artikel pbs

Upload: syam9771

Post on 15-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

Tugasan Semester 2 /TP 60204

Tugasan Semester 2 /TP 60204

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TAJUK TUGASAN:PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

OLEH:SYAMSURIAH BINTI OPEN (MT1312344T)SEMESTER 2 SESI 2013/2014

SARJANA PENDIDIKAN ( PENGURUSAN PENDIDIKAN )UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KOD KURSUS :TP6

NAMA KURSUS :PENGURUSAN PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH :PROF. MADYA DR. MOHD. YUSOF ABDULLAH

ISI KANDUNGAN Mukasurat

1.0Pengenalan2

2.0Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)4

3.0Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)5

3.1Kelemahan sistem, kemahiran dan kemudahan ICT53.2Kekurangan kemudahan keperluan pentaksiran63.3PCG tidak relevan73.4Ibubapa lebih selesa dengan gred dan markah bukannya band83.5Guru bukan opsyen83.6Stress dan sikap, apati, defensive pembaharuan9

4.0Dinamika Organisasi Dalam PBS (Penambahbaikan)10

4.1Pengurusan dan kepimpinan sekolah104.2Pemantauan114.3Meningkatkan iltizam guru124.4Sikap guru sebagai pentaksir124.5Institusi masyarakat atau pihak luar sebahagian organisasi pentaksiran134.6Memperkasakan peranan Ibubapa144.7Membangunkan KPI untuk pentaksiran144.8Pentaksiran satu tarikan murid154.9Perubahan dasar Kadar Bantuan Perkapita (PCG)164.10Pembangunan profesionalisme keguruan164.11Memahami dan menggunakan kelebihan ciri pentaksiran174.12Membangunkan profesionalisme keguruan18

5.0Penutup19

RUJUKAN

TAJUK TEMA:Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)1.0PengenalanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Menurut Wan Mohd Zahid (1996), sistem pendidikan perlu bersifat dinamik. Maka, reformasi pendidikan terpaksa dilakukan untuk memenuhi kehendak semasa. Lantaran itu pentaksiran untuk KSSR juga turut mengalami pembaharuan iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam dan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Transformasi yang dilakukan Kementerian Pelajaran ini adalah bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Pendekatan pentaksiran baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali.

2.0Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Apa itu pentaksiran sebenarnya? Rata-rata masyarakat amnya, guru dan pelajar, khasnya, apabila ditanya tentang bagaimana hendak mengukur tahap pencapaian, hanya satu jawapannya, melalui peperiksaan. Ini disebabkan oleh pendedahan kita hanya tertumpu kepada peperiksaan semata-mata sebagai kayu pengukur tahap pencapaian seseorang pelajar. Malah masyarakat kita, kerana sudah terbiasa dengan peperiksaan, mula membandingkan seorang pelajar dengan pelajar dengan kaedah berapa banyak A yang dapat diperolehi selepas satu peperiksaan. Bertambah bilangan A yang diperolehi oleh seorang pelajar disama ertikan pula dengan maksud pelajar itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih berbanding dengan pelajar lain. Hasilnya, masyarakat meletakkan nilai A itu sebagai kayu pengukur kejayaan seorang pelajar dan berlumba-lumba untuk anaknya mendapat A. Jika tidak mencapai A, maka bermaksud pelajar itu kurang cemerlang, malah lebih sedih lagi, melabelkan pelajar itu sebagai seorang yang gagal. Beberapa persoalan timbul daripada senario sebegini. Adilkah kepada seorang pelajar dinilai hanya bersandarkan kepada satu peperiksaan sahaja? Apakah pelajar itu benar-benar seorang yang berjaya, hanya berlandaskan kepada bilangan A yang diperolehi di dalam peperiksaan? Gagalkah seorang pelajar dalam kehidupannya jika tidak mendapat bilangan A yang banyak atau tidak mendapat A langsung? Tidak adakah rasa tertekan/tekanan mental kepada pelajar kerana terpaksa mengejar A? Bagaimana dengan ibubapa-tiada tekanan? Adakah pelajar itu belajar hanya untuk mendapat A di dalam peperiksaan atau untuk digunakan di dalam kehidupannya?Semua lapisan masyarakat memerlukan anjakan paradigma apabila berhadapan dengan isu ini. Tidak dinafikan peperiksaan itu penting. Tetapi ia bukanlah matlamat akhir. Ia juga bukan penentu mutlak kepada pencapaian pelajar. Sebenarnya, peperiksaan hanyalah satu ranting sahaja di dalam kaedah pentaksiran. Ia bukanlah 'be all and end all' (bukan segala-galanya). Perlukah kita kepada peperiksaan? Jawapannya - perlu. Pentingkah peperiksaan? Jawapannya - penting. Tetapi perlukah peperiksaan itu dijadikan kayu pengukur kepada pencapaian pelajar semata? Tidak. Perlukah pelajar dan ibubapa dibebankan dengan peperiksaan? Tidak. Adakah peperiksaan benar-benar menguji pencapaian pelajar? Tidak!Oleh itu, Kerajaan dengan pakar-pakar pendidikan membuat kajian tentang kebergantungan kita kepada peperiksaan, sehingga kita lupa kepada matlamat asal Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk melahirkan insan yang holistik. Oleh itu, setelah dikaji, maka kita baru tersedar sebenarnya terdapat pelbagai kaedah pentaksiran, bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan. Sudah ramai cendekiawan berpendapat bahawa untuk sesetengah peringkat umur, kaedah pentaksiran yang berupa peperiksaan tidak praktikal untuk membimbing pelajar di dalam pembelajarannya. Rata-rata, cendiakawan dari negara maju telah pun bergerak meninggalkan kaedah pentaksiran tradisional ini. Mereka lebih tertumpu kepada kaedah pentaksiran yang berupa 'authentic' yang bermaksud menyerupai dunia sebenar. Mereka juga lebih menumpukan kepada pentaksiran di dalam kelas.Jadi apa sebenarnya pentaksiran?Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai apa-apa sahaja kaedah yang digunauntuk lebih memahami pengetahuan,kemahiran danadab/ nilai/ akhlak yangdimiliki oleh seseorang murid sama adamelalui atau tanpa melalui prosespengajaran-pembelajaran (Dari bahan oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia).

3.0 Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)3.1Kelemahan sistem, kemahiran dan kemudahan ICTPentaksiran Berasaskan Sekolah bukanlah perkara baru tetapi perluasan pelaksanaanya hingga melibatkan kerja-kerja ICT dan online telah menimbulkan ketidak puasan hati para guru yang terlibat. Ini termasuklah kelemahan sistem dimana pengguna sistem memasukkan datanya yang tidak boleh comply dengan beban data semasa. Sistem Pangkalan Data PBS lemah menyebabkan guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah pula ramai kalangan guru yang menghabiskan waktu untuk tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod. Walaupun sepatutnya guru melebihkan masa bagi menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan. Bagi guru-guru yang kurang mahir ICT juga satu isu yang signifikan dengan pentaskiran di mana ada kalangan guru-guru veteren terutamanya di sekolah rendah yang tidak gemar dengan tugasan key in online SPPBS. Ini menjejaskan bukan sahaja nama sekolah dan PPD berkenaan tetapi juga keciciran markah murid yang gagal dimasukkan ke SPPBS setiap bulan malahan terdapat sekolah yang dihighlight kerana guru gagal memasukkan prestasi murid ke sisitem online. Ketiadaan, kekurangan dan ketidak fungsian capaian rangkaian internet sekolah juga satu lagi isu yang membantutkan kemasukan prestasi murid ke SPPBS, hinggakan terdapat prestasi transit untuk diisi pada bulan Jun dan November sedangkan sepatutnya prestasi murid di masukkan ke dalam system sekurang-kurang diakhir setiap bulan. Seperti lazimnya, guru akan menggunakan peralatan ICT peribadi bagi menyelesaikan tugasan tersebut.Dilema antara prestasi murid dengan integrity guru. Penyelesaian tugasan kurikulum mengikut rancangan pengajaran tahunan menjadikan guru kadang-kadang terpaksa melepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai. Keadaan ini boleh menimbulkan persoalan kredebiliti dan integriti guru. Guru berkenaan dalam dilema sekiranya tidak melepaskan murid ketahap band lebih tinggi sudah tentu ianya satu kerugian yang bakal dihadapi dimasa kutipan kesemua band pada tahun enam. Melepaskan murid tanpa penguasaan sebenar pula menimbulkan persoalan tahap integriti guru berkenaan. Guru yang menjalankan pentaksiran juga berhadapan dengan kerisauan apabila adanya khabar lawatan oleh pihak penjaminan kualiti pendidikan seperti pihak nazir, Sektor Jaminan Kualiti dan Lembaga Peperiksaan.

3.2 Kekurangan kemudahan keperluan pentaksiran.Penetapan sistem pentaksiran bagi Kurikulum Standrad Sekolah Rendah (KSSR) melalui PBS dan bukan lagi peperiksaan mengikut semester atau bulanan seperti di KBSR meningkatkan lagi tekanan terhadap keperluan asas pentaksiran kurikulum terutamanya percetakan. Ini kerana kebiasaannya pentaksiran sepatutnya dilaksanakan bagi satu satu standard prestasi yang selari dengan setiap pelaksaan pengajaran dan pembelajaran. Eviden diperlukan kebanyakkan adalah kertas bercetak yang dinyatakan Standrad Prestasi iaitu Diskriptor dan Band sama ada dikuasai atau belum dan selepas itu guru perlu menyimpannya bagi tujuan rujukan, tindakan susulan, failing dan sebagainya. Begitu juga dengan keperluan fail bagi setiap murid, kos mendapatkannya dipulangkan pada ibubapa bagi yang mampu tiada masalah tapi bagi ibubapa yang sebaliknya, akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah. Kekurangan kemudahan lain di sekolah turut juga mempengaruhi hasil pentaksiran seperti mana menurut kajian Ismail Sulaiman(2005), faktor kemudahan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran dan sangat mempengaruhi sesuatu mata pelajaran sama ada meningkatkan atau menjejaskan bergantung kepada keadaan sesuatu tempat belajar itu.Peralatan ICT seperti komputer, pencetak dan internet yang tiada atau tidak mencukupi menjadi isu kepada pentaksiran. Ini kerana terdapat pentaksiran terhadap standard kandungan yang menggunakan peralatan ICT misalnya elemen TMK yang merentas semua subjek KSSR dan memiliki standard prestasi tersendiri. Bagaimana guru mengajar dan mentaksir prestasi elemen ini jika kemudahan peralatan mengajar tiada?.

3.3PCG tidak releven.Menghadapi keperluan pelaksanaan Kurikulum semasa, khasnya kerja-kerja pentaksiran yang menunutut peruntukan kewangan agak tinggi, menjadikan peruntukan Kadar Bantuan Perkapita bagi setiap matapelajaran tidak lagi releven. Menurut Azhar Abdul Aziz (1999), alat bantu mengajar mestilah dianggap sebagai sebahagian dari proses pengajaran. Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah bahawa proses pembelajaran akan lebih baik dengan bantuan peralatan yang pelbagai. Sekolah Gred B dan SKM contohnya, tidak mampu untuk menyediakan mesin pencetak dan penyenggeraannya yang menelan ribuan ringgit, begitu juga penyediaan bahan bantu mengajar seperti kertas warna, kad manila, bahan dan kit hands on yang bukan sahaja sebagai alat bantu mengajar guru tetapi sememangnya diperlukan dan digunakan untuk pentaksiran prestasi murid. Peruntukan kewangan ini juga tidak mampu untuk membiayai pelaksanaan program sokongan panitia matapelajaran seperti pertandingan, mini karnival, seminar, kem dan sebagainya. Biasanya melalui program sokongan ini, guru akan dapat melihat kemenjadian murid di luar bilik darjah bagi kegunaan pentaskiran Band 5 dan Band 6 di samping melihat sejauh manakah elemen merentas kurikulum iaitu TMK, nilai kreativiti dan inovasi serta keusahawanan berjaya diterapkan kepada murid.

3.4Ibubapa lebih selesa dengan gred dan markah bukannya band.Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai kaedah pentaksiran baru bagi KSSR juga menimbulkan isu ketidakselesaan dan kekeliruan ibubapa terhadap pentafsiran prestasi anak mereka. Ini kerana sebelum ini lazimnya ibubapa mengetahui kedudukan pencapaian dan kemajuan pelajaran anak mereka melalui ranking dan kedudukan dalam bilik darjah. Pelaporan prestasi anak mereka lebih sinonim dengan nombor dan gred. Tetapi semuanya ini tidakkan sama dengan pelaporan prestasi KSSR yang mana tiada ranking, tiada peratus dan tiada gred sebaliknya hanya pernyataan pelaporan dan huraian Band yang menyatakan tahap pencapaian dan penguasaan kandungan pelajaran. Bagi ibubapa yang mengutamakan KPI anak mereka, selalunya guru diminta memeberi penjelasan lanjut ketika hari menandatangani profil murid. Khususnya Band 6 yang merupakan tahap mithali yang agak sukar dicapai kebanyakan murid. Senario ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan ibubapa bahkan membangkitkan kesangsian mereka terhadap mutu pentaksiran.

3.5Guru bukan opsyen. Kejayaan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sudah tentunya terletak ditangan guru yang mengajar dan mentaksir. Isunya pula pemposisian guru mengajar mengikut opsyen masih belum selesai. Masih terdapat sekolah-sekolah luar bandar khasnya kekurangan guru mengikut opsyen. Sekolah kebiasaanya hanya dibekalkan mengikut Anggaran Belanja Mengurus atau body sekolah sahaja tanpa mengutamakan penempatan mengikut opsyen yang betul. Akhirnya guru yang bukan kepakarannya terpaksa mengajar subjek yang diberikan pentadbir dan kebanyakan guru di posisi ini berhadapan dengan komitmen dan batasan keupayaan. Siva Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya bertajuk Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru. Sepatutnya pentadbir menempatkan guru dengan posisi betul kerana selain dapat membantu murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin terhadap perkembangan dan keperluan semasa murid (Juliawati 2006; Ruslin et al. 2003). Seorang guru yang baik perlu mengambil berat keperluan anak didiknya seperti mengetahui keupayaan fizikal dan mental murid, mengambil berat tentang kesejahteraan murid, menunjukkan sikap penyayang, mempunyai sifat yakin diri dalam melakukan proses pengajaran. Kadang-kadang guru bukan opsyen ragu-ragu ketika menyampaikan pengajarannya apa lagi jika gaya pengajaran guru itu tidak sesuai denngan subjek yang diajarnya menimbulkan isu motivasi dikalangan murid. Ini kerana, keupayaan semula jadi murid dan kesediaannya untuk belajar tidak sahaja bergantung kepada murid, tetapi juga terletak kepada kesesuaian gaya pengajaran guru (Felder & Henrique 1995). Isu guru bukan opsyen ini sudah tentu kesannya signifikan dengan kepakaran sebagai pentaksir dengan jaminan kualiti yang boleh dipersoalkan.

3.6Stres dan sikap, apati, defensive pembaharuan.Sehingga hari ini, isu membabitkan guru dan profesionalisme keguruan terus mendapat perhatian dan sering dibahaskan secara meluas sama ada di media massa, dalam kalangan masyarakat umum malah dibincangkan sehingga peringkat nasional dan universal. Saban hari dan waktu, pihak media massa secara berterusan menyediakan laporan yang sesetengahnya berbaur sentimen mempersendakan guru dan profesionalisme keguruan. Walaupun laporan dan gambaran yang diberikan tidak menyeluruh, namun tindakan ini berjaya memetakan suatu prejudis masyarakat umum terhadap guru dan profesionalisme keguruan. Lantas, fenomena ini turut melakarkan rasa kekecewaan, gangguan mental dan emosi guru, sementelahan bila berhadapan dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Senario ini semakin serius apabila terdapat guru novis yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun mulai berasa bosan dan tidak mahu lagi bertugas sebagai guru (Chester, 1997; Keller, 2000; Sandham, 2001). Mutakhir ini, wujud kegemaran guru menjalankan tugas berkepentingan peribadi semasa waktu persekolahan sehingga boleh menjejaskan profesionalisme keguruan (Mohd Yusof, 2002; BPG, 1998; BPPDP, 1998). Isu apati dikalangan guru juga timbul apabila adanya anggapan tugas mengajar mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung dan bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat sejak akhir-akhir ini (Mohd Yusof, 2002). Guru bermasalah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu bersikap negatif, sakit mental dan sakit fizikal. Sikap seperti malas, degil, berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas, tidak berminat untuk mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu persekolahan atas urusan peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka. Dapatan kajian Jamil (2002), menerusi sesi temu bual terhadap guru terlatih di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru, tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang disandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih.Tambahan kerja dalam PBS menjadikan bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru juga telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru. Dapatan kajian JNSP (2000), melabelkan guru bersikap presentism dalam tugas seharian, bersikap defensif terhadap pembaharuan, gemar situasi kerja familiar dan menolak corak kerja penuh persaingan seperti dunia korporat yang sentiasa inginkan pembaharuan.Pentaksiran yang 100 peratus di bawah kendalian guru juga dipalit dengan isu pilih kasih. Terdapatguruyangbukan sahajatidak meningkatkan minat pelajartetapi membuatkan pelajartidakminatuntukbelajardengansikapnyayangnegatifsepertipilihkasih dan membuatjangkaannegatifkepadapelajar, hinggakan ada ibubapa yang mempersoalkan pentaksiran prestasi dikalangan anak guru, saudara mara, gender dan kaum. Semua isu-isu yang membabitkan guru boleh meruntuhkan kredebiliti sebagai pentaksir dan menjejaskan tahap profesionlisme guru seterusnya menimbulkan keraguan para steakholder terhadap kualiti pelaksanaan dan hasil pentaksiran.

4.0 Dinamika Organisasi Dalam PBS ( penambahbaikan )

4.1Pengurusan dan Kepimpinan SekolahAda kajian yang menemukan fakta bahawa pengetua memainkan peranan penting bagi membangunkan kepemimpinan guru di sekolah. Keadaan ini berkaitan dengan faktor kepemimpinan guru yang boleh mempengaruhi kewujudan sekolah berkesan (Alma Harris, 2003; Katzenmeyer dan Moller, 2001; Frost dan Durrant, 2002; Leithwood, Jantzi, dan Steinbach, 1999). Guru-guru dapat dipertingkatkan kemahiran kepemimpinanya sekiranya mereka boleh berusaha mempertingkatkan diri memperbaiki kelemahan yang ada, seperti mendapat: (i) sokongan pengetua, (ii) mempunyai kemahiran komunikasi dan pentadbiran, (iii) memahami budaya organisasi, dan (iv) menilai semula sistem kuasa yang bercorak tradisional dan peranannya di sekolah. Pengetua juga sentiasa akan menyokong guru-guru mengikuti apa jua bentuk program pembangunan staf (Boles, 1992). Oleh itu pembinaan kepimpinan guru sebagai pentaksir perlu dilakukan sama ada secara langsung seperti melalui kursus peningkatan tahap kepimpinan guru mahupun tidak langsung seperti bimbingan serta dorongan oleh pegetua guru besar.

4.2PemantauanSekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan .(Mohd Yusuf Othman .1999). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru hanya dapat dilhat impaknya pada murid. Impaknya pula dilhat melalui beberapa ciri pentaksiran seperti kebolehpecayaan tinggi, tidak bias, boleh diukur dan mengukur. Pemastian penjaminan kualiti ini secara konsisten perlu dilaksanakan oleh Guru Besar melalui pemantauan berterusan. Guru Besar main peranan melalui kepimpinan intraksional, membimbing dan menjadi mentor tentang pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pentaksiran. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Asnah (1993) gaya guru besar memainkan peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan, cara arahan dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya serta melaksanakan pentaksiran secara berpiawai. Ini adalah untuk mewujudkan kolaborasi antara guru besar dan guru pentaksir bagi menjamin kualiti pentaksiran

4.3Meningkatkan iltizam guru Iltizam diertikan sebagai keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu komitmen (Dewan Bahasa, 2002). Penurunan tanggungjawab memimpin dalam kalangan guru-guru adalah dengan melibatkan perkongsian tanggungjawab untuk bekerja secara berpasukan. Kepemimpinan bukan sahaja terletak di tangan seseorang individu (pemimpin) di peringkat atasan tapi warga sekolah lain turut berhak diberikan kuasa untuk membuat suatu keputusan. Frost dan Durrant (2002) dan Durrant (2004) menyarankan ciri-ciri penambahbaikan sekolah yang dapat dimainkan oleh guru-guru memimpin perubahan apabila pengetua memimpin guru-guru dengan meletakkan; i) fokus yang jelas, i). gunakan bukti mengikut konteks sekolah dan kelas, iii) berkolaborasi untuk meningkatkan pengetahuan profesional dan perancangan penambahbaikan yang strategik, iv) beri kepercayaan, v) beri ruang perbincangan dan pandangan, vi) perancangan, vii) kepemimpinan. Oleh itu pihak pentadbir iaitu pegetua guru besar perlu meningkatkan iltizam guru melalui pelabagai inisiatif. Iltizam tinggi dikalangan guru menyedarkan terhadap tanggungjawab mereka sebagai pentaksir.

4.4Sikap guru sebagai pentaksir.Sikap dan minat sebagai pentaksir perlu dijadikan sebagai budaya. Menurut Anastasi (1976), sikap merupakan kecenderungan seseorang itu untuk bertindak dengan tingkah laku tertentu apabila berhadapan dengan sesuatu rangsangan. Ia merupakan proses mental seseorang individu yang dapat menentukan gerak balas potensi pada setiap individu terhadap persekitaran. Ini seiring dengan pendapat Atan Long (1980), guru yang baik sentiasa mencari punca kelemahan pelajar di dalam mata pelajaran dan memperbaiki kelemahannya. Guru hendaklah sentiasa membuat penilaian terhadap pembelajaran pelajar supaya kelemahan dapat diketahui dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Membina minat dikalangan murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan bagi memudahkan pentaksiran. Menurut Ismail Sulaiman(2005), minat adalah satu elemen yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar, justeru itu seseorang pelajar akan mempunyai semangat yang tinggi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajati jika timbul minat dalam diri mereka. Guru perlu menggunakan pendekatan yang terbaik dan berjaya menarik perhatian pelajar untuk memberi penumpuan kepada pengajarannya. Di dalam bilik darjah guru memainkan peranan agar proses pembelajaran berlaku seperti yang dirancang. Pengajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang boleh menunjukkan perubahan tingkah laku dan bukannya sekadar untuk menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata. Guru juga bertindak sebagai pakar motivasi dapat membimbing dan menggerakkan pelajarnya untuk terus belajar, membantu pelajar membina sikap yang positif, memantapkan teknik mengajar dan memperbaiki diri terhadap mutu dan kualiti pengajarannya. Ini kerana penyampian pengajaran dan pembelajaran berkesan akan menghasilkan outcome pentaksiran yang diimpikan guru dan seterusnya menambahkan motivasi guru.

4.5Institusi Masyarakat atau Pihak Luar sebahagian organisasi pentaksiran. Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG). Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Oleh itu kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat atau memberikan bantuan berkaitan pelaksanaan pentaksiran prestasi murid. Organisasi pentaksiran sekolah perlu ditambahbaik dengan memasukkan pihak ini sebagai komponen yang membantu kejayaan pentaksiran. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Menurut Model itu hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Oleh kerana itu, usaha oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam hal ini seperti pengwujudan inisiatif memantapkan peranan Ibubapa, Komuniti dan Swasta melalui Sarana Sekolah dan Sarana Ibubapa patut dipuji dan dijayakan.

4.6Memperkasakan pernanan Ibubabapa.Pengetahuan terhadap kepentingan pentaksiran juga perlu disebar luaskan kepada pihak ibubapa agar mereka juga dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan sebarang keperluan pentaksiran. Perkara ini seiring dengan pandangan Sulaiman (1996), kecemerlangan pelajar bermula dari rumah. Ia bermula dari peranan dan tunjuk ajar ibu bapa sendiri. Menurut kajian Nor Azuan Bin Hassim(2003), faktor keadaan keluarga yang paling mempengaruhi akademik pelajar adalah berkaitan sifat ibu bapa yang penyayang dan mengambil berat pendidikan anak-anak. Sifat ibu bapa boleh menjadi perangsang kepada pelajar untuk mendorong mereka berjaya dalam pelajaran. Oleh sebab itulah roadshow yang dijalankan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada awal pengenalan KSSR diseluruh Negara tahun 2011, berkaitan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan menjelaskan ianya merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Roadshow juga menerangkan komponen-komponen PBS dengan terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Melalui program itu juga, LPM memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Info kepada PIBG ini membantu merungkai permasalahan yang timbul sebelum ini.

4.7Membangunkan KPI untuk pentaksiranBagi menambahbaik Pelakasanaan pentaksiran Berasaskan Sekolah, pihak Kementerian Pelajaran perlu menjadikan ianya sebagai satu KPI. Di mana guru perlu menjalankan pentaksiran secara harian dan mingguan dengan dilengkapi keyin online prestasi murid agar tidak berlaku sistem hang ketika waktu kemuncak sepertimana kebiasaanya pada hujung tahun persekolahan. Penetapan SKT juga perlu diperkemaskan dengan hurian yang jelas terhadap tugasan sebagai pentaksir. Bourne dan Bourne (2002), telah merumuskan secara keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertama menjelaskan hala tuju organisasi. Melalui pembinaan KPI warga sekolah dapat menyedari perkara-perkara penting dan patut diberi perhatian dalam menjayakan misi dan visi sekolah.

Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai pengukuran sesuatu matlamatberdasarkan kepada perancangan strategik di sekolah. Setiap warga sekolah akan dapat mengenalpasti dan menghubungkaitkan sasaran kerja tahunan individu dengan, sasaran kerja kumpulan panitia dengan perancangan strategik sekolah dan seterusnya dapat menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan itu telah tercapai atau tidak. Dengan adanya komitmen pihak sekolah terhadap pengukuran ianya akan dapatmembentuk satu budaya yang mementingkan pencapaian iaitu setiap individu bekerja ke arah mencapai misi dan visi sekolah. Kegagalan menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang tidak baik kepada prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada perkara-perkara yang tidak produktif

4.8Pentaksiran satu tarikan murid.Sebagai pentaksir guru perlu menjadikan amalan pentaksiran berasaskan sekolah satu tarikan kepada murid untuk terus telibat aktif dalam pembelajaran dan pengajaran. Menurut Sharifah Alawiah (1984) minat adalah penggerak atau kecenderungan untuk memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia berupaya menimbulkan daya usaha yang tinggi kepada seseorang. Dalam hal yang demikian jika seseorang itu berminat ia akan terus memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada perkara-perkara yang diminatinya. Pelajar yang berminat tidak perlu diminta atau diarah tetapi dengan sendirinya akan melakukan apa yang difikirkan perlu untuk kejayaannya. Bagi menimbulkan minat kepada pelajar, guru perlu bijak merancang aktiviti agar menarik. Menurut Ismail Sulaiman(2005), keupayaan guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran berupaya menarik minat untuk belajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan. Guru juga perlu mempromosi kelebihan Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu, Pentaksiran yang ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Jika guru berjaya menjadikan pentaksiran sebagai suatu yang menarik sudah tentu ia satu nilai tambah kepada kejayaan pentakasiran.

4.9Perubahan Dasar Kadar Batuan Perkapita (PCG)Perubahan paradigma Kementerian Pelajaran Malaysia KPM terhadap kerperluan sekolah kecil seperti sekolah Gred B dan SKM perlu dilakukan. Tidak seperti yang beralaku sekarang ini dimana bantuan PCG bagi sekolah adalah hanya mengikut status, gred dan jumlah pelajar disesebuah sekolah. Walhal warga sekolah kecil juga menjalankan tugasan yang sama iaitu mentaksir prestasi dan mengguna diskripsi yang sama di seluruh negara seperti mana yang dijalankan oleh sekolah SBT, kluster dan Gred A. Keadilan dan kesaksamaan peruntukan, bantuan kewangan, pembangunan dan bekalan guru mengikut opsyen perlu dilakukan dengan segera supaya sebarang kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah murid tidak hanya berpihak selamanya kepada kumpulan tersebut. Perubahan dasar oleh KPM dalam konteks ini sudah tentu dapat mengurangkan jurang perbezaan pencapian dalam apapun bidang. Bantuan PCG yang mencukupi membolehkan guru menyediakan ABM bagi keberkesanan pengajran dan seterusnya memudahkan pentaksiran dijalankan. Menurut Mat Noor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid (1988), penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran merupakan di antara idea dan kaedah yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya. Hal ini sangat penting kerana apa pun kaedah yang digunakan, alat bantu mengajar pasti turut sama iaitu bagi membolehkan pelajar dan guru mengadakan komunikasi yang sihat. Ini menggambarkan kepentingan peralatan bantu mengajar tidak boleh dipandang ringan.

4.10Pembangunan Profesionalisme KeguruanKompetensi guru sebagai pentaksir perlu dibangunkan sepanjang masa. Ini kerana setiap individu guru yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiranp endidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Menurut kajian Jamiah t.al.(2005) mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones, D.S. Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L.,2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et.al.,2003 dan Mikulay & George,2001). Sebaliknya, kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesion pekerjaan (Hardingham,2004). Integriti dalam amalan dan prosedur pentaksiran. Pentadbir sekolah perlu menekankan amalan dengan menjadikan integriti sebagai budaya guru ketika menjalankan pentaksiran. Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Prosedur pentaksiran perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh guru serta pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

4.11Memahami dan menggunakan kelebihan ciri pentaksiran. Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid. Band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.

4.12Membangunkan profesionalisme keguruan.Roslee Talip (2011) Program-program pembangunan profesionalisme yang relevan mampu memainkan peranan utama yang cukup berkesan dalam usaha-usaha penambahbaikan sekolah, reformasi dasar dasar sekolah, program mentoring guru-guru novis, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan faedah perkongsian kepakaran antara generasi guru di sesebuah sekolah. Dalam erti kata lain, elemen elemen keberkesanan pembangunan profesion keguruan merupakan cabaran asas yang perlu dihadapi dalam melaksanakana malanamalan pendidikan terbaik di sekolah. Menurutnya lagi, pelaksanaan dan amalan pembangunan profesionalisme keguruan di sekolah sewajarnya memberikan penekanan kepada lima fokus utama pembangunan professional iaitu (i) polisi dan struktur pengurusan, (ii) analisis keperluan, (iii) perancangan dan reka bentuk aktiviti, (iv) pelaksanaan dan tindakan susulan, (v) pemantauan dan penilaian dalam mewujudkan suatu mekanisme pemantapan yang lebih berkesan dan memberikan impak jangka panjang. Kajian oleh Thoonan, Sleegers, Oort, Peetsma dan Geijsel (2011) mendapati penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran profesional memberikan kesan yang besar kepada amalan pengajarannya. Dapatan kajian tersebut selaras dengan pandangan Hargreaves (2011) yang menyatakan bahawa pembelajaran dan pembangunan guru adalah aspek kritikal dan paling berpotensi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya akan mendorong ke arah peningkatan komitmen individu dan pasukan kepada matlamat sekolah. Kualiti guru menjadi isu kritikal kerana keperluan kepada penambahbaikan yang radikal dan berskala besar dalam bidang pendidikan terutamanya sekolah adalah sangat mendesak dan berlaku secara global (Hallinger, 2010). Justeru, keupayaan guru untuk mengaplikasikan pengetahuan dan mengimplementasikan penambahbaikan di sekolah adalah sangat penting.5.0PenutupPentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.RUJUKAN

Aiken, L R. (1997). Psychological Testing and Assessment. (Ninth Edition). Boston: Allyn and Bacon.Ainon Mohd.Abdullah Hassan.2003. Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. Bentong, Pahang: Penerbitan Pts Publication, Siri MotivasiIbrahim Saad (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia Satu Cabaran. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Mohd Kamal Hassan.1988. Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbitan Nurin EnterpriseMok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Penilaian kendalian sekolah/Pusat. Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN 983-2340-39-X

Roslee Talip 2011 etc. Utusan Borneo 21.09.2011

Shultz, R. C and Green B.F. (1953) Predicting Academic Achievement: A New Attitude& Interust Ii Educational and Psychological Measurement.

20 | 20 Page