ltm (sistem akhlak)

Upload: nur-muhammad-abdurrahman

Post on 02-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 LTM (Sistem Akhlak)

    1/2

    LTM Agama Sistem Akhlak

    Nama/NPM : Nur M. Abdurrahman/1206247026

    Jurusan : T. Metalurgi dan Material

    I. Pendahuluan

    Akhlak merupakan hal yang sangat penting dalam kehidupan. Akhlak adalah hal yang

    sangat menentukan baik atau buruknya perilaku seseorang. Oleh karena itu, akhlak sering

    dikaitkan dengan watak atau kepribadian seseorang. Akhlak juga memiliki sistem yang

    disebut sistem akhlak yang selanjutnya akan dijelaskan disini.

    II. Isi

    Menurut Dr Abdul Karim Zaidan, akhlak dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai

    atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untukmenilai baik-buruknya sesuatu perbuatan. Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi.

    Bukti kepada pengiktirafan kedudukan akhlak dalam agama Islam dapat dilihat atas beberapa

    sebab:

    1. Matlamat pengutusan Rasulullah S.A.W. adalah untuk memperbaiki akhlak

    manuisa sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud: Sesungguhnya

    aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

    2. Dalam hadith lain Nabi S.A.W. telah menyebut bahawa perkara yang paling berat

    timbangannya di akhirat kelak ialah akhlak yang baik.

    3. Islam meletakkan orang yang berakhlak baik sebagai mempunyai darjat keimanan

    yang tinggi.

    4. Orang yang berakhlak lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. di hari akhirat kelak.

    5. Nabi S.A.W. sendiri, walaupun telah diketahui umum sebagai insan yang paling

    tinggi akhlaknya, masih memohon kepada Allah agar diperelokkan akhlaknya.

    Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan lagi, satu ciri yang khusus dalam sistem akhlakIslam ialah kesyumulannya atau ruang lingkup yang dirangkuminya secara menyeluruh.

    Berbeda dengan pegangan sistem yang ada pada hari ini, akhlak dikesampingkan. Contohnya,

    dalam hal hubungan antarabangsa.

    Sistem akhlak Islam juga berpegang kepada nilai akhlak pada matlamat dan cara.

    Tiada ruang dalam sistem akhlak Islam untuk matlamat menghalalkan cara. Walaupun

    umat Islam diwajibkan membantu saudara seagama yang dizalimi, namun jika pertolongan

    tersebut melanggar perjanjian yang termeterai dengan orang yang menzalimi, ia tidak

    dibolehkan.

  • 7/27/2019 LTM (Sistem Akhlak)

    2/2

    LTM Agama Sistem Akhlak

    Akhlak boleh dibentuk melalui beberapa kaedah. Pertama, tidak menurut perasaan

    marah. Secara tidak langsung, ia mengelakan kesan-kesan negatif akibat sifat marah. Namun,

    kita tidak berupaya membuang sifat tersebut kerana sifat amarah adalah sifat semula jadi

    manusia. Kaedah kedua ialah mendidik jiwa dengan membuang sifat-sifat yang keji dan

    menggantikannya dengan sifat terpuji.

    III. Penutup (Simpulan)

    - Akhlak adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan.

    - Islam sangat menjunjung tinggi kebaikan akhlak

    - Sistem akhlak dalam islam menyeluruh pada semua aspek kehidupan dan

    berpegang kepada nilai akhlak pada matlamat dan cara.

    - Akhlak boleh dibentuk melalui dua kaedah, yaitu Pertama, tidak menurut perasaan

    marah. Kaedah kedua ialah mendidik jiwa dengan membuang sifat-sifat yang keji

    dan menggantikannya dengan sifat terpuji.

    IV. Sumber

    http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2008/01/sistem-akhlak-dalam-

    islam.html