full report ban na pho

71
LAPORAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANG PRABANG, LAOS BAN NA PHO 11 / 09 /2014 29 / 09 / 2014 2014 Yayasan Sukarelawan Siswa 10/9/2014

Upload: ainnelin-chong

Post on 14-Feb-2017

60 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: full report ban na pho

LAPORAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANG PRABANG, LAOS BAN NA PHO 11 / 09 /2014 – 29 / 09 / 2014

2014

Yayasan Sukarelawan Siswa

10/9/2014

Page 2: full report ban na pho

2

BIL PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN

1.1 SEJARAH LAOS

4

2.0 SENARAI SUKARELAWAN 6

3.0 LATAR BELAKANG KAMPUNG 3.1 LOKASI KAMPUNG 3.2 ORGANISASI KAMPUNG 3.3 SUMBER EKONOMI 3.4 AGAMA, BAHASA DAN BUDAYA RASMI 3.5 SENI BUDAYA, BAJU KEBANGSAAN DAN MAKANAN

7 7 7 7 8

4.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH 10

5.0 KLUSTER PENDIDIKAN

5.1 KAEDAH MENGUMPUL DATA 5.2 SOLUSI YANG DICADANGKAN 5.3 LANGKAH PERLAKSANAAN 5.4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (TEACHING AID) 5.5 IMPAK PENGAJARAN ‘FUN LEARNING’ BAGI SUBJEK BAHASA

INGGERIS 5.7 PENUTUP

13

14 16 17 24 24

25

6.0 KLUSTER KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

6.1 KAJIAN KES 6.2 SOLUSI 6.3 IMPAK 6.4 PENGEDARAN RISALAH KESIHATAN

28

29 31 32 33

7.0 KLUSTER INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)

7.3 TINDAKAN 7.4 DASAR 7.5 IMPAK

36

38 38 40

8.0 KLUSTER KHIDMAT KOMUNITI

8.1 PROJEK KOMUNITI 1(i): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN KAMPUNG

8.2 PROJEK KOMUNITI 1(ii): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN SEKOLAH

42

43

45

ISI KANDUNGAN

Page 3: full report ban na pho

3

8.3 PROJEK KOMUNITI 2: PEMBINAAN SEMULA PAGAR SEKOLAH 8.4 PROJEK KOMUNITI 3: MELUKIS DAN MENGECAT DINDING

(MURAL) 8.5 PROJEK KOMUNITI 4: PENYAMBUNGAN WAYAR DI

BANGUNAN SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO 8.6 PROJEK KOMUNITI 5: MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BAGI

SEKOLAH RENDAH BAN NA PHO 8.7 PROJEK KOMUNITI 6: MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI

TANGGA SEDIA ADA DI BAHAGIAN PAGAR SEKOLAH 8.8 PROJEK KOMUNITI 7: MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI 8.9 PROJEK KOMUNITI 8: MEMBINA TIANG GOL 8.10 PROJEK KOMUNITI 9: MEMPERBAHARUI PAPAN KENYATAAN 8.11 PROJEK KOMUNITI 10: MEMBINA MONUMEN PERINGATAN

46

50

53

56

59 61 63 65 67

9.0 LAPORAN KEWANGAN

9.1 LAPORAN PERBELANJAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANGPRABANG

69

10.0 PENUTUP 72

Page 4: full report ban na pho

4

1.0 PENGENALAN

1.1 Sejarah Laos

Republik Demokratik Rakyat Laos adalah negara yang terkurung daratan di Asia

Tenggara, berbatasan dengan Myanmar dan Republik Rakyat Tiongkok di sebelah barat laut,

Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di sebelah barat. Daripada abad ke-14

hingga abad ke-18, negara ini disebut Lan Xang atau "Negeri Seribu Gajah".

Pada awal sejarah Laos menunjukkan ia didominasi oleh Kerajaan Nanzhao, yang

diteruskan pada abad ke-14 oleh kerajaan lokal Lan Xang yang berlaku sehingga abad ke-18,

setelah Thailand menguasai kerajaan tersebut. Kemudian Perancis menguasai wilayah ini di

abad ke-19 dan menggabungkannya ke dalam Indochina Perancis pada 1893. Setelah

penjajahan Jepun selama Perang Dunia II, negara ini memerdekakan diri pada 1949 dengan

nama Kerajaan Laos di bawah pemerintahan Raja Sisavang Vong.

Ketidakstabilan politik di negara jirannya, Vietnam menyebabkan Laos menghadapi

Perang Indochina Kedua yang lebih besar (disebut juga Perang Rahsia) yang menjadi faktor

ketidakstabilan yang menjadi punca lahirnya perang saudara dan beberapa kali kudeta. Pada

1975 kaum komunis Pathet Lao yang dinaung oleh Uni Soviet dan komunis Vietnam menendang

pemerintahan Raja Savang Vatthana dukungan Amerika Serikat dan Perancis. Setelah

mengambil alih negara ini, mereka menggantikan namanya menjadi Republik Demokratik

Rakyat Laos dan kekal sehingga hari ini. Laos mempererat hubungannya dengan Vietnam dan

mengendurkan larangan ekonominya pada akhir dekade 1980an dan dimasukkan ke dalam

ASEAN pada 1997.

Iklim Laos adalah tropika dan dipengaruhi oleh angin musim. Musim hujan adalah pada

Mei hingga November, diikuti oleh musim kemarau sejak December sampai April. Ibu negara

dan bandar terbesar di Laos adalah Vientiane, bandar-bandar besar lain meliputi Luang Prabang,

Savannakhet, dan Pakse.

Page 5: full report ban na pho

5

Rajah 1.0: Peta kedudukan Laos

Rajah 1.1: Kedudukan Laos beserta negara ASEAN yang lain

Rajah 1.3: Bendera Laos

Page 6: full report ban na pho

6

2.0 SENARAI SUKARELAWAN

NO. NAMA PEJABAT/UNIVERSITI JAWATAN

1. ZULASRI BIN ROSDI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA PEGAWAI YSS

2. MOHD ARIFF BIN YUSOFF UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

ALUMNI DAN PETUGAS YSS

3. MOHD RAHIM BIN ABD RAHMAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

ALUMNI DAN PETUGAS YSS

NO. NAMA UNIVERSITI JAWATAN

1. MUHAMAD NAUFAL BIN BADARUDIN

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KETUA

2. NURATHIQAH BINTI MOHD FADZIL

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

PENOLONG KETUA

3. ALISHA NUR BINTI MOHD NOOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM (UiTM)

SETIAUSAHA

4. NURAIN ZAKIAH BINTI MD HAZIZI

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

BENDAHARI

5. NURSYAFAWANI BINTI JAMIL

IPG KAMPUS ILMU KHAS UNIT AKTIVITI

6. MOHD RADZMAN BIN MOHD RAJDI

IPG ILMU KHAS UNIT MEDIA DAN FOTOGRAFI

7. MUHAMMAD KHAIRUL REZWAN BIN ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

UNIT LOGISTIK

8. MUHAMMAD AZMI BIN ZAINI

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

UNIT KEBUDAYAAN

9. AINELLIN CHONG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

UNIT KESIHATAN

Page 7: full report ban na pho

7

3.0 LATAR BELAKANG BAN NA PHO

3.1 Lokasi Kampung

Kawasan kampung Na Pho ini terletak di dalam daerah Luang Prabang. Kampung Na Pho

ini berhampiran dengan Kampung Tin Keo dan Kampung Na Sau. Kampung ini terletak di

kawasan luar bandar dan dikelilingi alam semula jadi seperti bukit bukau, hutan dan sebatang

sungai.

3.2 Organisasi Kampung

Ketua kampung bagi kampung ini ialah Tuan See Chan dan tugas beliau ialah

memastikan semua aspek yang berkaitan dengan kampung Na Pho ini terjaga seperti aspek

keselamatan, pendidikan, budaya, agama dan sebagainya.

3.3 Sumber Ekonomi

Selain itu, sumber ekonomi dan pendapatan bagi penduduk kampung Na Pho ini ialah

pertanian dan perniagaan. Mereka lebih mudah membuat aktiviti seperti ini kerana faktor

geografi dan kedudukan kampung tersebut sangat sesuai dan baik. Hal ini juga dapat dibuktikan

apabila terdapat banyak keluarga di kampung ini yang mempunyai kebun dan kedai sendiri.

Kebanyakan kebun dan kedai yang mereka usahakan sangat berhampiran dengan rumah

masing-masing.

3.4 Agama, Bahasa dan Budaya Rasmi

Agama rasmi yang dianuti oleh semua penduduk kampung ini ialah Buddha Theravada

dan bahasa yang digunakan juga ialah ‘Lao Language’. Seterusnya budaya rasmi yang diamalkan

di kampung ini ialah ‘Baci Ceremony’, ‘Giving Ceremony’, tarian dan adab makan. ‘Baci

Ceremony’ merupakan satu budaya yang selalu diamalkan oleh masyarakat Laos dimana untuk

menaikkan semangat dalam kalangan mereka. Budaya ini melibatkan upacara pemakaian

Page 8: full report ban na pho

8

gelang kain berwarna putih kepada semua yang menyertai majlis ini disamping si pemakai

mendoakan kepada pemakai gelang tersebut dengan tujuan untuk meraikan dan mendoakan

seseorang.

Selain itu, ‘Giving Ceremony’ pula ialah budaya yang diamalkan dengan semua

masyarakat membawa makanan ke ‘Temple’ pada waktu pagi hari tertentu dan memberi

makan kepada semua yang mengunjung ‘Temple’ tersebut. Seterusnya mereka juga sering

mengamalkan tarian dan adab makan bagi mereka ialah mengutamakan orang yang lebih

berumur terlebih dahulu.

3.5 Seni Budaya, Baju Kebangsaan dan Makanan

Seni budaya yang diamalkan oleh mereka ialah menenun dan bertukang. Kebanyakan

daripada mereka mempunyai peralatan sendiri di rumah masing-masing. Setiap hasil tenunan

dan tukangan yang mereka buat dihantar dan dijual ke kawasan bandar seperti Luang Prabang.

Baju kebangsaan mereka ialah Khmer krama manakala makanan masyarakat disini ialah Sticky.

3.6 Peta Ban Na Pho

Rajah 3.1: Peta Ban Na Pho yang dilukis sendiri oleh salah seorang penduduk

kampung ini

Page 9: full report ban na pho

9

Rajah 3.2: Kedudukan Kampung Napho di dalam Google Maps

PERKARA CATATAN

JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG 474 ORANG

JUMLAH KELUARGA 86 BUAH KELUARGA

JUMLAH ‘HOST FAMILY’ 11 BUAH KELUARGA

SEKOLAH RENDAH SEBUAH

SEKOLAH MENENGAH TIADA

KETUA KAMPUNG (NAI BAN) PHOR SEE CHAN

KAMPUNG YANG BERHAMPIRAN BAN NA SAU DAN BAN TIN KEO

SUMBER EKONOMI PERTANIAN DAN PERNIAGAAN

Rajah 3.0: Ringkasan maklumat yang telah dikumpul berkaitan dengan Kampung Na Pho, Luang

Prabang, Laos.

Page 10: full report ban na pho

10

4.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH DI BAN NA PHO

Delegasi 10 orang sukarelawan dari Yayasan Sukarelawan Siswa telah mengikuti Misi

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Ban Na Pho, Luang Phrabang, Laos. 10 orang sukarelawan

Malaysia akan bergabung bersama 10 orang sukarelawan dari Lao Youth Union bagi

menjayakan misi di kampung ini. Salah satu kluster terpenting ialah kluster pendidikan. Bagi

kluster ini, terdapat tiga orang sukarelawan yang menjadi perancang bagi gerak kerja sesi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Saudara Muhammad Naufal bin Badaruddin,

Saudari Syafawani binti Jamil dan Saudara Muhammad Azmi bin Zaini.

Pecahan di bawah kelompok kluster pendidikan ialah pengajaran bahasa Inggeris dan

pengajaran Teknologi dan Maklumat. Di Ban Na Pho, hanya terdapat sebuah sekolah rendah

iaitu Na Pho Primary School. Berikut merupakan data bagi sekolah tersebut :

Nama Sekolah Na Pho Primary School

Tenaga Pengajar Guru Besar (Direktor) : 1 orang Guru : 5 orang

Jumlah Murid 73 orang

Kemudahan di Sekolah

5 buah bilik darjah 1 bilik guru/pejabat sekolah Perpustakaan Tandas Padang

Tahun Murid Tadika Tahun 1 sehingga 5

Jadual 4.1: Data Sekolah

Murid tadika terdiri daripada kanak-kanak berusia 5 sehingga 6 tahun. Bangunan tadika

terpisah daripada 4 buah kelas yang lain. Kelas darjah 1, 2 dan 5 mempunyai kelas masing-

masing manakala kelas darjah 3 dan 4 berkongsi bilik darjah kerana prasarana bilik darjah yang

tidak mencukupi.

Page 11: full report ban na pho

11

Dalam kawasan kampung ini hanya terdapat sebuah sekolah sahaja iaitu “Na Pho School’

dimana terletak dibahagian depan kampung ini. Sekolah ini merupakan sekolah bagi pelajar-

pelajar yang berada pada peringkat permulaan iaitu pelajar sekolah rendah, antara umur 5

tahun sehingga 11 tahun. Seterusnya bagi pelajar-pelajar sekolah menengah iaitu antara umur

12 tahun dan keatas, mereka akan bersekolah di kawasan kampung yang berhampiran sama

ada di Kampung Na Sau atau Kampung Tin Keo.

Kemudahan yang ada di sekolah ini termasuklah 5 buah bilik darjah dan salah satu

daripadanya adalah dikhaskan untuk pelajartadika. Setiap kelas disediakan kerusi, meja dan

papan hitam. Tiada kemudahan kipas dan lampu di sediakan. Selain itu, terdapat sebuah bilik

yang dijadikan sebagai bilik guru dan sebuah stor. Terdapat 4 buah bilik air dibina untuk

kegunaan seluruh pelajar sekolah namun hanya satu daripadanya yang dibuka.

Sekolah ini juga mempunyai satu bilik stor yang menyimpan barang-barang serta

perabot-perabot sekolah yang tidak lagi digunakan. Padang sekolah juga tersedia ada untuk

kegunaan para pelajar serta penduduk kampung.

Page 12: full report ban na pho

12

Bilik Darjah Padang Sekolah

Stor Sekolah Tandas

Page 13: full report ban na pho

13

KLUSTER

PENDIDIKAN

Disediakan oleh: Syafawani bt Jamil

Page 14: full report ban na pho

14

5.0 KAEDAH MENGUMPUL DATA

Pada hari pertama berada di sekolah iaitu hari Isnin 15 September 2014, para

sukarelawan berkumpul di sekolah bagi melihat keadaan sekolah sekaligus mencari data bagi

menyelesaikan permasalahan sekolah tersebut. Terdapat dua kaedah yang telah digunakan bagi

mengenal pasti masalah iaitu :

5.0.1 Temubual

Dengan bantuan sukarelawan Lao Youth Union (LYU), sukarelawan YSS dapat

berkomunikasi dengan baik bersama pihak pentadbir sekolah. Pada hari tersebut, sukarelawan

Naufal mendapatkan data-data sekolah yang ditulis dalam bahasa Laos pada papan hitam

dalam bilik guru dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sistem penyimpanan data di

sekolah ini masih menggunakan kaedah manual di mana data murid disimpan dalam buku dan

dicatatkan menggunakan tulisan tangan. Selain itu, berdasarkan kaedah temu bual juga,

direktor sekolah menyatakan beberapa kekangan yang dihadapi dalam pembelajaran dalam

kelas. Berdasarkan kaedah temubual yang dijalankan, masalah-masalah tersebut direkod

supaya perbincangan para sukarelawan untuk mencari solusi dapat dilaksanakan.

5.0.2 Pemerhatian

Pada masa yang sama, para sukarelawan lain dibenarkan masuk ke dalam setiap kelas

bagi memerhatikan kaedah mengajar yang dilakukan oleh guru. Setiap kelas telah dipantau oleh

Temubual Pemerhatian

Page 15: full report ban na pho

15

4 orang sukarelawan ; 2 orang sukarelawan LYU dan 2 orang sukarelawan YSS. Setelah

memerhatikan corak pengajaran guru, para sukarelawan diberi waktu selama 2 jam bagi sesi

suai kenal untuk bermesra bersama murid-murid Laos.

Berdasarkan kedua-dua kaedah mengumpul data ini, beberapa kajian kes telah

dikenalpasti. Kajian-kajian kes inilah yang akan dianalisis sepanjang dua minggu berada di

sekolah ini. Analisis tersebut melibatkan beberapa langkah iaitu langkah menghasilkan solusi,

langkah perlaksaan dan akhir sekali langkah penilaian. Berdasarkan langkah penilaian, impak

bagi keseluruhan kajian kes ini dapat dirumuskan.

5.1 KAJIAN KES

Terdapat tiga kajian kes yang telah dikenalpasti. Kajian kes ini merupakan hasil

pemerolehan berdasarkan 2 kaedah mengumpul data.

Kajian kes pertama ialah murid kurang didedahkan dengan pembelajaran bahasa

Inggeris kerana pembelajaran bahasa Inggeris terhad. Murid hanya diberi pendedahan asas

bahasa Inggeris apabila berada di tahun 4 atau 5 bergantung pada pengetahuan guru yang

mengajar. Pendedahan bahasa Inggeris dalam kalangan guru juga masih lemah lantaran

pendidikan di Laos tidak menekankan pada penguasaan bahasa asing ini.

Pembelajaran bahasa Inggeris terhad

Tiada penekanan pada pembelajaran ABC

Kurang keyakinan diri

Page 16: full report ban na pho

16

Selain itu, kajian kes kedua pula ialah tiada penekanan pada pembelajaran ABC di

sekolah. Hal ini kerana, pendidikan di Laos berasaskan pengetahuan terhadap bahasa

Kebangsaan, bersifat nasionalisme dan sosialisme. Oleh yang demikian, pembelajaran huruf

rumi kurang diberi pendedahan pada murid-murid sekolah.

Akhir sekali, kajian kes ketiga ialah berkenaan dengan keyakinan diri dalam kalangan

murid masih kurang menyerlah. Strategi pengajaran guru yang banyak berpusatkan guru sedikit

sebanyak menjadikan murid pasif dan kurang bertanya sepanjang sesi pengajaran. Guru juga

lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran deduktif dan bersifat ‘chalk and talk’ iaitu

menulis di papan hitam dan sekadar memberi penerangan tanpa mewujudkan aktiviti-aktiviti

yang menarik.

Oleh yang demikian, berdasarkan ketiga-tiga kajian kes ini, beberapa solusi telah

disediakan bagi mengatasi permasalahan-permasalahan tersebut.

5.2 SOLUSI YANG DICADANGKAN

Solusi-solusi yang dicadangkan adalah sesuai dengan keupayaan yang mampu dilakukan

oleh semua sukarelawan. Solusi yang relevan dan mantap diperlukan bagi menjayakan misi

mendidik kanak-kanak Laos ini. Solusi-solusi tersebut ialah :

• Memperbaiki struktur kemahiran berkomunikasi.

• Mewujudkan silibus pembelajaran bahasa Inggeris dan rancangan pengajaran mingguan

• Menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap topik yang diajar.

• Membina keyakinan murid untuk bercakap dan belajar bahasa Inggeris.

• Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Teaching Aid) bagi membantu pengajaran dan

pembelajaran.

Untuk memastikan murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa

Inggeris, terlebih dahulu murid perlu mempunyai struktur komunikasi yang jelas bersama para

sukarelawan Laos. Struktur komunikasi ini memerlukan sukarelawan YSS untuk bertutur dalam

Page 17: full report ban na pho

17

bahasa Inggeris dan kemudian diterjemah oleh sukarelawan LYU ke dalam bahasa Laos.

Tambahan lagi, sebelum memperkenalkan subjek baharu untuk murid iaitu subjek bahasa

Inggeris, sebuah silibus pembelajaran dan rancangan pengajaran mingguan perlulah dibina

terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan.

Selain itu, kluster pendidikan juga menetapkan objektif pembelajaran bagi setiap topik

yang diajar. Objektif pembelajaran ini bertujuan untuk menjadi kayu ukur keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Tambahan pula, solusi seterusnya ialah untuk

membina keyakinan murid untuk bercakap dan belajar bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti

menarik dan pendekatan berpusatkan murid supaya murid mempunyai keyakinan untuk tampil

ke hadapan dan mengangkat tangan dalam sesi soal jawab. Akhirnya, penggunaan bahan bantu

mengajar merupakan salah satu aspek yang tidak dilupakan bagi membantu pengajaran dan

pembelajaran. Masa akan diperuntukkan bagi penyediaan bahan bantu mengajar bagi setiap

hari kerana bahan bantu mengajar berfungsi untuk mencapai objektif pembelajaran di samping

membantu para sukarelawan menjadi lebih kreatif semasa mengajar.

5.3 LANGKAH PERLAKSANAAN

Terdapat beberapa fasa yang dijalankan dalam langkah perlaksanaan iaitu :

Merancang silibus pembelajaran

Merancang objektif pembelajaran

Merancang rancangan pengajaran mingguan

Sesi pengajaran dan pembelajaran

5.3.1 Merancang silibus pembelajaran

Silibus pengajaran dirangka semasa berbincang bersama salah seorang sukarelawan

yang mengambil opsyen Teaching English as a Second Language semasa berada di Vientiane.

Silibus pembelajaran ini dipilih berdasarkan persekitaran murid supaya murid dapat melafazkan

perkataan-perkataaan bahasa Inggeris yang lazim digunakan. Silibus pengajaran ini juga

Page 18: full report ban na pho

18

dirangka dengan mengambil kira aspek JERIS murid berkenaan iaitu Jasmani, Emosi, Rohani,

Intelek dan sosial murid supaya pembelajaran murid selama dua minggu seimbang dari semua

aspek. Berikut merupakan silibus pembelajaran bagi sesi pengajaran selama dua minggu :

Rangka Silibus Pengajaran Bahasa Inggeris

5.3.2 Merancang objektif pembelajaran

Objektif pembelajaran dirangka dengan teliti supaya pada akhir sesi pembelajaran, para

sukarelawan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan murid dapat memahami sesi

pengajaran tersebut. Berdasarkan silibus yang telah dirangka, berikut merupakan objektif

pengajaran yang disasarkan :

OBJEKTIF PENGAJARAN

Pengajaran ABC 1. Untuk memastikan murid mendapat pendedahan huruf rumi,memahami konsep tulisan dan bacaan.

‘Greetings’ 2. Untuk memberi peluang kepada murid berinteraksi dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya bagi ucapan sapaan.

‘Animals’ 3. Untuk meransang minat murid pada bahasa inggeris melalui teknik penceritaan serta penggunaan boneka mampu menghiburkan murid.

‘Numbers’ 4. Untuk memastikan murid dapat faham dan kenal nombor dalam bahasa

Silibus Pengajaran Bahasa Inggeris

• Pengajaran ABC

• 'Parts of Body'

• 'Animals'

• 'Numbers'

• 'Greetings'

• 'Family'

• 'Directions'

Page 19: full report ban na pho

19

inggeris. ‘Directions’ 5.Untuk memastikan murid dapat

membezakan manipulasi anggota badan serta lebih cekap berkenaan koordinasi mata dan tangan

‘Family’ 6.Untuk memastikan murid tahu masyarakat sekeliling khususnya ibu bapa dalam bahasa inggeris dan memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan penghargaan kepada keluarga.

Jadual Objektif Sasaran bagi Pengajaran

5.3.3 Merancang Rancangan Pengajaran Mingguan

Setelah objektif bagi setiap topik ditetapkan sebuah rancangan pengajaran mingguan

telah dibina berdasarkan tempoh masa pengajaran yang diberikan. Jadual kelas murid telah

dianalisis dan guru hanya memberi ruang kepada para sukarelawan untuk mengambil alih

tempoh pengajaran dan pembelajaran pada dua waktu iaitu :

Jadual Sesi Persekolahan

Berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan, para sukarelawan Laos dan Malaysia

akan mengajar di Na Pho Primary School pada sesi pagi selama satu jam tiga puluh minit dan

pada sesi petang selama sejam. Dalam tempoh dua jam setengah bagi sepuluh hari, tempoh ini

akan dimanfaatkan dengan ‘Fun Learning’ bagi subjek bahasa Inggeris. Dengan itu, rancangan

perancangan mingguan berikut dihasilkan :

Page 20: full report ban na pho

20

Minggu Pertama

Isnin 15/9/2014

Pengenalan ABC (Membaca) Teknik Mengajar : Lagu

Pengenalan ABC (Menulis) Teknik Mengajar : Latihan dalam buku

Selasa 16/9/2014

- Slot Kebersihan (Basuh Tangan)

Rabu 17/9/2014

- Pengenalan ABC (Menulis) Teknik Mengajar : Latihan dalam buku

Khamis 18/9/2014

Modul 1 : ‘Parts of Body’ Teknik Mengajar : Lagu Slot Kebersihan (Gosok Gigi)

-

Jumaat 19/9/2014

Modul 2 : ‘Animals’ Teknik Mengajar : Penceritaan dan Penggunaan Boneka

-

Minggu Kedua

Isnin 22/9/2014

Modul 3 : ‘Numbers’ Teknik Mengajar : Lagu

Pengenalan Komputer

Selasa 23/9/2014

Modul 4 : ‘Greetings’ Teknik Mengajar : Lakonan

Pengenalan Komputer

Rabu 24/9/2014

Modul 5 : ‘Family’ Teknik Mengajar : Lukisan Aktiviti Murid : Hasilkan kad untuk ibu bapa

Khamis 25/9/2014

Modul 6 : ‘Directions’ Teknik Mengajar : Lukisan dan Pergerakan

Jumaat 26/9/2014

Kuiz Penilaian Kuiz Penilaian

Jadual Rancangan Pengajaran Mingguan

5.3.4 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Rancangan Pengajaran Mingguan telah membantu para sukarelawan untuk mengajar di

dalam kelas. Selain dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan, para sukarelawan juga dapat mengawal situasi dan disiplin murid dalam kelas.

Page 21: full report ban na pho

21

Sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga di selang-selikan dengan beberapa aktiviti menarik

seperti nyanyian lagu kanak-kanak, kuiz di hadapan kelas dan membuat latihan dalam buku.

5.3.5 Pengenalan ABC

Pengajaran ABC dilakukan pada setiap kelas sebelum memulakan pengajaran bahasa

Inggeris kerana setiap murid masih tidak dapat menguasai huruf rumi. Pengenalan ABC

merangkumi dua aspek iaitu kaedah membaca dan kaedah menulis huruf rumi dengan betul.

Setiap murid dibimbing untuk menulis ABC dalam buku yang diedarkan kepada murid yang

dibekalkan oleh pihak Yayasan Sukarelawan Siswa. Latihan secara berkala juga diberikan

kepada murid supaya murid dapat menguasai kaedah penulisan huruf. Di samping itu, bahan

bantu mengajar kekal berbentuk mural huruf rumi ABC ditinggalkan pada dinding pada setiap

dinding kelas di sekolah ini. Mural ini ditinggalkan dengan tujuan murid dapat menguasai ABC

apabila mereka melihat huruf-huruf ini setiap hari. Bahan bantu mengajar kekal ini berfungsi

untuk memberi pengukuhan pada murid. Walaupun para sukarelawan hanya mengajar

berkenaan huruf rumi ini selama sepuluh hari, namun para murid masih dapat memanfaatkan

tulisan huruf rumi pada dinding untuk dijadikan rujukan atau dihafal.

5.3.6 Modul 1 : ‘Parts Of Body’

Modul yang disediakan ini merangkumi aspek perkembangan dan pertumbuhan murid

dari segi jasmani. Oleh yang demikian, tajuk ini memberi pendedahan kepada murid anggota

badan mereka dalam bahasa Inggeris. Pembelajaran berpusatkan aktiviti dilakukan bagi

mengelakkan murid berasa kekok untuk mengajar bahasa Inggeris untuk kali pertama. Aktiviti

yang dilakukan ialah menggunakan lagu bersama pergerakan untuk memperkenalkan beberapa

anggota tubuh badan. Lagu ‘ head and shoulders knees and toes’ diperkenalkan untuk

menceriakan murid semasa proses pengajaran berlangsung.

5.3.7 Modul 2 : ‘Animals’

Modul ‘Animals’ pula disediakan bagi memberi pendedahan pada murid tentang

haiwan-haiwan di sekeliling mereka. Bagi setiap kelas, sebuah buku cerita yang mempunyai

Page 22: full report ban na pho

22

dwibahasa dalam bahasa Laos dan bahasa Inggeris. Selain itu, setiap kelas juga diberikan bahan

bantu mengajar berbentuk boneka tangan, boneka kayu dan boneka kertas. Boneka ini

dihasilkan bertujuan untuk meransang minat murid pada bahasa inggeris melalui teknik

penceritaan serta penggunaan boneka mampu menghiburkan murid. Hal ini kerana, teknik

penceritaan akan melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan sentuh murid pada masa

yang sama. Ransangan deria ini akan membolehkan proses pengajaran berjalan dengan lebih

menarik dan berkesan.

5.3.8 Modul 3 : ‘Numbers’

Modul ini dibangunkan bagi memberi pendedahan pada murid tetang nombor dalam

bahasa Inggeris. Modul ini hanya berpandukan mural yang dilukis pada dinding yang bersifat

bahan bantu mengajar kekal. Pengajaran berkenaan topik nombor ini bergantung pada tahap

kefahaman setiap kelas. Bagi kelas tadika, darjah 1 dan 2, nombor dalam bahasa Inggeris yang

diajar hanya nombor satu sehingga sepuluh. Manakala bagi darjah 3, 4 dan 5, nombor dalam

bahasa Inggeris yang diajar ialah nombor satu sehingga dua puluh. Hal ini kerana, murid-murid

pada tahap rendah masih tidak mampu untuk menghafal banyak nombor. Modul ini

menekankan aspek intelek murid kerana murid perlu menghafal nombor, bacaan nombor dalam

bahasa Laos dan Inggeris.

5.3.9 Modul 4 : ‘Greetings’

Bagi modul ‘Greetings’ pula, modul ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada

murid untuk berinteraksi dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya bagi ucapan sapaan.

Beberapa ucapan sapaan yang diajar ialah ‘ Good Morning’, ‘Good Afternoon’, ‘Good Evening’,

‘Good Night’, ‘Good Bye’, ‘Hi’ dan ‘Hello’. Sapaan-sapaan ini diajar kepada murid supaya murid

dapat bertutur daan bertegur sapa sesama mereka dalam bahasa Inggeris. Aktiviti yang

dijalankan ialah lakonan bagi sesi drama supaya murid dapat menghayati watak masing-masing

bagi setiap waktu untuk mengaplikasikan ucapan sapaan tersebut. Bagi modul ini pula, aspek

sosial murid dapat dipenuhi kerana murid dapat berinteraksi secara langsung bersama rakan-

rakannya menggunakan bahasa Inggeris.

Page 23: full report ban na pho

23

5.3.10 Modul 5 : ‘Family’

Modul ini menyentuh tentang ahli-ahli keluarga dalam bahasa Inggeris. Murid diberi

pendedahan tentang panggilan bagi emak dan ayah sebagai ‘ father and mother’. Modul ini

bertujuan untuk memastikan murid tahu masyarakat sekeliling khususnya ibu bapa dalam

bahasa inggeris dan memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan penghargaan

kepada keluarga. Selain itu, aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan kad untuk ibu dan bapa

masing-masing. Nilai estetika yang diterapkan dalam diri murid ini dapat menjadikan murid

tersebut untuk mempunyai emosi yang stabil dan aspek ini amat penting dalam membentuk

murid yang seimbang dari segi perkembangan diri mereka.

5.3.11 Modul 6 : ‘Directions’

Modul ini diperkenalkan bagi membolehkan murid murid dapat membezakan manipulasi

anggota badan serta lebih cekap berkenaan koordinasi mata dan tangan. Modul ini dibina

selepas melihat murid tahun dua yang sedang belajar Pendidikan Jasmani bersama guru di luar

kelas yang masih tidak dapat membezakan tangan kiri dan kanan. Dalam modul ini, murid akan

membuat pergerakan yang melibatkan tangan dan kaki kiri dan kanan. Selain dapat memahami

arah, murid juga dapat mengenalpasti kedudukan barang yang berada di atas, bawah, kiri dan

kanan mereka dalam bahasa Inggeris.

5.3.12 Penilaian

Pada hari terakhir berada di sekolah iaitu Jumaat 26 September 2014, penilaian

dilakukan bagi beberapa murid bagi setiap kelas. Penilaian bagi kelas darjah 2 merupakan

penilaian Ujian Bertulis dan Ujian ‘ Writing, Speaking dan Listening bagi subjek bahasa Inggeris

bagi topik ‘Numbers’ di mana sebuah ‘Spelling Bee’ diadakan dan direkod ke dalam video. Bagi

kelas darjah 3 dan 4, penilaian yang dibuat berdasarkan Ujian Bertulis bagi subjek pembelajaran

Teknologi dan Maklumat. Penilaian ini direkod secara bertulis dalam kertas A4. Penilaian-

penilaian ini dijalankan oleh sukarelawan-sukarelawan bagi kelas masing-masing mengikut

tahap kemampuan murid.

Page 24: full report ban na pho

24

5.4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (TEACHING AID)

Para sukarelawan bersetuju untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membantu

sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu mengajar tersebut seperti kertas warna,

kain felt, gunting, batang aiskrim dan sebagainya dibawa dari Malaysia kerana kampung Na Pho

tidak mempunyai sumber-sumber bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar dalam

kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan salah satu aspek yang tidak dilupakan

bagi membantu pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari, bahan bantu mengajar yang

dihasilkan adalah berbeza mengikut kesesuaian topik pengajaran pada hari tersebut.

5.5 IMPAK PENGAJARAN ‘FUN LEARNING’ BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS

Impak keseluruhan ‘Fun Learning’ ini dapat dilihat pada dua aspek iaitu aspek pada guru

dan aspek pada murid. Impak ini dapat dilihat selepas 10 hari pengajaran ‘Fun Learning’ di Na

Pho Primary School.

5.5.1 Impak pada Murid

5.5.1.1 Murid dapat menguasai asas bahasa Inggeris

Pembelajaran asas bahasa Inggeris ini membuka ruang pada setiap murid di sekolah ini

untuk mempelajari bahasa yang menjadi lingua franca di seluruh dunia ini. Dengan penguasaan

asas bahasa Inggeris, murid-murid ini dapat belajar dengan lebih mendalam bagi subjek bahasa

Inggeris apabila mereka meningkat dewasa. Pembelajaran bahasa asing ini juga dapat

membuka peluang para murid ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak.

5.5.1.2 Keyakinan murid dapat ditingkatkan

Pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti banyak melibatkan penglib

atan murid secara aktif di dalam kelas. Murid menjadi seronok dan bersemangat untuk

menjawab soalan di hadapan kelas, menyertai kuiz dan mengangkat tangan walaupun tidak

yakin sama ada jawapan betul atau salah. Keyakinan untuk bercakap dan menyebut jawapan

adalah lebih penting berbanding salah atau betulnya jawapan tersebut. Apabila keyakinan

Page 25: full report ban na pho

25

murid meningkat, pembelajaran mereka dalam kelas kelak akan menjadi mudah kerana masing-

masing akan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru.

5.5.2 Impak pada Guru

5.5.2.1 Guru mencontohi gaya pengajaran berpusatkan murid dan aktiviti

Para sukarelawan telah menunjukkan contoh pengajaran yang baik untuk diikuti oleh

para guru. Guru boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan ceria dengan

pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama murid sama ada di dalam atau di luar kelas.

Dengan ini, guru dapat mengubah kaedah pengajaran lama kepada kaedah pengajaran baharu

ini boleh membolehkan para murid belajar dengan lebih holistik dan proses pengajaran dan

pembelajaran masih boleh berjalan walaupun mengguna pakai konsep ‘belajar sambil bermain’.

5.5.2.2 Guru menguasai asas bahasa Inggeris

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, terdapat beberapa orang guru

yang berminat untuk belajar sekali bersama-sama murid. Dengan itu, guru-guru ini juga dapat

menguasai asas bahasa Inggeris seperti mana yang dikuasai oleh murid. Menariknya, guru-guru

ini boleh mengaplikasikan modul-modul yang telah diajar pada kanak-kanak yang masuk ke

sekolah pada sesi persekolah bagi tahun-tahun mendatang. Dengan itu, impak pembelajaran

bahasa Inggeris bukan terhenti pada 73 orang dan 6 orang guru sahaja malah berterusan pada

murid-murid akan datang selagi mana guru-guru tersebut terus mengajar bahasa Inggeris di

sekolah tersebut.

5.6 PENUTUP

Kesimpulannya, pembelajaran ‘Fun Learning’ bagi subjek bahasa Inggeris di Na Pho

Primary School, Luang Phrabang, Laos merupakan salah satu kejayaan tersebesar yang dapat

dicapai oleh 20 orang gabungan sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa dan sukarelawan Lao

Youth Union. Kejayaan ini menunjukkan bahawa para sukarelawan mampu untuk mendidik

kanak-kanak Laos walaupun terdapat kekangan dari segi bahasa mahupun persekitaran. Segala

Page 26: full report ban na pho

26

permasalahan dapat diatasi apabila semangat sukarelawan dan keprihatinan terhadap

masyarakat dirasai bersama. Hasil kerjasama yang mantap dari kedua-dua gabungan organisasi

sukarelawan telah membuatkan misi kluster pendidikan berjaya ditamatkan pada hari terakhir

berada di Laos iaitu 27 September 2014.

Page 27: full report ban na pho

27

Membuat Bahan Bantuan Mengajar

(BBM)

Membuat mural untuk memudahkan

pelajar mengingati ABC dan 123

Membuat boneka untuk sesi “story –

telling”

Membuat ujian ‘listening’,’speaking’ dan

‘writing’

Sukarelawan Naufal dan Loulou semasa

sesi “story – telling”

Sukarelawan syafawani sedang mengajar

pelajar

Page 28: full report ban na pho

28

KLUSTER

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Disediakan oleh:

1 NURATHIQAH BINTI MOHD FADZIL

2 ALISHA NUR BINTI MOHD NOOR

3 MOHD RADZMAN BIN MOHD RAJDI

Page 29: full report ban na pho

29

6.1 KAJIAN KES

Sebelum turun ke tapak misi kami iaitu di sekolah rendah Ban Napho lagi kami telah melakukan

perbincangan dan merangka aktiviti yang dijangkakan sesuai untuk dilakukan di sekolah berkenaan nanti.

Aktiviti yang dirangka berdasarkan pengalaman yang diambil oleh ahli-ahli kumpulan yang pernah

menyertai misi YSS dan juga melalui pendapat ahli-ahli lain. Aktiviti “brainstorming” dilakukan untuk

memastikan aktiviti yang sesuai dan mampu memberi impak yang mampan kepada pelajar-pelajar di

sekolah tersebut nanti.

Pada hari pertama kami bertugas di sekolah Ban Napho, kluster kesihatan telah mengambil

inisiatif untuk melakukan pemerhatian dan pemantauan untuk mengenalpasti permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar sekolah ini berkenaan masalah kebersihan. Setibanya kami di sekolah, pelajar

dilihat sedang melakukan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan sekolah. Mengikut maklumat yang

kami terima daripada pihak guru-guru dan director sekolah, pelajar akan membersihkan dan mengutip

sampah di sekitar kawasan sekolah seminggu sekali pada waktu pagi sebelum kelas bermula.

Rajah 6.0: Para sukarelawan turut serta dalam aktiviti membersihkan kawasan sekolah

Seusai sesi membersihkan kawasan sekolah tamat, pelajar akan terus masuk ke kelas tanpa

membasuh dan membersihkan tangan mereka. Hal ini merupakan suatu kebiasaan di sini kerana sumber

air yang terhad. Bekalan air bersih amatlah terhad. Sumber bekalan air bagi sekolah ini, malahan bagi

seluruh kampung ini adalah daripada air sungai yang mengalir di sepanjang kampung ini. Jika hujan lebat

turun pada hari tersebut, air sungai akan menjadi keruh dan air tersebutlah yang akan digunakan oleh

Page 30: full report ban na pho

30

penduduk kampung untuk aktiviti harian mereka. Kemudahan tandas yang disediakan di sekolah juga

amat terhad. Bekalan air yang ada ditandas dilihat tidak mampu menampung jumlah pelajar disekolah

tersebut. Di dalam tandas sekolah juga, kelihatan tiada sabun dibekalkan untuk murid membersihkan

tangan mereka selepas menggunakan tandas. Malahan, ada beberapa hari yang kami lihat kesemua

tandas sekolah telah dikunci dan murid terpaksa membuang air di sekitar kawasan sekolah.

Rajah 6.1: Hanya satu daripada empat tandas yang boleh digunakan

Walaupun sekolah ini tidak mempunyai kemudahan kantin, pelajar akan membeli makanan di

kedai yang terletak di hadapan sekolah pada waktu rehat. Tiada rutin membasuh tangan sebelum dan

selepas makan diamalkan dalam kalangan pelajar sekolah ini. Punca yang sama iaitu bekalan air tidak

mencukupi. Sekolah ini juga tidak mempunyai akses air yang mudah seperti pili air atau sinki untuk

memudahkan pelajar mencuci tangan mereka sebelum dan selepas makan atau selepas aktiviti riadah.

Mengikut pemerhatian dan pemantauan kami di dalam kelas juga, kuku pelajar kelihatan

panjang dan dipenuhi kotoran. Jika di Malaysia, aspek kebersihan kuku amat dititikberatkan di mana

pemeriksaan kuku akan dibuat oleh pengawas sekolah atau oleh guru sendiri pada setiap minggu.

Menyimpan kuku yang panjang merupakan satu kesalahan. Permasalahan lain berkenaan kebersihan

ialah pelajar tidak pernah didedahkan kepada teknik dan cara memberus gigi dengan betul. Di sekolah

ini juga tiada pemeriksaan gigi oleh doktor gigi seperti dilakukan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kedudukan kampung ini yang jauh daripada hospital mahupun klinik menyumbang kepada

permasalahan tersebut.

Page 31: full report ban na pho

31

6.2 SOLUSI

Kluster kesihatan yang diketuai oleh saudara Radzman dan dianggotai oleh saudari Alisha dan

saudari Nurathiqah Fadzil ini sekali lagi melakukan perbincangan untuk merangka semula aktiviti yang

sesuai untuk dijalankan di sekolah ini dalam masa 2 minggu. Setelah perbincangan dilakukan, kami

bersetuju untuk memfokuskan kepada memberi pendidikan kebersihan mengenai langkah membasuh

tangan dan memberus gigi dengan betul. Aktiviti ini akan diselitkan semasa sesi sekolah dan akan di

lakukan sebanyak dua kali untuk memastikan para pelajar betul-betul faham.

TARIKH MASA AKTIVITI

16/9/ 2014 3.00 – 4.00 Petang Membasuh tangan

18/9/ 2014 10.00 – 11.00 Pagi Memberus Gigi

23/9/ 2014 11.00 – 11.30 Pagi Membasuh tangan

Jadual 6.0: Jadual yang telah dibuat untuk aktiviti kluster kebersihan

Aktiviti demonstrasi membersihkan tangan dan menggosok gigi telah diketuai oleh saudara

Radzman dan dibantu oleh para sukarelawan yang lain. Rakan Lao Youth Union kami telah membantu

menterjemah arahan yang dikeluarkan oleh saudara Radzman kepada bahasa Laos agar para pelajar

dapat mengikuti aktiviti tersebut dengan lebih jelas. Para pelajar memberi kerjasama yang baik dalam

semua sesi yang kami jalankan.

Seusai demonstrasi langkah membasuh tangan dengan betul dilakukan, Saudari Alisha tampil ke

hadapan untuk memberikan sedikit pencerahan mengenai kepentingan membasuh tangan dan kesan

jika para pelajar tidak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Saudara Loulou telah bertindak

untuk membantu sebagai penterjemah.

Page 32: full report ban na pho

32

6.3 IMPAK

6.3.1 Impak kepada para pelajar

Pada waktu pagi sebelum kelas bermula, kami akan mengajukan soalan kepada para pelajar

samada mereka menggosok gigi dengan 4 langkah yang betul sebelum mereka ke sekolah. Respon yang

kami terima sangat positif. Pada hari terakhir sesi persekolahan juga, kami telah melakukan satu ujian

ringkas di mana kami meminta para pelajar untuk menunjukkan kepada kami langkah membasuh tangan

dengan betul. 9 daridapa 10 pelajar yang ditanya dapat melakukannya dengan betul.

Antara impak yang dapat kami perhatikan selepas mengadakan sesi pendidikan kebersihan adalah:

a. Apabila selepas makan di waktu rehat, para pelajar berebut untuk ke tandas bagi membasuh

tangan masin-masing.

b. Para pelajar terutamanya pelajar tadika, mula mengambil perhatian terhadap kekemasan diri

menggunakan konsep “tuck in shirt”.

c. Dahulunya, para pelajar tidak selalu untuk mengemaskan kelas, sekarang mereka juga telah

diterapkan dengan bukan sahaja kepentingan kebersihan diri tetapi juga kebersihan persekitaran.

Maka boleh dikatakan, selepas tamat sahaja sesi persekolahan, para pelajar akan mengemaskan

kelas seperti membuang sampah, menyapu kelas dan memadam papan hitam.

Kebersihan diri merangkumi dari pelbagai aspek iaitu dari segi aspek sikap, aspek didikan ibu

bapa dan juga aspek kawasan persekitaran. Maka perkara ini adalah abstrak dan konsep yang kami cuba

terapkan kepada setiap para pelajar adalah dari sudut konsep kesedaran dan kepentingan kebersihan

diri dan persekitaran. Apabila sudah diterangkan faktor faktor perlu menjaga kebersihan, jadi para

pelajar mengetahui dan mula mengambil berat. Sedikit demi sedikit mereka mengambil inisiatif, hasil

dari pembelajaran dan pemantauan, untuk membasuh tangan, membersihkan diri, dan sebagainya.

Pemantauan berpanjangan adalah harapan kami dari kluster kebersihan bagi meneruskan konsep ini

agar para pelajar dapat mencegah dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang penyakit.

Page 33: full report ban na pho

33

6.4 PENGEDARAN RISALAH KESIHATAN

Pada waktu pagi, kluster kebersihan mengagihkan risalah kesihatan yang dibawa dari Malaysia

kepada beberapa kumpulan. 5 kumpulan dibentuk. Setiap kumpulan ada 4 orang. Kluster kebersihan

memecahkan setiap kumpulan kepada beberapa bahagian untuk pergi ke rumah. Antara risalah yang

diedarkan adalah berkenaan kanser payudara, bahaya merokok, cara pemakanan yang betul dan

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Sasaran pengagihan risalah kesihatan kami adalah lebih 10 buah

rumah. hasilnya sasaran tersebut tercapai. Kami berjaya pergi ke 12 buah rumah.

Sukarelawan Khairul dan Somchan sedang menerangkan kandungan risalah yang diedarkan

Sebaik tamat sahaja sesi pengagihan risalah kesihatan tersebut, kluster kebersihan cuba

mendapatkan maklum balas daripada sukarelawan Laos yang menjadi penterjemah kepada penduduk

kampung. Haslinya, maklum balas yang diterima sangat baik. Kerana sebelum ini sebahagian penduduk

kampung tidak mengetahui berkenaan gaya hidup sihat dan kanser. Manakala sebahagian penduduk

kampung lagi mempunyai pengetahuan serba sedikit berkenaan gaya hidup sihat dan kanser dengan

menonton ditelevisyen. Kedatangan kami memberi impak yang besar kepada penduduk kampung dalam

memberi penjelasan dan penerangan berkenaan gaya hidup sihat dan kanser serta tujuan misi

sukarelawan ini.

Page 34: full report ban na pho

34

Sukarelawan Naufal mengajar cara yang

betul membasuh tangan

Reaksi para pelajar selepas membasuh

tangan

Sukarelawan Razman memberikan

penerangan tentang cara yang betul

menggosok gigi

Sukarelawan Ain mengetip kuku selepas

membasuh tangan

Page 35: full report ban na pho

35

Sukarelawan Laos, Mor membantu para

pelajar menggosok gigi.

Para pelajar menggosok gigi setelah

diberi ‘briefing’

Sukarelawan mengagihkan berus gigi Reaksi para pelajar apabila diberikan

berus gigi

Page 36: full report ban na pho

36

KLUSTER INFORMATION AND COMMUNICATION

TECHNOLOGY (ICT)

Disediakan oleh:

MUHAMMAD AZMI BIN ZAINI

Page 37: full report ban na pho

37

7.0 KLUSTER INFORMATION AND TECHNOLOGY (ICT)

7.1 KAJIAN KES

Di Sekolah Rendah Ban Na Pho tidak mempunyai komputer langsung dan alhamdulilah

Satu komputer telah disumbangkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Guru-guru di sini

tidak tahu menggunakan komputer meskipun mereka pernah melihat komputer dan mereka

tahu komponen-komponen komputer. Berbeza pula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah di

sini yang tidak tahu langsung kewujudan komputer, tidak tahu komponen-komponen komputer

meskipun mereka tahu kewujudan permainan atas talian ataupun permainan di dalam

komputer. Mereka lebih terdedah kepada permainan di dalam telefon bimbit dan kebanyakkan

guru-guru mempunyai telefon bimbit sendiri.

7.2 SOLUSI

Bagi kluster ict, beberapa solusi telah di ambil dan dalam perancangan. Antaranya ialah:

7.2.1 Pelajar

Solusi 1 : pengenalan komponen-komponen komputer secara teori.

Solusi 2 : melukis komponen-komponen komputer di dalam buku.

Solusi 3: melukis komponen-komponen komputer di atas papan hitam kecil dan

membentangkan di hadapan pelajar-pelajar lain sambil menyebut nama

komponen tersebut.

Solusi 4: pengenalan komponen-komponen komputer secara dekat dengan membuat

lawatan ke bilik komputer bertempat di bilik darjah tadika.

7.2.2 Guru

Solusi 1: pengenalan ringkas kepada komponen-komponen komputer.

Solusi 2: cara membuka dan menutup komputer secara teratur dan betul.

Solusi 3: pengenalan kepada papan kekunci, cara menaip, cara mengunakan tetukis dan

lain-lain fungsi setiap komponen.

Page 38: full report ban na pho

38

Solusi 4: pengenalan kepada aplikasi Microsoft word, dan aplikasi Microsoft powerpoint,

cara mencetak hasil kerja di dalam Microsoft word dan Microsoft power point.

Solusi 5: pengenalan kepada internet, cara mencari informasi atas talian.

7.3 TINDAKAN

7.3.1 Pelajar

Mengadakan kelas komputer selama satu jam setiap hari. Kelas diadakan pada jam 3-

4petang. konsep santai diadakan kerana di sebelah petang pelajar-pelajar kelihatan letih dan

tidak bermaya. Kelas petang ini melibatkan kesemua murid. Silibus pembelajaran mengikut

seperti solusi di atas. Setiap hari akan diulang pembelajaran semalam agar pelajar-pelajar tidak

terus lupa apa yang di ajarkan.

7.3.2 Guru-guru

Kelas komputer untuk guru-guru pula adalah setiap hari sewaktu kelas harian guru di

ambil alih oleh sukarelawan antara jam 10 hingga 11.30 pagi dan 3-4 petang. sewaktu ini lah

dua sukarelawan dari Laos dan Malaysia mengajar seramai 6 orang guru. Silibus pembelajaran

mengikut seperti solusi di atas. selepas di ajar, guru akan terus di berikan pembelajaran secara

praktikal untuk setiap seorang dari mereka menggunakan satu komputer yang disumbangkan.

Kesilapan dan kesalahan akan terus di tegur. Antara kesalahan ketara, penyalahgunaan tetikus.

7.4 DASAR

Terdapat beberapa dasar yang dibuat oleh kerajaan Laos dan kami cuba untuk

mendukung dan menjayakan dasar-dasar itu kepada pelajar serta guru-guru di sekolah Ban Na

Pho ini. Harapan kami terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah ini agar kelak mereka dapat

mengajar kepada pelajar pula. Antara dasar berkenaan ict yang dibuat oleh kerajaan Laos

mereka sendiri adalah:

Page 39: full report ban na pho

39

Dasar 1: Application (permohonan)

Dasar ini dibuat agar pengurusan yang lebih cepat dan teratur dalam mengisi boring-

borang secara atas talian. Sebagai contoh e.goverment, e-tourism dan bangking. Apa yang kami

lakukan adalah kami mengajar guru-guru untuk menggunakan internet mencari informasi

secara atas talian.

Dasar 2: HR Development (Pembangunan sumber manusia)

Dasar ini dibuat bagi memastikan penduduk di Laos mempunyai ilmu berkenaan

komputer. Terdapat banyak aktiviti yang cuba mereka lakukan bagi memastikan setiap

penduduk dan semua golongan mempunyai ilmu berkenaan ict ini. Antara aktiviti mereka

adalah pre-school and general education programme, non-formal education programme,

teacher training programme, vocational and higher education programme and administration

and management programme. Apa yang kami lakukan di sekolah ini kami sedang melakukan

aktiviti yang pertama iaitu pre-school and general education programme kepada pelajar-pelajar

sekolah rendah dan guru-guru yang tidak pernah menggunakan komputer sama sekali.

Dasar 3: standardlization and localization (menyelaras dan menempatankan)

Dasar ini bagi mempromosi komponen, aplikasi yang selaras dan bagi memastikan alat

digital di dalam bahasa Lao. Namun kerajaan Laos harus menerima Unicode khas didalam script

Lao. Kami menyokong dasar ini dengan meminta bantuan rakan kami di Laos untuk membantu

menukar dan menerangkan maksud setiap perkataan yang digunakan di dalam komputer agar

mereka senang mengendalikan komputer tersebut.

Page 40: full report ban na pho

40

7.5 IMPAK

7.5.1 Pelajar

Impak 1: pelajar mampu melukis dan mengenali komponen komputer

Bukti 1: ujian bertulis telah di lakukan.

7.5.2 Guru

Impak 1: Guru-guru sudah tahu membuka komputer sendiri tanpa pengawasan dari

sukarelawan.

Bukti 1: Sukarelawan memerhati dari luar kelas.

Impak 2: Guru-guru yakin untuk mencuba dan belajar komputer secara sendirian dan

mempraktikan apa yang telah di pelajari.

Bukti 2: sukarelawan terlihat secara tidak sengaja dari jauh.

Impak 3: Guru-guru sudah tahu menggunakan email dan mencetak hasil kerja.

Bukti 3: Gambar sewaktu mencetak telah di ambil.

Impak 4: 4 orang dari 6 orang guru telah berjaya menggunakan komputer seperti yang di

pelajari.

Bukti 4: Rakaman video menunjukkan.

Page 41: full report ban na pho

41

Penyerahan komputer dari pihak YSS

kepada sekolah Na Pho

Sukarelawan Laos, Bobo mengajar para guru

untuk menggunakan komputer

Membuat ujian kepada para pelajar untuk

mengenal pasti kefahaman mereka

Direktor sekolah sudah boleh menggunakan

komputer selepas diajar oleh sukarelawan

Page 42: full report ban na pho

42

KLUSTER

KHIDMAT KOMUNITI

Disediakan oleh:

1 MUHAMMAD KHAIRUL REZWAN BIN ABDUL RAHMAN

2 AINELLIN CHONG 3 NURAIN ZAKIAH BINTI MD HAZIZI

Page 43: full report ban na pho

43

8.0 KHIDMAT KOMUNITI

8.1 PROJEK KOMUNITI 1(i): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN

KAMPUNG

8.1.1 Kajian Kes

Masalah yang kami kenal pasti ialah kelihatan sampah-sampah berupa plastik

berteraburan di jalan-jalan masuk dan ini meyebabkan permandangan persekitaran melalui

pemerhatian kami adalah tidak baik. Faktor-faktor berlaku pembuangan sampah adalah

berpunca daripada kesedaran yang rendah oleh penduduk-penduduk kampung dan kanak-

kanak yang membuang plastik bungkusan makanan ringan.

8.1.2 Solusi

Langkah-langkah awal yang kami ambil ialah menyediakan plastik-plastik sampah

berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan untuk mengumpul sampah dan kami berikan

kepada pecahan kumpulan-kumpulan sukarelawan. Aktiviti dimulakan dengan mengambil arah

berasingan bagi setiap kumpulan untuk mengutip dan mengumpulkan sampah dan

kemudiannya berkumpul di satu tempat yang sama seperti yang telah di tetapkan.

8.1.3 Impak Keberkesanan

8.1.3.1 Mahasiswa

Keberkesanan hasil daripada aktiviti gotong-royong ini boleh dilihat apabila penduduk-

penduduk kampung yang berada di luar rumah melihat kesungguhan kami para sukarelawan

bekerja membersihkan sekitar kampong. Impak keberkesanan ini dapat di rasai oleh mahasiswa

tentang kepentingan bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

8.1.3.2 Komuniti

Ini termasuklah menyedarkan komuniti setempat untuk lebih prihatin dalam membuang

sampah di tempat yang sepatutnya.

Page 44: full report ban na pho

44

8.1.3.3 Kesukarelawanan

Melalui usaha kami ini, semangat kesukarelawan terhadap belia di negara ini

terutamanya belia penduduk kampung tersebut di pengaruhi dan di fahami untuk mereka juga

turut bersama-sama menyertai kerja-kerja sukarelawan bagi menyumbangkan sesuatu kepada

negara mereka

8.1.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

Bersesuaian dengan penampilan kami dengan berpakaian baju T-Shirt Sukarelawan

Siswa YSS secara tidak langsung mengangkat martabat organisasi Yayasan Sukarelawan Siswa

sebagai badan sukarelawan generasi muda yang jitu dan bervisi didalam kerja-kerja

sukarelawan.

8.1.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia

Maka, identiti Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut mendapat nama baik kerana

sesungguhnya adalah menjadi dasar negara Malaysia mendidik belia tentang menjaga

kebersihan alam sekitar itu adalah penting bagi setiap individu.

Sukarelawan sedang mengutip sampah di

kawasan kampung

bergotong –royong sambil beramah mesra

bersama penduduk kampung

Page 45: full report ban na pho

45

8.2 PROJEK KOMUNITI 1(ii): GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN

SEKOLAH

8.2.1 Kajian Kes

Masalah yang dikenalpasti, faktor-faktor punca masalah, langkah-langkah dan aktiviti

serta keberkesanannya adalah hampir serupa dengan Projek Komuniti 1 kecuali skop

pembersihan hanya tertumpu kepada kawasan sekolah termasuklah bilik-bilik darjah dah pra-

sekolah.

8.2.2 Impak Keberkesanan

Manakala keberkesanannya pula dapat member keselesaan yang lebih baik kepada

pelajar-pelajar dan mendidik kanak-kanak tersebut tentang kepentingan menjaga kebersihan

tempat mereka menuntut ilmu.

Sukarelawan Bay mengemas kemas Keadaan di kelas selepas mengemas

Page 46: full report ban na pho

46

8.3 PROJEK KOMUNITI 2: PEMBINAAN SEMULA PAGAR SEKOLAH

8.3.1 Kajian Kes

Masalah dikenalpasti setelah melihat keadaan pintu pagar yang telah usang, struktur

kayu yang telah reput dan tidak berfungsi dengan baik. Faktor-faktor ianya terjadi ialah

berpunca daripada tiada keprihatinan penduduk perkampungan itu sendiri untuk memperbaiki

mahupun menggantikan dengan pintu pagar yang baru bagi menjaga keselamatan sekolah.

8.3.2 Solusi

Langkah-langkah awal dalam merencana pembinaan pintu pagar sekolah yang baru ialah

kami merobohkan pintu pagar yang lama dan mengambil komponen-komponen penting yang

boleh digunakan semula pada hari pertama. Pada hari kedua, aktiviti waktu pagi kami adalah

mengambil kayu-kayu buluh lebihan daripada Tokong Wat Ban Na Pho sebagai salah satu bahan

binaan pintu pagar sekolah. Pada waktu tengah hari pula, kami dibenarkan untuk pergi ke

Pekan Luang Prabang untuk membeli barang-barang peralatan seperti kayu, cat, berus, engsel,

paku dan simen.

Projek Komuniti 2 pada hari kedua berakhir dengan aktiviti kami mengutip batu-batu

dan pasir-pasir di sungai untuk bahan campuran simen bagi memperkukuhkan struktur tiang

yang bakal digantungkan dengan pintu pagar yang kami akan siapkan keesokan harinya. Ini

termasuklah memotong buluh-buluh mengikut ukuran dimensi spesifikasi yang telah

direkabentuk oleh ketua kluster khidmat masyarakat.

Aktiviti hari ketiga ialah memotong dan membentukkan pintu pagar termasuklah

membuat tanggam struktur bingkai sebelum dipakukan secara kekal bagi sebelah pintu pagar

yang sempat disiapkan hari tersebut. Pada hari terakhir, kami menyiapkan kedua-dua belah

pintu pagar sekolah tersebut dan mengecatkannya bertemakan warna kedua-dua buah negara.

Setelah kering cat barulah kami memasang engsel bagi menggantungkan pintu pagar tersebut

kepada tiang katu yang telah dipasak dan disimen ke tanah. Proses menguji keupayaan binaan

baru pintu pagar sekolah tersebut telah berjaya hasilnya.

Page 47: full report ban na pho

47

8.3.3 Impak Keberkesanan

8.3.3.1 Mahasiswa

Keberkesanan hasil daripada pembinaan pintu pagar sekolah yang baru bagi

menggantikan pintu pagar yang usang telah dapat dirasai impaknya kepada mahasiswa itu

sendiri apabila masing-masing berkongsi kemahiran menukang yang tinggi. Keadaan

memerlukan kepakaran dan ketepatan dalam membentuk kayu dan mencantumkannya

menjadi sepasang pintu pagar sekolah.

8.3.3.2 Komuniti

Impak kepada komuniti itu sendiri dapat dirasai dengan adanya pintu pagar yang lebih

berfungsi, menarik dan selamat bagi penduduk perkampungan ini yang rata-ratanya

menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu disini.

8.3.3.3 Kesukarelawanan

Kepentingan kerjasama didalam kumpulan, bertolak ansur dan fleksibel adalah amat

penting untuk semangat kesukarelawanan dalam melakukan aktiviti sebegini.

8.3.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

Melalui pengalaman membina pintu pagar ini, sukarelawan YSS boleh berkongsi

pengalaman sekiranya terdapat misi sukarelawan yang lain dibawah anjuean YSS itu sendiri dan

perkara ini amat berguna kepada badan sukarelawan tersebut.

8.3.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia

Malaysia melalui Kementerian Pendidikannya amat bertuah kerana telah melahirkan

sukarelawan mahasiswa dan belia yang berguna kepada negara yang bukan sahaja mampu

menyumbang jasa kepada negara sendiri malah mampu membantu negara lain dalam

membangunkan belia-belia mereka melalui kerja-kerja kesukarelawanan.

Page 48: full report ban na pho

48

Keadaan pagar sekolah sebelum para

sukarelawan membuat pagar yang baru

Para sukarelawan mencabut kayu

untuk membuat pagar yang baru

Sukarelawan mengambil buluh dari

hujung kampung

Sukarelawan mengambil batu sungai

untuk kegunaan membuat pagar

Mengambil pasir dari kawasan sungai

untuk kegunaan membuat pagar

Sukarelawan Arif membancuh simen

untuk ditanam untuk mengukuhkan

pagar

Page 49: full report ban na pho

49

Sukarelawan membuat rangka untuk

membuat pagar yang baru

Sukarelawan mengecat pagar dengan

warna bendera Malaysia sebagai simbolik

Sukarelawan sedang memasang pagar

yang telah siap

Pagar yang telah siap kami pasang.

Page 50: full report ban na pho

50

8.4 PROJEK KOMUNITI 3: MELUKIS DAN MENGECAT DINDING (MURAL)

8.4.1 Kajian Kes

Melihat keadaan sekeliling kelas tiada bahan imej mengajar dalam Bahasa Inggeris dan

ini merupakan masalah yang telah kami kenal pasti dalam menyampaikan ilmu berkenaan ABC

dan angka. Ini adalah berikut faktor-faktor berpunca daripada keadaan guru mereka turut tidak

mahir dalam Bahasa Inggeris terutama asas ABC dan angka termasuklah keadaan di dinding

bilik darjah lebih kelihatan bahan bantuan mengajar di dalam Bahasa Lao.

8.4.2 Solusi

Langkah-langkah awal selain daripada kami mengajar di dalam kelas dengan menulis

menggunakan kapur di papan hitam untuk pengenalan ABC, angka dan lain-lain di dalam

Bahasa Inggeris, kami juga turut bercadang ingin meletakkan sesuatu yang akan kekal dan

mudah dilihat oleh pelajar-pelajar di dinding bilik darjah mereka semasa proses Pengajaran dan

Pengajaran. Aktiviti melukis mural ini bermula dengan mendapatkan peralatan-peralatan

seperti cat warna, berus dan peluntur thinner. Peralatan tambahan seperti tangga adalah hasil

pertukangan sukarelawan itu sendiri.

Kreativiti melukis dan mengecat mural adalah bergantung kepada setiap sukarelawan

yang bertanggungjawab terhadap bilik darjah masing-masing. Memandangkan misi kami

tertumpu kepada kluster pendidikan maka pengenalan ABC dan angka 1 hingga 10 di dalam

Bahasa Inggeris adalah dititik beratkan terlebih dahulu. Terdapat juga lukisan haiwan-haiwan,

tumbuh-tumbuhan dan corak-corak itu adalah penambahan bagi menambahkan daya tarikan

lukisan mural para sukarelawan

8.4.3 Impak Keberkesanan

8.4.3.1 Mahasiswa

Setelah tamat aktiviti melukis mural ini dapat dilihat keesokkan harinya sewaktu hari

pertama bagi minggu baru sesi persekolahan apabila murid-murid begitu tertarik dengan

keadaan bilik darjah mereka yang lebih warna-warni dengan bahan bantuan mengajar Bahasa

Page 51: full report ban na pho

51

Inggeris yang begitu mudah untuk di ingati. Bagi sukarelawan siswa kedua-dua negara, kami

telah menjadi lebih berani menonjolkan dan menambahbaik kreativiti seni lukis dan mewarna

mural tersebut.

8.4.3.2 Komuniti

Keberkesanan kepada komuniti pula, proses mengingati semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran adalah lebih berkesan, Dengan keadaan itu, ibubapa pelajar-pelajar lebih yakin

bahawa pendidikan Bahasa Inggeris sudah pasti lebih difahami oleh anak-anak mereka yang

lebih bersungguh-sungguh belajar semasa menuntut ilmu di dalam kelas

8.4.3.3 Kesukarelawanan

Semangat kesukarelawanan inilah yang diperlukan oleh setiap sukarelawan bagi

memastikan hasil kerja-kerja sukarelawan mereka secara tidak langsung dapat mendidik dan

mencambah ilmu kepada mereka yang memerlukan

8.4.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

YSS bakal melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan siswa yang begitu kreatif dalam

menghasilkan bahan bantu mengajar sekiranya kluster pendidikan diutamakan.

8.4.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia

Secara tidak langsung, Kementerian Pendidikan Malaysia dikenal pasti sebagai sumber

wujudnya graduan-graduan belia yang begitu mementingkan kreativiti dalam usaha

menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat.

Page 52: full report ban na pho

52

Keadaan kelas sebelum projek ini Sukarelawan Lao melukis mural

Sukarelawan syafawani melukis

mural

Mural membantu pelajar

mengingati ABC

Page 53: full report ban na pho

53

8.5 PROJEK KOMUNITI 4: PENYAMBUNGAN WAYAR DI BANGUNAN SEKOLAH

RENDAH BAN NA PHO

8.5.1 Kajian Kes

Berikutan daripada permasalahan sumber bekalan tenaga elektrik yang hanya ada di

bilik darjah 5 di hujung bahagian awal bangunan sekolah yang tidak selamat maka Pengarah

sekolah telah membuat keputusan supaya komputer hasil sumbangan YSS diletakkan dan

disimpan di bilik pra-sekolah di hujung bahagian akhir bangunan sekolah yang lebih selamat

namun tidak mempunyai sumber bekalan tenaga elektrik.

8.5.2 Solusi

Sukarelawan siswa mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk tidak mengupah

juruelektrik tempatan bagi menyambung wayar kabel elektrik sepanjang bangunan. Peralatan-

peralatan dan komponen-komponen penyambungan saluran bekalan elektrik seperti multi-

soket, kabel, plug dan penyangkut wayar telah kami beli terdahulu. Proses penyambungan

wayar dimulakan dengan menyambung pangkal kabel wayar dengan plug yang bakal di cantum

dengan soket punca bekalan tenaga elektrik di dinding bilik darjah 5.

Kabel wayar kemudian di sangkutkan dengan memakukan penyangkut kabel di

sepanjang bahagian atas kawasan luar bilik darjah 5 hinggalah ke dinding bahagian belakang

bilik pra-sekolah. Di hujung kabel wayar tersebut kemudiannya disambungkan dengan multi-

soket yang mempunyai 4 soket yang boleh digunakan kemudian dipakukan melekat di dinding.

Ujian terhadap penyambungan tersebut berjaya setelah diuji dengan memasang pengecas

bateri telefon bimbit.

Keesokkan harinya, komputer dan mesin pencetak berjaya digunakan dan beroperasi

untuk proses pendidikan kluster ICT kepada pelajar-pelajar Darjah 1 dan terutamanya dalam

melatih pengarah dan guru-guru sekolah tersebut.

Page 54: full report ban na pho

54

8.5.3 Impak Keberkesanan

8.5.3.1 Mahasiswa

Aktiviti ini memberi impak keberkesanan yang besar terhadap kemahiran individu siswa

secara tidak langsung mempengaruhi sukarelawan siswa yang lain dalam mendalami kemahiran

melakukan penyambungan bekalan tenaga elektrik

8.5.3.2 Komuniti

Hasil daripada penyambungan bekalan tenaga elektrik inilah komuniti setempat

terutama penghuni sekolah iaitu guru-guru dan pelajar-pelajar dapat mendalami ilmu teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) dengan memahami asas-asas penggunaan komputer secara

tidak langsung yakin akan keselamatan tempat penyimpanan komputer tersebut.

8.5.3.3 Kesukarelawanan

Bagi aspek kesukarelawanan pula, keadaan ini juga menarik perhatian dan

mempengaruhi sukarelawan siswa kedua-dua buah negara mengenai kepentingan kemahiran

penyambungan saluran bekalan elektrik.

8.5.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

Impak positif kepada YSS sendiri juga dapat melahirkan sukarelawan siswa yang

berkemahiran teknikal dalam membantu masyarakat.

8.5.3.5 Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekiranya siswa tidak mempunyai apa-apa kemahiran, daripada keadaan inilah KPM

dapat membantu kekurangan siswa yang mencari inisiatif sendiri bagi membangunkan

kemahiran diri.

Page 55: full report ban na pho

55

Sukarelawan Khairul dan Razman membuat

wiring di sekolah untuk membolehkan

sekolah menggunakan komputer

Wiring dilakukan dari kelas darjah lima

hingga ke tadika kerana hanya kelas darjah

5 mempunyai plak

Pemasangan plak untuk membuka

komputer berjaya

Page 56: full report ban na pho

56

8.6 PROJEK KOMUNITI 5: MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BAGI SEKOLAH

RENDAH BAN NA PHO

8.6.1 Kajian Kes

Berikutan iklim hujan selama 3 bulan menyebabkan laluan ke sekolah menjadi becak

ditakungi air dan menghasilkan lumpur-lumpur yang tidak selamat untuk dilalui terutama oleh

pelajar-pelajar dan guru-guru. Kelihatan pada kaki anak-anak murid sekolah tersebut terdapat

kudis-kudis akibat tidak menjaga kesihatan kulit mereka masing-masing dengan keadaan selalu

tidak berkasut dan kadang-kadang berkaki ayam berjalan-jalan dan bermain di sekitar sekolah

termasuklah di laluan berlumpur tersebut

8.6.2 Solusi

Langkah-langkah awal ialah para sukarelawan berkumpul berbincang dan mendapatkan

persefahaman bagi mereka bentuk laluan yang ingin dibina. Peralatan yang digunakan hanyalah

kayu-kayu dahan dan kayu-kayu kitar semula. Pasir sungai yang diambil diletakkan sebagai asas

laluan tersebut sebelum diletakkan laluan seperti titi diatasnya.

8.6.3 Impak Keberkesanan

8.6.3.1 Mahasiswa

Disini dapat dilihat kemahiran-kemahiran pertukangan masing-masing hanya demi

untuk mempermudahkan masyarakat setempat. Keprihatinan tinggi sukarelawan siswa

terhadap laluan pelajar-pelaja dan penduduk kampung adalah impak terbesar bagi memastikan

laluan itu selamat dan bersih bagi mengelakkan laluan berlumpur.

8.6.3.2 Komuniti

Bagi kesan terhadap komuniti pula mereka dapat mengelakkan penyakit kulit dan

menjamin kebersihan diri pelajar-pelajar sekolah khasnya dan para penduduk kampung secara

amnya.

Page 57: full report ban na pho

57

8.6.3.3 Kesukarelawan

Semangat kesukarelawanan inilah yang menyuntik melahirkan kemahiran inovasi siswa

dalam menyelesaikan masalah penduduk setempat

8.6.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

YSS juga akan turut berbangga dapat melahirkan sukarelawan yang inovatif bagi

membantu negara dalam menyelesaikan masalah masyarakat di Malaysia

Page 58: full report ban na pho

58

Sukarelawan melihat kawasan

berlumpur yang menjadi laluan pelajar

Sukarelawan menggunakan kayu

terpakai untuk membuat laluan

pejalan kaki

Sukarelawan Khairul membuat garisan

penanda untuk membuat laluan pejalan

kaki

Sukarelawan Naufal mengambil pasir

dari sungai untuk membuat laluan

pejalan kaki

Laluan pejalan yang kami rancangkan

sudah siap dan sedia untuk digunakan

Pelajar sudah menggunakan laluan

pejalan kaki dan kaki mereka juga tidak

kotor kerana terkena lumpur

Page 59: full report ban na pho

59

8.7 PROJEK KOMUNITI 6: MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI TANGGA SEDIA

ADA DI BAHAGIAN PAGAR SEKOLAH

8.7.1 Kajian Kes

Ianya diwujudkan oleh penduduk kampung namun keadaannya adalah tidak selamat

kerana melalui pemerhatian terdapat kanak-kanak terjatuh ketika menuruni tangga tersebut.

Keadaan ini tidak disedari oleh penduduk kampung itu sendiri berkenaan keutamaan

keselamatan kanak-kanak kecil yang merupakan pelajar-pelajar sekolah disitu.

8.7.2 Solusi

Langkah-langkah awal kami ialah menggunakan kayu-kayu dahan terpakai dan kami

menukang, memotong, menanam dan memaku kayu-kayu tersebut menjadikan ianya sebagai

pemegang bagi tangga sedia ada tersebut. Keadaan kayu-kayu tempat pemijak juga menjadi

lebih selamat untuk dinaiki dan dituruni.

8.7.3 Impak Keberkesanan

8.7.3.1. Mahasiswa

Hasil daripada pembinaan dan pengubahsuaian ini sukarelawan siswa menjadi lebih

kreatif dalam mengubahsuai kemudahan penduduk yang telah sedia ada tetapi lebih

meletakkan perhatian daripada segi keselamatan penggunaannya.

8.7.3.2 Komuniti

Keadaan ini dapat membantu menyedarkan penduduk kampung terhadap keutamaan

keselamatan kemudahan-kemudahan lain yang masih digunakan sehingga hari ini.

8.7.3.3 Kesukarelawanan

Daripada segi semangat kesukarelawanan, ianya dapat mendidik sukarelawan siswa

untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling terutama berkaitan isu-isu keselamatan kanak-

kanak.

Page 60: full report ban na pho

60

8.7.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

YSS dan KPM akan memastikan individu yang bergelar sukarelawan siswa mempunyai

sifat-sifat positif seperti mengutamakan keselamatan bagi membantu masyarakat yang

memerlukan dan menjaga diri sendiri.

Tangga yang menjadi laluan para pelajar

dan guru untuk ke sekolah

Sukarelawan membuat pemegang pada

tangga agar para pelajar dan guru tidak

jatuh ketika menuruni tangga kerana

tangga itu agak curam

Para pelajar dan guru sudah gembira

menggunakan tangga kerana mereka sudah

ada pemegang untuk naik tangga

Page 61: full report ban na pho

61

8.8 PROJEK KOMUNITI 7: MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI

8.8.1 Kajian Kes

Masalah hanya dikenalpasti pada minggu kedua apabila seorang guru mengatakan

terdapat bilik darjah yang tidak digunakan dan menjadi stor penyimpanan. Apabila diminta

kebenaran untuk Pengarah sekolah membuka bilik darjah tersebut didapati terdapat pelbagai

buku-buku didalam dua buah rak yang dikenal pasti masih bleh digunakan..Keadaan bilik darjah

yang tidak digunakan itu telah kami membuat keputusan untuk dibersihkan dan dijadikan

perpustakaan mini.

8.8.2 Solusi

Langkah-langkah awal ialah kami membersihkan bilik darjah tersebut dengan

mengeluarkan dan mengosongkan barang-barang didalamnya diletakkan di luar. Proses

seterusnnya kami mendekorasi susunan bahagian perpustakaan pada bahagian hadapan dan

stor simpanan di bahagian belakang bilik darjah berkenaan.

Kerusi dan meja disusun mengikut pelan. Rak-rak buku dipakukan di tepi dinding dan di

atas meja bagi menjamn kestabilan dan keselamatannya. Akhir sekali, bilik perpustakaan mini

tersebut dihiasi dengan lukisan mural bagi menarik perhatian pelajar-pelajar yang tertunggu-

tunggu untuk bilik perpustakaan tersebut siap untuk digunakan.

8.8.3 Impak Keberkesanan

8.8.3.1 Mahasiswa

Impak keberkesanan yang dirasai oleh siswa ialah rasa tanggungjawab pada diri setiap

sukarelawan siswa untuk sentiasa menyebarkan ilmu

8.8.3.2 Komuniti

Dengan wujudnya perpustakaan mini ini, masyarakat setempat lebih memberi perhatian

kepada menerap nilai-nilai murni amalan membaca daripada peringkat usia seawal pra-sekolah

lagi.

Page 62: full report ban na pho

62

8.8.3.3 Kesukarelawan

Ini adalah memastikan semangat sukarelawan siswa juga turut mementingkan

penyebaran ilmu kepada komuniti.

8.8.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

Secara tidak langsung memenuhi galakan daripada YSS dan KPM untuk menyebarkan

ilmu pengetahuan melalui pusat sumber seperti perpustakaan mini.

Sukarelawan berbincang untuk memyusun meja

di dalam perpustakaan

Sukarelawan mngeluarkan meja dari bilik

tersebut untuk menyapu dan mengelap

Para pelajar sangat teruja untuk menggunakan

perpustakaan yang berwajah baru

Page 63: full report ban na pho

63

8.9 PROJEK KOMUNITI 8: MEMBINA TIANG GOL

8.9.1 Kajian Kes

Masalah yang dikenalpasti ialah kanak-kanak dan belia di perkampungan berkenaan

aktif dalam permainan sukan pada setiap petang, namun mereka tidak mampu untuk

menyediakan kemudahan sukan yang menyerupai permainan tersebut iaitu bola sepak.

Sewajarnya semangat kesukanan tinggi yang telah ada pada diri mereka mampu menyedarkan

tentang kepentingan mempunyai tiang gol seakan-akan yang sebenar bagi merasai keghairahan

sewaktu bermain sukan bola sepak. Kesukaran memastikan sama ada bola telah gol atau tidak

sama sekali susah untuk dipastikan dan kadang kala menjadi punca peselisihan.

8.9.2 Solusi

Langkah-langkah awal kami ialah merasai keadaan sebenar bermain bola melalui

perlawanan persahabatan diantara sukarelawan YSS dan LYU pada hari kedua di perkampungan

ini. Berikutan ada lebihan kayu buluh hasil pembinaan pintu pagar sekolah, melalui reka bentuk

yang kami lakarkan dan dipersetujui maka dibina 2 buah gol bersaiz sederhana untuk

kemudahan sukan bola sepak bagi masyarakat kampung tersebut terutama kepada belia.

8.9.3 Impak Keberkesanan

8.9.3.1 Mahasiswa

Semangat kesukanan yang tinggi terkesan kepada diri sukarelawan siswa berikutan

daripada aktiviti ini.

8.9.3.2 Komuniti

Sumbangan usaha kami adalah bagi membantu komuniti menyediakan kemudahan

sukan yang menyerupai keperluan sukan itu sendiri iaitu tiang gol bagi sukan bola sepak.

Page 64: full report ban na pho

64

8.9.3.3 Kesukarelawanan

Maka, disinilah semangat kesukarelawan itu tampak lebih versatile bukan sekadar

memberi fokus kepada kluster-kluster tertentu sahaja

8.9.3.4 Yayasan Sukarelawan Siswa

YSS secara khususnya dan KPM secara amnya turut ingin melahirkan sukarelawan siswa

dan belia yang mementingkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Padang bola di kampung mereka tidak

mempunyai tiang gol. Mereka hanya

menggunakan selipar sebagai penanda

Sukarelawan Khairul,Loulou dan Chan

membuat tiang gol yang baru untuk

menaikkan semangat anak muda di

kampung itu bersukan

Siap sahaja tiang gol, mereka terus bermain

bola dan para sukarelawan juga turut

bermain bola sepak bersama mereka

Page 65: full report ban na pho

65

8.10 PROJEK KOMUNITI 9: MEMPERBAHARUI PAPAN KENYATAAN DI TENGAH-

TENGAH KAWASAN KEJIRANAN PENDUDUK KAMPUNG BAN NA PHO

8.10.1 Kajian Kes

Berikutan keadaan papan kenyataan yang kelihatan tidak diambil endah lagi, berserta

maklumat-maklumat yang ditampal kelihatan lusuh dan begitu lama. Semua maklumat tidak

lagi dikemaskini.

8.10.2 Solusi

Langkah-langkah awal ialah sukarelawan menggunapakai cat-cat lebihan untuk

mengecat semula papan kenyataan tersebut menjadi lebih menarik perhatian penduduk.

Namun, terdapat masalah sedikit berikutan kunci tingkap jaring tidak dapat dibuka

8.10.3 Impak Keberkesanan

8.10.3.1 Mahasiswa

Impak keberkesanan terhadap siswa ialah lebih prihatin tentang kepentingan

penyaluran maklumat di dalam sebuah masyarakat

8.10.3.2 Komuniti

Bagi komuniti pula, dapat menyedarkan masyarakat berkenaan kepentingan

penyebaran maklumat dan menjaga keadaan papan kenyataan dengan baik

8.10.3.3 Kesukarelawanan

Ini adalah kreativiti semangat kesukarelawanan dalam mengembalikan perhatian

penduduk terhadap papan kenyataan tersebut.

Page 66: full report ban na pho

66

Sukarelawan Arif mengecat ‘notice board’ di

kampung agar kelihatan cantik

‘Notice board’ yang telah dicat semula. Penduduk

kampung akan menampal maklumat-maklumat di

‘notice board’ agar penduduk kampung tahu akan

maklumat yang disampaikan

Page 67: full report ban na pho

67

8.11 PROJEK KOMUNITI 10: MEMBINA MONUMEN PERINGATAN

8.11.1 Kajian Kes

Ianya bagi mengenang peristiwa program Misi Sukarelawan di Perkampungan Ban Na

Pho selama 2 minggu disini. Tiada permasalahan dikenalpasti bagi aktiviti ini, hanyalah

memenuhi hasrat Pengarah Sekolah Rendah Ban Na Pho bagi mewujudkan kenangan secara

fizikal kepada penduduk kampung ini.

8.11.2 Solusi

Langkah-langkah awal ialah kami menggunakan lebihan simen sedia ada. Pasir dan batu-

batu kecil diambil daripada sungai berhampiran bagi proses mencampurkan simen. Pokok

bunga Champa hasil sumbangan penduduk kampung kami tanamkan di tengah-tengah bingkai

kawasan monument yang ingin kami simenkan.

Diatas kreativiti sukarelawan siswa kedua-dua buah negara Laos dan Malaysia, kayu-

kayu buluh dipotong kecil-kecil dan ditanam seumpama pagar-pagar kecil sebelum simen

dituangkan dan diratakan. Di kesempata ini, kami bersetuju untuk meletakkan tapak-tapak

tangan kami semua sukarelawan siswa sebgai kenang-kenangan yang kekal termasuklah sedikit

tulisan YSS dan LYU beserta tarikh peristiwa hari tersebut.

8.11.3 Impak Keberkesanan

8.11.3.1 Mahasiswa

Impak keberkesanan aktiviti khidmat masyarakat yang terakhir bagi program Misi

Sukarelawan ini adalah sebagai tanda kenangan hubungan rapat yang terjalin diantara

mahasiswa sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Kesatuan Belia Lao (LYU).

8.11.3.2 Komuniti

Ini juga adalah berkaitan dengan kenangan jasa baik semua sukarelawan siswa di

kampung tersebut secara fizikal melalui pembinaan monument yang kekal,

Page 68: full report ban na pho

68

Sukarelawan Malaysia dan Lao Youth Union

menanam pokok champa sebagai tanda hubungan

rapat yang terjalin antara kami

Sukarelawan membuat monument sebagai tanda

kenangan yang mereka tidak akan lupa akan

kampong Na Pho

Pokok Champa ini juga melambangkan hubungan

rapat sebagai asean

Page 69: full report ban na pho

69

LAPORAN KEWANGAN

Disediakan oleh:

NURAIN ZAKIAH BT MD HAZIZI

Page 70: full report ban na pho

70

9.0 LAPORAN PERBELANJAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE LUANG PRABANG

Bil Perkara Matawang Kip

Perolehan

Duit yang di terima @ 15/9/2014 1,000,000.00

Perbelanjaan

1 Beras (5kg) 35,000.00

2 Bahan Mentah (Sayur- sayuran) 3000

3 Bahan Mentah (Sayur- sayuran) 6000

4 Minyak Masak 15,000.00

5 Bahan Mentah (Ikan) 20,000.00

6 Beras (4kg) 42,000.00

7 Bawang (3 Biji) 10,000.00

8 Telur (1 Papan) 27,000.00

9 Beli peralatan untuk Mural (Cat,Berus,Thinner) 474,000.00

10 Membeli bahan untuk pagar (Kayu,Cat,Paku,Engsel) 242,000.00

11 Peralatan untuk Wiring (Cable,Socket,Plak) 173,000.00

Perkhidmatan kenderaan

100,000.00

Jumlah 1147000.00

Baki -147000.00

Page 71: full report ban na pho

71

PENUTUP

Kami mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pihak YSS

kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada keluarga

YSS dan telah memilih kami untuk mengikuti misi ini. Kami berasa bersyukur kerana misi ini

telah tamat dengan jayanya. Jutaan terima kasih buat semua ahli tertinggi Yayasan Sukarelawan

Siswa Malaysia yang banyak member tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu kepada kami yang baru

mahu bertatih di dalam bidang kesukarelawanan ini. Kami mengharapkan tunjuk ajar yang

berterusan daripada Dato’, Professor, Tuan, Puan sekalian walaupun misi ini telah tamat.

Tidak dilupakan juga buat kakitangan, Alumni dan petugas yang telah banyak membantu

kami di dalam menjayakan misi ini. Pengalaman yang tidak dapat kami gambarkan dengan

sekadar kata-kata ini akan kami gunakan dalam proses mempertingkatkan diri sendiri dan juga

untuk manfaat semua. Kami berharap agar segala yang kami telah pelajari melalui misi ini tidak

akan terhenti setakat misi ini sahaja. Sungguh, misi ini merupakan suatu pemacu bagi aktiviti-

aktiviti kesukarelawanan kami pada masa yang akan datang.