlak
mulia sebagai panduan kepada seluruh umat
manusia
PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH
47
Istilah syarak:
1. Rukun Islam Kepatuhan, ketundukan, ketaatan serta penyerahan diri dgn
penuh keikhlasan dan sukarela kpd Allah dlm seluruh aspek
kehidupan. (Surah Luqman: 22)
Sabda Rasulullah (SAW):
Islam itu ialah kamu bersaksi tidak ada Tuhan melainkan
Allah dan kamu bersaksi sesungguhnya Muhammad itu
Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa
di bulan Ramadhan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullah
sekiranya mampu.
PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH 48
Islam ialah peraturan umum dan undang2 yang bersifat sempurna serta menyeluruh
Islam ialah ad-Din yang mengandungi aqidah, ibadah, syariah dan akhlak
Islam adalah jawapan kepada persoalan:
1. Siapa yang mencipta manusia dan bagaimana?
2. Apakah tujuan dan matlamat hidup manusia?
3. Bagaimana kesudahan hidup manusia?
PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 9
49
Islam adalah panduan dan petunjuk
hidup yang sebenar – Q (asy-Syura: 52) dan (al-
Isra’: 82)
Islam adalah sistem hidup manusia yang praktikal
dalam semua aspek kehidupan manusia – Syed
Qutb
PENGERTIAN ISLAM - ISTILAH Jaminan Allah terhadap Islam 50
Ad-Din yang diredhai oleh Allah
Q (Ali Imran: 19)
Ad-Din yang diterima oleh Allah
Q (Ali Imran: 85)
Ad-Din yang sempurna
Q (Al-Maidah: 3)
JAMINAN ALLAH TERHADAP ISLAM
51
SKOP ASAS AJARAN ISLAM
AKIDAH
SYARIAH
IBADAH AKHLAK
DAKWAH
JIHAD
SKOP AJARAN ISLAM 52
AKIDAH
SKOP AJARAN ISLAM
53
ASAS AKIDAH ISLAM
RUKUN ISLAM
RUKUN IMAN
ASAS AKIDAH ISLAM 54
SYARIAH
ASAS AKIDAH ISLAM
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 10
55
IBADAH
ASAS AKIDAH ISLAM 56
AKHLAK
ASAS AKIDAH ISLAM
57
DAKWAH
ASAS AKIDAH ISLAM ASAS AKIDAH ISLAM 58
JIHAD
Sumber Ajaran Islam 59
Sumber Asasi Islam
Sunnah Al-Quran
SUMBER AJARAN ISLAM 60
SUMBER ASASI: AL-QURAN
Kitab suci yang terakhir
Mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad
Wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
melalui perantaraan malaikat Jibril secara beransur-ansur
selama 23 tahun dalam bahasa Arab sebagai panduan
kepada seluruh umat manusia dan membacanya adalah satu
ibadah
Mengandungi 30 juzuk, 114 surah, 6236 ayat
Pelengkap kepada semua kitab suci yang sebelumnya
Kitab sempurna diturunkan oleh Allah – merangkumi
keseluruhan aspek kehidupan yang diperlukan oleh kehidupan
manusia
SUMBER AJARAN ISLAM
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 11
61
SUMBER ASASI: AL-HADITH/AL-SUNNAH
Sumber sokongan kepada al-Quran
BAHASA: cara atau jalan
ISTILAH: Segala apa yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad sama ada dalam
bentuk perkataan (qauliyah), perbuatan
(fi’liyah) & pengakuan (taqririyah)
Sunnah perbuatan Nabi Muhammad yang
teragung ialah penubuhan negara Islam
pertama, Madinah yang menjadi platform
kepada pelaksanaan syariat Islam
SUMBER AJARAN ISLAM 62
SUMBER IJTIHADI: AL-IJMA’
BAHASA : 2 pengertian: i) keazaman; ii) persepakatan ISTILAH : persepakatan para mujtahid di atas satu-
satu hukum syara’ SYARAT IJMA’ :
I. persepakatan berlaku di kalangan para mujtahid II. persepakatan berlaku di kalangan semua mujtahid III. persepakatan berlaku selepas kewafatan Nabi s.a.w. IV. persepakatan hanya mengenai hukum syara’ V. persepakatan mesti dari kalangan umat Nabi s.a.w. VI. persepakatan mestilah dari kalangan semua mujtahid
yang ada pada zaman itu
SUMBER AJARAN ISLAM
63
SUMBER IJTIHADI: AL-QIYAS
BAHASA : menyamakan ISTILAH : menyamakan sesuatu masalah yang tidak
ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana ada persamaan illah antara keduanya
RUKUN QIYAS (4): I. asal (al-asl) – perkara yang sudah ada hukum yang telah
ditetapkan syara’ II. furu’ (al-far’u) – perkara baru yang tidak terdapat nas
mengenainya III. hukum asal IV. sebab hukum (illah)
SUMBER AJARAN ISLAM Ciri-ciri Keistimewaan Islam 64
KEISTIMEWAAN ISLAM
1) RABBANI – bersumberkan wahyu
Allah S.W.T.
2) SYUMUL & LENGKAP – merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (Allah,
sesama manusia, alam)
3) SEPADU & SEIMBANG – saling
berkaitan, tidak berat sebelah
4) WAQIE @ PRAKTIKAL – sistem Islam sesuai dengan keadaan, suasana &
rupa
5) TINGGI & AGUNG – satu-satunya agama yang diakui & diterima
Allah S.W.T.
6) ALAMI & UNIVERSAL – meliputi semua tempat
& masa
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
65
Kenapa Manusia Perlukan Islam??? KENAPA MANUSIA PERLU ISLAM
Kelemahan akal
Islam agama fitrah
Kesempurnaan Islam
66
Kenapa Menyeleweng Dari Ajaran
Islam ?
1. Serangan musuh
Islam
Media massa
Budaya hidup
Falsafah songsang
Materialistik dan
individualistik
2. Kelalaian dan kelemahan umat Islam
Kejahilan
Kurang upaya melaksanakan al-Quran
Mengabaikan Sunnah Rasulullah (s.a.w.)
Lalai terhadap tipu daya musuh
Kurang jati diri
Suka meniru
KENAPA MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM
CTU101 13/6/2013
Maruwiah Ahmat 12
KESIMPULAN 67
Hanya Islam agama yang diakui oleh ALLAH SWT.
Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan
fitrah manusia.
Agama Islam adalah ad-din yang merupakan cara
hidup manusia sejak lahir hingga meninggal dunia.
Agama Islam adalah lengkap yang mengandungi
semua peraturan hidup manusia.
68
Apakah perbezaan asal-usul manusia berdasarkan
Islam dan Barat?
Bagaimanakah perbezaan amalan agama lain dan
dengan amalan agama Islam?
Bagaimanakah dapat kamu simpulkan
mengapakah kita memerlukan agama?
Orang kafir memandang jihad sebagai keganasan,
apakah hujah kamu untuk menangkis tanggapan
tersebut.
AKTIVITI