intigriti s2
DESCRIPTION
INTEGRITI GURUTRANSCRIPT
PENGENALAN
Nilai-nilai integriti ini terbentuk melalui pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman,
kepercayaan, masyarakat dan juga persekitaran.Nilai-nilai yang membentuk personaliti intergriti
ialah profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta
kreatif dan inovatif. Keenam-enam nilai ini akan dapat menjadikan personaliti seorang guru.
Keenam-enam nilai integriti ini seharusnya menjadi panduan kepada guru bagi membentuk sahsiah
mereka. Guru seharusnya memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengenepikan
aspek pembangunan sahsiah guru. Nilai ini bukan setakat diketahui tetapi harus jua difahami dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja di sekolah malah sepanjang masa.
Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru perlu peka dan
beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat pengiktirafan.Oleh itu nilai-
nilai integriti ini perlu dikuasai oleh guru-guru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah
konsisten dengan halatuju dan falsafah pendidikan negara. Dalam menuju negara maju tahun 2020
dan pembelajaran bertaraf dunia, para guru haruslah mempunyai sikap dan semangat yang tinggi
serta bersifat proaktif dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa.
Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek
pembangunan negara.Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan.Maka, adalah penting bagi
seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam
kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-
ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara.
Antaranya adalah ciri-ciri guru yang mengamalkan amalan integiri didalam kelas :
Profesional
Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru
perlu bersikap profesional.Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu,
mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten.Mereka berusaha untuk mendapatkan
ilmu secara formal dan tidak formal.Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan
peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-
masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah
baik dan matang.Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme
sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral
tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan
kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang
hayat.
Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan
sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat
penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada
pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik
darjah.Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar
murid dapat impak yang maksima.Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti
kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru.Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam
Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah.
Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-
amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam
sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan
tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi.
Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan
teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan,
penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan.Namun guru tidak
seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang
sebenar di dalam bilik darjah.
Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar
supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi
sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan
kaedah terbaik dalam pengajaran.
Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian.Enam jenis
bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah
dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka,
percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang
berkesan.
Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai
pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah
pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan
kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan
pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.
Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan
pendidikan negara dan di dunia.Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang dengan sesuatu
cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru,
membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea-idea yang lebih kecil,
berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru
menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan
pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda
pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik
juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras
dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
Kreatif dan inovatif.
Kreatif dan inovatif juga merupakan antara ciri-ciri guru yang berkesan.
Kreatif
Menurut kamus Webster’s ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring
something new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang
baru.Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran
untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat
dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya
kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan.
Integriti
Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota
perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar
sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan
diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja
organisasi.Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam.
Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah
organisasi.Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong
moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan
intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula
mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness.
Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut
kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus.Isu-isu seperti
penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku.Dalam konteks pengajaran guru di dalam
kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya
sendiri.Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding
kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada
murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pada 6 September 2007, YB. Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran
Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan
Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010.Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik
serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan
cabaran yang dinyatakan.
Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di
antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap
kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri
pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang
terbaik.
Semangat Berpasukan
Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan
bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang
berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja
berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan
terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan kerja
berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara individu
terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat
mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif.
Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi.Terdapat beberapa
perbezaan antara kumpulan dan pasukan.Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai
kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam
kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja
saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling
menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana
mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli.Ahli pasukan pula merasakan pemilikan
terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap matlamat mereka.
Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan dan takut mengajukan
soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok
mereka. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli
pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai.
Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go
Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang
berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas.Setiap ahli hendaklah memahami tujuan
tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur
berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu
keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam
pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang sama.
Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama tetapi mereka saling melengkapi antara
satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa menerima sokongan luaran dan dorongan agar
mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat mereka.
Berorientasikan pelanggan
Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan.Siapakah
pelanggan kita di sekolah?Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di
Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi
perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang
berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan
berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini
terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 :
Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan
yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi.Komponen fizikal
mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan.Dalam komponen penyampaian
pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah
difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan.Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan
adil, mendengar dan memahami dan menghormati.
Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-ciri seperti
cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan
selesai.Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera
seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid
kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini.
Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi
kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA sebagai piawai yang
patut dipatuhi oleh pihak sekolah.Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang
menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa.
Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat
yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas.Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan
pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah
diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa.Guru-guru juga dminta lebih kompeten iaitu
berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan berurusan
dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan.Selain itu, guru yang mempunyai sahsiah
yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan
mengambil tidakan yang sewajarnya.Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi
layanan dengan penuh rasa hormat.
Terakhir, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan
mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dan suasana
di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya, kebersihan dan
keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira.
Adil
Bersikap adil dalam konteks profesionalisma seseorang guru banyak berkait rapat dengan
sesuatu keputusan yang dibuat.Misalnya dalam profesion keguruan, seseorang guru sentiasa
diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan khususnya berkaitan dengan murid-muridnya. Setiap
kali membuat keputusan tersebut, seseorang guru haruslah bersikap adil terhadap muridnya sama ada
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Setiap
keputusan yang hendak dibuat oleh guru memerlukan pertimbangan yang sewajarnya berlandaskan
peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang sedia ada.Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap
keputusan yang dibuat tidak berat sebelah atau berpihak kepada satu pihak sahaja. Sebagai contoh
semasa proses pengajaran, guru perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama. Jika tidak,
murid akan memberi tanggapan atau melabelkan guru tersebut bersikap tidak adil. Ini akan
menimbulkan perasaan benci dan sikap ingin memberontak dikalangan murid terhadap guru tersebut.
Secara tidak langsung, ketidakadilan ini akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran guru
di dalam bilik darjah. Sikap benci dan memberontak murid yang wujud ini akan menyebabkan murid
tersebut tidak memberikan kerjasama kepada gurunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Apabila situasi ini berlaku, ia juga boleh mempengaruhi murid-murid yang lain untuk mengikut
sikap murid tersebut. Justeru, pentingnya seseorang itu mempunyai sikap yang adil dalam apa sahaja
perkara yang dilakukan.
Amanah
Kita selalu mendengar perkataan amanah. Apakah yang dimaksudkan dengan amanah ? Tafsiran
amanah sama dengan amanat. Persamaannya ialah ia saling berkaitan dengan kepercayaan yang
diberikan kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu tugas atau perkara yang
dipertanggungjawabkan. Dalam konteks profesionalisma keguruan, seseorang guru harus
mempunyai sikap amanah.Mengapa? Guru telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan negara
untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak muridnya menjadi insan yang
berguna, berdaya saing, berinovasi, sentiasa ingin maju dan sebagainya kepada bangsa dan Negara.
Dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah pula, guru perlu melaksanakan setiap tugas yang
diamanahkan sama ada oleh pihak kementerian, jabatan, sekolah dan masyarakat selagi ia berkaitan
dengan profesion seorang guru. Misalnya, jika Guru Besar mengamanahkan guru tersebut untuk
berusaha meningkatkan prestasi muridnya dalam pelajaran, guru tersebut hendaklah berusaha sedaya
upaya untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, guru perlu menerapkan nilai amanah dalam diri murid. Guru perlu menegaskan
kepada murid supaya sentiasa menyiapkan tugas yang diamanhkan dengan jujur iaitu tidak meniru
tugasan atau kerja rumah dengan rakan-rakan mereka. Dengan cara ini, guru dapat mengetahui dan
mengesan sejauh mana murid faham dengan pelajaran yang disampaikan melalui hasil tugasan yang
disiapkan oleh murid sama ada berkualiti atau tidak.
Akauntabiliti
Akauntabiliti ialah rasa kebertanggungjawaban seseorang individu terhadap tugas dan
peranannya dalam sesuatu organisasi.Sikap akauntabiliti ini harus ada pada seseorang guru kerana
seseorang guru mempunyai akauntabilitinya terhadap murid, sekolah, masyarakat, bangsa dan
negara. Apabila guru mempunyai akauntabiliti, guru akan berusaha melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran mengikut rancangan yang telah ditetapkan dengan berkesan. Ini bermakna guru
perlu mematuhi dan mengikuti apa yang telah diarahkan oleh organisasinya selagi ia sesuai dan tidak
melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang yang sedia ada. Jika peraturan-peraturan sedia
ada tidak dipatuhi, maka guru tersebut hendaklah bertanggungjawab terhadap kesalahannya dan tidak
menyalahkan orang yang lain. Contoh situasi yang kadang-kadang berlaku di sekolah ialah guru
terlupa masuk ke kelas untuk sesi pengajarannya pada waktu yang telah ditetapkan dan memarahi
muridnya kerana tidak memberitahunya bahawa waktu tersebut adalah masa pengajarannya. Apabila
keadaan ini berlaku, ia menunjukkan guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti yang seharusnya
ada pada seseorang guru.. Jadi, bagaimana guru tersebut hendak memastikan proses pengajaran dan
pembelajarannya berkesan di dalam bilik darjah.
Beretika
Setiap profesion yang diceburi memerlukan seseorang itu beretika dalam proses melaksanakan
tugasnya. Tanpa etika dalam kerja atau tugas yang dilakukan, ia boleh menjejaskan matlamat dan
kepentingan sesuatu organisasi. Bayangkan seseorang yang tidak mengamalkan nilai etika di
sekolah, apakah pandangan atau tanggapan murid, rakan sejawat, pihat pentadbir dan masyarakat
sekeliling. Sudah ia tentu akan mewujudkan pelbagai tanggapan buruk terhadap guru tersebut yang
secara tidak langsung akan menjejaskan atau mencemarkan nama baik sesuatu organisasi khasnya
nama baik sekolah, jabatan dan termasuk juga pihak kementerian. Semasa pengajaran di dalam kelas
pula, guru juga perlu mengamalkan nilai etika ketika melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya di dalam kelas, guru tidak seharusnya memalukan atau mengaibkan murid
di atas kesalahan yang dilakukan dengan menghukum atau mendenda murid tersebut.Hukuman atau
denda yang diberikan oleh guru terhadap muridnya perlulah berlandaskan etika keguruan yang
sewajarnya. Etika penting dalam membentuk seseorang guru di sekolah kerana seseorang guru
tersebut merupakan role model kepada muridnya dan masyarakat sekelilin
Iltizam
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai iltizam pada seseorang guru?Dari segi profesion
perguruan, iltizam bermakna penglibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab
dalam melaksanakan sesuatu tugas yang di arahkan. Ini menunjukkan bahawa untuk
menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan tanpa mengambil kira sama ada tugas yang
diberikan sukar hendaklah disempurnakan dengan berkualiti dan ini memerlukan guru tersebut
mempunyai komitmen yang tinggi. Dalam pengajaran, guru hendaklah mempunyai iltizam yang
tinggi untuk memajukan atau prestasi muridnya dalam pelajaran dan membentuk murid menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan.Oleh itu, seseorang guru tersebut perlu tekun, komited dan
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu muridnya berjaya.Tugasan atau
tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan hendaklah dilaksanakan dengan sepenuh hati tanpa
mengira masa dan tidak menganggapnya sebagai beban.Misalnya pada cuti sekolah, ada di antara
guru dikehendaki mengadakan kelas tambahan untuk membantu meningkatkan prestasi murid dan
sekolah.Jadi, terpaksalah guru tersebut mengorbankan cutinya dan tidak dapat balik ke kampung
halaman sendiri.Dalam situasi begini, bolehlah dikatakan guru tersebut mempunyai iltizam yang
tinggi dan komited melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik dan membimbing anak
muridnya.
Hormat-menghormati
Sebagai guru, sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain baik di antara rakan
sejawat, dengan murid-murid dan masyarakat sekeliling harus ada pada seseorang guru. Apabila kita
sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati, ia dapat melahirkan sikap saling mempercayai
dikalangan ahli sesuatu kumpulan, pertubuhan atau pun sesuatu organisasi. Guru juga perlu
menunjukkan sikap hormat-menghormati terhadap murid-muridnya.Ini penting bagi mewujudkan
perhubungan yang akrab dan mesra di antara guru dengan murid-muridnya. Dengan wujudnya
perhubungan yang mesra akan dapat melahirkan komunikasi yang baik di dalam bilik darjah yang
secara tidak langsung dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan
lebih bermakna. Wujudnya kemesraan di antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dapat
menghilangkan ketakutan murid terhadap gurunya.
Bangga
Rasa bangga merupakan rasa kecintaan kita terhadap sesuatu organisasi yang kita
dokong.Rasa bangga ini perlu disemai dalam diri kita.Misalnya di sekolah, guru perlu menanam rasa
bangganya menjadi seorang guru di tempatnya bertugas walaupun di sekolah tersebut mungkin
kurang dari segi infrastruktur atau kemudahan yang belum lagi lengkap. Apabila sikap bangga
terhadap tempat guru bertugas, guru akan berusaha mengharumkan dan meningkatkan nama baik
sekolahnya.
Responsif
Komponen ini mengupas tentang kepantasan bertindakbalas dengan cepat tanpa menunggu
arahan. Guru harus bersifat responsif dengan pantas. Contohnya dalam kelas, guru hendaklah
memberikan respons terhadap sebarang permasalahan, pertanyaan, aduan dan sebagainya yang
diajukan oleh murid. Dengan cara yang demikian murid akan memberikan tanggapan yang baik
terhadap gurunya. Bagi murid pula, mereka dapat melatih diri untuk meningkatkan prestasi pelajaran
mereka dengan pelbagai cara tanpa menunggu diarahkan oleh guru .
Proaktif
Guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Dalam sesebuah organisasi atau jabatan, guru harus mengelakkan diri menjadi
‘sleeping-partner’ dalam setiap aktiviti yang dilakukan di sekolah. Bukan guru sahaja yang proaktif,
murid juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran mereka untuk mewujudkan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu
mempunyai perancangan yang lengkap untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.
Mesra
Guru juga seharusnya mempunyai sikap mesra dalam profesion keguruan.Sikap mesra
seorang guru boleh kita lihat melalui perhubungannya dengan murid-murid, rakan sejawat, pegawai-
pegawai tinggi dan masyarakat sekeliling. Guru perlu mewujudkan suasana yang mesra dalam proses
pengajarannya. Banyak cara untuk guru untuk menunjukkan kemesraan terhadap murid seperti
menyapaa murid, senyum, bergurau-senda dan sebaginya. Perlakuan hendaklah diamalkan secara
konsisten dan tidak menganggapnya seperti satu kewajipan atau keperluan.Hubungan yang mesra di
antara guru dengan murid tanpa melampaui batas yang sepatutnya dapat membantu seorang guru itu
mempunyai ciri-ciri yang baik dalm pengajarannya.
Berkualiti
Kita mungkin pernah mendengar ungkapan sebegini ‘Guru Berkualiti Melahirkan Pendidikan
Yang Berkualiti’.Jika kita meneliti dan mengamati maksud yang tersirat di sebalik ungkapan ini, kita
percaya bahawa guru yang berkualiti mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti.
Apabila guru itu mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti, ia membuktikan bahawa sistem
pendidikan di negara kita adalah berkualiti dan mampu menandingi sistem pendidikan di negara-
negara lain
PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
Sebagai guru yang mempunyai nilai-nilai baik berlandaskan nilai Bitara, guru juga perlu
mempunyai nilai keprihatinan.Tidak semestinya ketua atau pemimpin dalam sesuatu organisasi
sahaja yang perlu prihatin terhadap kebajikan anggota di bawah kuasanya.Guru juga perlu
mengambil berat tentang kebajikan murid-muridnya dan rakan sejawatnya setakat yang termampu.
Komponen prihatin tentang kebajikan anggota ini boleh kita lihat melalui indikator berikut :-
Peluang Untuk Maju
Jika kita perhatikan situasi yang berlaku di sekolah, guru sentiasa berusaha untuk memajukan
atau meningkatkan prestasi anak muridnya.Bagaimana pula dengan guru? Adakah guru merebut
peluang untuk memajukan dirinya sendiri ?Selain mengambil berat tentang anak muridnya dan rakan
sejawatan, guru juga perlu mengambil kira tentang dirinya sendiri. Guru harus berusaha untuk
memajukan dirinya sendiri sama ada dari segi pengetahuan, kemahiran dan sebagainya. Misalnya
pada hari ini, ramai guru berusaha untuk memajukan diri dari segi pengetahuan dengan cara
menyambung belajar walaupun secara pendidikan jarak jauh. Sikap seperti ini dapat memberi
motivasi untuk murid belajar dengan bersungguh-sungguh.
Empati
Seorang guru yang mempunyai ciri-ciri yang baik seharusnya memiliki sikap empati. Sikap
empati ini merupakan satu nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.Mendengar masalah
rakan-rakan atau murid-murid adalah salah satu cara kita menunjukkan sikap empati kita. Pada
murid-murid, sebagai guru kita harus peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dan
mengambil berat tentang perkara tersebut untuk menghulurkan bantuan. Menjadi pendengar yang
baik terhadap masalah atau luahan murid-murid akan memberikan tanggapan positif terhadap kita
bahawa kita mempunyai sikap empati terhadap orang lain yang dalam kesusuhan dan memerlukan
sokongan atau bantuan kita. Dengan menunjukkan sikap empati, kita dapat mewujudkan dan
mengeratkan perhubungan kita di antara satu sama lain.
Penghargaan
Teori Abraham Maslow ada menyatakan bahawa seseorang individu juga memerlukan
penghargaan daripada orang lain di atas apa yang individu tersebut lakukan. Dalam situasi di
sekolah, bukan sahaja guru perlu dihargai, bahkan murid juga seharusnya diberi penghargaan.
Banyak cara bagaimana penghargaan ini boleh ditunjukkan. Contohnya bagi menunjukkan kita
menghargai rakan sejawat kita boleh mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperolehi, ucapan
terima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan.Dalam situasi murid pula, guru harus menghargai
hasil kerja yang dilaksanakan oleh muridnya.Misalnya ucapan syabas kerana berjaya menyiapkan
projek yang dberikan dengan berkualiti, memberi hadiah kepada murd kerana berjaya meningkatkan
prestasi pelajaran sebagai menghargai usaha murid tersebut dan sebagainya.Penghargaan yang
diberikan kepada murid amatlah penting supaya murid mengetahui mereka sentiasa diambil berat dan
tidak terabai.
Keselesaan Persekitaran
Persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting di sesuatu tempat bertugas.Persekitaran
yang kondusif mampu menghasilkan produktiviti yang berkualiti.Sebagai contoh di sekolah,
persekitaran yang tidak selesa untuk murid belajar kerana kemudahan infrastruktur tidak lengkap
menyebabkan murid tidak berminat dan bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran di sekolah.Oleh
itu, pentingnya persekitaran yang selesa supaya tumpuan atau fokus anak murid kita tidak terjejas.
Guru harus memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa
dan kondusif walaupun sesebuah sekolah itu serba kekurangan dari segi infrastrukturnya.
KESIMPULAN
Guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession
perguruan. Selain enam nilai Bitara yang telah digariskan, guru juga perlu mematuhi Kod Etika
Perguruan.
Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkahlaku
manusia.Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-
undang, pendidikan agama dan budaya kerja.Seharusnya, guru dapat mematuhi etika perguruan dan
memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas mulia ini.
Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikan dan
keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri dengan melihat kepada apa
yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.
Dalam pada itu, kempen ini perlu disempurnakan di peringkat awal persekolahan, iaitu tadika untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.Ceramah, pertandingan menulis esei,
melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh dilaksanakan
sempena kempen ini.Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan murid-murid dalam
kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah, bulat air kerana pembuluh, bulat
kata kerana muafakat.Selain itu, kempen tersebut haruslah disokong oleh artis-artis tempatan dan
luar negara yang menjadi idola masyarakat, seiring dengan trend pemuda-pemudi kini yang suka
mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek.Jelaslah menunjukkan bahawa kempen-
kempen yang mendapat sokongan semua pihak mampu mencapai matlamat melahirkan kanak-kanak
yang bersahsiah mulia.
Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat dominan
dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak. Berdasarkan penyelidikan,
dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar
arus perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-kanak pada era moden ini
sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka akan tergila-gila kepada media baru. Oleh
hal yang demikian, pihak media massa bolehlah mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan,
dokumentari, drama dan paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanak-
kanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua
di dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua
mengangkat barang amat berkesan kepada penonton. Malahan, drama-drama seperti “Precious
Babies”, “Three Pads”, “One Mom”, “Hwang Jin Yi”, “Next Stop, Happiness” dan lain-lain lagi
mengandungi babak-babak yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai murni yang boleh dipelajari
dan seterusnya diamalkan oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Jadi, sudah terang lagi
bersuluh, bahawa media massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam sanubari kanak-kanak.
Semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak langkah yang ada bagi memupuk nilai-
nilai murni dalam kalangan kanak-kanak agar memacu pembangunan negara untuk memakbulkan
hasrat mencapai Wawasan 2020. Kita sedia maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam
diri individu akan menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing dalam
masyarakat. Selaras dengan peribahasa Melayu yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat
dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan kanak-kanak, bak rangkap sajak yang dipetik daripada sajak Seuntai Kata
Untuk Dirasa karya A. Samad Said,