20150224080230hnr3023 kuliah 1.ppt

Upload: yi-ching-lau

Post on 07-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    1/19

    Kuliah 1

    Konsep Penyelidikan

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    2/19

     Apakah yang anda faham

    dengan Penyelidikan?

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    3/19

     Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikansebagai penyelidikan?

    [1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaankomputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotankajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau

    dan memanggilnya satu kajian.

    [2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian danmelengkapkan dokumen yang memberi maklumatberkenaan umur murid-murid, keputusan SPM,pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat

    pelajaran.[3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitanpembinaan kurikulum dan menyediakan laporankurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukanperkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini danberbincang dengan peserta bengkel yang lain.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    4/19

    Tiada satu pun contoh di atas yang boleh

    diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!

    MENGAPA ?

     Anda akan tahu apabila anda faham konsep

    penyelidikan.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    5/19

    Pertimbangkan kes di bawah iaitu satu contohpenyelidikan:

    • Seorang pengurus syarikat pengeluaran keretaprihatin terhadap aduan yang diterima daripada

    pengguna kereta bahawa kereta yang merekahasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’serta tempat duduk penumpang selepas beberaparibu kilometer pemanduan.

    • Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja

    syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor yangmempengaruhi masalah yang tersebut.

    • Beliau kemudian membuat formulasi masalah danmenjana tekaan (hipotesis).

     

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    6/19

    • Seterusnya beliau menyediakan satu senarai

    semak dan mendapatkan maklumat yang

    diperlukan daripada beberapa sampel kereta.

    • Beliau kemudian menganalisis data yang

    dikumpul, membuat interpretasi daripada

    keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan

    kemudiannya membuat kesimpulan.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    7/19

    Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik

    (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu

    susunan langkah yang teratur dan sistematik.

    • Kedua, penyelidik tidak terus membuat

    kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian

    atau explorasi yang saintifik sebelum membuat

    kesimpulan.

    • Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah

    sistematik dan keduanya ia mengikutkaedahexplorasi yang saintifik.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    8/19

    DEFINISI PENYELIDIKAN

    Tuckman (1999)

    Penyelidikan adalah kaedah

    sistematik untukmendapatkan jawapan untuk

    sesuatu persoalan atau

    permasalahan.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    9/19

    Kelinger (1964)

    Penyelidikan adalah

    penyiasatan sistematik,terkawal, bercorak empirikal

    dan kritikal mengenai

    perhubungan di kalanganfenomena.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    10/19

    Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk

    menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali

    dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

     Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah

    tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat

    baru.

    (Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

    Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi

    mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yangdikemuk dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan.

     Ahmad Mahdzan

    (1992)

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    11/19

     Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran

     yang mempunyai logik mengenai sesuatu

     fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa

     kebenaran yang didapati itu merupakan

     kebenaran yang muktamad mengenai fenomenaitu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak

    didapati semasa penyelidikan dijalankan

    mungkin akan timbul dan ini akan mengubah

     keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah.

      (Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    12/19

    DEFINISI PENYELIDIKAN

    Penyelidikan merupakan satu proses yang

    merangkumi langkah-langkah untuk mengutip

    dan menganalisis maklumat supaya dapat

    memahami satu tajuk atau isu.

    menentukan soalan

    mengutip data untuk menjawab soalan

    mengemukakan jawapan bagi soalan

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    13/19

    LANGKAH-LANGKAH PENYELIDIKAN

    Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikutlangkah tertentu yang logik susunannya. Langkah iniialah:

    1.Memahami masalah yang hendak dikaji danmengenalpasti bidang pengetahuan yangberkaitan.

    2.Membuat sorotan kajian untuk memahami caraorang lain mendekati atau menguruskanmasalah tersebut.

    3.Mengumpul data secara tersusun dan terkawalsupaya dapat mencapai keputusan yang sah.

    4.Menganalisis data sesuai dengan masalah yangdikaji.

    5.Membuat kesimpulan dan generalisasi.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    14/19

    TUJUAN PENYELIDIKAN

    Membantu manusia memahami sesuatu masalah.

    Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat

    melalui laporan yang jelas.

    Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan

    yang serupa (jika ada) untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh

    penyelidik lain.

    Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan

    sebagai asas untuk membuat keputusan oleh orang yang

    menjalankan penyelidikan atau pihak lain (penaja).

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    15/19

    Menyiasat fenomena yang tidak atau kurang diketahui dan

    menemui ciri-ciri, tema-tema dan faktor-faktor yang

    mempengaruhinya.

    Menerangkan kuasa-kuasa yang menyebabkan sesuatu

    fenomena dan mengenalpasti peristiwa, kepercayaan,sikap, dan polisi yang mungkin membentuk fenomena itu.

    Melibatkan penyiasatan yang terancang tentang hasil

    sesuatu andaian.

    Mengembangkan pengetahuan yang baru.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    16/19

    CIRI-CIRI PENYELIDIKAN

    o Menambahkan ilmu pengetahuan

    • Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain

    • Ia boleh direplikasi (duplicated)

    • Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain• Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik

    dan terikat dengan teori

    • Ia mampu untuk dilaksanakan

    • Ia menjana soalan baru

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    17/19

    PENYELIDIKAN YANG BURUK

    • Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai.

    • Plagiat kerja orang lain

    • Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu.

    • Maklumat disalahkan dan membawa pembacakepada maklumat yang disalahertikan.

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    18/19

    SOALAN YANG PERLU DITANYA (5W)

     (What) APA penyelidikan anda?

     (Why) KENAPA anda mahu membuat

    penyelidikan ini?

    (Who) SIAPAKAH yang terlibat? (Where) DI MANA anda akan melaksanakan

    penyelidikan?

    (When) BILA anda akan melaksanakan

    penyelidikan?

  • 8/18/2019 20150224080230HNR3023 Kuliah 1.ppt

    19/19

    Terima kasih