data collection

Upload: josephine-andrew

Post on 19-Jul-2015

354 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 20121.0

DEFINISI NOTA LAPANGAN Definisi nota lapangan adalah: Nota yang dibuat oleh penyelidik dalam perjalanan kerja

lapangan kualitatif, pemerhatian peserta, lokasi atau peristiwa. Ia merupakan data keseluruhan yang dikutip untuk projek (seperti dalam projek pemerhatian); Sesuatu dokumen teks bahawa tingkah laku terperinci, perbualan, atau ciri-ciri tetapan seperti yang dicatatkan oleh seorang penyelidik kualitatif. Nota lapangan adalah borang prinsip data yang dikumpul daripada pemerhatian langsung dan pemerhatian peserta; Nota lapangan merujuk kepada nota yang direkodkan oleh ahli

sains semasa atau selepas pemerhatian mereka terhadap fenomena yang mereka sedang pelajari. Nota lapangan terutamanya dinilai dalam sains deskriptif seperti etnografi, biologi, geologi dan arkeologi, setiap yang mempunyai tradisi lama dalam bidang ini; *Secara kesimpulannya, nota lapangan adalah nota yang dicatatkan atau direkodkan atau refleksi terhadap maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan apa yang difikirkan. Maklumat yang diperolehi adalah seperti idea, strategi dan refleksi yang mempelbagaikan corak maklumat berkenaan. Contoh: seorang guru membuat nota lapangan sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku di dalam bilik darjah masih segar dalam ingatannya. Nota lapangan yang dibuat guru tersebut boleh fokus kepada isu-isu seperti mutu pengajaran, tingkah laku pelajar dan perkara-perkara yang sedang berlaku. Ia amat penting bagi seseorang guru tersebut membuat nota lapangan bagi proses pengajaran dan pembelajarannya sebagai rujukan atau refleksi supaya guru tersebut dapat mempertingkatkan mutu pengajarannya pada masa akan datang. contoh, Rekod Mengajar Harian. 1.1 JENIS-JENIS1

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012 Secara amnya, terdapat tiga (3) jenis nota lapangan iaitu i) perihalan secara terperinci, ii) catatan ringkas dan pantas, dan iii) nota dan refleksi. Jenis nota lapangan yang dibuat bergantung kepada peranan semasa sesi pemerhatian, iaitu: penglibatan sepenuhnya; penglibatan sebagai pemerhati, pemerhati sebagai peserta; atau peserta sepenuhnya.i) Perihalan Secara Terperinci

Nota lapangan jenis perihalan secara terperinci memerlukan pengkaji membuat catatan nota sambil memerhati proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Antara syor Johnson (2002) tentang cara membuat pemerhatian sambil mencatat nota lapangan ialah supaya pengkaji:

Melihat apa yang sedang berlaku; memadailah dengan mendengar dan merekod dialog yang berlangsung antara murid dengan murid;

Jangan berfikir tulis sahaja. Bahagikan kertas kepada dua ruang. Pada ruang pertama tuliskan masa, dan perihalan apa yang berlaku dalam ruang kedua. Apabila timbulnya suatu peristiwa baharu, rekodkan masa supaya catatan nota lapangan anda mempunyai kronologi masa. Kemudian tuliskan apa yang diperhatikan tanpa membuat sebarang pemprosesan, pemilihan, atau penilaian maklumat.

ii) Catatan Ringkas dan Pantas Sepertima yang telah dijelaskan di atas, agak sukar untuk merekod perihalan secara terperinci semasa sedang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Akan2

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012 tetapi, berkemungkinan besar boleh membuat catatan ringkas dan pantas mengenai apa yang sedang berlaku. Johnson (2002) mengesyorkan tiga (3) cara bagaimana anda (guru) dapat membuat catatan ringkas dan pantas:Sediakan fail bagi setiap murid dalam kelas anda dengan nama pada kulit fail. Simpan failfail ini di dalam laci anda. Apabila sesuatu yang menarik dan melibatkan seseorang murid, buat sesuatu yang menarik dan melibatkan seseorang murid, buat catatan ringkas atas kepingan kertas dengan tarikh dan masa, kemudian letakkan dalam fail murid yang berkenaan. Selain daripada nota lapangan ringkas hasil pemerhatian pengkaji, fail-fail ini juga boleh digunakan untuk menyimpan contoh hasil kerja murid, skor ujian dan sebagainya.

1 2 Sediakan fail penyelidikan tindakan anda. Apabila anda peroleh idea, atau celik akal yang mempunyai perkaitan dengan isu Catatan Ringkas dan Pantas yang sedang dikaji, buat catatan ringkas bersama tarikh hari yang berkenaan dalam fail tersebut.

3

Buat catatan nota dalam rancangan mengajar anda. Semasa perlaksanaan dan pembelajaran, ada kemungkinan anda peroleh idea luar biasa atau celik akal mengenai suatu persoalan. Apabila ini berlaku, anda harus catatkan nota kecil pada ruang di sisi rancangan mengajar hari yang berkenaan. Apabila tamat sesi pengajaran nanti, anda boleh buat huraian yang lebih lanjut.

iii) Nota dan Refleksi Sebagai pengkaji, pengkaji juga mempunyai opsyen untuk merekod pemerhatian anda pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Sama seperti dua jenis3

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012 catatan nota lapangan di atas, Johnson (2002) juga mencadangkan cara bagaimana anda (guru) boleh berbuat demikian seperti di bawah:

Pada akhir sesi pengajaran, tuliskan catatkan ringkas dalam jurnal reflektif. Apabila berada di bilik guru, buat huraian lanjut mengenai isu yang telah diperhatikan;

Rekodkan celik akal dan hasil pemerhatian pada penghujung hari persekolahan. Untuk itu, haruslah peruntukkan masa selama 15-20 minit setiap hari supaya catatan bersifat;

Buat catatan refleksi pada bahagian akhir rancangan harian. Apabila berbuat demikian, anda akan peroleh satu sumber data yang mantap dan menyeluruh mengenai apa yang telah diajar, bila dan bagaimana ia diajar, isu yang timbul, dan perubahan serta penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat.

2.0

KUMPULAN SASARAN Nota lapangan boleh dilakukan terhadap seseorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh: Kajian terhadap pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Kumpulan Sasaran

Seorang individu

Beberapa orang individu

Berkumpul an

3.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHANSalah satu kelebihan nota lapangan ialah ia merupakan satu jenis dokumentasi data yang boleh diperoleh secara langsung. Ini kerana nota lapangan dibuat melalui4

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012 catatan yang dilakukan oleh penyelidik semasa menjalankan pemerhatian ke atas sesuatu kajian kes di sekolah. Semua pemerhatian, tindak balas yang berlaku dan refleksi akan dicatatkan dalam nota lapangan. Nota lapangan turut berguna untuk pemerhatian khusus disebabkan perincian data yang diperoleh. Sesuatu nota lapangan yang dibuat adalah untuk merekodkan hasil kajian yang dilakukan yang telah ditentukan skop kajiannya. Jadi, ini turut menyebabkan perbandingan merentasi masa menggunakan nota lapangan yang dibuat. Penyelidik boleh menggunakan nota-nota lapangan yang terdahulu untuk mengkaji atau melihat perkembangan ke atas kajian tersebut. Selain itu, nota lapangan merupakan kaedah yang sesuai untuk mengutip data tinjauaa awal. Johnson (2002) mencadangkan agar pengkaji menulis apa sahaja yang mereka temui dan perhatikan ke dalam nota lapangan. Catatan yang dilakukan tanpa membuat sebarang pemprosesan, pemilihan atau penilaian maklumat. Ini bermaksud nota lapangan adalah satu sumber data mentah yang belum diolah. Kekurangan nota lapangan pula berkemungkinan berlakunya pengrekodan daya yang terlalu banyak sehinggakan kehilangan fokus utama. Apa yang sebenarnya terkandung di dalam nota lapangan? Jelas, tidak ada peraturan khas yang dapat mentakrifkan jawapannya. Namun perlu dicatatkan bahawa terlalu banyak data yang lebih baik. Hal ini juga biasanya jelas sebagai data yang relevan. Oleh itu, cubalah untuk menjadi komprehensif yang mungkin. Disamping itu, nota lapangan boleh menjadi terlalu subjektif. Menurut Bailey, nota lapangan adalah tulang belakang daripada pengumpulan dan analisa data lapangan (1996:80). Tetapi tiadanya peraturan dan kekangan untuk pengkaji mencatatkan apa sahaja yang mereka perhatikan akan mencatakan skop kajian menjadi lebih luas. Semua yang pengkaji boleh fikirkan, termasuk perasaan pengkaji mengenai kejadian-kejadian, orang, perbualan dan tafsiran dari reaksi emosional pengkaji dicatatkan. Nota lapangan akan memberikan maklumat yang umum. Kelemahan nota lapangan yang lain ialah tidak melibatkan perbualan atau tindak balas antara pengkaji dan responden. Contohnya, guru hanya memerhati dan merekod dialog yang berlangsung antara murid dan murid. Beliau tidak mendapat tindak balas secara langsung dengan murid dan membuat refleksi berdasarkan apa yang beliau rasakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dijalankan. Akhir sekali, kelemahan nota lapangan adalah perlu dianalisis dengan sertamerta bagi memudahkan proses mengingat kembali perincian maklumat. Di dalam bilik5

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012 darjah, pengkaji tidak berupaya untuk menjadi pemerhati yang objektif kerana terikat dengan P&P dan tidak dapat berada dalam mod pengkaji yang berkesan. Pengkaji terpaksa berubah peranan, bersifat neutral dan sibuk merekod apa yang diperhatikan dalam bilik darjah akan mengganggu sesi P&P yang telah dirancangkan. Jadi, kelebihan dan kelemahan nota lapangan dapat disimpulkan dalam jadual seperti berikut: Kelebihan Kekurangan Satu jenis dokumentasi data yang boleh Berkemungkinan berlakunya diperoleh secara langsung; pengrekodan data yang terlalu banyak sehinggakan kehilangan fokus utama; Berguna untuk pemerhatian khusus Boleh berbentuk terlalu subjektif; disebabkan perincian data yang diperoleh; Perbandingan merentasi masa boleh Tidak melibatkan perbualan antara dibuat; pengkaji dan responden; Kaedah amat baik untuk mengutip data Perlu analisis dengan serta merta tinjauan awal. bagi memudahkan mengingat kembali perincian maklumat.

4.0

BAGAIMANA MENULIS NOTA LAPANGAN Kaedah pengumpulan data kualitatif melalui pemerhatian memerlukan pengkaji membuat catatan nota lapangan. Sebelum pergi ke tempat kajian, penyelidik perlu merancang pendekatan untuk merekod data. Apa yang perlu direkod? Bagaimana ia akan direkod? Dua soalan merupakan soalan yang amat penting yang perlu diberi perhatian. Tokoh-tokoh dalam bidang penyelidikan kualitatif menyarankan supaya6

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012 mencatatkan apa saja yang diperhatikan. Semakin lanjut proses merekod hasil pemerhatian, semakin menarik proses tersebut. Semakin kerap sesi pemerhatian, semakin timbul pola-pola tertentu. Nota lapangan mempunyai pelbagai format. Antara format yang selalu digunakan adalah berbentuk protokol yang mengandungi i) lajur untuk deskriptif di sebelah kiri dan ii) nota reflektif di lajur sebelah kanan. Lajur nota reflektif adalah penting kerana ia memberi peluang kepada penyelidik untuk merekod fikiran peribadi seperti komen tentang tindakan dan perlakuan yang diperhatikan, spekulasi, perasaan, masalah, idea, impresi atau prasangka (Bogdan dan Biklen, 1992: 121). Komen pemerhati merupakan sumber pandangan analitik yang berguna serta menyediakan petunjuk kepada fokus pengumpulan data. Ia juga mungkin menyediakan soalan penting untuk temu bual selanjutnya. Dalam borang tersebut mungkin boleh dimasukkan maklumat demografi yang berkaitan dengan masa, tempat dan tarikh yang menjelaskan tentang tempat/latar kajian. Lajur nota deskriptif pula mengandungi deskripsi tentang infomasi, dialog, deskripsi latar fizikal, menyatakan tentang peristiwa-peristiwa tertentu dan aktivitiaktiviti.

5.0

CONTOH-CONTOH NOTA LAPANGAN Gambarajah di bawah merupakan gambarajah bagi Rekod Mengajar Harian bagi seseorang guru. Seperti yang dilihat nota deskriptif yang terletak di sebelah kiri mengandungi butiran-butiran seperti Masa, Kelas, Mata Pelajaran, Tema, Nilai, Kemahiran Berfikir, Aktiviti, Hasil Pembelajaran, KBKK, Media Pengajaran dan Refleksi. Nota reflektif terletak di sebelah kanan pula merupakan isi kandungan bagi nota deskriptif.7

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 2012

Gambarajah 1: Nota Lapangan bagi Rekod Mengajar Harian bagi seseorang guru.

8