contoh pbs bm laras bahasa

26
JBEA 3308: LARAS BAHASA MELAYU Tajuk: Laras Masakan Nama pensyarah: Prof. Madya Dr. Ab. Razak bin Ab Karim Nama Ahli Kumpulan: Anis bt Azmi ( JEA 090008) Norashiekin bt Mohd (JEA 090086) Nor Hasila bt Che Hassan (JEA090079) Nor Wahida bt Mohamad (JEA090082) Nordiana bt Mat Yussof ( JEA 090088)

Upload: shaqiraazmi

Post on 20-Jul-2016

881 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

97218032-laras-pp.pdf

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh pbs bm laras bahasa

JBEA 3308: LARAS BAHASA MELAYU

Tajuk: Laras Masakan

Nama pensyarah: Prof. Madya Dr. Ab. Razak bin Ab Karim

Nama Ahli Kumpulan:

Anis bt Azmi ( JEA 090008) Norashiekin bt Mohd (JEA 090086)

Nor Hasila bt Che Hassan (JEA090079) Nor Wahida bt Mohamad (JEA090082) Nordiana bt Mat Yussof ( JEA 090088)

Page 2: Contoh pbs bm laras bahasa

Pendahuluan

Bahasa merupakan wahana penting dalam komunikasi manusia. Setiap bahasa yang digunakan memerlukan interaksi dua hala yang boleh memberikan kefahaman kepada penutur dan pendengar.

Semakin kompleks sesuatu masyarakat semakin maju dan meningkat bahasa yang digunakan.

Sehubungan dengan kepesatan teknologi dan peningkatan tahap pemikiran manusia secara tidak langsung membawa kepada kemajuan berbahasa.

Hasil daripada kemajuan bahasa maka timbul pula bibit kecekapan berbahasa yang dapat diterjemahkan sebagi laras berbahasa.

Page 3: Contoh pbs bm laras bahasa

Kaedah Kajian

Pengkaji memilih beberapa resepi dalam kajian. Resepi yang dipilih oleh pengkaji adalah dipetik daripada majalah “Keluarga” keluaran…………………..

Pengkaji membuat analisis resepi masakan berdasarkan teori

yang telah dikemukakan oleh Ure dan Ellis (1977). Pendekatan yang disentuh oleh kedua pengkaji ini ialah mereka melihat melalui satu situasi sosial ataupun peristiwa bahasa. Oleh yang demikian mereka menamakannya sebagai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa itu.

Analisis resepi masakan berdasarkan panduan bahasa dalam

Tatabahasa Dewan.

Page 4: Contoh pbs bm laras bahasa

Objektif Kajian

1. Melihat struktur ayat dalam resepi masakan yang menepati ciri-ciri

laras bahasa Melayu.

2. Mengkaji tahap penguasaan bahasa masyarakat Melayu lama sama ada berada di tahap yang tinggi atau sebaliknya.

3. Menganalisis data yang diperoleh melalui kajian terhadap resepi masakan terhadap dua pendekatan yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis.

Page 5: Contoh pbs bm laras bahasa

Konsep dan definisi Laras Bahasa Kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Penutur akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung.

Nik Safiah Karim (1982:1)

Laras atau register bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Jumlah laras wujud dalam sesuatu masyarakat kerana kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan peringkat sosial.

Page 6: Contoh pbs bm laras bahasa

Asmah Haji omar (1984:92)

Laras bahasa adalah kelainan bahasa yang digunakan mengikut bidang, seperti bidang ilmu dan bidang sosial.

Menurut beliau lagi, bahasa yang digunakan dalam bidang keilmuan tertentu memperlihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lain.

Perbezaan yang wujud bukanlah perbezaan sistem bahasa tetapi kesukaran wujud dalam pemahaman konsep-konsep yang didukung oleh istilah-istilah tertentu atau khusus yang digunakan dalam ilmu berkenaan.

Beliau menekankan bahawa laras yang berlainan yang digunakan bukannya pada sistem bahasa tetapi hanya pada kata-kata tertentu yang digunakan dalam laras.

Page 7: Contoh pbs bm laras bahasa

Taksonomi Ure dan Ellis (1977)

Ciri-ciri laras

Ciri-ciri Keperihalan

Situasi luaran Situasi

persekitaran

Cara penyampaian

Hubungan sosial & peribadi

Bahan yang diperkatakan

Fungsi sosial perlakuan bahasa

Ciri-ciri linguistik

Aspek kosa kata

Aspek ayat

Aspek ketenunan

Aspek keindahan

Page 8: Contoh pbs bm laras bahasa

Laras masakan Laras masakan merupakan salah satu daripada laras moden yang

terdapat kini tetapi ramai tidak menyedari hakikat kehadiran laras ini dalam

masyarakat.

laras masakan telah wujud sejak zaman lampau tetapi tidak

dikodifikasikan tetapi hanya disampaikan daripada seorang tukang masak

kepada orang lain.

Dalam sesebuah keluarga, ibu akan mewariskan cara-cara memasak

sesuatu jenis masakan kepaada anak-anak dan anak-anak pula

mewarisnya dan seterusnya mengajarnya pula kepada generasi yang lain.

Kelahiran laras masakan pada zaman moden ini bukan sekadar untuk

keperluan keluarga seperti zaman tradisional tetapi terdapat faktor-faktor

lain yang mempengaruhinya seperti masakan untuk tujuan perniagaan,

seperti di hotel-hotel dan warung-warung serta untuk tujuan-tujuan lain.

Hal ini telah menyebabkan berlaku perubahan dari segi memasak,

sukatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan.

Page 9: Contoh pbs bm laras bahasa

Analisis Data A) Ciri-ciri keperihalan Bagi kesemua laras masakan yang dikaji ini mempunyai ciri-ciri keprihalan yang sama bagi ke sepuluh resepi yang diambil. Situasi luaran Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam teks ini, dapat dilihat bahawa teks ini telah dihasilkan pada abad ke 20 atau dengan kata lain dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada zaman moden. Hal ini kerana dalam teks ini banyak menggunakan bahan-bahan yang moden dalam penyediaan masakan.

Page 10: Contoh pbs bm laras bahasa

Situasi persekitaran a) Cara penyampaian Pada peringkat awal laras ini disampaikan secara lisan, iaitu dari mulut ke mulut dan dari satu generasi ke satu generasi. Namun kini, laras ini telah dimodenkan dalam bentuk tulisan sejajar dengan perkembangan sistem tulisan. Kebanyakannya disebarkan dalam media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Penyampaian ini adalah untuk memberi maklumat dan tunjuk ajar tentang sesuatu masakan kepada masyarakat, khasnya bagi golongan ibu-ibu b) Hubungan sosial peribadi Berdasarkan teks ini, tidak terdapat hubungan peribadi mahupun sosial kerana laras ini lebih bersifat formal. Hal ini tergambar melalui hubungan penulis atau pereka resipi dengan pembaca kerana dalam perhubungan ini tidak memperlihatkan sifat-sifat kemesraan antara mereka.

Page 11: Contoh pbs bm laras bahasa

c) Bahan yang Diperkatakan Teks ini merupakan laras masakan kerana kandungan dalam teks ini

memberi maklumat tentang penyediaan sejenis kuih tradisional. Hal ini boleh dibuktikan lagi dengan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan untuk proses memasak.

d)Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa Dalam teks laras masakan, tidak terdapat fungsi sosial perlakuan bahasa.

Page 12: Contoh pbs bm laras bahasa

B) Ciri-ciri Linguistik

1) Resepi Span Coklat Berstrawberi

Aspek Sintaksis

Dalam aspek tatabahasa, banyak perkara yang boleh diketengahkan.

Pertama kebanyakan ayat yang digunakan dalam teks ini merupakan ayat

perintah yang mengalami pelbagai proses.

Ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini adalah seperti berikut:

i) Pukul krim putar dan gula aising sehingga kembang

ii) Sapukan krim putar ke atas sekeping swiss roll dan tambahkan

sesudu kecil pes strawberi di atasnya.

Page 13: Contoh pbs bm laras bahasa

Kedua-dua ayat ini merupakan ayat suruhan yang

mengalami peleburan subjek ayat.

Peleburan subjek ayat, iaitu diri orang kedua untuk

membuat sesuatu. Perkara utama yang diberikan

tumpuan ialah predikat-predikat ayat sahaja kerana mesej

terletak di bahagian predikat.

Dalam ayat (i), predikat-predikat yang membina ayat ini

ialah:

a) Pukul krim putar dan gula aising

b) Putar adunan sehingga kembang.

Page 14: Contoh pbs bm laras bahasa

Sambungan…

Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat tersebut, akan

terhasil ayat-ayat tunggal seperti yang berikut:

a) [Anda] [pukul krim putar dan gula aising]

FN FK

b) [Anda] [putar adunan sehingga kembang]

FN FK

Kedua-dua ayat tunggal ini bergabung dan mengalami

peleburan seperti yang berikut:

Page 15: Contoh pbs bm laras bahasa

Sambungan…

Anda pukul krim putar dan gula aising + Anda putar adunan

sehingga

kembang

0 pukul krim putar dan gula aising + 0 sehingga

kembang

Pukul krim putar dan gula aising sehingga kembang.

Page 16: Contoh pbs bm laras bahasa

Aspek Leksikal

Dalam aspek leksikal, terdapat beberapa kata khusus yang digunakan

dalam laras ini sebagai penanda laras masakan. Antara kata yang terdapat

dalam teks ini ialah:

buku

cawan

sudu makan

pukul

Sapukan

Kata-kata ini digunakan khusus dalam bidang masakan dan jarang ditemui

penggunaannya dalam bidang lain. Jenis kata yang terdapat dalam teks ini

ialah kata nama dan kata kerja.

Page 17: Contoh pbs bm laras bahasa

Sambungan…

Selain kata-kata tersebut, kebanyakan daripada kata kerja

yang digunakan dalam teks ini telah mengalami peleburan,

contohnya:

memukul pukul

disapu sapu

dihiaskan hiaskan

Kata-kata ini kebanyakannya merupakan kata pasif yang

digugurkan imbuhannya apabila menjadi ayat perintah.

Dalam teks ini juga tidak terdapat kata-kata istilah khusus

kerana laras ini bukan merupakan laras ilmiah.

Page 18: Contoh pbs bm laras bahasa

Aspek Ketenunan

Dalam aspek ketenunan, laras ini memperlihatkan unsur

ketenunan yang utuh. Laras ini dimulakan dengan bahan-

bahan yang diperlukan untuk memasak “Span coklat

berstrawberi”, bahan untuk hiasan, dan diikuti oleh cara-cara

untuk menyediakannya.

Setiap bahan diberikan kuantiti yang dikehendaki serta berat

timbangan yang perlu.

Dalam bahagian cara membuat masakan, ketenunan jelas

tergambar kerana setiap proses penyediaan makanan ditandai

oleh bulatan kecil dimulakan dari atas hingga ke bawah.

Oleh yang demikian seseorang itu perlu mengikut setiap

langkah dari atas hingga ke bawah untuk menyiapkan

masakan ini. Sekiranya langkah ini tidak diikuti masakan yang

dibuat tidak akan menjadi. Langkah yang pertama akan berkait

dengan langkah berikutnya.

Page 19: Contoh pbs bm laras bahasa

2) Resepi Butterscotch pudding

Aspek sintaksis

Antara ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini ialah:

i) oles beberapa bekas tahan panas dengan sedikit mentega.

ii) Susun roti butterscoth ke dalam bekas tadi hingga habis.

iii) sementara itu campurkan susu cair, krim, gula dan esen vanila

dalam periuk. Panaskan hingga gula hnacur, tetapi jangan sampai

mendidih.

Ketiga-tiga ayat ini merupakan ayat suruhan yang mengalami proses

peleburan.

Dalam ayat (i) predikat-predikat yang membina ayat ini ialah:

a) Oles beberapa bekas tahan panas.

b) Oles dengan sedikit mentega.

Page 20: Contoh pbs bm laras bahasa

Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat ini ialah

seperti berikut:

a) [Anda] [oles beberapa bekas tahan panas]

FN FK

b) [Anda] [oles dengan sedikit mentega]

FN FK

Kedua-dua ayat tunggal ini bergabung dan mengalami

peleburan seperti yang berikut:

Anda oles beberapa bekas tahan lama + Anda oles dengan

sedikit mentega

0 oles beberapa bekas tahan lama + 0 dengan

sedikit mentega

Oles beberapa bekas tahan lama dengan sedikit mentega.

Page 21: Contoh pbs bm laras bahasa

Dalam ayat (ii) predikat-predikat yang membentuk ayat ini

ialah:

a) susun roti buttersocth ke dalam bekas tahan lama.

b) susun roti tadi sehingga habis.

Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat ini ialah

seperti berikut:

a) [Anda] [susun roti buttersocth ke dalam bekas tahan

lama]

FN FK

Page 22: Contoh pbs bm laras bahasa

Aspek Leksikal

Antara kata yang terdapat dalam teks ini yang menjadi

sebagai penanda laras masakan ialah:

cawan

sudu teh

oles

susun roti

campurkan

panaskan

mendidih

adunan

masukkan

pukul

tuangkan

bakar

Page 23: Contoh pbs bm laras bahasa

Jenis kata yang terdapat dalam teks ini terdiri daripada kata

nama dan kata kerja.

Kata-kata yang mengalami proses peleburan ialah:

mengoles oles

susunkan susun

memasukkan masukkan

dihidangkan hidangkan

Page 24: Contoh pbs bm laras bahasa

Aspek ketenunan

Laras ini dimulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan

untuk memasak dan bahan yang tersenarai akan dibahagikan

kepada dua jenis, iaitu bahan untuk butterscotch pudding, dan

cara-cara penyediaan makanan.

Dalam bahagian cara membuat masakan, ketenunan jelas

tergambar kerana setiap proses penyediaan masakan ditandai

dengan bulatan kecil-kecil yang bermula dari atas ke bawah.

Page 25: Contoh pbs bm laras bahasa

3) Resepi Kastard Pic

Aspek Sintaksis

Antara ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini ialah:

i) Untuk membuat trifle, potong swiss roll kecil-kecilan

dan susun dalam bekas.

ii) Tuangkan sirap buah-buahan ke atas swiss roll.

Susunkan sedikit hirisan buah pic. Tambahkan juga pes

blueberi dan ratakan ke atas potongan swiss roll tadi.

iii) Sementara itu, sediakan kastard dengan

mencampurkan susu segar, gula kastor, tepung kastard

dan kuning telur dalam kuali. Panaskan semua bahan

hingga sebati dan likat.

Page 26: Contoh pbs bm laras bahasa

Kesimpulan

Kesimpulannya laras masakan merupakan suatu laras yang

tersendiri dan berlainan laras-laras yang lain.

Keunikan laras ini teretak pada jenis ayat yang digunakan, iaitu

ayat perintah, dan kata-kata istilah teknikal tidak digunakan

kerana laras ini ditujukan untuk semua orang .

Sesiapa sahaja dapat memahami laras ini kerana bentuknya

bukan laras yang bersifat ilmiah.