budi bahasa budaya kita

2
Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita mendepani masalah keruntuhan akhlak yang kian kronik. Sudah lunturkah budi bahasa dan nilai-nilai murni ini ditelan arus pemodenan? Tepuk dada tanya selera. Pengamalan nilai-nilai murni serta kesantunan budi bahasa adalah penting terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Nilai-nilai murni serta budi bahasa dapat mewujudkan rasa saling menghormati yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan harmoni. Nilai murni dan budi bahasa merupakan dua konsep yang tersirat dalam prinsip Rukun Negara yang kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang molek itu budi Yang indah itu bahasa Nilai-nilai murni serta budi bahasa juga penting demi melahirkan masyarakat yang benar-benar membangun dan bertamadun. Kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni warisan kita. Pengamalan etika yang luhur, budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adab sopan yang terpuji berupaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menanamkan nilai- nilai berbudi bahasa dalam sukma anak-anak, sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi “Anak-anak ibarat sehelai kain putih yang suci dan bersih. Ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya.” Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan yang terpuji sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam pada itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan teladan yang terbaik tentang budi bahasa kerana ibu bapa “role model” anak-anak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka agar sentiasa bertutur dalam nada yang lembut, sederhana, tidak keras atau meninggi. Institusi sekolah juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam kalangan pelajar. Aktiviti Bulan Berbudi Bahasa boleh diselang-seli dengan pelbagai peraduan yang dapat menyemarakkan nilai-nilai ini. Misalnya, ceramah, kempen, pertandingan melukis poster serta pertandingan menulis karangan atau esei dapat menyemarakkan amalan budi bahasa. Para pendidik haruslah menitikberatkan mata pelajaran agama dan moral dan bukannya mengambil remeh

Upload: lonelyrene

Post on 21-Jun-2015

7.852 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budi Bahasa Budaya Kita

Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita mendepani masalah keruntuhan akhlak yang kian kronik.

Sudah lunturkah budi bahasa dan nilai-nilai murni ini ditelan arus pemodenan? Tepuk dada tanya selera.

Pengamalan nilai-nilai murni serta kesantunan budi bahasa adalah penting terutamanya bagi negara yang

berbilang kaum seperti Malaysia. Nilai-nilai murni serta budi bahasa dapat mewujudkan rasa saling menghormati

yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan harmoni. Nilai murni dan budi

bahasa merupakan dua konsep yang tersirat dalam prinsip Rukun Negara yang kelima, iaitu Kesopanan dan

Kesusilaan.

Yang kurik itu kendi

Yang merah itu saga

Yang molek itu budi

Yang indah itu bahasa

Nilai-nilai murni serta budi bahasa juga penting demi melahirkan masyarakat yang benar-benar

membangun dan bertamadun. Kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk

diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar

dan mempelajari serta mempraktikkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni warisan kita. Pengamalan etika

yang luhur, budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adab sopan yang terpuji berupaya

mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menanamkan nilai-nilai berbudi bahasa

dalam sukma anak-anak, sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi “Anak-anak ibarat sehelai kain putih

yang suci dan bersih. Ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya.” Ibu bapa wajib mendidik, membimbing

dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan yang terpuji sejak

kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam pada itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan teladan

yang terbaik tentang budi bahasa kerana ibu bapa “role model” anak-anak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan

begitulah kuihnya. Di samping itu, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka agar sentiasa bertutur dalam

nada yang lembut, sederhana, tidak keras atau meninggi.

Institusi sekolah juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam kalangan

pelajar. Aktiviti Bulan Berbudi Bahasa boleh diselang-seli dengan pelbagai peraduan yang dapat

menyemarakkan nilai-nilai ini. Misalnya, ceramah, kempen, pertandingan melukis poster serta pertandingan

menulis karangan atau esei dapat menyemarakkan amalan budi bahasa. Para pendidik haruslah menitikberatkan

mata pelajaran agama dan moral dan bukannya mengambil remeh terhadap mata pelajaran tersebut supaya

para pelajar sedar akan kepentingan nilai-nilai murni dan budi bahasa.

Selain itu, media massa yang semakin canggih turut dapat menyumbang untuk memupuk nilai-nilai murni

berbudi bahasa khususnya dalam golongan remaja. Hal ini demikian kerana golongan belia pada masa kini

banyak menghabiskan masa melalui media massa. Pihak media massa boleh menyelitkan iklan atau kempen

berkenaan kepentingan berbudi bahasa. Andainya seorang pemandu kereta yang sedang memandu, telah

diperdengarkan seruan daripada radio agar memandu cermat, nescaya besar kemungkinan dia akan

memastikan sepanjang perjalanannya dia memandu dengan cermat demi keselamatan diri serta pengguna jalan

raya yang lain.

Intihanya, semua rakyat Malaysia perlu berganding bahu, bekerjasama ibarat aur dengan tebing untuk

mempertahankan budi bahasa warisan kita agar negara kita cemerlang, gemilang malahan terbilang di mata

dunia. Justeru, Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.