contoh pbs eko1

24
1

Upload: coolguy088

Post on 12-May-2017

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Pbs Eko1

1

Page 2: Contoh Pbs Eko1

2

Page 3: Contoh Pbs Eko1

3

Page 4: Contoh Pbs Eko1

4

Page 5: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

GUNA TENAGA DALAM SEKTOR UTAMA BAGI TAHUN 2000

HINGGA TAHUN 2012 DI MALAYSIA

ABSTRAK

Guna tenaga didefinisikan sebagai tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk

menghasilkan barang dan perkhidmatan. Kajian ini bertujuan untuk menghitung kadar guna

tenaga dan mengenal pasti arah aliran guna tenaga dalam sektor utama bagi tahun 2000 hingga

tahun 2012 (anggaran) di Malaysia. Antara penyataan masalah yang dapat dikenal pasti ialah

kekurangan guna tenaga buruh dalam sektor utama dan kerajaan kurang memberi tumpuan

terhadap sektor utama di Malaysia. Lokasi kajian ini merujuk kepada sektor utama di Malaysia.

Aktiviti sektor utama mengandungi pertanian, perhutanan, perikanan, pelombongan dan kuari.

Kaedah kajian memperolehi data sekunder daripada laman web Unit Perancang Ekonomi dan

Kementerian Sumber Manusia. Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti graf

garis untuk mengukur dan menaksirkan perubahan kajian. Analisis keputusan yang dianalisis

akan menunjukan kekurangan guna tenaga dalam sektor utama. Salah satu cadangan yang

dikemukakan ialah kerajaan harus memberi latihan dan kemahiran intensif kepada penduduk

tempatan.

5

Page 6: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

KANDUNGAN

ABSTRAK

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 PENYATAAN MASALAH

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

2.0 KAEDAH KAJIAN

2.1 MENGUMPUL DATA

2.2 MENGANALISIS DATA

3.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 KADAR GUNA TENAGA DALAM SEKTOR UTAMA

3.2 ANALISIS ARAH ALIRAN GUNA TENAGA DALAM

SEKTOR UTAMA

4.0 CADANGAN

RUMUSAN KAJIAN

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

Halaman

5

6

7

7

8

9

9

9

9

10

10

10 - 12

13 - 14

15 - 16

17

18

19

6

Page 7: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

SENARAI RAJAH

No Rajah Halaman

1 Kadar Guna Tenaga dalam Sektor Utama 10

2 Guna Tenaga dalam Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 14

3 Guna Tenaga dalam Sektor Perlombongan dan Kuari 15

SENARAI JADUAL

No Rajah Halaman

1 Kadar Guna Tenaga dalam Sektor Utama 11

7

Page 8: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut buku rujukan Pelangi, guna tenaga ditakrifkan sebagai tenaga buruh yang bekerja, iaitu

penduduk yang aktif bekerja bertujuan untuk mendapatkan upah atau gaji ataupun jumlah tenaga

buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara. Guna tenaga amat

penting ke atas ekonomi negara kerana ia menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) yang mengerakkan sektor ekonomi. Guna tenaga penuh merujuk kepada keadaan

apabila semua tenaga buruh digunakan sepenuhnya dalam kegiatan ekonomi. Oleh itu, suatu

keadaan ekonomi yang mengalami kadar pengangguran 4% atau kurang telah dikatakan sudah

mencapai guna tenaga penuh.

Sektor utama juga dikenali sebagai sektor primer yang melibatkan aktiviti yang

menggunakan sumber alam sebagai asas aktivitinya. Misalnya, aktiviti pertanian menggunakan

sumber tanah yang subur, aktiviti perikanan menangkap sumber hidupan akuatik di laut ataupun

sungai, aktiviti perhutanan mengeksploitasi sumber hutan dan aktiviti perlombongan dan kuari

yang mengeluarkan sumber mineral dari perut bumi. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor

pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor

pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan ladang di

Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun demi

tahun.

Ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi struktur yang ketara daripada satu

ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara

perindustrian. Transformasi ekonomi ini telah meningkatkan kekangan bekalan sumber bagi

pembangunan sektor pertanian. Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana

dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan

sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru.

Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik

seperti cip komputer. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi

pada tahun 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. Selain

getah dan kelapa sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya

dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.

8

Page 9: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

1.1 PENYATAAN MASALAH

Antara dua penyataan masalah yang dapat dikenal pasti dalam menjalankan kajian ini.

i. Kekurangan guna tenaga buruh dalam sektor utama di Malaysia

ii. Kerajaan kurang memberi tumpuan kepada sektor utama di Malaysia

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan

kepada objektif yang telah disusun.

i. Menghitung kadar guna tenaga dalam sektor utama di Malaysia

ii. Menganalisis arah aliran guna tenaga dalam sektor utama di Malaysia

2.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian

dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah

menganalisis data yang dikumpulkan. Kemudian, data tersebut dipersembahkan dalam bentuk

jadual dan graf.

2.1 MENGUMPUL DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini. Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan

dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang. Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah,

keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, data guna tenaga mengikut

sektor diperoleh daripada laman web Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber

Manusia.

9

Page 10: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

2.2 MENGANALISIS DATA

Menurut Ardhana 12 (dalam Lexy J. Moleong 2002: 103) menjelaskan bahawa analisis data

adalah proses mengatur urutan data, mengorganisasikanya ke dalam suatu pola, kategori, dan

satuan uraian dasar. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data sekunder daripada laman

web Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

3.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah

dilakukan daripada laman web Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan.

3.1 Kadar Guna Tenaga dalam Sektor Utama di Malaysia

Rajah 1 : Kadar Guna Tenaga dalam Sektor Utama

10

Page 11: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

Tahun Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Sektor Perlombongan dan Kuari

2000 14.70% 0.430%

2001 14.22% 0.422%

2002 13.78% 0.413%

2003 13.27% 0.405%

2004 12.97% 0.393%

2005 12.41% 0.378%

2006 12.06% 0.369%

2007 11.81% 0.364%

2008 11.62% 0.358%

2009 11.51% 0.350%

2010 11.25% 0.341%

2011 10.98% 0.324%

2012* 10.73% 0.318%

Jadual 1 : Kadar Guna Tenaga Dalam Sektor Utama

Berdasarkan Jadual 1, kadar guna tenaga dalam sektor utama di Malaysia semakin merosot dari

tahun 2000 hingga tahun 2012 (anggaran).

Pada tahun 2001, kadar guna tenaga untuk sektor pertanian, perhutanan dan perikanan

merosot sebanyak 14.22% berbanding dengan tahun 2000 iaitu, 14.70%. Pada tahun 2002, sektor

ini hanya menggunakan kadar guna tenaga sebanyak 13.78%. Kadar guna tenaga bagi sektor ini

menurun kepada 13.27% pada tahun 2003. Pada tahun seterusnya, sektor ini mengalami sedikit

kemerosotan kadar guna tenaga iaitu, 12.97%. Sektor ini menggunakan 12.41% kadar guna

tenaga pada tahun 2005. Kadar guna tenaga pada tahun 2006 ialah 12.06%. Terdapat sedikit

penurunan kadar guna tenaga pada tahun 2008 sebanyak 11.62% berbanding dengan tahun 2007

iaitu 11.81%. Walau bagaimanapun, kadar guna tenaga bagi tahun 2009 hingga tahun 2011

semakin berkurang dengan kadar masing-masing ialah 11.51%, 11.25% dan 10.98%. Kadar guna 11

Page 12: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

tenaga menurun kepada 10.73% pada tahun 2012 (anggaran). Kadar guna tenaga sektor

pertanian, perhutanan dan perikanan mengalami kemerosotan dari tahun 2000 hinga tahun 2012

(anggaran).

Manakala, kadar guna tenaga bagi sektor perlombongan dan kuari pada tahun 2000 ialah

0.43% tetapi merosot kepada 0.422% pada tahun 2001. Tetapi penurunan hampir 0.01% bagi

sektor perlombongan dan kuari pada tahun 2002 dan 2003 yang masing-masing ialah 0.413%

dan 0.405%. Kadar guna tenaga pada tahun 2004 menurun kepada 0.378% jika berbanding

dengan tahun 2005 iaitu, 0.393%. Pada tahun yang berikut, kadar guna tenaga ialah 0.369%.

Kemudiannya, merosot kepada 0.364% pada tahun 2007. Kadar guna tenaga bagi tahun 2008

hingga tahun 2010 semakin berkurang dengan kadar masing-masing ialah 0.358%, 0.350% dan

0.341%. Kadar guna tenaga menurun dengan lebih ketara lagi pada tahun 2012 (anggaran) iaitu

0.318% apabila berbanding dengan tahun 2011 ialah 0.324%.

Kesimpulannya, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menggunakan lebih banyak

guna tenaga berbanding dengan sektor perlombongan dan kuari.

12

Page 13: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

3.2 Analisis Guna Tenaga dalam Sektor Utama di Malaysia

Rajah 2 : Guna Tenaga dalam Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Rajah 2 menunjukkan carta aliran guna tenaga dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan

di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 (anggaran).

Bilangan guna tenaga dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan pada tahun 2000

ialah 1407.5 ribu orang. Pada tahun 2001, bilangan ini merosot kepada 1406.5 ribu orang. Pada

tahun berikutnya, bilangan guna tenaga mengalami penurunan sebanyak 1405.6 ribu orang. Pada

tahun 2003, hanya menggunakan 1402.6 ribu orang tenaga dalam sektor ini. Terdapat

peningkatan yang ketara pada tahun 2004 iaitu sebanyak 4.3 ribu orang. Walau bagaimanapun,

terdapat penurunan yang ketara kepada 1401.3 ribu orang pada tahun 2005. Guna tenaga bagi

tahun 2006 dan tahun 2007 semakin berkurang dengan bilangan masing-masing ialah 1392.4

ribu orang dan 1391.2 ribu orang. Pada tahun 2008 dan tahun 2009, bilangan guna tenaga adalah

sama sebanyak 1390.9 ribu orang. Guna tenaga pada tahun 2010 ialah 1390.2 ribu orang. 13

Page 14: Contoh Pbs Eko1

Kemudian, guna tenaga pada tahun 2011 ialah 1388.6 ribu orang. Pada tahun 2012, bilangan

guna tenaga dijangka menurun kepada 1386.9 ribu orang.

Kesimpulannya, guna tenaga sektor pertanian, perhutanan dan perikanan semakin

berkurangan dari semasa ke semasa.

941019-07-5702

Rajah 3 : Guna Tenaga dalam Sektor Perlombongan dan Kuari

Rajah 3 menunjukkan carta aliran guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari di Malaysia

dari tahun 2000 hingga tahun 2012 (anggaran).

Bilangan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari pada tahun 2000 ialah 42.1

ribu orang. Pada tahun 2001, bilangan ini merosot kepada 41.8 ribu orang. Pada tahun

seterusnya, bilangan guna tenaga mengalami peningkatan kepada 42.2 ribu orang. Pada tahun

2003, seramai 42.8 ribu orang digunakan dalam sektor ini. Terdapat penurunan pada tahun 2004

iaitu sebanyak 42.6 ribu orang. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan 42.7 ribu

14

Page 15: Contoh Pbs Eko1

orang pada tahun 2005. Guna tenaga bagi tahun 2006 menurun sedikit iaitu 42.6 ribu orang.

Tetapi terdapat peningkatan pada tahun 2007 iaitu 42.9 ribu orang. Pada tahun 2008 hingga

tahun 2011, bilangan guna tenaga masing-masing ialah 42.8 ribu oranga, 42.3 ribu orang dan

42.2 ribu orang. Guna tenaga pada tahun 2011 menurun kepada 41.0 ribu orang. Pada tahun

2012, bilangan guna tenaga dijangkakan meningkat kepada 41.1 ribu orang.

Kesimpulannya, guna tenaga sektor perlombongan dan kuari adalah tidak

konsisten dari semasa ke semasa.

941019-07-5702

4.0 Cadangan

Terdapat beberapa cara penyelesaian masalah untuk mengatasi penyataan masalah yang

dikemukakan. Antara cadangan yang dikemukakan bagi kekurangan guna tenaga adalah seperti

berikut :

i. Kerajaan memberi pelbagai bantuan untuk membangunkan sektor utama seperti Skim

Latihan Graduan bagi menggalakan para pengganggur untuk bekerja.

ii. Kerajaan boleh melaksanakan pelbagai program-program latihan yang teratur bagi

memastikan progam ini boleh mendapat sambutan berterusan. Contohnya, Program Latihan

Tenaga Kerja Industri Pertanian di Institut Pertanian dan Pusat Latihan Vokasional

Pertanian.

iii. Kerajaan boleh mengadakan latihan pembangunan industri perikanan dalam bidang

akuakultur supaya dapat meningkatkan guna tenaga dalam sektor perikanan.

iv. Kerajaan boleh membina beberapa pusat latihan perikanan di beberapa daerah untuk

memberi khidmat nasihat dalam bidang akuakultur.

v. Kerajaan telah meningkatkan pengambilan guna tenaga di Pusat L:atihan Pengajar dan

Kemahiran Lanjutan (PLPK)

Selain itu, terdapat beberapa cadangan dikemukakan bagi masalah kerajaan kurang memberi

tumpuan terhadap sektor utama di Malaysia. Cadangan yang dikemukakan adalah seperti

berikut :

15

Page 16: Contoh Pbs Eko1

i. Hasil pertanian digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan

sebagai produk eksport. Contohnya, eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah

seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya.

ii. Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan

mentah yang dibekalkam oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran

antarabangsa.

941019-07-5702

iii. Kerajaan harus memberikan perhatian terhadap sektor utama kerana indeks harga hasil

eksport dan belanja import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan

kewangan negara kita melalui pembangunan sektor pertanian. Sektor utama dapat

menggantikan import negara apabila kita mengeluarkan lebih banyak hasil pertaninan untuk

dieksport ke luar negara.

iv. Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia

untuk mengurangkan import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui

pembangunan sektor ini. Justeru, kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang

kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang.

16

Page 17: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

RUMUSAN KAJIAN

Guna tenaga ditakrifkan sebagai tenaga buruh yang bekerja, iaitu penduduk yang aktif bekerja

bertujuan untuk mendapatkan upah atau gaji. Guna tenaga bagi sektor utama di Malaysia

semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan kadar guna tenaga dalam sektor utama semakin

merosot dari tahun 2000 hingga tahun 2012 (anggaran).

Berdasarkan perhitungan kadar guna tenaga, secara keseluruhan kadar guna tenaga adalah

menurun bagi sektor pertanian, perhutanan dan perikanan mahupun sektor perlombongan dan

kuari di Malaysia. Masalah kekurangan guna tenaga dapat diatasi dengan mengadakan program-

program latihan seperti Program Latihan Tenaga Kerja Industri Pertanian dan Latihan

Pembangunan Industri Perikanan. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran tenaga buruh dan

menggalakkan para penganggur untuk menceburi dalam aktiviti sektor utama di Malaysia.

Berdasarkan carta aliran guna tenaga, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan adalah

semakin menurun. Manakala, guna tenaga sektor perlombongan dan kuari adalah tidak

konsisten. Masalah yang dapat dikenal pasti ialah kerajaan kurang memberi perhatian terhadap

sektor utama di Malaysia. Masalah ini boleh diatasi dengan mengurangkan import dari negara

asing bagi bahan mentah sektor pertanian. Hasil pertanian digunakan dalam proses pengeluaran

bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Hal ini, boleh menarik perhatian

kerajaan untuk memberi perhatian terhadap sektor utama supaya sektor utama tidak diketepikan.

Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan dan masyarakat

harus memainkan peranan masing-maing untuk mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan

juga kekurangan tumpuan terhadap sektor utama di Malaysia.

17

Page 18: Contoh Pbs Eko1

941019-07-5702

SENARAI RUJUKAN

Moleong, Lexy J. 2007. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Rosda

Shanthi Subrananiam & Mah Boon Kiet. 2013 Ekonomi Malaysia : Pengurusan. Selangor

: Pelangi.

Laman Web Data Sekunder http://www.treasury.gov.my (2 July 2013)

Laman Web Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia

Laman Web bagi Data Latar Belakang Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

18

Page 19: Contoh Pbs Eko1

Lampiran

19