bab 3 penetapan agenda

Upload: lurv-violet

Post on 14-Oct-2015

217 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Slide 1

BAB 3PENETAPAN AGENDA3.1 PENGENALANperingkat pertama dalam proses pembuatan dasar awam ialah penetapan agendamerujuk kepada cara masalah yang dihadapi oleh rakyat dimasukkan ke dalam agenda pihak pemerintah supaya ia dapat diselesaikan3.2 ISU YANG AKAN MENJADI AGENDAIsu yang sering mendapat perhatian selalunya melibatkan perkara-perkara berikut:-(i) Crisis proportions iaitu sejauh mana besarnya krisis yang wujud dan ia sukar diselesaiakan secara semulajadi. Maka kerajaan perlu mengambil tindakan tertentu untuk menyelesaikan krisis tersebut. Contohnya isu kenaikan harga minyak dunia.(ii) Particularity sesuatu isu yang besar dan bergantungan kepada perkara-perkara lain ataupun kesannya adalah pada semua. Contohnya, global warming, kebakaran hutan di Kalimantan tahun 1990-an dahulu.3.2 ISU YANG AKAN MENJADI AGENDAIsu yang sering mendapat perhatian selalunya melibatkan perkara-perkara berikut:-(iii) Emotive sesuatu isu yang menjadi perhatian umum, di dalam media massa. Contohnya kes penderaan pembantu rumah.(iv) Wide impact kesan yang mendalam terhadap masyarakat. Contohnya, masalah banjir ataupun masalah sosial remaja masa kini.(v) Power and legitimacy berkaitan kuasa dan autori yang dimiliki oleh elit politik. Contohnya, kod etika untuk wakil rakyat dan Pelan Integriti Nasional.(vi) Fashionable masalah semasa kini. Contohnya Penyakit Selsema Burung.3.3 BENTUK-BENTUK AGENDACobb dan Elder, 1972:-3.3.1 Agenda Sistemikmengandungi perkara yang diambil tindakan atau belum diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu kerajaandikenali sebagai agenda yang terkenal kerana perkara-perkara yang dibincangkan mampu menarik perhatian umum.Meliputi peringkat persekutuan, negeri dan tempatanAntara agenda sistemik ialah kes ragut yang kian berleluasa pada masa kini3.3 BENTUK-BENTUK AGENDACobb dan Elder, 1972:-3.3.2 Agenda Institusidikenali sebagai agenda awamAdalah susunan daripada perkara-perkara yang hendak dicapai oleh pihak kerajaan untuk sesuatu tempoh yang tertentuSelalunya, perkara-perkara yang dijadikan agenda kerajaan kurang mendapat perhatian dari seluruh rakyat; contoh, dasar luar yang dilaksanakan oleh kerajaan.3.4 JENIS-JENIS ISUjenis isu yang terkandung dalam dua bentuk agenda(i) Subject issue- Maksudnya isu yang dibincangkan adalah secara menyeluruh ataupun isu yang besar seperti isu pencemaran.(ii) Project issue Isu mengenai projek tertentu seperti Projek Bakun.(iii) New issue- isu-isu terkini yang tidak pernah terjadi sebelumnya seperti genstraizem di kalangan pelajar sekolah terutamanya di sekolah agama.3.4 JENIS-JENIS ISUjenis isu yang terkandung dalam dua bentuk agenda(iv) Cyclical issues-Isu yang berulang seperti belanjawan negara yang dibentang pada setiap tahun.(v) Recurrent Issues- isu yg dibangkitkan semula disebabkan dasar yang tidak berkesan atau menjadi perkara baru. Contohnya, penderaan kanak-kanak.3.5 PROSES PENETAPAN AGENDAtidak semua isu mampu mencapai status agenda.Untuk mencapai status agenda, mungkin berlakunya persaingan dalam proses penentuan agenda.berlaku disebabkan wujudnya dua pihak yang terlibat dalam proses tersebut iaitu pihak penyokong dan pihak penentang.ada juga isu-isu yang telah mencapai status agenda, tetapi lenyap begitu sahaja walaupun setelah dibincang dan diperdebatkan dan tiada tindakan susulan yang dilakukan

3.6 PIHAK-PIHAK YANG MEMBENTUK AGENDApihak yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara menentukan agenda kerajaanterdapat pihak lain juga yang terlibat dalam pembentukkan agendadua perspektif atau pandangan yang boleh kita lihat untuk pembentukan agenda tersebut, iaitu:1. Elitist Perspective - Perspektif ini menyatakan agenda ditentukan oleh golongan elit yang memerintah sesebuah negara. Golongan elit ini terdiri daripada golongan tentera, ahli perniagaan, golongan bangsawan dan sebagainya. Di Malaysia, Majlis Tertingi UMNO merupakan golongan elit3.6 PIHAK-PIHAK YANG MEMBENTUK AGENDA2. Pluralist perspective - Perspektif ini melihat agenda akan ditentukan oleh kumpulan berkepentingan yang memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk menjadikan satu-satu perkara sebagai agenda kerajaan.

Kumpulan berkepentingan akan mendominasikan proses pembentukan sesuatu agenda. Kumpulan berkepentingan ini akan mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan mereka dan seterusnya memberi tekanan agar isu tersebut menjadi suatu agenda kerajaan

3.6 PIHAK-PIHAK YANG MEMBENTUK AGENDAsecara umumnya proses penetapan agenda adalah hasil daripada tiga aliran (stream) iaitu masalah, dasar dan politik(i) Problem Stream bermaksud masalah awam yang wujud perlulah mampu menarik perhatian yang meluas dari pihak awam. Seterusnya, isu yang dibincang tersebut perlulah isu yang mampu menarik pihak pemerintah untuk diambil tindakan melalui dasar.(ii) Policy Stream- melihat ke arah kebolehlaksanaan sesuatu dasar dari sudut teknikal mengenai cadangan penyelesaian terhadap masalah dan diterima oleh umum.3.6 PIHAK-PIHAK YANG MEMBENTUK AGENDAsecara umumnya proses penetapan agenda adalah hasil daripada tiga aliran (stream) iaitu masalah, dasar dan politik

(iii) Political Stream lebih melihat kepada pendapat umum, pilihan raya yang mengakibatkan pertukaran pentadbiran atau perubahan suasana negara dalam menentukan agenda di pihak pemerintah.3.7 PERMASALAHAN DASARPenetapan agenda berkait rapat dengan proses penstrukturan masalahmerupakan satu proses mengenal pasti masalah awam supaya ia dapat diselesaikan dengan baikperlu mengetahui bentuk-bentuk masalah yang dianggap sebagai masalah awamContohnya, kejadian Tsunami yang melanda Malaysia, tidak boleh dianggap sebagai masalah awam kerana kerajaan tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang fenomena ini3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAHadalah proses yang pentingpenganalisis dasar telah mengenal pasti beberapa teknik untuk mengenal pasti dasar yang dikenali sebagai penstrukturan masalahdianggap penting kerana ia merencanakan bentuk atau penyelesaian yang dikemukakanSabitha Marican, 1997, terdapat lima teknik penstrukturan masalah:- 3.8.1 TEKNIK DELPHImerupakan proses berkumpulan untuk mencapai matlamat serta ketepatan dalam sesuatu ramalan masalah3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.1 TEKNIK DELPHIPerkara utama yang perlu dilakukan ialah pemilihan kumpulan pakar dalam membuat telahanlazimnya dianggotai oleh kakitangan dari dalam dan luar organisasi.tujuannnya ialah untuk mengukuhkan lagi maklumat dan pandangan yang diperoleh mengenai masalah tersebut lebih cekap dan tepat.dapat menentukan isu-isu yang penting, menentukan pilihan-pilihan dasar dan mengenal pasti impak, konsensus penerimaan sesuatu pilihan dasar3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.1 TEKNIK DELPHIRender et. 1988 dalam Sabitha Marican,1997, terdapat tiga peserta dalam teknik ini:-(i) Pembuat keputusan - terdiri daripada 5-10 orang golongan pakar yang memainkan peranan penting dalam membuat telahan.(ii) Pekerja- kumpulan ini berperanan untuk membantu kumpulan pembuat dasar. Tugas-tugas mereka ialah menyedia, menyebar,mengutip dan menyelidik jawapan daripada soal selidik yangtelah diedarkan3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.1 TEKNIK DELPHIRender et. 1988 dalam Sabitha Marican,1997, terdapat tiga peserta dalam teknik ini:-

(iii) Responden - terdiri daripada kumpulan yang akan membuat penilaian dan menyediakan input berupa maklumat sebelum pihak pembuat keputusan dan membuat telahan. Kumpulan inilah yang akan menjawab soal selidik yang diedarkan oleh pekerja.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAHLANGKAH-LANGKAH DALAM TEKNIK DELPHI1. Tinjauan awal masalah yang diutarakan - Tinjauan masalah awal ini dilakukan denga cara menggunakan borang soal-selidik. Borang soal-selidik tersebut dihantar kepada kumpulan responden untuk mengetahui masalah awal mengikut persepsi mereka dan seterusnya meminta cadangan penyelesaian masalah tersebut.2. Soal selidik yang telah dilengkapkan - Soal-selidik yang telah lengkap di isi oleh responden akan dikumpulkan dan dipulangkan semula kepada kumpulan pekerja.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAHLANGKAH-LANGKAH DALAM TEKNIK DELPHI3. Hasil dikumpulkan dan diedarkan - Pada peringkat ini kumpulan pekerja akan menganalisis hasil kutipan data tersebut daripada soal selidik yang telah lengkap di isi oleh responden. Hasil yang dikaji dan dikumpulkan tersebut seterusnya diedarkan semula kepada responden untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Maklumat yang akan diperoleh kemudiannya juga menggunakan soal-selidik.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAHLANGKAH-LANGKAH DALAM TEKNIK DELPHI4. Soal selidik yang lebih spesifik dilengkapkan - Pada peringkat ini soal selidik yang lebih spesifik akan diedarkan kepada responden. Responden perlu menjawab soal selidik tersebut sebagai maklumat yang penting untuk dikaji seterusnya. Selepas selesai dilengkapkan, borang ini akan diserahkan kepada kumpulan pekerja, dan seterusnya kepada kumpulan pakar3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAHLANGKAH-LANGKAH DALAM TEKNIK DELPHI

5. Konsensus - Proses di atas akan berterusan sehingga mendapat satu kata sepakat daripada kedua-dua pihak iaitu responden dan penyelidik. Setelah kata sepakat didapati, maka, konsensus bolehlah dilakukan.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.2 TEKNIK SINEKTIKGordon, 1961, teknik sinektik merupakan satu cara untuk membantu menganal pasti masalah yang mempunyai persamaandigunakan untuk menggalakan kita menghargai tentang kepentingan membandingkan masalah-masalah awam yang mempunyai persamaan antara satu sama lain.dapat meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah di kalangan penganalisis dasar3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.2 TEKNIK SINEKTIK3 bentuk analogi digunakan oleh penganalisis dalam membandingkan masalah awam.1. ANALOGI PERIBADI - penganalisis akan membayangkan bahawa diri mereka sendiri yang menghadapi masalah tersebut. Contonhya masalah lepak. Untuk mengetahui mengapa remaja sering lepak, penganalisis perlu melihat latar belakang kehidupan remaja tersebut dan seterusnya membayangkan diri kenapa perlu melepak. Malahan penganalisis juga boleh menyertai kumpulan tersebut dengan berlepak bersama untuk mendalami masalah tersebut.

3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.2 TEKNIK SINEKTIK4 bentuk analogi digunakan oleh penganalisis dalam membandingkan masalah awam.2. ANALOGI LANGSUNG - penganalisis akan mengkaji sesuatu masalah dengan mencari perkaitan yang seakan-akan sama dengan masalah lain yang dihadapi. Contohnya, untuk mengenal pasti struktur kewujudan masalah Selsema Burung, penganalisis boleh mengaitkan secara langsung dengan pengalaman dalam mengawal penyakit denggi yang juga merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh haiwan.

3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.2 TEKNIK SINEKTIK4 bentuk analogi digunakan oleh penganalisis dalam membandingkan masalah awam.3. ANALOGI FANTASI - penganalisi juga boleh menggunakan khayalan tertentu dalam mencari persamaan dalam masalah tertentu. Khayalan adalah bebas asalkan penganalisis mampu merealisasikan khayalan tersebut. Contohnya, khayalan mengasingkan penagih dadah di sebuah Pulau seperti pengasingan pesakit kusta pada suatu ketika dulu.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.3 ANALISIS ANDAIANMintrof dan Emshoff, 1974, teknik analisis andaian ini bermula dengan memikirkan mengenai penyelsaian dan kemudian ia dibincangkan dan dibahaskan peringkat demi peringkat sehingga mendapat satu penyelesaian atau hasil yang terbaik.Proses Analisis Andaian:-1. Analisis Andaian2. Mengemukakan Andaian3. Mencabar Andaian4. Pengumpulan Andaian5. Menyepadukan Andaian3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.4 TEKNIK SUMBANG SARANSabitha Marican (1997), menyatakan teknik sumbang saran adalah kaedah penyelesaian secara kumpulan.Setiap ahli kumpulan perlu memerah minda dan mencetuskan pelbagai idea sebanyak yang mungkinCiri-ciri Teknik Sumbang Saran:-(i) Kesemua kritikan hendaklah dihindarkan. Penilaian terhadap idea-idea hendaklah ditahan sehingga kesemua proses pengeluaran idea selesai.(ii) Pemberian idea secara debad dialu-alukan. Idea yang lebih radikal adalah idea yang dianggap lebih baik.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.4 TEKNIK SUMBANG SARANCiri-ciri Teknik Sumbang Saran:-

(iii) Kuantiti idea diutamakan dimana peserta digalakkan memberi sebanyak mungkin idea agar lebih berpeluang menjumpai idea yang lebih bernas(iv) Membina idea berdasarkan pada idea individu lain juga digalakkan. Peserta boleh mencadangkan bagaimana idea peserta lain boleh ditukarkan pada idea yang lebih baik atau bagaiamana dua idea boleh disatukan untuk membina idea yang lain.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.4 TEKNIK SUMBANG SARANtiga cara dalam menghasikan idea:-1. Pemikiran Bentuk Melencong (Divergent)(i) Tidak ada idea idea yang bodoh.(ii) Tiada penapisan yang dibuat pada peringkat ini.(iii) Tiada penilaian dibuat pada peringkat ini.(iv) Idea yang tidak munasabah diterima kerana ia mungkin menjadi idea yang munasabah.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.4 TEKNIK SUMBANG SARANtiga cara dalam menghasikan idea:-2. Pemikiran Bentuk Memusat(i) Mengenal pasti objektif manakah yang paling sesuai untuk mengenal pasti masalah.(ii) Tuliskan kesan positif dan negatif hasil masalah tersebut.(iii) Senaraikan kesan negatif dan positif mengikut keutamaan.(iv) Keluarkan masalah yang membawa kesan negatif yang paling banyak.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.4 TEKNIK SUMBANG SARANtiga cara dalam menghasikan idea:-3. Pemikiran Cara Pengulanganmasalah tidak dapat diselesaikan dengan satu penyelesaian sahaja tetapi berkehendakan gabungan dari penyelesaian lain untuk menghasilkan cara baru(i) Mengenal pasti objektif baru serta meneliti kesan positif dan negatif.(ii) Penyelesaian yang dicadangkan dilihat semula untuk memastikan pendekatan yang sesuai telah dihasilkan.(iii) Hasil akhir perlu diteliti semula agar tidak ada penyelesaian/masalah atau objektif yang tertinggal atau terkeluar3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.5 TEKNIK ANALISIS HIERARKImengenal pasti punca atau sebab sesuatu masalah masalah awam.membantu penganalisis mengenal pasti tiga jenis punca atau sebab masalah

(i) Sebab-sebab yang munasabah - merujuk kepada peristiwa atau suasana yang boleh dibuktikan berdasarkan penyelidikan sainstifik atau pengalaman secara langsung. Contohnya, pengangguran adalah merupakan sebab yang munasabah wujudnya masalah sosial yang kian meningkat pada masa kini.3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.5 TEKNIK ANALISIS HIERARKI

(ii) Sebab-sebab yang mungkin mewujudkan masalah - merujuk kepada peristiwa atau keadaan yang menyumbang kepada berlakunya sesuatu masalah. Contohnya, kurangnya kawalan ibu bapa terhadap anak-anak menyumbang kepadawujudnya masalah sosial di kalangan remaja.

3.8 TEKNIK-TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH3.8.5 TEKNIK ANALISIS HIERARKI(iii) Sebab-sebab yang boleh diambil tindakan - merujuk kepada sesuatu yang boleh dimanipulasikan atau dikawal oleh pihak pembuat dasar tanpa mengubah struktur sosial masyarakat keseluruhannya. Contohnya, pengangguran di anggap sebagai sebab mewujudkan masalah sosial. Oleh itu, kerajaan boleh mengubah keadaan tersebut dengan menambahkan latihan kemahiran kepada penganggur agar mengurangkan kadar penganguran dan seterusnya mengurangkan kadar kes masalah sosial.3.9 KESIMPULANPeringkat penentuan agenda merupakan peringkat pertama dan penting dalam kitaran dasar.Penstrukturan masalah pula penting untuk mengenal pasti masalah yang benar-benar tepat daripada agenda yang mendapat perhatian sama ada dari pihak masyarakat ataupun pemerintah.