sajak sejadah rindu

12
SAJAK: SEJADAH RINDU Mohd.Haikal Aminuddin Ahli kumpulan: 1. Afiqah Ramadzan 2. Aisyah Azhar 3. Amirah Hasya Abd. Aziz 4. Julia Sheela

Upload: aisyah-azhar

Post on 12-Apr-2017

494 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak sejadah rindu

SAJAK: SEJADAH RINDU

Mohd.Haikal AminuddinAhli kumpulan:1. Afiqah Ramadzan2. Aisyah Azhar3. Amirah Hasya Abd. Aziz4. Julia Sheela

Page 2: Sajak sejadah rindu

MAKSUD• RANGKAP PERTAMAPenyajak menangis sewaktu sujud di atas sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penyajak teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.

• RANGKAP KEDUADengan penuh keinsafan di dalam hati, penyajak tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penyajak juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan oleh-Nya.

Page 3: Sajak sejadah rindu

MAKSUD• RANGKAP KETIGASewaktu bersujud di atas sejadah, penyajak mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia itu, penyajak juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penyajak berasa sebak atas segala yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.

• RANGKAP KEEMPAT Penyajak berasa bahawa persaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa dia atas sejadah yang sudah lama digunakannya. Penyajak meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan hidupnya yang tidak lama lagi akan menemui Pencipta.

Page 4: Sajak sejadah rindu

MAKSUD• RANGKAP KELIMAPenyajak berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penyajak juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa utnuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu sahaja.

Page 5: Sajak sejadah rindu

TEMA• Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seorang

insan kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Penyajak memohon keampunan dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh serta mengharapkan bahawa dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum ajalnya tiba. Penyajak sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.

Page 6: Sajak sejadah rindu

PERSOALAN•  Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.

• Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga menitiskan air mata.

• Kepentingan mendirikan sembahyang.• Kepentingan didikan agama

• Dunia ini hanya sementara.

• Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.• Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.

• Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.• Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta

sebelum meninggal dunia.

Page 7: Sajak sejadah rindu

GAYA BAHASA• INVERSI

• -Terkedu aku (Sepatutnya: aku terkedu)• -moga terbuka ruang keampunan(sepatutnya: ruang keampunan moga terbuka)

• PERSONIFIKASI• - Air mata menjadi saksi

• METAFORA• -sejadah rindu• -nafas kehidupan

• BAHASA ARAB• - kalimah, Ilahi, taubat

• ASONANSI(Pergulangan bunyi vocal a,e,I,o,u)• -bait bicara tersentuh kalbu(vocal a)• -keikhlasan menjadi bukti (vocal i)

• ALITERASI( Perulangan kata selain daripada a,e,I,o,u)• -Kupohon kembali nafa kehidupan(konsonan k)

Page 8: Sajak sejadah rindu

BENTUK• Lima rangkap• Berbentuk bebas• Bilangan baris

• 6baris dalam setiap rangkap• kecuali rangkap ketiga iaitu 7 baris.

• Rima akhir • setiap rangkap :aaaaaa• kecuali rangkap tiga : aabaaaa

• Suku kata setiap baris 3 hingga 14.

Page 9: Sajak sejadah rindu

NADAMELANKOLIK-bernada sedih (hiba) dan meng harukan

• Menggambarkan keinsafan penyajak atas dosa-dosanya yang lalu.

• Juga menggambarkan keikhlasan hati penyajak yang ingin bertaubat kepada Pencipta.

Page 10: Sajak sejadah rindu

NILAIKESEDARAN

• Contoh: Penyajak sedar bahawa dunia ini hanya sementara sahaja

KEGIGIHAN • Contoh: Penyajak bersungguh-

sungguh mendapatakan keampunan sebelum meninggal dunia

Page 11: Sajak sejadah rindu

NILAIKETAATAN • Contoh: Penyajak taat kepada Tuhan &

berharap agar dosanya diampun oleh Tuhan

KEIKHLASAN• Contoh: Penyajak bertaubat dengan

penuh keikhlasan sehinggakan beliau menitiskan air mata

Page 12: Sajak sejadah rindu

PENGAJARAN INSAF AKAN DOSA YANG LALU• Kita mestilah segera insaf akan dosa yang lalu agar

kita tidak menjadi kerugian di akhirat kelakTAAT KEPADA PENCIPTA• Kita mestilah sedar diri dan mengejar

pengampunan daripada PenciptaTIDAK BERPUTUS ASA UNTUK MEMPEROLEH

KEAMPUNAN• Kita haruslah gigih berusaha and tidak berputus

asa untuk memperoleh keampunan daripada Tuhan