kuseru rindu itu-pdf

Upload: kelabk

Post on 06-Apr-2018

353 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    1/98

    Hanni Ramsul

    1

    PROLOG

    AYUNA yang sudah galak

    tersenyum apabila diagah,

    diagah sekali lagi. Senang

    melihat senyuman anak kecil itu.

    Comelnya dia... comelnya dia tenyum, agah

    Maisara lagi membuatkan ada tawa mengekek di bibir bayi

    itu. Maisara tersenyum lebar lantas membawa tubuh kecil itu

    rapat ke pelukannya.

    Sara....

    Perlahan dia berpaling. Memandang wajah Mak Tehsambil tersenyum.

    Mak Teh ambil Ayuna, ya. Dah masanya dia

    menyusu dan tidur.

    Maisara tersenyum sambil mengangguk.

    Yuna dah nak tidur, ya? Pergi tidur dengan Nek

    Teh, ya. Dia mengagah lagi sambil menyerahkan Ayuna kedalam dukungan Mak Teh.

    Mak Teh menyambut sambil tersenyum. Kemudian

    dia melangkah meninggalkan ruang tamu yang kian sepi.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    2/98

    Kuseru Rindu Itu

    2

    Maisara mengangkat punggung perlahan. Dia mahu

    mencari wajah Hisyam.

    Sara....

    Maisara mengangkat muka. Tersenyum lebar

    melihat si pemilik suara yang memanggil namanya.

    Abang.... Dia bersuara perlahan. Kagum melihat

    Hisyam yang cukup segak berbaju Melayu berwarna biru.

    Cukup mempesona dengan samping songket hitam bersulam

    benang perak. Senyum di wajah lelaki itu cukup untuk

    menyatakan betapa saat ini, Hisyam sedang menikmati

    kebahagiaan yang tiada sempadannya.

    Kacaknya abang, usik Maisara sambil tersenyum

    panjang.

    Hisyam tergelak kecil. Mana ada orang tua yang

    kacak?

    Mana ada abang ni tua?

    Hisyam tergelak lagi.

    Apa yang kelakar sangat ni?

    Hisyam menoleh. Melihat senyuman manis Idayu

    yang sering memikat hatinya. Pantas jemari Idayu ditarik

    perlahan. Membawa Idayu rapat ke sisinya.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    3/98

    Hanni Ramsul

    3

    DIA merenung kosong ke satu

    arah yang tidak pasti. Tidak ubah

    seperti perjalanan hidupnya

    yang tidak pernah ada kepastian yang nyata. Bagai tidak

    ada noktah bahagia di dalam hidupnya. Segalanya tinggal

    tergantung tanpa sebarang kepastian. Dan... akhir-akhir

    ini, persoalan itu acap kali melingkari ikirannya. Membelit

    perasaannya. Membuat dia lemas di dalam ketidakpastian

    perjalanan hidupnya yang panjang.

    Dia takut sebenarnya. Takut kebahagiaan yangmembaluti dirinya saat ini, bakal terlucut dari genggamannya.

    Dia tidak sanggup untuk membayangkannya. Dia sayangkan

    segala miliknya kini. Dia sayangkan perkahwinan ini. Namun,

    dia juga tidak mahu menjadi tamak. Tidak wajar dia terus

    menagih pada yang tidak sudi menghulur. Tidak wajar dia

    menghalang lagi andai jelas dirinya sudah disisih ke tepi.

    Mama.

    Perlahan dia menoleh. Menatap wajah kecil yang

    cukup comel di matanya. Anak kecil berusia empat tahun itu

    Bab 1

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    4/98

    Kuseru Rindu Itu

    4

    melangkah merapatinya. Perlahan dia merangkul tubuh kecil

    itu. Erat di dalam pelukannya. Cuma anak itulah sumber

    kebahagiaannya yang hakiki. Kasih sayang anak itu tidak

    perlu dia ragui. Bicara anak kecil itu juga cukup telus tanpa

    sebarang rahsia. Hatinya tidak pernah digaru resah setiap kali

    menatap senyum anak itu. Jiwanya tidak pernah menangis

    hiba mendengar gelak ceria anak itu.

    Mama.Nape mama cedih?

    Idayu tersenyum kecil mendengar soalan anaknya yang sedikit pelat. Perlahan dia mencium pipi gebu anak

    tunggalnya itu. Anak itu merenung wajahnya menanti

    jawapan.

    Mana ada mama sedih? Mama penatlah sayang.

    Banyak sangat kerja yang mama kena buat katofce tu.

    Kalau penat... tak payah la keje. Duduk rumahdengan Afq... dengan Nek Teh.

    Idayu tergelak kecil. Pipi Syafq dicium lagi.

    Mudahnya penyelesaian untuk anak sekecil itu.

    Afq dah makan?

    Dah. Afq makan dengan Nek Teh.

    Dah mandi?

    Dah. Afq dah mandi. Afq dah makan. Afq dah

    gocok gigi. Semuanya dah.

    Idayu tersenyum panjang. Resahnya bagai menjauh

    seketika tatkala mendengar celoteh anak kecil itu.

    Kalau semuanya sudah... jom kita masuk tidur,

    ucap Idayu separuh bergurau.Tak nak. Afq nak tunggu papa.

    Idayu diam. Dia memandang jam di dinding.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    5/98

    Hanni Ramsul

    5

    Hampir pukul sepuluh malam. Sudah agak lewat, namun

    bayang suaminya belum juga muncul. Ke manalah lelaki itu

    pergi.

    Dah lewat ni. Agaknya papa pulang lambat. Afq

    tidur dulu, ya?

    Syafq menggelengkan kepala.

    Idayu pula tidak memaksa. Tidak mahu melihat

    Syafq membuat perangai sebenarnya. Dia penat. Penat

    dengan kerja di pejabat. Penat dengan kerenah suami. Dia

    tidak mahu menambah penat itu dengan melihat Syafq

    mengamuk pula.

    Bunyi enjin kereta memasuki pekarangan rumah

    membuat Syafq tersenyum riang.

    Sebaliknya bunyi itu membuat dia menjadi tidak

    keruan. Rasa pedih tiba-tiba menerpa sekeping hatiperempuannya. Tergambar kembali peristiwa petang tadi

    yang menyaksikan kemesraan suaminya dengan seorang

    gadis manis. Hatinya remuk perlahan-lahan melihat adegan

    itu. Hancur luluh melihat senyum gembira Hisyam

    menanggapi gurau manja gadis itu.

    Mama, papa dah balik. Cepat buka pintu! gesa

    Syafq sambil menarik tangannya.

    Perlahan dia mengangkat punggung menuruti

    kemahuan Syafq. Dia berdiri di ambang pintu, sementara

    Syafq berlari mendapatkan papanya. Dari jauh dia merenung

    wajah milik Hisyam yang tersenyum lebar menyambut

    huluran jemari kecil Syafq.

    Perlahan lelaki itu melangkah keluar dari kereta.

    Melangkah longlai sambil memimpin Syafq.

    Tanpa bersuara Idayu mencapai kot dan briecase di

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    6/98

    Kuseru Rindu Itu

    6

    tangan Hisyam sambil mencium jemari Hisyam. Bergerak

    sedikit memberi ruang untuk Hisyam melangkah masuk.

    Idayu masih tercegat di pintu tatkala Hisyam

    melabuhkan punggung ke soa. Tali lehernya dilonggarkan

    sambil matanya memandang Idayu yang masih tidak

    bergerak. Melihat tingkah Idayu, timbul rasa hairan di

    hatinya. Kebiasaan, Idayulah yang menanggalkan tali

    lehernya. Menyambutnya dengan senyuman manis. Tetapi,

    hari ini, tingkah Idayu nampak lain sekali.Ayu... kenapa ni? Lain macam aje abang tengok?

    Idayu tersentak. Matanya liar mencari wajah

    Hisyam. Rupa-rupanya Hisyam sudah tersandar di soa.

    Mengelak daripada soalan seterusnya daripada Hisyam, dia

    mula mengorak langkah menuju ke tingkat atas, menyimpan

    briecase Hisyam.Hisyam memandang hairan. Kemudian dia

    memandang pula ke arah anak tunggalnya yang terlentok

    manja di ribaannya.

    Mama kenapa? soalnya kepada anak kecil itu.

    Syafq cuma menjongket bahu.

    Hisyam tidak bertanya lagi. Rambut Syafq dibelaiperlahan sambil dia bersandar ke soa. Melepaskan segala rasa

    penat. Matanya dirapatkan. Lega. Penatnya terasa menjauh.

    Haruman lembut yang amat dia senangi, memaksa

    dia membuka mata. Idayu tercegat di hadapannya. Dia

    tersenyum senang menanggapi renungan Idayu.

    Afq. Mari tidur sayang.

    Mendengar ajakan Idayu, Syafq bangkit dari soa.

    Barangkali matanya yang mulai layu, membuat Syafq tidak

    bercakap banyak.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    7/98

    Hanni Ramsul

    7

    Biar Mak Teh tidurkan Syafq.

    Suara pembantu rumahnya yang datang secara tiba-tiba, membuat Idayu sedikit tersentak. Dia berpaling sambil

    tersenyum kecil manakala Syafq pula, tanpa banyak bicara

    terus mendapatkan Mak Teh.

    Terima kasih Mak Teh, ucap Idayu perlahan,

    dibalas dengan sekuntum senyuman daripada pembantu

    rumahnya. Idayu memandang Mak Teh yang meniti anak

    tangga menuju ke bilik Syafq. Cuma setelah Syafq hilangdari pandangan, barulah matanya beralih kepada Hisyam.

    Hisyam mengangkat kening, merenungnya dengan

    renungan yang mengandungi seribu pertanyaan. Terkesan

    dengan kelainan sikap Idayu. Layanan Idayu sedikit dingin

    malam ini.

    Melihat wajah Hisyam yang seperti menanti satupenjelasan, Idayu mengukir senyum. Menyembunyikan gundah

    yang bersarang di hati.

    Abang dah makan?

    Dah.

    Nak minum?

    Hisyam menggeleng perlahan.

    Kalau macam tu, Ayu nak masuk tidur dulu.

    Akhirnya Idayu meminta izin untuk meninggalkan suaminya

    di situ. Dia tidak sanggup berdepan dengan Hisyam sebenarnya.

    Dia marahkan lelaki itu. Dia kecil hati dengan tindakan lelaki

    itu. Hisyam tergamak menjalin hubungan dengan perempuan

    lain, di luar pengetahuannya. Namun, untuk dia luahkan

    kemarahannya itu, dia tidak berdaya. Dia tahu siapa dirinya

    di hati Hisyam. Perlahan dia mengatur langkah meninggalkan

    Hisyam.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    8/98

    Kuseru Rindu Itu

    8

    Ayu.

    Langkahnya terhenti mendengar suara itu. Diaberpaling. Hisyam yang masih bersandar malas di soa, tajam

    merenung wajahnya. Lama pandangan mereka bertemu.

    Akhirnya Idayu mengalihkan pandangan ke arah

    lain.

    Hisyam pula, perlahan mengangkat punggung.

    Mengatur langkah mendekati Idayu.

    Kenapa ni? Lembut suara Hisyam mengajukan

    soalan.

    Idayu diam. Cuma kepalanya menggeleng perlahan.

    Takkan tak ada apa-apa. Abang tengok Ayu lain

    macam aje.

    Tak ada apa-apa. Cuma penat sikit. Banyak kerjakatofce tadi.

    Biasanya... Ayu tak macam ni. Lagipun, bukan hari

    ni saja kerja katofce tu banyak, kan? Ada benda lain ke yang

    mengganggu Ayu?

    Tanpa menjawab soalan itu, Idayu memandang

    wajah Hisyam yang menanti jawapan. Wajah itu nampak

    sungguh bersahaja. Seolah-olah lelaki itu tidak melakukan

    apa-apa kesalahan padanya. Mungkinkah Hisyam tidak

    mempunyai apa-apa hubungan dengan gadis petang tadi?

    Mungkin dia yang terlalu memikirkan perkara yang bukan-

    bukan. Mungkin dia yang terlalu berprasangka pada suami

    sendiri. Akalnya mula berdiplomasi dengan hati. Tetapi,

    kemesraan itu? Barangkali perangai Hisyam dengan teman-

    teman memang begitu. Barangkali, dia yang tidak perasan

    selama ini. Akalnya sekali lagi memberi hujah. Membuatkan

    resahnya sedikit hilang.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    9/98

    Hanni Ramsul

    9

    Ayu....

    Idayu tersentak lantas tersandar di pagar tangga.Hisyam pula tergelak kecil melihat wajah Idayu

    yang jelas mempamerkan riak terkejut.

    Kenapa ni? Cakap tak ada apa-apa. Kalau tak ada

    apa-apa, tu... apa yang dimenungkan tu? soal Hisyam tidak

    puas hati.

    Idayu mengukir senyum. Perlahan dia menggeleng.Hisyam melangkah lebih rapat. Berdiri di

    hadapannya sambil kedua-dua tangannya memegang pagar

    tangga. Membiarkan Idayu berada di dalam lingkaran

    pelukannya.

    Abang tak percaya. Hisyam bersuara lembut

    sambil redup pandangan singgah di matanya.

    Betul bang. Tak ada apa-apa, balas Idayu bersahaja.

    Hisyam mencapai jemarinya.

    Idayu tergamam. Tiba-tiba dia ingin menarik

    tangannya dari genggaman Hisyam. Beginilah Hisyam

    menggenggam jemari gadis manis itu. Namun, akalnya cepat

    menghalang. Dia tidak boleh terus hanyut di dalam perasaan

    cemburunya. Barangkali dia yang tersilap. Barangkali situasi

    yang sebenar, bukan seperti apa yang sedang bermain di

    fkirannya. Sudahnya, dibiarkan Hisyam mengusap lembut

    jemarinya.

    Sure?

    Idayu mengangguk sambil tersenyum lagi.

    Hisyam turut tersenyum.

    Kita masuk tidur? ajak Hisyam lembut di telinga

    Idayu. Kedua tangannya kini merangkul pinggang Idayu.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    10/98

    Kuseru Rindu Itu

    10

    Idayu terkedu dengan tindakan Hisyam. Ternyata

    tidak ada yang berubah pada Hisyam. Hisyam tetap seperti

    lelaki yang dia kenali tujuh tahun dulu. Barangkali dia yang

    terlalu prasangka. Perlahan-lahan dia membalas pelukan

    Hisyam. Hisyam memandang wajahnya bersama senyuman

    yang amat dia senangi. Senyuman yang membahagiakannya

    selama tujuh tahun ini.

    Abang....

    Hmmm.... Hisyam bersuara sambil hidungnyamenikmati haruman rambut Idayu yang mengurai.

    Abang sayangkan Ayu? tanya Idayu sambil

    mendongak mencari wajah Hisyam.

    Hisyam tergelak kecil. Idayu sedang merenung

    wajahnya. Cukup dalam renungan isterinya itu. Membuat dia

    kelu seketika.Abang cintakan Ayu?

    Satu lagi soalan Idayu membuat dia terkedu.

    Akhirnya, sebuah tawa kecil memenuhi keheningan suasana.

    Hanya itu yang mampu dia keluarkan dari mulutnya.

    Abang... Ayu tanya ni. Jawablah... gesa Idayu

    manja.Ayu... dah tujuh tahun kahwin, tiba-tiba tanya

    soalan macam ni. Kenapa ni?

    Ayu cuma nakkan jawapan.

    Hisyam merenung wajah Idayu. Mulutnya seakan

    terkunci. Dan, renungan Idayu yang masih menagih jawapan

    membuatkan dia benar-benar bisu. Sayangkah dia padaIdayu? Pastinya ada rasa sayang yang merantai hubungan dia

    dan Idayu. Cintakah dia pada Idayu? Soalan itu mati tanpa

    jawapan.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    11/98

    Hanni Ramsul

    11

    Abang....

    Hisyam cuma berdiam diri sambil jemarinyamengusap lembut wajah Idayu. Kemudian dia meleraikan

    pelukannya. Tubuh kecil Idayu didukungnya. Membuatkan

    Idayu terkejut.

    Abang belum jawab soalan Ayu.

    Sekarang bukan masa untuk bercakap. Bisik

    Hisyam bersama sekuntum senyuman nakal.

    Senyuman yang membuat Idayu kembali resah.

    Hisyam tidak menjawab soalannya. Setelah tujuh tahun

    berlalu, Hisyam masih tidak menjawab soalannya yang satu

    itu. Wajah gadis manis bersama Hisyam kembali memenuhi

    ruang fkirannya. Mungkinkah Hisyam memang menjalin

    hubungan cinta dengan gadis itu? Sebabnya cukup kukuh.

    Hisyam tidak pernah mencintainya. Itulah sebabnya. Tiba-tiba hasutan itu berlegar di fkirannya. Menenggelamkan

    suara-suara nasihat. Yang tinggal hanyalah prasangka yang

    tidak bertepi.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    12/98

    Kuseru Rindu Itu

    12

    HISYAM meneguk perlahan

    minuman yang terhidang

    di hadapannya. Dalam resah,

    ikirannya ligat mengingati kelainan sikap Idayu kebelakangan

    ini. Biarpun Idayu cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang

    berlaku, dia dapat rasakan perubahan isterinya itu. Idayu

    sedikit dingin dengannya. Berbicara cuma apabila ditanya.

    Apabila diajak bergurau pula, cuma senyum hambar yang

    menghiasi bibir.

    Dan dalam masa yang sama... tanpa dipinta, wajahMaisara turut muncul mengganggu fkirannya. Dia tersepit di

    tengah-tengah. Tiba-tiba terasa cukup susah untuk dia

    membuat pilihan. Rasa serba salah bagai menghimpit dirinya.

    Perlahan dia menghela naas panjang. Tidak pernah dia duga,

    satu hari dia akan dihimpit situasi sebegini. Tidak pernah

    diimpikan untuk berhadapan dengan situasi sebegini. Terdera

    dek perasaannya itu, hatinya bertambah rawan. Tidaksanggup memikirkan perasaan Idayu yang sedang dicalarkan

    dalam diam.

    Hai Syam. Mengeluh panjang nampak?

    Bab 2

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    13/98

    Hanni Ramsul

    13

    Hisyam berpaling. Bertemu pandang dengan

    pandangan emaknya.

    Puan Mariam mengambil tempat di hadapan

    Hisyam. Wajah anak lelaki tunggalnya itu ditatap lama.

    Melihat menungan Hisyam yang panjang, bagai

    memberitahunya yang anaknya itu sedang menghadapi

    masalah. Membuat nalurinya digayut rasa resah. Tidak

    senang hatinya melihat garis kegusaran di wajah sang anak.

    Mana Ayu? Kenapa dia tak datang sekali?

    Ayu tak tahu saya ke sini. Balik kerja saya terus

    singgah ke sini.

    Hai... pelik. Kerja satu tempat tapi tak tahu hal

    masing-masing? Puan Mariam bersuara dengan nada hairan.

    Dengan tingkah sedikit mencungkil. Sedang bermasalahkah

    Idayu dan Hisyam?Ayu tak masukofce hari ni. Cuti.

    Cuti? Kenapa? tanya Puan Mariam hairan.

    Syafq demam. Tahu sajalah Syafq tu kalau

    demam. Merengek nakkan mamanya.

    Puan Mariam mengangguk perlahan. Anggukan

    bersama satu keluhan lega. Yakin telahannya meleset.

    Macam papanya masa kecillah. Puan Mariam

    menyambung bicara membuat Hisyam tersenyum.

    Kenapa tak balik ambil Ayu dulu? Boleh mak

    jumpa Syafq. Dah lama tak tengok cucu mak tu.

    Saya singgah sekejap saja mak. Tengoklah. Esok

    kami datang. Okey?Hmmm... iyelah. Suka hati kamulah, Syam.

    Hisyam tersenyum kecil sebelum menyambung

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    14/98

    Kuseru Rindu Itu

    14

    semula menungnya yang terganggu. Menung yang sekali lagi

    mengundang riak hairan emaknya.

    Kamu ni, mak tengok macam ada masalah saja.

    Bergaduh dengan Ayu ke?

    Hesy... mak ni. Mana ada. Saya dengan Ayu baik-

    baik aje. Tapi, tak tahulah kalau-kalau Idayu ada mengadu

    apa-apa kat mak.

    Kenapa? Kamu ada sorok sesuatu ke daripada

    mak?

    Soalan Puan Mariam membuatkan dia terdiam.

    Niatnya mahu mengorek rahsia daripada emaknya,

    dibatalkan. Bimbang kalau-kalau rahsianya pula yang

    terbongkar.

    Ayah mana? soalnya mengubah tajuk perbualan.

    Entahlah. Mak tak sempat nak tanya mana dia

    pergi masa dia keluar tadi. Kamu ni... ada masalah ke, Syam?

    Lain macam aje mak tengok.

    Tak adalah mak. Mak ni... ini yang buat saya malas

    nak singgah ni. Ada saja yang tak kena kat mata mak.

    Puan Mariam senyum. Hatinya sedikit lega.

    Tak adalah. Mak cuma tanya saja. Mak risau kalau

    anak mak termenung sana, termenung sini... mengeluh sana,

    mengeluh sini... bebel Puan Mariam panjang.

    Mak ni, cepat sangat fkir yang bukan-bukan.

    Termenung tak semestinya ada masalah. Saya termenung

    sebab nak relakskan otak saya yang penat ni. Think nothing.

    Baru ringan sikit otak yang penat bekerja seharian ni, mak.Yalah tu, Syam. Kalau bab mereka alasan, kamu

    memang tak pernah kalah, balas Puan Mariam bersahaja.

    Hisyam tergelak kecil mendengar kata-kata

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    15/98

    Hanni Ramsul

    15

    emaknya itu. Sekurang-kurangnya emaknya tidak terus

    mengesyaki sesuatu.

    Accalamelekum!

    Puan Mariam tidak jadi menyambung bicaranya.

    Suara kecil yang amat dia rindui itu lebih menarik

    perhatiannya. Dia memandang ke arah pintu.

    Syafq berlari meninggalkan mamanya yang baru

    menutup pintu kereta.

    Nenek! laungnya girang.

    Puan Mariam bergegas ke pintu.

    Eh, cucu nenek dah sampai. Panjang umur. Baru

    disebut dah ada depan mata. Rindunya nenek dengan cucu

    nenek ni. Puan Mariam bersuara girang sambil memeluk

    tubuh kecil Syafq.

    Syafq hanya tersengih apabila neneknya mencium

    pipinya bertalu-talu.

    Idayu melangkah perlahan sambil memandang ke

    arah Perdana V6 milik suaminya. Rupa-rupanya lelaki itu

    berada di sini.

    Ayu... apa dipandangnya tu?

    Teguran emak mertuanya, membuat dia sedikit

    tersentak. Dia tersenyum sambil melangkah mendapatkan

    Puan Mariam.

    Apa khabar mak? Lembut dia menyapa sambil

    mengucup jemari Puan Mariam.

    Baik. Panjang umur kamu. Baru mak sebut, dah

    sampai, ujar Puan Mariam lembut.

    Idayu tergelak kecil. Afq ni. Katanya nak jumpa

    nenek dengan atuk. Nak beritahu dia demam. Lagipun tak

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    16/98

    Kuseru Rindu Itu

    16

    ada apa nak buat kat rumah. Abang Syam ada kat sini, ya

    mak?

    Ada kat dalam tu. Baru sampai. Mak tanya dia,

    kenapa tak bawa kamu dengan Syafq sekali. Katanya nak

    singgah sekejap saja.

    Idayu tersenyum sambil melangkah masuk. Dari

    jauh dia melihat Hisyam sedang berbual sesuatu dengan

    Syafq.

    Abang... sapa Idayu lembut, sambil mencapai

    tangan Hisyam. Mengucup lembut tangan lelaki itu.

    Hisyam memandang senang.

    Kenapa datang sini tak beritahu abang dulu? soal

    Hisyam sebaik sahaja Idayu melabuhkan punggung di

    sebelahnya.

    Idayu memandang sekeliling. Emak mertuanya

    sudah hilang ke dapur bersama Syafq.

    Abang pun datang tak beritahu Ayu, balas Idayu

    tidak mahu mengalah.

    Hisyam tersenyum.

    Ooo... pulang paku buah keras, ya? usik Hisyam

    sambil menyentuh hidung isterinya.

    Idayu tersenyum sambil cuba mengelak.

    Melihat senyuman Idayu, Hisyam sedikit tenang.

    Senyuman itu tidak lagi sehambar sebelumnya. Ada sedikit

    ceria di wajah Idayu.

    Afq bersungut nak jumpa atuk dengan nenek dia.

    Itu sebab Ayu datang ni. Abang marah ke?

    Hisyam tersenyum sambil mencapai jemari Idayu.

    Mengusap lembut jemari isterinya itu.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    17/98

    Hanni Ramsul

    17

    Abang gurau ajelah. Nak marah buat apa? Ayu

    bukan ke tempat lain pun.

    Idayu tersenyum. Ayu cuba call abang. Tapi, tak

    dapat. Abangophone ke?

    Ya ke? Tak adalah, jawab Hisyam sedikit hairan.

    Tangannya cepat meraba poket seluarnya. Teleon bimbitnya

    dikeluarkan. Memang benar teleon bimbitnya terpadam. Dia

    cuba aktikan kembali, tetapi gagal.

    Patutlah.Battery weak, ujarnya tersengih.

    Idayu memandang lama wajah Hisyam. Dia bersuara

    dengan nada yang sinis. Businessman boleh biarkan phone

    weak? Macam mana boleh lupa nak charge tu? Ini... mesti

    asyik teringatkan benda lain ni....

    Salah siapa? Salah Ayulah. Hisyam bersuara

    selamba membuatkan Idayu mengerutkan kening. Hisyamtergelak. Cukup suka melihat Idayu yang berkerut kening.

    Kenapa salah Ayu pula? soal Idayu sedikit hairan

    dengan tuduhan suaminya.

    Selama ni... siapa yang selalu charge handphone

    abang?

    Ayu... balas Idayu agak perlahan. Rupa-rupanyaHisyam ada hujah untuk mengenakan dia.

    Dah berapa hari Ayu tak charge handphone

    abang?

    Tiga. Tapi, kan abang boleh charge sendiri.

    Ya. Betul. Tapi, abang lupa. Lupa sebab fkiran ni

    asyik tertanya-tanya, kenapalah semenjak dua menjak ni...isteri abang ni, macam lain sangat dengan abang. Merajuk ke

    isteri abang ni, ya? Hisyam bersuara sambil merenung wajah

    Idayu bersama sekuntum senyuman nakal.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    18/98

    Kuseru Rindu Itu

    18

    Lain? Lain macam mana? soal Idayu pura-pura

    tidak mengerti akan bicara Hisyam.

    Hisyam menjongketkan bahu. I dont know. Abang

    tak tahu nakexplain macam mana.But, I can eel it. Theres

    something wrong with you. Kan?

    Idayu tunduk bersama senyum. Kemudian perlahan

    mengangkat muka memandang wajah suaminya. Memang

    ada rajuk di hati. Memang ada sendu di jiwa. Namun, rasa itu

    bukan untuk dia layan menjadi satu kedinginan yangpanjang. Dia cuma perlukan masa untuk memujuk hati

    sendiri. Perlukan masa untuk memadam semua hal yang

    membuat sekeping hati wanitanya berlagu pilu.

    Perasaan abang saja kut. Ayu okey aje. Tak ada apa-

    apa yang lain pun.

    Harap-harap betullah cakap Ayu. Perasaan abangaje.

    Idayu tersenyum. Dia menyentuh lembut jemari

    Hisyam. Membawa bahagia terlarut di jiwa Hisyam. Dia suka

    kemesraan itu. Dia asyik dengan kemanjaan itu.

    Syafq macam mana? Dah okey? Dah lincah

    semacam abang tengok tu.

    Dah.... Itu pun puas memujuk, baru nak makan

    ubat.

    Ikut perangai siapa? Perangai mama dia juga, kan?

    Mama dia lagi bagus. Nak pergi klinik kena dukung. Dah

    pergi klinik, ubatnya tong sampah pula yang makan. Kan?

    gurau Hisyam tersenyum panjang.

    Idayu diam sambil menarik muka masam. Lagi-lagi

    dia yang terkena. Dan, Hisyam masih ingat peristiwa itu?

    Sudah terlalu lama peristiwa itu berlalu. Dia sendiri sudah

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    19/98

    Hanni Ramsul

    19

    hampir lupa pada mulut Hisyam yang membebel marah dan

    tangan Hisyam yang cepat mencempung dirinya lalu

    disumbat ke dalam kereta apabila dia membantah untuk

    dibawa ke klinik. Marah betul Hisyam apabila dia tidak mahu

    ke klinik. Dan, marah Hisyam bertambah apabila keesokan

    paginya, dia menemui plastik berisi ubat yang tidak berusik

    di dalam tong sampah. Itu cerita tujuh tahun lalu. Kisah

    sewaktu hubungan dia dan Hisyam masih dibaluti kedinginan

    perasaan.Dah dua-dua ada kat sini, makan di sinilah ya. Mak

    dah suruh Yati masakkan makan malam lebih sikit. Malam ni,

    tidur di sini. Esok kan cuti. Suara itu melontar kenangan

    lalu yang baru bertenggek di birai ingatan. Puan Mariam

    sudah tercegat di hadapan mereka.

    Hisyam memandang wajah Idayu sambil

    menjongketkan keningnya.

    Idayu tersenyum. Faham benar dengan perangai

    emak mertuanya itu.

    Macam mana? Pendek soalan meluncur di bibir

    Hisyam.

    Ayu tak kisah.

    Mendengar jawapan itu, Puan Mariam tersenyum

    senang.

    Kalau macam tu, abang nak mandi dululah.

    Hisyam bersuara sambil mengangkat punggung.

    Puan Mariam pula berlalu bersama cucunya

    menuju ke halaman.

    Nak Ayu sediakan air panas? soal Idayu sambil

    mencapai teleon bimbit suaminya yang diletakkan di atas

    meja. Teleon itu perlu dicaj semula.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    20/98

    Kuseru Rindu Itu

    20

    Hisyam tersenyum panjang. Senang melihat Idayu

    sudah kembali seperti biasa.

    Boleh juga. Lepas tu, kita mandi sama-sama, ya?

    bisiknya sambil memeluk pinggang Idayu.

    Mereka bersama-sama melangkah meniti anak

    tangga, menuju ke bilik yang memang disediakan khas untuk

    mereka.

    Tak payah nak mengada-ada, balas Idayu bersama

    satu jelingan tajam, membuatkan Hisyam tertawa senang.

    Betapa selama beberapa hari ini, dia merindui saat-

    saat sebegini. Dia rindu untuk melihat senyum manis Idayu.

    Dia rindu untuk mendengar tawa bahagia Idayu. Dia juga

    rindu untuk menikmati jelingan manja isterinya itu. Semua

    itu cukup membahagiakannya. Namun entah kenapa, di

    tengah-tengah kebahagiaan ini, dia masih terasa ada ruang yang kosong. Dan saat ini, kekosongan itu terisi dengan

    kehadiran Maisara. Sukar untuk ditepis, kerana dia berasa

    kekosongan itu perlu diisi.

    Idayu mencuri pandang wajah ceria Hisyam.

    Memang wajah itu sedikit murung kebelakangan ini. Rupa-

    rupanya lelaki ini terkesan dengan rajuk dalam diamnya.

    Entah kenapa, dia berasa kehilangan di dalam kemesraan

    layanan Hisyam. Hatinya menjadi tidak tenteram.

    Perasaannya bercampur baur. Dan perkara yang paling dia

    takut saat ini adalah... kehilangan Hisyam. Dia tidak sanggup

    kehilangan Hisyam. Dia takut untuk mendengar sebaris ayat

    daripada lelaki itu. Dia takut menunggu detik Hisyam

    menyatakan dirinya sudah tidak diperlukan oleh lelaki itu.

    Sekali lagi dalam diam dia menikmati wajah lelaki itu.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    21/98

    Hanni Ramsul

    21

    TELEFON bimbitnya dicampak ke

    soa. Maisara merengus geram.

    Anis pula, sekadar

    memerhati tingkah teman serumahnya itu. Nampaknya

    Maisara marah benar. Dan situasi itu bukanlah satu situasi

    yang aneh.

    Hai... kasihan teleon yang tak bersalah tu. Anis

    bersuara sambil mencapai majalah di atas meja.

    Maisara cuma membuang pandang mendengar

    kata-kata Anis. Geramnya pada Hisyam melenyapkankeinginannya untuk berbicara dengan Anis.

    Apa masalahnya ni, Sara? soal Anis apabila

    melihat wajah Maisara yang mencuka.

    Maisara memandang wajah teman serumahnya itu.

    Apa yang hendak dia cakap pada Anis? Anis memang tidak

    bersetuju dengan keputusannya untuk menjalin hubungandengan Hisyam. Tetapi, satu perkara yang tidak dapat dia

    nafkan, Anis memang seorang pendengar yang baik untuk

    mendengar setiap rintihan hatinya. Maisara mengeluh

    Bab 3

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    22/98

    Kuseru Rindu Itu

    22

    perlahan. Kadang-kadang dia malu untuk membuka cerita.

    Tetapi, untuk dia pendam segalanya, boleh membuat jiwanya

    semakin sakit.

    Hisyam? teka Anis apabila Maisara terus

    membisu.

    Maisara membuang pandang. Tekaan Anis tidak

    pernah salah. Dah seminggu dia tak callaku. Aku teleon tak

    berangkat. Aku geram Anis, aku geram!

    Dia outstation tak? teka Anis cuba sedapkan hati

    Maisara.

    Maisara mengeluh panjang. Kalau dia outstation,

    dia mesti beritahu aku. Aku tak suka dia buat aku macam ni,

    tau. Aku risau. Entah apa jadi kat dia, sampai aku callpun dia

    tak jawab. Selalu buat aku risau macam ni. Lama-lama boleh

    jadi gila, tahu tak?Ala... tak ada apa-apalah. Dia sibuk kut.

    Sibuk sekalipun, takkan tak boleh jawab callaku?

    Ni... lagi teruk. Langsung tak dapat nak call. Aku risau, kalau

    terjadi apa-apa pada dia.

    Kau ni... cuba optimis sikit. Agaknya dia ada

    masalah kut.Kau ni, kenapa? Kejap outstation. Kejap sibuk.

    Kejap ada masalah. Mana satu yang kau nak cakap sebenarnya

    ni? kata Maisara tidak puas hati.

    Mendengar soalan Maisara yang bernada rungutan

    itu, Anis tergelak kecil. Aku cuma memberi kemungkinan

    saja. Atau... mungkin isteri dia dah tahu hubungan kau

    dengan Hisyam. Mungkin isterinya tak benarkan dia callkau.

    Mungkin setiap callyang dia terima, kena tapis dulu. Siapa

    tahu, kan?

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    23/98

    Hanni Ramsul

    23

    Maisara terdiam. Itu adalah andaian paling berani

    daripada Anis. Dia pula, berat untuk menafkan andaian itu.

    Barangkali andaian Anis itu betul.

    Melihat Maisara membisu, Anis pula disapa rasa

    serba salah. Tersinggungkah Maisara dengan kata-katanya

    sebentar tadi? Sara...Im sorry.

    No. Its okay. Pantas Maisara memotong kata-kata

    Anis. Anis tidak perlu meminta maa. Kata-kata Anis itu

    berasas.

    Aku tak bermaksud nak buat kau tersinggung.

    Tapi, kau kena terima kenyataan. Bercinta dengan suami

    orang, tak selamanya indah. Satu hari, kau kena hadapi juga

    situasi sebegini.

    Aku tahu. Tapi, dia tak patut buat macam ni. Buat

    aku risau tak bersebab. Tension! Tahu tak? ujar Maisaraseakan hilang sabar.

    Sabarlah. Kalau kau nak teruskan hubungan kau

    dengan Hisyam, kenalah kau belajar sabar banyak-banyak.

    Maisara diam seketika. Memandang wajah Anis yang

    selamba.

    Maksud kau? soal Maisara perlahan. Kurangmengerti dengan maksud kata-kata Anis.

    Anis menarik naas panjang. Majalah di tangannya,

    diletakkan semula ke atas meja. Dia memandang wajah

    Maisara yang masih masam mencuka.

    Aku nak tanya kau ni. Kau yakin, Hisyam tak

    main-main? soal Anis serius.

    Perlahan Maisara mengangguk. Dia tidak fkir

    Hisyam ingin mempermainkannya. Dia yakin Hisyam serius

    dengannya. Hisyam jujur.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    24/98

    Kuseru Rindu Itu

    24

    Dan kau... kau sanggup terima Hisyam dengan

    keadaan dia macam tu?

    Maksud kau?

    Yalah. Kau tahu Hisyam tu suami orang. Kau

    boleh terima keadaan dia tu?

    Aku dah buat keputusan ni setahun yang lalu,

    sejak kali pertama aku jumpa dia. Aku yakin, dialah lelaki

    yang akan berkongsi hidup dengan aku. Aku yakin dengan

    pilihan aku dan aku yakin dia takkan mempermainkan aku.

    Kau nekad untuk terima dia, bermakna kau juga

    harus nekad untuk berkongsi kasihnya dengan perempuan

    lain. Jadi, kau harus belajar untuk berasa kehilangannya buat

    seketika. Maksud aku bila kamu berdua berkahwin, dia tidak

    akan berada di sisi kau sepanjang masa. Isteri tua pun

    tanggungjawab dia juga.Remember that, jelas Anis panjanglebar.

    Dan kesimpulannya, apa yang akan kau lalui nanti,

    sama seperti apa yang kau lalui sekarang. Anggap sahaja ini

    satu latihan. Latihan untuk berkongsi suami, tambah Anis

    sebelum sempat Maisara bersuara.

    Mendengar kata-kata itu, Maisara menarik muka

    masam.

    Ayat kau tu, sama ertinya dengan ayat: Padanlah

    muka kau, sebab gatal nak bercinta dengan suami orang.

    Kan? Kau sindir aku, kan? soal Maisara dengan nada suara

    yang agak dingin. Terasa seperti Anis cuba menyindirnya.

    Anis menggeleng perlahan. Sensiti Maisara datang

    lagi. Sara... aku tak ada niat langsung nak sindir kau. Kau tu

    yang terlalu sensiti. Apa yang aku cakap ni, kenyataan.

    Nampaknya kau tak boleh terima kenyataan ni. Jadi macam

    mana kau nak teruskan percintaan dengan suami orang ni?

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    25/98

    Hanni Ramsul

    25

    Maisara tunduk. Benar kata-kata Anis. Dia terlalu

    sensiti. Anis cuma memberi pandangan. Niat Anis baik. Dia

    yang salah sangka. Barangkali dia yang sedikit prejudis

    kerana dia tahu Anis tidak pernah menyokong tindakannya

    itu. Anis tidak pernah bersetuju apabila dia mengambil

    keputusan untuk bercinta dengan Hisyam. Perlahan dia

    menyentuh tangan Anis sambil membalas renungan Anis.

    Im sorry. Aku... teremosi. Maisara bersuara

    sambil cuba mengukir senyum. Anis tersenyum kecil. Sara. Listen to me. Aku

    memang tak setuju bila kau kata kau nak bercinta dengan

    Hisyam. Dan, kau pula kawan aku. Tapi, aku juga kena jujur

    pada diri aku sendiri. Kita ada prinsip masing-masing. Takkan

    aku kena lupakan prinsip aku semata-mata kerana prinsip

    aku bertentangan dengan prinsip kawan baik aku? Prinsip

    aku... cuba elakkan skandal dengan suami orang. Kau pula,

    tak kisah bercinta dengan lelaki yang dah berkahwin. Jelas

    pegangan kita berbeza. Tapi, itu tidak boleh menjejaskan

    persahabatan kita. Apa yang aku nak cakap kat sini, walaupun

    pegangan hidup kita berbeza... prinsip kita berbeza... kita

    tetap bersahabat. Ingat tu, kau tetap sahabat aku. Sebagai

    sahabat, aku perlu hormat keputusan kau. Dan sebagaiseorang sahabat juga, aku tidak sanggup nak tengok kau

    hadapi masalah sendirian. Im here to be your listener.

    Mungkin aku tak dapat selesaikan masalah kau... tapi,

    sekurang-kurangnya boleh buat kau rasa lega sedikit. Thats

    what Im trying to do. Thats all. Tak ada niat lain langsung.

    Percayalah!

    Thanks, Anis. Youre right. Kau cuma nak tolongaku. Mendengar masalah aku. Membuat aku rasa lega. Yes.

    You did it. Sekali lagi aku minta maa. Tak sepatutnya aku

    fkir yang bukan-bukan. Maakan aku, ya?

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    26/98

    Kuseru Rindu Itu

    26

    Anis mengangguk perlahan. Mungkin pendapat

    aku, kadang-kadang boleh buat kau terguris. Tapi, kau kena

    tahu itulah hakikatnya. Kita tak boleh fkir, yang kita sentiasa

    betul.

    Maisara cuma membisu. Pandangannya dilemparkan

    ke luar jendela.

    Kalau aku tanya, kau jangan marah, ya? Anis

    membuka bicara lagi.

    Pandangan Maisara kembali ke wajah Anis.

    Apa dia? soalnya sedikit hairan dengan soalan

    Anis.

    Anis berdeham perlahan sambil memperbetulkan

    duduknya. Apa yang membuat kau tertarik pada Hisyam tu?

    Maisara tergelak kecil. Itu rupa-rupanya soalan

    yang ingin Anis suarakan. Hes good looking. Sesiapa pun

    akan tertarik pada lelaki seperti Hisyam. Dont tell me, kau

    langsung tak tertarik pada Hisyam. Kalau pun tak tertarik,at

    least admire dengan rupanya, kan?

    Anis tersenyum kelat. Memang dia akui kebenaran

    kata-kata Maisara. Namun, itu tidak boleh dijadikan ukuran

    untuk Maisara dengan begitu mudah jatuh hati pada lelaki yang sudah berkahwin itu. Sedangkan suatu ketika dahulu,

    Maisara terlalu dingin apabila soal cinta dibincangkan. Good

    looking plus married. Maa kalau kau terasa... kau tahu dia

    dah kahwin. Tak rasa bersalah ke? Sebab kau dah rampas hak

    orang lain. Aku tak aham. Kenapa suami orang yang kau

    pilih sedangkan ramai lagi lelaki bujang kat luar sana yang

    menagih cinta kau?

    Maisara menarik naas panjang. Wajah Anis

    dipandang agak lama. Sukar untuk dia mencari jawapan yang

    tepat untuk soalan Anis. Agak pedas, tetapi jujur. Hampir

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    27/98

    Hanni Ramsul

    27

    setahun dia bercinta dengan Hisyam, Anis tidak pernah

    bertanya. Tetapi hari ini, soalan pedas itu keluar dari mulut

    Anis.

    Tak pernah menjadi impian aku untuk bercinta

    dengan orang yang dah berkahwin. Tak pernah. Even, to

    think about it pun aku tak berani. Tapi, Hisyam... dia lain.

    Dia jujur dengan aku sejak dari mula aku kenal dia. Dia tak

    menipu. Dia tak memujuk rayu dengan niat yang tidak baik.

    Dia hormat aku sebagai seorang perempuan. Tak pernahambil kesempatan ke atas aku.And, he said... he loves me.

    Dia kata dia cintakan kau? Pernah dia ajak kau

    kahwin?

    In act, aku pun belum bersedia untuk berkahwin.

    But now, I think Im ready or it, jawab Maisara yakin.

    Kau tak bersedia untuk berkahwin dan dia pun takpernahmention about it? soal Anis lagi.

    Yes. Kenapa ni? Kau tanya aku macam polislah.

    Maisara menjawab soalan Anis bersama tawa kecil.

    Aku cuma bimbang kalau-kalau dia cuma nak

    permainkan perasaan kau.

    I dont think so. Tak ada sebab untuk dia buatmacam tu.

    Dia ada masalah ke dengan isteri dia?

    Tak ada. Dia cuma mencari sesuatu yang dia tak

    jumpa apabila bersama dengan isterinya.

    Apa?

    Cinta. Anis tergelak besar. What? Nonsense. Kalau tak

    cinta... kenapa mereka berkahwin?

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    28/98

    Kuseru Rindu Itu

    28

    Parents decision.

    Macam dalam novel cinta tu? Please Sara. Wakeup. Susah aku nak percaya. Entah-entah dia cuma tipu kau.

    Dan... orang sekeras kau, boleh percaya macam tu saja?

    Maisara tersenyum. Tapi... kau mesti ingat, karangan

    pengarang novel bermula daripada realiti kehidupan. Betul

    tak?

    Betul. Tapi...

    No tapi-tapi. This is not impossible. And aku

    percayakan dia, potong Maisara sebelum habis bicara Anis.

    Anis cuma menjongketkan bahunya. Tidak mahu

    lagi berdebat dengan Maisara. Cukuplah sekadar dia

    mendengar cerita Maisara. Maisara lebih mengenali Hisyam

    berbanding dirinya. Barangkali benar apa yang Maisara

    katakan. Mungkin juga dia yang terlalu prasangka pada niatHisyam terhadap temannya itu.

    Alunan lagu Dealova mengganggu bicara mereka.

    Maisara memandang teleon bimbit yang dilempar ke soa

    dari jauh. Bergerak-gerak minta dijawab.

    Tak nak jawab ke? soal Anis hairan melihat

    Maisara selamba mendengar nada dering teleon bimbitnyaitu tanpa menjawabnya.

    Siapa? tanya Maisara ingin tahu.

    Anis menjengah melihat nama yang terpamer pada

    skrin teleon yang menjerit di sebelahnya.

    Buah hati kau, jawabnya pendek. Tangannya

    mencapai teleon yang dilempar oleh Maisara sebentar tadi.No. Put it back. Aku tak nak jawab.

    Anis akur dengan wajah yang tidak mengerti. Apa

    sebenarnya yang diingini oleh Maisara? Baru sebentar tadi

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    29/98

    Hanni Ramsul

    29

    gadis itu mengamuk kerana Hisyam tidak menghubunginya.

    Dan sekarang, dalam masa kurang satu jam, dia menolak

    untuk menjawab panggilan daripada lelaki itu. Alunan lagu

    yang sama bergema lagi. Anis memandang wajah Maisara

    yang kembali mencuka.

    Jawablah. Bising! gesa Anis sedikit rimas.

    Maisara mendengus perlahan. Kusyen di sebelahnya

    dicapai dan dicampak untuk menutup teleon bimbitnya.

    Okey? soalnya memandang wajah Anis.

    Anis menggeleng perlahan. Aku tak ahamlah. Tadi

    kau yang beria-ia tunggu dia call. Kau yang susah hati sebab

    dia tak jawab bila kau teleon. Sekarang... bila dia call, kau

    pula yang tak nak jawab.

    Dia fkir, dia saja yang boleh buat macam tu? Dia

    silap. Kalau dia tak jawab call aku, aku pun tak payahlahjawab calldia. Baru adil.

    Adil? Ha... baguslah. Nanti dia merajuk, kau pula

    yang susah hati.

    Kita tengoklah siapa yang merajuk... siapa yang

    pujuk.

    Suka hati kaulah Sara. Daripada aku layan kau...lebih baik aku tidur, ujar Anis sambil bangkit dari soa.

    Hei! Tak eloklah tidur siang. Nanti gemuk, tahu?

    Biar gemuk, daripada pening kepala tengok

    perangai kau ni. Jawab Anis dengan nada memerli.

    Maisara tergelak mendengar kata-kata Anis.

    Anis pula terus berlalu masuk ke bilik.

    Maisara merenung ke arah teleon bimbitnya yang

    masih menjerit di bawah kusyen. Dia tersenyum kecil. Puas

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    30/98

    Kuseru Rindu Itu

    30

    hati dapat membalas apa yang telah Hisyam lakukan padanya.

    Kadang-kadang dia memang geram pada Hisyam. Lelaki itu

    terlalu mementingkan keluarganya. Dia sering menjadi

    pilihan kedua, walaupun mulut lelaki itu tidak pernah putus

    mengatakan ungkapan cinta.

    Setiap kali terpaksa membuat pilihan, keluarganya

    pasti akan diutamakan. Alasannya cukup mudah. Tidak sampai

    hati mengecewakan anak kecilnya. Sehingga ke hari ini dia

    cuba bersabar. Maklum akan risiko berkasihan dengan suamiorang. Tetapi, sering kali juga dia terfkir sampai bila dia

    boleh bersabar? Sudahnya dia cuma mampu mengeluh

    perlahan.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    31/98

    Hanni Ramsul

    31

    IDAYU bersandar pada kerusi di

    banglo dua tingkatnya. Angin petang

    yang sesekali menyapa wajahnya,

    membuatkan rambut ikalnya beralun perlahan. Matanya

    terus melekat pada gelagat Hisyam. Dari tadi lelaki itu

    asyik menekan-nekan teleon bimbitnya. Untuk kesekian

    kalinya juga teleon itu disuakan ke telinga. Berkali-kali

    dia melihat Hisyam cuba membuat panggilan. Barangkali

    membuat panggilan pada nombor yang sama. Mungkin juga

    panggilannya tidak berjawab, memaksa lelaki itu mengulangi

    perbuatan yang sama berkali-kali.

    Dia pula, entah kenapa menjadi sayu melihat

    tingkah itu. Hatinya memberontak untuk mengetahui

    siapalah yang cuba dihubungi oleh suaminya itu. Wajah

    Hisyam nampak cukup serius. Jelas kelihatan riak kecewa

    dan marah pada wajah itu. Mindanya pula, begitu cepat

    membentuk imej gadis manis yang cukup mesra denganHisyam tempoh hari. Mungkinkah Hisyam sedang cuba

    menghubungi gadis itu? Mungkinkah ada krisis di antara

    mereka dan gadis manis itu, kini sedang merajuk?

    Bab 4

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    32/98

    Kuseru Rindu Itu

    32

    Mungkinkah juga suaminya itu sedang berusaha memujuk

    buah hatinya itu? Perlahan Idayu pejamkan mata. Tidak

    sanggup membiarkan mindanya terus memikirkan

    kemungkinan-kemungkinan yang menyakitkan itu. Dia takut

    untuk memikirkan andaian-andaian itu. Dia takut, kerana itu

    semua hanya akan membuatkan Hisyam semakin jauh dari

    hidupnya. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Begitu

    sukar kebahagiaan ini menjelma, dan dia tidak mahu

    kehilangan segala-galanya dengan begitu mudah.Segalanya pasti sukar untuk awak nanti. Jadi, ada

    baiknya awak fkir masak-masak. Betul ke awak nak teruskan

    semua ini? Saya tak mahu awak menyesal nanti.

    Suara Hisyam tujuh tahun lalu, kini terngiang-

    ngiang di telinganya. Inikah penyesalan yang dimaksudkan

    oleh Hisyam?

    Awak pasti ini keputusan awak?

    Apa pilihan yang saya ada untuk saya membuat

    keputusan?

    Kita tidak kenal antara satu sama lain dengan

    mendalam. Kita cuma kenal melalui beberapa pertemuan

    sejak kebelakangan ni saja. Tiba-tiba kita terpaksa bersatu

    dalam satu ikatan perkahwinan. Mustahil bagi saya. Dan

    mustahil saya dapat membahagiakan awak. Saya tak ada apa-

    apa perasaan terhadap awak. Please, think about it. Jangan

    sisa-siakan masa depan awak. Katakan saja awak tak mahu

    teruskan rancangan mengarut ni. Habis cerita. Itu saja.

    Senang, kan?

    Idayu memandang wajah Hisyam yang nampakcukup bersahaja. Lelaki itu bersandar pada batu besar sambil

    matanya ditebarkan ke tengah lautan yang maha luas.

    Encik Hisyam... apa kata saya cadangkan semula

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    33/98

    Hanni Ramsul

    33

    cadangan bernas Encik Hisyam tu pada Encik Hisyam

    sendiri?Parents kita sekarang, ada kat dalam. Why dont you

    just go inside and tell them about your brilliant suggestion. I

    bet you... mereka mestihappy.

    What???

    Idayu membuang pandang. Menyedari Hisyam

    merenung tajam ke arahnya.

    Kalau awak keberatan untuk beritahuparents saya,

    tak apa. Awak cuma perlu beritahu parents awak sahaja.

    Boleh, Encik Hisyam? Dia menyambung kata-kata sambil

    memandang wajah Hisyam.

    Hisyam mengeluh keras. Wajah lelaki itu jelas

    kelihatan sangat marah. You know what Cik Idayu? Awak

    ni... bodoh sombong. Tahu tak?

    Bulat mata Idayu memandang wajah Hisyam.Berani lelaki itu mengeluarkan kata-kata sebegitu.

    Encik Hisyam! Jaga mulut awak, okey! This is my

    frst and last warning. Saya tak perlukan kritikan awak

    tentang diri saya. Lagipun, awak tak kenal saya pun! marah

    Idayu.

    Okay. I am sorry. Mungkin saya terlepas cakap.Tapi, saya datang dengan niat yang baik. Pertunangan kita

    ni... tak masuk akal. Dan, perkahwinan kita... itu kerja gila.

    Awak tak nampak ke? Saya tak mahu awak korbankan masa

    depan awak, hanya kerana janji orang tua kita. Perkahwinan

    ini takkan berhasil. Kita cuma akan membuka pintu sengsara.

    Percayalah cakap saya.

    Saya tahu. Idayu menjawab lemah.

    Kalau tahu, awak kena beritahu mereka, desak

    Hisyam lagi.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    34/98

    Kuseru Rindu Itu

    34

    How about you? Awak dah beritahu mak ayah

    awak? Awak dah cakap awak tak setuju? soal Idayu sambil

    merenung lama wajah Hisyam.

    Yes. I did it. Tapi, tak berjaya. Sebab itulah saya

    datang untuk minta pertolongan awak, Idayu.

    Mata Idayu masih di wajah Hisyam.

    I did it once. And, you know what happened? Abah

    saya dapat heart attack. Syukur dia tak apa-apa. Cukuplah

    sekali itu saya mencuba. Saya tak sanggup korbankan abah

    saya demi diri saya sendiri. Kalau perlu pengorbanan, biarlah

    saya yang berkorban. Saya tak sanggup melihat abah saya

    jatuh sakit lagi. Lagipun, apalah sangat pengorbanan ini

    kalau hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah

    dia berikan pada saya selama ini, jawab Idayu keras.

    Hisyam mengeluh panjang. Wajahnya nampaksedikit kecewa. Awak yakin awak tak akan menyesal?

    Tak. Bibirnya bergerak perlahan.

    Apa yang tak?

    Idayu tersentak. Kenangan lalu mula menjauh. Mak

    Teh tercegat di hadapannya.

    Apa dia, Mak Teh? soalnya sedikit hairan dengansoalan pembantu rumahnya itu.

    Mak Teh tersenyum panjang. Apa yang Ayu fkirkan

    tu? Sampai cakap sorang-sorang?

    Cakap sorang-sorang? Mana ada? Macam-macamlah

    Mak Teh ni.

    Mak Teh dengar, sebab tu Mak Teh cakap.Ya ke? Saya tak sedar pun, naf Idayu.

    Mana nak sedar, kalau fkirannya melayang jauh.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    35/98

    Hanni Ramsul

    35

    Apa yang Ayu fkirkan? Mak Teh tengok sejak akhir-akhir ni,

    Ayu selalu termenung.

    Idayu tersenyum kecil. Wajah Mak Teh dipandang

    agak lama. Mak Teh memang selalu begitu. Terlalu

    mengambil berat tentang dirinya. Malah orang tua itu sudah

    dianggap seperti keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi semenjak

    kedua ibu bapanya pergi buat selama-lamanya. Namun, dia

    belum bersedia unuk berkongsi keresahannya itu dengan

    Mak Teh. Belum masanya.Syafq mana? soal Idayu bersama senyum manis.

    Mak Teh cuma menarik naas perlahan. Faham

    Idayu sedang mengubah topik perbualan.

    Tidur. Lepas aje tengok TV, terus tertidur, jawab

    Mak Teh.

    Idayu mengangguk perlahan.

    Duduklah Mak Teh, pelawa Idayu sambil menepuk

    kerusi di sebelahnya.

    Mak Teh menurut. Matanya memandang ke arah

    cawan teh yang tidak berusik. Kuih keria di dalam piring juga

    tidak terusik. Selalunya kalau makanan atau minuman tidak

    berusik, bermakna adalah cerita sedih yang mengusik hatiIdayu. Apa dia? Itu yang menjadi tanda tanya kini.

    Ayu ada masalah, ya? soalnya cuba mencungkil

    apa yang bersarang di dalam hati Idayu.

    Idayu mengukir senyum. Tak adalah. Mak Teh ni...

    pandai-pandai saja serkap jarang.

    Mak Teh ni, orang tua. Dah lama hidup, Ayu. Dahlama makan garam. Tapi, kalau Ayu tak nak cerita tak apalah.

    Mak Teh tak paksa.

    Idayu tersenyum lagi. Memang mustahil untuk dia

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    36/98

    Kuseru Rindu Itu

    36

    berbohong pada Mak Teh. Orang tua itu bijak membaca apa

    yang bermain di hatinya.

    Tak penting sangat la Mak Teh, ujar Idayu

    akhirnya.

    Mak Teh tersenyum lebar. Kan betul tekaannya.

    Haaa... kan betul apa yang Mak Teh cakap.

    Perkara kecil saja. Saya boleh selesaikan sendiri.

    Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Nasib baik Mak

    Teh ada. Idayu bersuara sambil tersenyum panjang.

    Selisih aham dengan Syam, ya?

    Tak adalah. Kami tak ada bertengkar pun.

    Dah tu, kenapa Ayu di atas... Syam di laman?

    Dia nak buat call. Malas saya nak ganggu.

    Hari minggu pun, sibuk teleon client ke? soalMak Teh menjenguk ke balkoni. Bayang Hisyam sudah

    hilang.

    Idayu tersenyum pahit. Kalaulah benar Hisyam

    sedang membuat panggilan untuk rakan niaganya, tentulah

    hatinya tidak serawan ini. Tentulah hatinya tidak sesakit ini.

    Malangnya tingkah Hisyam langsung tidak menunjukkan ke

    arah itu. Dia menebarkan pandangan ke halaman. Hisyam

    sudah tiada di situ. Dia sedikit terperanjat apabila melihat

    Hisyam sedang berdiri sambil memeluk tubuh pada sliding

    door yang memisahkan bahagian balkoni dengan bahagian

    ruang rehat tingkat atas. Hisyam tersenyum sambil

    meletakkan jari telunjuk ke bibir sebagai isyarat agar dia

    berdiam diri. Idayu tidak memberi sebarang reaksi.

    Hisyam melangkah perlahan ke arah Mak Teh yang

    sedang membelakanginya. Sengaja ingin mengusik pembantu

    rumahnya itu.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    37/98

    Hanni Ramsul

    37

    Buat apa tu, Mak Teh? sergah Hisyam sambil

    memegang bahu Mak Teh. Membuatkan Mak Teh terperanjat

    besar.

    Buat apa? Buat call! Call client! Lupa bini!

    Siapa call? sakat Hisyam apabila Mak Teh mula

    melatah.

    Kaulah. Call client lupa bini!

    Client siapa, Mak Teh?Client aku! Eh, client kau! Eh, bini kau!

    Berderai tawa Hisyam mendengar latah Mak Teh

    yang melarat.

    Idayu turut tergelak kecil melihat Mak Teh yang

    terus mengulangi kata-katanya sambil tangannya menuding

    ke arah Hisyam.Melihat Mak Teh yang sedikit semput, Hisyam

    mengurut perlahan belakang wanita separuh abad itu.

    Sudah Mak Teh. Istighar Mak Teh, ujarnya sambil

    terus mengurut belakang Mak Teh.

    Astaghfrullahalazim. Subhanallah. Kamu ni Syam!

    Mak Teh bersuara terputus-putus sambil mengurut dada yang

    kepenatan.

    Hisyam masih tergelak sambil mengambil tempat

    di sebelah Idayu. Seronok dapat mengusik wanita itu.

    Mengumpat saya, ya? soal Hisyam setelah latah

    Mak Teh sedikit reda.

    Mak Teh masih mengurut dadanya menghilangkan

    semput. Kamu berdua ni, pakat nak kenakan Mak Teh, ya?

    Hisyam tergelak mendengar kata-kata Mak Teh.

    Idayu pula tersenyum panjang.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    38/98

    Kuseru Rindu Itu

    38

    Saya tak campur, Mak Teh. Saya tak tahu Abang

    Syam nak sergah Mak Teh, ujar Idayu membela diri.

    Yalah tu.

    Idayu tergelak mendengar jawapan Mak Teh. Dia

    tahu Mak Teh tidak percaya pada kata-katanya.

    Syafq mana, Mak Teh? Hisyam bersuara lagi

    apabila keadaan Mak Teh kembali normal.

    Tidur. Mak Teh turun dululah. Nak siapkan makanmalam. Syam... Ayu, nak makan apa malam ni?

    Tak payah masaklah Mak Teh. Kita dinnerkat luar.

    Okey, Ayu? tanya Hisyam sambil memandang wajah Idayu.

    Kenapa? soal Idayu sedikit hairan.

    Saja. Nanti ada orang cakap abang ni, lupa isteri

    pula. Sebab tak lupa isterilah, abang ajak isteri abang keluardinnerni. Hisyam menjawab dengan nada bergurau.

    Mak Teh mencemik.

    Idayu tersengih.

    Mak Teh ikut sekali, ya? sambung Hisyam

    sebelum Mak Teh melangkah masuk ke ruang rehat.

    Langkah wanita itu mati di situ. Kembali menolehke arah Hisyam.

    Tak payahlah Syam. Mak Teh duduk rumah ajelah,

    tolak Mak Teh, beralas.

    No... no... no.... Tak ada Mak Teh, maknanya tak

    ada dinner. Mak Teh mesti ikut. Tak ada alasan. Hisyam

    bersuara memberi kata putus.

    Yalah. Mak Teh bersetuju sambil berlalu.

    Hisyam mengalihkan perhatiannya pada Idayu.

    Wajah itu ditatap tanpa berkelip.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    39/98

    Hanni Ramsul

    39

    What? soal Idayu yang tidak aham dengan

    maksud renungan Hisyam.

    What? Hisyam mengulangi soalan yang sama

    sambil menarik kerusinya rapat ke kerusi Idayu. Sekuntum

    senyuman yang menggoda muncul di bibirnya, memaksa

    Idayu turut tersenyum. So, isteriku yang cantik... apa

    ceritanya tu?

    Cerita? Cerita apa? soal Idayu pura-pura tidak

    aham maksud soalan Hisyam.

    Pasal Mak Teh, ya? teka Idayu cepat apabila wajah

    Hisyam semakin rapat ke wajahnya.

    Hisyam tersenyum. Wajahnya kembali dijarakkan

    daripada wajah Idayu. Dia memandang wajah isterinya itu.

    Menanti cerita yang bakal keluar dari seulas bibir yang kaya

    dengan senyuman itu.Tak ada apa-apalah. Mak Teh cuma pelik tengok

    abang buat callbanyak kali tadi. Dia ingat abang call client.

    Itu saja, cerita Idayu.

    Oh... Ayu pula? Ingat abang call siapa? soal

    Hisyam agak perlahan. Tidak sangka perlakuannya tadi

    diperhatikan oleh isteri dan pembantu rumahnya.

    Manalah Ayu tahu.

    Ayu tak nak tanya ke? soal Hisyam apabila melihat

    wajah Idayu cukup tenang. Sedikit syukur kerana tiada

    keraguan di wajah isterinya itu. Juga segunung rasa bersalah

    kerana kepercayaan Idayu telah dia cemari.

    Nak Ayu tanya saja atau nak Ayu check sekali call

    out kathandphone abang tu?

    Idayu menjawab soalannya dengan satu soalan yang

    mampu merentap tangkai jantungnya. Berharap agar Idayu

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    40/98

    Kuseru Rindu Itu

    40

    tidak serius dengan kata-katanya itu. Hisyam cuma mampu

    tersenyum sambil menjongketkan bahunya.

    Idayu tergelak kecil.

    Kenapa ni? Pucat. Macam nampak hantu. Idayu

    bersuara ceria, menutup gelora di hatinya.

    Melihat kebisuan dan perubahan wajah Hisyam,

    bagai terus mengiakan segala syak wasangkanya sebentar tadi.

    Memang Hisyam menghubungi kekasihnya. Hatinya kuat

    berkata yang Hisyam sedang bermain wayang dengannya.

    Ayu percayakan abang. Ayu tak perlu ragu-ragu

    pada abang. Ayu tak perlu tanya apa-apa pada abang. Ayu tahu

    suami Ayu tak akan sembunyikan apa-apa dari Ayu. Betul

    tak? Cukup lembut soalan itu dialun. Mahu memancing

    perubahan ekspresi wajah Hisyam.

    Dan, pancingnya mengena. Hisyam terus membisu.Hatinya pula terus menangis.

    Dinner malam ni... ada something yang special

    ke? ujar Idayu lagi mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu

    terus terlarut dalam kepedihan perasaannya.

    Mendengar soalan Idayu, Hisyam mengukir senyum

    lambat-lambat. Lega apabila isterinya itu mengubah tajukperbualan. Tidak betah untuk dia membungkam. Tidak

    mungkin untuk dia berbohong.

    Ayu lupa ke?

    Apa dia?

    Hari nikan, hari ulang tahun kelahiran Mak Teh.

    Yang kelima puluh lapan.Ya Allah! Ayu lupalah bang. Ayu tak beli apa-apa

    pun untuk hadiah Mak Teh.

    Hisyam tersenyum panjang. Dont worry.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    41/98

    Hanni Ramsul

    41

    Semuanya ditanggung beres. Abang ada hadiahspecialuntuk

    Mak Teh. Nak tahu tak?

    O course la nak!

    Kalau macam tu, jom masuk bilik. Abang

    tunjukkan. Hisyam bersuara sambil menarik Idayu bangkit

    dari kerusi. Melangkah agak cepat apabila tangannya ditarik

    oleh Hisyam.

    Lambatlah. Rungut Hisyam sambil berpusing.

    Idayu terjerit kecil apabila lelaki itu memaut dan

    mendukungnya.

    Hisyam tergelak sambil melangkah ke arah bilik

    mereka.

    Abang ni....

    Makin besar gelak Hisyam. Dah tu lambat sangatjalannya.

    Idayu tersenyum akhirnya. Dia memaut lembut

    tengkuk Hisyam dan diam apabila dicempung oleh Hisyam.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    42/98

    Kuseru Rindu Itu

    42

    M

    AMA... nak air.

    I d a y u

    menghulurkan gelas berisi

    Milo ais ke mulut Syafq. Tanpa dipinta, bibirnya terukir

    senyum melihat Syafq menyedut Milo ais dengan agak rakus.

    Barangkali nasi goreng yang dimakannya agak pedas.

    Afq, careul. Nanti tersedak. Hisyam bersuara.

    Kenapa? Pedas ke? Idayu bertanya lembut.

    Laju kepala Syafq mengangguk.

    Pedas. Pedas sangat-sangat! jawab Syafq sebaik

    selesai menyedut Milo sejuk itu.

    Idayu tergelak kecil. Sambil tersenyum lucu, Idayu

    bersuara, dah nak habis nasi goreng ni baru terasa pedas,

    ya?

    Syafq tersengih.

    Dia dah kenyanglah tu. Takut orang paksa

    habiskan makanan tu, itu yang tiba-tiba nasi goreng jadi

    pedas tu. Mak Teh menyampuk.

    Bab 5

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    43/98

    Hanni Ramsul

    43

    Hisyam dan Idayu sama-sama tergelak mendengar

    kata-kata Mak Teh.

    Melihat keceriaan pasangan suami isteri itu, dada

    Mak Teh berasa lapang. Doanya cuma satu. Biarlah

    kebahagiaan rumah tangga majikannya itu kekal untuk

    selamanya. Dia pernah menjadi saksi ketegangan rumah

    tangga Hisyam dan Idayu satu ketika dahulu. Dia pernah

    menyaksikan satu sandiwara yang dilakonkan oleh Hisyam

    dan Idayu. Apa yang dia harapkan, biarlah kemurunganIdayu kebelakangan ini, bukan disebabkan oleh krisis

    perkahwinan mereka. Dia terlalu sayangkan Hisyam dan

    Idayu. Terlalu banyak jasa yang ditabur oleh Hisyam dan

    Idayu kepadanya.

    Mak Teh, kenapa? Tak sihat ke? tegur Idayu

    apabila pandangannya tersapa pada Mak Teh yang jauh

    mengelamun.

    Teguran itu menyedarkan Mak Teh daripada

    lamunan. Dia tersenyum sambil menggeleng perlahan.

    Dah tu, kenapa termenung saja? Makanan tu tak

    sedap, ya? Nak tukar yang lain ke? Idayu bersuara lagi.

    Bukan. Tak. Tak ada apa-apa. Mak Teh cuma

    senang tengok Syam dengan Ayu macam ni. Kalau tujuh

    tahun dulu, risau Mak Teh tengok kamu berdua. Tapi,

    sekarang Mak Teh lega. Mak Teh doakan kamu berdua

    bahagia sampai bila-bila.

    Hai... Mak Teh. Kenapa tiba-tiba jadi sentimental

    ni? soal Hisyam separuh bergurau.

    Mak Teh tergelak kecil menanggapi kata-kataHisyam.

    Mak Teh tak ada sesiapa pun kat dunia ni. Mak

    Teh cuma ada kamu berdua saja. Dan kamu... kamu berdua

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    44/98

    Kuseru Rindu Itu

    44

    layan Mak Teh macam ahli keluarga sendiri. Terima kasih,

    Syam... Ayu, ujarnya sayu bercampur terharu.

    Mak Teh, kenapa cakap hal yang sedih-sedih pada

    hari istimewa ni? Idayu bersuara sambil menyentuh lembut

    jemari orang tua itu. Sedikit terkesan dengan kata-kata

    wanita itu.

    Hari istimewa? Hari istimewa apa? Mak Teh

    bertanya dengan nada hairan. Senyuman yang terukir di

    bibir Idayu dan Hisyam, menambahkan lagi rasa hairannya.

    Kenapa? Ayu mengandung ke? Kalau betul,

    syukur alhamdulillah. Tak lama lagi Syafq dapat adiklah,

    ya? Harap-harap perempuanlah, ya? Biar jadi sepasang.

    Idayu tergelak mendengar tekaan Mak Teh yang

    meleset sama sekali. Serentak dengan derai tawa Hisyam.

    Afq ada adik? Betul ke mama? Mana adik Afq?Syafq menyampuk di tengah-tengah perbualan tiga orang

    dewasa di hadapannya.

    No. Nek Teh tersalah cakap, terang Idayu sambil

    mengusap pipi Syafq.

    Anak kecil itu mengeluh perlahan sambil

    menggeleng-gelengkan kepala. Lagak seolah-olah kesaldengan kesilapan Mak Teh. Saling tidak tumpah dengan

    lagak Hisyam apabila lelaki itu tidak berpuas hati dengan

    satu-satu perkara. Melihat aksi anak kecil itu, tawa mereka

    makin berpanjangan.

    Kalau bukan itu yang istimewanya, apa lagi yang

    istimewa? Mak Teh terus bertanya. Inginkan kepastian.

    Mak Teh, selamat menyambut hari ulang tahun

    kelahiran yang kelima puluh lapan, ujar Hisyam setelah

    tawanya reda.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    45/98

    Hanni Ramsul

    45

    Mak Teh tergamam. Rupa-rupanya makan malam

    ini adalah untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya

    yang dia sendiri tidak ingat. Wajah Hisyam dan Idayu

    dipandang bergilir-gilir. Rasa terharu terasa menyesakkan

    dadanya. Hari jadi Mak Teh?

    Ya. Selamat hari jadi dan saya doakan Mak Teh

    dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik. Idayu

    bersuara mengiakan kata-kata suaminya.

    Mak Teh tidak bersuara. Bibir matanya terasaberat. Tiada kata-kata yang mampu dia ungkapkan. Seperti

    tahun-tahun lalu, Hisyam dan Idayu mengingati tarikh

    kelahirannya. Cukup untuk membuktikan betapa kedua-dua

    insan itu terlalu mengambil berat tentang dirinya. Dengan

    statusnya sekadar pembantu rumah, perhatian sebegitu

    memang amat bermakna. Tiba-tiba dia terasa dia tidak lagi

    keseorangan di dunia ini.

    Terima kasih sebab ingat hari lahir Mak Teh. Mak

    Teh sendiri pun tak ingat. Akhirnya Mak Teh bersuara

    dengan nada yang amat perlahan.

    Dan... kami ada sesuatu untuk Mak Teh.

    Mak Teh memandang ke arah Hisyam. Apa lagi

    Syam? Kamu berdua ingat hari lahir Mak Teh, itu pun dah

    cukup bererti pada Mak Teh. Tak usahlah bagi apa-apa lagi.

    Tiap-tiap tahun, kamu tak pernah lupa tarikh ni. Mak Teh

    tak tahu nak cakap apa. Syukur pada Allah kerana Mak Teh

    diberikan majikan sebaik kamu berdua.

    Hisyam tersenyum. Dia mengeluarkan sampul

    surat dari poket kemejanya. Ini untuk Mak Teh.Syam... tak payah susah-susah. Mak Teh tak nak

    apa-apa. Mak Teh cuma nak terus menumpang kasih di

    rumah kamu. Itu saja.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    46/98

    Kuseru Rindu Itu

    46

    Ambillah Mak Teh. Ini pemberian kecil dari kami

    untuk Mak Teh. Mak Teh dah banyak membantu kami

    sekeluarga. Malah, kami dah anggap Mak Teh macam

    keluarga kami sendiri. Terima, ya?

    Perlahan Mak Teh mengambil sampul di tangan

    Hisyam.

    Bukalah nek. Afq pun nak tengok hadiah Nek

    Teh. Tapi... kenapa hadiah Nek Teh kecik sangat, mama?

    Syafq bersuara tiba-tiba.

    Mak Teh akur. Sampul surat dibuka. Sekeping cek

    di dalamnya dikeluarkan. Bulat matanya melihat angka lima

    ribu yang tertulis di atas cek tersebut. Syam... untuk apa

    semua ni?

    Mak Teh boleh buat apa saja. Mungkin Mak Teh

    boleh simpan dalam Tabung Haji. Mak Teh kan dah lamaberhajat nak ke Tanah Suci, kan?

    Tapi, Mak Teh kan ada simpanan. Duit gaji Mak

    Teh tu pun, bukan banyak sangat berusik. Ini... banyak

    sangat ni, balas Mak Teh berat hati.

    Ambillah Mak Teh. Mak Teh berhak, ujar Hisyam

    pendek.

    Terima kasih, Syam... Idayu.

    Idayu tersenyum sambil mengusap jemari Mak

    Teh.

    Air mata Mak Teh menitis tanpa sedar. Air mata

    kesyukuran dan kegembiraan.

    Hai... papa ni. Suara Syafq tiba-tiba menarikperhatian semua di meja makan itu.

    Hisyam mengerutkan kening sambil memandang

    wajah anak lelakinya itu. Kenapa Afq?

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    47/98

    Hanni Ramsul

    47

    Papa ni pun satu. Nape bagi hadiah kertas aje?

    Tengok Nek Teh dah menangis. Cian Nek Teh. Takpe Nek

    Teh. Buang aje la hadiah papa tu. Nek Teh main mainan Afq

    aje nanti. Syafq mengomel apabila melihat Nek Tehnya

    menitiskan air mata.

    Kata-kata Syafq itu membuatkan mereka semua

    ketawa geli hati.

    Gelak pulak orang cakap. Dalam pelat Syafq

    menyambung omelannya sambil mulutnya memuncung.

    Hisyam dan Idayu tersenyum.

    Syafq dah mengantuk tu. Mak Teh bersuara

    apabila melihat Syafq sudah mula menguap.

    Kalau macam tu, kita pulang sekarang? soal

    Hisyam sambil memandang wajah Idayu.

    Idayu cuma mengangguk.

    Come Syafq. Kita balik. Hisyam mendukung

    Syafq setelah menjelaskan bayaran makan malam mereka.

    Syafq cuma menurut.

    Idayu dan Mak Teh turut mengangkat punggung.

    Ayu.

    Idayu tidak jadi melangkah. Dia berpaling ke arah

    satu suara yang memanggil namanya. Sebaik sahaja berlaga

    pandang dengan si pemilik suara, sekuntum senyuman yang

    cukup lebar menghiasi bibirnya.

    Mieza. Nama itu terucap di bibirnya sambil terus

    memeluk teman yang berdiri di hadapannya itu.

    Hasmieza membalas rangkulan Idayu. Rangkulan

    mesra itu dilepaskan. Idayu memandang wajah Hasmieza.

    Bertemu Hasmieza di sini, memang di luar jangkaannya.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    48/98

    Kuseru Rindu Itu

    48

    Apa kau buat di sini? soalnya riang.

    Hasmieza tersenyum senang. Aku ada kursus disini. Saja keluar makan.

    Senyum terus terhias di bibir Idayu sambil dia

    berpaling mencari wajah Hisyam. Abang... ingat Mieza?

    O course abang ingat. Apa khabar? sapa Hisyam

    bersama senyuman manis.

    Baik, balas Hasmieza sambil tersengih.Kau kat sini, tapi tak call aku pun. Sampai hati

    kau, ya? Idayu bersuara dengan nada seperti merajuk.

    Hasmieza tergelak kecil seraya menampar

    perlahan bahu Idayu.

    Memang aku nak call sebab aku memang nak

    jumpa kau pun. Ada hal penting. Tapi tak sempat call, dahterjumpa kat sini.

    Hal penting? Apa dia? tanya Idayu tidak sabar.

    Ayu... abang tunggu di kereta, ya. Afq dah nak

    lena ni. Mak Teh, jom. Hisyam bersuara. Sengaja mahu

    memberi peluang dua sahabat itu berbual-bual.

    Idayu mengangguk.

    Sporting Hisyam tu, ya? ujar Hasmieza setelah

    agak jauh Hisyam dan Mak Teh meninggalkan mereka.

    Idayu tersenyum.

    So, apa hal yang penting tu? soal Idayu

    mengulangi pertanyaannya tadi.

    Aku tak nak cakap sekarang. Lagipun tak seronok jumpa macam ni. Tergesa-gesa. Nak bercerita panjang pun

    tak boleh. Apa kata kita jumpa esok? Boleh berbual

    panjang.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    49/98

    Hanni Ramsul

    49

    Kau ni... selalu macam tu. Suka buat aku

    suspenslah. Mesti aku tak boleh tidur malam ni. Kita jumpa

    esok, tapi... hal yang penting tu... beritahulah sekarang.

    Hasmieza mencemik. No. Sabarlah. Tunggu esok,

    ya?

    Idayu mengeluh hampa. Membuatkan Hasmieza

    tergelak kecil.

    Well. What can I say. Anyway, I miss you so

    much!

    Me too, balas Hasmieza sambil tersenyum

    gembira.

    Okeylah. Aku pergi dulu. Anak aku mengantuk

    tu. Jumpa esok ya!

    Hasmieza mengangguk tanda aham.

    Aku pergi dulu. Sekali lagi Idayu meminta diri

    sambil melangkah meninggalkan Hasmieza.

    Dia masih diburu tanda tanya. Apakah perkara

    penting yang dimaksudkan oleh Hasmieza?

    Hasmieza muncul tepat pada waktunya.

    Sememangnya saat ini dia amat memerlukan sahabatnya

    itu. Dia juga ada perkara penting yang ingin dikongsi

    bersama Hasmieza. Dari jauh dia melihat Hisyam tersenyum

    sambil bersandar pada kereta. Dia membalas senyuman itu.

    Sekejap saja. Abang ingat banyak benda yang nak

    dibualkan. Ayu pun dah lama tak jumpa dia, kan?

    Memang banyak pun. Tapi malam ni, tak

    bolehlah. Ayu nak jumpa Mieza esok. Bolehkan, bang?Hisyam tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.

    Apa perkara penting yang dia nak cakap tadi?

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    50/98

    Kuseru Rindu Itu

    50

    Dia tak nak cakap. Tunggu esok katanya. Geram

    betul.

    Hisyam tergelak kecil melihat mulut Idayu yang

    sedikit memuncung.

    Okeylah. Jom! ujar Hisyam sambil membuka

    pintu kereta untuk Idayu.

    Thanks, abang. Ucap Idayu sambil melangkah

    masuk ke perut kereta. Dia menoleh ke belakang. Syafq

    sudah terlena di ribaan Mak Teh.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    51/98

    Hanni Ramsul

    51

    W

    ALIMATULURUS? Idayu

    bertanya sambil menatap

    kad undangan

    perkahwinan di tangannya.

    Hasmieza senyum sambil mengangguk.

    Jadi, inilah perkara penting tu ya?

    Ya. Kenapa? Macam takhappy aje? soal Hasmieza

    agak hairan dengan penerimaan Idayu tentang khabar

    perkahwinannya. Sangkanya Idayu akan menjerit kegembiraan.

    Well. Aku tak tahu sama ada nak ucap tahniah atau

    nak marah.

    Kenapa pula? Hasmieza bertambah hairan

    mendengar kata-kata Idayu.

    Idayu merenung tajam wajah temannya itu. Yalah.

    Tiba-tiba kau datang terus bagi kad jemputan kahwin. Kau

    tak pernah cerita pun yang kau sedang bercinta. Berahsiadengan aku, ya?

    Hasmieza tergelak besar mendengar omelan Idayu.

    Bab 6

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    52/98

    Kuseru Rindu Itu

    52

    Rupa-rupanya itu penyebab kemarahan Idayu. Kalau pasal

    tu, aku ada alasan kukuh untuk membela diri.

    Idayu tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya

    itu. Dia membetulkan duduknya sambil merenung wajah

    temannya itu.

    Okey. Aku nak dengar alasannya. Kalau tak cukup

    kukuh, aku tak nak pergi ke majlis kau ni. Idayu bersuara

    separuh bergurau.

    Janganlah macam tu. Kau tak kasihan kat aku ke?

    Best riendkau ni datang dari jauh semata-mata nak bagi kad

    ni, tau.

    Well see.... Idayu sengaja bermain emosi untuk

    mengumpan cerita daripada Hasmieza.

    Well... aku tak bercinta pun.

    Apa? Maksud kau... kau pun sama dengan aku?

    Kena kahwin paksa? Cepat Idayu memotong kata-kata

    Hasmieza.

    Tak. Kau ni, janganlah menyampuk. Tak best la

    aku nak cerita. Dengar saja, tau!

    Okey... okey, aku dengar. Idayu akur.

    Dengar ya.

    Yalah. Aku dengarlah ni. Cepatlah sambung.

    Hasmieza senyum. Perlahan dia menyedut jus

    tembikai di hadapannya. Sengaja membuatkan Idayu

    tertunggu-tunggu.

    Mieza, cepatlah, ujar Idayu tidak sabar.

    Sabarlah. Aku nak minum dulu.

    Idayu mengeluh. Tidak sabar dengan gelagat

    Hasmieza yang sengaja melambat-lambatkan ceritanya.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    53/98

    Hanni Ramsul

    53

    Dia kawan sekerja aku. Aku dah lama sukakan dia.

    Tapi, dia ni pemalu sangat. Takkan aku yang nak mulakan

    dulu. Sudahnya aku pun, memendam perasaan sajalah.

    Lagipun aku takut nak berterus terang. Takut kalau-kalau

    aku cuma bertepuk sebelah tangan. Malulah aku, sebab aku

    banyak berurusan dengan dia, dalam kerja.And, thats why la

    aku tak bercerita dengan kau. Aku tak tahu nak klasifkasikan

    keadaan aku. Nak kata bercinta... tak. Sebab dia tak pernah

    meluahkan perasaannya. Nak kata aku tak bercinta, tak pasti.Sebab, siang malam aku cuma terbayang-bayangkan wajah

    dia saja.

    Then?

    Tiga tahun aku menunggu. Tapi, tak ada apa-apa

    perubahan. Sehinggalah satu hari dia terserempak aku keluar

    dengan Raf, sepupu aku tu. Kau kenal, kan?

    Idayu mengangguk.

    Dia ingat aku ada apa-apa dengan Raf, jadi dia

    tanya aku untuk dapatkan kepastian. Masa tu la dia tersasul

    cakap perasaan dia. Merah padam muka dia lepas tu. Malu.

    Rupa-rupanya dia pun ada hati kat aku, cerita Hasmieza

    sambil tergelak kecil.

    Idayu turut ketawa. Lepas tu?

    Lepas tu dia terus ajak aku kahwin. Dia dah buang

    masa selama tiga tahun. Jadi katanya dia tak mahu buang

    masa lagi. Lagipun, kita ni bukannya muda lagi, kan?So, aku

    setuju sajalah. Kami bertunang dua minggu lepas, danwe are

    going to marry. Tak sempat nak bercinta. Nampaknya kami

    terpaksalah bercinta lepas kahwin. Macam kau. Ha... inimungkin sama dengan kau. Bercinta lepas kahwin, cerita

    Hasmieza panjang lebar.

    Tahniah Mieza. Aku doakan kau bahagia sampai ke

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    54/98

    Kuseru Rindu Itu

    54

    akhir hayat, ucap Idayu ikhlas. Dia tersenyum senang

    dengan khabar gembira itu.

    Terima kasih. Kau dengan Hisyam, macam mana?

    Idayu diam seketika mendengar soalan Hasmieza.

    Soalan itu membangkitkan semula rawan di hatinya.

    Kenapa kau diam? Hasmieza bertanya lagi. Hairan

    melihat kebisuan Idayu. Wajah ceria temannya itu juga hilang

    tiba-tiba.

    Idayu membiarkan jemarinya memintal-mintal

    hujung tudung. Jiwanya yang resah meminta dia berkongsi

    keresahan ini dengan seseorang. Dan, Hasmieza adalah calon

    yang terbaik.

    Kenapa kau diam? ulang Hasmieza lagi. Kau ada

    masalah dengan Hisyam ke?

    Idayu tetap diam.

    Tapi, semalam aku tengok kau dengan dia.... Kata-

    kata Hasmieza terhenti di situ. Melihat wajah Idayu yang

    mendung, rasanya tidak perlu untuk dia teruskan kata-

    katanya itu. What happened?

    Idayu mengangkat muka. Wajah Hasmieza dipandang

    agak lama. Sungguh dia perlukan tempat untuk dia meluahkansegala beban yang terpendam di hati.

    I dont know, ujarnya pendek setelah agak lama

    berdiam diri.

    Aku tak aham. Selama ni aku tengok rumah

    tangga kauperect. Tak ada masalah. Bahagia. Malah, kadang-

    kadang aku jadi cemburu melihat kebahagiaan kau. Hisyamlayan kau dengan baik. Terlalu baik. Tak pernah bergaduh.

    Loving couple. Kenapa tiba-tiba?

    Puas aku tanya soalan yang sama pada diri aku.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    55/98

    Hanni Ramsul

    55

    But, I dont have the answer. I dont know. I dont know,

    Mieza.

    Kamu berdua bertengkar?

    Unortunately no. Kalau kami ada bertengkar, at

    least aku ada satu reason. But I have no clue. Aku tak tahu

    kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia berubah perlahan-

    lahan? Kenapa dia lakukan semua ni?

    Apa yang dia dah buat?

    Akal aku menyangkal. Tapi hati aku yakin, dia ada

    perempuan lain.

    What? Hisyam? Ada perempuan lain? Aku rasa kau

    patut dengar kata akal kau. I dont believe it. Tak mungkin.

    Dia begitu bahagia dengan kau. Aku tengok semuanya. Aku

    tengok cara dia layan kau. Cara dia pandang kau. Cara dia

    bercakap dengan kau.It seems youre everything or him. Takmungkin dia buat kau macam tu. Mustahil. He loves you,

    Ayu.

    I dont think so. Idayu bersuara perlahan.

    Tidak mungkin ada cinta di hati lelaki itu. Hisyam

    tidak pernah menyatakannya sejak tujuh tahun dulu. Dan...

    sehingga ke hari ini, kalau dia ingin mencari puncaperubahan Hisyam, itulah satu-satunya punca perubahan

    lelaki itu yang dapat diproses dengan baik oleh akalnya.

    What do you mean by that words? Ayu... kau hidup

    bahagia dengan dia selama ini. Kamu berdua ada Syafq. Apa

    yang membenarkan itu semua berlaku kalau bukan cinta?

    Aku pun tertanya-tanya, apa yang membenarkan

    kebahagiaan ini menjelma dalam hidup kami? Idayu seperti

    keliru.

    Hisyam seorang lelaki yang baik. Mungkin ada

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    56/98

    Kuseru Rindu Itu

    56

    yang cemburu dan cuba menghasut kau. Membuatkan kau

    prasangka pada suami kau sendiri?

    Idayu mengeluh perlahan. Memandang wajah

    Hasmieza dengan mata yang berkaca. Aku lihat sendiri,

    Mieza. Aku... isteri dia, melihat sendiri dia begitu mesra

    dengan perempuan lain. Perempuan muda yang cantik.

    Maybe it was just a misunderstanding. Kau tak

    tanya dia?

    Idayu menggeleng.

    Kenapa?

    Aku takut dia mengiakan semua tekaan aku. Aku

    takut aku tak akan dapat menerima kenyataan ini. Aku takut

    akan kehilangan kebahagiaan ini. Aku takut aku akan

    kehilangan dia. Aku tak mahu, Mieza. Aku tak mahu

    kehilangan dia. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku takmahu rumah tangga kami hancur. Aku tak mahu kebahagiaan

    ini hilang... luah Idayu dengan nada yang sayu.

    Hasmieza menarik naas panjang mendengar

    luahan Idayu yang tidak berpenghujung. Aku yakin, semua

    itu takkan berlaku. Aku yakin Hisyam sangat mencintai kau.

    Idayu menggeleng perlahan. Tidak mungkin. Aku yakin dia tidak pernah mencintai aku. Tujuh tahun usia

    perkahwinan kami. Tapi sampai ke saat ini, dia tidak pernah

    cakap dia cintakan aku. Tidak pernah Mieza. Setiap kali aku

    tanya, dia akan diam dan mengubah topik perbualan kami.

    Ya ke? soal Hasmieza dengan nada yang agak

    perlahan. Sukar untuk mempercayai apa yang keluar dari

    mulut Idayu.

    Idayu mengangguk perlahan. Pilu apabila dia

    memikirkan tentang hal itu. Perlahan Hasmieza menggenggam

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    57/98

    Hanni Ramsul

    57

    tangannya. Erat menggenggamnya. Sedih melihat wajah

    sahabat baiknya yang kelihatan begitu murung.

    I dont know what to say. Hanya itu yang mampu

    dia luahkan. Dalam diam dia kagum dengan ketabahan Idayu.

    Idayu boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang menghiris

    perasaannya, walhal dia telah melihat kemesraan suaminya

    dengan perempuan lain. Jelas kelihatan di mindanya wajah

    ceria Idayu bersama Hisyam malam tadi. Dia sendiri tertipu

    dengan keceriaan Idayu. Siapa sangka di sebalik keceriaanitu, hati Idayu sebenarnya semurung wajahnya saat ini.

    Its okay. Im fne. Memang sedih. Tapi,stillunder

    control, balas Idayu cuba berlawak.

    Hasmieza tersenyum kecil. Terasa lawak Idayu tidak

    kelakar langsung.

    Im proud o you. Kau sangat-sangat tabah, Ayu,ungkapnya.

    Idayu menggeleng.

    Kenapa?

    Aku tak tabah... tak tabah langsung, Mieza. Aku

    cuma takut. Aku takut pada hidup aku yang tak ada kepastian.

    Aku tak nak kebahagiaan ini terganggu. Aku mahu menikmatikebahagiaan ini sampai bila-bila. Tapi, mustahil. Hisyam

    memang tidak pernah menjanjikan apa-apa untuk aku apatah

    lagi kebahagiaan. Apa yang aku perolehi sepanjang

    perkahwinan kami ni, memang terlalu berharga. Aku tak

    akan sia-siakan detik bahagia ini selagi aku diberi kesempatan

    untuk menikmatinya. Dalam masa yang sama, aku juga takut.

    Takut Hisyam akan akhiri kebahagiaan ini. Aku tak nakkehilangan dia, Mieza. Dia segala-galanya pada aku. Tapi, aku

    sedar aku tak pernah memiliki dia.... Idayu meluahkan

    segala yang terpendam.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    58/98

    Kuseru Rindu Itu

    58

    Maksud kau? Kalau Hisyam mengiakan hubungan

    dia dengan perempuan tu nanti, kau akan mengalah?

    Sesetengah perkara, kita tak boleh paksa, kan?

    Hasmieza mengeluh panjang sambil menggelengkan

    kepala. Kalau aku...Ill fght till the end. Hes yours. Kau dah

    kahwin dengan diaor more than six years, dah tujuh tahun

    pun sebetulnya. Kau berhak mempertahankannya.

    Kita tukar topik. Idayu bersuara sambil tersenyum

    hambar.

    Hasmieza mengeluh lagi.

    Aku tak nak pertemuan kita ni terus tercemar

    dengan cerita sedih aku. Its not air. Aku percaya kau ada

    banyak cerita gembira nak kongsi dengan aku. Betul tak?

    Hasmieza mengeluh perlahan. Memandang wajah

    Idayu yang sedikit tersenyum. Tadi ya. Tapi, sekarang macam

    dah tak ada.

    Janganlah macam tu. Or else, lepas ni aku tak akan

    cerita apa-apa lagi pada kau.

    Hasmieza tersenyum mendengar ugutan itu.

    Okey. Kita tukar topik, ujar Hasmieza sambil

    meleraikan pegangan tangannya di jemari Idayu.

    Idayu turut tersenyum.

    Aku tak tahu ini penting ke tidak bagi kau. Borhan

    sekarang bekerja di Terengganu. Dia selalu call aku. Dan...

    dia selalu sangat tanya pasal kau. Hasmieza bersuara lagi.

    Idayu tersenyum kecil. Mendengar nama itu,

    mengembalikan seraut wajah yang pernah membuat diabahagia dan pernah membuat dia sangat terluka. Sudah lama

    wajah itu terpadam dari album kenangannya.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    59/98

    Hanni Ramsul

    59

    Tak penting sama sekali. Aku tak kenal dengan

    manusia yang bernama Borhan.

    Dia tak pernah bosan bertanyakan kau. Tahu?

    Untuk apa? Untuk apa, Mieza? soalnya memandang

    wajah Hasmieza.

    Hasmieza mengangkat bahunya.

    Mungkin dia masih mengharapkan kau. Hasmieza

    memberi pendapat.Idayu tergelak sinis mendengar kata-kata Hasmieza.

    Mengharapkan aku? Dia dah lupa ke? Kan ke dia yang

    lepaskan aku pada Hisyam dulu. Apa lagi yang dia nak

    harapkan dari aku?

    Kembali pada dia barangkali. Sampai sekarang dia

    masih belum kahwin.

    Idayu membuang pandang. Dia kahwin atau tak,

    itu bukan masalah aku. Tak payahlah cakap pasal dia. Aku tak

    nak dengar.

    Okey. Dah tu kau nak cakap pasal siapa?

    Hmmm... pasal Hakimi ni? Ujar Idayu sambil

    memandang nama yang tercetak di atas kad jemputan

    perkahwinan Hasmieza.

    Hasmieza tersengih. Okey. No problem. Apa yang

    kau nak tanya pasal Hakimi ni?

    Idayu tersenyum kecil sambil menggaru dagu.

    Mengundang tawa Hasmieza.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    60/98

    Kuseru Rindu Itu

    60

    I

    NGATKAN dah lupakan kita.

    Hisyam tersenyum

    sambil bersandar ke kerusi.

    Senang mendengar nada merajuk pada suara Maisara.

    Akhirnya Maisara mengalah. Sudah lama dia tidak mendengar

    suara itu. Rindu di dada hanya Tuhan saja yang tahu apabila

    tidak melihat wajah itu.

    I miss you, sayang... ucapnya perlahan. Dia

    memandang ke arah balkoni. Mencari kalau-kalau ada bayang

    Idayu di situ. Dia tidak mahu tertangkap lagi.Kalau rindu, kenapa tak datang cari Sara? Sibuk

    dengan isteri, ya?

    Soalan Maisara yang bercampur antara nada

    merajuk dan menyindir itu, membuat dia tergelak.

    Kenapa tak jawab callabang? soal Hisyam sambil

    menukar posisi teleon bimbitnya dari telinga kiri ke telingakanan.

    Siapa yang mulakan? Terdengar suara Maisara

    yang agak dingin di hujung talian.

    Bab 7

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    61/98

    Hanni Ramsul

    61

    Hisyam tersenyum. Oh... balas dendamlah ni?

    Bukan balas dendam. Tapi, saja nak tengok. Sarani... penting ke tidak pada abang... duga Maisara lembut.

    Hisyam tersenyum. Jangan cakap macam tu. O

    course la Sara penting pada abang.

    Kalau macam tu, baguslah. Tapi, harap-harap

    jangan kat mulut saja cakap macam tu. Kat hati lain pula

    ceritanya. Maisara sengaja memerli Hisyam.

    Sara... Sara. Kenapa cakap macam tu? Kalau Sara

    nak tahu, apa yang keluar dari mulut abang, datang dari hati

    abang. Tak ada lainnya. Kenapa Sara cakap macam tu?

    Entahlah. Kadang-kadang rasa macam susah nak

    percaya cakap abang ni. Lebih-lebih lagi.... Kata-kata Maisara

    tergantung di hujung talian.

    Lebih-lebih lagi apa? soal Hisyam apabila kata-

    kata Maisara terhenti di situ. Ada rasa hairan yang menjentik

    perasaan.

    Tak ada apa-apalah. Lagipun... tak sesuai cakap

    macam ni. Lebih senang cakap kalau ace to ace, jawab

    Maisara seakan mengelak.

    Thats good. Abang pun memang nak jumpa Sara.Dah lama tak jumpa Sara.

    Isteri abang tak marah ke?

    Sara... kenapa cakap macam tu? soal Hisyam

    tenang. Terasa tersindir dengan soalan Maisara.

    Tak ada apa-apa. Saja tanya. Kut-kutlah sekarang

    ni, abang dah kena kuarantin dengan wie abang. Itu sebabdah lupakan kita.

    Hmmm... macam-macamlah Sara ni. Kita jumpa,

    ya?I miss you.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    62/98

    Kuseru Rindu Itu

    62

    Suka hati abanglah. Okeylah. Sara ada hal ni.Bye.

    Bye.... Hisyam bersuara perlahan. Talian sudahterputus.

    Hisyam termangu. Tertanya-tanya akan perubahan

    sikap Maisara. Ada rasa pelik yang mengganggu jiwanya.

    Bicara Maisara tidak seperti biasa. Teleon bimbit diletakkan

    di atas meja. Dia mengeluh panjang. Tidak selesa dengan

    situasi yang menghimpitnya saat ini. Rasa bersalah pada

    Idayu membuatkan dia rasa terseksa. Membuat dia berasaamat berdosa. Membuat dia berasa dirinya terlalu kejam pada

    Idayu. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa sayang pada

    Maisara memberi dia satu perasaan indah yang tidak pernah

    dia rasai selama dia mengahwini Idayu.

    Dia jadi keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri.

    Dia senang dengan kebahagiaan rumah tangganya bersamaIdayu. Dia senang hidup bersama Idayu dan Syafq. Namun,

    dia juga tidak sanggup berpisah dengan Maisara setelah

    perasaan cinta menguasai dirinya. Bukan dia tidak pernah

    cuba melupakan Maisara. Dia pernah cuba. Namun, ada rasa

    rindu yang menyeksa jiwa. Rasa pedih apabila terpisah...

    membuat dia kalah. Dia kalah pada panahan cinta Maisara.

    Abang.

    Hisyam sedikit tersentak. Idayu tercegat di

    hadapannya bersama senyuman yang tidak pernah luput dari

    bibir. Senyuman yang bagai salju, mendinginkan hatinya

    saban waktu. Melihat wajah Idayu yang begitu tulus,

    membuat hatinya semakin dihambat rasa bersalah dan

    berdosa. Maakan abang, Ayu. Hanya itu yang mampu

    melantun kuat di jiwanya.

    Jauh melamun... tegur Idayu sambil meletakkan

    mug berisi kopi panas di atas meja.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    63/98

    Hanni Ramsul

    63

    Hisyam tersenyum kecil.

    Idayu pula, berpaling perlahan.Nak ke mana tu?

    Masuk. Tak nak ganggu lamunan abang, ujar

    Idayu sambil cuba mengukir senyum. Mungkin Hisyam

    perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi, dia tidak mahu

    mengganggu. Setiap orang perlukan sedikit ruang untuk diri

    sendiri. Mungkin itu yang sedang Hisyam lakukan. Dan, dia

    cuba untuk memahami keinginan Hisyam.

    Duduklah. Temankan abang, pinta Hisyam sambil

    menarik perlahan tangan Idayu.

    Idayu menurut bersama senyum yang terukir di

    bibir. Tak mengganggu abang ke?

    Hisyam tersenyum lebar. Mana ada. Takkan nak

    biarkan abang minum sorang-sorang?

    Idayu tersenyum lagi.

    Dan sekali lagi, hati Hisyam merintih hiba. Maakan

    abang, Ayu.

    Idayu melabuhkan punggung di sisi suaminya. Apa

    yang abang menungkan tadi?

    Tak ada apa-apa. Saja. Ambil angin malam. Tengok-

    tengok bintang. Banyak betul bintang malam ni. Tenang

    fkiran tengok bintang-bintang tu.

    Idayu diam tidak bersuara. Cuma matanya turut

    terarah pada dada langit malam yang maha luas. Benar kata

    Hisyam. Dada langit penuh dengan bintang yang mengasyikkan.

    Fikiran abang tak tenang ke? soal Idayu perlahan.Sengaja ingin melihat reaksi Hisyam. Hisyam tidak

    menjawab. Cuma tergelak kecil mendengar soalannya. Gelak

    itu dibalas dengan senyum kecil.

  • 8/2/2019 Kuseru Rindu Itu-PDF

    64/98

    Kuseru Rindu Itu

    64

    Hisyam menghela naas perlahan. Dialihkan

    pandangannya dari dada langit ke wajah Idayu. Hatinya

    tertanya-tanya kenapa apabila berdepan dengan Idayu,

    perasaannya tidak sama tatkala berdepan dengan Maisara?

    Perasaanya berbeza. Terasa segala-galanya berubah cuma di

    dalam sekelip mata. Walhal, selama i