ebook kami bantah dlp .pdf

Upload: -

Post on 06-Jul-2018

304 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    1/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    2/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    3/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    4/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    5/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    6/148

    Diterbitkan oleh:

    Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur,MALAYSIA

    Persatuan Penterjemah Malaysia171-A, Jalan Maharajalela, Kampung Attap,50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,

    MALAYSIA

    © Abdullah Hassan & Zainal Abidin BorhanCetakan Pertama 2016

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dengan apa-apa

    cara sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Abdullah Hassan, -1942Kami Bantah DLP / Editor: Abdullah Hassan, Zainal Abidin Borhan.

    ISBN 978-967-0685-94-61. Education--Malaysia. 2. Education change--Malaysia.3. Education and state--Malaysia. 4. Education planning--Malaysia.I. Abdullah Hassan, 1942-. II. Zainal Abidin Borhan, 1953-.379.595

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    7/148

    Kandungan

    Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia ix 1. Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP 1

    Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,Felo Penyelidik Kanan,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

    2. PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLPatau Program Dwibahasa 6

    Dato’ Haji Abdul Raof b. HussinPresidenPersatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

    3. Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP 21Dato’ Haji Mohamad Sabri bin Haji Mohd Arsad,PresidenKesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

    4. Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan 30Prof. Emeritus Shaharir Mohd ZainPengerusiGerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    8/148

    Kami Bantah DLP

     vi

    5. Kedaulatan Bahasa Melayu 36Dato' Zainal Abidin BorhanKetua Eksekutif

    Yayasan Karyawan Malaysia

    6. Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sainsdan Matematik 45

    Profesor Dato' Mohd Yusof Hj OthmanFelo Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM

    7. Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insandan Pembangunan Negara 51

    Datuk Dr. Awang SariyanKetua PengarahDewan Bahasa dan Pustaka

    8. Program Dwibahasa Menggugat PembangunanPendidikan Malaysia 57

    Profesor Zaharani AhmadTimbalan Ketua Pengarah

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    9. Isu Dual Language Programme 66Prof. Emeritus Abdullah HassanPresidenPersatuan Penterjemah Malaysia

    10. Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP' dan 'DLP'Cadangan 'PADU' dan 'PEMANDU' 72

    Profesor Dr. Datuk Wira Abdul Latiff Abu BakarKetua IGAPENA

    11. Pembentukan Negara Bangsa Perlu MenggunakanBahasa Melayu 75

    Dr. Mohamad Saleeh RahamadKetua I,

    Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

    12. Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP” 79Kamal Shukri Abdullah Sani,Timbalan Presiden,Persatuan Linguistik Malaysia

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    9/148

    Kandungan

     vii

    13. ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI MelaluiPintu Belakang 93

    Muhammad Faisal Abdul Aziz

    Setiausaha AgungAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

    14. Hentikan Program Dwibahasa DLP 96Mohammad Fazril bin Mohd SalehPresiden,Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

    15. Perpaduan Melalui Pemisahan:

    Bahasa Melayu 2016 100SN Muhammad Haji Salleh

    16. Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing 106SN Baha Zain

    17. Makcik Melur, Anaknya dan DLP 118SN Dato' Anwar Ridhwan

    18. Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada Pengurusan Baik 121Profesor Teo Kok SeongUniversiti Kebangsaan MalaysiaEXCO Majlis Profesor Negara

    19. Melestarikan Bahasa Sebagai Identiti Bangsa 124Ramlee Wahab

    Senarai Kehadiran 129

    Kehadiran Mesyuarat 131

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    10/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    11/148

    Warkah Rayuan kepada

    Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Bin un Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia,Pejabat Perdana Menteri,

     Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PURAJAYA 

    25 November 2015

      Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

     Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin un Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia,

    Kami mendoakan YAB Dato’ Seri sentiasa diberi oleh Allah swtkesihatan dan kebijaksanaan dalam mentadbirkan negara, Amin.

     Adapun kami, Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Dato’ Zainal

     Abidin Borhan, mewakili rakan-rakan kami, dalam 34 persatuandengan ribuan ahli, yang menyumbang pemikiran dan cadangansecara berpersatuan dan secara individu, ingin menyampaikancadangan, pendirian dan bantahan kami terhadap Dual LanguageProgramme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP), bagimeningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, seperti berikut:

    1. Kami merayu kepada YAB Dato’ Seri supaya Program Dwi-Bahasa(Dual-Language Programme) bagi mengajar Sains, Matematik,eknologi Reka Bentuk dan IC dalam usaha meningkatkankemahiran murid dalam Bahasa Inggeris mulai 2016 itu dibatalkan.Kami berpendapat, pendekatan ini tidak wajar kerana guru danpelajar tidak mahir dalam bahasa Inggeris bagi menjalankan aktiviti

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    12/148

    Kami Bantah DLP

    x

    pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Juga langkahini akan mencacatkan prestasi pelajar dalam menguasai matapelajaran penting ini.

    2. Kami juga merayu kepada YAB Dato’ Seri supaya mengenakansatu moretorium  secara serta merta selama 15 tahun, terhadapisu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui Sains,Matematik, eknologi Reka Bentuk dan IC ini. Pendekatanini salah. Pertimbangan hendaklah dibuat bagi mencari kaedahlain yang sesuai. Moretorium ini akan membolehkan pakar

    dalam bidang ini mencari kaedah yang sesuai, dan tidak sekadarmengharapkan usaha mengajar mata pelajaran ini dalam bahasaInggeris oleh guru yang tidak ada kompetensi mengajarkannya.

    3. Kami mencadangkan bagi menampung kekurangan guruberkompetensi mengajar bahasa Inggeris ini dilatih sebaik-baiknya.Untuk itu sebuah institusi pendidikan guru bahasa Inggeris yangmenggunakan pendekatan “immersive” sepenuhnya digunakan.Kami yakin ini dapat menampung keperluan kita, dan tidak perlumengimport penutur asli dari mana-mana negara bagi menjadi guru.

    4. ubuhkan sebuah universiti bahasa asing seperti yang dilakukanoleh Te Peoples’ Republic of China dan Korea. Merekamasing-masing menubuhkan Beijing University for ForeignStudies, dan Hankuk University for Foreign Studies. Ini dapat

    menampung keperluan lain seperti calon bagi memegang jawatandiplomat, pentadbiran dan juga eksekutif dalam korporat tempatandan antara bangsa.

    5. Buat pengkategorian murid dan sekolah dengan teliti supaya kitadapat mengajarkan bahasa Inggeris dengan lebih terancang. Muridyang maju dapat diajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dan

    dapat maju ke tahap lebih tinggi seperti yang diperlukan. Muridyang belum mempunyai sebarang kemahiran bolehlah bermula dariawal dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Guru untukmurid bahasa Inggeris sebagai bahasa asing tidak perlu mempunyaikemahiran tinggi.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    13/148

    Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia

    xi

    6. Istilah Bahasa Melayu tidak boleh digantikan dengan istilahBahasa Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai himpunan maklumatyang kaya dari segi sejarah, budaya dan sastera yang lebih 2000

    tahun. Bahasa Malaysia yang bermula pada 1969, tidak adahimpunan ilmu dan maklumat ini.

    7. Sementara itu rancangan khusus untuk Bahasa Melayu akan jugadijalankan bagi memartabatkan bahasa Melayu, seperti: menyebarluaskan Bahasa Melayu inggi, memperbanyakkan buku ilmu dansastera dalam bahasa Melayu.

    8. Usaha penterjemahan buku ilmu juga akan diberi perhatianserius supaya bahasa Melayu akan mendapat pengisian sewajarnyasebagai sebuah Bahasa Kebangsaan.

    Sekianlah kami majukan permohonan dan cadangan kami untukpertimbangan YAB Dato’ Seri. Kami bersedia bekerjasama dalammenjayakan rancangan penting begini untuk negara.

     Yang benar

     Profesor Emeritus Abdullah HassanEditor, Kami Bantah DLP

    Dato’ Zainal Abidin Borhan

    Pengerusi, Badan Bertindak Isu Pendidikan Kebangsaan

    Salinan kepada 

    1. YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,imbalan Perdana Menteri Malaysia 

    2. YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid,

    Menteri Pendidikan Malaysia 

    3. YB Dato' Seri Idris Jusoh,Menteri Pendidikan inggi Malaysia 

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    14/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    15/148

    Rayuan Kepada Perdana MenteriMenolak DLP

     YAB Dato’ Seri Najib un Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.

     Yang Amat Berhormat,

    Per: Program Dual-Language Program (DLP), KementerianPendidikan.

    Saya mendapat tahu, melalui pengumuman bajet 2016yang YAB bentangkan di Parlimen baru-baru ini, bahawaKementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan ProgramDual-Language Program (DLP) di mana mata pelajaranMatematik, Sains, eknologi Reka Bentuk dan IC akan diajardalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar ahun 1, ahun 4,ingkatan 1 di 300 buah sekolah sebagai sebuah ‘projek rintis’.

    ujuan program DLP ini, mengikut Laporan Pemandu yangmengesyorkannya, adalah sebagai langkah bagi mengatasikelemahan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.

    Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,Felo Penyelidik Kanan,

    Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

    1

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    16/148

    Kami Bantah DLP

    2

    Program DLP ini nampaknya sama seperti program Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) 2003 – 2011 dulu. Seperti kerajaan sendiri akui,

    PPSMI adalah satu ‘eksperimen’ yang terbukti gagal, bukansaja bagi meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematikpelajar, bahkan juga gagal bagi meningkatkan pembelajarandan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar secara signifikan; inibersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah,(kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb.

    Bekas YAB imbalan Perdana Menteri merangkap MenteriPelajaran, waktu beliau mengumumkan pemansuhan PPSMI(2009) dan balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk Sainsdan Matematik secara beransur-ansur,  menyatakan bahawa 3 juta pelajar kita telah menjadi ‘mangsa’ dasar PPSMI. (BeritaHarian 9 Ogos, 2009).

    Kajian-kajian kami tentang kesan PPSMI dalam dua fasa (data2007 – 2010) juga menunjukkan kesan negatif dasar PPSMI initerhadap pembelajaran Matematik dan Sains pelajar ahun 5 daningkatan 2. Purata lebih 75% pelajar ‘sukar faham’ pengajaranguru apabila guru mengajar Matematik dalam BI; dan hampir80% sukar memahami Sains. Mereka juga sukar memahami bukuteks dan buku kerja dalam BI yang dibekalkan kepada mereka.

     Akibatnya, prestasi pelajar dalam sains dan matematik lemah;tinggi peratus gagal ujian-ujian Matematik dan Sains yang kamiberikan, dan ujian-ujian lain di sekolah, UPSR, PMR dan SPM.Kemahiran Bahasa Inggeris pelajar juga tidak dapat ditingkatkansecara signifikan melalui PPSMI.

    Kesan buruk PPSMI juga ternyata, iaitu merosotnya prestasi

    pelajar Malaysia dalam sains dan matematik dalam ujian-ujianantarabangsa IMMS 2007 dan 2011 dan ujian PISA 2012.Pelajar Malaysia berada pada kedudukan satu per tiga di bawahdalam kalangan 60 negara yang mengambil bahagian, berbanding

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    17/148

    Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

    3

    dengan kedudukan 10 terbaik pelajar Malaysia dalam UjianIMMS 1999 dan 2003, sebelum PPSMI.

    Kesan yang parah adalah merosotnya bilangan dan peratus pelajaryang memilih aliran Sains ingkatan 4, menjadi hanya antara26-28% (2012-13), berbanding dengan lebih 40% sebelumPPSMI. Oleh sebab itu, PPSMI bukan dasar yang bijak untukmemupuk pembelajaran dan minat Sains dan eknologi dalamkalangan pelajar kita, terutama pelajar Bumiputera. Ini strategiyang buruk dalam pembangunan modal insan.

    Kesimpulan dan cadangan

    Menggunakan pengajaran Sains, Matematik, eknologi RekaBentuk dan IC dalam Bahasa Inggeris (DLP - ala PPSMI)untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar adalahpendekatan yang salah dan tidak berkesan seperti yang terbuktidalam PPSMI. Kelemahan pembelajaran BI tidak boleh diatasimelalui pengajaran S&M dan eknologi dalam BI. Ia akanmelemahkan pembelajaran S&M dan eknologi sebahagianbesar pelajar kita, dan tidak juga meningkatkan BI mereka.

    Pendekatan yang yang munasabah adalah dengan menggubalprogram dan pendekatan alternatif yang fleksibel bagimeningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran

    Bahasa Inggeris di berbagai peringkat dan tujuan: dari prasekolahhingga ke universiti. Sejak dulu lagi saya sentiasa menyokongusaha, program, bengkel dan bahan baru untuk meningkatkankeberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran BI. Usaha ini perluberterusan secara lebih terancang dan besar, melibatkan pelbagaipihak: Kementerian Pendidikan, PPD, sekolah, universiti danInstitut Pendidikan Guru, dsb. Perlu ada R & D oleh pelbagaipihak ini secara besar-besaran.

    Saya sendiri, bersama rakan-rakan di Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya, sedang menjalankan kajian menggunakan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    18/148

    Kami Bantah DLP

    4

    pendekatan dan modul alternatif yang kami panggil Englishin Context for Content (ECC) untuk meningkatkan PdP BI,bermula di sekolah rendah. Kami percaya asas yang kukuh

    di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, akanmemudahkan dan mempercepatkan pembelajaran BI diperingkat menengah dan seterusnya. Kami berpendapat salahsatu sebab murid SK lemah BI adalah kerana kaedah mengajarESL di SK kurang sesuai. Pendekatan ‘communicative English’  yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu nampaknya tidakberkesan. Pendekatan ‘phonics’ (yang diambil dari UK) untukmurid ahun 1 – 3 sekarang juga nampaknya kurang berkesanuntuk meningkatkan 2R, kerana ia tidak berdasarkan keperluandan konteks murid di sekolah rendah kita.

    ESL di Sekolah Kebangsaan perlu pendekatan, kaedah danbahan pengajaran-pembelajaran yang functional, terutamadengan keperluan dan konteks kebanyakan pelajar Melayu di

    SK. Kami percaya ada banyak lagi alternatif untuk mengajar BI(ESL) kepada pelajar kita. Ini perlu digalakkan dan diteruskan.

    Buku teks dan bahan-bahan latihan BI perlu ditukar danbahan-bahan bacaan tambahan berbentuk print dan multimediaperlu ditambah untuk memberi lebih banyak peluang muridmembuat pelbagai latihan membaca dan menulis (2R) dan

    menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

    Kelab Bahasa Inggeris boleh diadakan untuk pelbagai aktivitikokurikulum bagi pelajar menggunakan BI misalnya, menontonCD, berlakon, bersoal-jawab, bermain pelbagai permainanbahasa (language games, komputer, dsb). dalam masa tambahan.

    Kesan paling buruk program DLP ini ialah ia akan memecahkan

    sistem pendidikan kebangsaan, yang kerajaan cuba bangunkansebagai satu sistem pendidikan negara seperti dalam Pelan IndukPendidikan (2013-2025) yang berasaskan Bahasa Malaysiasebagai bahasa pengantar semua mata pelajaran, di samping

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    19/148

    Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

    5

    itu meningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaranBahasa Inggeris supaya pelajar menguasai BI secukupnya. Sistempendidikan kebangsaan dalam Pelan Induk ini akan memupuk

    perpaduan generasi muda.

    Saya bimbang DLP ini akan mengakibatkan seperti kata pepatahMelayu, ‘apa yang dikendong ciciran, apa yang dikejar tidakdapat’.

    Rayuan saya 

    Saya merayu kepada YAB Dato’ Seri supaya Dual-LanguageProgram untuk mengajar Sains, Matematik, Teknologi RekaBentuk dan ICT dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkanKemahiran Bahasa Inggeris mulai 2016 itu dibatalkan.

     

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    20/148

    PPPPPM Membantah PelaksanaanDLP atau Program Dwibahasa

    PengenalanProjek rintis DLP (Dual Language Programme) dan HIP (HighImmersive Programme) akan dilaksanakan mulai 2016. PersatuanPesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM),membantah program dwibahasa ini sekeras-kerasnya. Adasepuluh rasionalnya.

    Pertama

    Bahawa pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) ini, tidaklahterancang dengan rapi. Ia berasaskan kepada persepsi danprasangka melulu, dan tidak dirundingkan dengan golonganpendidik, cendekiawan profesional, pejuang-pejuang bahasa,tokoh-tokoh sasterawan Negara, NGO-NGO Melayu, Kesatuan

    dan Persatuan Guru, Pengetua dan Guru Besar dan guru-guru,pendidik-pendidik yang akan dipertanggungjawabkanmelaksanakan program ini. Ia dimonopoli oleh barisan danahli korporat yang tidak mempunyai latar belakang, roh dankredibiliti pendidikan yang antaranya tersedia punyai prasangka

    Dato’ Haji Abdul Raof b. Hussin

    PresidenPersatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

    2

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    21/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    7

    buruk terhadap kedaulatan dan keupayaan Bahasa Melayu. Inibercanggah dengan kehendak supaya Bahasa Melayu itu menjadiBahasa Kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa rasmi sebagai yang

    termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan.

    Maka dengan ini PPPPPM membantah keras dan menolakProgram Dwibahasa (DLP) ini. Program ini, sama sahaja denganPPSMI yang dijalankan pada 2013 dan dimansuhkan pada 8 Julai 2009. PPSMI memangsakan tiga juta pelajar dan petakaberganda ini tidak wajar diulang oleh kerajaan dan Kementerian

    Pendidik Malaysia.

     Walau bagaimanapun PPPPPM menyokong sepenuhnyahasrat kerajaan dan KPM untuk meningkatkan danmemperkukuhkan Bahasa Inggeris. PPPPPM tidak menafikanakan peranan Bahasa Inggeris dan peri pentingnya RakyatMalaysia menguasainya. Perlu ditegaskan tuduhan bahawa kami

    menentang kepentingan BI adalah tidak masuk akal.PPPPPM juga ingin menegaskan bahawa usaha-usaha

    untuk meningkatkan dan memperkukuhkan penguasaan BahasaInggeris mesti dilaksanakan melalui pengajaran bahasa Inggeris,dan tidak mengganggu mata pelajaran lain. Perbetulkan kaedahpengajaran, pedagogi, lakukan rombakan kurikulum BahasaInggeris, tingkatkan kepakaran guru Bahasa Inggeris, lengkapkan

    infrastruktur pengajarannya, tambah masa pengajaran, dan wujudkan persekitaran yang kondusif. Jangan diserahkan tugasitu kepada guru bukan pakar bidang dan yang tidak menguasaibahasa Inggeris.

    Kedua

    PPPPPM juga membantah DLP kerana berasaskan kepadadapatan kajian ilmiah oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional(PEMBINA), pelaksanaan PPSMI amat negatif.

    Iaitu, tahap kompetensi guru dalam pengajaran danpembelajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    22/148

    Kami Bantah DLP

    8

    adalah rendah dan implikasinya dalam pembangunan modalinsan adalah negatif.

    Kajian ini dibuat bermula 1 Jun dan berakhir 31 Disember2008 oleh PEMBINA dengan usaha sama lapan buah universiti,iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Perguruan SultanIdris, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia,Universiti eknologi Mara Malaysia, Universiti eknologi MaraSarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti eknologiMalaysia, dengan dipengerusikan oleh Dato Haji Abdul Ghani

    Othman, Mantan Menteri Besar Johor, diketuai oleh Dato’ Haji Abdul Raof Hussin, Mantan Pengarah Eksekutif PEMBINA,dan Ketua Penyelidik Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah,kini imbalan Naib Canselor, Universiti Perguruan Sultan Idrisserta 53 orang kaki tangan akademik Universiti dan PegawaiPEMBINA.

    Kajian yang DijalankanKajian dijalankan di Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah(SM) di seluruh negara, meliputi bandar, pinggir bandar, LuarBandar, pulau dan pendalaman, termasuk SK Orang Asli.

    Sampel kajian terdiri daripada 90 buah SR, iaitu 58 SK,10 SK Felda, 5 SK Pulau, 3 SK ORANG ASLI, 2 SK Pendidikan

    Khas, 7 SJKC dan 5 SJK.

    Bagi SM, sampel kajian terdiri daripada tujuh puluh 70buah sekolah, meliputi 44 SMK, 5 SMK FELDA, 4 SMK Agama,4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 5 MRSM, 4 SM eknik dan4 SMK Conforming.

    Bagi SR, Kajian dibuat terhadap murid-murid ahun5 (kohort 2, 2004 PPSMI) bagi subjek Sains, Matematik danBahasa Inggeris.

    Bagi SM, kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar ingkat4, bagi Subjek Sains dan Matematik (Aliran Sastera), Matematik

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    23/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    9

    ambahan, Fizik 1, Fizik 2, Kimia 1 dan Kimia 2, (Aliran Sainsulin) dan Bahasa Inggeris.

    Seramai 553 orang guru dipilih sebagai sampel kajian,iaitu 186 guru SR dan 367 guru SM. Pengetua atau PenolongKanan 70 orang dan Guru Besar 90 orang. Jumlah kesemuanyaseramai 713 orang.

     Jumlah murid sampel kajian, ialah 15, 089 orang yangterdiri daripada 5404 kawasan bandar (35.8%), Luar Bandar

    9388 (62.2%), sekolah pendalaman 109 (0.7%) dan SK Pulau188 orang (1.3%).

    Dapatan Kajian tentang Aspek Guru

    Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikaldan gagal menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran yangberkesan. Didapati 74 guru SK (39.3%) dan 93 guru SM(25.3%) gagal dalam Penilaian ahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

    erdapat 3 guru BI (1.6%) SK yang tidak berkelayakanatau tidak mempunyai opsyen BI atau 9 orang (4.8%) opsyenkedua dalam bidang Sains atau Matematik mengajar subjekPPSMI.

    Pada keseluruhannya, kompetensi guru-guru PPSMIadalah pada tahap sederhana (min=5.79). Penggunaan bahasabercampur aduk dan menggila.

    Dwibahasa – Bahasa Melayu atau ibunda melebihi BI

    Dwibahasa – Bahasa Inggeris melebihi BM atau ibunda 

    idak dapat guru menggunakan BI sepenuhnya.

    Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan eknologiKomputer dan IC juga pada tahap lemah.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    24/148

    Kami Bantah DLP

    10

    Dapatan Kajian tentang Aspek Murid

    Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa

    murid-murid di kawasan bandar mengatasi rakan-rakan merekadi kawasan Luar Bandar dalam 10 mata pelajaran (kecuali matapelajaran Fizik 1 dan Kimia 1) dengan perbezaan markah purataantara 3.30 hingga 19.73.

    Perbandingan Prestasi Murid Tahun 5 Sekolah Rendah Mengikut Lokasi

    Bandar-Luar Bandar)

    Bil. Mata Pelajaran Bandar Luar BandarPerbezaan Lebih

    / Kurang

    1 Bahasa Inggeris 71.57 59.74 -11.83

    2 Sains 67.92 56.31 -11.61

    3 Matematik 52.41 49.11 -3.30

    Perbandingan Prestasi Murid Tingkatan 4 Sekolah Menengah Mengikut Aliran

    Sastera Dan Aliran Sains Mengikut Lokasi Bandar-Luar Bandar)

    Bil Mata Pelajaran Bandar Luar BandarPerbezaan

    Lebih / Kurang

    1 Bahasa Inggeris(A. Sastera)

    45.07 41.47 -3.67

    2 Sains (A. Sastera) 36.23 33.48 -2.75

    3 Matematik

    (A. Sastera)

    63.75 44.02 -1973

    4 Bahasa Inggeris(A. Sains)

    48.38 38.01 -10.37

    5 Fizik 1 (A. Sains) 42.47 43.20 +0.73

    6 Fizik 2 (A. Sains) 51.62 46.09 -5.53

    7 Kimia 1 (A. Sains) 46.41 44.61 -1.80

    8 Kimia 2(A. Sastera) 68.05 60.91 -7.14

    9 Matematikambahan(A. Sains)

    55.00 53.40 -1.60

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    25/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    11

    Status Pelaksanaan PPSMI dan SumbangannyaTerhadap Peningkatan Bahasa Inggeris Murid-Murid

    Sekolah Rendah: Didapati sumbangan dan korelasinya adalahrendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjayaMENYUMBANGKAN peningkatan pencapaian Bahasa Inggerissebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara untuk Matematik, tiadasumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.

    Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran

    Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah.Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbangkanpeningkatan pencapaian Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratusdan 0.6 peratus bagi Sains.

    Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaransahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah,iaitu Kimia 2 dan Matematik ambahan. Di mana, jumlahkedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagiMatematik ambahan.

    Oleh itu dapatan melalui analisis regresi berganda, jelaslah bahawa sumbangan Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya mampu

    menyumbangkan pada tahap paling minimum, iaitu kurangdaripada 4 peratus kepada peningkatan pencapaian BahasaInggeris secara keseluruhannya. Dari segi perkiraan “cost-benefitanalysis” dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masapanjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan dan sebaliknyamembantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasiakan datang. Dengan ini disarankan supaya diberhentikandasar PPSMI. Ianya juga harus diterokai pendekatan alternatifpengajaran Bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit danpraktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikkankurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Inggeris itusendiri.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    26/148

    Kami Bantah DLP

    12

    Perbandingan Skor Min Ujian dalam Bahasa Inggerisdengan Ujian dalam Bahasa Melayu atau Dwibahasa

    Secara perbandingan pencapaian murid dalam mata pelajaranSains dan Matematik (9 kali ujian) yang diuji dalam BahasaInggeris dan diuji dalam Bahasa Melayu atau dwi bahasaperingkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Aliran Sasteradan Sekolah Menengah Aliran Sains menunjukkan pencapaianmurid yang menjawab soalan dengan menggunakan mediumsoalan dwibahasa lebih baik atau mengatasi pencapaian mereka

    yang menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan kelebihanskor min antara 6.94 hingga 16.45. Justeru itu adalah jelasbahawa penggunaan dwibahasa atau Bahasa Melayu dalam prosespengajaran dan pembelajaran serta ujian lebih digemari murid danmereka dapat membuktikan penguasaan yang lebih baik dalamBahasa Melayu. Dengan ini ditegaskan bahawa mata pelajaranSains dan Matematik amat bertepatan untuk dikendalikan dalam

    Bahasa Melayu di peringkat SK dan menengah, dan bahasaibunda di SRJKC dan SRJK.

    Ketiga

    PPPPPM membantah DLP ini kerana berasaskan kepada analisiskajian oleh Jemaah Nazir KPM sendiri, yang menunjukkan

    kegagalan PPSMI, iaitu, Analisis Pencapaian Murid Kohort 2(2003-2009) SK dalam ujian peperiksaan Peringkat sekolah:mata pelajaran Matematik mengikut gred purata mata pelajaran(GPMP), bagi 56 SK, yang meliputi 1942 orang murid.

    Kajian oleh Jemaah Nazir Persekutuan KPM dengan jelasmendapati sesungguhnya pelaksanaan PPSMI menimbulkan

    kesan buruk kepada murid-murid yang tergolong dalam kategorisederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaituBahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akanmembunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    27/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    13

    untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat SekolahRendah lagi.

    Buktinya, analisis sampel terhadap keputusan peperiksaanyang diambil oleh Jemaah Nazir Persekutuan ke atas 1942 muridtahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara,menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot,malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naikke tahun yang lebih tinggi, iaitu di ahun 2 (2005), ahun 3,(2006), ahun 4 (2007), ahun 5 (2008) dan dijangka berterusan

    di ahun 6 (2009).

    Keempat

    Kajian Kesan PPSMI di Sekolah Rendah dan Menengah Fasa2) DI yang diketuai oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haroncuba mencari jawapan sejauh manakah tercapainya dua matlamat

    utama Dasar PPSMI, yang diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002, itu, bagi:

    a. meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajarandalam Sains dan Matematik, yang diajar dalam BahasaInggeris.

    b. meningkatkan pembelajaran dan kemahiran pelajar

    berbahasa Inggeris.

    Oleh itu kajian oleh Prof Dato’ Dr. Isahak dan kumpulannyacuba mencari jawapan kepada soalan seperti tersebut:

    a. Sejauh manakah pembelajaran dan prestasi pelajar dalamSains dan Matematik bertambah lebih baik denganmenggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris dan

    b. Sejauh manakah dasar ini turut meningkatkanPenguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    28/148

    Kami Bantah DLP

    14

    Hasil kajian Fasa 1 didapati bahawa penggunaan BI untuk Sainsdan Matematik telah melemahkan lagi pembelajaran dan prestasipelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut, kerana lebih

    75% pelajar sukar memahami Sains dan Matematik dalam BI.Hanya 10% hingga 15% sahaja guru mengguna BI sepenuhnya,kerana rata-rata penguasaan BI guru juga rendah. Akibatnyapembelajaran dan prestasi pelajar dalam Sains dan Matematik,terutama di SK dan SMK merosot teruk. Penguasaan pelajardalam BI juga tidak meningkat secara signifikan. Sementarakajian Fasa 2 untuk murid ahun 5 dan ingkatan 2 (Jan 2008,Feb 2009, Ogos 2009, Februari 2010 dan Julai 2010) didapati :

    a. Hanya 10-12% sahaja guru yang dapat menggunakanBahasa Inggeris.

    b. Hanya 6.2% dan 9.1% murid ahun 5 menyatakanmereka ‘senang’ belajar Matematik dan Sains dalam

    Bahasa Inggeris.c. Bagi pelajar ingkatan 2, purata hanya 11.8%

    menyatakan ‘senang’ belajar Sains dan 15.4% belajarMatematik dalam BI.

    Kesimpulannya, mengikut Profesor Dato’ Dr. Isahak Haron,kajian mereka merumuskan kedua-kuda matlamat asalnya,

    iaitu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam Sains danMatematik tidak tercapai, bahkan mengakibatkan merosot teruk.Matlamat kedua untuk Meningkatkan Bahasa Inggeris juga tidakkesampaian. Bak kata pepatah, ‘Yang dikendong berciciran, danyang dikejar tidak dapat.’

    Kelima

    Berasaskan kepada Hasil Ujian Antara bangsa - IMMS 2007dan PISA 2012 prestasi murid Malaysia menjunam.

    Didapati bahawa kesan negatif PPSMI dapat ditunjukkan juga dalam hasil ujian antara bangsa IMMS 2007 dan 2011, dan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    29/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    15

    PISA 2012. Kedudukan Malaysia jatuh menjunam ke nomborcorot, iaitu kedudukan dalam kumpulan satu per tiga di bawah,berbanding dengan prestasi dan kedudukan pelajar Malaysia di

    angga 10 terbaik daripada 58 negara lain dalam ujian IMMS1999 dan 2003 sebelum Dasar PPSMI dilaksanakan (Prof Dato’Dr. Isahak Haron).

    Keenam

    Kajian tentang Keberkesanan PPSMI oleh Prof. Datin Dr.

     Juriah Long (UKM) pada 2004. Juga mendapati pelaksanaanPPSMI memberi kesan negatif kepada keputusan pelajar.

    Berdasarkan kajian ke atas pelajar ingkatan 2, di 242Sekolah Menengah di seluruh negara, meliputi 7,236 pelajar,701 guru Sains dan 707 guru Matematik didapati hasil dapatanhampir sama trendnya dengan hasil kajian PEMBINA, Jemaah

    Nazir Persekutuan (KPM) dan Universiti Pendidikan Sutan Idrisoleh Isahak Haron.

    Kesimpulannya, hasil PPSMI mengakibatkan bilanganpelajar yang berkualiti tinggi amat terhad. Mereka yangberpencapaian rendah mendominasikan dalam arus perdanapendidikan. Ini akan memberi kesan berpanjangan hingga

    ke peringkat tertiari di mana bilangan pelajar aliran Sains,Matematik dan eknikal akan merosot, terutama pelajar Melayu jika DASAR DWIBAHASA dilaksanakan.

    Ketujuh

    Pelaksanaan program dwi bahasa (DLP) itu tidak adil danmewujudkan jurang prestasi sains dan matematik UPSR antara

    SK, SJKC DAN SJK.

    Dasar pelaksanaan DLP yang berbeza antara SK, SJKC danSJK akan menyebabkan jurang prestasi Sains dan MatematikUjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) murid-murid SK

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    30/148

    Kami Bantah DLP

    16

    seluruhnya, terutama murid-murid Melayu bertambah jarak dankritikal. KPM tidak berani menyentuh SJKC dan SJK keranaakan ditentang oleh masyarakat Cina dan India yang cintakan

    bahasa mereka, bahasa Mandarin dan bahasa amil. SJKC danSJK akan berterusan mengajar dalam bahasa ibunda. JikalauDasar DLP ini dilaksanakan, pengalaman kegagalan PPSMIakan berulang kepada murid-murid SK di mana prestasi Sainsdan Matematik murid-murid SK jauh lebih rendah dari SJKC.

    Kelapan

    Kementerian Pendidikan Malaysia sudah tersalah prioriti antaralulus BI dengan gagal sains, matematik dan teknikal. Apakahkeutamaan KPM?

    PPPPPM membantah DLP kerana KPM tersalah langkah,tersasar prioriti utama, iaitu untuk mencapai Pelaksanaan Dasar

    60% Aliran Sains dan eknologi: 40% Aliran Sastera yangdilaksanakan oleh KPM mulai 2001 dan akan tercapai pada 2010.Mengikut data dan fakta pada 2001 jumlah peratus pelajar yangmengambil aliran Sains dan eknikal ialah 34.19% berbandingdengan sasaran yang telah ditetapkan pada 2001, iaitu 37.0%(kekurangan 2.81%). Malangnya, akibat Dasar PPSMI kini,pada 2015 matlamat ini bukan sahaja gagal dicapai, malah

    bertambah  merundum kepada 28.0% sahaja. Andainya, DLPditeruskan Malaysia akan hadapi krisis ketandusan siswazahSains dan eknikal untuk menampung keperluan negara.

    Kesembilan

    Pelaksanaan DLP menggagalkan dan bertentangan dengan

    dasar memartabatkan Bahasa Melayu. PPPPPM membantahpelaksanaan DLP kerana ia akan menggagalkan matlamatMBMMBI. Dasar MBMMBI adalah bagi melahirkan masyarakatyang berupaya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    31/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    17

    Pendidikan Malaysia 2013-2025. Matlamat ini akan dicapaimelalui strategi berikut:

    Strategi 1: Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia danBahasa Inggeris

    Strategi 2: Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysiadan Bahasa Inggeris

    Strategi 3: Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan BahasaInggeris Mengikut Opsyen.

    Strategi 4: Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding danPembantu Guru.

    Strategi 5: Memperluas Penggunaan Bahan dan eknologiMaklumat Dan Komunikasi (MK) dalam PdP Bahasa Malaysiadan Bahasa Inggeris.

    Strategi 6: Memperluaskan Publisiti dan Kempen PengukuhanBahasa.

    Strategi 7: Meningkatkan Penyertaan Murid dalam AktivitiBahasa di Luar Bilik Darjah.

    Strategi 8: Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan

    Pencapaian Murid.Malangnya, sehingga kini pelaksanaan MBMMBI gagalmencapai matlamatnya setelah berjalan selama 10 tahun. Amatmendukacitakan, tidak ada kemajuan yang signifikan terhadapusaha untuk Martabatkan Bahasa Malaysia. Pelbagai inisiatifdilakukan terhadap BI tetapi tidak ada sebarang inisiatif diberikankepada sekolah dan guru Bahasa Malaysia. Misalnya guru-guruBahasa Inggeris diberikan Kursus Pro-EL, dan kepada merekayang beroleh (2, Cambridge Placement est (CP) akan dapatganjaran RM 5,000.00 dan c1 beroleh RM 3,000.00. Juga untukBI diberikan Peruntukan Khas kepada sekolah serta diimportkan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    32/148

    Kami Bantah DLP

    18

    Guru Penutur Jati dengan berjuta ringgit diperuntukkan. Malangsekali kepada MBM, tidak ada sebarang Peruntukan Khasdiberikan kepada sekolah, melainkan Peruntukan Per Kapita

    Subjek Bahasa Melayu sahaja.

    Kesepuluh

    Dasar DLP bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,Perkara 152 (1), 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967.Penyata Razak 1956, Penyata Rahman alib 1960, Akta Pelajaran

    1961 dan Akta Pendidikan 1996 (AKA 550).

    Pada hakikatnya DLP adalah bertentangan dengansemangat Perlembagaan Persekutuan perkara 152(1) yangmemperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaandan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara ini.

    “Maksud rasmi”, ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama adaKerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklahapa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

    Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telahdiperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan

    1963/67. Akta 32) seperti berikut:“Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dan

    tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara152(1) perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasalain dan bahasa mana-mana kaum lain dalam Malaysia, bahasakebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi”.

    Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 “BahasaKebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, AktaPendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai BahasaPengantar Utama seperti berikut:

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    33/148

    PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

    19

    1. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasapengantar di semua institusi pendidikan dalamSistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis

    kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 ataumana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikanoleh Menteri daripada subseksyen ini.

    2. Jikalau bahasa pengantar utama di sesuatu institusipendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan,maka bahasa kebangsaan adalah diajarkan sebagai mata

    pelajaran wajib di institusi pendidikan.

    Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran danpembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secarautamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu BahasaMelayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.

    High Immersive Programme (HIP)

    PPPPPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah danMENYOKONG DAN MENERIMA SEPENUHNYAProgram Imersif inggi BM dan BI (HIP) yang dicadang pakaioleh Kementerian Pendidikan kerana Program ini bukanlahmerupakan suatu perkara baru. Kementerian Pendidikan telah

    pun melaksanakan sebelum dan sejak SURA PEKELILINGIKHISAS Bil. 1/1999, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) bertarikh 4 Januari 1999 dikeluarkan.

    Melalui Pekeliling ini semua sekolah dikehendakimenjalankan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuanmenambahkan masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut.

    Oleh kerana peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggerisdalam jadual waktu adalah terhad dan tidak mungkin dapatditambah tanpa menjejaskan masa untuk mata pelajaran lain,maka penambahan masa pendedahan ini dikehendaki dilakukan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    34/148

    Kami Bantah DLP

    20

    melalui aktiviti-aktiviti sokongan di luar bilik darjah, aktivitiko-kurikulum dan ko-akademik. KPM berharap, melalui aktivitiini bukan sahaja bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi

    pelajar tetapi juga mengubah sikap pelajar supaya pembelajaranBahasa Inggeris dapat dimaksimumkan dan berjaya meningkatkanprestasi akademik, keupayaan menulis, membaca dan keyakinanbertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris.

     Antara aktiviti yang perlu, dijalankan adalah, “Storyelling, Choral Speaking, Choral Reading, debate, English

    Bulleting Board, A Word a Day, A Proverb a Week, persembahansemasa perhimpunan, projek bacaan, lawatan, lakunan, Jazz,Chants, Poetry Recital, Drama dan Sketsa, Daily News Recap. Air Wares, Spelling Bee, Readathon, Dear (Drop Everythingand Read) Project, English Quiz, Language Games, Corridor ofKnowledge dan lain-lain.

    Maka, PPPPP YAKIN dengan adanya Program Imersifinggi BM dan BI (HIP) ini, penguasaan Bahasa Inggeris akanterjamin meningkat. Lantaran tidak perlu lagi KementerianPendidikan melaksanakan Program Dwibahasa PengajaranPembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    35/148

    Pendirian KGMMB TerhadapDLP dan HIP

    PengenalanBajet 2016 memperuntukkan RM135 juta kepada MBMMBIdan sebanyak RM38.5 juta daripada jumlah bajet itu akandigunakan untuk DLP dan HIP. DLP iaitu Program DwiBahasa atau Dual Languange Programme dan HIP iaitu ProgramImersif inggi atau High Immersive Programme adalah program

    yang akan dilaksanakan pada tahun 2016 oleh KementerianPendidikan Malaysia (KPM) menerusi Gelombang KeduaPPPM 2013-2025. Program ini akan dilaksanakan di sekolahsecara berperingkat-peringkat. DLP pula merupakan programpengukuhan bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) mata pelajaran Matematik, Matematik ambahan,Matematik S (Pra-Universiti), Sains, Kimia, Fizik, Biologi,

    eknologi Maklumat & Komunikasi (MK) dan Reka Bentuk& eknologi (RB). HIP pula adalah program peningkatanBahasa Inggeris yang akan dilaksanakan dalam komuniti sekolahdengan tujuan meningkatkan keyakinan dan sikap positif pelajarterhadap bahasa Inggeris.

    Dato’ Haji Mohamad Sabri bin Haji Mohd Arsad,

    PresidenKesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

    3

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    36/148

    Kami Bantah DLP

    22

    DLP akan dilaksanakan berasaskan beberapa kriteriaantaranya sumber sekolah yang mencukupi, guru yangkompeten serta sokongan ibu bapa. Untuk tujuan rintis atau

    permulaan, sekolah rendah hanya melibatkan ahun 1 danahun 4, manakala sekolah menengah melibatkan ingkatan 4.Rintisan akan dijalankan di 300 buah sekolah di seluruh negaramulai awal persekolahan 2016. Sekolah-sekolah tersebut akanmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalampengajaran Sains dan Matematik.

    Pendirian KGMMB

    HIP merupakan program yang sesuai dilaksanakan keranaprogram ini bersifat komuniti sekolah dan dilihat mampumeningkatkan keyakinan dan sikap positif murid-murid terhadapbahasa Inggeris. Namun, DLP dilihat oleh KGMMB sebagaiprogram yang sama seperti PPSMI, yang gagal menyelesaikan

    masalah penguasaan bahasa Inggeris malah memberi kesan burukkepada sebilangan besar pelajar dan gagal ke arah perpaduan danpembentukan identiti nasional.

    Konvensyen UMNO Johor 2006, membantah PPSMIdi sekolah-sekolah kerana dasar tersebut menyebabkan bangsaMelayu hilang identiti dan jati diri. PPSMI juga sentiasa menjadi

    isu utama dan ditentang dalam seminar anjuran pelbagai pihakseperti DBP, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, PersatuanPerterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, KGMMBdan lain-lain persatuan.

    DLP Melanggar Perkara 152 dalam Perlembagaan

    DLP sebenarnya menafikan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa

    Pengantar, Bahasa Rasmi dan bahasa perpaduan yang termaktubdalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152.

    Kedudukan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahasa itu

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    37/148

    Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

    23

    sebagai bahasa rasmi tunggal. Pindaan dalam Akta Perlembagaan1971 pula menetapkan status bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Mereka yang berbuat

    demikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1984. Bahasarasmi ini juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan MajlisRaja-Raja Melayu.

    Bahasa Melayu adalah bahasa asal penduduk asal Malaysia.Bertepatan dengan kedudukannya sebagai bahasa asal maka amat wajar bahasa ini menjadi bahasa pertuturan dan komunikasi

    pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa Melayu mudah dipelajaridan menjadi bahasa perpaduan. Bahasa ini pernah menjadibahasa ilmu dan lingua franca  di Nusantara. Untuk menguasaianah Melayu, pegawai British seperti Tomas Stanford Rafflesmempelajari bahasa Melayu. Para pedagang juga mempelajaribahasa Melayu untuk tujuan perdagangan. Namun, apabilapenjajah menguasai anah Melayu mereka cuba mengubah

    sistem yang ada termasuk menjadikan bahasa Inggeris sebagaibahasa utama.

    Penjajahan menjadikan orang-orang Melayu serba-serbiketinggalan. Sistem pendidikan Inggeris tidak membantuperkembangan dan kemajuan bangsa Melayu. Pendidikananak-anak Melayu hanya di peringkat rendah sahaja dan orang

    Melayu gagal bekerja di sektor awam. Sektor tersebut berjayamemberi kelebihan kepada bukan Melayu dan meminggirkanMelayu. Perjuangan KPGMS, Pertubuhan Melayu sertatokoh-tokoh sejati Melayu, membawa perubahan kepadakedudukan bahasa Melayu. KPGMS adalah singkatan bagiKesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung. Kesatuan iniditubuhkan lebih awal sedikit daripada UMNO dalam tahun

    yang sama iaitu 1946. Pada tahun 1954 namanya ditukar kepadaKesatuan Persekutuan Guru Melayu Persekutuan anah Melayu(KPGMPM) dan mulai 1968 dikenali pula sebagai KesatuanGuru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB).

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    38/148

    Kami Bantah DLP

    24

    Bahasa Melayu dimartabatkan dan bahasa Melayumenjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah menengahmalah di universiti. Bilangan anak-anak Melayu yang menuntut

    di universiti bertambah. Begitu juga anak-anak Melayu yangberjaya menjawat jawatan di sektor awam juga bertambah.Lanskap kemajuan dan penguasaan orang Melayu terutamadalam sektor awam jelas kelihatan apabila dasar pendidikanmesra Melayu yang berasaskan bahasa Melayu dilaksanakan. Inidibicarakan oleh Roslan Saadon, dalam tesis Doktor Falsafahbeliau bertajuk “Perjuangan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang1920-1980: Manifestasi Pemikiran dan Kepimpinan Guru”yangdiserahkan kepada Universiti Sains Malaysia, pada tahun 2015. Jelas, bahasa Melayu memperkukuh kedudukan dan kemajuanbangsa Melayu malah menjadi bahasa perpaduan untukmasyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.

    Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini terbukti

    melalui penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)pada tahun 1970. Universiti tersebut berjaya menghasilkanlebih 450 tesis Ph.D. dan lebih 2,000 tesis MA dan M.Scyang menggunakan bahasa Melayu. Hal ini menjawab bahawabahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar bagi pelbagaibidang ilmu di pusat pengajian tinggi. Rujuk Anwar Ridhwan,“Memasyarakatkan Persuratan Melayu”, Kongres Bahasa dan

    Persuratan Melayu, 28-30 Oktober 2011, Balai Budaya, DewanBahasa dan Pustaka, hlm. 6; Hasilnya, ratusan ribu ahli ilmu,birokrat, teknokrat, profesional dan tenaga pembangunannegara dalam pelbagai bidang terhasil dari sistem pendidikanyang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Awang Sariyan juga mengakui bahawa penggunaan bahasakebangsaan sebagai bahasa pengembangan ilmu menjadikanproses pengilmuan masyarakat lebih berkesan. Bahasa Melayumengisi erti pendemokrasian pendidikan dengan memainkanperanan sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu kepadapelbagai kaum dan lapisan masyarakat melalui bahasa yangsatu. Ini sudah dibicarakan oleh Awang Sariyan, “Pemartabatan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    39/148

    Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

    25

    Bahasa Kebangsaan Dalam Pembinaan Negara Bangsa”, SyarahanBahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara danInstitut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, 23 Februari

    2010, hlm. 12-13.

    DLP Bercanggah dengan 6 Aspirasi Murid PPPM

    Dua daripada enam Aspirasi Murid dalam PPPM iaitu kemahirandwibahasa dan pembentukan identiti nasional akan tergugatmelalui pelaksanaan program ini. Sistem pendidikan negara

    yang diperkukuhkan lagi dengan PPPM jelas membawa muridmencapai 6 Aspirasi iaitu memperoleh pengetahuan, kemahiranberfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,membentuk etika dan kerohanian, dan membentuk identitinasional. Persoalan yang timbul ialah apabila program DLPdilaksanakan, hanya melibatkan sekolah dan kelas terpilih. Usahameningkatkan bahasa Inggeris tidak berlaku secara menyeluruh

    kepada semua murid yang berhak menikmatinya. Justeru, DLPbukan program yang sesuai untuk memastikan kemahirandwibahasa diperoleh oleh semua murid, tetapi program lainperlu difikirkan yang lebih sesuai dan bersifat menyeluruh.

    Identiti nasional agak kurang jelas apabila sebilanganbesar masyarakat Malaysia masih menggunakan bahasa Inggeris

    sebagai bahasa komunikasi. Mereka mengetepikan bahasa Melayudan kurang selesa apabila berkomunikasi dalam bahasa rasmitersebut, sedangkan bahasa Melayu merupakan satu daripadaidentiti dan jati diri bangsa Malaysia. Mereka mengaku sebagaiorang Malaysia, bangga sebagai warganegara Malaysia tetapienggan dan terasa rendah diri dalam menuturkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu bukan sahaja bertindak sebagai alat perpaduan,

    malah bahasa yang perlu dibanggakan oleh semua rakyat diMalaysia. Amat memalukan apabila ditanya soalan berbahasaMelayu, jawapannya diberi dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerapterpapar dalam televisyen terutama ketika seseorang diwawancaraatau diminta memberi komen atau pendapat. Apabila DLP ini

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    40/148

    Kami Bantah DLP

    26

    dijalankan ia akan memberi ruang yang besar kepada golonganyang tidak gemar menggunakan bahasa Melayu mengikutiprogram tersebut dan terus kekal dengan persepsi rendah mereka

    terhadap bahasa Melayu. Perkara ini akan memberi kesan negatifkepada usaha memartabatkan bahasa Melayu (MBM) danmemperkukuh identiti nasional.

    DLP Bukan Penyelesaian Kegagalan PenguasaanBahasa Inggeris

    Isu utama kegagalan penguasaan bahasa Inggeris perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum memikirkan alternatif dalammenyelesaikannya. Kajian menunjukkan bahawa pengajaran guruyang berkesan menjadi penentu kepada pencapaian pendidikan.Berdasar sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedahpengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkanpencapaian pelajar (Sanders & Rivers, 1996). Mantan Menteri

    Pelajaran YB an Seri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin juga pernah menyatakan;

    “…tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif…tidak sekadar dapat meningkatkan kefahamanpelajar tetapi mampu membina minat untuksubjek yang diajar…”

    KGMMB melihat isu utama ialah mata pelajaran bahasaInggeris itu sendiri, persepsi dan minat murid. Program yangpelbagai akan menimbulkan kecelaruan, hilang fokus dan bakalmengundang isu lain. DLP yang meletakkan penggunaan bahasaInggeris dalam subjek Matematik dan Sains bakal mengundangmasalah penguasaan subjek tersebut sebagaimana yang berlaku

    semasa pelaksanaan PPSMI dahulu. Justeru, tumpuan danfokus perlu diberi kepada subjek itu sendiri yang melibatkankompetensi guru, kaedah pengajaran guru dan komitmen guru.Guru berprestasi tinggi menjadi penentu kepada pencapaiansekolah seperti yang dinyatakan oleh Sanders & Rivers dan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    41/148

    Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

    27

    mantan Menteri Pelajaran perlu dijadikan asas untuk membaikikeadaan.

    Isu kedua yang penting dan juga amat disedari oleh KPMialah sikap dan tanggapan pelajar terhadap bahasa Inggeris. Pelajarkurang berkeyakinan, sentiasa bimbang dalam menggunakanbahasa Inggeris dan tidak berminat untuk mempelajari subjektersebut. idak hairanlah jika Program Imersif inggi (HIP)diperkenalkan oleh KPM. Program ini amat bersesuaian keranaia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan sikap positif

    pelajar di peringkat komuniti sekolah. Pelbagai program dalamanyang bersesuaian dan menjurus kepada pencapaian objektifmemperkasa bahasa Inggeris (MBI) dapat dijalankan.

    Dalam hal ini KGMMB ingin mencadangkan satu subjekbaharu Literature in Education  tanpa peperiksaan diwujudkanbertujuan menimbulkan keyakinan dan minat pelajar untuk

    mempelajari bahasa Inggeris. Subjek ini mendedahkan parapelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris melalui kegiatansastera, lakonan, nyanyian, muzik dan sebagainya. Masa bahasaInggeris tidak ditambah tetapi mengambil dua masa ataulebih daripada masa sedia ada. Pelajar digalakkan berlakon,bernyanyi dan bermain berdasarkan tema atau kemahiranyang ingin diajar pada hari tersebut. Guru bertindak sebagai

    fasilitator dan motivator untuk menggalakkan pelajar terlibatmenggunakan bahasa Inggeris tanpa mementingkan sistembahasa dan sebagainya. Apa yang dipentingkan para pelajarbercakap dan cuba memperkaya perbendaharaan kata melaluiaktiviti yang dijalankan dalam subjek tersebut. ugas guru bukanmemperbetul bahasa tetapi menggalakkan mereka bercakapdan yakin diri apabila menggunakan bahasa Inggeris. Kajian

    menunjukkan bahawa sesi pembelajaran yang penuh denganpelbagai aktiviti yang menarik melibatkan nyanyian dan lakonanserta main peranan yang berpusatkan murid sepenuhnya mampumeningkatkan objektif pembelajaran (Deen Jack, 2012).

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    42/148

    Kami Bantah DLP

    28

    Di Mana Impak Pelbagai Program Bahasa Inggeris?

    KPM telah melaksanakan pelbagai program bahasa Inggeris

    dalam Gelombang 1 PPPM seperti Literasi BI di bawah Linus2.0, Oral Proficiency for Secondary Schooll  (OPS-English), ProgramPeningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah(PPPBISM) dan Program Penutur Jati. Malah bagi memastikanpara guru bahasa Inggeris kompten, mereka dikehendakimenduduki Peperiksaan CP est dan Kursus Pro-EL. Malahsatu ketika dahulu guru-guru bahasa Inggeris diberikan elaun

    tambahan sedangkan tugas mengajar bahasa Inggeris itu adalahtugas mereka. Mereka dilatih dan digajikan untuk mengajarsubjek tersebut.

    Pelbagai program dilaksanakan, namun masih belummenunjukkan impak yang positif penguasaan bahasa Inggerisdalam kalangan pelajar terutama luar bandar. Apapun program

    atau dasar yang dijalankan, impaknya tetap sama malahmengundang kecelaruan, kesibukan dan hilang tumpuan utamaguru untuk mengajar. Guru sibuk dengan pelbagai program yangdatang bagai cendawan tumbuh selepas hujan namun tugas danmatlamat hakiki terabai. Program yang diwujudkan sepatutnyameningkatkan kompeten dan motivasi guru serta menjadikanguru lebih berkesan tetapi sebaliknya. Guru gagal menjadi agen

    perubahan dan peningkatan pelajar dalam penguasaan bahasaInggeris. Justeru, KPM perlu melihat semula isu yang melibatkansubjek itu sendiri seperti kaedah dan pendekatan, kandungansubjek, kompeten guru, sumber PdP, persekitaran pelajar dansikap pelajar itu sendiri.

    Kemampuan Pelaksanaan

    Mewujudkan program mudah tetapi melaksanakan programtidak semudah yang disangka. Apatah lagi program yangakan dijalankan tidak melalui kajian dan perancangan yang

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    43/148

    Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

    29

    teliti. DLP melibatkan pelbagai sumber tambahan, guru yangkompeten dan sokongan ibu bapa. Persoalan yang timbuladakah sumber mencukupi dan guru cukup kompeten untuk

    mengajar Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris. Jangan sampai DLP memberi gangguan kepada sumber danbebanan guru sedia ada. DLP memungkinkan terbentuk kelasdengan bilangan yang kecil iaitu seminima 15 orang. Hal iniakan menjadikan sesetengah kelas menjadi besar dan ini pastinyamembebankan guru. Persoalan seterusnya ialah adakah para ibubapa benar-benar bersetuju dengan program yang dilaksanakan. Adakah para ibu bapa juga menyedari kemampuan sekolahberbanding aspirasi mereka untuk melaksanakan DLP.

    Kesimpulan

    Sebagai kesimpulan, KPM tidak perlu melaksanakan DLPkerana ia bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),

    menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semuasistem pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupunpengajian tinggi. Perancangan yang kurang rapi dan tiadanyakajian lengkap akan menjadikan program yang dijalankan bakalmenemui kegagalan. PPSMI yang pernah dijalankan suatu ketikadahulu menjadi bukti kegagalan pengajaran & pembelajaranMatematik & Sains menggunakan bahasa Inggeris di samping

    telah melibatkan kos yang amat besar. Bagi tujuan memperkukuhbahasa Inggeris sepatutnya kaedah pengajaran perlu dikemaskini dan diperkasa, bukannya dengan cara menjadikan Sains danMatematik sebagai mangsa korban. Bahasa ibunda amat pentingdan berkesan dalam mempelajari dan menguasai pelajaran Sainsdan Matematik (Resolusi UNESCO, 1951: 691). Sebaliknya,KPM perlu memikirkan kaedah dan pendekatan yang sesuai

    terhadap subjek itu sendiri dalam memantapkan penguasaanbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Malaysia terutama diluar bandar.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    44/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    45/148

    Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

    31

    pihak pemegang tagan pendidikan. Pemegang tagan yangdimaksudkan itu ialah seperti pembuat dasar pendidikan negaradi bawah Kementerian Pendidikan (yang tentunya melibatkan

    bahagian penyelidikan Kementerian Pendidikan dan PusatKurikulum), KSI, DBP, IBM, BBK (badan bukan kerajaan)yang terpilih) seperti GAPENA, persatuan pendidik/pendidikan,persatuan guru-guru sains dan matematik, persatuan-persatuanilmuwan sains dan matematik, tokoh-tokoh ilmuwan terpilihdan sebagainya.

    DLP dirasionalkan keperluan dan kepentingannya dari segiekonomi dan homoeconomicus sahaja sedangkan pendidikan,terutamanya pendidikan sekolah dalam sains dan matematiksekalipun (setengah sarjana mutakhir menegaskan lebih-lebihlagi), sebahgaian besarnya perlu dilihat daripada aspekpendidikan am seperti keinsanan dan aspek yang bukan dipacuoleh homoeconomicus   yang cukup bermasalah itu (mengikut

    sarjana Barat sekalipun).

    DLP dirasionalkan supaya Malaysia tidak ketinggalan dalampenguasaan bahasa Inggeris demi tidak ketinggalan dalam dayasaing ekonomi dan perdagangan negara. Lalu diberi contohbagaimana Vietnam dan Jepun pun kononnya sudah mengubahdasar bahasanya sehingga menjadikan bahasa Inggeris sebagai

    bahasa perantaraan pendidikan sains dan matematik di Vietnamdan bahasa rasmi syarikat oyota. Ini data yang amat bolehdipertikaikan bukan sahaja keesahannya, tetapi lebih-lebih-lagitafsiran terhadapnya. Pertamanya, dua buah negara ini memangpun ketinggalan tahap kefasihan bahasa Inggeris berbandingdengan Malaysia sehingga kini pun. Namun, kenapa kita sentiasakalah kepada Jepun dalam segala aspek, dan Vietnam pantas

    lonjakan ekonominya dan pelajar Vietnam (yang dipaparkansoalan dalam bahasanya dan menjawab dalam bahasanya)sentiasa mengatasi jauh daripada lonjakan ekonomi Malaysia(yang tinggi penghayatan bahasa Inggerisnya) dan prestasi pelajar

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    46/148

    Kami Bantah DLP

    32

    Malaysia (yang disogok dengan soalan dlm bahasa Inggeris danterpaksa menjawab dalam bahasa Inggeris) dalam Olimpiadsubjek sains dan matematik sejak puluhan tahun dahulu hingga

    kini. Begitu juga dengan prestasi pelajar Malaysia dalam PISAdan IMMS; terkebelakang daripada negara-negara yang tidakmenggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya, dankefasihan pelajar Malaysia berbahasa Inggeris lebih baik daripadapelajar-pelajar negara tersebut. Kedua, data PEMANDUtentang Vietnam dan Jepun di atas itu tidak tepat, seleweng ataudisalah-tafsirkan olehnya sahaja.

    DLP dirasionalkan sebagai ubat untuk mengatasi penganggurandengan memaparkan data-data yang ditafsirkan pengangguran disemua peringkat di Malaysia ini adalah disebabkan tahap kefasihanbahasa Inggeris calon berkenaan. Ini sengaja diada-adakan keranasebab utamanya ialah ekonomi kita sendiri. Adakah negara yangberbahasa Inggeris sepenuhnya tiada kadar pengangguran yang

    tinggi? Adakah negara yang bahasa Inggerisnya lebih rendahdaripada kita mempunyai kadar pengangguran yang lebih terukdrp kita? Jawaban kepada kedua-dua soalan ini tidak memihakkepada PEMANDU

    DLP dirasionalkan kononnya tidak bertentangan dengandasar pendidikan negara dan dasar baharu yang menggantikan

    PPSMI, iaitu MBMMBI (Memartabatkan Bahasa MalaysiaMemperkukuh Bahasa Inggeris), dan tidak juga bertentangandengan perlembagaan negara fasal 152 (tentang status bahasaMelayu). Alasan DLP tidak bertentangan dengan dasar pendidikannegara ialah keputusan mahkamah terhadap kes saman anakMenteri Besar Perak Lwn Kerajaan Malaysia pada 2009 dahuluyang tidak menyebelahi dakwaan anak Menteri Besar itu. Namun

    ini bukan keputusan mahkamah tertinggi, dan hingga kini punramai ilmuwan dan peguam yang merasakan hujah mahkamahitu tidak tepat. Satu daripada hujah hakim berkenan bahawaPPSMI tidak menjadikan bahasa Melayu di sekolah sebagai

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    47/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    48/148

    Kami Bantah DLP

    34

    pelajar dan guru-guru sekolah…. erjunlah negara dalam kancahkelongkangan pendidikan sains dan matematik lagi sekali.

    DLP di negara maju seperti di Amerika Syarikat dilakukandengan andaian pelajar sekolah itu belum lagi dapat memahamipenjelasan ilmu sains dan matematiknya dalam bahasa bukanbahasa ibundanya. Di sinilah bahasa Sepanyol umpamanyadigunakan dalam pengajaran sains dan matematik sekolah diCalifornia umpamanya. Pada masa yang sama, pelajar ini diajarbahasa negaranya (bahasa Inggeris) dengan sebaik mungkin

    hingga tidak lama pelajar itu sudah boleh menerima penjelasankonsep dalam sains dan matematik sekolah itu dalam bahasanegara, bahasa Inggeris. DLP yang seanalog dengan ini yangsepatutnya dilakukan di Malaysia mengenangkan memang adasekitar 10 % pelajar sekolah (jika menggunakan statistik sekolahyang masih menggunakan PPSMI) yang tidak dapat memahamibahasa Melayu bahasa negara ini). Ini bermakna bahasa Melayu

    dalam MBMMBI itu perlu dimartabatkan sehingga pelajar di300 buah sekolah ini tidak perlu lagi diajar dalam bahasa Inggerisselepas sekolah rendahnya. Malangnya DLP yang hendakdilaksanakan mulai 2016 itu ialah memartabatkan bahasaInggeris dalam pendidikan sains dan matematik sama sepertidalam PPSMI dahulu sahaja.

    Pembuat dasar DLP tidak faham dan tidak mahu faham fakta(kerana cita-Inggerisnya) bahawa tiadanya Negara Maju, kecualiSingapura, yang meminggirkan bahasanya sendiri sehebat merekameminggirkan bahasanya sendiri. Mereka juga tidak fahamdan tidak juga mahu faham “bahasa jiwa bangsa”, “terpinggirbahasa menyingkirkan bangsa”, dan “bahasa penemu ilmu”.Mereka bermimpi dengan mula tidur tidak “membaca” bahawa

    bangsanya boleh maju dengan menjunjung bukan bahasanyatetapi menyingkirkan bahasanya lalu dicipta berbagai helahuntuk mewujudkan kembali PPSMI menerusi DLP.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    49/148

    Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

    35

    DLP akan mewujudkan satu lagi jurai penciptaan jurangperbezaan sosioekonomi, impian dan pandangan hidup dikalangan rakyat Malaysia akibat teranutnya nilai-nilai keinsanan

    yang berbeza hasil daripada pendedahan bahasa yang berbezadalam pendidikannya. Andaian bahasa itu neutral (tidakberperanan) terhadap pembinaan keinsanan seseorang yang besarkemungkinan dianuti oleh gerombolan pembuat DLP itu hanyakebebalannya sahaja. Yang lainnya tentunya berpendapat, jikalaupun ada nilai dalam bahasa, nilai dalam bahasa Inggeris itu lebihbaik daripada yang ada dalam bahasa-bahasa lain, terutamanyabahasa Melayu, kerana keterpesonaan tersasar dan ketaksubanmereka kepada kebudayaan berbahasa Inggeris.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    50/148

    Kedaulatan Bahasa Melayu

    Perlaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan HighImmersive Programme (HIP) pada 1 Januari 2016 adalah satupenghinaan kepada kedaulatan Bahasa Melayu dan kedaulatan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 1957 yang meletakkan BahasaMelayu sebagai bahasa negara. Perlaksanaan DLP dan HIPmenghina seluruh semangat yang terkandung dalam Perkara152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Pendidikan

    1996, khasnya Perkara 17 dan 18. PADU dan PEMANDUtelah secara sengaja dan halus mencipta satu situasi dan persepsikepada rakyat dan warganegara bahawa Bahasa Melayu tidaksemakin penting dan sepele di dalam sistem pendidikan masakini dan akan datang di negara ini. Kementerian Pendidikanterperangkap dengan persepsi tersebut dan tanpa segan dan silumahu melaksanakannya mulai 2016, dengan tidak menyedari

    tentang peri kedaulatan Bahasa Melayu dulu, kini dan selamanya.

    Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjakdua ribu tahun lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayuawal pada masa itu seperti Funan, Champa atau Kembayat

    Dato' Zainal Abidin BorhanKetua Eksekutif

    Yayasan Karyawan Malaysia

    5

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    51/148

    Kedaulatan Bahasa Melayu

    37

    Negara, Kutei Kertanegara dan sebagainya. Kedaulatan tersebutberterusan sehingga ke zaman kerajaan atau kesultanan Pasai,

    Perlak, Melaka, Inderagiri, Rokan, ungkal, Johor dan Johor-Riau,Patani, Kelantan, Pahang, erengganu, Perak, Brunei, Sambas,Pontianak, Deli, Acheh, dan lain-lain. Kedaulatan Bahasa Melayuberasal-usul, didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu dimana jua di Alam Melayu.

    Para seniman rakyat seperti ok Dalang, ok Selampit,

     Awang Batil, dan lain tukang cerita, pemantun, tukang syair,turut mendaulatkan Bahasa Melayu. Pantun Melayu sebagaicontoh, merupakan bukti empirikal dari zaman lalu ke masa kini.Para pemantun terus berpantun sehingga kini mencipta metaforayang puitis lagi sarat makna malah berbahasa dengan aras tinggi.Syair-syair seperti Syair Siti Zubaidah dan Syair Perang Makassarserta lain-lain syair juga bukti empirikal kedaulatan Bahasa

    Melayu pada masa itu hingga masa kini.

    Lagi bukti emperikal dapat disaksikan melalui pelbagaiprasasti dan batu bersurat serta ribuan naskhah tulisan Jawi, Kawidan Rencong yang ditulis, dikarang dan disalin oleh para pujanggaMelayu, di bawah payungan dan penaungan raja-raja Melayu.erdapat ribuan bukti empirikal naskhah Melayu yang tersebar diseluruh dunia. Di Perpustakaan Negara Malaysia sahaja terdapat4,000 naskhah Melayu di dalam pelbagai bidang. KedaulatanBahasa Melayu semakin mengukuh dan mantap apabila agamaIslam berkembang di Alam Melayu yang disebarkan oleh paramubaligh atau pendakwah yang juga merupakan para pedagangyang berniaga di Alam Melayu. Sebahagian besar kosa-kata Arabterserap sebagai kosa-kata Melayu mengganti kosa-kata Sanskrit.

    Bahasa Melayu didaulatkan sebagai lingua franca di Alam Melayuoleh para pedagang yang datang dari seluruh penjuru alam,baik dari Eropah, India, China dan Arab. Surat-surat dari parapedagang asing kepada raja-raja di Alam Melayu ditulis dalamBahasa Melayu.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    52/148

    Kami Bantah DLP

    38

    Pada zaman penjajahan British di anah Melayu, BahasaMelayu terus berdaulat di kalangan para agamawan bagi

    memantapkan perkembangan agama Islam dalam kalanganorang Melayu melalui sekolah-sekolah agama atau madrasah ataupondok. Kitab-kitab agama dalam bahasa Arab diterjemahkan keBahasa Melayu yang kemudian disebut kitab kuning atau kitab Jawi bagi memudahkan pendidikan keagamaan tersebut. BahasaMelayu seperti bahasa-bahasa lain mempunyai hubungan yangamat organik dengan kebudayaan, identiti dan jati diri serta agama

    Islam. Bahasa berfungsi sebagai wahana terpenting pembinaansebuah masyarakat dan kebudayaan serta membolehkan setiapanggota masyarakat memiliki kesedaran sosial dan kesedarankebangsaan dalam bernegara.

    Kemunculan alat cetak dan penerbitan surat khabar danmajalah sebagai wahana yang memberi ruang kepada penerbitan

    cerpen dan sajak, juga penerbitan novel-novel, di sampingmenerbitkan kembali karya agung dan karya klasik Melayu,serta penerbitan buku ‘Sejarah Alam Melayu’ karangan Cikgu Abdul Hadi Hassan, mendedahkan anak-anak Melayu kepada jati diri sosial dan kebangsaan mereka. Kesedaran ini meluasdan merebak menjadi kesedaran kebangsaan atau semangatkebangsaan Melayu. Kesedaran kebangsaan ini beriringan dengan

    kemunculan para pejuang kebangsaan Melayu yang menulis didalam akhbar dan majalah bagi menyalurkan ide dan gagasankebangsaan mereka. Penulisan sejarah dan gagasan menentangpenjajah dan kemerdekaan dalam Bahasa Melayu memikatseluruh rakyat Melayu bagi menyokong perjuangan para pejuangkemerdekaan. Maka kemerdekaan yang tercapai adalah keranaberkatnya kedaulatan Bahasa Melayu oleh rakyat anah Melayu.

    Kedaulatan Bahasa Melayu berterusan melaluipenubuhan kolej atau maktab perguruan seperti Kolej MelayuMelaka (1911-1922), Maktab Perguruan Perempuan MelayuMelaka (1935 sehingga sekarang), Maktab Perguruan Sultan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    53/148

    Kedaulatan Bahasa Melayu

    39

    Idris (1922) dan Maktab Bahasa. Kesemuanya berperananmelahirkan guru-guru Melayu bagi mengajar di sekolah-sekolah

    baik rendah mahu pun menengah. Zainal Abidin Bin Ahmadatau Za’ba memainkan peranan penting mendaulatkan BahasaMelayu dengan menghasilkan buku-buku tatabahasa Melayuyang terkenal iaitu ‘Pelita Bahasa Melayu’ dan ‘Ilmu MengarangMelayu’ pada tahun 1930-an. Para guru lulusan MPSI amat aktifdalam pergerakan kebangsaan dengan bergerak melalui partipolitik. Seorang tokoh guru yang terkenal Cikgu Datuk Mohd

    Nor Ahmad dari Pulau Pinang, pada tahun 1956 telah menyeruteman-teman seperjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Malayasupaya keluar dari UMNO lantaran lambatnya Perdana Menteriengku Abdul Rahman menubuhkan sekolah Menengah Melayu.Cikgu Mohd Nor juga selaku pimpinan KPGMS (KesatuanPergerakan Guru-Guru Melayu Semenanjung) telah menyerusemua ahlinya menderma dengan memotong satu peratus dari

    gaji mereka kepada penubuhan Kursi Pengajian Melayu apabila Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan pada 1953 di UniversitiMalaya Singapura. Pemegang pertama Kursi berkenaan ialahProfesor Dr. Mohd aib Osman pada 1979. Guru-guru sekolahMelayu berani mengorbankan kedudukan dan jawatan demibagi mendaulatkan dan memartabatkan BM.

    Kedaulatan Bahasa Melayu terus bersinar memancardengan Penyata Pelajaran Razak (1956), penubuhan DewanBahasa dan Pustaka (1956), Penyata Pelajaran Rahmanalib (1960), Sekolah Menengah Melayu (1956), MaktabPerguruan Bahasa (1958), Akta Pelajaran 1960/1996, AktaBahasa Kebangsaan 1963/1967, Dasar Bahasa Kebangsaan1970, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, dan Universiti

    Kebangsaan Malaysia 1970. Namun apa yang lebih pentingadalah gerakan rakyat yang mendaulatkan Bahasa Melayumelalui pelbagai persidangan dan kongres khasnya KongresBahasa dan Persuratan Melayu. Perkara 152 Perlembagaan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    54/148

    Kami Bantah DLP

    40

    Persekutuan anah Melayu dan kemudiannya PerlembagaanPersekutuan Malaysia telah mengkanunkan bahawa Bahasa

    Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Bahasa Melayudidaulatkan dengan perlembagaan dan perundangan. BahasaMelayu adalah sebahagian daripada tonggak kenegaraan, disamping Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, agamaIslam agama Persekutuan, Perlembagaan dan Undang-undangdan kewarganegaraan.

    Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysiamengkanunkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaandan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yangdiperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengansyarat bahawa, (a) tiada sesiapa boleh dilarang atau ditahandaripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripadamaksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa

    bahasa lain; dan, (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini bolehmenyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak kerajaan Negeribagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajianbahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Fasal (6) pulamenyatakan bahawa maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksudkerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri,dan apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

     Akta Pendidikan 1996 Perkara 17 menyatakan bahawaBahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantarutama di semua institusi pendidikan dalam Sistem PendidikanKebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkandi bawah seksyen 28. Manakala Perkara 18 menyatakan tentangkurikulum kebangsaan hendaklah digunakan untuk semua

    sekolah di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sekolahkebangsaan ditakrif oleh Akta berkenaan sebagai sekolah yangsepenuhnya berbahasa pengantar dalam bahasa kebangsaan,manakala bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    55/148

    Kedaulatan Bahasa Melayu

    41

    indakan Kerajaan melaksanakan DLP dan HIP melaluiKementerian Pendidikan Malaysia memperlekehkan kedaulatan

    Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam PerlembagaanPersekutuan Malaysia Perkara 152 (6) khasnya takrifan rasmi.Sekolah Kebangsaan mahu pun sekolah Menengah Kebangsaanadalah institusi rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada satulagi institusi rasmi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Sayaamat pasti kerajaan dan Perdana Menteri dan Jemaah Menteriserta Birokrasi yang mendokong pihak yang memerintah

    sekarang ini termasuk yang dahulu, merupakan institusi yangrasmi seperti mana yang dimaktubkan oleh PerlembagaanPersekutuan Malaysia.

    Perkara 152 (2a) menyatakan tidak ada sesiapa yang bolehdilarang dari belajar dan menggunakan bahasa lain dalam apa jua maksud, melainkan yang rasmi. Saya berpendapat bahawa

    pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan kebangsaan disekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan adalah hal yangrasmi. Saya berkeyakinan makna rasmi seperti yang termaktubdi dalam Perkara 152 (6) amat jelas, dan tidak bermaksuddan berkonotasi rasmi-rasmian di dalam upacara-upacaraansemata-mata. Begitu juga Perkara 152 (2b) yang menyatakanberkenaan penggunaan bahasa kaum-kaum lain di negara ini.

    Saya tidak pasti ada kaum atau suku atau puak di negara iniyang secara fitrah dan semula jadi semenjak dilahirkan dari perutibunya bertutur bahasa Inggeris. Saya pasti orang Iban secarafitrah bertutur bahasa/ dialek Iban, yang kemudiannya belajarbahasa Inggeris.

     Adalah tidak wajar kerajaan Persekutuan Malaysia melalui

    Kementerian Pendidikan mendidik warganegaranya dari peringkatsekolah rendah hingga menengah, tidak menghormati salah satukomponen terpenting proses kenegaraan dan pembangunannegara bangsa. Maka pada pendapat saya PADU dan PEMANDUbertanggungjawab meneruskan kegagalan proses kenegaraan

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    56/148

    Kami Bantah DLP

    42

    dan pembinaan negara bangsa. Semenjak Merdeka kita berjayamembentuk sebuah negara, kita berjaya mendidik rakyat

    menghafal lagu Negaraku, mengenal Jalur Gemilang, mengenal Yang Di-Pertuan Agong, menghafal RUKUN NEGARA, tetapikita barangkali gagal mengikat rasa kesepaduan dan kesatuanmelalui Bahasa Melayu untuk pembinaan negara bangsa. Setelahberjaya meletakkan rasa kesepaduan dan kesatuan melalui SistemPendidikan Kebangsaan pada 1970, dimunculkan PPSMI pada2002 bagi meruntuhkan Sistem yang sedang mantap, kemudian

    diubah kepada MBMMBI bagi mengendurkan isu PPSMI.Kini telah diperkenalkan pula DLP dan HIP untuk keduakalinya meruntuhkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sediatermaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Apakah ini satu usahahalus bagi meruntuhkan jiwa merdeka dan diganti dengan jiwahamba, atau satu usaha bagi meminggirkan teras kebangsaaniaitu bangsa Melayu dan Bahasa Melayu.

    Perlaksanaan DLP dan HIP juga menghina danmembantutkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Dalam tempuh penubuhan DBP pada 1956 dan UKM pada1970 telah terbina dan terhimpun korpus sains dan teknologi didalam BM. Korpus ini amat penting dalam mewujudkan budayailmu dan pandangan dunia berteraskan sains dan teknologi di

    kalangan warganegara Malaysia khasnya orang Melayu danBumiputera. Apakah PADU dan PEMANDU tidak menyedariperkembangan ini atau sengaja mentulikan diri. Apakah pihakMenteri Pendidikan tidak sedar akan perkembangan ini. Denganmelaksanakan DLP, seperti juga PPSMI dahulu, ia meranapkankorpus tersebut, budaya saintifik yang berasaskan kebijaksanaantempatan dimusnahkan oleh bangsa sendiri.

    Saya berkeyakinan bahawa dengan terdidiknya semua anakbangsa di dalam bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologiakan mempercepatkan penguasaan ilmu tersebut untuk merekamembawa negara ini ke masa depan dengan lebih maju, lebih

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    57/148

    Kedaulatan Bahasa Melayu

    43

    progresif, lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Ilmu yang dapatdicerap dan difahami dalam bahasa sendiri adalah lebih efektif

    dan berkesan untuk proses pembudayaan ilmu dan pengilmuanberbanding dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Buktiempirikal cukup banyak di sekeliling kita, banyak negara majudan mencipta teknologi dan ilmu sains dalam bahasa merekasendiri, seperti Jepun, Korea, Russia, German, Perancis, Norway,Finland, Italy, China, urkey dan lain-lain. Apakah PADU danPEMANDU dan hatta kerajaan sendiri tidak menyedarinya?

     Atau buat tidak faham, mungkin ada kepentingan lain. Makasedarlah, bahawa pembinaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmudan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semuaperingkat pendidikan akan mempercepatkan peranan pendidikanbagi mencerdaskan, memandaikan dan membijaksanakan semuaanak bangsa Malaysia. Melaksanakan DLP dan HIP secara terpilihakan menjadikan pendidikan di negara ini sebagai pendidikan

    yang elitis yang meluaskan jurang antara yang di bandar dengandi luar bandar. Pendidikan yang elitis akan memperluaskan jarakketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan.

    PEMANDU telah mencadangkan kepada KementerianPendidikan bahawa mata pelajaran Sains, Matematik, Rekabentukdan eknologi, eknologi Maklumat dan Komunikasi, sebagi

    mata pelajaran wajib dalam bahasa Inggeris, manakala Fizik,Kimia, Biologi, Matematik ambahan, Sains ambahan,Grafik Komunikasi eknikal, Asas Kelestarian, Rekabentuk,Sains Komputer dan Sains Sukan juga dalam bahasa Inggeris, walaupun ini adalah mata pelajaran elektif. Sekolah yang terlibattelah ditetapkan walaupun melaksanakannya dengan sukareladengan sokongan ibu bapa. Manakala yang diajar dalam Bahasa

    Melayu adalah Sejarah, Geografi, Pengajian Islam, PendidikanMoral, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Sains Pertanian,Kemahiran Hidup, Ekonomi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan,Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islam,

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    58/148

    Kami Bantah DLP

    44

    dan Pandangan Dunia Islam boleh diajar dalam Bahasa Melayu.Persoalan yang hendak ditimbulkan adalah, di mana kedudukan

    dan status sekolah ini di dalam takrifan Akta Pendidikan 1996. Apakah ia sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan atau sekolahswasta. Seandainya sekolah DLP ini adalah sekolah kebangsaan,maka ia bercanggah dengan Akta berkenaan dan menyalahi takrifrasmi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Program DLP dan HIP yang dilaksanakan kepada 300

    sekolah mulai 2016 ini adalah usaha bagi menghidupkan kembaliPPSMI. Peruntukan bagi melaksanakan program ini sudahpun dicadangkan oleh Belanjawan 2016. Saya berkeyakinanbahawa pada satu ketika yang terdekat program juga bolehberubah menjadi dasar, yang bakal merombak sistem pendidikankebangsaan. Barangkali dunia akan mentertawakan kita keranapendekatan menatap program seperti ini dibuat secara ‘sekejap

    ada sekejap tiada, ibarat seperti biskut Oreo’, ‘flip-flop’.

    Pendekatan dan seluruh pentaakulan berasaskankepentingan ekonomi, menjadi pemain global bukan jaguhkampung, dan sebagainya. Pentaakulan sedemikian menampakkanpermainan halus kepentingan kelompok kapitalis atau pemodaldengan tidak memikirkan kepentingan warganegara terbanyakyang berpendapatan rendah di bandar dan di luar bandar. PADUdan PEMANDU memberi contoh HONDA mewajibkan bahasaInggeris kepada para pekerjanya, tetapi PADU dan PEMANDUtidak pula menyebut bahawa Jepun maju dengan bahasa Jepunbukannya bahasa Inggeris. Begitu juga PADU dan PEMANDUmemberi contoh bahawa Vietnam akan memperkenalkanbahasa Inggeris, tetapi tidak pula menyatakan pelaburan di sana

    meningkat kerana upah buruh murah. Menampakkan hujahkepentingan ekonomi dan kapitalisme lebih diutamakan atasnama pelan transformasi ekonomi. Barangkali mereka telah loyadengan hujah pembentukan kenegaraan dan pembinaan negara-bangsa.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    59/148

    Bahasa Melayu dalam PendidikanSains dan Matematik 

    Pendahuluan Allah SW juga berfirman dalam surah Ibrahim ayat 4 yangbermaksud (Abdullah Basmeih 2010),

    ‘dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul,melainkan dengan bahasa kaumnya, supayaia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada

    mereka.’

    Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing merupakansuatu musibah besar yang bukan sahaja menjejaskan pendidikansains dan matematik, malah akan merencat proses pembinaan jati diri, nilai patriotik kepada negara dan proses pembangunannegara dalam acuannya sendiri.

    Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik 

    Pelajar sukar memahami fenomena tabii alam yang ingindipelajari dalam bahasa asing. Dalam masa yang sama sains yang

    Profesor Dato' Mohd Yusof Hj Othman

    Felo Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM

    6

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    60/148

    Kami Bantah DLP

    46

    pada asalnya mudah difahami menjadi sukar kerana karenahmemahami bahasa asing. Kaedah yang terbaik adalah denganguru menerangkan proses sains seperti makan, minum, daya,

    tenaga, laju, lajak, kilas dan sebagainya dalam bahasa yangdifahami pelajar. Guru juga perlu berusaha memahamkan kepadapelajar kenapa suatu objek jatuh apabila dilepaskan daripadasuatu ketinggian, pokok memerlukan air untuk membesar,pokok memerlukan cahaya matahari untuk membesar, kabeltembaga mengalirkan elektrik, plastik tidak mengalirkan habadan sebagainya. Kegagalan menjelaskan fenomena tabii alam inidengan baik menyebabkan pengetahuan sains dan matematikterbantut.

    Fenomena tabii alam yang ingin dijelaskan oleh seorangguru boleh dalam skala makro seperti peredaran bumi, bulan,matahari dan bintang-bintang yang lain; atau skala mikro ataunano seperti zarah asas, misalnya elektron, proton, elektron

    dan sebagainya; atau alam klasik seperti gerakan objek di alamini, perubahan dan peningkatan suhu dan sebagainya. Bolehpula fenomena tersebut berbentuk hidupan seperti dalam sainsbiologi, atau tindak balas unsur-unsur dalam alam seperti sainskimia atau interaksi alam jasadi seperti dalam sains fizik.

    Sekiranya guru menggunakan rujukan dalam bahasa

    asing, dia perlu terjemahkan ke bahasa yang dapat difahami olehpelajarnya. Pelajar yang mampu berinteraksi dengan fenomenabiologi, kimia atau fizik yang dicerapi atau diterangkan olehgurunya akan mampu meningkatkan pengetahuan saintifikmereka. Sekiranya guru menggunakan bahasa asing yang kayadengan maklumat saintifik, tetapi tidak difahami oleh pelajarnya,pengajaran sains dan matematik tidak akan bermakna. Malah

    pelajar mungkin tidak memahami apa-apa pun. Inilah yangmenyebabkan sebahagian pelajar merasakan pelajaran sains danmatematik amat membosankan dan menjemukan. Pelajar kurangminat untuk belajar sains bukan kerana pengetahuan sains sukar

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    61/148

    Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik 

    47

    dipelajari, tetapi kerana mereka gagal memahami fenomenaalam dalam bahasa asing yang diterangkan oleh guru mereka. Akibatnya hasrat negara untuk meramaikan pelajar beraliran

    sains terjejas.

    Negara maju seperti Jepun, United Kingdom, Perancis,Korea dan sebagainya menjadikan kegiatan terjemahan bukusebagai aktiviti asas dan utama mereka. Setelah bahan yang ditulisoleh sarjana tersohor diterjemahkan ke bahasa ibunda mereka,sarjana mereka mengulas, mengkritik, menokok tambah, dan

    membangunkan pemikiran baru ke atas pemikiran awal sarjanaasing tadi. Dengan cara begini, sarjana tempatan lebih kreatif danberinovasi untuk menghasilkan karya-karya sains dan teknologidalam acuan mereka sendiri. Kekangan menguasai bahasa asingbukanlah kekangan mereka berkarya. Malah sarjana merekaberkarya dalam bahasa yang mampu memberikan sumbanganilmu kepada umat mereka sendiri.

    Hari ini negara mempunyai banyak institusi pendidikantinggi yang menawarkan kursus sains dan matematik. Negara juga mempunyai ramai cendekiawan berbahasa Melayu sehinggake ijazah doktor falsafah dan bergelar profesor dalam bidangsains dan matematik. Sebahagian mereka tersohor di peringkatantarabangsa. etapi kenapa kita masih ketandusan korpus ilmu

    sains dan matematik dalam bahasa Melayu? Sedangkan isu yangberhubung dengan bahasa Melayu terabadi dalam PerlembagaanNegara.

    Persoalan seterusnya adalah bolehkah bahasa Inggerisdiajar melalui pengajaran sains dan matematik? Jawapannya takboleh....! Sebabnya pengajaran bahasa memerlukan sastera, nahu,

    tata bahasa, budaya, dan nilai keinsanan. Semua ini tidak berlakusewaktu seseorang belajar sains dan matematik.

    Pengajaran bahasa Melayu memerlukan pelajar didedahkandengan cerita-cerita rakyat seperti Hikayat Awang Sulung Merah

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    62/148

    Kami Bantah DLP

    48

    Muda, Hikayat Malim Deman, nobel tempatan seperti DesaPingitan. Begitu juga dengan peribahasa, sajak, pantun, seloka,syair dan sebagainya yang penuh dengan nilai budaya Melayu.

    Mereka juga perlu tahu tentang sejarah Melayu secara sepintaslalu. Perkara yang sama juga berlaku dalam pengajaran bahasaasing. Semua perkara ini tidak ada dalam pengajaran sainsdan matematik yang memisahkan pengajarannya dengan nilaibudaya, sastera, citra bangsa dan sebagainya. Dengan demikiansekiranya pengajaran sains dan matematik digunakan sebagai wahana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisseseorang pelajar.... ia akan gagal!!!

    Guru sains dan matematik pula adalah orang yang tidakarif dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Merekahanya pengguna bahasa, bukan pembangun bahasa. Bahasayang mereka gunakan dalam menyampaikan pengetahuansains dan matematik adalah bersifat objektif, ringkas, tanpa

    sastera, kadang-kadang berbentuk formula atau rumus (bahasamatematik), graf dan jadual. Apakah mereka ini diharapkanuntuk membangunkan bahasa Inggeris pelajar? Apakah bukansuatu kezaliman apabila kita meminta mereka yang tidak ariftentang bahasa untuk mengajar bahasa, apatah bahasa asing!!!Inilah bebanan yang tidak sewajarnya berlaku kepada guru sainsdan matematik. Ini tidak bererti guru sains dan matematik tidak

    peka dengan nilai, budaya, sastera dan citra masyarakat. etapimereka bukan pakar dalam bidang bahasa!!!

    Kesimpulan

    Sains dan matematik mempunyai sejarahnya tersendiri di alamMelayu. Begitu juga sejarah sains dan matematik peradaban

    lain. Yang menjadikan bangsa Melayu itu unik dalam sejarahdan peradaban mereka kerana, salah satunya, adalah nilai yangterdapat dalam bahasa Melayu tersebut.

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    63/148

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    64/148

    Kami Bantah DLP

    50

    3(1) Perlembagaan Persekutuan) dalam memastikan bahasaMelayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa persuratan dalam apasahaja bidang ilmu.

    Usaha mestilah dilakukan oleh semua pihak dengansungguh-sungguh untuk memastikan bahasa Melayudimartabatkan, diberi nilai, diutamakan, dihormati, diangkatdarjat, disanjung, diagungkan dan dicemerlangkan. Ini perludilakukan dengan membangunkan semua bidang ilmu dalambahasa tersebut, di samping galakan yang sungguh-sungguh

    diberikan untuk menghasilkan karya besar dalam bahasa Melayu.Mereka yang berkarya dalam bahasa tersebut perlu diberipengiktirafan sewajarnya.

    ‘Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing(Inggeris).... mencacatkan pembelajaran.’

    ‘Mengajar bahasa asing (Inggeris) melalui sains danmatematik.... merosakkan bahasa.’

  • 8/17/2019 Ebook Kami Bantah DLP .pdf

    65/148

    Peranan Bahasa dalam PembinaanInsan dan Pembangunan Negara

    Pendahuluan idak ada orang yang siuman yang tidak mengiktiraf perananbahasa dalam kehidupannya, namun tahap pengiktirafanitu berbeda-beda menurut pemahaman dan kesedaranmasing-masing. Orang yang memahami bahasa sekadar sebagaialat perhubungan mungkin tidak mengaitkan bahasa dengan

     jati diri dan oleh itu bera