bh pilih l10 17 emel sastera penggerak bahasa kuiz … · dikuasai oleh orang politik yang tampil...

1
Oleh Muhamad Ikhram Fadhly Hussin M alam Apresiasi Puisi menjadi pentas menyingkap sejarah dan perjuangan pejuang bahasa, sastera dan budaya negara. Malam yang berlangsung penuh gemilang pada 23 hingga 25 Jun 2006 men- jadi acara kemun- cak yang memper- temukan para saste- rawan, pencinta bahasa, budayawan, ahli politik, dan sen- iman negara. Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang berlangsung pada 23 Jun 2006 berjaya mencuri perhatian khalayak tentang perjuangan peju- ang terdahulu yang memerah keringat mengangkat baha- sa kebangsaan me- lalui puisi dan lagu puisi yang berbau patriotik. Suara yang bergema di Balai Budaya Tun Syed Nasir itu lebih dikuasai oleh orang politik yang tampil mendeklamasikan puisi. Ketua Per- gerakan Puteri UM- NO Malaysia, Y. Bhg. Datuk Noraini Ahmad mendekla- masikan puisi ber- tajuk Teguh Berdiri, karya Prof. Datuk Dr. Hashim Yaakob, mantan Naib Can- selor Universiti Ma- laya (UM). Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Y. Bhg Datuk Maznah Mazlan pula me- nyemarakkan suasana apabila tampil menying- kap kenangan lalu menandakan so- kongan padu beliau terhadap perjuang- an DBP. Beliau me- nyampaikan pan- tun, antaranya: Permata dibawa oleh kelana, Terserlah warna tidak terkira; Bersenjata minda jiwa dan pena, Andalah wira sri- kandi negara. Malam itu seperti tidak sempurna jika tidak diisi dengan deklamasi sastera- wan ulung negara. Sasterawan Negara (SN) Datuk (Dr.) A. Samad Said ber- sama-sama anaknya, Az mendeklamasikan puisi bertajuk Tikaman Dalam Seloka. Antara penyair yang berjaya menggugah sanubari penonton melalui pui- sinya ialah Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah dengan sajak ciptaannya sendiri yang mencerminkan harapan dan perjuangan DBP, Dirgahayu Dewan Bahasa, Rogayah A. Hamid dengan syair ciptaannya, dan Pengerusi Beliawanis Kebangsaan MCA, Carol Chiew Chen Lin de- ngan puisi Masihkah Kau Bermain Seruling karya Zurinah Hassan. Khalayak pada ma- lam itu turut dihiburkan dengan lagu puisi daripada Kopratasa dan Ramli Sarip dan Datuk Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Sementara itu, Sambutan Jubli Emas DBP dihangatkan lagi dengan acara Malam Genta Puisi pada keesokan harinya. Acara anjuran Kelab Sastera DBP ini berjaya mengangkat puisi Melayu tradisional dan lagu rakyat yang menjadi tunjang dan akar budaya bang- sa Melayu. Malam itu membuktikan warisan tradisional masih berurat umbi dan diperta- hankan. Persembahan yang berlangsung selama dua jam itu berjaya menghimpunkan nama-nama besar seperti Abdul Ghafar Ibrahim (Agi) yang menyampaikan nazam, Muhammad Yatim Piatu, tokoh tradisi lisan, Ali Badron Haji Sabor dengan Seloka Johor Riau, tokoh lagu rakyat, Aripin Said dengan lagu Untung- untungan, dan mantera penutup oleh Abd. Wahab Othman. Badan Kesenian Laman Bangkinang Kampung Tapak Kuala Pilah yang membuat persembahan randai menarik minat khalayak menerusi taridra. Malam itu diserikan lagi dengan selampit dan mak- yung, dondang sayang serta dikir barat. Malam Alun Sanjak yang menjadi malam kemuncak Malam Apresiasi Puisi pula me- nyingkap nostalgia lampau penonton melalui lagu-lagu klasik yang dipetik dari filem-filem Melayu yang popular sekitar tahun 1950- an hingga 1990-an. Lagu-lagu tersebut dipi- lih kerana keindahan liriknya yang meng- ungkapkan bahasa yang indah dan makna yang mendalam yang menyerlahkan kebijak- sanaan pujangga dan penggubah lagu masa lampau. Meskipun sudah ditelan zaman, namun lagunya yang malar segar dinya- nyikan pula oleh penyanyi bersuara emas menyebabkan lagu-lagu tersebut masih diminati ra- mai. Antaranya ia- lah lagu nyanyian Wan Salman, Sarbanun Marican, M.Y. Ismail dan Wahida Abdul Rah- man. Antara bidu- an dan biduanita yang hadir pada malam itu ialah R. Ismail, Datuk M.Y. Ismail, Wan Salman, Ahmad Ramli, Asiah Tuah, Sarbanun Marican, Datin Fatimah Huri, Aishah dan Wahida Abdul Rahman dan antara lagu-lagu yang dipersembah- kan pada malam itu ialah Berdendang Anak Dara, Kekasih Pujaan, Getaran Ji- wa, Selamat Tinggal Bungaku, Semalam Ku Bermimpi, dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Sementara itu, Majlis Pelancaran Adaptasi Novel ke Drama disempur- nakan oleh Setia- usaha Parlimen Kementerian Pe- nerangan, Y.B. Puan Noriah Kas- non pada 29 Jun 2006 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak enam buah novel bermutu terbitan DBP iaitu, Mufarakah karya Rahman Shaari, Cahaya pada Jiwa karya Faisal Tehrani, Hujan Sudah Teduh karya Zaharah Nawawi, Senjakala karya Baharudin Kahar, Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas dan Jaringan karya Rosmini Shaari telah diadaptasikan ke drama dan akan menemui penonton mulai bulan Julai hingga Disember 2006 menerusi slot Panggung 1, RTM 1 yang disiarkan setiap hari Sabtu pada pukul 2.05 petang. Majlis yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Timbalan Pengarah Penyiaran (Rancangan), Puan Adilah Shek Omar diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha pengadaptasian karya sastera ke tv atau filem seperti yang dilakukan di negara-negara luar dan menggalakkan sas- terawan menghasilkan karya bermutu. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006 SASTERA PENGGERAK BAHASA Program Apresiasi Sastera Meriahkan Sambutan Jubli Emas DBP KUIZ SASTERA SIRI 13 JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 12 S ILA lengkapkan maksud pantun klasik di bawah ini. Pemenang akan menerima cenderamata istimewa daripada KLIK DBP . 1. Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; ………………………………., ……………………………..... 2. Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; ………………………………. , ………………………………. 3. Makan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; ……………………………….., ………………………………... 4. Orang mengail di Lubuk Bulang, Apa umpannya kulit duku; .………………….................., ..…………………………....... 5. Tebang buluh lalang berpaut, Batang lurus dibuat titi; ………………………………, ……………………………... Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 8 Ogos 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada : Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 13, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-2142 2029 E- mel: [email protected] Hutan diredah laut direnang, Hajat berjumpa sahabat lama. Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan. Hendak terbang bukannya burung. Hendak menangis bukannya budak. Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat. Jangan mengharap tuahnya orang, Sampai ketika susah sendiri. PEMENANG Mohamad Nizam Othman, F-39, Belakang Sekolah Kebangsaan Kalai, 08700 Jeniang, Gurun, Kedah Darul Aman. BH PILIH L10 17 emel DBP SETENGAH ABAD KOMEN Kami menerima banyak penyertaan untuk Kuiz Sastera tetapi jawapan yang diberikan oleh para peserta kebanyakannya dicipta sendiri, bukannya pantun klasik seperti yang kami kehendaki. Kami berharap para peserta mengambil perhatian perkara ini. Abdul Ghafar Ibrahim Kemala Dr. Firdaus Abdullah Datuk Noraini Ahmad Sabree Yunos dan Kumpulan Seri Suria Kuala Lumpur mempersembahkan dikir barat. Pelancaran disempurnakan oleh Y.B. Puan Noriah Kasnon disaksikan oleh Datuk Johan Jaaffar. Ramli Sarip Carol Chew Chen Lin Abdul Wahab Othman Dari kiri, Wahida Abdul Rahman, Asiah Tuah, Fatimah Hani dan Sarbanun Marican. Persembahan selampit Awang Omar diiringi tarian makyung.

Upload: lenhi

Post on 07-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BH PILIH L10 17 emel SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ … · dikuasai oleh orang politik yang tampil mendeklamasikan puisi. ... ngan puisi Masihkah Kau Bermain Seruling ... Drama disempur-

Oleh Muhamad Ikhram Fadhly Hussin

Malam Apresiasi Puisi menjadi pentas menyingkap sejarah dan perjuangan pejuang bahasa, sastera dan budaya

negara. Malam yang berlangsung penuh gemilang pada 23 hingga 25 Jun 2006 men-

jadi acara kemun-cak yang memper-temukan para saste-rawan, pencinta bahasa, budayawan, ahli politik, dan sen-iman negara.

Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang berlangsung pada 23 Jun 2006 berjaya mencuri perhatian khalayak tentang perjuangan peju-ang terdahulu yang memerah keringat mengangkat baha-sa kebangsaan me-lalui puisi dan lagu puisi yang berbau patriotik. Suara yang bergema di Balai Budaya Tun Syed Nasir itu lebih dikuasai oleh orang politik yang tampil mendeklamasikan puisi. Ketua Per-gerakan Puteri UM-NO Malaysia, Y. Bhg. Datuk Noraini Ahmad mendekla-masikan puisi ber-tajuk Teguh Berdiri, karya Prof. Datuk Dr. Hashim Yaakob, mantan Naib Can-selor Universiti Ma-laya (UM). Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Y. Bhg Datuk Maznah Mazlan pula me-n y e m a r a k k a n suasana apabila tampil menying-kap kenangan lalu menandakan so-kongan padu beliau terhadap perjuang-an DBP. Beliau me-nyampaikan pan-tun, antaranya:

Permata dibawa oleh kelana,

Terserlah warna tidak terkira;

Bersenjata minda jiwa dan pena,

Andalah wira sri-kandi negara.

Malam itu seperti tidak sempurna jika tidak diisi dengan deklamasi sastera-wan ulung negara. Sasterawan Negara (SN) Datuk (Dr.) A. Samad Said ber-sama-sama anaknya, Az mendeklamasikan puisi bertajuk Tikaman Dalam Seloka. Antara penyair yang berjaya menggugah sanubari penonton melalui pui-sinya ialah Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah dengan sajak ciptaannya sendiri yang mencerminkan harapan dan perjuangan DBP, Dirgahayu Dewan Bahasa, Rogayah A. Hamid dengan syair ciptaannya, dan Pengerusi Beliawanis Kebangsaan MCA, Carol Chiew Chen Lin de-ngan puisi Masihkah Kau Bermain Seruling karya Zurinah Hassan. Khalayak pada ma-lam itu turut dihiburkan dengan lagu puisi daripada Kopratasa dan Ramli Sarip dan Datuk Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).

Sementara itu, Sambutan Jubli Emas DBP dihangatkan lagi dengan acara Malam Genta Puisi pada keesokan harinya. Acara anjuran Kelab Sastera DBP ini berjaya mengangkat puisi Melayu tradisional dan lagu rakyat yang menjadi tunjang dan akar budaya bang-sa Melayu. Malam itu membuktikan warisan tradisional masih berurat umbi dan diperta-hankan.

Persembahan yang berlangsung selama dua jam itu berjaya menghimpunkan nama-nama besar seperti Abdul Ghafar Ibrahim (Agi) yang menyampaikan nazam, Muhammad Yatim Piatu, tokoh tradisi lisan, Ali Badron Haji Sabor dengan Seloka Johor Riau, tokoh lagu rakyat, Aripin Said dengan lagu Untung-untungan, dan mantera penutup oleh Abd. Wahab Othman. Badan Kesenian Laman Bangkinang Kampung Tapak Kuala Pilah yang membuat persembahan randai menarik minat khalayak menerusi taridra. Malam itu diserikan lagi dengan selampit dan mak-yung, dondang sayang serta dikir barat.

Malam Alun Sanjak yang menjadi malam kemuncak Malam Apresiasi Puisi pula me-nyingkap nostalgia lampau penonton melalui lagu-lagu klasik yang dipetik dari filem-filem Melayu yang popular sekitar tahun 1950-an hingga 1990-an. Lagu-lagu tersebut dipi-lih kerana keindahan liriknya yang meng-ungkapkan bahasa yang indah dan makna yang mendalam yang menyerlahkan kebijak-sanaan pujangga dan penggubah lagu masa lampau. Meskipun sudah ditelan zaman, namun lagunya yang malar segar dinya-

nyikan pula oleh

penyanyi bersuara emas menyebabkan lagu-lagu tersebut masih diminati ra-mai. Antaranya ia-lah lagu nyanyian Wan Sa l man, Sarbanun Marican, M.Y. Ismail dan Wahida Abdul Rah-man. Antara bidu-an dan biduanita yang hadir pada malam itu ialah R. Ismail, Datuk M.Y. Ismail, Wan Salman, Ahmad Ramli, Asiah Tuah, Sarbanun Marican, Datin Fatimah Huri, Aishah dan Wahida Abdul Rahman dan antara lagu-lagu yang dipersembah-kan pada malam itu ialah Berdendang Anak Dara, Kekasih Pujaan, Getaran Ji-wa, Selamat Tinggal Bungaku, Semalam Ku Bermimpi, dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

Sementara itu, Majlis Pelancaran Adaptasi Novel ke Drama disempur-nakan oleh Setia-usaha Parlimen Kementerian Pe-nerangan, Y.B. Puan Noriah Kas-non pada 29 Jun 2006 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak enam buah novel bermutu terbitan DBP iaitu, Mufarakah karya Rahman Shaari, Cahaya pada Jiwa karya Faisal Tehrani, Hujan Sudah Teduh karya Zaharah Nawawi, Senjakala karya Baharudin Kahar, Saudagar Besar dari Kuala

Lumpur karya Keris Mas dan Jaringan karya Rosmini Shaari telah diadaptasikan ke drama dan akan menemui penonton mulai bulan Julai hingga Disember 2006 menerusi slot Panggung 1, RTM 1 yang disiarkan setiap hari Sabtu pada pukul 2.05 petang.

Majlis yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Timbalan Pengarah Penyiaran (Rancangan), Puan Adilah Shek Omar diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha pengadaptasian karya sastera ke tv atau filem seperti yang dilakukan di negara-negara luar dan menggalakkan sas-terawan menghasilkan karya bermutu.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Program Apresiasi Sastera Meriahkan Sambutan Jubli Emas DBP

KUIZ SASTERA SIRI 13

JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 12

SILA lengkapkan maksud pantun klasik di bawah ini. Pemenang akan menerima

cenderamata istimewa daripada KLIK DBP.

1. Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; ………………………………., …………………………….....

2. Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; ………………………………. , ……………………………….

3. Makan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; ……………………………….., ………………………………...

4. Orang mengail di Lubuk Bulang, Apa umpannya kulit duku; .………………….................., ..………………………….......

5. Tebang buluh lalang berpaut, Batang lurus dibuat titi; ………………………………, ……………………………...

Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 8 Ogos 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombortelefon dan alamat kepada :

Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 13,

Bahagian PengembanganBahasa Melayu,

Tingkat 25, Dewan Bahasadan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-2142 2029E- mel: [email protected]

Hutan diredah laut direnang, Hajat berjumpa sahabat lama.

Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan.

Hendak terbang bukannya burung. Hendak menangis bukannya budak.

Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.

Jangan mengharap tuahnya orang, Sampai ketika susah sendiri.

PEMENANG

Mohamad Nizam Othman,F-39, Belakang Sekolah Kebangsaan Kalai, 08700 Jeniang, Gurun,Kedah Darul Aman.

BH PILIH L10 17 emel

DBP SETENGAH ABAD

KOMEN

Kami menerima banyak penyertaan untuk Kuiz Sastera tetapi jawapan yang diberikan oleh para peserta kebanyakannya dicipta sendiri, bukannya pantun klasik seperti yang kami kehendaki. Kami berharap para peserta mengambil perhatian perkara ini.

Abdul Ghafar Ibrahim

Kemala

Dr. Firdaus Abdullah

Datuk Noraini Ahmad

Sabree Yunos dan Kumpulan Seri Suria Kuala

Lumpur mempersembahkan dikir barat.Pelancaran disempurnakan oleh Y.B. Puan Noriah Kasnon disaksikan oleh Datuk Johan Jaaffar.

Ramli Sarip

Carol Chew Chen Lin

Abdul Wahab Othman

Dari kiri, Wahida Abdul Rahman, Asiah Tuah, Fatimah Hani dan Sarbanun Marican.

Persembahan selampit

Awang Omar diiringi

tarian makyung.