e.seni.docx

23
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR/KSSR 1.1 Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV Menurut Ornstein dan Hankins 1993-98, kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan ataupun sebuah dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Menurut Mohd Daud 1995 pula, kurikulum merupakan unsur budaya atau ilmu pengetahuan sebagai panduan mengajar kumpulan murid tertentu. Kurikulum adalah sebuah dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek psikomotor, efektif, kognitif bagi satu subjek. Selain itu, kurikulum berfungsi sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat tempatan yang diwarisi sejak turun-temurun. Contohnya kurikulum adalah Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia mengikut kerelevan dengan kehendak semasa dengan sentiasa diubahsuai mengikut keperluan sepaya pelajar belajar mengikut trend pengetahuan terkini. Kurikulum yang digubah oleh KPM bertujuan untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Kurikulum Pendidikan Seni mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

Upload: alice-wong

Post on 06-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: E.SENI.docx

Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR/KSSR

1.1 Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV

Menurut Ornstein dan Hankins 1993-98, kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau

rancangan untuk tindakan ataupun sebuah dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk

mencapai matlamat yang dihajati. Menurut Mohd Daud 1995 pula, kurikulum merupakan unsur

budaya atau ilmu pengetahuan sebagai panduan mengajar kumpulan murid tertentu. Kurikulum

adalah sebuah dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang

merangkumi aspek psikomotor, efektif, kognitif bagi satu subjek. Selain itu, kurikulum berfungsi

sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,

nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat tempatan yang diwarisi

sejak turun-temurun. Contohnya kurikulum adalah Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah

(KBSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia

mengikut kerelevan dengan kehendak semasa dengan sentiasa diubahsuai mengikut keperluan

sepaya pelajar belajar mengikut trend pengetahuan terkini. Kurikulum yang digubah oleh KPM

bertujuan untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, membentuk masyarakat yang bersatu

padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

Kurikulum Pendidikan Seni mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan

pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum

memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan

berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan

warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan

perubahan globalisasi yang pesat.

Kurikulum mempunyai 5 konsep. Pertama ialah kurikulum dijadikan sebagai

dokumentasi khas dan panduan dalam soal-soal yang berhubung dengan matlamat, objektif,

pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah bahan dan cara penilaian. Kedua

ialah penumpuan terhadap kaedah penyampaian yang menarik bagi membantu murid

menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan. Ketiga, kurikulum merupakan

program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang

ditetapkan. Keempat, kurikulum bukan sahaja berfungsi sebagai satu alat untuk membentuk

Page 2: E.SENI.docx

pengalaman pembelajaran tetapi bagi membolehkan murid menimba ilmu dengan pencarian

dan pengalaman sendiri. Akhir sekali, kurikulum mempunyai konsep tersirat iaitu semasa

pembelajaran terancang, murid akan memperoleh nilai-nilai sampingan.

1.2 Pengertian dan Konsep Sukatan Pelajaran

Menurut Mok Soon Sang, sukatan pelajaran pula merupakan suatu rancangan pelajaran

berkaitan dengan suatu mata pelajaran tertentu. Contohnya Pendidikan Seni Visual (KBSR)

yang telah ditukar kepada Dunia Seni Visual (KSSR) pada tahun 2011. Sukatan mata pelajaran

mengandungi beberapa aspek yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan

kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah.

Pendidikan Seni Visual (PSV) telah menggantikan nama Pendidikan Seni yang

terdahulu. Hal ini disebabkan oleh penjurusan yang lebih kepada seni tampak atau visual dan

tidak merujuk kepada seni yang lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni

mempertahankan diri. Murid diberi peluang memupuk minat, memperkembang keperibadian,

menimba kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

kaitannya dengan mata pelajaran lain. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual semua

murid di sekolah rendah dianggap keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi

visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam

pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri di

samping membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita

rasanya sendiri.Dunia Seni Visual masih lagi mengamalkan aspek-aspek dalam Pendidikan

Seni Visual dengan penambahan penggunaaan Dokumen Standard Seni Visual yang

merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni

secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Dunia Seni Visual di sekolah rendah diharapkan dapat

membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan

yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Selain itu,

mata pelajaran ini berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 3: E.SENI.docx

Pendidikan Seni menggariskan 10 buah objektif. Antaranya ialah menghargai

keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,

kreatif dan menyeronokkan dan menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera. Objektif

keempat ialah mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya kemudian

diikuti dengan berpotensi mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni

visual,membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat dan

seterusnya memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, (Bakar, 2015) (Konsep 5P

dalam PSV, 2015)dan bertanggungjawab.Objektif kelapan ialah mengenal dan menghargai

tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan

penghasilan seni visual serta melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti

kesenggangan yang berfaedah.

Pendidikan dan Dunia Seni Visual menggariskan 4 aspek utama. Pertama ialah

pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan

terperinci dapat menajamkan persepsi murid dan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

Pemerhatian secara aktif pemahaman tentang asas seni di samping membantu perkembangan

emosi dan imaginasi murid-murid. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek

alam dan objek buatan manusia membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan

imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi, dan

alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Aspek kedua ialah interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Murid-murid

digalakkan meneroka dan mencuba serta mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan

menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan

kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik

mudah. Murid perlu membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek

yang dilihat seterusnya murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan

dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

Aspek ketiga ialah apresiasi seni visual yang memberi pengalaman kepada murid dan

peluang mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan

kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Murid turut diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan

menghargai sumbangan mereka. Akhir sekali ialah menghargai nilai baik dalam semua aspek

kehidupan. Aspek ini menekankan nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud

Page 4: E.SENI.docx

dalam persekitaran murid. Hal ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KSSR terdiri daripada 4

bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta

mengenal kraf tradisional. Bidang menggambar menekankan perkembangan persepsi dan

kemahiran serta kebolehan murid dalam aspek melukis serta kegiatan membuat gambar

dengan pelbagai jenis media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan

dan komposisi. Antara kegiatan menggambar ialah catan, resis, gosokan, cetakan, kolaj,

garisan, lukisan, percikan dan capan. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai

kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam

persekitaran akan menjadi fokus bagi memperkembangkan persepsi visual murid dan

kesedaran terhadap asa seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya,

membolehkan murid menyelaraskan apa yang diilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan

melalui gubahan.

Bidang kedua membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada corak yang terancang

dan corak yang tidak terancang. Antara corak yang terancang ialah Catan, kaligrafi, lipatan dan

guntingan, resis dan kolaj, manakala corak yang tidak terancang terdiri daripada tiupan, titisan,

ikat dan celup, pualaman, renjisan dan percikan. Bidang ini memberi peluang kepada murid

untuk memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi

satu rekaan lain. Murid dapat belajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan

kehidupan seharian.

Bidang keitga ialah membentuk dan membuat binaan. Bidang ini menegaskan

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk ruang, struktur, imbangan

dan kestabilan. Bahan binaan tiga dimensi merangkumi origami, topeng, boneka, diorama,

model , arca timbul. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa

idea dan kreativiti mempunyai fungi dan makna sebagai satu proses pembelajaran.

Akhir sekali ialah mengenal kraf tangan. Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai

perusahaan yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh

masyarakat yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Murid-murid akan diperkenalkan dengan

kraf tangan tradisional seperti perhiasan diri, ukiran, anyaman, tenunan, tembikar, alat

domestic, batik, dan alat permainan. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa

Page 5: E.SENI.docx

jenis kraf tangan tradisional dan budaya tanah air. Selain itu, bidang ini memperkenalkan fungsi,

proses dan teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan

serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

KBSR dengan KSSR mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam Organisasi

kandungan dalam empat bidang. Hal ini adalah kerana KSSR tersebut disusun berasaskan

kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan

apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan standard kandungan.Standard kandungan pertama ialah persepsi

membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan

prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.

Standard kandungan kedua ialah aplikasi seni membolehkan murid mengaplikasikan

pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik

dalam aktiviti seni.Standard kandungan ketiga ialah ekspresi kreatif yang mengaplikasikan

pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai

sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. Akhir sekali ialah apresiasi seni

visual membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan

bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan

penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain,

kehidupan, dan kerjaya.

1.3 Kepentingan Perkembangan kurikulum seni

Pendidikan Seni Visual (PSV) berkembang mengikut kronologi sebelum merdeka, awal

merdeka sehingga kini.

Menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885, pada mula-mulanya

tujuan sekolah Melayu bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik,

tetapi untuk memenuhi kehendak biasa anak-anak Melayu. Namun begitu, Laporan Winstedt

1916 telah mula memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu. Mata pelajaran

lukisan dan anyaman telah diajar di Sekolah Melayu dan maktab. Malah mencadangkan

bahawa lukisan adalah amat mustahak sebagai satu latihan memerhati alam yang

berkemampuan menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid dan melatih kecermatan

murid. Kelas Pendidikan Seni telah diwajibkan untuk murid tahun 3 dan 4.

Page 6: E.SENI.docx

Ketika awal kemerdekaan, satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Penyata Rahman

Talib teleh mengkaji semula implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957.

Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Abdul Rahman Talib dan telah mengemukakan syor

menyediakan sistem pendidikan yang bersifat Universal. Akta Pelajaran 1961 telah menjadi

dasar kepada sistem pendidikan negara Malaysia. Dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah

(KLSR) merangkumi mata pelajran lukisan dan pertukangan tangan.

Selepas menjalankan kajian oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Dr Mahthir

Mohamad , KLSR telah diganti dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun

1982. Antara mata pelajaran yang mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi

cabaran masa depan termasuk Pendidikan Seni Visual. Perubahan-perubahan ini meliputi

aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran

tersebut.Subjek Pendidikan Seni turut menjadi sebuah mata pelajaran yang wajib dipelajari dan

digubal selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat mata pelajaran Seni

Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif

menerusi pemupukan asas seni visual. Pendidikan Seni Visual sekali lagi mengalami

perubahan pada tahun 2011 di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah

bertukar nama menjadi Dunia Seni Visual yang disusun berasaskan kepada empat standard

kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni.

Menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-

defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Perkembangan kurikulum adalah

hasil daripada refleksi pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Oleh itu, kurikulum akan sentiasa

berkembang seiring dengan peredaran zaman demi memenuhi keperluan dan kehendak murid

yang berubah dari masa ke semasa.

Perkembangan kurikulum kepada Dunia Seni Visual kini adalah berasaskan kepada

Falsafah Pendidikan Malaysia (FPK) yang menekankan kepentingan melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Pendidikan seni

menggalakkan kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual

membolehkan murid-murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Hal ini membolehkan murid

meluahkan emosi mereka dengan cara yang positif. Pengalaman ini penting kerana ia

membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya

sendiri.

Page 7: E.SENI.docx

Globalisasi merupakan satu fenomena yang sedang melanda dunia pada masa kini.

Bertolak dari hal ini, semua bidang menerima impak yang ketara, khususnya disiplin ilmu seni.

Pendidikan Seni menjadi lebih penting dan signifikan pada abad-21. Kurikulum Pendidikan Seni

yang sedia ada pada masa kini, telah mula menampakkan satu perubahan yang positif.

Elemen-elemen teknologi dan kecangihan penggunaan komputer mulai meresap masuk ke

dalam kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia. Usaha ini dapat dilihat menerusi penubuhan

Sekolah Seni Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran, serta pengenalan bidang Reka Bentuk

Industri, Reka Bentuk Grafik, Multimedia dan pengenalan bidang Kraf Tradisional Dimensi Baru

dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual. Seni telah menyediakan banyak peluang

ekonomi dalam semua bidang sama ada dalam dunia hiburan seperti pelukis komik, pencipta

icon, pencipta pemainan komputer, penciptaan anime dan sebagainya ataupun dalam dunia

penciptaan seperti arkitek, pereka fesyen dan kereta ,mahupun dunia perkhidmatan seperti

penyolek dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan kurikulum seni penting untuk mengembangkan kemahiran

asas murid dan sekaligus mempuk pembelajaran sepanjang hidup. Perkembangan kurikulum

seni yang meletakkan seni sebagai mata pelajaran wajib untuk semua murid di sekolah rendah

membolehkan semua murid didedahkan kepada kreativiti menghasilkan sesuatu yang baru

mengikut perspektif diri. Murid berpeluang menimba satu kemahiran asas yang amat penting

iaitu melukis. Menurut Roger Sperry, penguasaan bahasa lebih bergantung kepada kawasan

kiri otak manakala seni dan kreativiti dapat merangsang kawasan kanan otak. Oleh itu,

pendidikan seni amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang. Pendedahan kepada

kemahiran asas melukis dan melakar sesuatu yang dilihat atau dalam imaginasi murid

melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta yakin terhadap pandangan dan pilihan sendiri.

Apabila seseorang murid berkeyakinan terhadap keyakinan diri dan ciptaan sendiri mereka

akan lebih berminat terhadap kesenian dan akan sentiasa menghasilkan sesuatu dan belajar

teknik yang baru. Hal ini telah mempuk pembelajaran sepanjang hidup.

Kepentingan perkembangan kurikulum seni turut adalah untuk menyediakan aktiviti lebih

mencabar. Untuk murid-murid. Contohnya dalam kelas seni guru bukan sahaja mengajar murid

mengenal dan melukis garisan dan bentuk, guru turut boleh mengajar murid melukis garisan

yang pelbagai ke atas telur. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid melahirkan

keinginan mencuba dan mencabar kebolehan sendiri.

Page 8: E.SENI.docx

Akhir sekali, kepentingan perkembangan kurikulum membolehkan murid mengapresiasi

keindahan alam dan warisan. Kandungan kurikulum direka untuk membantu murid

meningkatkan rasa menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan

bangsa. Contohnya murid-murid akan diajar cara membuat kraf tangan membolehkan murid-

murid mengenali keunikan budaya negara Malaysia. Selain itu, pendidikan seni mendidik murid

memberi kesyukuran terhadap Tuhan dan kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai.

Contohnya, menggambar persekitaran mereka dan melukis persekitaran yang ideal murid-

murid.

1.4 Konsep 5P dalam KBSR/KSSR

Konsep 5p bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan di dalam kurikulum

KBSR sejak tahun 1982. Proses 5p dianggap amat berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana membolehkan murid-murid menyesuaikan maklumat dalam ransangan

serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh di samping mengelakkan

kebosanan semasa di kelas. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan,

penyerapan, penerapan nilai murni, pemulihan dan pengayaan.

Strategi penggabungjalinan merupakan satu proses yang menggabungkan pelbagai

bidang kemahiran yang berkaitan dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan

satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Tujuan utama strategi ini dilaksanakan adalah

untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa di

samping menggalakkan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini turut dilihat bukan sahaja sebagai penarik

minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tetapi menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses ini juga merupakan suatu

pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain.

Proses penggabungjalinan dapat memberi peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan

murid secara seimbang dan menyeluruh serta menggalakkan proses pertumbuhan dan

perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti

yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran. Pertama ialah

penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran. Antaranya ialah kemahiran

lisan dan pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan sebagainya. Kedua

ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain. Proses ini memerlukan

Page 9: E.SENI.docx

penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke

dalam mata pelajaran yang diajar. Contohnya cikgu boleh mengajar murid-murid melukis bentuk

yang pelbagai dan mengaitkan dengan subjek Matematik iaitu bidang geometri. Ketiga ialah

penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Kemahiran ini melibatkan kemahiran belajar

, kemahiran (Malaysia, 2010) (Malaysia K. P., 2002) berfikir secara kreatif dan kritis dan

kemahiran penyelesaian masalah. Contohnya, cikgu boleh meminta murid cara

mempromosikan sesuatu produk menggunakan kesenian seperti membuat poster, flyer dan

sebagainya.

Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus

dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak

disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran

manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih

berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus. Kemahiran sampingan yang terdapat

dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang

dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

Konsep kedua ialah penyerapan. Penyerapan melibatkan proses penyebatian dan

penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke

dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Penyerapan memastikan setiap perkara

yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi

mata pelajaran lain. Contohnya, cikgu yang ingin mengajar murid mengenai corak yang

berbagai-bagai, maka cikgu boleh mengajar mengenai rama-rama dan proses Metamorfosis

iaitu pengetahuan berkaitan dengan Subjek Sains. Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep

penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan

dan bukannya kemahiran.

Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran

dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka proses pengajaran dan

pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya

bersifat sebaliknya. Secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

produktif serta efektif. Murid dapat menguasai ilmu beserta dengan pelbagai maklumat yang

ingin disampaikan kerana semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran isi pengajaran

telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak

Page 10: E.SENI.docx

memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat

murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.

Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

kurikulum. Secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni diaplikasikan melalui dua

pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit

digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam

proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas

dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru

kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa

dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan sesuatu peraturan,

arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan

sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan

persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti

yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program

motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan

pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan

eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta

penilaian yang jelas. Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Bil Nilai Kandungan

1 Baik Hati Belas kasihan

Bertimbang rasa

Murah hati

Saling memahami

Sedia memaafkan

2 Berdikari Bertanggungjawab

Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan

orang lain

Jaya diri

Yakin kepada diri sendiri

Page 11: E.SENI.docx

3 Berhemah Tinggi Kesopanan

Mengaku kesalahan sendiri

Ramah mesra

4 Hormat-Menghormati Hormat kepada ibu bapa

Hormat kepada orang yang lebih tua

Taat kepada raja dan Negara

Hormat kepadda hak asasi

Hormat kepada undang-undang

Menghargai maruah diri

5 Kasih Sayang Sayang kepada nyawa

Sayang kepada alam sekeliling

Cinta kepada Negara

Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6 Keadilan Bertindak adil

Sentiasa saksama

7 Kebebasan Kebebasan di sisi undang-undang

Kebebasan dalam sistem demokrasi

8 Keberanian Berani dengan tidak membuta tuli

Berani kerana benar

Berani mempertahankan kebenaran

Berani bertanggungjawab

9 Kebesihan Mental dan

Fizikal

Kebersihan diri

Kebersihan persekitaran

Pertuturan dan kelakuan yang sopan

10 Kejujuran Bersifat amanah

Bercakap benar

3. Sentiasa ikhlas

11 Kerajinan Cekal

Daya usaha

Dedikasi

Gigih

Tekun

12 Kerjasama Persaudaraan

Page 12: E.SENI.docx

Tanggungjawab bersama

Gotong-royong

Toleransi

Kebaikan bersama

Perpaduan

13 Kesederhaan Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri

dan orang lain

Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

14 Kesyukuran Berterima kasih

Mengenang budi

Menghargai

15 Rasional Boleh membuat pertimbangan

Boleh membuat penaakulan

Berfikiran logik dan terbuka

Semangat

Bermasyarakat

Bermuafakat

Kejiranan

Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat

Kewarganegaraan

Berbangga menjadi rakyat Malaysia

Bersemangat patriotik

Berusaha ddan produktif

Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Pemulihan melibatkan pelaksanaan aktiviti-

aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas

menulis, membaca dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus

sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Konsep ini melibatkan murid-

murid yang lambat dalam pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian

pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh

Boon, 1982). Rasional pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan

pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding

murid lain. Setiap murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan.

Objektif pendidikan pemulihan dilaksanakan adalah untuk membolehkan murid-murid

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang

sesuai dengan murid. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan

Page 13: E.SENI.docx

potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih

maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di

dalam atau di luar bilik darjah.

Terdapat 5 kaedah menjalankan aktiviti pemulihan iaitu pengajaran individu, pengajaran

kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga

pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi

masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan

kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama

dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan

bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih

teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti

kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti

pengukuhan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan

sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap

penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran

pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

Konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-

murid yang berjaya mencapai melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Biasanya

aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang

memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.Konsep ini mengambil kira bahawa murid-

murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang

diberikan kepada mereka. Oleh itu murid-murid ini akan diberi aktiviti-aktiviti tambahan yang

mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan

kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Murid diberi peluang mengembangkan minat,

daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat

keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat melalui aktiviti pengayaan.

Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang

lebih mencabar kebolehan mereka sekaligus menambahkan minat dan pengalaman yang dapat

membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga

dapat membuatkan murid belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan

Page 14: E.SENI.docx

mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi

pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR dan KSSR adalah

penting supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Konsep

integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan

individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Konsep ini meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan

nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.

Page 15: E.SENI.docx

Refleksi Kendiri

Saya telah mendapat tajuk pertama bagi tugasan ini iaitu mengenai pergertian dan

konsep kurikulum dan sukatan pelajaran serta konsep 5P dalam Pendidikan Seni. Bagi

melaksanakan tugasan ini, pertama sekali saya perlu mengenali apakah perbezaan antara

konsep kurikulum dan sukatan pelajaran. Saya telah mencari maklumat daripada pelbagai

sumber dan akhirnya mendapati sumber yang amat terbaik ialah modul pendidikan seni dan

dunia seni visual yang menunjukkan secara teliti mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam

sukatan pelajaran seni seperti matlamat, objektif, organiasi kurikulum, huraian sukatan

pelajaran dan sebagainya. Kurikulum pula merupakan satu dokumen khas yang mengandungi

mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan

dan kepercayaan masyarakat tempatan yang diwarisi sejak turun-temurun. Contohnya seperti

KBSR dan KSSR.

Setelah itu, Saya telah menerokai transisi perkembangan kurikulum Pendidikan Seni

untuk mengetahui kepentingan perkembangan kurikulum.Saya turut mencari konsep 5P.

Menerusi pemahaman konsep 5P saya menyedari kepentingan perkaitan antara pengetahuan

dan kemahiran pelbagai mata pelajaran untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

bermakna dan menarik. Selain itu, pemulihan dan pengayaan turut merupakan aspek yang

amat penting sekali dalam meningkatkan prestasi murid-murid. Penyerapan nilai murni turut

merupakan satu konsep kurikulum tersirat yang perlu diserapkan dalam setiap murid-murid.

Selepas mencari semua maklumat yang diperlukan, saya telah menyediakan

pembentangan Power Point. Saya turut memikirkan beberapa cara untuk menyampaikan

maklumat yang dicari dengan efektif dengan menambahkan ilustrasi dan video dalam

pembentangan untuk membolehkan pembentangan ini lebih menarik. Semasa membentang,

saya turut menggunakan teknik sokratik dengan pertanyaan soalan kepada rakan-rakan lain

untuk mendapatkan perhatian mereka dan memastikan mereka faham.

Akhir sekali, saya telah melaksanakan penulisan esei. Saya telah menyusun semua

informasi dengan cekap untuk memastikan semua maklumat dapat dilihat dengan teliti dan

jelas. Tugasan ini telah membantu saya mengenali dengan lebih mendalam mengenai

kurikulum dan sukatan pelajaran mata pelajaran seni yang akan membantu saya meningkatkan

Page 16: E.SENI.docx

pendedahan mengenai kandungan yang perlu diajar dengan kemahiran dan pendekatan yang

tepat pada masa depan.

Bibliografi

Konsep 5P dalam PSV. (2015, March 16). Retrieved from http://onitsukahana.blogspot.com/2011/06/konsep-5p-dalam-psv.html

Bakar, A. (2015, March 15). Konsep dan definisi Kurikulum. Retrieved from Slide Share: http://www.slideshare.net/nayiza/konsep-dan-definisi-kurikulum

Malaysia, K. P. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum .

Malaysia, K. P. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual Tahun Satu 2010. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Miller, J. (2005). Arts and Crafts. London: A Dorling Kindersley Books.

Ocvirk, O., Stinson , R., Wiggs, P., Bone, R., & Cayton, D. (2009). Art Fundamentals Theory and Practice. New York: Mc Graw Hill Higher Education.

Page 17: E.SENI.docx