macro teaching3

10
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS Tarikh : 08.03.2011 (Selasa) elas :Tah!" # $ir! Masa : 30 %i"i& (10.10 'a i 10.#0 'a i) $i*a" 'e%+ela,ara" : !a"&i&i -i ik O+,ek&i/ 'e%+ela,ara" : Me%aha%i k "se' 'e" !k!ra" 'a",a" Hasil 'e%+ela,ara" : i akhir 'e%+ela,ara" i"i *ihara'ka" %!ri* %!ri* *a'a&: 1. Me"era" ka" k "se' 'a",a" 2. Me" a&aka" 'e" !k!ra" 'a",a" *a" !"i&" a 3. Me" !k!r *e" a" &e'a& 'a",a" +,ek #. Me" a" arka" 'a",a" ses!a&! +,ek %e" !"aka" !"i& 'ia4ai S&ra&e i 'e" a,ara" 5 'e%+ela,ara" : 6er+i"7a" a" e%ahira" sai"&i/ik : Me%erha&i %e" !k!r *a" %e" !"aka" " %+ r %e%+!a& i"/ere" e%ahira" +er/ikir : Me"7irika" %e" h!+!" kai&ka" %e" a"alisis Sika' sai"&i/ik *a" "ilai %!r"i : 1. Mi"a& *a" +ersi/a& i" i" &ah! &e"&a" ala% sekelili" . 2. J!,!r *a" &e'a& *ala% %erek * *a" %e" esahka" *a&a 3. $er/ikira" kri&ikal *a" a"alisis

Upload: cezy-shie

Post on 04-Oct-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mcc

TRANSCRIPT

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS

Tarikh: 08.03.2011 (Selasa)

Kelas: Tahun 4 Biru

Masa: 30 minit (10.10 pagi - 10.40 pagi)

Bidang pembelajaran: Kuantiti Fizik

Objektifpembelajaran: Memahami konsep pengukuran panjang

Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran ini, diharapkan murid-murid dapat:

1. Menerangkan konsep panjang2. Menyatakan pengukuran panjang dan unitnya3. Mengukur dengan tepat panjang objek4. Menganggarkan panjang sesuatu objek menggunakan unit piawai

Strategi pengajaran &pembelajaran: Perbincangan

Kemahiran saintifik: Memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferen

Kemahiran berfikir: Mencirikan, menghubungkaitkan, menganalisis

Sikap saintifik dan nilai murni: 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data 3.Berfikiran kritikal dan analisis

Alat Bantumengajar: Pembaris, benang, buku, kertas A4, span, botol air

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui bahawa setiap objek mempunya ukuran tersendiri

LangkahIsi Pelajaran/ Hasil PembelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Orientasi(2 minit)Penerangan tentang setiap objek mempunyai bentuk, panjang, lebar, tinggi dan rendah.Aktiviti 1Guru menerangkan setiap objek di dalam kelas mempunyai sifat dan bentuk masing.

Guru mengemukakan soalan berikut kepada murid:-

S1: Apakah yang anda boleh lihat pada objek sekeliling anda? J1: Masing-masing mempunyai sifat dan bentuk tersendiri S2: Apakah jenis sifat yang anda lihat pada objek sekeliling anda? J2: tinggi, panjang, lebar, bulat, bersegi, panjang, tebal S3: Adakah sifat pada objek tersebut boleh diukur? J3: Boleh S4: Adakah sifat panjang pada objek boleh diukur? J4: Boleh S5: Berdasarkan aktiviti dan penerangan yang telah dijalankan, sila nyatakan apakah tajuk yang sesuai yang akan kita pelajari pada hari ini? J5: Pengukuran panjang

Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini dan menulis tajuk di atas papan hitam.

Kaedah:Sumbang saran

KBKK:Menjana idea,Membuat inferens,Menghubung-kait..NilaiBersifat ingin tahu dan yakin

Pencetusan Idea(5 minit)Memperkenalkan konsep pengukuran panjang

Pengukuran panjang diukur dari jarak satu titik ke titik yang seterusnya

Hasil Pembelajaran 1:Menerangkan konsep panjang

Objek boleh diukur dengan pelbagai cara dan mempunyai unit piawai ukuran

a. Jenis pengukuran

b. Pengukuran standard

c. Pengukuran tidak standard

d. Unit piawai pengukuran

Hasil Pembelajaran 2:Menyatakan pengukuran panjang dan unitnyaAktiviti 1:Guru menerangkan panjang sebagai ukuran jarak antara 2 titik atau jarak antara 2 tempat atau kedudukan.

Guru melukis 2 titik yang berlainan dan melabelkan titik-titik tersebut sebagai titik 1 dan titik 2 pada papan hitam. Guru menerangkan cara mengukur jarak antara titik-titik tersebut dengan menggunakan pembaris. Guru meletakkan titik 1 pada garis yang sebaris dengan tanda kosong pada pembaris manakala titik 2 diletakkan di garis yang berikutnya pada pambaris. Kemudian guru mengarahkan murid-murid membaca jarak antara titik-titik tersebut.

S1: Berapakah ukuran jarak antara titik-titik yang anda lukis sebentar tadi? J1: Ukuran mengikut lukisan titik-titik di atas papan hitam S2: Apakah nama jarak di antara satu titik ke titik yang lain? J2: Ukuran panjang

Aktiviti 2:Guru melukis peta minda dan jadual di papan hitam dan membincangkan tentang cara pengukuran panjang, pengukuran panjang standard dan tidak standard serta unit piawai bagi setiap bahan yang diukur.( Lampiran 1)

S1:Nyatakan cara-cara pengukuran panjang yang boleh dilakukan J1:Jengkal, hasta, tapak, depa, langkah, penggunaan objek yang seragam, menggunakan pembaris, pita pengukur S2: Senaraikan cara pengukuran panjang yang mengikut standard J2: Menggunakan pembaris dan pita pengukur S3: Senaraikan cara pengukuran panjang yang tidak mengikut standard J3: Jengkal, hasta, tapak, depa, langkah, penggunaan objek yang seragam. S4: Apakah unit piawai yang digunakan bagi pengukuran panjang J4: Milimeter, sentimeter, meter dan kilometre

SR: Apakah yang murid-murid paham tentang pengukuran panjang yang kita telah pelajari? JR: Pengukuran panjang mempunyai cara pengukuran yang standard dan tidak standard serta unit piawainya yang tersendiri.Kaedah:Sumbang saran.

KBKK:Menjana idea, Menghubung kaitkanMembuat inferens,

Nilai:Minat dan bersifat ingin tahu.

Lampiran 1

Penstrukturan semula idea( 15 minit)Pengukuran panjang yang betul dengan menggunakan pengukuran standard

Menguji dan membuat demonstrasi tentang pengukuran bahan yang dipamerkan

a. Mengukur panjang buku

b. Mengukur panjang kertas A4

c. Mengukur panjang span

d. Mengukur ukur lilit bolot air

Hasil Pembelajaran 3:Mengukur dengan tepat panjang objekAktiviti 1:Guru menerangkan tentang cara yang betul untuk mengukur sesuatu objek. Guru mengarahkan murid-murid mengambil pensel dan pembaris masing-masing. Kemudian guru mengarahkan murid-murid untuk meletakkan mata pensel di atas garis sifar pembaris. Guru mengarahkan murid-murid untuk meletakkan mata masing-masing menegak ke atas sebaris dengan garis sifar pada pembaris dan mata pensel tadi. Kemudian guru mengarahkan murid-murid membaca ukuran pensel masing-masing.

S1: Apakah nilai ukuran panjang pensel masing-masing? J1: Ukuran mengikut panjang pensel masing-masing.

Aktiviti 2:Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 1 wakil kumpulan dan mengambil salah satu objek yang dipamerkan. Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan aktiviti mengikut arahan pada lampiran yang disediakan. (Lampiran 2)

Aktiviti 3:Wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil aktiviti mereka berdasarkan soalan yang diberikan.

S1: Berapakah panjang buku yang anda ukur? A1: Panjang mengikut buku masing-masing S2: Berapakah panjang kertas A4 yang anda ukur? A2: Panjang mengikut kertas A4 masing-masing S3: Berapakah panjang span yang anda ukur? A3: Panjang mengikut span masing-masing S4: Berapakah ukur lilit botol air yang anda ukur? A4: Ukur lilit mengikut objek masing-masing

SR: Apakah yang telah kita dapati dari aktiviti yang dijalankan sebentar tadi? JR: Kita perlu mengetahui cara untuk mengukur ukuran panjang dengan betul dan setiap objek mempunyai ukuran panjang tersendiri

Kaedah:Stesen - Perbincangan Kumpulan.

KBKK:mengelas, meramal,menilai,membuat kesimpulan.

Nilai:Sikap ingin tahu,Kerjasama.

Lampiran 2

Aplikasi(5 minit )Penggunaan ukuran panjang dalam alam sekeliling

Hasil Pembelajaran 4:Menganggarkan panjang suatu objek menggunakan unit piawai

Aktiviti 1:Guru mengeluarkan gambarajah-gambarajah dan menyuruh murid-murid menganggarkan ukuran panjang objek dalam gambarajah tersebut dengan menggunakan unit piawai(Lampiran 3)

S1: Apakah unit piawai yang digunakan dalam ukuran panjang objek dalam gambarajah 1 ini? J1: Meter S2: Apakah unit piawai yang digunakan dalam ukuran panjang objek dalam gambarajah 2 ini? J2: sentimeter S3: Apakah alatan yang sesuai digunakan bagi mengukur objek dalam kedua-dua gambarajah yang telah ditunjukkan? J3: Pita pengukur dan pembarisKaedah:Sumbang saran,Soal-jawab.

KBKK:Menghubung-kait, meramal.

Nilai:Berfikiran kritikal , analitis dan yakin.

Refleksi.( 3 minit ) Percambahan idea bagi konsep pengukuran panjangAktiviti 1:Guru memastikan murid-murid memahami akan konsep pembelajaran pada hari ini S1:Apakah yang anda faham tentang matapelajaran hari ini? J1: Belajar tentang konsep pengukuran panjang, ukuran panjang standard dan tidak standard, unit piawai dalam pengukuran panjang dan penggunaan ukuran panjang dalam kehidupan seharian. S2: Apakah cara pengukuran panjang yang anda telah pelajari dalam topik pada hari ini? J2: Pengukuran panjang standard dan tidak standard S3: Nyatakan cara pemgukuran standard J3: Menggunakan pembaris dan pita pengukur S4: Nyatakan cara pengukuran tidak standard J4: Jengkal, hasta, tapak, depa, langkah, penggunaan objek yang seragam. S5: Apakah unit piawai yang digunakan dalam pengukuran panjang? J5: milimeter, sentimeter, meter, kilometer

Kaedah :Sumbang saran.

Nilai:Bersifat objektif dan sistematik

Lampiran 1

CARA PENGUKURAN PANJANG

UKURAN PANJANG STANDARDUKURAN PANJANG TIDAK STANDARD

UNIT PIAWAI UKURAN PANJANG

Lampiran 2Mengukur objek yang berbeza dengan menggunakan pengukuran standard.

Kaedah / Cara Pengukuran:

1. Letakkan objek pada permukaan rata2. Ukur objek di dalam jadual dengan menggunakan pmbaris atau tali3. Rekod ukuran di dalam jadual di bawah4. Bandingkan ukuran yang telah dilakukan dengan kumpulan lain

Isikan hasil pengukuran di dalam jadual yang disediakan

Barang untuk diukurHasil Ukuran (unit)

Buku

Kertas A4

Span

Botol Air