antologi sejadah rindu : prosa klasik

17
ANTOLOGI SEJADAH RINDU PROSA KLASIK BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 15-Apr-2017

5.902 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

ANTOLOGI SEJADAH RINDUPROSA KLASIK

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Page 2: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

PROSA TRADISIONAL

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA(MENGHARAPKAN HASIL DARI SESUATU YANG BELUM PASTI)

SINOPSIS

1. KISAH SERANGAN RAJA BENUA SIAM KE ATAS NEGERI MELAKA

DAN STRATEGI PERANG PEMBESAR MELAKA

Pada zaman dahulu negeri Siam dikenali dengan nama Syahrunnawi. Nama raja Bubunnya, beliau telah mendapat berita yang negeri Melaka sangat besar tidak mahu bertuankan raja Bubunnya lalu beliau menghantar surat sembah meminta taat setia tetapi ditolak oleh Sultan Muzaffar Syah. Hal ini menjadikan raja benua Siam amat marah lalu memerintah rakyatnya yang sangat ramai dengan diketuai oleh panglima

perang Awi Cukri menyerang Melaka. Awi Cukri menggunakan jalan darat dan berjalan sampai ke hulu Pahang.

Sebaik sahaja Sultan Muzzafar Syah mendapat berita itu, baginda menitahkan semua rakyatnya di dalam jajahan naungannya berkumpul di Melaka, termasuklah Tun Perak dan orang Kelang membawa anak isteri bersama-sama sedangkan rakyat dari ceruk rantau yang lain hanya

dihadiri oleh orang lelaki sahaja. Hal itu menyebabkan orang Kelang mengadu kepada Sultan Muzaffar Syah.

Oleh hal yang demikian, Seri Amerta yang dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana bijak berkata-kat dan cerdik orangnya bertanya kepada Tun Perak akan hal tersebut. Setelah tiga kali ditanya barulah Tun Perak bersuara. Tun Perak berpendapat, orang Kelang akan

bersungguh-sungguh berperang melawan Siam kerana mempertahankan nyawa anak isteri masing-masing. Sebaik sahaja hal ini dipersembahkan kepada sultan, sultan mengiakan pendapat Tun Perak,lantas menghadiahkan sirih dari puan baginda sebagai titah yang Tun

Perak diarah menetap di Melaka.

Tentera Siam sampai dan berlaku peperangan. Ramai rakyat Siam yang mati tetapi Melaka tidak dapat ditewaskan. Tentera Siam berundur lalu mencampakkan barang-barang berikat rotan dan pasungan kayu ara di hulu Muar. Rotan yang tumbuh dinamakan rotan Muar. Kayu ara yng dicampakkan juga tumbuh dan ada hingga sekarang. Selesai peperangan, semua rakyat pulang semula ke tempat masing-masing tetapi

sultan tidak mengizinkan Tun Perak pulang ke Kelang.

Page 3: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

2.KISAH ADUAN ORANG KELANG TERHADAP TUN PERAK

Sebaik peperangan selesai,Sultan menerima aduan dari seorang orang Kelang tentang sedikit penganiayaan Tun Perak kepadanya. Seri Amerta dititah oleh sultan untuk bertanya hal itu kepada Tun Perak. Setelah berkali-kali ditanya barulah Tun Perak menjawab. Tun Perak memberi alasan bahawa yang Seri Amerta tidak tahu hal ehwal pentabdiran di Kelang. Yang Dipertuan (sultan) pula hanya tahu yang baik-baik sahaja sedangkan hal-hal yang negatif tiada dalam pengetahuan Yang Dipertuan. Maka jika Yang Dipertuan mahu memburukkan dirinya, Tun Perak meminta baginda memecatnya terlebih dahulu barulah dicerca perbuatanya terhadap orang Kelang yang membuat aduan.

Page 4: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

3.PERLANTIKAN TUN PERAK SEBAGAI PERDANA MENTERI

Setelah mendengar tutur kata Tun Perak, Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri bergelar Paduka Raja. Kedudukanya setara dengan Seri Nara Diraja. Seri Nara Diraja, perdana menteri yang telah tua terpaksa beralih tempat di seri balai dan Paduka Raja mengambil alih tempat bendahara. Setelah Tun Perak dilantik menjadi perdana menteri, dia tidak boleh berkerjasama dengan Seri Nara Diraja sehingga rakyat Melaka berpecah dua. Hal ini mendukacitan Sultan Muzaffar Syah kerana akan membinasakan negeri Melaka.

Page 5: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

4.STRATEGI SULTAN MUZAFFAR SYAH UNTUK MENDAMAIKAN PADUKA RAJA DENGAN SERI NARA DIRAJA

Tun Kudu-isteri Sultan Muzaffar Syah-anak saudara Tun Perak/Paduka RajaSeri Wak Diraja-adik-beradik Tun Perak

Sultan Muzaffar Syah menyusun strategi untuk mendamaikan mereka berdua. Seri Nara Diraja yang kematian isteri cuba dijodohkan dengan beberapa orang anak pembesar Melaka. Akhirnya Seri Nara Diraja mahu beristerikan Tun Kudu lantas Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu.Tun Kudu ialah anak saudara kepada Paduka Raja. Paduka Raja bersaudara dengan Seri Wak Diraja. Paduka Raja pula diperintah hadir pada hari perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu. Kesan daripada perkahwinan tersebut, Seri Nara Diraja berbaik-baik semula dengan Paduka Raja malah saling kasih-mengasihi. Seri Nara Diraja dengan rela hati menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Paduka Raja. Paduka Raja dikata seorang perdana menteri yang bijak setara bijaknya dengan dua orang pembesar;

di Majapahit iaitu Patih Aria Gajah Mada, di Pasai iaitu Orang Kaya KenayanSementara itu Seri Nara Diraja dilantik menjadi penghulu bendahari.

Page 6: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

5.KISAH SERANGAN KEDUA RAJA SIAM KE ATAS MELAKA

Panglima Siam -Awi Dicu Seri Bija Diraja-nama asal Tun Hamzah ,digelar Datuk Bongkok Tun Umar anak kepada Seri Bija Diraja- kelakuannya gila-gila bahasa.Paduka Raja- bergelar Bendahara-nama asal Tun Perak Tentera Siam datang lagi untuk menyerang Melaka diketuai panglimanya Awi Dicu. Sebaik sahaja mendapat berita itu, sultan memerintah Paduka Raja diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang menghalang kedatangan tentera Siam berhampiran Batu Pahat. Ketika tentera Siam menghampiri Batu Pahat, Tun Umar yang sangat berani tetapi gila-gila bahasa diperintah oleh Bendahara Paduka Raja untuk mengintip kedudukan perahu Siam. Sebaik sahaja bertemu dengan banyak perahu Siam. Terus dilanggarnya perahu-perahu Siam itu. Sekali dilanggar oleh perahu Tun Umar, dua tiga buah perahu Siam terbalik. Dilanggar pula yang lain, dua tiga perahu lagi yang terbalik. Tindakan Tun Umar menimbulkan kegerunan dan kehairanan di pihak tentera Siam. Namum begitu, pada malam hari Awi Dicu datang untuk menyerang tentera Melaka. Menyedari kedatangan Awi Dicu, Bendahara Tun Perak memerintah semua pokok bakau, nyirih dan tumpu api-api ditambat dengan puntung api. Melihat sahaja cahaya api yang terlalu banyak, tentera Siam berasa kelengkapan perahu Melaka terlalu banyak dan tidak mampu ditewaskan oleh mereka. Awi Dicu mengambil keputusan kembali ke Siam sebelum siang menjelma. Meninggalkan sebuah perigi yang digali di Batu Pahat. Pengunduran tentera Siam diekori oleh Tun Perak hingga ke Singapura. Bendahara Paduka Raja kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Segala ehwal semasa menghadapi tentera Siam disembahkan kepada sultan. Sultan terlalu gembira dan menghadiahkan persalinan pakaian yang sangat baik kualitinya. Semua hulubalang yang pergi bersama-sama Bendahara Paduka Raja dianugerahkan persalinan pakaian mengikut status masing-masing.

Page 7: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

6.KISAH CUBAAN RAJA SIAM MENYERANG MELAKA KALI KE TIGA

Raja Siam-Bubunnya/Paduka BubunnyaAwi Dicu- panglima tentera Siam dalam cubaan serangan ke duaCau Pandan- anak BubunnyaPra Kelong- tentera Siam yang menyiapkan perahu perangTuan Sidi Arab-berbangsa Arab yang keramat-tinggal di Melaka

Sesampai di Siam Awi Dicu menyembahkan segala peristiwa yang berlaku di Batu Pahat. Raja Siam amat marah lalu bercadang beliau sendiri akan menyerang Melaka. Namun, anaknya Cau Pandan meminta izin untuk mengetuai tentara Siam menyerang Melaka. Paduka Bubunnya terlalu gembira dengan permintaan Cau Pandan lalu memerintah Pra Kelong menyediakan kelengkapan perang iaitu lapan ratus buah sum dan perahu-perahu kecil yang sangat banyak untuk bergerak apabila tiba masanya nanti.

Berita persiapan Cau Pandan sampai ke pengetahuan penduduk Melalak. Ketika berita sampai, Tun Sidi Arab yang berbangsa Arab yang berzikir menggunakan panah sedang menghadap Sultan Muzaffar Syah. Sebaik sahaja dikhabarkan yang Cau Pandan akan menyerang Melaka, Tun Sidi Arab terus berdiri di hadapan sultan lalu dihalakan anak panah ke arah negeri Siam sambil menyeru mantera akan kematian Cau Pandan. Sultan bertitah, sekiranya Cau PAndan mati, benarlah Tun Sidi Arab seorang yang sangat keramat.

Serentak dengan panahan oleh Tun Sidi Arab, Cau Pandan yang berada di Siam terasa dadanya seperti kena panah lalu muntah darah dan meninggal dunia. Berita kematian Cau pandan akibat sakit muntah darah sampai ke pengetahuna Sultan Muzaffar Syah. Kekeramatan Tun Sidi Arab diakui oleh sultan dan Tuan Sidi Arab dianugerahkan oleh sultan dengan perbagai hadiah.

Page 8: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

7.KEMANGKATAN SULTAN MUZAFFAR SYAH

Setelah memerintah Melaka selama 42 tahun, Sultan Muzaffar Syah mangkat. Baginda diganti oleh anaknya Raja Abdullah yang memakai gelaran Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun ketika menaiki tahta dan berkahwin dengan anak Seri Nara Diraja bernama Tun Patih Nur Pualam

Sultan Mansur Syah mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Bakal dengan seorang gundiknya.

Sultan Mansur Syah dikatakan sangat tampan, adil, pemurah yang tiada tandingan dengan sesiapapun pada zaman itu.

Page 9: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

TEMA

KEBIJAKSAAN PEMIMPIN MENTADBIR NEGERI

Khuatir akan perpecahan rakyat akibat permusuhan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja dengan Tun Perak, baginda menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak saudara Paduka Raja Tun Perak untuk dinikahi oleh Seri Nara Diraja bagi mendamaikan Paduka Raja Tun Perak dengan Seri Nara Diraja yang bersengketa kerana Seri Nara Diraja terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Perak.

Page 10: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

PERSOALAN

1.KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN MENILAI KUALITI PEMBESAR UNTUK MENTADBIR NEGARA

Sultan Muzaffar Syah bijak menilai kewibawaan kepimpinan Tun Perak iaitu Tun Perak membawa orang Kelang berserta anak isteri ke Melaka untuk mempertahan Melaka dari serangan Siam. Tun Perak beralasan orang Kelang akan bersungguh-sungguh mempertahan negeri Melaka kerana keselamatan anak isteri masing-masing.

2.PENGORBANAN PEMIMPIN DEMI KESELAMATAN NEGERISultan Muzaffar Syah, mengorbankan perkahwinannya dengan Tun Kudu

untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja bagi mengelakkan perpecahan rakyat Melaka kerana persengketaan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja Tun Perak.

Page 11: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

PERSOALAN

3.KEBIJAKSANAAN AKAL MAMPU MENGALAHKAN KEKUATAN FIZIKAL

Tun Perak bijak mengatur strategi untuk menghadapi serangan kedua tentera Siam. Beliau mengarahkan tentera Melaka yang bertahan berhampiran Batu Pahat, menambat puntung api di pokok-pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api untuk menipu tenera Siam. Hasilnya tenera Siam berundur kerana menyangka tentera Melaka sangat besar dan kuat.

4.PERANAN GOLONGAN AGAMA DALAM KESELAMATAN NEGARA Tuan Sidi Arab, yang sangat mahir memanah dan keramat telah

menghalang kedatangan tentera Siam bagi kali ketiga dengan membunuh panglima perang Siam, Cau Pandan dari jarak jauh. Tuan Sidi Arab, memanah ke udara menghala ke negeri Siam sambil membaca mantera. Serentak itu, Cau Pandan terasa sakit dan muntan darah lalu mati.

Page 12: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

PERSOALAN

5. PERANAN SEMUA RAKYA MEMPERTAHANKAN NEGARARakyat Melaka bersatu mempertahankan Melaka dari serangan Siam dengan

kepandaian dan kepakaran masing-masing

Tun Perak dengan kebijaksanaannya membuat tipu muslihat dengan menambat puntung api di pokok-pokok bakau,nyirih dan tumpu api-api untuk mengelirukan tentera Siam sehingga tentera Siam berundur kerana berasa tidak mampu menentang tentera Melaka

Tun Umar yang gila-gila bahasa dan berani merempuh perahu-perahu Siam dengan perahunya sehingga banyak yang terbalik dan menggerunkan tentera Siam

Tuan Sidi Arab yang keramat dan pandai memanah membunuh Cau Pandan , panglima tentera Siam yang sedang bersiap sedia menyerang Melaka secara mistik dengan memanah ke udara mengarah ke negeri Siam. Cau Pandan terasa sakit seperti dipanah dan muntah darah lalu mati.

Page 13: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

KEBIJAKSANAAN Sultan Muzaffar Syah, seorang raja yang bijak mengenal

pasti kewibawaan Tun Perak sebagai pemimpin lalu melantiknya menjadi perdana menteri namun tidak melucutkan jawatan tersebut darpada Seri Nara Diraja.

Tun Perak bijak mengatur tipu muslihat untuk menipu tentera Siam yang diketuai oleh Awi Dicu. Puntung api yang ditambat di pokok bakau, nyirih dan tumpu api-api menggerunkan tentera Siam kerana menyangka tentera Melaka amat besar lalu berundur

KEBERANIAN Tun Umar berani melanggar banyak perahu tentera Siam

hingga terbalik sehingga tentera Siam berasa gerun dan terpinga-pinga melihat tindakan Tun Umar itu.

Page 14: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

NILAI KEMASYARAKATAN

BERTANGGUNGJAWAB/SANGGUP BERKORBAN Sultan Muzzafar Syah bertanggungjawab memulihkan persengketaan antara Seri Nara Diraja dengan

Paduka Raja Tun Perak kerana khuatir berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat Melaka. Baginda menceraikan Tun Kudu yang merupakan anak saudara Paduka Raja Tun Perak untuk dinikahkan dengan Seri Nara Diraja. Akhirnya Tun Perak berbaik-baik semula dengan Seri Nara Diraja.

KETAATAN KEPADA PEMERINTAH Paduka Raja Tun Perak menjunjung titah Sultan Muzaffar Syah untuk mengetuai tentera Melaka

memerangi tentera Siam berhampiran Batu Pahat.

RASIONAL DALAM TINDAKAN Tun Perak memberi alasan yang rasional sehingga dipersetujui Sultan Muzzaffar Syah.Ketika Sultan menerima aduan orang Kelang tentang tindakan Tun Peark membawa semua anak dan isteri

orang Kelang ke Melaka, Tun Perak memberi jawapan bahawa tindakannya bagi memastikan orang Kelang bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka dari serangan Siam kerana mempertahankan anak isteri berada di Melaka.

TOLERANSI Akhirnya, Seri Nara Diraja bersetuju melepaskan jawatan perdana menteri kepada Paduka Raja Tun

Perak. Seri Nara Diraja beralasan yang Paduka Raja Tun Perak sememangnya anak bendahara/keturunan bendahara juga.

Page 15: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH BIJAK MENILAI POTENSI KEPIMPINAN YANG ADA PADA RAKYAT AGAR NEGERI DIBARISI OLEH PEMIMPIN YANG BERKUALITI

Sultan Muzaffar Syah seorang raja yang bijak. Baginda dapat menelah kebijaksanaan Tun Perak hanya dengan mendengar hujah-hujah Tun Perak tentang perlakuannya membawa orang Kelang dengan anak isteri bersama-sam ke Melaka semasa Siam hendak menyerang Melaka. Perlantikan Tun Perak sebagai Perdana Menteri membuahkan kejayaan Melaka mematahkan serangan Siam ke atas Melaka.

2.KITA HENDAKLAH SANGGUP MENGETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI DEMI

KESELAMATAN NEGERI Sultan Muzaffar Syah rela menceraikan isterinya Tun Kudu setelah Seri Nara

Diraja mahu mengahwini Tun Kudu. Tindakan baginda kerana mahu mendamaikan Paduka Raja Tun Perak dengan Seri Nara Diraja kerana bersengketa apabila Tun Perak dilantik menjadi Perdana Menteri, jawatanyang disandang Seri Nara Diraja. Mereka ahkirnya berbaik-baik semula kerana Tun Kudu ialah anak saudara Paduka Raja Tun Perak

Page 16: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

PENGAJARAN

3.KITA HENDAKLAH SAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGERI AGAR MUSUH MUDAH DITEWASKAN

Tun Perak, Tun Umar, Seri Bija Diraja dan Tuan Sidi Arab bersama-sama menggunakan kepandaian dan kebijaksaanaan yang ada menewaskan tentera Siam yang mahu menyerang Melaka kerana keengganan Melaka bertuankan Raja Siam.

4.KITA HENDAKLAH MENUNPAHKAN TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA PEMERINTAH AGAR KEAMANAN NEGARA TERPELIHARA

Tun Perak taat akan perintah Sultan Muzaffar Syah yang tidak mahu beliau pulang ke Kelang dengan melantik beliau sebagai perdana menteri dan menetap di Melaka.

Page 17: ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADAMengharapkan hasil daripada sesuatu yang belum pasti

Sultan Muzzaffar Syah terus sahaja menitahkan Tun Perak tinggal di Melaka sebaik sahaja mendengar jawapan Tun Perak tentang tindakannya membawa semua anak isteri orang Kelang ke Melaka. Tun Perak berpendapat orang Kelang akan bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka demi keselamatan anak isteri yang lebih utama berbanding keselamatan sultan sendiri. Sedangkan peperangan dengan tentera Siam belum bermula dan kebijaksanaan dan ketangkasan Tun Perak belum terbukti tetapi sultan sudahpun yakin akan kewibawaan Tun Perak dalam peperangan.

Sebaik sahaja peperangan selesai, Sultan Muzaffar Syah mendapat aduan daripada seorang orang Kelang tentang sedikit penganiayaan yang dilakukan oleh Tun Perak. Lantas setelah berdiam diri, Tun Perak menjawab bahawa hanya hal yang baik sahaja di Kelang yang sampai kepada sultan sedangkan yang tidak elok tidak sampai ke pengetahuan sultan. Maka sekiranya sultan mahu menghukum dan menghinanya, adalah lebih baik dia dipecat dari jawatan terlebih dahulu. Kemudian bolehlah dijatuhkan hukuman dan penghinaan. Sebaik sahaja mendengar jawapan itu, Sultan Muzaffar Syah terus sahaja melantik Tun Perak menjadi perdana menteri dengan segera.

Sultan sudah yakin akan kewibawaan Tun Perak sebagai pembesar Melaka walaupun Tun Perak tidak pernah berkhidmat di negeri Melaka dan hanya menjadi wakil sultan di Kelang.