isl olahraga

Upload: nur-azizah-dirmanto

Post on 19-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

BILKANDUNGANMUKA SURAT

1.BIODATA GURU PELATIH2

2.SOALAN TUGASAN ISL3

3.TUGASAN ISL 1.0 Sejarah Perkembangan Olahraga di Malaysia 2.0 Acara balapan dan padang yang dipertandingkan di Kejohanan Olahraga MSSM

1.0Sejarah Perkembangan Olahraga di MalaysiaOlahraga di Malaysia mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di Singapura. Namun pada masa berkenaan, sukan olahraga ini tidak mendapat sambutan penduduk negara kita. Sehinggalah pada tahun 1906, sukan olahraga mula dipertandingkan secara teratur dan formal. Pada permulaanya, penyertaan kejohanan olahraga ini hanya terhad kepada pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Malaysia sahaja.Pegawai-pegawai British yang bertugas di Malaya telah menubuhkan persatuan olahraga yang diberi nama Perak Athletics Association (PAA) yang terletak di Taiping, Perak pada tahun berkenaan. Organisasi oleharaga berkenaan merupakan organisasi yang terulung di Malaysia. Pada tahun yang sama, kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia berlangsung di Padang Ipoh. Untuk pengetahuan semua, selama lima puluh tahun kejohanan olahraga dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.Pada sekitar tahun 1914 dan 1919 aktiviti olahraga terpaksa dihentikan buat seketika kerana terjadinya Perang Dunia Pertama. Kemudian, selepas tamat peperangan, pada tahun 1920 satu mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali pertama. Pada tahun 1931, keanggotaan Persatuan Olahraga Amatur British Malaya dibuka kepada semua negeri di Malaysia. Dalam kejohanan olahraga yang berlangsung pada tahun 1931, atlet dari Perak Mohd Hanif Ghows berjaya memenangi dan mencipta rekod baharu dalam acara 100m lari pecut. Beliau merupakan peserta pertama tempatan yang berjaya mencipta rekod sedemikian.Tahun 1950, merupakan tahun bermulanya Malaya melibatkan diri dalam perjumpaan olahraga antarabangsa. Malaya mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik buat julung kalinya yang berlangsung di Melbourne Australia pada tahun 1956.Untuk pengetahuan semua, pencapaian terbaik negara kita dalam sukan olahraga adalah pada tahun 1960. Atlet yang berjaya mencipta pencapaian terbaik ialah M.Jegathesan. M.Jegathesan merupakan pelari pecut yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter semasa berlangsungnya Sukan Asia. Beliau juga berjaya memasuki peringkat separuh akhir dalam Sukan Olimpik 1964 yang berlangsung di Tokyo dan Sukan Olimpik 1968 di Mexico.Ramai atlet yang berjaya mencipta kejayaan yang besar di peringkat Asia Tenggara. Antaranya ialah, semasa era 1960-an atlet yang berjaya mengorak kejayaan dalam bidang olahraga ialah M.Rajamanio, T.Krisnan, G.Rajalingam, Abdul Rahman Ahmad, Zambros Abdul Rahman. Manakala untuk era 1970-an ialah Istiaq Mubarak, Ramli Ahmad, Asir Victor, Junaidah Aman dan Cladys Chai.Bagi era 1980-an, atlet yang berjaya menjulang nama Malaysia dalam sukan olahraga ialah Rabuan Pit, Marina Chin, Mumtaz Jaafar, V.Angamah, Zaiton Othman, Baljit Singh dan Saik Oik Com.Untuk era 1990-an, Nurherman Majid, Lou Chee Peng, G.Shanti, Zaki Sadri, Yazid Imran dan Watson Nyambek merupakan atlet yang dipilh sebagai atlet-atlet kebangsaan kerana berjaya menempa kejayaan di kejohanan sukan olahraga.